Kassim Ahmad's Blog, page 2
July 24, 2017
SURAT TERBUKA KEPADA BANGSAKUKITA SATU BANGSA YANG AGUNG...
SURAT TERBUKA KEPADA BANGSAKU
KITA SATU BANGSA YANG AGUNG, YANG BOLEH MEMBAWA KEAMANAN, KESEJAHTERAAN DAN KEBAHAGIAN KEPADA DUNIA: LAKUKAN! Oleh: Kassim AhmadDarul_hikmah33@yahoo.com.my 16 September, 2011(Mera’ikan Hari Malaysia Yang ke-48 dan Hari Kemerdekaan Yang ke-54)
1. Ucapan Najib Yang Paling Baik Pada mulanya saya tidak bercadang hendak menulis esei ini, tetapi apabila saya mendengar ucapan Perdana Menteri kita, hati saya berkembang dan melafazkan: “Maha Suci Allah, Yang telah menjadikan langit dan bumi dan di antara keduanya, yang telah memberi hidayat kepada Perdana Menteri kami untuk membuat ucapan yang paling baik sejak beliau mengambil-alih tampuk negara!” Tidak ada kebencian, petualang besar Anwar Ibrahim tidak disedbut; tidak juga Mat Sabu si mulut celupar itu . Ucapan itu rinkas dan padat, dalam bahasa sastera yang indah. Saya berasa hidup dan perjuangan warga Malaysia yang baik sudah terbela. Perasaan kegembiraan inilah yang mendorong saya menulis esei ini.2. Sumpah Seorang Anak Muda Pada waktu saya muda, berumur 26 tahun, saya menulis: /bersama-sama, bersama-sama, kita mara, wahai saudara-saudaraku/ seperti Tuah dan Jebat zaman dahulu/ kita telah mengangkat tanah ini tanah tumpah darah kita/ sendiri kita akan mengawal di pantai-pantainya/ oleh itu, datanglah, wahai petualang-petualang yang sibuk./ (Kemarau di Lembah, Pulau Pinang, 1967; 46) Pada tahun 1958, waktu saya berumur 24 tahun, saya menulis: /ada besok maka pasti ada suria/ aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani/ kian lama kita mati dalam setia/ kali ini kita hidup dalam derhaka./ (Ibid., ; 48.) Nyatalah saya seorang pemberontak, memberontak terhadap dunia lama yang menyongkong untuk mencipta dunia baru yang bebas. Tetapi saya juga seorang patriot. Hari ini, setelah saya memasuki tahun ke-78, pada 9 September, 2011 lalu, al-hamdulillah, saya bebas. Saya telah menyatakan hasrat yang ada di lubuk hati saya. Dengan demikian, saya juga telah melafazkan cita-cita luhur Bangsa Melayu. Saya telah melaksanakan misi hidup saya. Saya ada dua tiga rancangan penulisan yang harus saya selesaikan. Insya Allah, menjelang akhir tahun 2013 semua kerja saya akan selesai. Selepas itu, saya siap untuk mengadap Tuan saya serta mempertanggungjawabkan kehidupan saya. 3. Kejelekan Sistem Dwi-parti Barat Beberapa hari sebelum itu, puak pembangkang dan pengikut-pengikut mereka secara terbuka mendabik dada akan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13. Dalam kebongkakan mereka, mereka lupa bahawa sistem dwi-parti Pemerintah/Pembangkang itu satu kejelekan sejarah Eropah. Kanak-kanak pun tahu untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya apabila memegang botol susunya, sedangkan sesetengah orang dewasa kita mahu jadi pengikut buta Barat menggunakan sebelah tangan untuk merosakkan kerja sebelah tangan lain! Mereka sudah terpengaruh dengan ahli falsafah Liberal Inggeris Thomas Hobbes yang menyifatkan masyarakat sebagai medan perang “satu lawan yang lain” dalam karyanya Leviathan! Saya telah menulis tentang kedangkalan falsafah ini pada banyak tempat, kerana ia bersifat primitif dan membazir. Primitif, kerana itu perangai manusia pada tahap paling rendah – haiwan! Membazir, kerana satu tolak satu jadi nol. Keadaan ini sudah pun kelihatan di Eropah sendiri dengan banyak kerajaan mereka lemah dan tidak stabil. Kita harus kembali kepada falsafah Islam: “Bekerjasama untuk kebaikan.” Arahan tetap kepada orang baik dalam Quran berbunyai: “Seru kepada kebaikan dan larang kejahatan.” Surah 3, ayat 110 berbunyi: “Kamu sebuah masyarakat yang paling baik yang telah dilahirkan di antara manusia; kamu mengajurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan kamu beriman keada Tuhan …” Tidak ada yang lebih jelas daripada itu. Jadi, kita kenalah susun suatu sistem pemeritahan yang selaras dengan falsafah ini. Semua parti yang ada dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai jalur suku-banga dan ideologi, boleh bekerjasama dalam sutau permuafakatan besar untuk kebaikan rakyat kita yang berbilang kaum dan agama. Nyatalah ini suatu sistem yang jauh lebih baik. Nasihat, teguran dan kritikan untuk mengatasi pelbagai penyelewengan (rasuah, pembaziaran dan sebagainya) boleh dibuat dari dalam, sementara masyarakat sendiri, melalui media dan pelbagai pertubuhan lain boleh juga memainkan peranan ini. 4. Kategori Bangsa Sunnatullah, Bukan RasismeSesetengah rakyat kita salah sangka bahawa kelompok suku-bangsa, seperti Melayu, atau Cina, atau India, atau lain-lain suku-bangsa yang ada dalam Malaysia bercanggah dengan konsep Malaysia. Oleh itu, apabila Timbalan Perdana Menteri kita berkata dia “Melayu dulu” , orang-orang ini menuduh beliau rasis! Tidakkah mereka tahu bahawa Malaysia itu sebuah keluarga besar yang terdiri dari pelbagai suku-bangsa? Tidak ada kontradiksi di antara kedua-dua kategori ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa