April Snow's Blog, page 3

November 4, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 10


Bab 10FYZA GELENG KEPALA. NAFAS TURUN NAIK. GERAM SUNGGUH DENGAN alasan Aida. Tak habis-habis dengan handbag. Balik-balik sebab handbag. Handbag..handbag. Tau lah tu handbag hadiah daripada mak kau, Aida, tapi ni soal nyawa. Bukan perkara main-main. Handbag tu boleh dicari ganti. Boleh beli balik. Nyawa? Boleh ker dicari ganti kat mana-mana. Boleh ker dibeli balik nyawa yang dah hilang? Ada dijual ker kat mana-mana nyawa kau tu? Fyza lepas keluhan. Dalam sekali. Aida..Aida. Aku tau kau sayang pemberian mak kau tu, Aida. Aku tau..tapi ada masa kita kena tau apa yang penting. Kalau mak kau tau ni, mahu dia pun marah dengan apa yang dah kau buat. Mata Fyza menjunam ke wajah Aida yang sedikit pucat.     Aida ketap bibir. Mata yang terarah ke wajah garang Fyza yang masih tajam merenungnya. Fyza ni, issh. Orang sakit-sakit pun dia nak marah-marah tau! Tak sudah-sudah perangai garang dia tu. Daripada sekolah sampai dah pencen jadi budak sekolah pun mulut makcik-makcik dia tak pencen jugak. Nak marah orang jer keje dia!    "Kau tau tak kau dah bahayakan diri sendiri? Dengar tak ni apa aku cakap?"     "Ya..aku dengar." Aida jawab senafas. Jari-jemari diramas. Liur ditelan. Lambat-lambat. Telinga Aida macam dah rentung terbakar dek panasnya kata-kata amarah yang terluncur daripada bibir mungil teman serumah yang sedang duduk disisi Aida saat ini. Punggung dah rasa macam duduk atas bara api jer saat ni. Issh, takder ke orang nak melawat Aida pagi ni. Kurang-kurang boleh hentikan mulut gunung berapi cik Fyza kat sebelah Aida ni dari terus memuntahkan lahar. Tolonglah sesiapa datang selamatkan Aida daripada panahan peluru bebelan cik Fyza kat sebelah Aida ni.  Aida kemam bibir. Mata beralih ke riba. Kepala ligat berfikir. Doktor dengan jururawat pergi mana ni ek. Naper sorang pun tak masuk tengok dan periksa keadaan Aida nih. Semua macam tau-tau jer Aida akan kena bebel dengan Fyza pagi ni jadi semua pakat tak mahu masuk. Tak mahu telinga dorang sama rentung agaknya.       Nafas dilepaskan perlahan. Sepasang mata Fyza masih tidak berganjak daripada merenung wajah mulus disisinya. Bukan Fyza tak kesiankan Aida, namun Fyza geram dengan apa yang berlaku. Betullah cakap mak Aida waktu pesan kat Fyza dahulu masa nak bawak Aida ke Kuala Lumpur. Aida ni adakala sukar dijangka tindakannya.    " Nasib baik jer tikaman pisau peragut tu tak dalam dan tak kena paru-paru kau tu. Kalau tak, kau tau apa jadi kat kau?" Fyza kerling. Aida kembali jeda. Mulut dikunci. Tak kuasa nak berdebat dengan Fyza. Lagipun teman serumahnya ini kan dah dapat lesen daripada mak dan abang chik untuk jadi penjaga Aida, jadi telinga Aida ni kena redha jer menadah bebelan Fyza daripada tadi. Sejak masuk tadi sekejap sahajalah teman serumah merangkap teman akrab sejak di sekolah ni melempar wajah gusar dan bimbang sambil bertanya khabar tentang keadaan Aida. Selebihnya dia membebel sahaja pasal kejadian yang menimpa Aida sampaikan Aida tak ada selera dibuatnya mahu menikmati sarapan yang dihantar ke dalam biliknya yang mewah ini tadi walhal Aida tengok sarapan yang terhampar didalam tray kat depannya ini punyalah menyelerakan. Macam-macam pulak tuh. Siap ada pencuci mulut lagi. Bila Fyza bertanya samada Aida mahukan Fyza membelikan dia sarapan lain sebab Fyza tengok Aida tidak mahu makan sarapan pagi yang disediakan pihak hospital, Aida hanya menggeleng cakap tak payah sebab selera dia tak ada   Macammana nak makan, kalau pagi-pagi dah kena bebel. Selera pun boleh lari berbatu-batu tau Fyza kalau dengar bebelan macam nih. Geramnya Aida dengan Fyza ni laa!       
FAZWAN TABUR SENYUM MANIS SAAT mata tertancap ke arah susuk tubuh Rina yang melangkah masuk bersama kuntum ros merah jambu ditangan. Senyum manis dan lebar Rina yang melontar makna itu Fazwan hadam tenang. Tahu benar dengan sikap Rina yang suka mengusiknya daripada dahulu. Tunggulah sekejap lagi. Pasti ada kata-kata usikan yang akan melompat keluar dari mulut bertih jagung setiausahanya ini.     "Assalamualaikum. Morning boss. Cepatnya you sampai." Rina hala langkah ke meja Fazwan. Jambangan mawar merah jambu ditangan kanan bersama sebuah kotak kecil ditangan kiri  dipegang kemas. Jambangan ini dipesan tadi oleh lelaki dihadapannya ini. Katanya mahu dibawa ke hospital sebentar lagi. Mahu melawat kawan yang ditahan di wad semalam. Rina senyum dalam hati. Dia tahu cerita tentang hal semalam yang menyebabkan ketuanya ini berada di hospital sehingga lewat malam. Kata pemandu peribadi bossnya ini, Fazwan pulang lewat malam sebab menemani gadis yang merupakan guru di tadika Dian yang diselamatkan di tepi jalan akibat cedera ditikam. Kata abang Mat lagi, Fazwan tunggu sampaia gadis itu betul-betul sudah lena barulah dia melangkah keluar daripada wad. Hmmm..Rina dapat rasa, gadis ini tentunya sangat istimewa dihati Fazwan. Kalau tidak masakan sanggup dia mengenepikan mesyuarat paling penting pagi semalam bersama pelabur daripada Korea dan mengarahkan pengarah kewangan dan pengurus kanan kewangan untuk mengambilalih mesyuarat berkenaan lalu dirinya berada di hospital menemani gadis berkenaan hingga lewat malam. Mengenali Fazwan sejak bertahun , Rina cukup arif akan komitmen lelaki ini terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Kalau dah sanggup mengenepikan urusan pejabat untuk urusan lain, sah sah urusan lain itu sanagt penting kan. Dan urusan lain yang terlibat dalam hal ni katanya seorang gadis muda yang sangat-sangat cantik. Hmmm...i smell something, FA.     Fazwan senyum lagi. Salam dibalas damai. "Pagi, Rina. You breakfast dah? I belum lagi. Tak sempat kat rumah tadi. Nak cepat ke office. My beloved Dian nasib baik papa dia yang hantar hari ini. "     Rina angguk. Tahu sangat akan akrabnya Fazwan dengan keluarga si comel Dian yang sudah bagaikan anak sendiri itu. Rina tahu benar kisah antara ketuanya ini dengan papa dan mama Dian. Jauh disudut hati, Rina sungguh-sungguh mengagumi sikap tulus Fazwan. Betapa bertuahnya gadis yang bakal menjadi suri lelaki didepannya ini. Sukar dicari lelaki yang mempunyai jiwa dan hati semurni dan seindah ketuanya ini. Nasib baik i dah kahwin, FA. Tidak mau i tackle you sampai dapat. Rina senyum dalam hati.     "I dah makan dengan my hubby tadi kat rumah. You nak i belikan apa-apa ke?"     "Sandwiches will be good. Thanks, Rina. You're always my angel. " Fazwan senyum kecil. Tangan menyeluk poket seluar. Montblanc hitam dikeluarkan. Sekeping note merah dihulurkan kepada Rina. Setiausahanya itu meminta Fazwan meletakkan note mreah berkenaan di atas meja. Siap berseloroh menyatakan tangannya kan hanya dua dan dua-dua sedang digunakan saat ini. Ker Fazwan mahu menyelitkan ke mulutnya note tersebut sebab kata Rina dia tahu Fazwan memang tak nak dia bercakap banyak pagi ni. Taknak bersoal jawab dengan Rina yang memang akan bertanya soalan kepadanya pagi ini tentang jambangan yang dipesan. Pecah ketawa Fazwan. Kepala menggeleng. Mata kembali meneliti dokumen yang terhampar didepan. Tangan menyelak satu-persatu muka surat sebelum pen yang takzim ditangan kanan menurunkan alir dakwatnya. Pantas tangan Fazwan menjatuhkan isi dakwat mata pen ke lantai dokumen yang terbentang didepannya. Ditutup lalu diletakkan ke dalam tray didepannya. Dicapai dokumen seterusnya yang terdampar didalam tray bersebelahan.      Rina letakkan jambangan mawar merah jambu di sudut kiri meja Fazwan yang kosong. Kotak putih yang dibawa bersama tadi turut diletakkan disebelah.      "Ok FA. This is the bouquet that you asked me to get it ready this morning. Cantik kan?"   Fazwan angkat wajah merenung jambangan mawar merah jambu yang dibawa masuk oleh Rina tadi. Senyum kembali menghiasi bibir. Berpadu dengan senyuman yang terbentang di bibir Rina yang tunak memandang ke arahnya.   "Beautiful pink roses. Look sweet. Kenapa pink,hmmm." Hala mata kembali ke arah dokumen-dokumen lain yang perlu ditandatangani. Pantas sahaja mata meneliti dokumen yang tersedia didalam tray didepannya sejak dia melangkah masuk awal pagi tadi. Semestinya dokumen ini diletakkan oleh Rina semalam. Rina memang setiausaha yang sangat cekap. Sejak dari menjadi setiausaha kepada pengerusi mereka; Datuk Faisal reputasi Rina memang mengkagumkan. Itu antara faktor Rina ditukarkan menjadi setiausaha Fazwan menggantikan setiausahanya yang terdahulu yang berhenti kerana mengikut suami bertugas ke luar negara.   Mata Rina tertancap ke wajah Fazwan yang khusyuk mengadap dokumen yang terbentang didepan. Senyum melebar mendengar soalan yang keluar daripada mulut ketuanya ini.   "Well FA, for your info light pink roses are associated with gentleness and admiration. Macam situasi you sekarang. I suppose you're admiring someone. Am i right my super handsome boss?" Rina tatap wajah didepan yang menjala senyum kecil. Bingo! "Kata abang Mat, perempuan yang you hantar ke hospital semalam tu cantik orangnya. Hmmm...macammana i boleh missed cerita ni yer, FA?Siapa nama si dia tu? You nak sembunyi daripada i yer. Tak baiklah sembunyi-sembunyi cerita baik macam ni. I ni doakan you hari-hari tau supaya jumpa gadis yang sesuai, yang baik hati macam you. I ni nak sangat tengok boss i yang sangat-sangat handsome,  the most cool guy yet hot bachelor in town naik jenjang pelamin." Rina angkat kening. Sengih. Memang Rina biasa juga memanggil ketuannya ini dengan singkatan nama begitu.    Fazwan gumpal senyum. Kepala menggeleng. Rina...Rina. Pen ditangan dihamparkan ke lantai meja. Hujung jari telunjuk dihala  hidung. Dielus perlahan. Dua pasang mata saling bertemu. Rina yang masih belum usai tersenyum direnung.    "You ni kan Rina kalau tak usik i sehari mesti you rasa hari you tak sempurnakan. Am i right my sweet secretary?"    "Ayat akhir tu betul. I memang sweet. Daripada dulu lagi. Datuk pun cakap i macam tu. Alah, usik boss sendiri not a harm kan. Lagipun i tau my handsome boss ni memang suka jer kalau i usik dia. Cuba kalau i tak usik you sehari, sure you missed that part in your daily routine. Right?" Rina tabur senyum lagi. Seronok kalau dapat mengusik lelaki didepannya ini. Pasti tersipu-sipu. Bukan Rina tidak maklum akan sikap Fazwan yang satu itu.   "Yeah, you're always sweet...lagi-lagi bila mengusik i." Fazwan senyum lagi. Mata terus meniti ke wajah Rina didepan yang hanya melembar wajah bersahaja sambil melontar senyum.           Jemari runcing Rina terus membelek jambangan comel didepan. Jambangan yang dipesan lelaki hebat didepannya ini sewaktu Rina menerima panggilan telefon Fazwan awal pagi tadi. Siap minta maaf kerana sungguh dia terlupa mahu memesannya daripada Rina petang semalam. Rina tahu sangat kesibukan ketuanya ini. Lelaki berwajah tenang dan berperwatakan damai ini memang sibuk sentiasa.   "Lagipun i pilih pink rose ni sebab sesuai dengan penerimanya. You know pink roses also can also be used as an expression of sympathy. You kan simpati dengan apa yang menimpa your girl tu.  So, i pilih bunga yang paling sesuai untuk maksud hati you yang satu tu. Right? And i bet you FA , that girl sure will feel appreciated and special. Hmmm..how nice kalau i boleh tengok expresi wajah dia bila terima this pink bouquet. Sure sweet senyum dia. Malu-malu. Kan? Jangan lupa tau cerita kan i nanti." Rina tadah muka selamba.   Fazwan simpul senyum. Rina..Rina.   "One more important fact about roses is that it's an allergy-free flowers. Roses are great because the pollen is inside the flower and not exposed, unlike a lily. And pink roses are just perfect for you mission, FA." Fazwan geleng kepala. Mata menghala ke arah kotak kecil berwarna putih yang terhampar disebelah jambangan ros merah jambu.   "Kotak apa tu, Rina."   Mata Rina laju dibawa ke arah objek yang disebut Fazwan.   "Vase."   "Vase?" Kening Fazwan berkerut. "Nak buat apa dengan vase tu?"   "Yelah. Bunga ni nanti masukkanlah dalam pasu dan letak kat sisi dia. Baru nampak perfect. Nampak sweet. Takkan nak lambakkan aje atas meja that girl. Tak presentable la FA. You kenalah romantik. Bawak bunga then you masukkan dalam vase ni and letak kat sebelah dia. Sure that girl terharu tau. Silap-silap tak tidur malam dia mimpikan you."   Ketawa kecil Fazwan terluncur. Rina..Rina. "Dah..dah. Quickly get me sandwiches, Rina. A black coffee too. I boleh kenyang nanti dengar teori cinta you yang macam-macam ni."    Rina lontar ketawa. Note merah diatas meja dicapai. Wajah Fazwan yang masih belum usai ketawa ditatap.  "Nanti you pergi visit dia karang, kirim salam i tau. Cakap kat that girl, my secretary nak berkenalan dengan orang yang berjaya curi hati boss yang dia admire daripada dulu. Jangan lupa tau, FA. Bye." Rina kenyit mata sambil atur langkah menghala ke pintu. Fazwan yang memerhati hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Mata dihala ke jambangan ros merah jambu didepan. Senyum dibibir kembali mekar. Seraut wajah yang ditinggalkan pulas beradu malam tadi terlayar dimata.
"Makanlah. Sikit pun takper. Janji makan, Aida."Kepala Aida menggeleng. Sungguh dia hilang selera akibat bebelan Fyza tadi. Terbang semuanya.   Fyzaa geleng kepala. Cakap sikit dah merajuk. Manja tak sudah-sudah. Issh.  "Aku tau lah kau tu merajuk dengan aku. Kan."  Aida geleng kepala. Fyza cebik bibir dan serentak terdengar ketukan di pintu bersama suara menghulur salam. Fyza hala mata ke arah Aida. Cupingnya memang jelas menangkap suara lelaki yang memberi salam. Hati menyahut salam.  "Siapa tu?" Aida balas salam perlahan. Bahu diangkat. Manalah dia tahu kalau orangnya berada disebalik pintu sana. Apalah Fyza ni.   Fazwan pulas tombol kala telinga menangkap suara lembut Aida menjawab salam yang dihulur. Tubuh yang kemas berkemeja kelabu cair bersama nia bercorak abstrak rona yang sama perlahan melolos masuk.   Fyza telan liur. Mata rasa tak sanggup nak kelip sebab terpegun tengok makhluk yang sedang berjalan menuju ke arah katil Aida. Mak datuk, siapalah pulak mamat handsome giler ni. Mata Fyza tertancap jambangan indah ditangan lelaki yang sedang tenang berjalan mendekati mereka. Siap bawak ros merah jambu lagi. Mata Fyza menyusuri lagi wajah lelaki berkaca mata yang sedang menghayun langkah mendekati katil Aida.    Aida hulur senyum. Fazwan turut melempar senyum. Aida mempersilakan Fazwan duduk dikerusi baldu merah yang diletakkan di kanannya. Fazwan angguk.   "Aida macammana? Dah rasa ok?" Perlahan punggung mendarat di lantai kerusi baldu yang berada di kanan Aida.    Kepala Aida mengangguk. "Alhamdulillah. Rasa dah ok daripada semalam. Terima kasih bawakkan saya ke hospital, Fazwan." Bibir Fyza melopong. Ooo..nilah dia mamat yang aku call semalam tuh. Dia yang selamatkan Aida tu macam yang puan Anne beritahu. Mak datuk segak tak hinggat mamat nama Fazwan ni. Tapi.. Fyza gigit bibir. Kepala laju menerjah ingatan. Dia ni ker Fazwan yang Aida dengan abang chik dok bualkan hari tu. Dia ni ker laki orang yang abang chik dok bimbangkan sangat tu. Fyza masih tidak lepas tatap wajah yang duduk bertentangan dengannya. Memang patut pun abang chik risau tahap dewa. Handsome giler laki orang nih. Aduhai..Aida, Aida.   Fazwan angguk. "Sakit lagi?"   Kepala Aida menggeleng. "Dah kurang sangat."  "Alhamdulillah. Ni.." Jambangan mawar merah jambu dihulurkan Fazwan ke tangan Aida. "Untuk Aida. Get well soon, hmmm. Ni pasunya sekali. Supaya this pink roses lama bertahan dan nampak cantik lagi." Bibir terus ukir senyum.  Aida sambut kedua-duanya sambil ucap terima kasih. Dua senyum bertaut. Fyza yang menjadi pemerhati adegan sebabak didepan mata melepaskan deheman kecil. Pantas bebola mata Aida menghala ke wajah Fyza disisi. Fyza angkat kening. Isyarat.    "Taknak kenalkan ke kat aku hero yang selamatkan kau semalam nih."   Aida tayang senyum. Ada makna yang cukup manis mendengarkan kata-kata Fyza. Hero. Hmmm...dia memang hero aku semalam, Fyza.  Aida hala mata ke arah Fazwan yang masih tersenyum.  "Fazwan, kenalkan. Ni Fyza. Kawan serumah saya merangkap penjaga saya di Kuala Lumpur ni bagi pihak abang dan mak saya. Fyza.."Mata Aida kembali menghala ke arah Fyza di sebelah kiri. " Ini encik Fazwan Anuar. Kawan baru aku juga insan mulia yang selamatkan aku semalam." Aida kembali hala wajah ke arah Fazwan.  Kawan baru. Hmmm..i like that, Aida.   Fazwan angguk. Salam dihulur. "Cik Fyza yang call saya semalam kan?"    Fyza angguk." Ya, saya. Terima kasihlah sudi tolong budak manja ni semalam encik Fazwan." Aida cubit lengan Fyza. Cubitan balas Fyza hinggap pula ke lengan Aida. Aida ketap bibir sambil mata dibesarkan. Fazwan jala senyum lihat telatah kedua-duanya Kepala diangguk." Tak tahu saya apa akan jadi kalau bukan encik Fazwan yang jumpa dan bantu bawak Aida ke hospital semalam. Ni pun saya tak beritahu mak dan adik beradik dia yang lain. Aida taknak mereka risau." Fyza tatap kembali wajah mulus Aida. Teringat dia pagi tadi waktu sampai dan duduk disisi Aida. Pertanyaan pertama yang terluncur daripada bibir adalah bertanyakan Aida samada mahu Fyza menghubungi keluarga dan memberitahu apa yang berlaku. Laju sahaja si manis ini menggeleng kepala sambil memegang tangan Fyza. Tidak mahu menyusahkan mak dan ahli keluarga yang lain. Siap mintak Fzya berjanji agar jangan sesekali membuka cerita ini kepada mereka. Sungguh Aida tidak mahu maknya galau nanti kalau berita ini sampai ke pengetahuannya.  Fazwan hala mata ke arah dulang berisi makanan didepan Aida. Nampak seperti tidak bersentuh.  "Aida tak breakfast lagi? Kenapa tak makan,hmmm. Tak sedap?"  Aida kemam bibir. Mata dihala ke riba.   Fyza tepuk perlahan peha Aida. Kerling halus Aida terdesir di mata. "Merajuk kena bebel dengan saya tu tadi, encik Fazwan. Langsung terbang selera cik adik manis kita ni. Anak manja memang macam ni. Nak bersuap agaknya baru nak makan."  Fazwan senyum. Tubuh yang duduk dikerusi ditegakkan. Ditolak ke tepi kerusi lalu didaratkan duduk di tepi tilam disisi Aida. Fyza hanya memerhati. Aida spontan mengengsotkan tubuh. Fazwan senyum. Piring berisi potongan buah oren dicapai. Diambil sepotong lalu dihala ke mulut Aida.  "Makan dulu,hmmm. Aida kan nak cepat sembuh. Boleh cepat balik. Jadi kena makan ikut aturan waktu. Tak boleh tak makan. Kita mula dengan yang buah-buahan dulu. Sunnah Rasulullah ni. Come." Aida telan liur. Dua pasang mata saling bertatapan. Potongan oren yang berada ditangan Fazwan kini terhala rapat ke bibirnya.   "Come, Aida. Makan ok. Saya suapkan,hmmm." Fawzan kelip mata. Perlahan-lahan bibir mungil Aida terbuka.   Fyza yang takzim disisi kiri Aida sembunyi senyum. Bibir dikemam. Aduhai, Aida..manalah kau jumpa mamat giler handsome dan romantik tak hinggat nih. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2013 00:48

