April Snow's Blog, page 2

January 1, 2014

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 4


Bab 4“MAMA…”Langkah kecil Abid laju menuruni sofa menuju pintu utama yang terkuak usai telinga menangkap ucapan salam dari lontaran suara yang tidak asing ditelinga. Tubuh bersarung pijama biru berjalur putih pantas memaut jari-jemari Hannan lalu dikucup. Seperti selalu. Hannan jala senyum.  “hai anak mama yang handsome. Kenapa tak tidur lagi ni,hmmm.” Jari-jemari kedua-dua saling berpimpinan. Dua pasang kaki melangkah beriringan ke arah ruang tamu. Makcik Diah yang dipanggil Hannan mak Diah; pembantu rumah Hannan merangkap pengasuh Abid sejak lahir bangkit daripada sofa. Tubuh sederhana yang berbaju kurung Kedah  dan berkain batik usap kepala Abid yang sudah berdiri disebelahnya.            “Lambat Hannan balik hari ni. Banyak kerja?”            Kepala Hannan mengangguk. Sekuntum senyum kecil dihadiahkan.  Anggukan dan senyuman yang hanya sekadar lakonan untuk menyembunyikan perkara yang telah menimpa diri usai keluar dari pejabat tadi. Tubuh dilabuhkan ke sofa. Burberry dibahu ditanggalkan dari sandang lalu dihamparkan ke perut sofa disebelah.  Tangan mencapai tubuh kecil Abid dan dihamparkan ke riba.  “Jalan sesak pulak tiba-tiba malam ni mak Diah.  Hannan pun tak tahulah pasal apa.” Bohong Hannan bersambung lagi.  Hannan sedar tidak wajar dia menipu wanita didepannya ini yang sudah bagaikan ibu sendiri sementelaah dia juga sudah tiada ibu lagi sejak kecil namun Hannan masih belum mampu menzahirkan kisah tadi.  Dia lewat bukan kerana alasan tadi. Hakikat sebenar, stereng Audinya terdampar lama dibahu jalan kala hujan tangis dan  esak sendu dihamburkan usai pertemuan tidak diundang tadi. Mahu dilontar jauh-jauh ingatan tentang segala yang terjadi tadi namun apalah daya. Dia mahu buang segala apa yang didengar tadi. Dia mahu padamkan bait-bait kata yang terakam agar tiada satu aksara pun yang tertinggal. Namun mindanya ternyata tidak mengizinkan seraut wajah itu dinyahkan daripada kotak ingatan biar rayuan demi rayuan dipohon.  Wajah yang seraut itu adalah wajah yang telah menyeret kembali putaran kisah paling tragis dalam hidup. Bilah-bilah merah kenanganan itu tidak mahu diingat lagi. Pelukan tubuh Abid diperkemaskan.            “Mak Diah tu bukan apa, risau. Tu…”Muncung makcik Diah hala ke arah Abid yang selesa di riba Hannan. Mata Hannan turut jatuh ke tubuh Abid.             “Kenapa dengan Abid, mak Diah? Demam dia datang lagi ke?” Kepala mak Diah menggeleng namun tapak tangan Hannan laju mencecah dahi Abid.  Bimbang bertamu. Namun rasa itu kendur kala tapak tangan yang singgah didahi Abid tidak mengesan apa-apa yang luar biasa. Tak panas.            “Dia tak makan lagi tu, Hannan. Tak mahu jugak walau puas dah mak Diah pujuk dengan macam-macam cara. Katanya nak dinner dengan mama. Nak tunggu sampai mama balik. Risau mak Diah dibuatnya kut perut dia sakit sebab lambat makan nanti.” Mata Hannan sedikit bulat. Terkejut dengan kata-kata makcik Diah. Laju mata dilontar ke pergelangan tangan.            “Abid tak dinner lagi? Kenapa ni sayang. Dah lewat sangat ni kan. Tau tak dah pukul berapa sekarang ni sayang. Cuba tengok jam mama.” Pergelangan tangan disua ke arah Abid yang selesa diriba.            “11.” Senafas Abid menjawab.            “11 malam sayang. Mana boleh lambat-lambat makan. Abid kan budak kecil. Lagipun..kesian kat nenek, sayang. Nenek pun tak nak makan sebab Abid tak nak makan dengan nenek.” Nafas dihembus perlahan kala melihat tiada tindakbalas dari Abid yang hanya mendiamkan diri. Mungkin merajuk. Mungkin marah dengan kata-kata Hannan. Makcik Diah angkat kening memandang ke arah Hannan. Jari telunjuk menekan dada. Isyarat.            Hannan paut tubuh Abid rapat ke dada.  Dielus rambut halus Abid. Dikucup ubun-ubun anak tunggalnya ini penuh limpahan kasih. Abid penguat semangatnya untuk meneruskan hidup selama ini. Abid hadir kala dia sangka segala dalam hidupnya sudah tiada lagi. Tiada apa pun yang tertinggal. Hilang sekelip mata segala bahagia yang masih hijau. Tidak pernah menduga hidupnya baharunya yang paling bahagia boleh musnah begitu sahaja. Abid memberikan Hannan erti bangkit dari sebuah kemusnahan. Selama ini mereka mengharungi segala-galanya berdua. Abid buat Hannan tidak menoleh lagi landasan sejarah hidup paling pilu yang pernah dilalui. Abid buat Hannan pandang ke jalan didepan. Abid buat Hannan sedar dia ada tanggungjawab pada insan kecil bernama Abid Hilymi. Rambut Abid dielus lagi. “Kenapa Abid tak dinner dengan nenek dulu, sayang. Kalau mama lambat Abid dinner dulu dengan nenek. Nanti Abid sakit sebab lambat makan mama susah hati. Nenek pun susah hati jugak. Abid kan anak mama yang baik. Abid kan selalu dengar kata nenek.” Makcik Diah sudah meminta diri ke dapur. Mahu memanaskan hidangan untuk mereka bertiga. Hannan rasa teramat bersalah. Kerana dia yang gagal mengawal juraian perasaan sedih yang menggila, dia teralpa tentang insan-insan lain yang sedang menantinya di rumah.              Abid hala dua tapak tangan ke pipi Hannan. Dipaut lembut. Dua pasang mata mereka beradu pandang.“Tapi Abid nak dinner dengan mama. Mama kan dah janji nak balik cepat dan dinner dengan Abid malam ni. Abid tunggulah sampai mama balik. Kita kan tak boleh mungkir janji dengan orang. Mama kata orang yang mungkir janji ni Allah marah. Abid tak mungkir janji..” Serentak kepala Abid digeleng. Laju. Mata dibenamkan lagi ke wajah Hannan. “Mama tak takut Allah marah mama ke?”            Hannan angguk kepala. Dada rasa dihentak batu nan maha berat. Terpukul benar dengan kata-kata spontan yang terhumban dari ulas delima comel anak tunggalnya ini. Abid memang anak yang bijak dan sesekali kata spontan yang terlontar memang berisi dan tertampan ke batang hidung se penerima. Tapak tangan kanan Hannan laju diangkat tegak separas bahu. “Ok…” Hannan lontar nafas dalam-dalam. “ mama mengaku mama salah sebab mungkir janji nak balik awal dan dinner dengan Abid. Mama mintak maaf, sayang. Mama minta maaf banyak-banyak dengan Abid. Abid maafkan mama ok?” Abid angguk tulus. Dua senyum berpaut. Hannan capai wajah Abid. Hannan kucup dahi Abid. Ada rasa sebak yang tersangkut disitu. Dilabuhkan senyap-senyap. Maafkan mama, sayang. Diangkat kembali wajah Abid setentang dengan wajahnya. Hannan senyum. Paling manis.“ terima kasih, sayang. Mama janji mama takkan lambat lagi,hmmm.” Abid angguk lagi. Senyum polosnya nampak sinar bahagianya. Laungan perlahan makcik Diah dari arah dapur Hannan balas. Rerambut halus hitam Abid dielus. “ok jom kita dinner,hmmm. Kesian nenek tunggu kita kan.Nenek pun mesti dah lapar macam Abid.” Tubuh Abid diangkat dari riba. Hannan bangkit daripada duduk. Dua pasang kaki menghayun rentak kaki kea rah dapur.
“Mama…”            Hannan yang memegang jug air terhenti pergerakkannya. Wajah Abid yang membuang pandang ke arahnya dibalas dengan senyuman.” Ada apa, sayang? Nak tambah nasi lagi?” Pinggan Abid yang sudah licin menangkap sisi mata. Hannan letak jug usai menuang air ke dalam gelas lalu diletakkan disisi kiri Abid.            Abid geleng. Mulut yang berhenti mengunyah itu memandang tepat ke wajah Hannan sebelum membuang pandang  ke dada pinggan didepan yang kosong. .Bibirnya tiba-tiba dikunci. Hanya gerak mata yang berbicara. Dahi Hannan berkerut. Pelik dengan perlakuan Abid yang tiba-tiba. Ditoleh ke sebelah. Raut makcik Diah dijamah. Cuba mencari jawapan. Makcik Diah dilihat menggeleng kepala. Mungkin juga sama seperti yang Hannan rasa saat ini. Hairan dengan perlakuan Abid. Hannan elus lengan anak tunggalnya itu. “Sayang…kenapa ni,hmmm.” Wajah polos Abid yang bujur bersama sepasang matanya yang bulat diselusuri dalam diam.Abid angkat wajah menatap Hannan.“Kenapa mama tak kahwin lagi dengan uncle Izz?”Hannan terkesima sesaat. Sungguh dia terkejut. Senyum makcik Diah yang sudah selesai makan melebar mencecah telinga. Tangan mencapai kendi disisi. Dihulur tangan sambil mata mengerling ke wajah comel anak asuhannya di depan. Kepala digeleng. Tuala kecil buat pengelap tangan dicapai. Dielus jari-jemari kanan. Bibir ukir senyum lagi. Abid..Abid.  Makcik Diah sedia maklum Abid memang adakala tak terduga kata-kata yang keluar daripada bibirnya. Boleh buat hilang ayat mahu membalas dibuatnya!Mata Hannan terkebil-kebil sebelum bibir perlahan-lahan luncur ketawa kecil. Ketawa kecil yang akhirnya merebak menjadi besar dan kuat. Rambut Abid dielus lembut. Kendi dicapai. Tangan kanan Abid dihulurkan. Dicuci. Tuala kecil yang diberikan mak Diah dicapai lalu dielus ke tapak tangan Abid. “Out of  the blue, sweetheart. Kenapa tiba-tiba Abid cakap macam tu,hmmm.” Gelas air suam didepan dicapai. Disua ke bibir Abid. Mata masih belum berpaling dari merenung Abid.Abid renung wajah Hannan. Ditolak gelas usai separuh air memasuki lohong kerongkong. Dihempas nafas bersama sebuah desir perlahan namun tertangkap di cuping Hannan. Diletakkan kembali gelas didepan. Pasti ada benda yang sedang bersarang di fikiran anak tunggalnya ini. Hannan tahu benar! Hannan hulur senyum. “Ok..Abid nak cakap apa dengan mama sebenarnya. Let us talk,hmmm. Abid beritahu mama apa yang ada dalam fikiran Abid.” “Kalau mama kahwin dengan uncle Izz, mama tak payah lah lagi balik lewat. Mama kata mama balik lewat sebab mama kena kerja kuat cari duit banyak. Kalau mama kahwin dengan uncle Izz, uncle Izz  boleh bagi duit banyak pada mama. Mama tak payah kerja kuat-kuat lagi. Mama boleh balik rumah cepat. Betulkan nenek?” Abid hala sepasang matanya ke wajah makcik Diah. Ibu jari kanan makcik Diah hala ke langit. “Pandai cucu nenek.” Senyum makcik Diah terus melebar.Hannan geleng kepala bersama senyum kecil. Kepala Abid terus dielus. Dada yang bergelumang dengan perkara yang tiba-tiba hadir dalam hidup sedaya upaya dihijab dari terkesan oleh Abid mahupun makcik Diah.  Sungguh… nafas seakan terjerut dengan kemunculan perkara yang memang tidak terduga itu. Perkara yang langsung tidak diundang!“Hannan….”            Kepala Hannan terpusing kala cuping menyambut suara yang menyeru namanya. Bibir menyuring senyum kecil melihat susuk tubuh makcik Diah mengambil duduk disebelah.             Makcik Diah labuh duduk disebelah Hannan. Ruang tamu yang suram cahayanya tadi buat langkah kaki laju menapak ke bawah. Melihat dari jauh Hannan yang tenggelam dalam perasaan dan  mengelamun di sofa, hati tuanya pasti memang ada sesuatu yang disembunyikan ibu muda ini. Sejak Hannan balik tadi dia sudah dapat mengesan sesuatu di wajah indah ini. Ada sisa tangis yang tersirna di wajah Hannan biar cuba dipadamkan dengan senyum dan tawa. Dia tahu Hannan berbohong tadi. Riak wajah Hannan lain benar kala berkata-kata. Malah sejak dua tiga hari ini makcik Diah dapat merasakan ada sesuatu yang telah berlaku. Detik di hati itu tambah kuat bila Abid ada menceritakan kelmarin tentang Hannan memarahi seorang lelaki di luar klinik semasa membawa Abid ke sana. Tidak pula mahu ditanya lanjut tentang perihal itu kerana menanti Hannan bercerita sendiri namun nyata tiada langsung bibit-bibit itu muncul.Makcik Diah akur. Hannan kini bukan lagi Hannan yang dahulu. Hannan kini sudah lain!Bukan dia tidak kenal Hannan. Daripada Hannan kecil hingga kini, dia melihat pemilik lengkap nama Hannan Zahirah Lee Louver Abdullah ini membesar dengan pelbagai rencam hidup. Hannan gadis cantik yang lincah, ceria dan disenangi setiap pengunjung lodge milik ibu angkatnya di pulau Mabul. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu angkat yang juga teman rapat ibu kandung Hannan setelah ibu kandungnya meninggal dunia akibat lemas di laut waktu menyelam.            Hannan jala wajah manis.“Mak Diah tak  tidur lagi? Dah lewat ni..”            “Hannan tu kenapa tak tidur? Esok pagi nak kerja kan. Fikir masalah kerja  ye.” Makcik Diah balas senyum Hannan. Cuba mengumpan. Kalau-kalau mengena dan Hannan akan membuka kisah yang tersimpan di dada.            Hannan lepas keluhan berat. Rasa yang tersangkut di jiwa sukar benar mahu dilepaskan. Hati galau dikejar rasa yang paling tidak ingin dijemput untuk hadir di sanubari. Beberapa hari ini jiwanya dilanda ketakutan. Takut pada satu musibah yang bakal meragut seluruh bahagia yang selama ini dia bina dengan darah dan air mata. Kepala tertunduk. Tangan meraup wajah. Lama. Dilepaskan pautan tangan. Kepala diangkat perlahan. Disebak  ke belakang rambut panjang yang terjurai ke wajah. “Dia dah jumpa Hannan, mak Diah.”“Dia?” Raut wajah makcik Diah tertanya. “Siapa, Hannan?”            Hannan telan liur. Nafas dihembus. Bibir dikemam. Lama. Mata terpejam seketika sebelum perlahan dibuka.“Haniff.” Raut wajah itu menari di mata.             Mulut makcik Diah terlopong. Mata terkelip-kelip.            Hannan capai tangan makcik Diah. Mata terasa hangat. “Hannan takut, mak Diah. Hannan takut.” Bibir bergetaran. Menggigil.             Makcik Diah elus belakang Hannan. Cuba menyalur semangat.” Hannan, sabar. Ingat Allah, nak.” Kisah Hannan dan Haniff tidak mungkin mampu dia lupa. Sampai hati Haniff buat Hannan sekejam itu. Hannan ketap bibir. Dada rasa bergoncangan. Bimbang benar dengan segala rasa yang hadir di fikiran. “Kalau dia..dia datang..dia muncul semata-mata nak rampas Abid daripada Hannan. Kalau..kalau keluarga dia tahu pasal Abid, macam..macammana, mak Diah?” Hannan geleng kepala. Laju. Air matanya tumpah juga akhirnya. Esak bergema.Kenangan maha pahit  yang menimpa hidup dahulu tertayang di layar fikiran. Satu persatu wajah yang telah menikam jiwanya, mencincang hatinya, membunuh semangatnya kembali menghentak kotak ingatan. Dada berombak. “Keluarga dia kejam, mak Diah. Mereka kejam.” Bibir Hannan menggigil.  Bahu Hannan dipaut makcik Diah. “In shaa Allah. Dia takkan tahu tentang Abid.  Hannan jangan fikir bukan-bukan, nak.”Tangan dibawa ke pinggir mata. Diseka hangat air yang terus mengalir.  Kepala digeleng.”Dia macam dah tahu, mak Diah.  Tadi dia jumpa Hannan di tempat parking. Dia tanya pasal Abid. Dia tanya sapa ayah Abid. Hannan takut, mak Diah. Hannan takut, mak Diah. Lambat laun dia mesti tahu siapa Abid. Kalau dia tahu mesti dia akan rampas Abid daripada Hannan. Hannan tak boleh hilang Abid, mak Diah.” Tangisnya bergema lagi. Makcik Diah sudah tumpah airmata melihat pilu di wajah Hannan. Diseka laju. “Sabar, Hannan. Mintak pada Allah semoga semuanya baik-baik. Abid tetap milik Hannan sampai bila-bila.Tak ada sapa yang boleh ambik Abid daripada Hannan, nak. Percayalah cakap mak Diah, Hannan.”“ Hannan tak boleh hilang Abid, mak Diah. Hannan tak sanggup.” Mata dipejam sesaat. Tidak sanggup membayangkan perkara tersebut. Abid nyawanya. Abid segala-gala buat Hannan selama ini. Dia hidup..dia bangun..dia kuat selama ini kerana Abid. “Baik Hannan mati kalau Hannan hilang Abid, mak Diah. Abid sahajalah harta hidup Hannan. ”Pecah lagi airmata. “Hannan dah tak ada ada apa-apa lagi dalam hidup ni. Mummy dah tak ada. Ibu dah pergi. Hidup Hannan dah musnah dulu. Kalau Abid tak ada, Hannan dah lama mati, mak Diah. Hannan dah lama mati.” Tubuh Hannan jatuh dalam pelukan makcik Diah. Esak tangisnya memenuhi ruang tamu. Bibir makcik Diah bergetar. Mata terpejam. Ya Allah…kasihani dia. Kasihani hambamu yang satu ini. Jangan ambil “nyawa” hidupnya. Hanya “nyawa” itu satu-satunya harta jiwa yang dia ada. Hanya itu satu. Jangan biar Abid diambil daripada hidupnya. Jangan ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 01, 2014 19:42