Berstau (PBB) dianggotai oleh 192 bangsa – China, India, Rusia, Indonesia, Amerika Syarikat dan lain-lain. Manusia suatu keluarga besar yang terdiri dari pelbagai bangsa. Quran dalam Surah 49, ayat 13 mengisytiharkan: “Wahai manusia, telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan, dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu kenal satu sama lain. Yang paling baik di antara kamu di sisi Tuhan itu mereka yang bertakwa.”5. Bangsa Melayu Satu Bangsa Yang AgungSudah tiba masanya kita meningkatkan jiwa kita menjadi jiwa yang besar. Bangsa Melayu yang mendiami Gugusan Pulau-pulau Melayu, khasnya Malaysia dan Indonesia, mempunyai banyak cirri yang sama. Kita satu bangsa – Melayu, yang menutur bahasa Melayu (bahasa Indonesia itu berasakan bahasa Melayu) dan yang beragama Islam. Jumlah bangsa Melayu yang beragama Islam 220 juta, keempat terbesar dalam dunia dan terbesar dalam dunia Islam. Saya sebut perkara ini bukan kerana saya lebihkan bangsa Mealyu daripada bangsa-bangsa lain di dunia. Tidak sama sekali. Semua bangsa sama. Tiap-tiap bangsa ada kekuatannya dan kelemahannya. Dalam sejarah kita melihat tamadun Mesopotamia di Iraq, tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Romawi naik-jatuh silih-berganti. Dalam zaman moden, tamadun Arab- Islam melalui Turki-Islam kemudian diganti oleh tamadun Eropah Yahudi-Kristian. Sekarang tamadun Liberal Eropah (Amerika Syarikat itu lanjutan Eropah) nyata sedang runtuh, setelah sistem Komunis-Marxis runtuh di akhir abad ke-20. 6. Dunia Melayu Harus Pimpin DuniaIni menyebabkan kita berfikir tentang sistem ganti yang pasti akan muncul dalam dua tiga dekad yang akan datang. Oleh kerana kita orang Islam, dan kita tahu Islam itu agama yang direda oleh Tuhan (Quran, 3: 19). Kita yakin hanya deen Islam atau cara hidup Islam saja yang boleh membawa kemananan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada dunia. Kita yakin kerana Islam itu “Jalan yang lurus” (Quran, 1: 6) di antara dua penyelewengan besar Liberalisme dan Komunisme. Berdasarkan keyakinan yang logik ini, maka kita ingin membuat saranan supaya Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia bergabung tenaga untuk memimpin dunia kepada keamanan dan kesejahteraan dalam Abad Ke-21. Sekali lagi, tanpa melebihkan bangsa Melayu daripada bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu itu satu bangsa yang agung. Mereka mempunyai raja, pentadbir, ulama dan sarjana, pengarang, ahli falsafah, pelukis, pelakun, penyanyi dan sebagainya yang ramai. Biar saya sebut beberapa nama saja: Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah, Bendahara Tun Mutahir dan Tun Perak dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka Melaka, Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin) (pentadbir), Pendeta Za’aba, Prof. Ungku Aziz, Dr. Ahmad Ibrahim, Syed Hussein al-Attas, Syed Muhammad Naguib Al-Attas, Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Hassan Ahmad (sarjana), Prof. Ismail Hussein (budayawan), Tunku Abdul Rahman, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin, Ahmad Boestamam (ahli politik), Hamzah Fansuri (ahli Sufi), Tun Seri Lanang, Abdullah Munsyi, Raja Haji Ali, Syed Sheikh al-Hadi, Keris Mas, Osman Awang/Tongkat Warrant, Adibah Amin, Pramoedya Ananta Toer, H. B.Jassin (pengarang), Prof. Asmah Hj Omar, Takdir Alisjahbana (ahli tatabahasa Melayu), Muhammad Yusoff Hashim (sejarawan), A. Samad Ismail (wartawan), Tun Ismail Mohamed Ali, (jurubank), Seniman Agung P. Ramlee (pelakon/penyanyi), Hetty Koes Endang (penyanyi keroncong), Syed Muhammad Naguib Al-Attas, Hamka (ahli falsafah), Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali (pelukis), dan Hijjas Kasturi (juruukir). Bangsa Melayu tidak akan dan tidak boleh menolak penyertaan sahabat-sahabat mereka dari suku-bangsa lain di Malaysia atau dari luar Malaysia yang secara jujur ingin menyertai perjuangan besar ini. Ini perjuangan semua bangsa yang mengiktiraf dan menjunjung perintah Ilahi untuk berjuang di jalan-Nya. Quran menerangakan bahawa semua masyarakat telah dikirimi rasul-rasul-Nya untuk mengajar intisari ajaran-ajaran-Nya kepada mereka. (10: 47). Saya percaya arus ini akan bertemu menjadi satu arus besar yang pasti akan membawa perubahan besar kepada dunia dalam Abad Ke-21. 7. Kaum PenentangTidak syak lagi, penentangan akan wujud dari dalam kalangan bangsa Melayu sendiri untuk menggagalkan perjuangan besar ini. Ini sunnatullah. Wujudnya undang-undang ini bertujuan untuk menguji siapa yang jujur siapa yang munafik. Kedua-dua masyarakat Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak etnik dengan pelbagai latarbelakang budaya. Namun demikian, mereka disatukan dalam satu kesatuan Bangsa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam. Ini menyebabkan kita memilih Dunia Melayu untuk melaksanakan misi agung ini. Kita mestilah menguruskan penentangan ini dengan bijak supaya ia dapat dibataskan kepada minimum. Tidak syak lagi, kemenangan akhir akan berada di tangan orang Islam dan mukmin, kerana mereka memperjuangkan kebenaran Ilahi. Kemenangan bukan hanya bergantung kepada bilangan yang besar, tetapi lebih-lebih lagi, kepada kebenaran perjuangan ini. Kebenaran itu kebal. “Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Kepalsuan senantiasa akan hapus.’ ” (Quran, 17: 81). Pada waktu ini, Islam mempunyai dua musuh besar: puak Yahudi-Kristian Barat, khususnya dilambangkan oleh negara kolonial Israel di Palestin dan pelindungnya adikuasa tunggal Amerika Syarikat. (Quran, 2: 120), dan puak musyrikin di Timur dan Barat (Quran, 25: 55). Namun demikian, kita harus ingat bahawa benteng musuh Yahudi-Kristian Barat ini bukan 100% kukuh, kerana wujud kumpulan humanis di antara mereka yang menentang permusuhan ini. Umpamanya, penubuhan negara kolonial Zionis Israel di Palestin ditentang oleh tokoh-tukoh Yahudi terkenal seperti Einstein dan Martin Bauber. Ini kerana kumpulan spiritual-humanis ini terdiri daripada mereka yang berpijak kepada ajaran spiritual Ilahi agama Yahudi. Begitu juga dalam puak musyrikin.Oleh yang demikian, pimpinan Melayu-Islam kita mestilah bijak mencari kawan yang ramai dan musuh yang sedikit berdasarkan pandangann hidup spiritual Yahudi-Kristian dan tradisi-tradisi spiritual yang lain dalam Hinduisme, Budhaisme dan lain-lain. 8. Seruan Kepada Kuasa Yahudi-Kristian EropahBerdasarkan ini, Bangsa Melayu mesti menyeru kepada kuasa Yahudi-Kristian Barat supaya bersikap adil dan saksama terhadap umat Islam dan terhadap umat manusia seluruhnya. Dalam zaman pasca Perang Dunia Kedua, mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman terhadap Dunia Islam dan Dunia Ketiga. Mereka terus memingggirkan, malah mengeksploitasi kedua-dua dunia ini. Negara nasionalis-kolonial Israel di tengah-tengah Dunia Islam tetap melambangkan kezaliman total yang selama 63 tahun masih tidak terurai. Penawanan mereka terhadap Iraq, campur-tangan mereka di Afghanistan dan di Libya, dan penguasaan mereka terhadap umat Islam dan umat manusia melalui Majlis Keselamatan PBB yang anti-demokratik (membohongi laungan demokrasi Barat!). Semua ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Sesetengah umat Islam, terdesak demikian, beralih memberontak – satu pemberontakan yang bersebab!9. Dunia Musuh Yang GelapMengikut seorang sejarawan Barat, Eric Hobbawn, dalam bukunya, The Age of Extremes – A History of the World, 1914 – 1991 (London: 1994), masa depan dunia gelap sekali. Kata beliau: “Kita tidak tahu ke mana kita hendak pergi. Kita hanya tahu bahawa sejarah telah membawa kit a sini, dan … mengapa. Walau bagaimana pun, suatu perkara jelas. Jika kemanusiaan mahu ada suatu masa depan yang boleh kita nampak, ia tidak boleh dengan memanjangkan masa lalu atau pun masa sekarang. Jika kita coba untuk membangunkan millennium yang ketiga berdasarkan itu, kita akan gagal. Dan harga kegagalan ini, yakni alternatif sebuah masyarakat yang berbeza, hanya kegelapan.” (hlm. 585) Orang kafir itu, kata Quran, dia tidak tahu dan hidup seperti binantang. (47: 12). Pesimime agung ini telah kita lihat dalam karya-karya penulis-penulis Barat dalam dalam zaman di antara dua peperangan dunia itu: dalam karya-karya Albert Camus, Jean –Paul Sartre, W.B. Yeats dan T.S. Eliot (Kassim Ahmad, Hadis – Satu Penilaian Semula, 1986; hlm. 14-16.) 10. Amaran Keras kepada Musuh, Jaminan Persahabatan kepada SekutuJadi, biarlah kita beri amaran keras kepada mereka. Mansukhkan semua ketidak-adilanmu, wahai adikuasa A.S.! Kami tidak takut kepadamu. Kamu pun di ambang kehancuran. Kamu bangsa bangkrup yang hutangya sekarang meningkat puluhan trillion DAS! Daripada 317.8 juta rakyatnya, serorang terhutang sebanyak DAS 175,800 dan DAS 666,593 per keluarga. Begitu juga dengan sekutumu di Eropah. Kamu semua bangkrup; maka itu kamu menjadi perompak! Merompak di Iraq dan di Libya!Demikian juga kami beri amaran keras kepada bakal musuh kami dalam Malaysia. Bangsa Melayu terkenal sebagai satu bangsa yang sopan terhadap tetamu – “the gentlemen of the East”, kata seorang penulis Perancis. Kerapkali mereka mengalah kepada tetamu, bukan kerana takut, tetapi kerana kemurahan hati mereka. Tetapi apabila mereka terdesak ke tembok, mereka akan beralih dan mengamuk, seperti Hang Jebat , seperti dalam Peristiwa Mei 13 (di Malaysia), dan seperti dalam peritiwa berdarah 30 September , 1965 atau Gestapu (di Indonesia). Sejarah membuktikan bahawa Malaysia berasal sebagai negeri-negeri Melayu, dan Cina dan India sebagai pendatang. Berkat kemurahan hati mereka, bangsa-bangsa pendatang ini telah diterima menjadi warganegara Malaysia. Bangsa Melayu akan menghormati perjanajian ini sampai bila-bila. Tetapi kami beri amaran keras kepada mereka supaya jangan melampaui batas. Kami memberi jaminan kepada sahabat-sahabat kami dari pelbagai suku-bangsa dan agama di Malaysia dan di seluruh dunia bahawa kami hormat dan bersikap lembut kepada kamu. Kamu sekutu kami dalam perjuangan besar ini. Ayuh, mara! Kejayaan besar di pihak kita.