November 1, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 9


Bab 9"CIK AIDA BERNASIB BAIK ENCIK FAZWAN BAWA DIA ke sini cepat. Kalau tidak, kami tak tahu apa nasib dia. Cederanya sedikit parah namun dia selamat dan keadaannya sekarang tidak membimbangkan. Cik Aida jugak bernasib baik sebenarnya kerana tikaman dirusuknya tidak mengenai paru-paru yang mungkin boleh menyebabkan kematian. Keadaan cik Aida stabil cuma dia masih lemah. Mungkin jugak dia sedikit terkejut dengan apa yang menimpa dirinya. Kita mungkin boleh mengandaikan dia diragut jika berdasarkan pada keadaan dirinya waktu ditemui encik Fazwan. Namun semuanya akan terjawab bila keterangannya diambil nanti oleh pihak polis. Kalau dia mampu mengecam suspek yang melakukan kecederaan terhdap dirinya ini, itu paling baik. Apa-apapun kita tunggu cik Aida sedar dulu. Encik Fazwan boleh jumpa cik Aida tapi jangan ganggu dia. Biarkan dia berehat. Kami akan pantau keadaan cik Aida dari masa ke semasa jadi encik Fazwan tak perlu bimbang." Bait-bait kata doktor yang merawat Aida yang ditemui diluar wad sebentar tadi terus meniti di layar minda. Berulang tayang. Fazwan hela nafas perlahan. Wajah yang sedang pulas beradu didepan direnung.Lama. Ada satu perasaan yang sedang mengetuk dinding hati saat ini kala kerdip mata singgah di wajah polos Aida yang lena dibuai nyenyak yang damai. Fazwan masih tunak memandang Aida yang masih terpejam rapat matanya. Hanya turun naik nafas yang tertampak di penglihatan Fazwan.
   Aida, i knew it's really hard...
   But please...
   Please be strong...
   Please be strong...for yourself...
   For me.
   For me, Aida.

   Liur rasa tersekat. Fazwan hela nafas untuk kesekian waktu. Sukar sekali diterjemahkan dengan kata-kata akan perasaannya waktu tubuh kurus yang terbaring lemah ini diangkat keluar dari dalam perut kereta lalu tubuh kurus ini pantas bertukar tangan. Kakitangan wad kecemasan pantas mengendalikan tubuh Aida yang basah dengan merah darah disebahagian anggotanya. Segalanya bergerak pantas. Ketika diri dirundung rasa cemas dan gusar yang bukan kepalang, mata hanya mampu menjadi pemerhati melihat tubuh Aida diusung masuk ke dewan pembedahan. Saat itu, hati jadi gundah yang tidak mampu mengucapkan alunnya. Jiwa berdesir dendang kecamuk yang bergema hebat di sanubari. Segalanya bercampur-baur. Duduknya diluar dewan bedah tadi penuh takzim bersama jalinan doa yang dipanjatkan moga Aida selamat. Hanya itu yang diminta. Hanya itu.
   Tangan kanan dibawa ke atas. Fazwan raup wajah. Lama. iPhone yang bergetar didalam genggaman tangan kiri membuatkan bebola mata yang tertutup kembali terbuka kelopaknya. Nombor yang tertera membuatkan dahi sedikit berkerut. Perlahan-lahan tubuh diangkat dari lantai kerusi yang memayungi duduknya sejak sekian waktu tadi. Dibawa langkah menuju ke pintu. Perlahan dan penuh berhati-hati dipulas tombol pintu. Kepala menoleh kembali ke arah tubuh yang terbaring jeda di katil. Masih seperti tadi. Perlahan-lahan diloloskan tubuh keluar daripada wad kelas satu yang menempatkan Aida.
  "Hello.." Salam yang dilontar suara perempuan ditalian sana dibalas penuh sopan.
  "Ini encik Fazwan ke?" Suara itu bertanya. Dalam kehairanan dan penuh tanda tanya tentang gerangan perempuan yang menaliponnya ini dan dari mana pula perempuan ini memperolehi nombor telefon tangan dan mengenalinya, Fazwan masih mampu menenangkan diri.
  "Ya, saya. Maaf. Boleh saya tahu cik ni siapa."
   "Saya...saya Fyza. Kawan serumah Aida." Fazwan angguk. Ooh, teman serumah Aida rupanya. Suara yang sedikit kelam kabut dengan bibit bimbang yang cukup jelas dipendengaran.   "Saya rasa cik Fyza nak tahu tentang keadaan Aida. Am i right?"   "Ya..ya, encik Fazwan. Macammana Aida? Dia...dia dah sedar ke? Teruk ke keadaan dia?" Soalan yang bertalu-talu Fazwan tahu benar niatnya. Pasti hati Fyza diamuk kerisauan yang bukan kepalang. " Puan Anne call saya tadi beritahu tentang apa yang terjadi pada Aida. Allah...saya terkejut sungguh. Kesian Aida. Saya ni memang hati nak balik sangat-snagat ke Kuala Lumpur nak tengok keadaan Aida tapi saya outstation di Melaka hari ini. Tak boleh nak balik selagi kerja ni tak siap. Saya cuba selesaikan secepatnya. Insya Allah esok rasanya saya boleh balik. Tolong ye encik Fazwan, tengokkan Aida bagi pihak saya hari ni. Saya minta tolong sangat-sangat. "Ada keluhan nafas gusar yang terdesir dan tertangkap di telinga Fazwan. Pasti gadis bernama Fyza itu terlalu bimbangkan keadaan Aida. Nada suaranya yang bernafas bimbang tidak sukar dikenaliMacam...macammana Aida sekarang?"
  "Alhamdulillah. Cik Fyza jangan bimbang,hmmmm. Aida selamat. Keadaan dia ok tapi dia belum sedar lagi. Cik Fyza jangan risau. Aida dah stabil. Dia cuma perlu berehat. Saya akan jaga dia hari ini dan pihak hospital juga akan memantau keadaan dia. Kita sama-sama doakan Aida cepat sedar dan cepat sembuh dari kecederaan."
  " Ya..ya. Kita sama doakan Aida cepat sedar dan cepat sembuh. Apapun lega saya dengar bila encik Fazwan cakap macam tu. Terima kasih encik Fazwan sudi tolong jagakan Aida hari ini. Esok saya balik saya akan jaga Aida pulak. Abang dia pun tak ada di Kuala Lumpur sekarang. Hantar barang tempat kerja dia ke Johor Bahru. Saya taknak susahkan abang Aida sebab memang dia dah amanahkan saya jaga Aida kalau dia tak ada di Kuala Lumpur."
  "Tak perlu bimbang cik Fyza. Macam saya cakap tadi Aida selamat. Dan saya rasa tak perlu susahkan abang Aida. Keadaan Aida dah ok."
  "Sekali lagi terima kasih encik Fazwan.  Hanya Allah sahaja yang dapat balas kebaikkan  encik Fazwan pada Aida."  "Saya hanya membantu. Dan Allah dah pilih saya  untuk bantu Aida hari ini cik Fyza. Saya bersyukur kerana saya yang terpilih untuk berada di sisi Aida hari ini."   " Apapapun terima kasih sekali lagi encik Fazwan kerana menghulurkan bantuan yang tidak terbalas buat Aida hari ini. Saya jumpa encik Fazwan esok ye. Assalamualaikum." Salam dibalas bersama helaaan nafas penuh kelegaan. Kaki kembali diatur ke wad yang menempatkan Aida. Dua orang jururawat yang berpapasan ditegur dengan senyum dan tunduk hormat.
  "Mak..." sayup suara terdesir. Perlahan. Lemah. Mata yang terpejam bergerak-gerak. Bayang mak terlayar. Jelas. Nafas meniti laju.
   "Mak...beg...beg..."
   "Mak...beg Aida, mak." Kepala bergerak. Kiri dan kanan. Jari-jemari digenggam.
   "Mak...mak...." Dan serentak juga tombol pintu berputar daripada luar. Langkah Fazwan perlahan-lahan menapak mendekati katil. Penuh berhati-hati. Tidak mahu mengejutkan Aida namun kelopak cupingnya cekap menangkap apa yang terluncur daripada bibir Aida waktu kakinya melangkah masuk. Aida dilihat seakan cuba menyampaikan sesuatu. Sebutan itu cukup jelas. Mungkinkah dia teringatkan insan yang disebut itu. Kerdip mata sedang melihat perlakuan yang terhidang didepan mata. Penuh berhati-hati tubuh kembali berlabuh pada kerusi yang berada disisi Aida. Wajah Aida yang berkerut dengan kepala yang bergerak ke kiri dan kanan menangkap perhatian Fazwan. Penuh berhati-hati tapak tangan didaratkan di lengan Aida yang berlapik selimut.
  "Aida..." Damai suara Fazwan dengan penuh kelembutan terdesir. Mata masih tidak berkalih kerdip dari memandang wajah yang terbaring didepannya. Tapak tangan masih berlabuh dilengan Aida.
  "Mak..."
  "Aida...Aida..." Fazwan kembali menyeru. Perlahan suara dialun.
  "Mak...mak...mak."
  Fazwan renung wajah Aida yang gelisah. Diusap perlahan lengan yang lengkap bersarung pakaian rona biru milik hospital. Diseru lagi.
 "Aida..Aida."
 Cuping yang terbentang sayup-sayup menangkap namanya diseru. Kelopak mata diorak perlahan-lahan. Terang lampu yang memancar membuatkan mata terpejam seketika sebelum kembali terbuka. Terbuka luas. Siling putih menangkap pandangan kala mata berbuka. Siling yang begitu asing dimata. Deru degup jantung berlagu gusar. Dahi berkerut. Kepala dikalih ke kanan. Mata menyapa seraut wajah yang cukup dikenali. Wajah yang duduk cukup rapat disisi. Bibir Aida bergerak-gerak mahu bertanya namun tiada kalam yang mampu dilontarkan. Ada rasa yang menyucuk. Dikemam bibir. Menahan rasa sakit yang menekan. Senyum di wajah yang berkaca mata itu membuatkan nafas keliru menghentak fikiran. Dimana dirinya berada? Di mana?
  "Fazwan..." Hanya itu yang terdaya ditutur.Lemah.
 Alhamdullillah. Ucap syukur bergema dihati Fazwan. Dua mata menjadi saksi apa yang terbentang didepannya saat ini. Dan kala namanya terluncur dari ulas delima yang indah itu bibir mengorak senyum penuh kesyukuran. Tapak tangan yang masih tunak berlabuh ditempatnya sejak tadi tanpa sedar mengelus lembut lengan Aida. Tindakan yang memberi tindakbalas. Bebola mata nan damai itu singgah diwajahnya. Saling memandang. Ada getar indah yang berdendang di jiwa. Berlagu damai dihati.
 "Fazwan...saya...saya...saya dimana?" Lambat-lambat dan satu-persatu kata pertanyaan terluncur. Mata tertancap ke wajah tampan yang damai menghulur tatap. Senyum itu masih indah menyapa pertanyaan yang dilontar.
 "Aida berehat, hmmmm. Jangan banyak bercakap. Aida masih lemah."
 Aida geleng kepala. Tangan Fazwan dicapai.Spontan. Mata mereka tidak berkerdip saling memandang.
  "Saya dimana, Fazwan? Saya dimana ni. Tolong beritahu saya apa yang dah berlaku pada saya."
  Fazwan telan nafas. Wajah penuh pengharapan Aida meniti di mata.
  "Aida jangan bimbang,hmmm. Aida dah selamat."
  Tangan Fazwan digoncang lemah.
  "Fazwan..." Seru yang terluncur dibibir Aida buat Fazwan gagal melarikan wajah. Sepasang mata penuh pengharapan itu bertembung dengan sepasang matanya yang tidak terdaya menolak. Dikemam bibir.
 "Aida di hospital sekarang."
  Liur tersekat kala cuping dihadiahkan jawapan itu. Hospital?
  "Saya..saya di hospital?"
  Fazwan angguk.
 " Kenapa saya disini? Kenapa...kenapa awak ada disini dengan saya? Apa yang dah terjadi pada saya, Fazwan?"
  Terasa ada elusan lembut dilengan. Bebola mata menghala ke arah wajah berkaca mata yang tenang berlabuh disisi. Mata mereka kembali bertembung. Senyum di bibir itu kembali meniti dan terlayar di mata. Aida tatap wajah didepannya tidak berkalih. Masih keliru dengan situasi yang sedang terhidang didepan matanya kala ini. Apa sebenarnya yang telah terjadi kepadanya hingga terbaring di katil hospital. Dahi dikerutkan dengan mata yang terpejam. Tapak tangan mengelus pelipis. Cuba sedaya-upaya mengingati kembali apa yang telah menimpa dirinya hari ini. Layar memori terputar. Langkahnya ke tadika terlayar. Dada berombak kencang. Motosikal yang menderu dari belakang menerjah putaran kenangan. Tangan laju menerpa ke rusuk kiri. Bibir diketap. Kuat. Rasa sakit menghentak deria rasa. Terasa lengannya dielus lagi. Mata memandang. Mereka saling bertatapan.
  Fazwan tenang menghela nafas untuk sekali lagi. Segala perlakuan Aida menjadi saksi sepasang matanya.
  "Saya jumpa Aida terbaring pengsan ditepi jalan...berlumuran darah." Dua pasang mata mereka kembali bertaut. Aida ketap bibir. Dan memori pagi tadi berputar kembali.