December 12, 2013

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 3


Bab 3
PINTU BILIK DITARIK PERLAHAN. Disumbat anak kunci ke lohong mulut kecil yang menanti penuh setia. Diputar sebelum ditarik semula anak kunci. “ We need to talk , Hannan. I need to tell you something. Something that very important.” Kepala menggeleng bersama desir nafas perlahan yang terhumban. Untuk apa lagi semua tu, Haniff. Dah tak guna. Bisik hati buat Hannan kembali tersedar Istighfar terluncur. Dilontarkan anak kunci ke dalam mulut Burberry rona rembia yang sedia ternganga. Sandang Burberry di bahu diperkemaskan. Tubuh dipusingkan. Mata menjelajah ke ruang kerja dihadapan yang masih bernyawa dengan suara-suara staff. Langkah kaki dibuka. Tenang. Beberapa staff yang menegur dibalas mesra. Kaki singgah ke meja Suria yang tunduk memandang IBM didepan. Langsung tidak menyedari kehadiran Hannan. “Khusyuknya you, Su.”

Kepala Suria terangkat. Senyum kecil terbentuk dari bibir yang sudah hilang warnanya. Mata indah Hannan ditatap. “Proposal buah hati you la ni, cik Hannan. Esok dia balik. Siap dah tembak email reminder kat i petang tadi cakap benda ni mesti ada atas meja dia first thing tomorrow morning. Dia tu memang gila kerja kan. Macammana la you boleh sangkut dengan dia. Dia tiup apa kat you, Hannan. Mah share dengan i. Dia tak ada ni, bolehlah kita kutuk dia kan. Kalau dia ada, i lebih rela terjun gaung dari kena ngadap dia,Hannan. Boss I yang terhangat tu kalau dia meletup, Pinatubo pun surrender. Tapi..dia tu boleh dihangatkan dengan orang depan I ni jer. Sah dia surrender awal-awal. Korang ni elok benar. Sorang hangat, sorang menghangatkan. Aduhai..aku yang tengok ni rentung dibuatnya. ” Suria ketawa lepas. Ketawa Hannan pecah sama. Tahu benar dengan sikap gila-gila Suria yang suka mengusik dia dan Izz Arman Khair sejak dahulu.

Hannan toleh Tag Heuer di pergelangan kiri. 

“Oklah, Su. Got to go. Nanti my hero kat rumah merajuk mama dia balik lambat. Dah la dia baru baik dari demam.” Hannan buka langkah. Bahu Suria dielus lembut. 

Suria angguk. Tangan Hannan ditepuk. Balas. “Ok. See you tomorrow madam. Jaga diri. You tu darah manis. Orang darah manis ni angin pun suka nak dekat. Dapat tempias. Boleh tiup angin berbaur manis kat serata alam. Akan manis-manis semua yang hirup angina tu nanti. Termasuklah aku.” 

Hannan geleng kepala dengan senyum manis yang terjuring dibibir. Tangan diangkat. “Bye, Su. “ 

Hala kaki sudah mencecah pintu keluar. Jari runcing menekan butang lif. Perut lif yang ternganga dihampir. Tubuh terbenam.

Kaki yang melangkah keluar dari perut lif terus dibawa ke kawasan parkir yang terbentang luas didepan mata. Kunci kereta dari Burberry diseluk keluar.

Haniff mampak susuk tubuh yang ditunggu sejak tadi muncul di muka pintu keluar yang menghala ke parkir. Tubuh dibawa keluar dari BMW hitam yang terparkir tidak jauh dari pintu keluar. Kaki dibawa mengekori tubuh bersarung kurung didepan. 

“Hannan..” 

Hannan tidak menoleh. Tahu diri sedang diekori. Langkah dipercepatkan. Suara yang tidak asing dicuping. Suara yang sering mengganggu hidupnya yang sejak kebelakangan ini. Hannan rimas!Derap sepatu mengekori jelas kedengaran. Makin mendekati. Dilajukan langkah. Seakan berlari. Namanya terus diseru. Bibir diketap kuat. Gelora marah mula membadai. Namun cuba disabarkan diri. 

“Hannan , wait.” Kaki Hannan terus laju melangkah. Tidak dihirau seru suara yang bertali arus. Debar dada berdendang kencang. Dia cuma ingin cepat sampai ke keretanya. Mahu cepat beredar daripada kawasan ini. Tidak mahu memandang wajah itu lagi. Hannan benci!

“Pinnn!” Tubuh terasa dipaut daripada belakang. Terundur kaki tiba-tiba. Nafas turun naik. Mata ternganga dan ekor jejak Vios hitam yang meluncur laju ke depan. Liur ditelan.Sebelah tangan meraup wajah. Kesal bertamu kerana khilaf diri yang terburu-buru melangkah deras. Tapi kalau bukan dia yang buat Hannan begini dia tentu tidak terlajak membina khilaf paling ngeri tadi. Semua ini pasal dia! 

“Hannan? You ok?” Tangan yang memaut lembut bahu ditolak kasar. Tubuh Hannan berpusing. Mata dibulatkan ke arah wajah berkaca mata didepan. Wajah yang amat dia benci. Benci teramat!

“You nak apa lagi ni. Tak faham bahasa ke you ni.”Ditentang keras pandangan tenang Haniff.

“Hannan please.” Suara perlahan Haniff menyapa.

“You..”Tangan kanan terangkat sedikit. Bibir diketap. Haniff yang menadah raut damai di wajah buat amarah Hannan makin marak. Menjulang tinggi sakit di hati yang dia balut sendiri lukanya. Jari telunjuk lurus dihala ke muka Haniff. Hampir-hampir mencecah pangkal hidung. Hannan tak peduli. Lantaklah kalau dia sudah dikira kurang ajar. Siapa dulu yang berkurang ajar? “ jangan ganggu i. Jangan ganggu hidup i lagi. I taknak tengok muka you lagi. You dengar ni..i don’t wanna see your bloody face anymore. Got that?” Ditolak kasar tubuh Haniff ketepi. Hannan terus menyambung langkah ke depan. 

Haniff hela nafas. Sebelah tangan meraup wajah. Langkah Hannan diekori deras. Nama indah itu diseru lagi. Derap kaki makin pantas mengejar Hannan yang sudah jauh kedepan. Haniff tidak akan berundur selagi jawapan yang dituntut dari Hannan tidak diperolehi. Dia perlu tahu siapa Abid Hilymi pada Hannan. Perlu tahu siapa Abid Hilymi yang sebenarnya.

“Siapa budak tu , Hannan?” Haniff terus laju menyaingi langkah deras Hannan ke parkir. Peristiwa diminta meninggalkan pejabat Hannan secara terhormat oleh pihak pengawal keselamatan kelmarin tidak sedikitpun mematahkan semangat. Tidak juga terdetik dendam atau sakit hati atas tindakan drastik Hannan yang memanggil pihak keselamatan untuk meminta Haniff keluar daripada biliknya. Haniff sedar dia berhadapan dengan Hannan yang baru. Bukan Hannannya yang dulu.

“Telinga you tak dengar ke “budak tu” panggil i apa. Ke you nak i ulang apa yang budak tu panggil i.” Hannan makin melajukan hayunan langkah. Haniff disebelah tidak langsung dihiraukan. Audi kelabu di slot RESERVED sudah terlihat di pandangan. 

“Anak siapa budak tu? Who is his biological father?” ”Haniff mula melontar umpan. Langkah Hannan terhenti. Tiba-tiba. Amarah kembali membuak bila kata-kata yang tidak disangka-sangka itu terpacul dari mulut Haniff. Lelaki itu nampak kecil benar dimatanya saat ini.