KASSIM AHMAD16 September, 2011.
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
Published on July 24, 2017 11:40
July 19, 2017
ON PROPHET MUHAMMADBy: Kassim Ahmad29th July, 2016darul_h...
ON PROPHET MUHAMMAD By: Kassim Ahmad29th July, 2016darul_hikmah333@yahoo.com.my
I am writing this article to clarify my position once and for all on Prophet Muhammad. My detractors accuse me of belittling him. I never did. In fact, I was like them before, repeating parrot-like, their mantra on him (“May God bless him and may peace be on him”) which I inherited from my ancestors. However, I felt uneasy, though amazed and perplexed, at Muhammad’superelevated position. Truth to tell, I began to study the Quran from the age of seventeen. Every year I would repeat it, comparing one translation with another till I was 54 in 1986. By that time I have studied it for 36 years! In the meanwhile, I studied Arabic as a subsidiary subject at the University, and continued to study it later. By then I had collected most of the Malay and English translations. I now have in my library 13 translations, including what consider to be the best English translation by Dr. Rashad Khalifa. Yesterday was a hectic yet productive day for me. In the morning I visited the Grand Old Man of Malaysia (GOMM) at his office in Putrajaya. Sadly, I found him not to be his old confident self any more. Last year, in the evening, as I walked beside him to go home, he said that he was like my older brother. In 2014 when I first appeared as an accused at the Syari’ah Court in Putrajaya, he attended the court, to the obvious surprise of everyone, including the judge. To continue my story, I walked away a little disappointed. Not only age has taken toll on him, but Malaysia’s conservative Shafi’e religious school of thought has distanced himself from the young exuberant forward-looking Malaysians. Although I am nearing 83 and not physically young, I am as young in spirit as ever. God be thanked! I raced to Setia Alam in Shah Alam in order to be in time for my last appointment at 5.00 p.m. Luckily, the persons I was to meet were also late. A few minute later they turned up. We had a productive conversation for almost three hours. My new acquaintance, Abdul Karim Abdullah, is a lecturer in one of our institutes of advanced learning. To my great joy, we shared the same thoughts on all topics. Muhammad is the last prophet of God, ending a series of prophets beginning with Prophet Adam, through prophets Abraham, Moses and Jesus, teaching the same religion of monotheism to their national communities. The only difference is that Prophet Muhammad was sent to the whole world and delivered the divinely-protected Quran . Hence he is “a mercy to the world.” Muhammad was an Arab. He had the qualities to be the receptacle of a new revelation in Arabic, the language that God chose to reveal the Quran in. This is my position vis-à-vis Prophet Muhammad. My rejection of the second syahadah is based on the Quran where it is rejected in Surah 63,verse 1. You see I love God The Truth, and I obey Him. What wrong did I do for the human religious authorities to accuse of belittling Islam?
KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is www.kassimahmad.blogspot.cm
Published on July 19, 2017 03:25
ON PROPHET MUHAMMAD
ON PROPHET MUHAMMAD By: Kassim Ahmad29th July, 2016darul_hikmah333@yahoo.com.my
I am writing this article to clarify my position once and for all on Prophet Muhammad. My detractors accuse me of belittling him. I never did. In fact, I was like them before, repeating parrot-like, their mantra on him (“May God bless him and may peace be on him”) which I inherited from my ancestors. However, I felt uneasy, though amazed and perplexed, at Muhammad’superelevated position. Truth to tell, I began to study the Quran from the age of seventeen. Every year I would repeat it, comparing one translation with another till I was 54 in 1986. By that time I have studied it for 36 years! In the meanwhile, I studied Arabic as a subsidiary subject at the University, and continued to study it later. By then I had collected most of the Malay and English translations. I now have in my library 13 translations, including what consider to be the best English translation by Dr. Rashad Khalifa. Yesterday was a hectic yet productive day for me. In the morning I visited the Grand Old Man of Malaysia (GOMM) at his office in Putrajaya. Sadly, I found him not to be his old confident self any more. Last year, in the evening, as I walked beside him to go home, he said that he was like my older brother. In 2014 when I first appeared as an accused at the Syari’ah Court in Putrajaya, he attended the court, to the obvious surprise of everyone, including the judge. To continue my story, I walked away a little disappointed. Not only age has taken toll on him, but Malaysia’s conservative Shafi’e religious school of thought has distanced himself from the young exuberant forward-looking Malaysians. Although I am nearing 83 and not physically young, I am as young in spirit as ever. God be thanked! I raced to Setia Alam in Shah Alam in order to be in time for my last appointment at 5.00 p.m. Luckily, the persons I was to meet were also late. A few minute later they turned up. We had a productive conversation for almost three hours. My new acquaintance, Abdul Karim Abdullah, is a lecturer in one of our institutes of advanced learning. To my great joy, we shared the same thoughts on all topics. Muhammad is the last prophet of God, ending a series of prophets beginning with Prophet Adam, through prophets Abraham, Moses and Jesus, teaching the same religion of monotheism to their national communities. The only difference is that Prophet Muhammad was sent to the whole world and delivered the divinely-protected Quran . Hence he is “a mercy to the world.” Muhammad was an Arab. He had the qualities to be the receptacle of a new revelation in Arabic, the language that God chose to reveal the Quran in. This is my position vis-à-vis Prophet Muhammad. My rejection of the second syahadah is based on the Quran where it is rejected in Surah 63,verse 1. You see I love God The Truth, and I obey Him. What wrong did I do for the human religious authorities to accuse of belittling Islam?
KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is www.kassimahmad.blogspot.cm
Published on July 19, 2017 03:22
July 16, 2017
NO HAND-SHAKING. IT IS FORBIDDEN
NO HANDSHAKING! IT IS FORBIDDEN! By: Kassim Ahmad 17 July, 2017 darul_hikmaf333@yahoo.com.my
Some women and student-girls who visited me after my arrest by Jawi to find out my position on the hadith (recall a journalist who asked the deputy police inspector-general when he visited Kota Bharu, Kelantan, when he would arrest me -- imagine a citizen of Malaysia -- "head of the Malaysian anti-hadith movement" to be arrested!), refused to shake hands with me. Their reason: it is religiously forbidden. What is the proof? I am not sure. In the Quran there is the idiom, 'to touch your women', meaning to 'make love'. So this is the source! How misunderstanding a word can cause confusion! What exasperates me is that some religious scholars who appear on "Forum Perdana Ehwal Islam" make the mistake. Like the call to prayer, repeating the so-called second syahadah ("I testimy that Muhammad is the messenger of God") that is practised throughout the Muslim world! It would be tedious to repeat these mistakes if the face of the contrary taught by God in His last scripture to mankind, the Noble Quran. Likewise the wearing of the Muslim woman's tudung or full headscarft, which is traceable to the corrupted teachings of the Bible. Bless be God Who has sent us the protected Quran to confirm and supersede previous scriptures! Now hand-shaking is a sign of friendship, "glad-to-know-you" type of thing. It is common decantsy. It is to be welcome. How some of us have made it hedious!
______________________KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is
Published on July 16, 2017 13:49
MAJLIS KERA'IAN HARI JADI SAYA YANG KE-80
PENGUMUMAM ATURCARA
MAJLIS KERA’IAN HARI JADI SAYA YANG KE-80
Atas kehendak dan daya usaha sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, satu majlis kera’ian hari jadi saya yang ke-80 (9 September, 2013) diadakan pada 15 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Beberapa orang sarjana akan membicarakan secara kritis karya-karya saya dalam bidang-bidang politik, sastera, agama dan falsafah. Negarawan ulung Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, akan merasmikan acara ini. Pada hari keesokannya (16 Februari), saya akan memberi ucapan bertajuk “Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan datang”. Beberapa orang tokoh akan mengupas ucapan ini. Juga akan ada sesi Soal-Jawab. Kehadiran dengan jemputan. Jamuan makan akan disediakan. Acara disusun oleh Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh En. Nik Aziz Hassan (012-2624336).
KASSIM AHMAD,Kulim, Kedah, Malaysia.
8 Febriari, 2014.
Atas kehendak dan daya usaha sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, satu majlis kera’ian hari jadi saya yang ke-80 (9 September, 2013) diadakan pada 15 Februari, 2014 di dewan Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Beberapa orang sarjana akan membicarakan secara kritis karya-karya saya dalam bidang-bidang politik, sastera, agama dan falsafah. Negarawan ulung Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, akan merasmikan acara ini. Pada hari keesokannya (16 Februari), saya akan memberi ucapan bertajuk “Halatuju Negara untuk Tiga Puluh Tahun Akan datang”. Beberapa orang tokoh akan mengupas ucapan ini. Juga akan ada sesi Soal-Jawab. Kehadiran dengan jemputan. Jamuan makan akan disediakan. Acara disusun oleh Jawatankuasa Penaja yang dipimpin oleh En. Nik Aziz Hassan (012-2624336).
KASSIM AHMAD,Kulim, Kedah, Malaysia.
8 Febriari, 2014.
Published on July 16, 2017 08:17
July 12, 2017
MUSLIM WOMEN HEADSCARFT
MUSLIM WOMENS' HEADSCRAFT. IS IT NECESSARY? By: Kassim Ahmad 13 July, 2017
Let me quote the Quran on the Muslim dress code. "Tell the believing men that they shall subdue their eyes and to maintain their chastity. This is purer for them. God is fully cognizant of what they do. Tell the believing women to subdue their eyes and maintain their chastity. They shall not reveal any parts of their bodies, except that which is necessary. They shall cover their chests, and shall not relax this code in the presence of other than their husbands, their fathers ... (See Quran, 24: 30-31) Thus the tudung or full-fledged headscarf is not ordained by God. The corrupt religious scholars insists on Muslim women to cover their 'aurat. 'Aurat is an Arabic word meaning nakedness. Thus a woman's hair is not her 'aurat or nakedness. I would put to men's chauvinism to conceal the beauty of their women. God knows better and ordains appropriately to conceal their beauty. Seventy years ago women did not wear the tudung. My mother never did. Her contemporaries never did. They wore selendang, a partial headcover. Were they not schooled? Not likely. Thus the complete headcover is a new teaching after the theocratic revolution in Iran in 1979. I am sure the Iranian women themselves will revolt against this unhealthy attire that allows no air to run over her hair. Moreover when taking ablution to pray they have to wipe their heads of dust. Some people regard this as fashion. However not all Muslim women agree with this. A fashion that has negative results to her head is not to be tolerated. However, we can trace this habit to a corrupted source -- New Testament, Corinthian 1, 11: 2-16. Let me quote the passage, "Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahawa rambutnya digunting atau dicukur, maka haruslah ia medungi kepalanya ..." Do our tudung-clad women know this? Do our religious scholars who insist on the tudung know this? If they do do not, and they do not, they better learn!