"Mereka tikam saya. Mereka tarik beg saya. Mereka rampas beg saya. Beg yang mak beli untuk saya bawa ke Kuala Lumpur. Untuk saya nampak elok ke tempat kerja. Untuk saya tidak menyandang beg yang sudah pudar...sudah nampak buruk." Aida ketap bibir. Segala yang berlaku pagi tadi kembali berulangtayang. Masih diingati jerit nyaringnya meminta tolong namun tiada yang muncul. "Sampai hati mereka rampas beg yang mak saya beli hasil upah menjahit langsir. Sampai hati mereka rampas keringat mak...penat lelah mak. Sampai hati mereka." Aida ketap bibir lagi. Masih terbayang jeritnya kala dia berusaha sehabis daya untuk menyelamatkan pemberian mak yang paling disayangi namun ternyata dayanya tidak mampu melawan sasa dua lelaki. Mata terasa hangat. Pantas dihala tapak tangan ke kolam mata."Maaf Fazwan. Saya...cuma sedih." Aida sapu lagi pelupuk mata. Dihela nafas perlahan. Beg tu walau tak seberapa harganya namun terlalu istimewa buat saya. Segala penat dan keringat mak saya terpahat padanya.Tiada gantinya."
  Fazwan angguk kepala. Tidak mahu gadis polos didepannya ini terus berbicara. Aida harus berehat. Itu yang dipesan kepadanya tadi oleh doktor yang merawat Aida. Nanti-nanti bila gadis ini sudah cukup bersedia untuk berbicara secara tenang, akan ditanya apa yang berlaku sebenarnya terhadap Aida pagi tadi.
 "Mereka ambil beg yang mak saya beli. Mereka jahat betul. Kejam. Sampai hati mereka ambil beg pemberian mak saya. Beg yang begitu berharga nilainya pada saya."
  Fazwan elus lembut lengan Aida lagi.
  "Aida jangan bercakap,hmmm. Aida kena berehat. Baru akan cepat sembuh. Jangan fikirkan dulu apa yang berlaku,hmmm. Aida kena redha atas apa yang berlaku. Tentu Allah sudah susunkan sesuatu yang lebih baik untuk Aida. Sabar,hmmm." Bibir Fazwan menghadiahkan segaris senyum penuh makna. Aida hanya memandangnya sayu. Fazwan sedar gadis ini sedang dihampar rasa sedih dek apa yang berlaku. Apa yang terucap tadi menjadi jawapan kenapa nama itu yang terluncur beberapa kali dari ulas delima Aida. Dan kehilangan barang yang sangat-sangat disayangi dan paling dihargai dalam hidup sesuatu yang amat menyedihkan. Tambah menyedihkan bila diri sendiri gagal mempertahankan barang yang paling disayangi itu setelah berusaha sehabis daya. Pasti sedihnya tidak tergambar. Fazwan tahu ada sesuatu yang perlu dilakukan.
   Aida hela nafas. Fazwan yang tenang menghulur senyum damai ditatap lagi untuk kesekian kali. Tatapan kali ini penuh makna.
  "Fazwan.."
  Senyum meniti. "Ya, Aida. Ada apa,hmmm."
  "Terima kasih."
   Aida kemam bibir. "Terima kasih sebab selamatkan saya. Terima kasih sebab bawa saya ke sini. Kalau..kalau awak tak ada tadi..."Aida jeda. Dihela nafas perlahan. Rasa menyucuk itu kembali menjengah. Dibawa tangan ke rusuk. Bibir dikemam dengan mata yang terpicing. Menahan. Suara melafaz rasa sakit itu terluncur spontan.
  Fazwan cemas. Tangan Aida dicapai. Digenggam. Mata hala ke mata Aida yang terpejam.
  "Aida?...Aida, ok? Saya panggilkan doktor ye. Aida tunggu sekejap." Tubuh diangkat dan serentak genggaman ditangannya berbalas. Mata Aida terbuka bersama gelengan kepala. Senyum segaris terukir diwajah manis Aida.
  "Jangan. Tak..tak perlu. Saya..saya,ok. Rasa sakit sikit je. Takper. Nanti kan saya sembuh jugak. Macam awak kata tadi. Saya kena berehat. Saya cuma nak ucap terima kasih pada awak kerana selamatkan saya. Kalau..kalau awak tak selamatkan saya...tak..tau tahu apa jadi pada saya." Aida ketap bibir. Nafas dihela perlahan. Sakit yang menyucuk menyapa lagi. Dipejam mata. Tangan Fazwan yang digenggam erat dipaut. Fazwan yang cekap melihat perlakuan Aida membalas erat genggaman Aida.   "Aida? Awak ok? Nak saya panggilkan doktor?"    Kepala Aida menggeleng."Saya ok."   "Are you sure, dear?"   Aida angguk. Senyum kecil sedaya-upaya dilontar.  "Fazwan.."  "Hmmmm.."  "Moga Allah balas segala kebaikkan awak. "   Senyum. Kepala diangguk.  "Aida berehat,hmmm. Saya akan ada disini. Disisi Aida. Tak perlu risau. Saya dah hubungi puan Anne. Aida jangan bimbang,hmmm. Yang penting Aida kena cepat baik. Dapat cepat balik." Mata dijunam ke kolam mata Aida yang merenungnya.
  Aida geleng.
  "Tak payah sampai macam ni, Fazwan. Awak tentu ada kerja penting yang perlu diuruskan. Baliklah ke pejabat. Tak perlu risaukan saya. Kakitangan di wad ini pasti akan jaga saya sebaiknya. Terima kasih sebab dah maklumkan keadaan saya pada puan Anne. Saya boleh jaga diri saya disini. Awak tak perlu bimbang tentang saya, Fazwan." Fazwan senyum. Panggilannya kepada Rina tadi sudah dilakukan usai tubuh kurus Aida disorong ke bilik pembedahan. Apa yang dimaklumkan kepadanya mesyuarat bersama pelabur daripada Korea yang dikendalikan Razman dan Farid ternyata mendapat maklumbalas positif. Dan mesyuarat peringkat seterusnya akan dilakukan minggu hadapan untuk proses persetujuaan secara bertulis. Menurut Rina, Datuk Faisal mahukan Fazwan yang mengendalikan mesyuarat itu nanti kerana ia merupakan peringkat rundingan paling penting dan kritikal. Semuanya perlu terbaik demi meraih kepuasan pelabur Korea berkenaan.
   Fazwan tolak hujung jari pada kaca mata yang sedikit melorot dari paksinya. "Kerja saya hari dah disempurnakan dengan baik. Aida tak perlu bimbang,hmmm. Hari ini, saya akan ada disini...disisi Aida."
  "Fazwan..saya...saya rasa..awak...awak tak.." Aida geleng kepala. Fazwan pantas memintas dengan jari diletakkan dibibir Aida. Bibir Aida tersihir dari meneruskan kata-kata. Bebola mata terlontar ke wajah yang takzim damai disisinya. Wajah lelaki bernama Fazwan yang penuh pesona mengundang getar dihati Aida. Liur rasa tersangkut di celahan lohong kerongkong. Mata mereka terus berbicara.
  Fazwan capai tangan Aida. Digenggam penuh lembut. Erat. Bibir mengorak senyum. Wajah damai polos yang berbaring dan tidak berkerdip menjamah perlakuannya direnung penuh dalam. Penuh makna.
  "Aida berehat ok. Saya akan jaga Aida hari ini. Saya nak ada disisi Aida hari ini. Saya mahu ada dekat dengan Aida hari ini. Bolehkan Aida, hmmm." Lontaran sepasang mata Fazwan yang berlatar kaca mata begitu bening. Mata Aida terus menatap. Fazwan lontar senyum.
   Bibir Aida terjeda. Mata dipejamkan. Rapat. Ada getar yang mengetuk jendela hati.
   Fazwan ukir senyum.
   Sweet dream, my dear.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2013 07:23

October 27, 2013

Order Sudah Dibuka Oleh Love Novel Publication Untuk LCDJM....sila2 Order Utk Jumpa Qis, Khal, Joe & FA ye..


Salam,

Buat semua darling2 n laling2 juga kengkawan para pencinta naskhah ini dan mahu dapatkan versi cetaknya, pesanan untuk LCDJM sudah dibuka. Sila order naskhah ni kat Website Love Novel di sini--------->Order LCDJM Di Sini.

Terima kasih Juta2 untuk semua yang sudi sokong karya kerdil kucc yang ini...juga yang sebelum2 nya. Moga terhibur dan semoga mendapat manafaat, insya Allah. Kalau ada sebarang kekhilafan, kekurangan yang samada yang sengaja atau tak disengajakan, yang disedari atau tidak disedari kucc mohon maaf banyak2.

Wassalam,
kucc_aprilsnow
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2013 23:07