“You ni dah kenapa haa? Apa hak you nak tanya semua tu. Tolong jangan masuk campur urusan hidup orang lain. Jangan nak sibuk.”Langkah kaki terhenti disisi Audi. 

“This is my business, Hannan.” Hannan kerling tajam ke wajah Haniff yang berdiri di sisi. Dia sudah tidak ingin melihat wajah ini. Entah kenapa saat dia sudah redha dengan takdir yang tertulis ke atas diri, saat dia sudah boleh menerima hakikat atas segala yang menimpa, lelaki ini muncul kembali tanpa diduga. Kemunculan yang menyeret segala episod duka lara yang tersimpan kejap di memori jiwa terbentang kembali. Kemunculan yang tidak sesekali dia undang!

“Hannan…please. We need to talk.”

Burberry dicampakkan ke atas kusyen pemandu. Sebelah tangan mencekak pinggang kurung merah bata yang tersarung ke tubuh. Deru nafas bergumpalan. Haniff yang memandang dibalas dengan sepasan mata yang tajam menikam.

“Just go to hell with your talk…with your business. And for your information encik Haniff Mirza i’m no longer your bloody business. So just get lost from my life. Remember..once upon a time, you did said that bloody words to me So…”Hannan lontar hembus nafas. Haniff yang tidak berkelip memandang langsung tidak dihiraukan. “please, do the same now. Jangan cemarkan nama baik keluarga you yang sangat-sangat terhormat tu. Ingat, i ni keturunan pelacur, Haniff. Sampai bila-bila pun akan tetap dari baka keturunan pelacur. You yang kata macam tu kan.You jugak dah bersumpah tak mahu zuriat daripada keturunan pelacur.” Hannan lontar senyum sinis. 

Haniff telan liur. Halkum bergerak bagai mahu membalas namun bibir nyata terkunci. Terkesima dengan kata-kata Hannan. Wajah indah Hannan Zahirah diraup dengan segunung rasa bersalah dijiwa.

“You tak perlu ambil tahu siapa dia sebab I mama kandung dia. Dan mama dia keturunan pelacur yang sangat-sangat hina dan jijik di mata you. Keturunan yang tak layak untuk lahirkan zuriat buat orang terhormat macam you.” Dan serentak tubuh diloloskan masuk kedalam perut Audi. Pintu pantas ditarik. Dikunci deras. Haniff cuba menepuk cermin jendela namun tidak dihirau. Hannan hidupkan enjin. Audi menderum tidak menoleh. Tiada simpati. Hannan juga tidak langsung menoleh. Stereng diputar. Deras. Haniff undur langkah. Mata hanya memerhati dengan sorotan penuh kecewa. Dua tangan memegang kepala. Jeritan nama Hannan terlantun. Bergema. 

Hannan tekup bibir. Mata terasa hangat. Dibiarkan. Sebelah tangan mengemudi stereng. Pandangan terus dihala ke jalanraya didepan. Audi meluncur laju. Deras membelah laluan. Langit senja mula melabuhkan tirai. Hamparan malam mula berbalam-balam di kaki langit.

“KAU YAKIN?"

Habis kalau bukan aku, siapa lagi.”

Fakhrul geleng kepala. “Kau ingat kau sorang je ke Haniff Mirza dalam dunia ni, Mir. Come on lah. Entah-entah suami dia sekarang pun nama Haniff Mirza jugak. Dan budak itu anak dia dengan suami dia sekarang. Please be rational, Mir.” 

Haniff geleng kepala. “Aku yakin tu anak aku, Fakhrul. Budak itu memang anak aku. Itu..itu perjanjian kami dulu. Lagipun itu nama pilihan aku dan dia. Kau pun cakap hari tu. Budak itu ada lesung pipit sama dengan aku. Dan…umur budak itu kau kata dalam enam tahun kan. Lebih enam tahun juga sejarah aku dan dia. Semua itu buat aku yakin hal ini memang ada kemungkinan besar. Aku sangat pasti tentang ni.” Fakhrul telan desir nafas. Memang dia sedar akui apa yang dikatakan Haniff. Melihat kanak-kanak yang bernama Abid Hilymi itu sukar mahu dinafikan bias Haniff ada di wajah comel itu lagi-lagi sepasang lesung pipit yang menghiasi pipi kiri dan kanannya. Mata menyorot wajah lelaki dihadapan sebelum memandang persekitaran. Malam yang masih muda di Pokok Ciku Chill and Grill berteman para bikers yang sama-sama menikmati hidangan makanan barat di sini dijamah juga oleh sorotan mata Fakhrul. Gelas jus mangga dicapai. Disedut sedikit sebelum dilepaskan. Haniff Mirza yang jeda ditepuk lembut kura tangannya.

“Mir..listen. " Wajah Haniff yang penuh cerita ditatap. "Kau kena terima kenyataan. Kau dengan dia dah tinggal sejarah. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Mungkin apa yang kau cakapkan tentang budak tu benar...mungkin juga salah. Apa-apapun kau tak boleh desak dia. Kau tak boleh buat macam tu."

Haniff menggeleng. Tangan yang memaut leher kerusi disebelah dikemaskan pautannya. Kuat. Tindakan yang bagai mahu menyatakan keazaman yang bersimpul di lubuk jiwa. Seraut wajah Hannan Zahirah menjelma. Berganti dengan raut comel yang dia nampak bersama Hannan Zahirah di klinik Fakhrul tempoh hari.

“Not till I get the answer from her. She owe me an answer, Fakhrul. Dan selagi aku belum dapat jawapan yang aku mahu, aku takkan lepaskan dia.” 

Fakhrul elus pelipis. Tahu sukar mahu ditahan hasrat teman baiknya ini. Wajah tampan Haniff Mirza direnung. I wish you luck, bro. I wish you luck.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2013 06:33

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 2

Bab 2
“RAMBUT BARU?” Haniff lirik senyum. Susuk tubuh tinggi langsing yang baru melabuhkan duduk disebelahnya dipandang tak lepas. Suasana café di hadapan perpustakaan yang sedikit lengang sejak tadi menyebabkan hembus dingin dari kotak empat segi bujur di sudut atas kiri café cukup terasa. Hannan Lee Louver; gadis berdarah inggeris cina disebelah terus dijamah wajah indahnya tanpa lelah. Rindunya pada si cantik jelita ini tidak terhitung walau baru sehari tidak berjumpa. Hannan, what have you done to me, sweetheart. Hati Haniff berbisik dari desir jiwa yang bertiup.
Hannan melentukkan kepala ke kiri dan kanan. Aksi manjanya yang nampak indah dan manis sahaja di mata Haniff. Bibir ukir senyum. “warna baru la, sayang. You like it?" Hannan angkat kening bersama senyum madu yang masih terus meniti di bibir. " Alex did it for me. Well, as usual.. he always knew what is the best for me.” Tubuh Hannan dilabuhkan disebelah Haniff. Rapat sekali. Jari-jemari Haniff elus lembut juraian rambut coklat keemasan separas bahu milik Hannan. Consumer Behaviour yang tadinya diletakkan di kanan kini dihamparkan ke sisi kiri untuk memberi ruang dirinya lebih rapat dengan Hannan. Buku tebal karangan Philip Kotler dikerling sekilas sebelum kembali menatap Hannan disebelah. Lirik senyum dari ulas delima yang indah milik Hannan buat Haniff terbuai. Seperti selalu.
"You knew, sweetheart..."
Hannan toleh. Dua wajah mereka begitu rapat. Hannan tabur senyum mengkhayalkan lagi. Relung nafas Haniff bergerak. Tak tentu hala. 
"Know what, sayang.." Suara manja Hannan terdesir lagi. Membuai rasa. Lembut. Haniff hela nafas. Cuba mententeramkan jiwa yang digoncang badai pesona Hannan.
“This make you more sexy, Hannan. Too sexy.” Haruman mengkhayalkan yang terbit dari tubuh indah disebelah dihela Haniff dengan penuh perasaan. Hannan yang cuma berbaju tee putih tanpa lengan bersama jeans biru dan Korean jacket rona rembia yang tersarung diluar cukup membuatkan si cantik jelita berkulit putih mulus ini sempurna dimata Haniff.
Hannan tungkat dagu runcingnya sambil memandang tepat ke anak mata Haniff yang bersinar. "I'm. You knew it from the beginning. And you love it. Right, Haniff dear?" Mata sengaja dikelipkan seketika. Sengaja. Tahu benar apa yang sedang bergendang di hati lelaki Haniff. 
Haniff senyum sambil mencuit hujung hidung Hannan yang mancung.“You memang pandai buat I tak dapat tidur lena kan. Mimpi i penuh dengan you..and you.”
Hannan lepas ketawa manja. Sebaris mutiaranya yang putih bersih terlayar kala tawa terlontar. Haniff terus tersenyum. Gelas teh o ais limau yang sudah suku diminum dicapai semula. Digerakkan straw lalu disedut sedikit sebelum disua ke bibir Hannan yang basah merah pudarnya. Dan kelopak bibir itu terbuka dengan wajah yang melempar senyum. Teh o ais Hannan sedut perlahan. Gelas yang dipegang Haniff dibiarkan tanpa disentuh. Memang Haniff suka melayannya begini. Romantisnya memang membuai rasa. Usai disedut sedikit ditarik straw dari bibir dan ditolak lembut tangan Haniff. “Enough?” Senyum Hannan terlerai dengan kepala diangguk. Haniff sedut sedikit sebelum diletakkan semula gelas yang masih separuh bersisa ke tengah meja. Mata terhala ke wajah Hannan yang sedang tunduk membelek buku di tangan.
“So..dapat journal CF yang you cari tu?”
Hannan angguk. “Yup.” Buku Financial Management diletakkan diatas meja. Tangan seluk messenger coklat yang terdampar dikerusi bersebelahan. Journal Corporate Finance dikeluarkan lalu diletakkan diatas meja. “Last copy. Fuhh. I’m so lucky.” Hannan lepas nafas kelegaan.” If not…matilah I, sayang. I need this for my assignment.”
Haniff capai buku tebal berwarna putih dan bergaris hijau dibahagian kiri dan kanan. Mata dibawa ke arah Hannan disebelah yang sedang memandang. “Prof Halim?” Sekadar mendapat pengesahan. Hakikat dia tahu memang pensyarah lelaki awal empat puluhan itu “cikgu” untuk subjek CF. Hannan senyum. “My favourite lecturer. His the best in School of Accounting.” Haniff balas senyum. Kepala diangguk. Setuju dengan kata-kata Hannan. Professor Halim, Timbalan Dekan di Sekolah Perakaunan cukup popular dikalangan para pelajar. Sikapnya yang mudah didekati, suka bergurau ketika mengajar membuat subjek pecah kepala pun boleh jadi mudah. Kaedah yang digunakan memang istimewa Dan kerana itu tidak hairanlah kelas yang dikendalikan professor Halim sentiasa mendapat sambutan setiap semester malah sentiasa penuh hingga ada kala sampai ke tangga pelajar sanggup duduk asal sahaja dapat masuk ke kelas beliau.
Mata Haniff toleh ke arah skrin bulat ditangan. Messenger bag hitam yang terdampar diatas meja dicapai. Consumer Behaviour yang lena beradu diatas meja turut dicapai dan dipegang erat.
“Shall we make a move, sweetheart. I ada Strategic Marketing II lepas ni. 20 minutes from now. Ada case presentation. I'll be the second presenter. You got CF tutorial right?” Hannan angguk. Messenger bag rona coklat gelap yang terdampar di sebelah. Dua tubuh saling berdiri. Haniff capai tangan kanan Hannan. Digenggam erat. Langkah beriiringan dihala meninggalkan café.
“You know, sweetheart..” Haniff buka bicara.Ditoleh sekilas ke sebelah.
“Hmmm..” Hannan tabur senyum. Langkah terus dihala ke arah tangga di kiri café. Dari tangga nanti mereka akan menuju ke bangunan gugusan dewan kuliah yang berjarak lebih kurang 100 meter dihadapan sebelum berpecah ke bilik kuliah masing-masing. Beberapa pelajar perempuan yang mendaki tangga untuk ke perpustakaan menegur Hannan. Langkah mereka berdua terhenti sejenak. Genggaman tangan terlerai. Hannan berbual dan Haniff hanya menjadi pemerhati. Usai berbual, dengan senyuman sambil mengangkat tangan tanda hormat Hannan meminta diri. Haniff hanya hulur senyum melihat aksi Hannan. Tangan Hannan kembali dicapai. “Come..or else we shall be late.” Hannan balas genggaman jari-jemari Haniff. Langkah kembali dibilang menuju bangunan di hadapan.
“Sayang..you nak cakap apa tadi.” Hannan toleh ke sebelah memandang wajah tampan lelaki melayu berkaca mata yang sudah tiga tahun mendiami hatinya. Haniff yang membalas pandangan menjuring senyum segaris. Ada sesuatu yang sedang bergalang di hati. Kata-kata umi semalam masih berdendang di lubuk fikiran. Mana mungkin dia mampu meninggalkan Hannan di sini. Hati dan jiwanya sama-sama tidak merelakan. Tidak sanggup!
“Hannan…”
Hannan toleh lagi ke sebelah. “Yes, sayang.”
“Sehari i tak jumpa you..i feel lost. Feel lonely. Damn lonely. “Haniff lepas nafas panjang. Kaki mereka yang melangkah sudah memasuki bangunan dewan kuliah. Beberapa pelajar yang duduk di luar bilik-bilik kuliah langsung tidak menganggu mereka. Haniff pilih bangku panjang di luar bilik kuliah CF. Dua tubuh saling melabuhkan duduk. Hannan letak messenger bag yang tersandang dibahu ke riba. Dikalih wajah memandang ke wajah Haniff. 
“I feel the same, Haniff. You knew how much you meant to me. You tak ada, I macam hilang sesuatu yang ada dalam diri i. Sesuatu yang sangat penting.” Haniff genggam jari-jemari Hannan. Mata pandang ke depan. Desir nafas dari lohongnya terluncur perlahan.
“Macammana nanti kalau I have to pursue my master in UK and you are here. Boleh gila I, Hannan. I just can’t live without you next to me.” Hannan balas genggaman tangan Haniff.
“Kalau you gila..i terpaksalah tinggalkan you and cari yang lain lah macam tu. I taknak la kahwin dengan orang gila.” Ketawa manja Hannan terlepas. Mengusik. Lirik Haniff terlontar ke wajah Hannan. Tidak berkelip. Tindakan drastik Haniff yang membuatkan ketawa Hannan turut terhenti tiba-tiba. Bibir jadi terpinga. Mata bulat Hannan terkelip-kelip. Dua pasang mata milik mereka saling berpandangan. Hannan cuba ketawa. Tapak tangan kiri menampar lembut pipi Haniff. “Hey…sweetheart. Kenapa ni?”
“Don’t ever say that words again, Hannan.”
Dahi Hannan berkerut.
“Which words?”
“Leaving me…find another guy. Kahwin dengan orang lain. You hanya untuk i…and I hanya untuk you. Full stop.”
Hannan ketawa lepas. “Wooo…garangnya you. Takut tau i.” Haniff tidak langsung memberi reaksi. Hannan goyang jalinan tangan mereka yang bertaut. Haniff masih membatu. Hannan tarik lagi tautan tangan mereka. “sayang..i’m just joking. Janganlah serius macam ni. Chill please. I wanna see your handsome face. Tak mahu lah muka keras macam ni. Tak nak lah.” Haniff lepas nafas panjang. Wajah Hannan ditatap.
“Don’t ever say it again Hannan. You know how much I love you. You know I can’t live without you. You know that no matter how we will never be apart…never. You and me are meant to fall in love and meant to be together..forever…till our last breath. Remember that ,Hannan.”
Hannan jatuhkan genggaman tangan mereka berdua ke riba. Wajah Haniff direnung.
“Kalau..kalau suatu hari nanti kita terpisah…ma..” Haniff letak jari ke bibir Hannan. Mata Hannan terjeda. Relung nafas bergerak-gerak.
“People who are meant to be together will always find their way back to each other. They might take detours in life but they will never lost. They will find their way back…to the right heart..the right soul. And if that happened to you and me…we will find our way home, Hannan. We will…because.” Haniff ukir senyum. “ people who are meant to be together always find their way in the end.” Haniff cuit hujung hidung Hannan. “ke mana pun you pergi, I pasti akan jumpa you..sebab you memang ditakdirkan untuk I, Hannan.” Senyum manis Hannan terbit di hujung bibir. Genggaman tangan makin dikemaskan tautannya. Haniff membalas. Para pelajar yang lalu lalang langsung bagai tidak wujud dihadapan mereka. Yang hanya ada mereka berdua. Hannan. Haniff. Tiada yang lain.
People who are meant to be together always find their way in the end. 
Bibir Hannan ketap. Kuat. Mata yang tiba-tiba hangat diseka dengan hujung jari. Bimbang kolamnya pecah lalu titis –titis panas itu akan membasahi pipi. Cukup. Tidak ingin dia ulangi kisah silam.
“Mama…” khayalan Hannan berderai. Tubuh yang terbaring di ranjang ditegakkan. Sandar tubuh dilepaskan ke kepala katil. Mata hala ke arah pintu yang terbuka. Susuk tubuh kecil Abid yang berpijama biru tegak didepan pintu yang separuh ternganga menangkap sisi pandangan.
“Kenapa , sayang? Abid rasa tak sihat lagi ke,hmmm.”
Abid geleng kepala sambil atur langkah mendekati katil. Dipanjat tubuh lalu merangkak mendaratkan tubuh disebelah mamanya. Hannan paut tubuh comel anak tunggalnya itu. Dipeluk sambil dikucup ubun-ubun. Abid dongkak. Mata dihala ke wajah mamanya.
“Mama…”
“Ya, sayang..”
“Siapa uncle di klinik tadi tu. Kenapa mama marah dekat uncle tu. Kenapa mama suruh Abid masuk kereta cepat-cepat. Uncle tu orang jahat ke mama. Uncle tu nak buat jahat dengan kita ke mama.”
Hannan kemam bibir. Terkunci. Lontaran soalan demi soalan yang cukup bermaksud itu tidak mampu dibalas dengan barisan jawapan. Kalam kata-katanya sudah lama terpadam. Terpadam sejak lebih enam tahun dahulu. Dia tidak mahu dan ingin berbicara lagi tentang hal yang sudah dikuburkan dari hati. Sudah dimatikan dari jiwa.
Hannan raup wajah. Pelukan tubuh Abid dikemaskan. Ya Allah… kenapa dugaan ini datang saat hambamu ini baru mendapat kekuatan untuk berdiri. Saat hambamu ini kembali melihat dan yakin bahawa sesungguhnya langit itu masih biru putih. Bukan kelam. Bukan gelap. Bukan kelabu. Saat hambamu ini baru menerima nafas keyakinan jalan yang terbentang dihadapan bukan semuanya berliku dan penuh lubang-lubang derita dan pasir-pasir dendam. Jangan biarkan aku tersungkur lagi. Tolong aku, ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2013 06:27