__________________________KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is
Published on July 12, 2017 14:13
July 11, 2017
SATU ATAU DUA SYAHADAH?
SYAHADAH ADA SATU ATAU DUA? Oleh: Kassim Ahmad 12 Julai, 2017
Walaupun Quran mengajar satu syahadah saja, kebanyakan orang Islam di seluruh dunia mengamalkan dua kalimah syahadah. Praktik ini kita warisi dari nenek-moyang. Ini saya panggil Islam baka - Islam yang sudah berubah, yang pertama digubal oleh Imam Shafi'e (m. 204 AH/820 A.D}. Satu-stunya syahadah disebut dalam Quran berbunyia, "Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia, dan begitu juga para malaikat dan mereka yang berilmu. Yang sebenar dan saksama, Dia tuhan yang mutlak. Tidak ada tuhan kecuali Dia, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana. (3: 18) Apa yang dikatakan syahadah kedua dibatalkan dalam Quran (Lihat 62:1) Pembatalan itu berbunyi, "Apabila orang muafifik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami naik saksi kamu rasul Allah. Tuhan mengetahui kamu rasul-Nya dan Tuhan naik saksi orang munafik itu pendusta." Ini nyata dan logik. Nabi Muhammad salah seorang daripada dua puluh nabi lagi rasul yang disebut dalam Quran. Mustahil Nabi Muhammad sendiri melafazkan sayahadah ini, apalgi nabi-nabi sebelumnya! Quran memaklumka keapada kita Tuhan mengirim rasul kepada tiap-tiap masyarakat. Bilangan rasul mestilah beribu-ribu. Seorang sahabat saya menyatak, jika demikian, kita menentang arus perdana. Jawab saya dalam hal keimanan yang menentukan bukan bilangan tangan yang diangkat, tetapi kebenaran, Apa akibat dari kesilan besar ini? Umat Islam duduk di mana sekarang? Nombor tujuh atau lapan dalam dunia di belang Amerika Syarikat, Britain, Francis, China, India, Rusia dan lain-lain. Dulu setelah 30 tahun Nabi Muhammad wafat, bala-tentera pembebasan Islam membebaskan penindasan rakyat dari dua kuas besar penindas Parsi dan Baizantium.dan menjadi kuasa utama di dunia. Ia kelak di situ selama 800 tahun. Baghdad ibu kota dunia. Eropah zaman pertengahan datang belajar di Baghdad selama 300 tahun. Baca buku Robert Brifualt, The Making of Humanity (1919) dan G. Sarton, Introduction to A History of Science (1931) Baru-baru ini dalam satu emel yang panjang seorang kawan memberitahu saya ahli sains dari NASA setelah mengkaji surah "Malam Penentuan" (Surah 97) masuk Islam, kalau saya tidak silap. Dalam autobiografi saya yang bakal keluar hujung tahun ini, saya menyatakan sama ada orang Islam kembali kepada ajaran Quran sebagai autoriti utama atau dunia akan masuk Islam melalui ajaran Quran sebelum akhir tahun 2017, Saya tidak waswas lagi ini akan berlaku. Seperti yang telah ditegaskan dalan Quran "Kebenrana telah datanf dan kepalsuan hapus, dan kepalsuan senantiasa akan hapus." _________________________KASSIM AHMAD seorang pengarang Malaysia. Laman webnya .. .
Published on July 11, 2017 16:01
July 3, 2017
THE MUSLIM PRAYER
THE MUSLIM PRAYER COMPARED TO THE LORD'S PRAYER By: Kassim Ahmad 1 June, 2017
Let me quote the Lord's prayer. "Our Father in Heaven, hallowed by thy name. Thy kingdom come. Thy will be done on earth as it is in heaven. Give us this day our daily bread. And forgive us our debts, as we forgive our debtors. And lead us not into temptation, but deliver us from evil. For thy is the kingdom and the power and the glory, for ever. A'men" (The New Testament, Matthew, 9-13). The Muslim prayer is contained in the first Surah called the Fatehah or The Key. It goes like this: "In the name of God, the Beneficieant and the Merciful. Master of the Day of Judgement. Only You do we worship and from only You do we ask for help. Lead us in the straight path, the path of those whom You bless, nor of those who have deserved wrath, nor of the trespassers." To explain the crass materialism of the Lord's prayer as compared to the Muslim prayer and its beautiful avoidance of this crass materialism and yet contains man's physical needs we have to put it in framework of Jesus's time. Jesus lived 6,000 years ago. He was a Jew as was Moses. His mother was Maryam and father was unknown , but believed to be a carpenter. Jesus was a special messenger of God. God endowed him with many miracles, curing leprosy and even creating life! Yet the Lord's Prayer is inferior to the Muslim Prayer. While the Muslim prayer majestically avoids this crass materialism, yet it provides for man's physical needs. The so-called hadiths are fabrications hung on the head of Prophet Muhammad without his permission. Prophet Muhammad was warned by God not to initiate any other teaching except the Quran. (See Surah Al-Haaqqah (69), verses 38-48) The early Muslims, within 30 years, liberated the two empires of then world, the Sassanian and the and most of the Byzantine, to be the number one power for eight centuries. Medieval Europe sat at the feet of Baghdad for three centuries before its Renaissance. Today where stands the Muslim world? Number seven or eight below the USA, Britain, France, Russia, China, India and even South Korea. Their Islam, the way of life, decreed by God for them has become nothing more than mere rituals. Even then their azan or their call to prayer blithely opposed God's standing order to worship him alone. Not that God is All-Great and All-Powerful and does not need their worship. It is man who needs to worship God. This is happening throughout the Muslim world! Where are their scholers?