October 26, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 8


Bab 8"AIDA TU BUKAN FYZA TAK TAU perangai dia. Semua orang kat muka bumi ni baik dimata dia. Fyza yang kawan dengan dia dari sekolah menengah lagi patut lebih tau sikap Aida yang satu ni.” Fyza angguk perlahan. Affendi sambung tatap ke wajah gadis yang dia kenal menjadi kawan baik Aida sejak di sekolah menengah lagi. Dan Affendi juga keluarga sebenarnya banyak berterima kasih kepada gadis ini. Fyza banyak membantu Aida sejak adik bongsunya itu datang ke Kuala Lumpur. “ Abang cuma risau. Aida ni hati dia lembut. Tak kira pada siapapun. Kenal tak kenal, dia tetap layan macam dah lama kenal. Macam kawan baik dia jer. Kadang bila terlalu baik pun ada bahayanya lagi-lagi dalam dunia sekarang ni Fyza. Kita tak tau isi hati orang. Tak semua orang baik macam yang dia sangka. " Fyza hela nafas halus. Dalam hati mengiyakan apa yang dikatakan abang keempat Aida ini. Mengenali Aida dari saat kaki melangkah ke sekolah menengah suatu waktu dahulu kala keluarganya akur mengikut abah yang mahu menetap di kampung setelah berhenti kerja, Fyza cukup masak dengan sikap tulus dan baik hati Aida. Aida kawan pertama di sekolah yang menegurnya dan sudi berkawan dengannya biarpun yang lain-lain tidak menyukai gadis kasar seperti diri Fyza. Ketulusan, sabar dan ikhlas hati Aida buat Fyza selesa berkawan dan makin akrab dengan Aida yang dirasakan kawan yang cukup baik hati. Terlalu baik hati. Dan kerana sikap baik hati Aida yang adakala Fyza rasa keterlaluan, seringkali juga ada kalangan kawan-kawan di sekolah mereka yang mengambil kesempatan atas kebaikkan Aida. Dan setiap kali ditegur Fyza, Aida hanya menyatakan jangan pernah berkira dengan kelebihan yang Allah beri pada kita. Jika kita mampu maka bantu sahaja semampunya. Soal yang lain-lain itu serahkan pada Allah. Jangan prasangka. Jangan bersangka buruk. Sudahnya Fyza hanya selesa mendiamkan diri hatta ketika Razman yang waktu itu berada di tingkatan lima mula berkawan dengan Aida, Fyza memang tak mahu menegur biarpun jauh di sudut hati seakan dapat merasakan lelaki itu “semacam” sahaja orangnya. Entahlah. Memang dari mula kenal Razman, Fyza memang tak begitu menyukai lelaki itu. Bukan dia berprasangka. Bukan juga buruk sangka namun gerak hati begitu kuat menyatakan lelaki itu bagai ada agendanya mendekati Aida yang polos dan tulus hatinya. Dan telahan hatinya tentang sikap  “semacam” lelaki itu dahulu benar belaka. Razman itu memang spesies jantan tak guna. Razman itu sungguh bijak mempergunakan Aida yang terlalu jernih jiwanya. Mengambil kesempatan diatas kebaikkan Aida yang ikhlasnya tidak terucap. Fyza hela nafas perlahan. Mengingati kisah  Aida dan Razman…mengulang tayang esak tangis Aida kala meluahkan segalanya yang telah Razman lakukan buat lubuk jiwanya bergelora dengan amukan amarah. Jika membunuh lelaki seperti Razman itu tidak tersalah dari sisi hukum dan undang-undang sudah lama dicincang lumat lelaki itu!        " Abang takut orang ambik kesempatan pada dia. Orang sekarang bukan kira, Fyza. Lagikan bini orang pun kalau dia nak, dia akan usaha sampai dapat. Ni kan pulak anak dara lurus macam Aida. Abang taknak apa yang dah jadi dulu berulang balik. Abang tak nak tengok Aida sedih lagi.  Cukuplah apa yang dah si Razman bangsat tu buat pada Aida. Mak abang lepaskan dia kerja di Kuala Lumpur ni pun sebab tu. Sebab nak Aida lupakan hal dulu. Nak dia jauh dari rencah rasa kata-kata  orang kampung yang tahu ujung pangkal cerita. Mak tak sanggup tengok orang kampung terus mengata Aida." Fyza yang takzim mendengar, lontar anggukan ke arah Affendi yang duduk di sofa setentang. Tahu benar apa yang terpaksa ditanggung Aida atas apa yang dilakukan Razman. Entah kenapa agaknya dalam hal begini mudah benar orang kampung menuding jari ke arah Aida. Dan jantan keparat itu terlepas dengan penuh penghormatan. Kalaulah dia punya kuasa ajaib mahu sahaja disumpah jantan keparat itu menjadi katak puru. Hodoh dan hanya menjadi penghuni lohong kotor  lagi jijik.             Kepala dipusingkan memandang pintu bilik dihujung kiri ruang tamu yang rapat tertutup. Seketika tadi tubuh kurus Aida rancak berbual bersama Affendi dan Fyza berbual di ruang tamu kini sudah menghilang dan tenggelam disebalik pintu bilik. Fyza toleh semula memandang Affendi. Kedatangan lelaki ini tadi yang disangka Fyza sekadar ziarah rutin sejak Aida  menjadi penghuni di flat yang disewanya ini rupanya mengandungi sisipan maksud lain. Siapa sebenarnya lelaki yang menjadi tajuk bualan kedua-dua beradik ini tadi agaknya. Fyza memang tak langsung mencelah. Hanya menjadi pendengar dan saksi kedua-duanya berbual. Biarpun cuma perbualan biasa namun sukar dinafikan rasa ingin tahu Fyza seakan sukar dibendung. Siapa agaknya lelaki yang disebut Affendi dan Aida tadi. Seingat Fyza tak ada pulak Aida bercerita tentang hal ini kepadanya. Yang selalu menjadi tajuk bualan yang menggembirakan Aida pasti tentang gelagat penghuni-penghuni kecil di tempat kerjanya itu.  Fyza lontar lagi tatap ke wajah Affendi.   "Abang, Fyza nak tanya satu soklan. Boleh?"   Affendi senyum segaris. "Tanyalah."   Fyza toleh kebelakang. Melontar dua bebola mata ke arah muka pintu bilik Aida yang tertutup rapat sebelum kembali menjamah wajah didepan.  "Tadi abang dengan Aida bercakap pasal siapa?"   Dua jari Affendi mengelus pangkal hidung. Terbias di cuping Fyza desir nafas yang dihela oleh lelaki didepannya ini.   "Abang dengan Aida terserempak dengan seorang lelaki dan anak perempuan dia di Mid Valley kelmarin."   Fyza angguk. "Masa abang belanja Aida beli baju tu?"   Affendi angguk.  "Kenapa pulak dengan lelaki dengan anak dia tu?'   "Anak lelaki tu meluru kat Aida masa abang masuk beli makanan untuk dia. Aida  beritahu abang budak perempuan tu anak murid dia dan lelaki yang ikut sama dengan budak tu ayah dia. Aida kenalkan abang dengan diaorang."   Fyza laju menebar anggukan bersama bibir yang sedikit terbuka membentuk huruf O yang panjang nadanya.   "Dah tu apasal pulak dengan dua beranak tu abang. Diorang ada buat apa-apa ke kat Aida yang mungkin saya tak tahu." Fyza hala tatap pertanyaan yang mengetuk kepala.     Affendi geleng.            "Budak perempuan tu abang tak ada hal. Dah anak murid Aida. Kalau dia gembira dengan budak tu…jadi cikgu budak tu, abang pun tumpang seronok. Tapi yang abang bimbangkan..."Affendi hela nafas.Kalamnya terhenti. Dihela nafas Dalam-dalam. Sungguh dia tidak akan membenarkan sesiapa lagi untuk melukakan hati dan jiwa adik bongsunya ini. Tidak akan diiizinkan. Langkah mayatnya dahulu jika lelaki itu ada niat dihati terhadap Aida. Aku tak kira walau kau siapa Fazwan. Aku tak kira walau melangit pangkat dan kekayaan kau. Yang aku kira cuma satu. Jauhkan diri kau daripada adik aku. Jauhkan diri kau dari pasang niat yang bukan-bukan terhadap Aida. Aku takkan benarnya. Takkan sekali-kali!            "Abang bimbangkan pasal apa."             "Ayah budak perempuan tu.”             Fyza kerut dahi.            “Kenapa dengan ayah budak tu?” Abang kenal dia ke?”             Affendi geleng lagi.            “Tak. Abang tak kenalpun sapa dia.”            “Dah tu, abang risaukan pasal apa?”            “Lain macam jer abang tengok ayah budak.  Dari awal masa terserempak pun abang perati dia pandang Aida  tak macam dia pandang cikgu anak dia. Abang bukan buta, Fyza. Cakap dia masa sebelum tinggalkan meja waktu berbual dengan abang dan Aida masa tu pun abang dah rasa dia memang ada sesuatu dalam kepala. Dan sesuatu dalam kepala lelaki tu tak lain dan tak bukan pasti pasal niat dia pada Aida. Gerenti punyer, Fyza. Tampar mulut abang ni kalau Fyza rasa abang bohong. Hati abang ni takkan menipu dengan apa yang abang tengok. Mata hati ni lebih tepat bila bercakap, Fyza."             Fyza lepas nafas.  Apa-apapun, dia perlu bertanya Aida sendiri tentang hal ini. Tentang lelaki itu semestinya. Mahu ditanya segalanya daripada Aida. Fyza yakin Aida takkan berbohong. Jauh sekali menyembunyikan apa-apa daripadanya.             "Abang rasa lelaki tu ada niat tak baik ke pada Aida?"              "Abang ni lelaki Fyza. Abang tau. Tengok cara dia pandang Aida abang tau."             " Tapi kan tadi Fyza dengar Aida cakap lelaki tu cuma ayah salah sorang murid dia. Itu aje. Mereka memang tak ada hubungan dan takkan ada hubungan. Kalau ikut apa yang Aida cakap, itu laki orang tu, bang. Issh.” Fyza laju menggeleng kepala. “ Takkanlah Aida sanggup nak ambik laki orang, bang. Dia pun bukannya tak boleh fikir mana baik mana buruk. Abang jangan bimbanglah. Aida bukannya bodoh. Dia takkan buat macam tu bang. Abang jangan risau la pasal ni. Fyza kenal Aida. Dia bukan perempuan jahat. Lagi-lagi nak rampas laki orang , bang. Issh..minta Allah jauhkan Aida dari terjebak dengan suami-suami orang ni bang. Fyza yakin, Aida tahu apa itu makna menyakiti hati orang lain dan Aida pasti takkan melakukannya. Abang pun kenal adik abang tu macammana kan. Kita semua kenal dan tahu siapa Aida, bang. Aida yang baik pasti Allah janjikan dengan lelaki yang sebaik dia juga. Dan lelaki itu Fyza yakin hanya untuk Aida. Bukan untuk orang lain.Bukan juga milik orang lain."            Affendi raup muka. Seketika. Kata-kata akhir yang terlontar dari bibir Fyza dipanjatkan kepadaNya agar melimpahi takdir hidup Aida. Pesan maknya dikampung tentang Aida terpasak kukuh dikepala. Jaga adik, abang chik. Jaga adik. Nafas ditelan sayup. Abang chik janji mak. Abang chik janji!
DIAN KERUT DAHI pandang keliling. Susuk tubuh yang biasa menantinya di pintu masuk tidak kelihatan hari ini. Dijenguk kepala ke dalam dengan bebola mata liar memerhati di dalam juga dipersekitar kawasan permainan. Tiada jugak terlihat. Dian toleh kesebelah sebelum mata jatuh ke wajah Fawzan yang masih takzim berdiri disebelah menggenggam erat tanganya. Tangan Fawzan digoyang.            “Daddy…”            Fazwan senyum. “Hmmm…” Tahu apa yang akan keluar dari bibir mungil Dian. Fawzan melihat tadi gelagat Dian. Pastinya sedang mencari si dia yang satu itu. Dan si dia itu juga turut dicari oleh sepasang mata Fazwan dari tadi. Kemana agaknya dia? Tidak sihat ke dia?            “Teacher Aida tak ada pun. Selalu kalau Dian sampai teacher Aida dah ada depan pintu ni tunggu Dian. Mana teacher Dian, daddy? Kenapa teacher Aida tak ada hari ni?” Tangan Fazwan elus kepala Dian. “Teacher Aida lambat sikit agaknya tu. Mungkin dia ada hal di rumah. Sekejap lagi teacher Aida sampailah,hmmm. Dian masuk dulu ye. Tu teacher Nancy dengan teacher Aini ada.” Fazwan hala tangan ke arah dua guru wanita yang sedang menjala senyum ke arahnya. Fazwan angkat tangan tanda hormat.Dian yang turut memandang muncung bibir. “Dian nak teacher Aida jer. Dian taknak teacher lain. Tak best.” Fazwan senyum. “Sekejap lagi teacher Aida sampai,hmmm. Dian masuk dulu ok. Kalau Dian sayang teacher Aida Dian kena jadi good girl. Barulah teacher Aida lagi sayang pada Dian. “ Dian yang mendengar melempar senyum. Fazwan sambut senyum Dian. Umpannya mengena, Alhamdulillah. Dia harus segera ke pejabat. Ada mesyuarat susulan dengan pihak pelabur dari Korea yang dipertanggungjawab kepadanya oleh Datuk Faisal. “Daddy nak kena pergi ni. Daddy ada meeting pagi ni. Nanti petang mama ambil,hmmm.”            Dian angguk. Tangan Fazwan yang masih digenggam dikucup. “Bye , daddy.”            Fazwan senyum. Kepala diangguk. Ubun Dian dikucup. “Bye sayang. Be good girl,hmmm.” Dian angguk. Senyum. Jari telunjuk dan ibu jari dijalin rapat membentuk huruf O. “Ok daddy. Love you.” Dian laju mengatur langkah masuk ke dalam My Little Sweet Home Child Care Centre.            Fazwan senyum manis.” I love you too, sweetheart.” Langkah diatur ke enjin buatan Jerman yang takzim menanti diluar pagar. Tangan mencapai pemegang pintu. Ditarik. Tubuh yang kemas bersarung kemeja biru dengan nia berjalur biru gelap melolos masuk.            “Kita ke pejabat, Mat.”            “Baik, boss.”            LANGKAH KAKI YANG BERSARUNG SANDAL nipis laju berjalan membelah batas jalan yang lengang dari kenderaan. Aida seka rintik –rintik peluh di dahi dengan jari-jemari. Mata liar memandang ke kiri dan kanan. Sudahlah  tadi harus menunggu diperhentian begitu lama lantaran bas yang  biasa dinaiki tiba lewat, kini bas yang sama pulak tersadai dipertengahan jalan kerana kerosakan enjin. Sudahnya dia dan beberapa orang penumpang harus turun dan mencari jalan masing-masing untuk ke tempat kerja. Aida lepas nafas panjang. Dia bukan mahir sangat jalan disini namun nasib baiklah Allah kurniakan ingatan yang tajam buatnya. Aida tahu dia boleh sampai ke My Little Sweet Home Child Care Centre dengan berjalan kaki daripada tempat bas tadi tiba-tiba terhenti dek kerosakan. Walaupun perlu berjalan agak jauh namun Aida tahu dia tiada pilihan lain. Dia harus berjalan kaki untuk ke sampai ke tempat kerjanya itu secepat yang mungkin. Memang tiada bas lain yang masuk ke kawasan ini selain bas yang tadi. Dan jika mahu ditunggu bas yang satu lagi alamatnya dia akan sampai kala waktu makan rehat pagi untuk murid-murid di My Little Sweet Home Child Care Centre .             Pergelangan tangan kiri diangkat. Jam bulat bertali hitam yang dibeli di pasar malam waktu di tingkatan lima dahulu yang kini sudah pudar warnanya dikerling. Ahhh…mesti budak –budak dah mula masuk nih. Sebelah tapak tangan menyapu wajah dengan sepasang kakinya masih terus menyusun langkah membelah susur jalan yang kiri kanannya terdiri rumah-rumah yang mewah di matanya. Apalah nasibnya hari ini. Satu demi satu menimpa. Tadi dirumah tangan Aida terpecik minyak panas kala menggoreng telur. Waktu mahu ke tempat kerja bas yang dinanti pulak lambat tiba. Paling memburukkan keadaan bas yang lambat datang itu pulak rosak ditengah jalan. Allah. Banyak sungguh dugaan untuknya hari ini. Entah apalah pulak selepas ini agaknya. Kepala menggeleng. Aida lafaz istighfar. Tidak wajar dia berfikiran begini dan mempersoalkan apa yang telah terjadi. Yang berlaku pasti ada hikmah. Itu yang arwah abah selalu pesan dan terus terpahat di ingatan. Kepala spontan menoleh kebelakang kala cuping telinga menangkap bunyi deruan enjin motosikal. Tubuh deras digerakkan ke tepi agar tidak mahu mengganggu laluan motosikal berkenaan. Pastinya mahu ke tempat kerja seperti dirinya.Dan saat enjin dirasakan makin menghampiri dan belum sempat Aida menoleh, tubuhnya terasa tali tas tangan yang disandangdi bahu kiri direntap kasar dari belakang. Tubuh terdorong ke belakang. Aida terhoyong hayang namun tangan cuba mempertahankan tas tangan yang direntap. Saling tarik menarik. Aida nekad. Dia perlu mempertahan tas tangan yang dibeli mak di pekan Changlun kala dia mahu mengikut Fyza ke Kuala Lumpur. Kata mak, Aida perlukan tas tangan yang lebih elok. Bukan yang sudah pudar seperti yang sering dia gunakan bila mahu ke mana-mana. Aida tahu mak gunakan duit upah menjahit langsir majlis perkahwinan orang kaya dari  Alor Setar untuk beli tas tangan yang cantik itu. Dia harus mempertahankan duit upah mak itu. Dia harus mempertahan keringat mak itu walau dengan cara apa sekalipun. Suara jeritan Aida meminta tolong bergema kuat dan nyaring. Tangan terus menarik tali tas tangan yang turut ditarik pembonceng motosikal yang masih bersarung helmet hitam. Jeritan terus dilaung dengan harapan ada yang mahu membantu.  Saat tangan sedayanya terus menarik tali tas tangan dengan mulut yang tidak henti menghumban jeritan pertolongan Aida terasa pedih di rusuk kiri. Perit. Sakit menyucuk. Mata berbalam kala kepala menoleh ke rusuk. Cairan merah pekat mula terpancar di permukaan kurung kuning cair yang di tersarung di tubuh. Motosikal hanya mampu dilihat memecut meninggalkannya. Meninggalkannya dengan membawa tas tangan pemberian mak  hasil upah dan keringat mak menjahit langsir. Tubuh seakan makin lemah. Bibir tidak terdaya lagi melaung jeritan. Suara seakan tersekat. Terpasung. Dua tapak tangan menekap ke rusuk. Nafas makin lemah. Allah…Allah. Ya Allah tolong hambamu ini. Pandangan makin kabur. Kepala terawang. Tubuh melayang.
Ahmad mengecilkan mata. Susuk tubuh perempuan yang terbaring ditepi jalan menangkap perhatian. Enjin BMW putih diperlahan. Signal ke kanan diberi. Fazwan yang menyedari kereta dipandu makin perlahan menjenguk ke depan.            “Ada apa, Mat?”            “Ada perempuan terbaring kat depan sana, boss. Tak tau sebab apa. Takut kena langgar lari jer. Kesian pulak saya, boss.”            Fazwan pantas mengangkat kepala memandang cermin hadapan. Susuk tubuh perempuan berkurung cerah menangkap mata.             “Berhenti, Mat. Mari kita tengok. Kalau boleh tolong, kita tolong mana yang termampu.”            Ahmad angguk. “Baik, boss.”            Ahmad telan liur kala lihat darah merah membasahi bahagian rusuk tubuh perempuan yang terbaring didepan mereka. Wajah yang tidak kelihatan dek ditubuh sebahagian tudung yang terselak ke atas. Kepala Ahmad menoleh ke arah Fazwan yang turut menyangkung disebelah.            “Macam kena tikam perempuan ni,boss. Kena rompak agaknya perempuan ni. Tak pun kena ragut. Allah. Syaitan betul manusia sekarang. Sanggup sampai nak membunuh orang.”             Fazwan lafaz istighfar. Siapa yang sanggup buat begini pada perempuan yang tidak berdaya ini. Dia pasti pergelutan berlaku, kalau tidak rasanya tak mungkin perempuan yang terbaring cedera ini dicederakan sampai begini. Tubuh yang berkurung kuning cair dan bertudung hitam yang terbaring disentuh. Jari diletakkan di bawah hidung. Masih bernafas! Alhamdulillah. Tudung yang terselak menutup wajah perempuan yang terbaring didepannya Fazwan tolak ke bawah. Perlahan-lahan. Dan wajah yang terbentang didepan matanya saat ini benar-benar buat jantung dan nafasnya terhenti serentak. Aida!            Fazwan pantas tarik nia yang terikat di leher lalu dililit dan diikat kemas dirusuk Aida. Fazwan cempung tubuh kurus Aida. Langkah deras dibawa ke BMW putih dibelakang.Ahmad sudah laju mendahului. Pintu penumpang belakang dibuka Ahmad. Fazwan letak tubuh Aida yang sebahagian kurung kuningnya dibasahi warna merah perlahan-lahan. Penuh berhati-hati. Tubuh Fazwan kemudian melolos masuk. Pintu ditarik.            “Cepat Mat kita ke hospital.”            “Baik, boss.” Enjin BMW laju membelah jalan. Menderu pantas.             Tangan menekan iPhone. Nama Rina dicari.            “Rina, I’m on emergency now and on my way to the hospital. Get Razman and Farid to take over the meeting. I’ll try to update you later on my status ok. Thanks, Rina.” iPhone digenggam. Fazwan hala mata ke tubuh yang terbaring disisi. Kepala Aida yang terletak diribanya ditatap.  Wajah mulus yang seakan nyenyak tidur terus direnung. Bibir dikemam.             Bertahan, Aida. Please.             Be strong, Aida.            Be strong my dear!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2013 08:43

October 16, 2013

QIS, KHAL, JOE & FA Sudah Datang...lalalala


Alhamdulillah. Syukur pada Nya yang memudahkan segala urusan. Pada semua kengkawan pengunjung setia rumah kucc di sini yang sentiasa menyokong dan memberikan teguran juga komentar membina...ini hadiah buat anda semua. Semoga baby ke -4 kucc ni akan dapat diterima dengan baik oleh semua, insya Allah.
Kucc pun nak ucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit yang begitu sabar dengan karenah kucc demi menzahirkan naskhah ini ke versi cetak. Terima kasih juta2 Love Novel Publication.