Tika Itu...Inai Masih Merah - Bab 1


Bab 1
“KAU KENA JAGA KESIHATAN KAU,MIR. Kerja tu kerja juga. Badan kau..otak kau kena rehat. Dua aset tu bukan mesin. 24 jam berputar pun tak jadi hal. Kau lain. Kau manusia. Kau kena ingat tu.” Jari jemari Fakhrul lincah catat sesuatu di kad pesakit. Berbuih dah mulut rasanya bercakap hal yang sama pada lelaki didepanya ini. Seakan bercakap pada angin. Disambar waktu, segalanya hilang. Berlalu tanpa kesan. Halkum Fakhrul bergerak-gerak. Mahu lagi menyambung kata. Gusar benar dengan teman yang satu ini. 
Kepala Fakhrul diangkat. Bola mata menjunam pandang. Haniff Mirza yang tenang menurunkan lipatan lengan kemeja biru langit direnung. Bibirnya masih terkunci. Lelaki berwajah bujur sirih dan berkulit kuning langsat ini rakan sepejabat Shima; isteri Fakhrul Sejak dari mula diperkenalkan oleh Shima lewat 6 tahun dahulu, mereka jadi akrab. Turun ke gym bersama, padang golf tiap kali hujung minggu sentiasa ceria dengan kehadiran mereka. Dan yang pasti setiap hari usai maghrib mereka akan beriadah malam bersama. Berbasikal atau berjogging. Tempatnya tidak statik. Ikut kaki la, bro. Itu istilah yang sering keluar dari mulut lelaki didepannya ini. Lelaki yang menyimpan kisah tragis dalam hidup.
“Pergilah bercuti, Mir. Tenangkan fikiran…hiburkan hati dan jiwa kau tu.” Fakhrul tolak kad pesakit ke tepi. Mata masih belum mahu lepas merenung Haniff Mirza. 
Haniff Mirza hembus nafas. Belum mahu membalas apa-apa. Membiarkan sahaja diri jadi bahan tatapan rakan akrab merangkap doktor peribadinya ini. Sejak kenal Fakhrul lebih 6 tahun lalu menerusi Shima, rakan sekerja merangkap pengarah kewangan di AV Consulting & Media Group, lelaki hitam manis didepannya ini pantas benar memaut hati Haniff Mirza. Dia selesa bercerita dengan lelaki ini. Fakhrul tahu segala-galanya tentang Haniff Mirza. Semuanya. Kisah hidup.Suka. Duka. Pahit. Manis. Dan lelaki ini juga seperti penasihat peribadi Haniff. Adakala bila jiwa dihambat rasa lama itu yang tidak pernah reda merentap jiwa, kepada Fakhrul diluahkan. Hanya Fakhrul yang lebih memahami.
Fakhrul geleng kepala. Melihat Haniff Mirza yang membisu bukan dia tak tahu kenapa lelaki ini begitu. Sikapnya akan berubah sekali lalu bila bayangan itu menjelma di pintu. Bahu Haniff ditepuk perlahan. Desir nafas terluncur damai.
“Mir…dengar cakap aku ni. You need a rest, man. Just pack and go anyway you wish to. Iceland…or Scotland. Nice view. Peaceful place. Kau kan memang suka suasana macam tu. Suka mengembara. Cubalah something different yang dapat tenangkan jiwa kau tu bila tengok kebesaran Allah yang terbentang depan mata. Kayuh basikal macam that Zahariz did in his documentary yang TV Al-Hijrah show sekarang…Dengan Berbasikal Aku Menjelajah tak silap aku nama program tu. Shima suka sangat tengok that programme. I did watch once masa dia kat Iceland. See the midnight sun. Subhanallah. Beautiful, Mir. Shima siap ajak aku travel camtu. Challenging dia kata. Kau memang suka benda-benda macam ni kan.” 
Haniff Mirza lepas nafas yang tersangkut di relung kerongkong. Air muka Fakhrul yang mendamaikan dijamah. Senyum dibibir terjuring. Bahu Fakhrul ditepuk perlahan seraya tubuh ditegakkan. Fakhrul ikut bangkit dari duduk. Kad yang terdampar dimeja disambar. Kad ditangan di hulur pada jururawat yang baru masuk menghantar kad pesakit lain yang menunggu diluar.
“Thanks, bro. Aku fikirkan nanti. Sekarang tak bolehlah nak ke mana-mana. Kerja banyak. Too many. Huhuhu.” Kepala digeleng laju. Kaki bergerak ke arah pintu. Langkah Fakhrul sama bersaing. “Unit Marketing & Com. aku banyak program hujung tahun. Sana sini. Mahunya Tan Sri Mustapha lempar aku dari tingkat 33. His chinese eyes will turned to dragon ball after capturing my leave application on his macbook screen. Sah keluar empat huruf keramat tu dari mulut berbisa dia. HM!!…what the “F” dot dot dot. Itu aku dah lali. HM!!, what the”H”… tut tut tut…tu biasa sangat dah telinga aku tersankut. Paling best…HM!! what the “S”..hohoho...paling extreme. Bernanah telinga.” Gelak kedua-duanya. Gamat.
“Mama..”Abid gosok lengan Hannan yang tersandar. Kepala mendongak memandang.
“Ya sayang.” Hannan Zahirah jatuh dua biji mata ke wajah lesu Abid. Pagi tadi anak tunggalnya ini masuk kedalam mengadu sakit kepala. Bila dijamah dahi si comel kesayangan jiwa ini, bahangnya membuatkan Hannan terus melompat turun dari katil. Kepala yang masih mamai akibat berjaga hingga malam tadi menyelesaikan kerja-kerja dipejabat yang dibawa pulang tidak dihiraukan. Pantas sahaja gajet warna hitam menekan nombor doktor Mimi, rakan sekolah lamanya yang punya klinik sendiri. Dan nama klinik yang diberi inilah yang membawa langkahnya dan Abid kemari. Kata Mimi doktor Fakhrul ni pakar juga dalam hal-hal kanak-kanak. 
“Lama lagi ke nak tunggu?”Abid penat duduk dah kat sini. Kita pergi klinik auntie Mimi jer la mama. Or Abid makan panadol aje la, mama. Macam dalam tv tu. Nanti Abid baiklah dari demam ni.”
Hannan Zahirah elus lembut rambut Abid Hylmi. Pertanyaan Abid buat segala yang tergawang difikiran pecah berselerakan. Dipaut bahu anak tunggalnya itu rapat ke sisi. Dikucup ubun-ubun Abid. Senyum manisnya terhias dibibir.
“Auntie Mimi tak ada sayang. Klinik dia kan tutup untuk renovation. So.. kita kena datang sini. Ini klinik kawan auntie Mimi. Sabar ye sayang. Kejap je lagi. Doktor tu ada pesakit. Dia tengah rawat. Kita kena tunggu. Abid sabar ok. Mama tahu anak mama ni kuat. Mana boleh main makan jer ubat. Kena bagi doktor periksa dulu apa sakit, Abid kan. Macam yang auntie Mimi selalu buat.” Hannan senyum. Dua pasang mata mereka saling bertutur. Abid angguk lesu. Hannan mengeratkan pautan dibahu Abid. Tangan kiri diangkat. Muka Tag Heuer dikerling. Mata dihala ke pintu di hujung sana yang rapat tertutup. Lamanya!
Tombol pintu dipulas. Haniff Mirza toleh kesebelah. Senyum kecil terlontar.
“Ok, bro. Thanks for the consultation.”Fakhrul mengangguk. “Jangan lupa pesan aku..rest ok. And please..jangan lupa makan ubat.” Mata Fakhrul ditoleh pada jururawat dibelakang. “Nita..bawa pesakit seterusnya masuk. Sekejap lagi saya datang.” 
Jururawat yang dipanggil Nita mengangguk faham. “Baik doktor.” 
Haniff Mirza dan Fakhrul berjalan beriringan. Melepasi bangku yang diduduki Hanan disudut yang agak terkedalam. Hannan yang menunduk sambil memaut tubuh Abid tidak mengangkat wajah walau telinga menangkap bunyi tapak kasut yang melintas pendengaran.
“Abid Hylmi bin Haniff Mirza.”
Nama Abid yang dilaung buat Hannan pantas menegakkan kepala. Pautan ditubuh Abid dileraikan.“Come sayang. Kita masuk jumpa doktor.” Hannan jinjing Coach ditangan kiri. Tangan kanan memimpin jari-jemati halus Abid. Pintu dihujung sana yang terkuak luas dihala.Wajah jururawat yang berdiri ditepi pintu disapa dengan senyuman.
Abid Hylmi bin Haniff Mirza. Langkah Haniff Mirza spontan terhenti saat sebaris nama yang dilaungkan jururawat Fakhrul tadi mencecah cuping sekali lagi. Fakhrul tepuk bahu Haniff Mirza bersama dahi yang sedikit berkerut.
“Kenapa, Mir?” Haniff Mirza angkat tangan. Isyarat meminta Fakhrul menunggu. Mata menunggu dan meliar. Mencari pemilik nama yang dilaungkan tadi. Mahu menjadi saksi siapa pemilik nama yang pernah hadir dalam diari hidupnya dahulu. Nama yang dicatat dalam janji bersama ratna hati. Dan saat matanya menangkap sesusuk tubuh langsing berbaju kebaya dengan tudung merah, langkah deras Haniff meluncur ke depan. Walau kini berubah penampilan tanpa rambut lurus perang yang menjadi daya tarikan mata Haniff masih belum kabur. Fakhrul terjeda dengan reaksi Haniff. Kepala penuh tanda tanya.
“Hannan! Hannan Zahirah!!!”
Hannan Zahirah menoleh saat namanya diseru lantang. Suara itu..Suara itu. Bibir tergamam saat wajah yang sekian lama terkubur dari hidup terpacak didepan mata. Bebola mata membulat. Tapak tangan kanan yang memimpin Abid tergenggam kemas. Tubuh Abid dibawa dalam pelukan.
“ENCIK HANIFF MIRZA, NANTI!!...” Zara laju mengejar susuk tubuh lelaki yang makin kerap hadir dipejabat menemui ketuanya. Langkah Zara makin deras mendekati lelaki yang langsung tidak mengendahkan panggilannya. Suara Zara terus memanggil. “Encik Hanif tak boleh masuk. Encik Haniff tak ada temujanji.” Ternyata Zara gagal . Haniff sudah meloloskan tubuh segaknya ke dalam bilik Hannan Zahirah yang tadinya tertutup rapat. Mati la aku! Zara kemam bibir. Pesanan Hannan agar dia tidak diganggu dalam dua jam ni kerana perlu menyiapkan kertas cadangan yang diminta Datuk Hamzah gagal dilunaskan. Dan lelaki itu penyebabnya! Zara garu kepala. Eeei dia ni. Menyusahkan betullah
Dua pasang mata berlaga. Hannan laju membawa mata ke pintu biliknya yang ternganga. Zara yang tercegat dibelakang lelaki ditatap. Dia tahu Zara tak bersalah. Lelaki ini memang tak faham bahasa!
“Cik Hannan..minta maaf saya tak sempat nak ha….”
Hannan angguk kepala. Senyum. “Tak apa.,Zara. Tolong tutup pintu.”
Zara lepas nafas. Akur. Kepala diangguk. “Baik cik Hannan.” Zara lontar lirik mata kearah lelaki segak berkaca mata yang sudah melabuhkan duduk dihadapan Hannan. Issh, tak reti bahasa betul! Tangan menarik tombol pintu.
Hannan memerhatikan langkah Zara hingga pintu ditutup. Mata kembali jatuh pada lembar kertas –kertas putih yang bergelimpangan diatas meja. Pena yang terkepil dijari kembali menari dilantai kertas. Sesekali mata melirik pada skrin empat segi Ienovo didepan. Tetikus dilarikan ke kiri kanan. Dibawa balik pandangan ke lembar kertas. Mata pena terus mencatat. Hannan buat tak entah pada tetamu tak diundang yang sedang berdiri merenungnya dari tadi. 
Tiada suara yang berdetik. Hanya hembus nafas yang dari dua tubuh berdesir memenuhi ruang bilik yang sederhana besar. Sepasang mata Haniff tidak lepas menentang raut bujur sirih yang bertudung unggu hari ini. Nampak anggun. 
“Hannan.”
Jeda.
Haniff terus tidak berkelip memandang raut wajah mulus Hannan yang tenang meladeni timbunan kertas yang bergelimpangan diatas meja. Panggilannya langsung tidak bersambut. Haniff sedar dia dipihak yang bersalah maka terima sahajalah apa sahaja bentuk layanan Hannan terhadapnya. 
“Hannan…please. “
Pena ditangan dilepaskan. Mata dikelipkan beberapa kali. Hempasan nafas yang berkecamuk dan menggila didalam dada cuba dikawal. Tidak mahu terlihat dihadapan lelaki ini akan gelora yang sedang membadai dijiwa. Dia tidak mahu Nampak tewas dimata lelaki ini. Cukuplah, Haniff. Apa lagi yang you mahu dari i? Tubuh berbalut kurung unggu lembut berbunga putih bingkas dibawa berdiri. Langkah diatur ke kabinet dibelakang. Langsung tidak diendahkan tetamu tidak diundang yang sedang duduk dihadapannya. Lantaklah! Dia memang tak diundang sini. 
Haniff bingkas bangun. Langkah dibawa mendekati Hannan yang membelakanginya. Helaan nafas berlari laju. Jarak tubuh yang makin kecil jurangnya antara mereka membuatkan Hannan pantas berpusing. Dua tubuh saling bertentangan. Hannan dakap fail hitam kejap didada. Mata tajam melontar. 
“Step back, Haniff.”
“Hannan..”
“I said step back!” Hannan ketap bibir. 
“No. I won’t, Hannan.”
“Haniff!!!!”
“Not until you say yes.”
“No! I won’t let you.”
“Then I’ll be standing here…with you…all night long.”
“You dah gila ke, Haniff?!!” Mata Hannan mencerlung. 
“You yang buat I jadi gila, Hannan. The choice is in your hand now. Wanna spend a night with me here or you let me have what I want.”
“You memang gila, Haniff!!!” Hannan ketap bibir. Kuat. Dada berombak. Geram. Amarah menggunung. Jari-jemari digenggam. Kemas. Rapat.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2013 06:24