_______________________KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is
Let me quote the Lord's prayer. "Our Father in Heaven, hallowed by thy name. Thy kingdom come. Thy will be done on earth as it is in heaven. Give us this day our daily bread. And forgive us our debts, as we forgive our debtors. And lead us not into temptation, but deliver us from evil. For thy is the kingdom and the power and the glory, for ever. A'men" (The New Testament, Matthew, 9-13). The Muslim prayer is contained in the first Surah called the Fatehah or The Key. It goes like this: "In the name of God, the Beneficieant and the Merciful. Master of the Day of Judgement. Only You do we worship and from only You do we ask for help. Lead us in the straight path, the path of those whom You bless, nor of those who have deserved wrath, nor of the trespassers." To explain the crass materialism of the Lord's prayer as compared to the Muslim prayer and its beautiful avoidance of this crass materialism and yet contains man's physical needs we have to put it in framework of Jesus's time. Jesus lived 6,000 years ago. He was a Jew as was Moses. His mother was Maryam and father was unknown , but believed to be a carpenter. Jesus was a special messenger of God. God endowed him with many miracles, curing leprosy and even creating life! Yet the Lord's Prayer is inferior to the Muslim Prayer. While the Muslim prayer majestically avoids this crass materialism, yet it provides for man's physical needs. The so-called hadiths are fabrications hung on the head of Prophet Muhammad without his permission. Prophet Muhammad was warned by God not to initiate any other teaching except the Quran. (See Surah Al-Haaqqah (69), verses 38-48) The early Muslims, within 30 years, liberated the two empires of then world, the Sassanian and the and most of the Byzantine, to be the number one power for eight centuries. Medieval Europe sat at the feet of Baghdad for three centuries before its Renaissance. Today where stands the Muslim world? Number seven or eight below the USA, Britain, France, Russia, China, India and even South Korea. Their Islam, the way of life, decreed by God for them has become nothing more than mere rituals. Even then their azan or their call to prayer blithely opposed God's standing order to worship him alone. Not that God is All-Great and All-Powerful and does not need their worship. It is man who needs to worship God. This is happening throughout the Muslim world! Where are their scholers?
_______________________KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is
Published on July 03, 2017 13:10
June 22, 2017
TRUTH WILLS OUT
TRUTH WILLS OUT By: Kassim Ahmad 22June, 2017
English poet John Keats said, "Beauty is Truth/Truth Beauty/That is all I know/That is all there is to know/.In my experience, this came several times. In a dialogue organized by ABIM. a Muslim youth organization on my book Hadis - Satu Penilian Semula (translated Hadith - A Re-evaluation). When the Malay original came out,in 1986 the Malaysian skies fell on me like a ton of bricks. Our cartoonist Lat depicted this event very well with me carrying a beg with dark skies and storms brewing on the right.. The book was discussed in the print media for two months, half supporting me and half opposing. After the two months of wide discussions, the reactionary religious authorities banned it. It was a primitive act inherited from the European Middle Ages. Soon it was translated into English and Arabic and read throughout the world, bringing positive consequences in Turkey, Saudi Arabia and Malaysia. In Malaysia six rejoinders soon appeared, repeating their tired old arguments, which I had already demolished in the book in the first place. I was not the first to be critical of hadith. Several writers before me had done so. But, without wanting to boat, mine was the first all round and scientific treatment of the matter. The book originated from a five-part article that I wrote for my weekly column in a weekly magazine.The editor, fearful of negative repercussions in a fanatically Shafi'e-influenced Malaysia, refused to publish it. I learned later that the matter was discussed in the Cabinet and even raised in the Malay Rulers' Council. The education minister then, Abdullah Badawi, acting for the Cabinet, I guessed, rightly argued for freedom of academic discourse. My friends in the a department of sociology and anthropology in Universiti Kebangsaan Malaysia was ready to sponsor the seminar I called for. However, it was cancelled by Pusat Islam/Islamic Centre. Lastly, I had to resort to publishing it through my friend-publisher Azran Abd. Rahman, bringing the skied down on my head, as I said. My Arab philosopy professor-friend Dr Hassan Hanafi chided me for raising an abstract matter, arguing I should focuss my attention to bread-and-butter issues..I replied that I wanted those things as well, but these can only be had through a philosophical outlook. Coming back to my story about the ABIM dialogue: several scholars in attendance yelled at me accusing me of arrogance. In fact one prayer leader denounced me in a Friday prayer sermon when I was in front of him.After the prayer I looked at the village youths who attended the prayer. They simply smiled! I thought if I were in Pakistan or Bangladesh. I would have been beaten to death! Two three years later all of them -- those religious scholars who opposed me -- realized their error and apologized to me. God be praised!. ___________________________KASSIM AHMAD is a Malaysian author. His website is