Untuk yang membeli naskhah ini nanti akan ada cenderahati kecil ni daripada kucc. Macam biase ler...meow is kucc trademark..kihkihkih.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2013 22:47

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 7

Bab 7
AIDA RAUP WAJAH. LAMA BERTELEKU SEBELUM TANGAN DILEPASKAN BERLABUH KE RIBA. HELA NAFAS berdesir perlahan. Ada rasa yang maha berat dan dalam sedang tersangkut di lohong kerongkong. Rasa yang dicerut kuat dari terlontar kala hangat suara lelaki didepannya ini seketika tadi membadai sinis kalamnya pada insan yang Aida sungguh tahu tidak bersalah apa-apa. Suasana didalam premis makanan segera yang sedikit lengang dikerling seketika. Mata jatuh lagi ke wajah didepan yang rancak mengunyah roti berlapis daging. Langsung tidak terkesan dengan barisan kalam tajam yang dituturkan sebentar tadi. Aida geleng kepala. 
     "Abang Chik..."
     Affendi angkat kening. Mulut masih takzim mengunyah. 
     "Usu nak tanya ni.."
    Affendi hanya hala angguk kepala.
     "Kenapa abang chik cakap kasar macam tu kat encik Fazwan? Tak baik kan buat macam tu. Dia tak buat salah apa-apa pun pada abang chik....pada usu. Usu malu dengan apa yang abang chik dah buat tadi." Aida hembus nafas perlahan sekali lagi. Dilontar kembali tatap mata ke wajah Affendi didepan. Rasa yang disimpan tadi dilepaskan lagi. " Mak dengan arwah ayah tak pernah ajar kita kurang ajar dengan orang macam tu." 
    Affendi lepas burger yang sudah tiga perempat dimamah. Diletakkan kembali lebihan burger ditangan ke hamparan kertas pembalut. Wajah putih mulus adik bongsu ditatap.    "Abang Chik taknak usu terkena lagi macam dulu. Tak ingat apa yang dah si bangsat Razman tu buat pada usu. Lelaki tadi tu...dia lelaki...abang chik pun lelaki. Cara dia pandang, cara dia tengok usu abang chik tau dia ada niat tak baik pada usu. Mesti dia nak pikat usu. Maklumlah adik abang chik ni kan cantik."     Aida geleng kepala. Lafaz istighfar serentak teralun.    "Abang Chik...encik Fazwan tu suami orang.  Tengok mulut usu ni.." Aida hala telunjuk ke bibir.  Ditentang mata ke wajah didepan. " s-u-a-m-i-o-r-a-n-g. Abang chik tengok dan dengar kan tadi dia cakap bawak anak dia yang belajar kat tadika tempat usu kerja tu pergi shopping."Renungan Aida masih takzim ke wajah didepan. Sungguh dia kecewa dengan apa yang dilakukan abangnya ini tadi terhadap Fazwan. Entah apa agaknya tanggapan lelaki budiaman itu terhadap Aida. Hati benar-benar berdendang rentak gusar." Tak baik abang chik fikir buruk pada encik Fazwan sampai macam tu. Tak pernah pun dia ada tunjuk perangai nak pikat usu selama usu kerja kat tadika tu. Dia lelaki yang baik, abang chik.  Suami yang baik. Ayah yang baik. Hati usu boleh rasa dia lelaki begitu. Apa yang mata usu tengok selama nampak dia jemput anak dia kat tadika, dia memang lelaki yang baik. Abang chik rasa lelaki yang penyayang macam tu kat keluarga dia akan sanggup ke buat aniaya kat isteri dan anak dia. Berdosa tau abang chik bersangka buruk pada orang sedangkan hakikatnya abang chik sendiri tak kenal benar siapa encik Fazwan tu." Aida lepas nafas. Bungkus burger didepan langsung tidak disentuh. Seleranya sudah direntap dek apa yang berlaku tadi.
    Affendi sapu dua tapak tangan. Deheman kecil terlontar. Aida dilihat tidak berkalih pandang. Affendi tau ada rasa yang terbuku dihati adik bongsunya ini. Hati emlakar senyum. Bekas air berkarbonat didepan dicapai lalu disua ke bibir. Disedut rakus. Mata yang bak helang itu dihala lagi ke wajah adik bongsunya ini. Fikiran melayang mengingati pesan mak tentang Aida terhadapnya. Adik yang diamanahkan oleh mak mereka untuk dijaga sebaiknya selepas mak bersetuju membenarkan adiknya ini berhijrah ke Kuala Lumpur mengikut Fyza. Affendi tahu walau berat hati mak mereka mahu melepaskan Aida ke Kuala Lumpur namun demi mengurangkan dan menghentikan cakap-cakap buruk yang penuh prasangka orang kampung terhadap Aida kesan perkahwinan Razman maka mak mereka merelakan juga Fyza membawa Aida keluar dari jagaan mak selama. Razman. Mengingati sebaris nama itu hati lelaki Affendi meletus gunung amarah yang tidak terkira. Jika tidak kerana janjinya pada mak, sudah lama dijejak kaki ke kampung seberang waktu itu. Mahu diseret lelaki itu turun dari rumah. Mahu dibuat perhitungan terhadap lelaki tu. Mahu ditanya mana janji lelaki itu terhadap adiknya selama ini. Bukan Affendi tidak tahu banyaknya pengorbanan yang Aida lakukan demi memastikan lelaki ini dapat menamatkan pengajiannya tanpa perlu memikirkan sangat soal kesempitan wang. Sungguh tidak disangka lelaki yang cukup dikenali daripada zaman sekolah dan disangka baik itu sanggup memperlakukan Aida sebegini. Bukan Affendi tidak tahu betapa terlukanya Aida kesan perbuatan Razman namun bak kata mak, Aida tidak pernah mahu menzahirkan perasaannya. Segalanya disimpan kejap di lubuk hati.Dikunci ketat. Mak mereka sungguh tahu apa yang tersimpan dihati Aida kesan daripada perkahwinan Razman. Walau bibirnya tidak menuturkan, raut wajahnya yang bak kembang yang menanti cahaya mentari cukup menceritakan segala yang tertulis di hati adik bongsunya ini. Affendi juga tahu bukan salah adik bongsunya ini si Razman keparat itu berkahwin dengan gadis lain secara tiba-tiba. Affendi tahu dan kenal benar adiknya ini. Adiknya ini tidak bersalah apa-apa selama ini terhadap Razman. Lelaki keparat itu yang menganiaya Aida. Sungguh Allah itu maha kaya dan maha adil. Jika tidak kerana mahu menghantar tempahan baju kurung yang dijahit ke rumah jiran di kampung seberang, pasti Aida tidak akan tahu sampai bila-bila yang Razman keparat tu sedang bergembira mengatur majlis perkahwinannya dengan gadis yang sama-sama menuntut dengannya di universiti.
    "Usu ni lurus tau tak. Usu tak tahu niat orang pada usu. Ni bandar usu...bandar besar. Bukan kampung. Usu kena ingat tu. Kena lebih berhati-hati. Orang jual orang pun ada di bandar besar ni usu. Abang chik tak boleh nak pergi rumah Fyza selalu. Nanti apa jiran-jiran cakap. "
    "Insya Allah. Usu tahu jaga diri abang chik. Allah ada. Itu dah cukup."    Affendi angguk. "Abang chik tak nafikan tu tapi apa-apa pun usu kena tau sesuatu. Ni fakta. Lelaki kaya ni usu, muslihatnya banyak."   Aida geleng kepala. 
   "Tak baik buruk sangka kat orang macam tu lah abang chik. Encik Fazwan tu baik orangnya. Ayah yang baik. Tentu dia sayangkan isteri dia jugak." 
   Affendi ketawa kecil sambil menggelengkan kepala.
  "Usu ni belum kenal mainan orang lelaki. Usu tu naif sangat. Usu tu stok awek baik-baik tau tak." Aida cebik. Affendi ketawa kecil. "Ingat pesan abang chik ni selalu. Tanam dalam kepala. Semai dalam hati. Jangan tertipu dengan apa yang terhidang depan mata. Lelaki ni boleh bertukar rupa macam-macam, Usu. Lagi-lagi lelaki di bandar. Abang chik taknak usu tertipu lagi dengan "Razman" yang lain di sini."
  Aida kemam bibir. Sebaris nama yang terluncur dari bibir Affendi itu meniti fikiran. Hati dihentak batu kenangan yang maha berat. Dikelip mata memandang ke arah Affendi yang menjunam tatap ke wajahnya. Tatap yang melayangkan jiwa pada sebuah kisah. Kisah yang maha pahit.

"TEACHER AIDA..NI LAH MAMA DIAN. CANTIK TAK MAMA DIAN?" tangan si comel  Dian Khalisha yang dipimpin wanita penuh anggun yang menyarung sepersalinan kurung sutera biru langit ditatap. Senyum manis tertebar namun mata Aida tidak berkelip memandang seraut wajah jelita yang sungguh cantik bertudung warna serona. Subhanallah. Ini agaknya isteri dia. Cantiknya isteri encik Fazwan. Dian sudah berlari masuk usai melambai pada Qistina. 
   Qistina hulur tangan sambil menggelengkan kepala melihat telatah Dian yang ternyata mahu menyertai kawan-kawannya yang rancak bermain di buaian. Aida turut memandang sambil tersenyum. Kembali wajah dihala ke arah wanita jelita yang berdiri didepannya ketika ini.
   "Qistina. Cikgu boleh panggil saya Qis sahaja ye." Aida menyambut tenang. "Saya Aida, puan. Saya rasa elok saya panggil puan  Qis. Lebih baik dan lebih sesuai kan. Kami kena tunjukkan contoh baik pada anak-anak yang belajar di sini."Qistina dilihat mengangguk." Tapi puan Qis boleh panggil saya Aida sahaja. Tak perlulah bercikgu-cikgu. Cukuplah anak-anak disini sahaja yang panggil saya begitu." Dua bibir melakar senyum. Mata Aida masih tidak berkalih memandang makhluk didepannya ini. Rasa kagum yang sukar diterjemahkan dengan baris kalam. Qistina. Nama secantik orangnya. Pandainya encik Fazwan pilih isteri. Dah la cantik sungguh-sungguh. Nama pun cantik sama. Subhanallah.
     "Aida cikgu baharu disini ye. Saya tak pernah nampak sebelum ni."
    Aida angguk. Senyum. 
    "Ya puan Qis. Baru seminggu saya bekerja disini."
    Qistina angguk.
   "Dulu Aida kerja di mana?"
    Aida senyum lagi.
   "Saya duduk kat kampung je puan. Tolong mak saya kat bengkel jahitan dia sambil jaga anak-anak buah. Memang lepas sekolah menengah saya tolong mak. Keputusan periksa pun tak bagus kan. Tak dapat nak sambung mana-mana. Cuma bila ada kawan baik disekolah yang duduk di Kuala Lumpur ajak saya duduk dengan dia dan janji akan tolong saya cari kerja di Kuala Lumpur, mak izinkan saya pergi." Aida senyum segaris. Tidak mahu diceritakan kisah disebalik penghijrahannya ke Kuala Lumpur ini. Biarlah hanya dia, Fyza dan Affendi yang tahu. Tidak perlu diuar-uarkan kepada orang lain. Tiada orang yang dapat merasai apa yang dirasainya selama ini. Biarlah hanya dia sahaja yang tahu segala rasa itu. Biarlah hanya padaNya dikhabarkan dan dikongsikan rasa itu.
 Qistina angguk sambil mata menyusuri wajah cantik mulus didepan. Hmmm...patutlah abang wan suka sangat nak hantar dan ambil Dian. Ada bunga cantik rupanya di sini. Qistina senyum dalam hati. Abang wan..abang wan.   
  "Saya tak pernah nampak puan selama saya bekerja disini. Yang selalu datang dan yang selalu saya jumpa cuma daddy Dian, encik Fazwan. Hairan juga saya kenapa encik Fazwan tak hantar Dian hari ini macam selalu." Dalam hati Aida tertanya dan rasa gusar jika disebabkan tindakan dan amaran Affendi membuatkan lelaki itu tidak datang lagi menghantar dan menjemput Dian seperti selalu. Abang chik laa ni punya pasal. Mulut tak reti yang cakap elok-elok kat orang. Kan usu dah susah hati. Kan usu dah tak boleh nak minta maaf kat encik Fazwan. Hati kecil Aida kuat merasakan mesti Fazwan terasa dengan kata-kata sinis Affendi semalam lalu memutuskan untuk tidak akan muncul lagi disini. 
  Qistina senyum. Ada sesuatu yang singgah difikiran. Abang wan..someone is missing you here.
  "Daddy Dian ada urusan di luar negara. Kena terbang malam tadi. Tu yang saya kena take over duty balik. Selama seminggu ni memang daddy Dian yang sukarela hantar dan jemput dia."
  Aida angguk. Dalam hati dipanjatkan doa moga dapat dia berjumpa lagi lelaki tu demi menzahirkan rasa maaf atas apa yang terjadi semalam. Sungguh Aida tahu Fazwan pasti terkejut dilemparkan kata-kata tajam begitu oleh Affendi namun jauh disudut hati juga terbit rasa kagum Aida dengan ketenangan Fazwan kala berdepan dengan Affendi. Wajah cantik didepan ditala lagi dengan redup mata.
  "Saya pun sebenarnya nak jugak jumpa dan lihat siapa mama Dian. Daddynya selalu dah saya jumpa. Selalu jugak dia cerita pada saya tentang puan. Seronok dengar dia cerita tentang puan. Macam-macam. Yang nyata Dian memang betul. Mama dia memang secantik anak patung barbie doll. Bila tengok puan sendiri depan mata, saya memang percaya apa yang Dian cerita pada saya tu memang benar belaka."
 Qistina ketawa kecil.
 "Saya biasa aje . Aida lagi cantik tau tak."
 Giliran Aida ketawa sambil menggeleng kepala.
 "Cantik puan tak terlawan saya. Saya budak kampung jer pun.
 "Issh, jangan cakap tau Aida.  Perempuan-perempuan yang paling cantik di dunia banyak yang asalnya daripada kampung-kampung. Aida ni cantik sangat di mata saya. Cantik melayu  orang cakap. Susah nak jumpa. Patutlah ada orang tu yang sanggup aje ambilalih tugas saya nak hantar dan jemput Dian hari-hari seminggu ni.  Saya pun hairan jugak. Sekarang ni saya tahu dah sebabnya. Yang berdiri depan saya nilah penyebabnya."
 Ada kerut kecil yang tergaris didahi. Bait akhir kata-kata Qistina mengundang persoalan walau akal cukup tangkas memahami maknanya. Sungguh Aida terpanar namun cuba diraih tenang. Apa benarkah apa yang diungkapkan Affendi tentang Fazwan semalam? Liur rasa tersekat namun Aida gagahi jugak hulur senyum segaris menentang wajah cantik mama Dian yang masih takzim memandangnya. Mungkin sebab ini yang menyebabkan mama Dian muncul didepannya hari ini.
 "Saya tak faham apa yang puan maksudkan. Tapi..kalau puan maksudnya encik Fazwan, sungguh saya katakan saya tak ada apa-apa dengan suami puan tu. Saya hormat suami puan macam saya hormatkan penjaga-penjaga anak-anak disini. Saya minta maaf kalau saya ada timbulkan rasa tidak enak puan dan mengganggu hubungan puan suami isteri. Saya minta maaf puan."Aida capai dan genggam erat tangan Qistina.
  Qistina ketawa kecil. Genggaman erat Aida dilonggarkan dakapannya namun pegangan tangan masih tidak terlerai. Aida telan liur.
   "Aida sungguh tak tahu ni siapa saya pada daddy Dian.? Daddy Dian tak pernah beritahu Aida siapa dia pada Dian?"
  Kerut didahi Aida makin berlapis. Siapa Qistina pada encik Fazwan? Siapa encik Fazwan pada Dian? Apa punya soalan pulak nih? Kepala jujur menggeleng.
  "Puan Qis kan isteri encik Fawzan. Dan encik Fazwan tentulah ayah Dian. Betulkan.?"
 Qistina jala senyum manis. Aida makin tidak keruan. Ya Allah janganlah jadi apa-apa pada hubungan mereka suami-isteri. Ya Allah, ampunkan hambamu ini jika ada khilaf yang tidak terlihat di mata dan terlintas di akal yang telah hambamu ini lakukan pada hubungan mereka berdua.
  "Aida salah faham ni. Daddy Dian bukan suami saya. "
  Jantung seakan berhenti berdegup usai cuping mendengar bait kata-kata yang terluncur keluar dari ulas delima mama Dian yang takzim menghulur jernih tatapan mata. Alir darah diseluruh pembuluh dirasakan bagai terjeda. Mata Aida tidak berkelip memandang wanita cantik didepannya saat ini yang terus menjala senyum. Fikiran Aida terus bergumpalan. Cuba menjejak jawapan yang masih bersimpulan di kotak minda.
  Siapa Fazwan pada Dian? Pada mama Dian?  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2013 22:36