December 2, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Sakti- Bab 15

Bab 15SAYA SUKAKAN AWAK, AIDA…          Kata-kata itu terngiang lagi. Mata  yang tersangkut di siling dipejamkan sesaat dengan harapan segala yang terlayar dikotak fikiran lenyap dibawa hembus bayu malam yang dingin. Dikalih memandang ke kiri. Langsir yang terbuai-buai menggamit mata.Tubuh yang terbaring di ranjang dibawa turun dari katil. Kaki melangkah ke arah pintu gelangsar. Perlahan diputar lalu ditarik palang gelangsar.  Ditolak langsir yang terbuai menyentuh lantai wajah. Tubuh melolos keluar. Menapak perlahan meniti lantai simen beranda yang dingin disapa angin malam. Kepala mendongak ke atas. Kaki langit yang gelap pekat  bersama taburan bintang ditatap. Lama.          Saya sukakan awak, Aida.          Maat terkelip lagi. Untuk kesekian kali. Tapak tangan mencecah dahi. Dielus bersama gelodak perasaan yang sesak mengoncang tangkai jantung. Perlahan tubuh yang tegak dibawa mengelungsur didinding lalu bersandar di pintu. Kepala dilentukkan ke palang pintu. Melayan rasa yang mengetuk dinding hati. Langit malam yang sudah lama melabuhkan tirainya masih terus menjadi santapan sepasang mata Aida. Bagai ternampak-nampak baris kata yang sedang tersulam di lantai langit yang gelap berhiaskan kerlipan bintang-bintang yang indah. Seakan memberi sokongan bahawa dia bukan bermimpi. Jelas. Bibir dikemam. Cuping terus terhidang kata-kata yang sama. Dada rasa terapung. Sesak.          Sungguh saya sukakan awak, Aida.          Kepala digeleng bersama seluncur nafas yang ditarik dalam-dalam. Tak boleh. Tak boleh. Sandarnya di palang  pintu gelangsar yang ternganga sejak tadi masih belum mahu beralih. Tidak berkutik. Bintang malam yang bertaburan indah menghiasi lantai langit yang gelap terus menjadi halwa pandangan. Sendirian di rumah sejak lima hari ini buat diri makin sunyi. Aida tiada kawan untuk diajak berlawan kata.  Tiada kawan yang mahu diajak berbicara tentang persoalan yang sedang sarat di fikiran. Sungguh dia perlukan seseorang kala ini untuk meluahkan segala yang terkepung di ujana jiwa. Sungguh dia perlu. Sudah beberapa malam dia memikirkan permintaan Fazwan. Kalaulah Fyza ada di sisi tentu ada buah bicara Fyza yang mampu memberikan sesuatu buat Aida merangka jawapan untuk Fazwan. Buntu benar fikirannya saat ini.          Aida tahu Fyza bukan sengaja mahu meninggalkannya keseorangan. Rakan serumahnya itu sudah pulang ke  kampung sejak lima hari lepas disebabkan kesihatan ibunya yang tiba-tiba merudum. Aida sendiri tidak pasti berapa lama Fyza harus berada di kampung. Ingin benar dia memberitahu Fyza akan apa yang bergumpal di sanubari namun Aida akur tidak sesuai benar jika mengganggu Fyza dengan persoalan hati sedangkan temannya itu sedang bertarung dengan masalah yang bukan enteng. Doa Aida  moga ibu teman baiknya itu akan kembali pulih seperti sediakala. Akan cuba diselesaikan sendiri gelora yang sedang membadai jiwa.            Mata terus asyik merenung langit malam yang sudah lama beradu. Hati gusar memikirkan hari esok. Pasti si dia tu akan singgah seperti beberapa hari lepas membawa jambangan bunga tanpa jemu bersama sebuah penantian jawapan dari Aida. Bibir dikemam. Nafas terus berlagu.            Nafas yang lembut terdesir buat Aida tiba-tiba teringatkan abang chik. Hati dipagut rindu. Lama benar tidak melihat wajah abang chik. Abang chik…Aida telan liur kala nama itu terpancar dari lohong suara. Kerja luar daerahnya makin kerap benar kebelakangan ini. Tapi abang chik walau tak jenguk Aida, kiriman smsnya tak pernah putus. Aida tahu akan kekangan masa abang keempatnya itu yang menggalas tanggungjawab menjaga Aida di sini. Aida pun dah pesan pada abang chik tak perlu bimbang. Aida boleh jaga diri sendiri, in shaa Allah. Aida tahu abang chik belum boleh diberitahu tentang hal yang satu ini. Bimbang benar Aida jika abangnya itu tiba-tiba menyerang Fazwan seperti dahulu. Paling ditakuti jika abang chik akan mengapa-apakan Fazwan. Soal hati dan perasaan ini saktinya tidak terjangka. Datang dan hadir tanpa diundang. Mana mungkin mampu ditegah. Urusan cinta ini urusan Dia yang satu. Ditiup ke jiwa tiap hambaNya lalu berkembang dalam hati dan bermukimlah ia di sanubari. Dan samada ia bakal bersatu dengan rasa yang satu lagi, Dia lah juga yang jadi penentu.           Liur yang ditelan. Sukar benar mahu dibuang segala kenangan dahulu yang masih berbekas hingga kini. Langkah tidak boleh tersilap lagi. Hati tidak boleh tersalah tafsir lagi. Kasih tidak boleh tersalah bersemi lagi. Silap dahulu tak terdaya diulang lagi. Lukanya…Aida kemam bibir. Mungkin semua itu salahnya. Mungkin benar juga diri bukan yang terbaik buat Razman. Tapi Fazwan…Keluh berat terlontar. Seraut wajah penuh pesona itu menyapa layar kenangan.
          Mata Aida terkelip. Huluran bungkusan dari tangan Fazwan disambut lambat-lambat. Hujung jari pantas menekan butang lif.           “Untuk saya?” Aida lihat wajah didepan yang tenang menyulam lirik senyum.           Fazwan angguk. Bibir menyuring ulas senyum.          “ Handbag ni untuk saya?” Aida tahu isi bungkusan ditangan. Lelaki dihadapannya ini yang memilih di butik ternama itu tadi lalu membayar dan menjinjitnya keluar.          Fazwan angguk lagi.          Aida telan liur.          “ Awak bergurau ke ni, Fazwan?” Aida lontar sebuah renung tanya. “ Issh..jangan macam ni. Kan oranglain punya ni. Kenapa pulak nak bagi saya. Tak elokkan macam tu.”          “Tak boleh ke saya belikan handbag ni untuk awak.?”          Sepasang mata yang dilindungi kacamata dipandang lagi.           “Tapi…tapi saya tak fikir ini untuk saya. Mungkin awak nak hadiahkan ni untuk orang lain.” Aida mahu memulangkan semula bungkusan ditangan namun melihat gelengan kepala Fazwan, tangan terjeda pergerakkannya.          Fazwan senyum.“Untuk teman wanita saya? Itu yang awak maksudkan? Bukan awak ke teman wanita saya,hmmm.”          Melihat senyum Fazwan…mendengar kata-kata yang spontan terlafaz oleh bibir itu Aida  merasakan seluruh wajahnya hangat. Senyum lelaki itu tambah menghuru-harakan jiwa.          “Mu..mungkin. Mungkin awak mahukan pendapat seorang kawan perempuan seperti saya untuk belikan hadiah yang sesuai untuk dia.”          “Aida…”          Suara bak bayu yang berhembus itu buat Aida tersihir seketika. Pandangan mereka bersatu.          “Saya memang niat mahu belikan ni untuk awak. Hadiah ni memang untuk awak, Aida. Saya mahu awak pilih sendiri apa yang awak suka.”          “Tapi..tapi kenapa awak nak belikan barang mahal ni untuk saya?”          “Tak semahal awak, Aida.”          “Saya…saya tak faham maksud awak, Fazwan.”          “Saya sebenarnya sukakan awak, Aida. Saya harap awak juga sukakan saya, Aida.”                               “Saya sebenarnya sukakan awak, Aida. Saya harap awak juga sukakan saya, Aida.” Aida pejam mata. Dua jari mengelus kelopak mata yang tertutup. Kata-kata lelaki itu lewat hari dia menghantar Aida pulang selepas membawa Aida ke pusat membeli belah terkenal di Kuala Lumpur masih basah terpahat di fikiran. Sungguh dia tidak menduga, lelaki itu benar bersungguh-sungguh. Mata..kata-kata. Semuanya tersihir kala itu.  Yang hanya mampu diluahkan cuma gelengan kepala. Keluhan kecil terluncur. Fazwan, awak terlalu sempurna untuk saya. Terlalu sempurna, Fazwan.          “Saya sukakan awak, Aida. Sejak peristiwa Dian tempohari, saya rasa ada sesuatu yang berlaku pada  diri saya. Saban hari melihat awak..bercakap dengan awak, saya sungguh pasti sesuatu yang selama ini singgah dan bermukim di hati saya adalah awak, Aida.  ” Relung nafas Aida bergerak-gerak. Fikiran jauh dibawa melayang mengimbau pertemuan itu.           “Aida, saya sungguh-sungguh sukakan awak. Dan saya tahu detik di hati saya takkan bohong.”          Kepala Aida menggeleng.“Mungkin mainan perasaan awak sahaja, Fazwan. Lupakan. Saya bukan yang sesuai untuk awak.  Awak jangan keliru dengan perasaan awak. Kita cuma kawan, Fazwan. Kawan yang baru kenal diri masing-masing. Jangan salah faham dengan rasa itu.”          “ No. I knew I’m not wrong about this feeling.”          “Fazwan..awak..awak..” Bibir dikemam. Nafas terluncur. Sesak.          “ Aida, saya benar-benar maksudkan. Saya mahu awak  tahu saya sungguh sukakan awak. Saya tak main-main, Aida.”           Tapak tangan kanan diangkat sedikit.“Kalau awak masih anggap saya kawan, tolong jangan cakap tentang hal ini lagi, Fazwan. Tolonglah.”           “Maaf kalau saya buat awak terkejut…tapi percayalah Aida saya benar-benar sukakan awak.”          Aida lepas keluhan kecil.           “Fazwan, saya…saya.” Kata-kata Aida mati disitu.          “Tolong fikirkan kata-kata saya ini, Aida. Please. Saya akan tunggu jawapan awak. Tapi saya nak awak tahu…saya ikhlas sukakan awak, Aida. Ikhlas kerana saya yakin rasa ini dari Dia.” Wajah damai itu buat Aida tak keruan. Kata-kata akhir Fazwan buat Aida tidak terdaya membalas. Terpanar. Terkesima. Segalanya. Dipusing kepala mengadap ke depan. Langkah laju membawa tubuh melolosi badan lif yang ternganga. Wajah Fazwan yang masih memandang dijamah dengan pelbagai gelodak rasa sehingga wajah tu hilang ditelan pintu lif yang tertutup rapat.           Aida raup wajah. Ada wajah itu yang masih terlekat di dinding fikir. Mata terus menerus dihantar ke langit malam yang pekat.