Published on June 22, 2017 23:17
June 19, 2017
ULASAN BUKU
ULASAN BUKU Oleh: Kassim Ahmad 17 Jun, 2017 Buku: Nik Abdul Aziz Nik Hassan, Ide-ide Reformasi Islam Malaya Kini, 2017,Strategic Information Centre, Petaling Jaya, Malaysia. ------------------------------------------------------
Ini sebuah buku yang penting dengan tajuk yang relevan, dutulis oleh seorang tokoh Malaysia (Melayu). Rjujukan-rujukannya banyak dari segi buku atau temubual.Kebanyakan rujukan buku oleh ulama tradisional. Ada satu bab bertajuk "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad ..." Malangnya, penulis tidak mengenakan analisis kritikal. Beliau berat sebelah nama-nama tokoh-tokoh yang besar. Sementara beliau tidak kritikal terhadap tokoh-tokoh ini (malah beliau amat kagum terhadap mereka),beliau amat kritikal terhadap pemikiran saya. Saya mengalu-alukan kritikan terhadap karya-karya saya. Saya mendukung kuat pemikiran bahawa yang salah harus dilawan dengan yang benar di medan perbahasan yang sihat dan bebas. Saya menjemput perbahasan dari adat primitif mengharamkan buku (dua buku saya dan dua risalah saya telah diharamkan melalui fatwa). Demikianlah saya akan melawan buku ini dengan hujah-hujah yang lebih baik. Di lokasi lain, saya telah menulis eses-esei tentang "The Mistakes Man Makes", "Dua Jenis Islam, "The Rise and Fall of Islam", "Misi Besar Dunia Melayu", dan lain-lain (semuanya telah disiarkan dalam blog saya Saya akan sebut beberapa kesalahan besar dalam buku ini. Pertama, beliau mengulangi jenayah Imam Shafi'e yang buat pertama kali membukan pinta kepada konsep DUA SUMBER UTAMA (iaitu Quran dan Hadis). Nabi Muhammad membawa sebuah buku saja, iaitu Quran. Ada banyak bukti yang boleh diberi dari Quran. Salah satu aduan Nabi Muhammad yang agung kepada Tuannya, yang berbunyi, "Ya Tuanku,umatku telah membelakangkan Quran ini. Demikian Kami wujudkan musuh bagi setiap nabi dari kalangan penjenayah. Tuanmu cukup sebagai pemberi hidayah dan penolong. " (Surah Al-Furqan (25), ayat 30-31.) Kesalahan besar dua kalimah syahadah. Syahadah hanya satu.Syahadah ini terdapat dalam Surah Ali-Imran (3), ayat 18. Apa yang kita warisi dari nenek-moyang (Islam baka), apa yang didakwa syahadah kedua dibatalkan dalam Quran Surah Al-Munafiqun (63), ayat 1. Ini semua amat jelas. Mengapa pengarang ini bersama dengan kebanyakaan orang Islam baka lain tidak mahu mengerti? Saya amat dukacita. Lihat akibat kesilapan kita. Orang Islam dududk di mana hari ini dalam dunia? Number tujuh atau lapan. Tiga puluh tahun selepas Nabi Muhammad wafat umat Islam melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dalam dunia. Kita kekal di situ selama lapan abad. Eropah zaman pertengahan datang belajar di Baghdad selama tiga ratus tahun sebelum kebangkitan Eropah. Adakah deen Islam sekarang ritual semata-mata? Cerdik pandai Islam harus jawab soalan ini. Penulis juga menyentuk perkara apa yang dipanggil hukum hudud. Ia merjujuk kepada frasa Quran tilka hududul'Lah yang disebut beberapa kali. Maknanya "sempadan Allah" Jangan kita langgar sempadan Allah. Apakah makna sempadan Allah di sini? Dalam tiap-tiap perbuatan manusia ada satu sempadan yang tidak boleh kita langgar. Kita kena makan, tidur, bersenam, dan lain-lain, tetapi kita tidak boleh melakukan aktiviti ini berlebihan. Itulah makna sempadan. Ia bukun hukaman, apalagi yang tetap. Dalam zaman Nabi, Muhammad wujud hambi-abdi, tetapi Quran mengarahkan kita membebaskan mereka. Dalam zaman Nabi kaum wanita kelas dua yang harus dipimpin oleh kaum lelaki, tetapi pada tahap universalnya, lelaki dan wanita sama. Hanya wujud dua jenis hukuman. Pertama hukuman setimpal, yakni seberat mana kesalahan, seberat itulah hukuman. Kedua hukuman rahim, yakni dimaafkan. Ada orang bertanya, khasnya tentang syahadah, kita melawan arus seluruh dunia Islam. Kita akan menghadapi kemarahan seluruh dunia Islam. Saya jawab, "Dalam hal ini, (kebenaran, iman) bukan jumlah tangan yang diangkat yang dikira. Tuhan, yakni Kebenaran dengan T besar, yang menentukan. Dan hanya ada satu Kebenaran, sepertimana Tuhan itu Satu, Tidak boleh ada dua Tuhan. Dua tuhan bermakna satu lebih. Tidak boleh. Tuhan telah memberi amaran kepada kita dalam Quran, "Jangan sembah dua tuhan, Tuhan hanya satu." Tuhan juga mengingatkan kita supaya jangan ikut nenek-moyang buta-tuli. Bagaimana kalau nenek-moyang kita tidak mendapat petunjuk? Kita harus semak apa yang kita warisi daripada nenek-moyang. Jangan ikut buta-tuli. Di Hari Pembalasan, kita akan ditanya. Video akan menunjukkan apa yang telah kita lakukan di dunia. Kita tidak boleh lari. Inilah yang disifatkan dalam Quran kita akan hukum diri kita sendiri. Saya ingin mengulang. Jangan ikut nenek-moyang kita buta-tuli, walau bagaimana besar nama mereka. Tidak ada manusia yang sempurna. Yang sempurna itu Tuhan saja. Saya juga mengagumi falsafah Shah Waliyullah. Tetapi saya tidak fanatik kepada dia. Ilmu falsafah berkembang dari satu tahad ke tahap yang lebih tinggi. Kita kena ingat dan beri perhatian kepada perkara ini. _____________________________KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya
Published on June 19, 2017 13:17
Kassim Ahmad's Blog
- Kassim Ahmad's profile
- 41 followers
Kassim Ahmad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