October 9, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 6


Bab 6"KENAPA DADDY NI ASYIK SENYUM -SENYUM AJE DARI TADI?"    Fazwan terus menjuring senyum seraya mengelus lembut rambut panjang Dian yang kemas diiikat tocang ekor kuda. Mata menjunam ke tubuh kecil disebelah yang bersandar penuh manja bertiangkan lengan sasa Fazwan.    "Iye ker daddy asyik senyum dari tadi? Are sure sweetheart?"    Dian angguk. Penuh tulus. Matanya yang bersinar menghumban tatap merenung Fazwan.    "Dian nampak daddy senyum aje dari kita masuk dalam kereta tadi. Daddy boleh tanya uncle Mat kalau tak percaya apa Dian cakap. Uncle Mat pun nampak kan daddy senyum banyak dari tadi?" Dian hala mata ke depan. Susuk belakang tubuh lelaki yang juga pemandu peribadi daddy yang dipanggil uncle Mat dipandang. Ahmad kerling mata ke cermin pandang belakang memandang Dian yang sedang mencari wajah Mat di cermin. Ahmad tayang sengih. Bukan dia tidak perasan air muka lelaki yang bergelar ketuanya sejak dia bertugas di MSF Industries Group of Companies. Lelaki penuh karisma yang begitu dikagumi kerana sikap tenang dan penuh hormat pada sesiapa juga tidak kira latar dan keturunan.    "Daddy Dian tu ada lah yang tengah dia fikir tu. Uncle Mat rasakan mesti ada cerita best tu, Dian. Cuba Dian tanya daddy tengah ingatkan siapa. Mana tau daddy tengah ingatkan girlfriend daddy ker. Tu yang daddy senyum banyak-banyak dari tadi."      Dian kerut dahi. Tubuh uncle Mat yang membelakanginya dipandang lagi sebelum berkalih ke wajah daddy disebelah.    "Daddy ada girlfriend? Daddy tengah ingat girlfriend, daddy? Betul ker daddy macam uncle  Mat cakap tu? Kenapa Dian tak tau pun daddy ada girlfriend?” Mata Dian terus takzim memanah terus renungan tidak berkelip ke wajah daddynya yang tenang bersandar di sebelah. “Sebab tu daddy senyum banyak? Iye ke daddy? Daddy tak nak bawak Dian jumpa girlfriend daddy? Mama tau tak? Papa?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mungil Dian yang sedang memanah pandangan ke wajahnya membuatkan Fazwan gagal menahan senyum. Kepala digeleng. Ketawa laju terluncur. Kepala dan pipi mulus Dian diusap lembut. Ahmad yang mendengar pertanyaan spontan Dian turut ketawa. Mengerling sekilas memandang wajah penuh tanda tanya Dian sebelum kembali memokus tumpuan ke hadapan. Fazwan hela nafas lembut. Kata-kata spontan Dian masih terngiang ditelinga.     "Dian tak suka ke tengok daddy senyum,hmmm?"    Dian geleng laju. Senyum manis dari bibir mungilnya turut terlempar berpadu dengan hamparan senyum dari bibir Fazwan. "Tak. Dian suka laa tengok daddy senyum. I love your smile very much, daddy. Daddy kan handsome banyak kalau senyum. Mama selalu cakap macam tu. Papa pun cakap macam tu jugak. Tapi sekarang ni daddy senyum lebih banyak dari selalu. Tak macam senyum hari-hari yang Dian selalu tengok tu. Daddy senyum lebih macam ni sebab Daddy ingat girlfriend daddy ye. Betul kan daddy. Betulkan uncle Mat?" Senyum di bibir Dian terus mekar. Kembali tubuh disandarkan ke lengan Fazwan.    Ketawa Ahmad berderai. Bergema.            "Betul betul betul. Dian memang pandai lah. Tu uncle Mat sayang sangat kat Dian yang bijak dan comel macam anak patung ni."    Ketawa Fazwan terluncur lagi.    "Awak ni Mat tak sudah mengusik saya. Tengok, awak dah buat anak saya yang comel ni salah faham. Kesian kat Dian. Dia ingat betul-betullah daddy dia tengah ingatkan girlfriend" Tangan Fazwan terus mengelus kepala Dian yang sudah enak bersandar di sisi.    "Kalau betul apa salahnyer, boss. Saya buat kenduri doa selamat, boss. Saya mintak isteri saya masak pulut kuning dengan rendang ayam sedekah kat jemaah masjid. Mana tau berkat, tahun depan boss saya yang super handsome ni naik pelamin. Allah. Amin amin. Syukur Alhamdulillah." Ahmad raup sebelah tangan ke wajah. Fazwan senyum seraya menggeleng kepala. Arif benar dengan sikap pemandu peribadinya ini yang suka mengusiknya daripada dahulu.    "Uncle Mat tu suka bergurau. Daddy mana ada girlfriend, sayang. Girlfriend daddy kan Dian. Right, sweetheart?" Dian yang mendongakkan wajah tayang senyum manis. “Dian mana boleh jadi girlfriend daddy. Dian kan kecik lagi.” Fazwan tersenyum. Pipi mulus Dian dielus. "Daddy senyum banyak tadi sebab seronok tengok Dian happy dapat the barbie doll new collection yang Dian nak sangat tu. Dian happy kan,hmmm?" Dian mengangguk polos.    "Daddy.."    "Yes sweetheart."    "Kenapa daddy tak ada girlfriend besar macam mama? Daddy kan baik. Daddy kan handsome. Kan uncle Mat?"    Fazwan ketawa kecil. Mata dihala ke wajah mulus Dian yang polos bertanya penuh tulus.     Ahmad yang mendengar pertanyaaan Dian tenang memandu. Memang dia tahu lelaki penuh karisma yang menjadi ketuanya ini masih tidak punya teman istimewa hingga kini. Hidupnya hanya pejabat, rumah dan Dian. Cerita yang dia pernah dengar dari kakitangan pejabat waktu mula berkerja dahulu sejak lamaran ketuanya ini ditolak seseorang dahulu, hingga kini Fazwan belum lagi menemui pengganti. Bukan tiada yang mendekati, tapi tak satupun yang mampu mencuri hati lelaki yang penuh berkarisma dan hebat ini. Ahmad toleh ke arah cermin pandang belakang.    "Dian.."     Dian yang bersandar pantas mengangkat kepala. "Yes uncle Mat."    "Dian boleh tolong uncle Mat tak?"     Kepala Dian jujur mengangguk. Fazwan geleng kepala. Mat..Mat.        "Dian carilah girlfriend besar untuk daddy Dian yang super handsome ni. Dian kan budak pandai. Mesti Dian boleh carikan daddy girlfriend besar yang cantik dan baik macam daddy. Barulah sepadan dengan daddy Dian.”“Uncle Mat tak boleh carikan daddy girlfriend besar?”“ Uncle Mat tak ada kawan perempuan cantik nak kenalkan kat daddy Dian.""Teacher Aida yang makan dengan kita tadi tu daddy nak tak. Dian suka kalau teacher Aida jadi girlfriend daddy. Teacher Aida cantik. Teacher Aida baik. Dian boleh cakap pada teacher Aida daddy nak teacher Aida jadi girlfriend daddy. Daddy nak Dian cakap macam tu kat teacher Aida tomorrow?"Fazwan menjuring senyum ke wajah mulus Dian. Perlahan diangkat wajah. Dihantar renung ke luar tingkap. Tangan lembut mengusap kepala Dian. Kenangan bertembung dengan Aida tadi kembali berlegar di kotak ingatan. Wajah indah bertudung hitam yang menghantar senyuman manis  itu terlayar dimata. Mereka berbalas senyum. Dian laju menerpa sang rupawan yang bagaikan cukup intim dengan buah hatinya itu. Fazwan jadi terpegun dengan aksi kedua-duanya yang nampak akrab benar. Jauh disudut hati ada rasa yang mengetuk lantai jiwa. Tanpa sedar bibir lebar mengukir senyum. Segalanya kembali menari di lantai ingatan.  Ingatan tentang bual bicara ringkas mereka sebelum Dian laju mengheret tangan Aida masuk kedalam restoran makanan segera bersebelahan tempat mereka berempat berdiri. Fazwan hela nafas.  Kotak ingatan berputar lagi. Berganti pula dengan seraut wajah yang satu lagi. Merenung Fazwan sejak mula. Tidak berganjak bebola yang sepasang itu memandangnya. Akal sudah  menberitahu isyarat bahawa gerangan lelaki ini pastinya punya hubungan istimewa dengan Aida  kala mata melihat tubuh kekar itu rapat disisi Aida dengan erat tangan memaut bahunya. Namun hati seakan tidak membenarkan apa juga yang disampaikan akal. Benarkah begitu? Sungguhkah dia itu seseorang yang istimewa pada Aida? Dan segalanya terjawab kala bibir indah itu membuka bicara. Sukar sekali difahami kenapa ada semacam satu letus rasa kelegaan yang teramat kala kata-kata itu terlantun. Mengapa mesti rasa itu menghantar isyarat ke jiwa?            “ENCIK FAZWAN, KENALKAN…ini abang saya, Affendi.” Fazwan hulur tangan bersama senyum damai. “Assalamualaikum. Saya Fazwan Anuar.” Senyum masih penuh diwajah memandang lelaki berkulit kuning langsat yang berdiri tegap disebelah Aida. Jabat bersambut. Pautan padu jari-jemari lelaki dihadapannya ini begitu dirasai. Hati berbisik. Tenang FA. Mata bersalut bingkai Eco 2.0 damai menghulur tatap ke wajah serius didepan.             . “Dian..” Fazwan usap kepala Dian disisi. “ salam uncle, sayang.” Dian akur. Tangan halus dihulur memaut huluran tangan Affendi yang tunak memandang. Dua bibir mengukir senyum.“Assalamualaikum, uncle. Nama saya Dian Khalisya. Ni daddy Dian. Daddy Dian handsome kan.” Aida senyum dengan kata-kata Dian yang comel. Affendi dilihat Fazwan turut tersenyum sambil megelus pipi Dian. Mata itu kembali dihala kearah Fazwan dihadapan. Renungan Affendi cukup disedari Fazwan. Hati dibawa bertenang.               “Encik Fazwan dari mana ni?” Aida memecah sesi saling memandang antara Fazwan dan Affendi yang membuat detik saat seakan terhenti. Fazwan yakin pasti si cantik ini cukup sedar akan tatap renung abangnya yang tidak lepas ke wajah Fazwan dari awal mula mereka bertegur tadi. Bahu Aida dilihat makin erat dipaut Affendi. Fazwan tenang menghulur senyum ke wajah serba-salah Aida sebelum mata menjunam ke arah Dian yang erat menggenggam jari-jemari Aida.            “Saya bawa Dian beli new collection Barbie doll dia. Tu yang kat tangan dia tu Aida  nampak?.” Aida jengok ke arah beg merah jambu yang dijinjit Dian. Ketawa kecil Aida terluncur manis. “Oo..dah dapatlah ye apa yang Dian nak ni,hmmm.” Dian laju menggangguk kepala sambil menjuring senyum lebar. “Daddy yang belikan untuk Dian, teacher Aida. Kan daddy?” Fazwan senyum. Kepala diangguk. Mata bertembung sekilas dengan tatap tidak berkalih Affendi yang masih takzim memandangnya daripada tadi. Fazwan masih tenang menghulur wajah damai sebelum kembali menghulur tatap ke arah Aida. “Daripada malam tadi dia tuntut dengan saya, Aida. Telefon saya banyak kali. Pujuk saya belikan. Mama dia memang takkan mudah-mudah nak belikan untuk dia. Dia memang tahu sangat kalau dengan saya dia mesti dapat. Saya memang akan kalah dengan cakap dia.” Aida senyum mendengar kata-kata Fazwan. Wajah tampan penuh berkarisma didepannya ini dipandang. Hati mengukir senyum. Beruntungnya Dian punya daddy macam encik Fazwan. Pasti mama Dian pun bahagia punya suami sebaik encik Fazwan juga. Betapa bertuahnya Dian dan mama Dian kan.            Aida elus lagi pipi mulus Dian yang masih erat memaut jar-jemarinya.“Iye ke mama taknak belikan untuk Dian, sayang?”            “Ha’ah. Mama taknak belikan Dian pun masa Dian keluar dengan mama last weekend. Masa tu Dian dah nampak new collection tu kat kedai sana tu.” Telunjuk Dian lulus menghala ke premis Barbie didepan. “ Tapi mama cakap Dian kena sabar. Mama cakap nanti aje mama belikan. Itupun kalau Dian jadi budak baik. Tak boleh naughty. ”            Aida senyum. Pipi gebu Dian dielus.” Mama Dian cakap betul, sayang. Kita memang kena belajar sabar bila mahukan sesuatu. Sabar tu ada banyak kebaikkannya.”            “Dian faham apa mama cakap tu tapi teacher Aida kalau Dian tak suruh daddy beli hari ni, nanti new collection tu dah habis budak-budak lain beli. Nanti Dian tak dapatlah barbie doll new collection tu.”            Aida senyum. “Tak dapat pun tak apa. Dian pun dah cantik sangat macam barbie doll tau. Lagi cantik daripada barbie doll.”            Dian geleng. Laju.            “Dian bukan barbie doll laa teacher Aida. Mama yang macam barbie doll. Mama Dian cantik sangat macam barbie doll. Papa Dian pun cakap macam tu. Mama Dian is a barbie doll. Kalau teacher Aida tak percaya boleh tanya daddy. Daddy pun cakap mama Dian memang orang panggil barbie doll sebab mama cantik sangat macam barbie doll.” Aida angguk. Mata bertemu pandang dengan pandangan Fazwan. Aida lempar senyum.            “Isteri mana? Apsal tak ikut sama keluar beli barang untuk anak?”            Fazwan hala mata ke wajah disebelah Aida. Senyum diukir. Dibiarkan soalan itu tidak bernoktah. Aida dilihat cuba mengorak senyum. Mungkin serba-salah dengan pertanyaan Affendi.            Jeda.            “Teacher Aida jom lah kita makan burger. Daddy dah janji nak bawak Dian makan burger. Nanti daddy boleh belikan burger untuk teacher Aida dengan uncle. Kan daddy? Bolehkan daddy kita makan burger dengan teacher Aida dan uncle?” Suara Dian memecah khali yang tercipta.             Fazwan senyum. Angguk.             “Boleh sayang.”            “Yes!!!!”Jerit Dian menjalar. Luas memenuhi ruang yang sepi. “Jom teacher Aida. Jom kita order burger. Dian nak makan dua burger.” Tangan Aida sudah laju diseret Dian ke dalam premis makanan segera bersebelahan mereka. Aida dilihat Fazwan patuh dan akur sahaja mengekor langkah laju Dian sambil memandang ke belakang. Mencari jawapan di wajah Affendi. Dua wajah yang tertinggal dibelakang saling berpandangan. Fazwan  senyum seraya mengangguk kepala. Tapak tangan dibentang ke depan. Isyarat mempersilakan lelaki dihadapannya untuk melangkah dahulu. Dua langkah saling beriringan.            “Kau dah lama kenal Aida?” Fazwan yang sedang membuka balutan burger untuk Dian terhenti seketika. Senyum masih utuh dibibir.  Burger dihulur pada Dian seraya ucapan basmallah.            “Abang….ni encik Fazwan kan. ”            Fazwan senyum. Wajah serba-salah Aida jelas dimata. “Tak apa , Aida. Tu..burger kat depan…makanlah,nanti sejuk tak sedap. Hmmm.”            Hela nafas perlahan Fazwan terluncur. “Tak sampai seminggu. Right. Aida?”            “Err..ye…ye, encik Fazwan.” Aida dilihat Fazwan yang masih tidak menyentuh makanan didepan. Fazwan capai gelas milo milik Dian. Disua ke bibir. Disedut perlahan usai basmallah terlafaz.            “Kau dah kahwin kan?”            “Abang!” Aida dilihat menoleh ke wajah Affendi yang masih memanah renung ke arah Fazwan. Affendi kerling ke arah Aida yang memaut lengannya. Seakan memberi isyarat untuk dia berhenti merangkai bicara. “Biar abang cakap dengan lelaki ni. Aida nak kena macam dulu lagi. Tak serik-serik?” Affendi hulur tatap ke arah Fazwan kembali. “Aku nak cakap satu dengan kau.”            “Abang..apa abang buat ni.”Aida geleng kepala. Jelas dimata Fazwan akan wajah Aida yang terkejut dengan perbuatan Affendi. Aida hala bebola mata ke arah Fazwan “ Encik Fazwan saya minta maaf bagi pihak abang saya.”            Fazwan angguk. Senyum masih dipasak dibibir. Dian yang tidak mengetahui apa yang berlaku rancak menikmati hidangan. “Tak apa, Aida. Biar abang Aida cakap dulu apa yang dia nak cakap pada saya,hmmm.”            Affendi terus memanah renung ke arah Fazwan.“Jangan dekat dengan Aida. Jangan dekat dengan adik aku kalau kau ada niat apa-apa pada dia. Aku takkan benarkan.  Jangan gunakan sikap nampak baik kau ni untuk pikat dia. Aku taknak dia kecewa lagi. Aku taknak dia ditindas lagi dek lelaki yang suka ambil kesempatan atas kebaikkan dia. Aida ni jenis baik teramat sangat dengan sesiapapun. Aku cukup kenal siapa adik bongsu aku. Aku taknak dia ulang sejarah bodoh dia dulu. Kau jaga sahaja diri dan keluarga kau. Takkan kau nak anak kau yang comel ni…” Fazwan perasan Affendi hala bebola mata ke arah Dian yang tekun mengunyah kentang usai menghabis sebiji burger sambil menghulur kentang ke mulut Fazwan. Mulut dibuka, kentang meluncur masuk. Dikunyah perlahan dengan senyum dihala kearah Dian. Kepala Dian diusap lembut.  Aida dilihat Fazwan mengetap bibir seraya menundukkan kepala. Mungkin tidak menyangka layanan Affendi.Mata Dian yang memandang orang yang lalu-lalang diluar menjadi tumpuan tiga pasang mata.”nak beribu tiri sedangkan mak dia masih ada dan masih isteri kau. Jangan buat apa yang kau tak mampu. Dan kalau kau mampu pun aku takkan benarkan. Kau faham?” Aida dilihat Fazwan hanya menggelengkan kepala.            Fazwan usap lembut kepala Dian.            “Dia takkan beribu tiri. Itu saya pasti, encik Affendi. Dian dah ada keluarga yang sempurna.” Mata Fazwan hala ke wajah Aida yang sedang tunak memandang kearahnya. Senyum dibentang ke wajah mulus yang jelas seakan mahu menangis. Mungkin tidak menyangka selancang itu sikap abangnya terhadap Fazwan.             “Baguslah kalau kau fikir begitu. Adik aku ni bukan mainan lelaki-lelaki kaya yang macam kau. Lelaki yang nampak luar baik tapi belum tentu dalamnya baik.”            “Abang…sudahlah. Jangan cakap macam ni. Encik Fazwan tak buat apa-apa pun pada Aida. Kan Aida dah cakap tadi Aida kan bekerja di tadika tempat encik Fazwan ni hantar anak dia. Itu sahaja.”            “Aku rasa elok kau dan anak kau balik aje. Ingat pesanan aku tadi. Aku takkan teragak-agak bertindak kalau kau cuba langgar pesanan aku tadi.”            “Abang!!”            Fazwan angguk.”Tak apa , Aida. Come sweetheart kita balik,hmmm. Teacher Aida ada hal dengan uncle.” Dian yang dilihat Fazwan terkebil-kebil melihat apa yang terjadi hanya menurut.  Tangan Fazwan dicapai.            “Salam teacher Aida, uncle.” Dian Menurut. Aida kemam bibir dalam huluran tangan yang disua. Affendi tidak mempamerkan apa-apa reaksi. Huluran tangan Dian disambut. Fazwan hulur tangan ke arah Affendi. Berjabat. Kepala diangguk. Senyum tanda hormat tetap disua. Dua tubuh sudah berdiri tegak disisi meja. Tangan Dian erat menggenggam jari-jemari Fazwan.“Encik Affendi…” Fazwan hulur tatap ke wajah lelaki yang duduk disisi Aida. “Kalau Allah dan tentukan jodoh saya dengan adik encik Affendi ini sudah tertulis sejak di lofmahfuz, siapalah yang mampu menghalang. Urusan jodoh ini ditangan Dia encik Affendi. Saya balik dulu. Saya balik dulu, Aida. Assalamualaikum.”Fazwan hela nafas. Dian yang sudah tertidur disisi ditatap.  Wajah Aida dan Affendi kembali terlayar dimata. Silih berganti. Berkali-kali. Senyum terukir sambil kepala menggeleng. Affendi..Affendi.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2013 08:25