Dua tangan Aida laju menangkap tali buaian. Hampir putus nyawanya kala mata menangkap kelibat Dian Khalisha yang menghayun deras tali buaian di tengah halaman Taska My Little Sweet Home Child Care Centre. Berlari Aida ke arah buaian yang diduduki Dian. Mati dia kalau Dian jatuh lagi macam kejadian dulu. Sah-sah Aida tahu dia akan kena marah macam dulu. Daddy Dian tu garang jugak tau tak!      Tangan menolak perlahan buaian. Tubuh Dian yang terbuai ke depan dan belakang ditatap dengan lontaran senyum. "Dian...jangan buai laju sangat, sayang. Nanti jatuh macam dulu teacher kena marah lagi dengan daddy Dian. Luka lutut tu nanti sampai berdarah macam dulu Dian nak ye." Aida lepas nafas. Dian ni tak padan dengan perempuan. Lasak betul.    "Ala, mana ada jatuh teacher Aida. Dian oklah. Sikit jer dulu tu. Dian tak nangis pun kan masa jatuh tu." Suara Dian lantang terlontar dengan tubuh yang terbuai ke depan.    "Kalau jatuh tadi, macammana? Daddy Dian nanti marah teacher Aida lagi tau. Dian suka ye tengok teacher Aida kena marah dengan daddy Dian?"   "Daddy tak marah teacher Aida lagi macam dulu tu. Lagipun, daddy kan sangat suka teacher Aida. Mama pun cakap daddy sangat suka pada teacher Aida. Teacher suka daddy tak?" Dian toleh muka ke arah Aida. Bibir mungilnya menayang senyum yang manis. Tangan Aida terus menolak buaian. Kepala menggeleng perlahan. Sesak dada dibuatnya dengan kata-kata yang dilafaz si comel didepannya ini. Budak-budak sekarang nih bijak betul kalau bercakap. Mengalahkan orang tua!     Kepala si comel yang terbuai perlahan diusap lembut. Bibir Aida terus menguntum senyum."Dian kan masih budak-budak. Tak manis cakap macam tu tau kepada orang dewasa. Tak manis tau, sayang." Dian minta Aida berhenti menolak buaian. Dua tangan halusnya dilepaskan dari memaut tali buaian. Tubuh yang duduk ditayar bulat tegak mendekati Aida yang berdiri disebelah.    "Tak manis cakap tu macam mana teacher?" Dian muncung bibir. Telunjuk dihala ke bibir. Diketuk beberapa kali. Kepala menggeleng. "Dian tak fahamlah."   Aida senyum lagi. Pipi gebu Dian dielus perlahan.   "Macam ni. Hmmm, apa kata kita cakap di dalam. Sini panas sikit, sayang. Ok?" Dian angguk. Senyum dijala. Tangan Aida dipaut erat. Aida balas senyum. Pautan jari-jemari halus Dian digenggam rapat. Dan saat Aida mengangkat muka memandang ke luar pagar, kelibat sebuah BMW putih yang cukup dikenali buat langkah Aida mati disitu. Dian yang kehairan turut membawa pandangan ke arah depan. Bibir mungilnya lebar tersenyum.    "Daddy Dian dah sampai, teacher Aida." Tangan Aida terasa digoyang. Senyum dibawa ke wajah Dian yang mendongak pandang. Kepala Aida mengangguk.   "Jom kita masuk ambil beg Dian dulu ye."   " Ok." Tubuh comel laju menarik tangan Aida. 
"Assalamualaikum." Fazwan hulur senyum. Wajah indah didepan ditatap tenang. Ada rindu yang berdetik. Beberapa hari ini wajah ini tidak putus menemani tidur. Sungguh dia sudah tidak mampu membendung rasa itu lagi.    "Waalaikumsalam.."Aida lempar wajah tenang. Dua tangan disilang ke belakang. Susuk tubuh segak berkemeja panjang jalur biru dengan tali leher biru tua membuatkan penampilan lelaki dihadapannya ini begitu berkarisma.     Fazwan geleng kepala. Senyum. Wajah cantik putih mulus dengan tudung tiga segi merah jambu yang tersarung dikepala cukup sesuai dengan kurung kapas berbunga putih merah yang terlekat di tubuh kurus tinggi gadis dihadapannya ini. Fawzan tahu khilaf tutur katanya yang terburu melafaz hasrat hati yang membuatkan si cantik dihadapannya ini terkejut dan bersikap dingin dengannya biar sudah beberapa kali huluran maaf diberi. Sudah diutus beberapa jambangan bunga sejak beberapa hari ini dikirim tanda maaf . Aida tetap begini. Aida tetap beku. Wajah manis ni mengingatkan pertemuan pertama mereka. Fazwan ingat benar hari tu. Hari yang menemukan dia dengan Aida Awliya yang manis ini. Bibirnya entah kenapa tiba-tiba jadi celupar dan laju memarahi Aida tanpa usul periksa hari tu. Hari dia diminta bantuan oleh Qistina untuk membantu menjemput Dian di tadika ini dan Dian jatuh daripada buaian ketika dia sampai di sini membuatkan Fazwan sedikit panik. Aida yang sedang membersihkan luka dilutut Dian terus sahaja dimarahi.   "Aida marah lagi pada saya pasal hal yang saya cakapkan tu?"    Kepala Aida digeleng. Mana mungkin saya marahkan awak, Fazwan.   Dua pasang mata mereka bertembung. Aida tunduk sedikit. Mata dilarikan dari terus menjadi renungan lelaki dihadapannya ini. Dilepas helaan nafas halus yang menerpa. Pertanyaan lelaki ini menggamit kenangan beberapa hari lepas. Hari dimana lelaki ini meluahkan perasaan dan hasrat hatinya pada Aida. Ya Tuhan sungguh Aida terkejut tak terkira. Sungguh dia tidak menduga lelaki yang pernah memarahinya dihari pertama dia di sini pada hari mereka ditemukan buat pertama kali ada lelaki yang kini meluahkan hasrat hati kepadanya.             “Aida…”            Mata diangkat.            “Ingat lagi hari pertama kita bertemu..”            Bibir Aida tanpa sedar mengukir ulas senyum yang manis. Bertaut dua senyum. Mana mungkin Aida lupa hari itu. Mahu gugur jantungnya dimarahi tiba-tiba waktu itu. Demi Tuhan bukan niatnya membiarkan Dian terjatuh. Mana mungkin dilakukan kesalahan itu. Dian itu tanggungjawabnya di sini. Dan disini tempat dia meraih rezeki sesuap nasi. Mungkin sudah tersurat diri menjadi mangsa amarah lelaki ini. Namun Aida tidak berdendam. Dia sudah memaafkan Fazwan. “Saya rasa ada hikmah semua itu berlaku, Aida.  Saya dan awak dipertemukan. Dan saya tahu kita ada janji disitu. Janji yang sudah tertulis…buat awak…dan saya.”Aida diam. Wajah ditunduk  seketika. Soal rasa…soal hati ini begitu menakutkan bila diulang kembali. Bukan dia mahu menolak makna takdir jika benar ia sudah tertulia cuma  jiwanya yang halus ini memang mudah terasa. Mudah menangis bila soal yang satu itu dibawa kembali. Dia tidak mampu lagi membicara soal perasaan. Jiwa yang hancur dek perbuatan lelaki yang satu itu belum terdaya menerima rasa yang baharu. Lukanya dihatinya ini masih belum sembuh.     Fazwan lebar tersenyum. Aida..Aida. Hmmm. Awak tahu tak Aida, dingin dan keras hati awak disebalik redup wajah awak yang damai ini buat tidur malam saya terganggu hingga kini. Saya terpaksa Aida. Saya terpaksa meluahkannya. Saya dah tak mampu menyimpannya didalam hati. Saya tak mahu kehilangan awak!    Aida angkat mata kembali. Sepasang matanya yang bundar melempar pandangan pada tatapan sepasang mata yang dihiasi kacamata milik lelaki dihadapanya ini. Lelaki yang dipanggil daddy oleh Dian. Hingga sekarang hatinya masih bertanya apa hubungan lelaki ini dengan mama dan papa Dian. Dan kenapa dia dipanggil daddy oleh Dian.    "Aida, saya nak cak.."   "Saya rasa eloklah awak beredar. Dian dah lama tunggu dalam kereta. Dia nak lunch dengan awak kan. Tak baik biarkan budak-budak macam tu lambat makan. Nanti mengundang penyakit pulak."   Fazwan angguk tanda akur.   "Aida taknak ikut sama?"   "Saya puasa."     Fazwan senyum."Hari ni hari selasa, cikgu."   "Err.." Aida gigit bibir. Fazwan yang tersenyum melontar tatapan membuatkan detik jantung Aida makin laju memukul debar.     "Saya..saya puasa ganti. Ha..puasa ganti."   Fazwan senyum. Kepala diangguk. "Berapa hari lagi?"   "Saya rasa hal ni bukan urusan awak. Jadi tak perlulah nak ambil tahu."   "Suatu hari nanti akan jadi urusan saya, Aida. Dan ketika itu saya perlu ambil tahu sebab saya ada kepentingan di situ. Don't you think so teacher Aida?" Fazwan tayang senyum lebar. Aida laju hala mata ke luar pagar. Tidak sanggup ditentang sinar yang terpancar disebalik kacamata lelaki dihadapannya ini.  "Eloklah awak balik. Kesian Dian lama tunggu dalam kereta."    Fazwan angguk. Wajah polos Aida direnung. Wajah yang sehari-hari tidak jemu ditatap. Wajah yang setiap malam menemani tidurnya sejak lebih tiga bulan kebelakangan ini.   "Aida, think of what i've said to you.I really mean it,Aida."   Aida tetap bisu.  "Saya benar-benar maksudkan kata-kata saya, Aida. I'm seriuos about it. I..."   "Assalamualaikum, encik Fazwan." Aida laju mencantas kata-kata Fazwan. Dia tidak sanggup mendengarnya!     Fazwan lepas desir nafas yang bertamu. Tenang.   “Aida…”  Kembali bersatu dua wajah.  “Setiap daripada kita ada sejarah….tapi jangan sesekali sejarah itu buat kita jadi takut untuk melangkah ke hadapan. Saya mahu jadi sejarah yang baru buat awak. Sejarah yang manis dalam hidup awak buat selama-lamanya. Saya mahu kita berdua ukir sejarah yang terindah dalam hidup…awak dan saya. Awak tak perlu toleh ke belakang lagi. Saya takkan bertanya tentang sejarah awak yang dulu. Awak hanya perlu pandang ke depan dan sambut tangan saya. Saya akan bawa awak…pimpin awak untuk bina sejarah yang paling bahagia dalam hidup. In shaa Allah. Saya sayangkan awak, Aida. Sungguh sayang. Assalamualaikum.” Fazwan hulur senyum. Kaki diatur mendekati enjin Jerman berwarna putih. Lambaian Dian dibalas.    Dan langkah Fazwan yang meninggalkannya usai membalas salam diekori dengan pandangan mata hingga kelibat enjin buatan Jerman berwarna kelabu itu hilang daripada pandangan.      Kata-kata Fazwan tadi kembali dan terus bergema dihati. Bibir kuat diketap. Dua tangan memaut tubuh yang masih tegak memandang ke arah jalan yang kian lengang. Kepala digeleng. Nafas yang turun naik mengikut denyut nadi seakan mengerti rintih naluri. Tak boleh, Fazwan. Saya tak boleh.    Ada rasa pahit yang tersangkut dikerongkong.    Ada kenangan yang masih gagal dihumban dari jendela jiwa.    Ada wajah-wajah yang sinis melempar senyum dan hilai ketawa. Bibir makin kuat diketap. Aida lepas nafas perlahan-lahan. Mata makin jauh merenung kaki langit yang masih setia menabur serakan warna biru yang damai. Diri terus merintih. Duka yang diusung takkan mungkin dilupa. Terpalit di jiwa. Tertanam di hati.   Awak bukan untuk saya, Fazwan.   Awak bukan untuk perempuan seperti saya...   Saya tak layak buat lelaki seperti awak, Fazwan..
   Saya tak layak...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2013 23:47

November 27, 2013

Tika Itu...Inai Masih Merah - TEASER Bab 1




“ENCIK HANIFF, NANTI...ENCIK HANIFF MIRZA!” Zara laju mengejar susuk tubuh lelaki didepan. Lelaki yang kebelakangan ini makin kerap hadir dipejabat ini menemui ketuanya. Langkah Zara makin deras mendekati lelaki yang langsung tidak mengendahkan panggilannya. Suara Zara terus memanggil. Issh, susah betullah bercakap dengan orang besar-besar ni. Langkah berjaya disaingi. Zara memberanikan diri menentang wajah kacak tinggi lampai disebelah yang terus berjalan tanpa mahu menoleh. Dia ni memang tak makan saman betul! Tubuh dibawa berdiri menghalang lelaki dihadapan dari meneruskan langkah. 

“Encik Hanif tak boleh masuk. Encik Haniff tak ada temujanji .”
Langkah Haniff terhenti. Sorotan mata dibawa melewati wajah bulat putih mulus dihadapan. Gadis berskirt hitam paras lutut yang dipadankan dengan jaket warna senada seakan mahu menerkam. Wajah serius dipaparkan Haniff. Dua pasang mata mereka saling beradu tentang.

“Boss awak ada kata tak nak jumpa saya?”

“Bos saya tak mahu diganggu sesiapa hari ini.”

“Saya nak jumpa dia…bukan nak ganggu dia. Awak tak perlu bimbang. Dan saya bukan nak culik boss awak yang cantik tu. ” Usai melempar kata Haniff laju membuka langkah. Zara ternyata gagal menahan lelaki itu yang jauh lebih pantas. Haniff sudah meloloskan tubuh segaknya ke dalam bilik Hannan Zahirah yang tadinya tertutup rapat. Mati la aku! Zara kemam bibir. Pesanan Hannan agar dia tidak diganggu dalam dua jam ni kerana perlu menyiapkan kertas cadangan yang diminta Datuk Hamzah gagal dilunaskan. Dan lelaki itu penyebabnya! 

Dua pasang mata berlaga. Hannan laju membawa mata ke pintu biliknya yang tiba-tiba ternganga. Zara yang tercegat dibelakang lelaki yang cukup dikenali ditatap. Dia tahu Zara tak bersalah. Lelaki ini memang tak faham bahasa!

“Cik Hannan..minta maaf saya tak sempat nak ha….”

Hannan angguk kepala. Senyum. “Tak apa.,Zara. Tolong tutup pintu.”

Zara lepas nafas. Akur. Kepala diangguk. “Baik cik Hannan.” Zara lontar lirik mata kearah lelaki segak berkaca mata yang sudah melabuhkan duduk dihadapan Hannan. Issh, tak reti bahasa betul! Tangan menarik tombol pintu.

Hannan memerhatikan langkah Zara hingga pintu ditutup. Mata kembali jatuh pada lembar kertas –kertas putih yang bergelimpangan diatas meja. Pena yang terkepil dijari kembali menari dilantai kertas. Sesekali mata melirik pada skrin empat segi Ienovo didepan. Tetikus dilarikan ke kiri kanan. Dibawa balik pandangan ke lembar kertas. Mata pena terus mencatat. Hannan buat tak endah kepada tetamu tak diundang yang sedang duduk merenungnya dari tadi. 

Tiada suara yang berdetik. Hanya hembus nafas yang dari dua tubuh berdesir memenuhi ruang bilik yang sederhana besar. Sepasang mata Haniff tidak lepas menentang raut bujur sirih yang bertudung unggu hari ini. Nampak anggun.

“Assalamualaikum.”

Hannan angkat mata. Senyum dibibir lelaki didepannya ini tidak langsung menarik bibirnya untuk membalas. “Walaikumsalam.”

“Hannan. I nak tahu keputusan you.”

Jeda.

Hannan kembali membawa tumpuan ke deretan beberapa dokumen yang diteliti sejak awal pagi tadi. Ternyata kedatangan lelaki ini mengganggu konsentrasi tumpuannya. Sungguh-sungguh mengganggu! Apalagi yang you mahu, Haniff? Apa lagi! 

Haniff terus tidak berkelip memandang raut wajah mulus Hannan yang tenang meladeni timbunan kertas yang bergelimpangan diatas meja. Panggilannya langsung tidak bersambut. Haniff sedar dia dipihak yang bersalah maka terima sahajalah apa sahaja bentuk layanan Hannan terhadapnya. 

“Hannan…please. I tahu I bersalah pada you. Tapi tolong jangan buat macam ni pada i.“

Pena ditangan dilepaskan. Suasana didalam bilik mulai dirasakan hangat. Mata dikelipkan beberapa kali. Hempasan nafas yang berkecamuk dan menggila didalam dada cuba dikawal. Tidak mahu terlihat dihadapan lelaki ini akan gelora yang sedang membadai dijiwa. Dia tidak mahu nampak tewas dimata lelaki ini. Jiwa halusnya yang dulu runtuh sudah dipasakkan semangat untuk tidak akan rebah lagi. Dia sudah cukup sengsara selama ini. Cukuplah, Haniff. Apa lagi yang you mahu dari i? Tubuh berbalut kurung unggu lembut berbunga putih bingkas dibawa berdiri. Langkah diatur ke kabinet dibelakang. Langsung tidak diendahkan tetamu tidak diundang yang sedang duduk dihadapannya. Lantaklah! Dia memang tak diundang sini. 

Haniff bingkas bangun. Langkah dibawa mendekati Hannan yang membelakanginya. Helaan nafas berlari laju. Jarak tubuh yang makin kecil jurangnya antara mereka membuatkan Hannan pantas berpusing. Dua tubuh saling bertentangan. Hannan dakap fail hitam kejap didada. Mata tajam melontar.

“Step back, Haniff.”

“Hannan..”

“I said step back!” Suara terlantun nyaring. Hannan ketap bibir. 

“No. I won’t , Hannan.”

“Haniff!!!!”

“Not until I you say yes.”

“You jangan nak kurang ajar, Haniff.”

“Just say yes, Hannan.”

“No! I won’t let you.”

“Then I’ll be standing here…with you…all night long.”

“You dah gila ke, Haniff!” Mata Hannan sudah membuntang. Sakit hatinya dengan sikap degil Haniff yang sengaja tak mahu faham akan penjelasannya.

“You yang buat I jadi gila, Hannan. The choice is in your hand now. Wanna spend a night with me here or you let me have what I want.”|

You memang gila, Haniff!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 27, 2013 23:07

November 25, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 14

Bab 14MATA AIDA meliar. Berpusing kepala. Dijenguk lagi di luar tingkap. Sah! Dia memang tak salah. Mata Aida masih cerah. Akal masih boleh ingat tiap inci susur perjalanan dari rumah ke My Little Sweet Home Child Care Centre biarpun disini bukan kampung halamannya. Yang pasti ni bukan jalan balik ke rumah Fyza!
         Ditoleh kesebelah. Bibir bergetaran dalam dakap gementar yang mengoncang tangkai hati. Tidak pernah dirasai debar begini. Bimbang menari-nari dibenak. Janganlah. Ditepis kencang semua rasa tidak enak yang menjentik. Tolonglah…tolonglah jangan ada yang tidak baik menimpa dirinya. 
     Digagahi bibir mengungkap kata. “Err…saya rasa abang Mat dah salah jalan ni, Fazwan.” Bola mata Aida yang redup melontar sebuah tatap. “ Setahu saya ni memang bukan jalan ke rumah sewa saya. Ni bukan jalannya. Saya tahu jalan ke rumah sewa saya bukan ikut jalan yang ni. Saya memang ingat sangat.” Dilontar sebuah lagi kata yang berpaksikan pemberitahuan yang pasti. Seratus-peratus pasti! 
      Fazwan senyum. Lirik mata dilontar ke cermin pandangan belakang. Abang Mat sudah tersengih. Kembali mengarah sepasang mata kesebelah. Aida yang tidak berganjak memandang dijamah tenang. 
    “Memang bukan. Dan kita bukan nak balik ke rumah sewa awak, Aida.”
     Aida terpanar.
   “A..ap..apa maksud awak ni, Fazwan? Tadi..tadi kan awak kata nak hantar saya balik ke rumah. Sa..saya tak salah dengar kan?”
   Fazwan tolak bingkas cermin mata yang sedikit melorot. Mata memandang ke depan. Tenang sahaja dipandangan Aida. Bibir Aida kemam. Kuat.
      “Awak memang tak salah dengar, Aida…tapi saya tak kata nak hantar awak sekarang kan. Jadi…saya boleh hantar awak bila-bila masa…samada lewat malam nanti atau esok pagi. Yang penting saya tetap kotakan janji. Saya akan hantar awak balik ke rumah. Itu pasti. Tak perlu risau.”
       Gulp! Aida telan liur. Lewat malam atau esok pagi?!!Mata terkebil-kebil bersama deru nafas yang huru-hara. Kata-kata Fazwan itu terus menerpa lagi kotak fikiran yang sudah tunggang-langgang. Bermacam-macam andaian sedang berlumba-lumba memasuki ruang kepala. Bercampur-baur segala rasa. Mata menjengah ke depan. Dari cermin pandang belakang jelas kelihataan Abang Mat yang dilihat meleret senyum. Apa semua ni?!! Dada macam nak meletup. 
     Dan kita bukan nak balik ke rumah sewa awak, Aida. 
    Tapi saya tak kata nak hantar sekarang kan. Jadi…saya boleh hantar awak bila-bila…samada lewat malam nanti atau esok pagi. Yang penting saya tetap akan hantar awak balik ke rumah.