October 3, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya- Bab 5

Bab 5"DADDY.."
         "Yes, sayang."
         "Kita makan burger boleh tak daddy?"
          Fazwan angguk. Senyum. " No problem, sayang."
          Dian jala senyum lebar menghala bebola matanya yang cantik ke arah Fazwan. "Thank you, daddy. I love you." Dian sandar kepala ke lengan sasa Fazwan. Fazwan geleng kepala. I love you too sweetheart.
          "Daddy..."
          "Hmmm..."
          "Daddy nak dengar tak satu secret teacher Aida."
           Fazwan kerut dahi. Mata menjunam ke bawah. Wajah comel Dian yang mendongak ditatap.
          "Secret about teacher Aida?"
           Dian angguk. Senyum dibibir mungil terjurai.
           "Secret about what sweetheart?"
          Dian elus lengan sasa Fazwan. Kepala yang terlentuk di lengan kini berpindah ke tubuh Fazwan pula. "Daddy tau tak teacher Aida tadi tu kan nama dia panjang macam nama Dian jugak." Dian angkat kepala dengan melontar kerdipan dari sepasang matanya yang bulat bercahaya menghala ke arah Fazwan yang tenang bersandar disebelah. Dian tengok daddy dari masuk dalam kereta tadi asyik senyum sahaja. Dian tak tahu sebab apa. Mungkin daddy happy sebab dah cakap sorry kat teacher Aida tadi lepas marah teacher Dian tu semalam.  Dian tengok tadi masa daddy cakap dengan teacher Aida, teacher Aida senyum dan daddy ketawa. Daddy memanglah orangnya baik  tapi Dian tak tahu sebab apa pulak semalam daddy tiba-tiba boleh marah teacher Aida. Nasib baik teacher Aida tu baik. Dia tak marah pun daddy.  Apa-apapun Dian seronok sangat hari ini. Hati Dian sedang girang mencecah awan kerana daddy dah janji malam tadi nak bawak Dian beli koleksi terbaharu Barbie Doll yang Dian lihat di Mid Valley hujung minggu lepas sewaktu mengikut mama ke sana. Mama memang tahu Dian nak sangat koleksi terbaharu tu tapi mama macam selalu lah takkan belikan untuk Dian masa tu jugak. Kata Mama Dian kena belajar bersabar bila mahukan sesuatu. Dian memang ingat pesan mama sifat sabar tu sifat terpuji tapi Dian cuma risau kalau-kalau nanti koleksi terbaharu patung-patung berbaju merah jambu yang dia nampak pada hari ahad lepas habis dibeli orang lain. Tadi masa bercerita dengan Tina waktu makan pagi di kelas, Tina beritahu Dian, mamanya dah belikan dia koleksi tu semalam. Tina cakap lagi nampak macam dah nak habis jer. Dian tambah risau bila dengar. Pasti hasratnya untuk memiliki koleksi terbaharu anak patung comel itu tidak akan menjad nyata. Namun hari ini, Dian rasa hasratnya itu akan tertunai. Daddynya yang dia sayang dan kasih ini akan memenuhi impian dan keinginannya itu. Dian harap sangat-sangat koleksi yang Dian idamkan tu masih ada.    Fazwan hulur senyum ke wajah comel Dian yang tunak menghulur pandangan namun riak wajahnya seakan sedang memikirkan sesuatu. Fazwan yang cukup arif dengan perangai si comel kesayangannya ini mengelus pipi mulus Dian perlahan. Dian yang sedikit terkejut kala terasa pipi disentuh daddy, menayang senyum manis. Mata ditala ke wajah daddy yang menabur senyum seperti selalu. Dian tahu benar sikap daddy yang sangat sayangkannya.   "Dian tanya teacher Aida ye?"   Dian angguk laju. "Ha'ah daddy. Tadi Dian tanya teacher Aida. Teacher Aida cakap nama dia Aida Awliya binti Muhammad Amin. Panjang macam nama Dian. Kan daddy?"
   Fazwan angguk. That's her fullname,hmmm. 
  "Teacher Aida tu cantik lah daddy. Cantik macam mama kan daddy?." Fazwan angguk senyum. Dian dilihat membalas senyum." Dia pun cakap lembut aje macam mama. Dian suka la teacher Aida tu. Mama pun mesti suka bila jumpa teacher Aida nanti, daddy." Fazwan senyum lagi. Dian tala lagi tatapan ke wajah daddy disebelah. Mama selalu cakap pada Dian, mama sayang kat daddy macam daddy sayang pada mama. Mama cakap Dian pun kena sayang kat daddy sebab daddy sangat-sangat sayang pada Dian.
     "Daddy suka tak teacher Aida?"
      Fazwan Senyum. Dian juga senyum.
      "Dia baik kan daddy?"
      "yes sayang."
      "Teacher Aida cantik kan daddy?"
       Fazwan senyum lagi seraya angguk kepala.
      "Hmmm..daddy.."
       "Ya sayang..."
       "Kalau teacher Aida tu suka daddy, daddy suka tak kat teacher Aida?"
       Fazwan ketawa kecil. Ahmad yang memandu dihadapan turut ketawa dengan kata -kata spontan Dian.
       "Dian ni macam nak jodohkan encik Fazwan dengan cikgu cantik tu tadi jer. Iye tak boss?" Ahmad lontar suara setelah sekian lama menjadi pendengar perbualan kedua-duanya usai meninggalkan perkarangan My Little Sweet Home Child Care Centre. Wajah manis gadis bertudung hitam tadi masih Ahmad ingat. 
      Fazwan ketawa. "Ada ada jelah awak ni Mat. Dian ni kan budak lagi. Lagipun entah-entah teacher Aida si Dian ni dah kahwin. Jangan buat pasal Mat. Mahu saya kena belasah nanti dengan suami dia."
      Ahmad laju menggeleng kepala.
      "Issh tak ada lah boss. Saya gerenti dia belum kahwin. Tengok pun saya tahu boss. Saya ni dah lama kahwin boss. Saya tahu laa."
      "Pandailah awak Mat."
      "Dian..."
       Dian angkat kepala yang bersandar di tubuh Fazwan. Tubuh didepa ke depan sedikit memandang ke arah Ahmad yang tenang memandu .
       "Yes uncle Mat."
      Ahmad kerling ke arah Dian seketika. Menghulur senyum sebelum kembali memandang ke hadapan. 
      "Uncle Mat nak tanya Dian ni."
      "Uncle Mat nak tanya Dian apa?"
      "Dian nak bagi teacher Dian yang cantik tadi tu kat daddy Dian yang handsome ni ye." Ahmad kerling ke belakang seketika seraya angkat kening menghala ke arah ketuanya yang bersandar tenang di belakang. Fazwan geleng kepala dengan senyum yang meniti ke bibir. Tahu benar dengan sikap pemandu peribadinya ini yang suka mengusiknya.
     Dian kerut dahi memandang ke arah Ahmad yang saling memandang ke arah daddy yang tersenyum. Bagi teacher kat daddy? Mana boleh kan!
     "Mana boleh bagilah uncle Mat. Kalau daddy nak teacher Aida, Daddy kena kahwin dengan teacher Aida lah. Kan daddy? Betulkan macam tu?" Dian lontar wajah polos ke arah Fazwan yang sudah tidak tahu mahu berkata apa. Hanya senyum yang dihulur.
     Ahmad kenyit mata pada Dian. 
      "Uncle Mat setuju sangat. Dian memang clever girl lah. Tu yang uncle tambah sayang kat Dian yang comel ni. Daddy Dian mesti setuju lah. Iye tak boss?" Fazwan geleng kepala. Ahmad ketawa kecil. "Jangan tunggu lama-lama boss. Nanti dikebas orang teacher Aida tu. Orang cantik dan baik ni susah nak jumpa boss. Lagipun "anak" boss yang comel dan bijak ni dah kasi green light lagi haa kat daddy dia. Nak tunggu apa lagi. Kan Dian kan." 
    Dian  tayang senyum seraya melontar pandangan ke arah Ahmad sebelum kembali kepada Fazwan.
    "Daddy..."
    "Ya sayang..."
    "Daddy nak kahwin dengan teacher Aida ye? Daddy takut orang kebas teacher Aida ye. Macam tu ye uncle Mat? Kebas tu apa ye daddy?"
     Ahmad dah pecah ketawa. "Uncle love Dian juta-juta la sayang."
     Fazwan turut ketawa. 

"DADDY, TU TEACHER AIDA LAA!"
   Telunjuk lurus Dian yang menghala ke arah seorang gadis yang berdiri di tepi premis makanan segera menangkap pandangan mata. Susuk tubuh dan wajah itu memang tidak asing dimata. Memang benar itu Aida atau teacher Aida seperti yang disebut Dian.
   "Marilah kita pergi kat teacher Aida, daddy. Marilah." Dian menarik jari-jemari Fazwan yang erat menggenggam tangannya. Aida yang dilihat seperti sedang menunggu seseorang membuatkan Fazwan sedikit gusar untuk mendekati. Bimbang jika mengganggu waktu peribadi gadis berkenaan. 
    Fazwan usap lembut kepala Dian. Bibir ukir senyum.
   "Teacher Aida ada hal dengan kawan dia tu. Tak elok kita ganggu dia, sayang."
    Dian muncungkan bibir."Dian cuma nak cakap hai je kat teacher Aida. Dian tak nak ganggu teacher pun.  Bolehlah daddy." Jari-jemari Fazwan terus digoyang. Fazwan lepas nafas perlahan. Kepala diangguk. Dian sudah melompat gembira. Laju langkah kedua-dua diatur ke hadapan.  Fazwan hanya mampu menggelengkan kepala. Tidak tega menahan apatah lagi menghampakan permintaan buah hati kesayangannya ini. Tangan Dian yang membimbit plastik merah jambu di sebelah kiri itu nampak seakan tidak sabar mahu mendekati Aida yang takzim berdiri di sudut tiang dihadapan.
   Susuk tubuh lelaki muda bertee biru dan berjean hitam yang menghampiri Aida membuatkan langkah Fazwan dan Dian terhenti. Kedua-dua insan dihadapan dilihat berbual mesra dan ketawa. Jelas dimata Fazwan lelaki itu memaut bahu Aida sambil menghulurkan bungkusan makanan yang dibeli kepada Aida. Dian yang turut sama melihat mendongakkan kepala keatas seketika memandang daddy yang diam tiba-tiba sebelum memandang ke arah Aida dihadapan. Bibir melaung suara. Nyaring terlontar. "Teacher Aida!" bergema senafas. Tangan yang menggenggam jari daddy dilepaskan lalu dilambai kedepan. Fazwan hanya mampu terjeda. Hujung jari mengelus pangkal hidung. Dian..Dian.

   Aida jelas dipendengaran ada yang memanggil namanya. Lebih dia rasakan itu memang panggilan untuknya bila panggilan itu menyebut teacher Aida. Kepala menoleh kebelakang. Mata terkejut seketika sebelum bibir ukir senyum manis tatkala wajah comel yang cukup Aida kenal sedang melambai ke arahnya. Dian! Susuk tubuh berkaca mata yang tenang berdiri disebelah Dian ditatap. Fazwan. Senyum dihulur. Berbalas.
   Aida dilihat berbisik sesuatu dengan  lelaki disebelah. Fazwan hela nafas tenang. Senyum yang dihulur membalas senyum Aida berlabuh tenang dibibir.  Dia tidak pasti siapa lelaki itu tapi melihat kemesraan mereka, Fazwan pasti mereka ada hubungan istimewa. Mungkin itu suami Aida. Barangkali. Dan saat mata lelaki itu jatuh memandang ke arah Fazwan dengan begitu dalam sekali hanya anggukan dan senyum tenang yang mampu dihulur. 
   Dian, kan daddy dah kata tadi!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 03, 2013 02:09

September 26, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 4

Bab 4"MACAMMANA HARI PERTAMA kau kat tadika tu?" Fyza tarik tudung merah hati berbunga putih yang membalut kepala. Dihamparkan ke leher kerusi dihadapan. Dua brooch yang ditanggalkan dari bahagian bahu diletakkan di lantai meja hiasan. Aida yang duduk melunjur dilantai bersebelahan katil didekati. Fyza melabuhkan duduk disebelah. Nafas dihela perlahan. Wajah Aida yang sudah lengkap bertelekung menanti masuk waktu maghrib ditatap.      Aida senyum. "Biasalah, Fyza. Berurusan dengan budak-budak. Macam-macam karenahnya. Tapi aku happy sangat. Seronok tengok budak-budak tu. Comel-comel semua."
     Fyza cebik. "Hmmm. Iye ker."
     Aida balas senyum. "Iye la cik Fyza."
     "Eh..." Fyza memusingkan sedikit tubuh mengadap Aida. Bahu Aida ditepuk. " ada kau kena marah tak tadi dengan mak bapak budak-budak tu? Risau gak aku. Kau tu cengeng jugak."
      Aida senyum."Tak adalah. Mana ada kena marah. Lagipun...nak marah pasal apa pulak." Minda laju kembali memutar peristiwa yang berlaku di tadika tadi. Si comel Dian dan lelaki yang bernama Fazwan Anuar yang dipanggil daddy oleh Dian pantas menerpa fikiran. Sungguh Aida takut tadi. Bimbang jika dia diseret ke balai polis kerana dianggap cuai didalam menjalankan tanggungjawab. Bersyukur benar Aida daddy Dian sudah tahu apa sebenarnya yang terjadi daripada pengakuan Dian. Dan perbualannya bersama lelaki itu kembali singgah di ingatan. Kata-kata maaf lelaki itu didepan puan Anne tadi Aida tahu benar-benar ikhlas dan Aida lihat kesungguhan juga keikhlasan lelaki tu bila dia sekali lagi memohon maaf daripada Aida atas keterlanjuran kata-katanya. Aida tahu lelaki itu tidak bermaksud demikian. Mungkin rasa bimbang seorang bapa yang melihat keadaan anak kecilnya yang berdarah lututnya menyebabkan dia tersasar mengawal kata-kata.
     Fyza angguk. Kembali dipusingkan tubuh ke depan. "Bagus laa macam tu. Aku risau jer kut kut kau tu kena marah kalau-kalau budak budak buat hal ke apa tadi. Kau tu bukannya aku tak kenal...hati lembut. Kalau orang marah kau bukan reti nak balas jawap. Diam jer. Kadang tu anak diorang yang nakal tak makan saman, tapi kita juga yang kena sembur."
    Aida senyum. Lengan Fyza dielus lembut. "Insya Allah. Aku baik-baik jer kat situ. Aku tengok budak-budak kat situ pun baik-baik semuanya. Soal nakal tu biasalah Fyza...namapun budak-budak kan. Kita pun pernah jadi budak-budak. Jangan cakap dengan aku kau tu tak nakal dulu ek. Kau tu kepala budak nakal. Tak padan dengan pompuan." Gelak Fyza bergema. Aida pantas hala jari telunjuk ke bibir. "Issh, nak masuk maghrib kau ni...jangan ketawa kuat-kuat." Fyza tepuk bibir. Aida geleng kepala."Aku ni memanglah tak boleh jadi cikgu tadika. Mahu mati anak orang nanti. Dah namapun bekas kepala budak-budak nakal kan. " Aida senyum. Fyza ketawa dengan tangan masih menekup bibir. "Kita yang dewasa ni kenalah sabar. Cakap baik-baik. Nasihat baik-baik. InsyaAllah budak-budak tu mesti boleh dengar...boleh ikut." Fyza lepas nafas. Bahu Aida ditepuk seraya menegakkan tubuh yang berbalut kurung merah hati. "Iya la cikgu Aida. Cikgu memang cikgu yang baik. Oklah cikgu, anak murid tua cikgu ni nak gi mandi dulu. Ok cikgu. Tunggu tau cikgu, kita solat sama-sama." Aida senyum sambil menggeleng kepala dengan telatah Fyza."Cepat sikit, dah nak azan dah ni. Mana elok mandi tengah azan. Syaitan berkampung dalam bilik air tu cik kak." 
       Fyza tayang sengih. "Baik ustazah Aida." Aida jegil mata. Fyza laju menghayun langkah bersama ketawa kecil namun langkah Fyza ke bilik air terhenti lalu tubuh kembali berpusing memandang Aida."Eh Aida..karang lepas solat kita keluar dinner ye. Aku malas aar nak masak malam nih."
     Aida geleng. "Tak payah laa. Aku dah masak tadi. Jangan nak membazir."
     Fyza bulatkan mata."Kau dah masak? Masak apa?"
     "Aku tengok ada ikan parang dengan ikan kembung dalam peti sejuk tu tadi. Ada bendi. Aku masak asam pedas ikan parang. Kau kan suka masak asam pedas. Goreng sayur kobis dengan goreng ikan kembung tu. Cukup la untuk malam ni."
     Fyza hala dua ibu jari yang ditegakkan keatas. "Best-best. Tak sabar nak melantak ni. Mata aku  dah terbayang ikan parang masak asam pedas..fuh fuh." Pintu bilik air laju ditutup. Aida ketawa.

"NAMA TEACHER sapa?" Mata Dian yang bersinar buat Aida terpesona. Tubuh kecil yang bersarung seragam cokolat muda didepannya kala ini ditatap penuh damai. Aida merendah tubuh. Senyum di bibir tersuring. Gelak ketawa beberapa kanak-kanak sebaya di kawasan permainan kiri dan kanan yang diawasi beberapa orang guru sedikit pun tidak menarik si comel didepannya ini untuk turut serta.
   "Nama teacher Aida."
   Bibir  Dian yang dimuncungkan dengan kepala yang bergerak ke kiri dan kanan sambil Jari telunjuk melekat ke pipi cukup comel dipandangan Aida. Bibir melantun senyum. 
    "Aida je? Pendeknya nama teacher. Nama Dian panjang tau. Nama Dian...Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy."
     Aida senyum. Dalam kepala laju memproses maklumat yang baru didengar. Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy. Tapi daddy Dian...lelaki semalam tu kan nama dia...
     "Teacher nama Aida je ye? Tak ada nama panjang-panjang macam Dian."
      Kata-kata Dian mematikan lamunan Aida. Aida elus pipi mulus Dian yang mengukir senyum. Senyum manis Dian dibalas. "Nama teacher Aida Awliya binti Muhammad Amin."
     Dian dilihat makin tersenyum lebar. "Teacher Aida pun ada nama panjang macam Dian laa. Nanti bila balik rumah Dian nak beritahu mama lah. Dian nak cakap kat sekolah Dian ada teacher yang nama dia panjang macam nama Dian jugak. Boleh tak teacher?"  
    Aida angguk. Senyum terus meniti dibibir."Boleh, sayang." Tangan Dian dicapai. "Hmmm..kenapa Dian taknak main dengan kawan-kawan kat sana tu." Kepala Dian dihala ke kiri dan kanan. Dian dilihat menggeleng kepala. "Mama cakap jangan main-main sampai luka kat lutut Dian ni baik." Dian hala jari telunjuk ke lutut yang masih berbalut plaster. Aida angguk."Mama cakap kalau Dian tak nak dengar, nanti mama tak nak beli barbie doll yang new collection tu."
     Aida angguk lagi. "Kalau macam tu,kita duduk kat bangku sana nak." Aida genggam tangan halus Dian. Tubuh comel didepannya ini laju mengangguk. Aida senyum lagi. "Jom."      
    "Teacher Aida.."
    " Ya, sayang.."
    " Daddy Dian ada say sorry tak pada teacher semalam?"
     Aida senyum. Teringat peristiwa semalam dan segala yang diceritakan lelaki itu. Kepala diangguk." Hmmm. Daddy Dian dah cakap sorry kat teacher. Teacher nak cakap terima kasih pada Dian sebab beritahu daddy Dian tentang perkara semalam."
      "Dian yang cakap kat daddy semalam daddy kenapa marah teacher Aida. Bukan teacher Aida yang buat Dian jatuh dari buaian tu." Kepala Dian berpusing menghala ke arah buaian dibelakang. Tangan lurus dihala ke situ sebelum kembali memandang ke arah Aida. "Dian yang jatuh sendiri. Dian yang naughty. Mama pun cakap Dian yang naughty sebab tu Dian jatuh."
    Aida elus rambut panjang Dian yang kemas diikat tocang kuda. 
    "Teacher tahu Dian budak baik. Mama Dian usik-usik Dian je tu. Dian kena selalu ingat, walau apapun mama Dian sayang sangat kat Dian. Mama Dian tak mahu Dian jatuh lagi. Mama Dian risau...bimbang kalau apa-apa jadi kat Dian di sekolah. Nanti mama Dian nak buat kerja dia pun tak boleh. Kesian kat mama Dian. Dian sayang kan mama Dian?"
    Dian dilihat mengangguk kepala. Senyum.
    "Mestilah Dian sayang mama. Sayang sangat-sangat. Dian pun sayang papa...sayang daddy. Sayang tok mama, tok papa...nenek, atuk. Semua Dian sayang." Senyum Dian makin lebar. Makin manis.
     Papa. Daddy. Aida elus hidung dengan hujung hari. Bibir orak senyum ke arah Dian dalam ligat kepala memproses maklumat yang baru terluncur daripada bibir mungil didepannya ini. Siapa si comel ini sebenarnya kepada lelaki bernama Fazwan yang ditemui semalam. Melihat sikap lelaki itu terhadap Dian dan mesra Dian terhadap lelaki itu, Aida merasakan mereka tentu punya hubungan amat rapat. Mungkinkah Fazwan ayah tiri Dian? Issh..apa ni Aida. Yang sibuk fikir hal orang kenapa. Aida geleng kepala. 
   "Eh..tu kereta daddy laa teacher Aida." Kicau suara Dian pantas memecah kotak lamunan Aida. Tubuh Dian yang sudah menegak dengan wajah yang bercahaya diiring senyum paling ceria menghala ke arah luar pagar menggamit pandangan Aida ke arah yang sama. 
  "Yeah daddy Dian dah sampai, teacher Aida."
   Aida angguk. Senyum ceria Dian dibalas."Jom, kita masuk ke dalam ambil beg Dian dulu. Ok, sayang? Biar daddy Dian tunggu kat kereta dulu,hmmm."
   "Ok teacher Aida."
   
 "Assalamualaikum. Aida sihat?"
  "Waalaikumsalam encik Fazwan. "Aida angguk. Senyum. "Alhamdulillah. Sihat."
  Fazwan senyum balas. "Saya dah pesan semalam kan. Call me Fazwan. Just Fazwan, Aida. Remember?" 
  Aida senyum kecil.
  "Saya kena hormat encik Fazwan. Di sini kan tempat kerja saya. Saya kena hormat tiap tetamu di sini."
   "Tapi saya bukan tetamu disini. Saya kawan, Aida. Kita kan dah kenal dan berkenalan semalam. Saya Fazwan Anuar. Kawan didepan saya ni, Aida Awliya. Betul kan? Ke..saya nak kena panggil kawan didepan saya ni teacher Aida jugak macam anak-anak murid panggil dia."
   Aida kemam bibir. Cuba menahan ketawa.
  Fazwan senyum.
  "So, macammana kerja hari ni?"
  "Alhamdulillah. Seronok layan karenah budak-budak kat sini. Kerja yang cukup membahagiakan jiwa saya."
   Fazwan senyum lagi.
   "Aida suka budak-budak?"
   Aida angguk. "Saya ramai adik-beradik. Anak-anak abang dan kakak saya yang jaga bila dia orang pergi kerja sebab dia orang duduk tak jauh dari rumah mak saya. Saya dah biasa jaga budak-budak ni sebab saya hanya ambil upah menjahit dirumah bantu mak saya. Lagipun mak memang seronok cucu-cucu dia semua ada depan mata dia."
  Fazwan senyum. "Seronok kan ramai adik-beradik ni. Saya ni tak ada adik beradik. Anak tunggal."
     "Oo ye ke? Isteri..maksud saya mama Dian pun anak tunggal jugak?"
    Fawzan senyum.  Soalan Aida dibiarkan tidak bernoktah.
  "Dian saya nakal tak? Ada panjat-panjat. Mama Dian dah siap pesan dekat dia semalam katanya. Pagi tadi pun masa mamanya hantar pesan lagi. takut luka kat lutut dia berdarah lagi. Tu yang merajuk suruh saya jemput dia balik. Tak nak mamanya jemput."
   Aida senyum. Melihat lelaki didepannya ini, Aida pasti Fazwan daddy yang baik dan penuh kefahaman.
    "Dian ni walau saya baru kenal dia dua hari, saya dapat rasa dia budak baik. Cuma semalam tu mungkin dah takdir dia nak terjatuh. Tak boleh nak elak. Tadipun saya lihat dia langsung tak main. Dia betul-betul ikut pesan mama dia. Dia cakap nanti mama dia tak belikan dia Barbie Doll new collection."
   Fazwan ketawa. Aida kerut dahi.
   "Kenapa ketawa pulak ni. Saya cakap salah ke.."
   Fazwan dilihat menoleh ke belakang. Menghulur lambai pada Dian yang sudah duduk di kerusi penumpang belakang. Pemandu Fazwan yang dilihat setia menanti menghulur senyum. Aida angguk.
   "Dia nak ajak saya pergi beli Barbie Doll new collection tu la. Takut kalau mama dia sungguh-sungguh taknak belikan untuk dia. Dari malam tadi memujuk saya."
  "Dia tahu daddy dia mesti belikan tu. Dia tahu daddy dia sayang sangat pada dia. Anak-anak ni anugerah terindah dan paling istimewa daripada Allah."
  Fazwan angguk. "She's my princess, Aida. Dia sahajalah penghibur hati dalam hidup saya selama ini. Tak ada yang lain. Dunia saya sebelum dia hadir cuma pejabat dan rumah. Hidup yang cuma hitam putih. Hanya dua warna itu sahaja. Bila Dian lahir, dia bawa pelangi dalam hidup saya."
   "Daddy..cepatlah. Nanti kita lambat. Dian dah lapar laa." Tangan Dian yang melambai dari perut kereta membuatkan Aida tersenyum. Fazwan membalas lambaian dengan anggukan kepala.
   "Tuan puteri Dian dah memanggil tu. Eloklah gerak dulu. Nanti lambat, makin  panjang muncung dia. Payah pulak nanti nak pujuk."
   Fazwan senyum. 
   "Tak apa, kalau saya tak mampu pujuk dia, saya tahu siapa yang boleh pujuk dia. Orang kat depan saya ni memang banyak pengalaman pujuk budak-budak yang merajuk."
   Aida ketawa kecil.
  "Ok Aida. Saya balik dulu. Jumpa lagi nanti."
  Aida angguk."Insya Allah."
  "Assalamualaikum."
  Salam disambut perlahan. Langkah Fazwan diiring dengan redup mata. Lambaian Dian dibalas. BMW putih yang bergerak perlahan meninggalkan kawasan My Little Sweet Home Child Care Centre diperhati hingga hilang daripada pandangan. Nafas dihela perlahan. Betapa bahagianya hidup Dian punya daddy seperti Fazwan. Betapa beruntungnya mama Dian punya suami sebaik Fazwan.   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2013 02:46

April Snow's Blog

April Snow
April Snow isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow April Snow's blog with rss.