      Rangkaian kata-kata Fazwan terus menghantui…hinggap di kepala lagi dan terngiang tak henti-henti. Aida rasa macam nak terjun sahaja dari kereta tapi pintu kereta mewah macam ni memang sah-sah dah terkunci secara automatik. Kenapa dengan Fazwan ni? Nak bawak kemana pulak Aida ni haa? Dah hilang waras ke awak, Fazwan? Pelbagai laras persoalan menujah kepala. Aida rasa macam nak pitam. Kenapa pulak tiba-tiba lelaki disebelahnya ini bersikap aneh begini. Aneh benar. Kata-katanya penuh berteka-teki daripada tadi. Fazwan, tolong jangan buat yang bukan-bukan. Saya…saya percaya awak sungguh-sungguh. Saya percaya awak lelaki baik, Fazwan. Saya percaya awak bukan begitu. Gempur nafas makin memacu deras memasuki relungnya. Allah. Hanya itu yang terdaya terhumban dari ulas bibir.            Aida benar-benar takut. Dia berseorangan bersama dua lelaki yang baharu benar dikenali. 
Akal dan minda masih bertempur dengan seribu satu andaian. Bisik-bisik marah menguasai ujana hati. Menghentam. Aida gigit bibir. Rasa nak menangis sungguh. Ikut lagi orang yang kau tak kenal sangat hati budi dia. Kalau jadi apa-apa pada kau nanti tak siapa yang tahu, Aida. Kalau buruk yang kena tak siapa nak percaya cakap kau nanti sebab kau yang ikut jantan ni. Kau memang tak belajar daripada apa yang berlaku dulu kan, Aida. Betullah kan kata semua orang. Kau tu memang lurus bendul tak sudah-sudah dari dulu. Percaya jantan tak bertepi. Percaya bulat-bulat. Ingat semua orang otaknya sama suci murni macam kau ke? Sebab tu kau kena tipu hidup-hidup dengan Razman. Lelaki ni kan aku dah kata sehelai rambutpun jangan kau percaya. Betulkan apa yang aku dah cakap? Kau tengok sekarang. 
        Aida kemam bibir lagi. Kolam mata terasa hangat namun sedaya ditahan supaya tidak pecah. Cuba diraih ketenangan yang kian menipis. Istighfar berlagu lagi. Kali ni lebih kerap. Berulang-ulang. Segala bisik syaitan yang cuba menempelkan awan hitam dihati dihumban jauh-jauh. Wajah dibawa keluar tingkap. Tidak sanggup memandang Fazwan. Aida takut kepada lelaki itu saat ini. Gerun jika lelaki tu bertindak yang bukan-bukan.Baik dia mematikan kata. Mengunci bahasa. Debar dalam jiwa dipegang kejap. Hanya termampu dipanjatkan kala ni cuma perlindungan daripadaNya yang satu. Hanya Dia. Aida tahu dia sudah terkepung. Tidak boleh kemana-mana. 
         Fazwan tahu Aida sedang resah. Gelisah terpamer jelas tadi kala ulas delima yang indah itu membuka kata tanya. Fazwan juga tahu bunga ketakutan pasti sedang berungkai dihati. Riak wajah dan air muka gadis disebelahnya ini tadi tidak sukar dibaca maknanya. Fazwan mahu ketawa sebenarnya. Ditahan. Senyum yang tergumpal disembunyi. Melihat Aida yang bisu tak sampai hati benar dia mahu terus mahu membiarkan Aida dilambung bimbang. Buatnya menangis si cantik disebelahnya ini nanti baru haru!
      “Awak rasa…saya ni macam nak culik awak tak, Aida ?” Fazwan lontar kerdipan bersahaja. Kerdipan yang berbaur usikan nakal sebenarnya. Mahu melihat reaksi comel Aida yang pasti sekarang ini sedang huru-hara rentak jantungnya. Fazwan tenang mengawal senyum manis.
        Aida spontan menoleh. Melihat Fazwan yang tersenyum Aida terlopong. Mata terkebil-kebil. Laju. “Cu..culik? Awak nak culik saya? Ke..kenapa awak nak culik saya, Fazwan? Saya…saya ada buat salah apa-apa ke pada awak, Fazwan? Saya…saya..” Aida tekup mulut. Tak terdaya menghabiskan kata-kata. 
         Ketawa halus Fazwan berderai memecah sunyi. Aida terkedu. Sah benar dirinya dipermainkan oleh Fazwan dan abang Mat. Bibir diketap. Laju dihumban wajah keluar tingkap. Ahmad yang memandu menggeleng kepala. Ketawa kecilnya turut terdesir. Tak sangka benar Fazwan boleh menjadi nakal begini. Tahu benar rancangan ketuanya ini tadi yang mahu mengusik Aida. Memang itu yang diberitahu kepadanya tadi sewaktu dalam perjalanan menjemput Aida.
       Hembus nafas damai Fazwan terluncur. Dua jari mengelus pangkal hidung. Aida yang membuang pandangan keluar tingkap direnung. Lama. 
       “Aida…” Perlahan diseru.
       Aida perlahan-lahan berkalih sisi pandang. Fazwan jala senyum. Aida kejap bibir dari membalas. Sakit hati masih bersisa. Dilarikan wajah semula keluar. Mata Fazwan sekilas dilontar ke depan. Abang Mat dilihat mengenyit mata sambil menganggukkan kepala. Isyarat permainan mereka harus ditamatkan. 
      “Saya tak ada rancangan nak culik awak hari ini, Aida. Jangan bimbang,hmmm. Kalau sungguh saya nak culik awak saya akan culik awak secara elok. Ikut adat. Pergi jumpa mak awak. Minta izin nak culik awak duduk dengan saya seumur hidup. Nak culik awak dan simpan awak dalam hati saya. Bukan untuk sehari dua tapi selama-lama.” Fazwan juring senyum seraya melontar renung ke arah Aida yang masih lekat matanya ke luar tingkap. Aida dilihat pantas menoleh. Bertembung empat biji mata. Senyum Fazwan tenang terhias.
         Aida menoleh kesebelah. Matanya yang bundar laju menghantar sinar. Isyarat diam yang mudah benar dibaca maknanya oleh Fazwan. Senyum dibibir makin mekar. Pandangan mereka kembali bertaut. Lama. Aida telan liur. Jantungnya bagai digoncang-goncang. Tadi kala cuping mendakap bilah-bilah kalam yang terluncur dari bibir Fazwan, tubuh rasa mahu terjelepuk. Terkejut bukan kepalang dengan baris-baris ayat yang tidak terjangka akan terlafaz oleh lelaki disebelahnya ini. Sungguh dia rasa lidah terjeda. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Segala kosa kata bagai terpadam dari kamus diri. Deru nafas turun naik. Semua andaian juga kata-kata negatif yang menekan fikiran juga kepala tadinya hilang begitu sahaja. Berganti pula dengan apa yang baru didengar. Terlafaz dari bibir lelaki disebelahnya ini. Aida tarik nafas dalam-dalam sebelum perlahan-lahan dilepaskan dari relungnya. Masih tidak melepaskan renung ke wajah lelaki disebelah.
       “Awak nak kata apa sebenarnya ini, Fazwan? Tolonglah jangan berteka-teki dengan saya. Saya tak pandai dalam urusan teka-teki begini.” Aida lega. Sudah dihamburkan rasa yang bergelumang didalam jiwa.
       Fazwan senyum pada Aida yang masih memandang.
       “Status saya maksud awak?”
        Aida telan nafas perlahan-lahan. Mata menjamu seraut wajah tampan disebelah yang dilihat tunak merenungnya.
      “ Tolonglah kasihan kan saya, Fazwan. Bolehkan awak jangan huru-harakan hati dan jiwa saya yang baru sembuh ini. Saya hormat awak, Fazwan. Terlalu. Sangat-sangat. Saya pinta tolong hormati saya juga, Fazwan. Tolong, Fazwan.”
     Fazwan angguk.
     “Maaf kalau usikan saya buat tak selesa, Aida.”
      Aida geleng. Bibir dikemam.
    “Saya..saya cuma bimbang.”
   “Bimbang saya suami orang? Bimbang menjadi pengganggu rumahtangga oranglain. Itukah yang terangkul dalam jiwa dan hati awak sejak tadi, Aida?”
      Aida jeda.
     “Aida…”
      Dua pasang mata mereka kembali bertemu untuk kesekian kalinya.
     “Saya ini hanya milik arwah ibu saya. Milik dia hingga akhir hayat saya. Selain dia…saya bukan milik mana-mana perempuan.Awak tak usah bimbang.Harap awak boleh tenang selepas ini.”
       Aida kemam bibir. Kepala menunduk seketika.
      “Masih tak percaya kata-kata saya?” 
      Aida menggeleng. Diangkat wajah. 
    “Saya..saya cuma takut. Awak..awak aneh sangat hari ini, Fazwan.”
    Fazwan melontar senyum lebar.
   “Takut saya buat yang bukan-bukan pada awak?”
     “Saya cuma manusia biasa, Fazwan. Lemah melawan ledakan perasaan yang bukan-bukan. Bisik jahat itu pasti ada. Maafkan saya kalau prasangka saya terbias dimata awak. Saya tak terdaya.”
     Fazwan angguk.
     “Beginilah, Aida. Biar saya berterus-terang. Dan maafkan saya kalau cara dan kata-kata saya buat awak jadi takut. Saya takkan sesekali melakukan hal-hal cemar pada awak. In Shaa Allah. Ini janji saya. Saya cuma nak culik awak...atau lebih manis sedikit bunyinya cuma nak pinjam awak untuk temankan saya ke satu tempat. Tapi jangan risau. Tempat ni bukan hanya ada kita berdua,hmmm. Ada ramai orang disekitar. Tak perlu bimbang ok. Boleh kan?” 
     Aida telan liur perlahan.
    “Nak pergi mana?”
      Dan senyum Fazwan meniti dibibir tanpa sepatah kata balas. Aida kembali dihujani tanya yang bukan kepalang.

Mata Aida jatuh pada sebaris nama yang memang dia tahu bukan calang dalam dunia gaya dan fesyen kaum hawa. Kaki terpasung seketika. Tidak pernah menduga akan menjejak langkah ke butik ternama ini. Bila Fazwan melebar tapak tangan mempersilakanAida masuk dahulu, Aida pantas menggeleng. Tidak mahu. Biar dia ikut dari belakang sahaja. Segan. Fazwan dilihat hanya ketawa kecil. Aida kemam bibir. Dua pasang kaki melangkah masuk ke dalam premis Louis Vuitton. Aida hanya mengekori daripada belakang. Mata terpegun melihat deretan tas tangan yang beranika bentuk dan rupa. Sapaan dari jurujual hanya dibalas dengan senyum kecil. Aida rapatkan diri dengan Fazwan. 
    “Sini ke tempatnya?’ Bisik suara terhumban.
     Fazwan angguk. Sekuntum senyum meniti dibibir. Wajah Aida yang agak rapat dengannya ditelan penuh terpesona.
    “Nak beli apa disini?”
    “Handbag.”
    "Handbag?"
    Aida pamer kerut wajah. Fazwan yang memandang makin lebar senyum. Langkah terus dihala meneliti tiap tas tangan yang terpamer. Aida terus membuntuti sebelum langkahnya mati ke satu rak. Mata tersangkut pada sebuah tas tangan yang begini menangkap mata. Menawan hatinya pada pandangan pertama. Bibir tanpa sedar ukir senyum. Senyum dan reaksinya tanpa disedari pantas dirakam oleh Fazwan. Perlahan Fazwan mengundur langkah mendekati Aida.
    “Aida…”
    “Err…iye.” Khayalan Aida berderai. 
    “Suka yang ni?”
    Aida angguk. Jujur. Senyum dibibir meniti. “Cantik kan?” Fazwan senyum balas.
    “Ambillah.”
    Aida terpinga. Mata terkelip ke arah Fazwan yang terus tersenyum.
   “Am..ambil apa?”
    Aida lurus bertanya. Fazwan ketawa kecil.
   “Handbag tu..”
   “Handbag ni?” Kerut didahi terukir. Jari dihala ke arah benda empat segi didepan mata.  
     “Un..untuk siapa?
    “Untuk awaklah, sayang.” Fazwan capai shoulder bag berwarna coklat gelap didepan Aida. Dibelek. Kepala Fazwan terangguk. Setuju dengan pilihan Aida.
   “Your wife,sir?”
     Perbualan mereka terhenti kala seorang jurujual datang. Fazwan senyum. Aida sedikit tersentak lalu menghala wajah ke arah lain. Segan kala soalan itu ditanyakan kepasa Fazwan.
   “She’s beautiful.” Senyum jurujual cantik berbangsa tionghua terhala ke arah Aida yang tergamam seketika.
   Fazwan angguk.
    “She is.”
     Aida kemam bibir.
     Fazwan terus belek shoulder bag ditangan. Dihulur pada Aida. Jurujual disisi melontar senyum.
   “Cantik. Aida pun suka fesyen yang macam ni kan.”
    Aida tengok tanda harga yang tertera. Tanpa sedar lengan Fazwan dicapai.
   “Mahal sangat, Fazwan. Tak perlulah.”
Fazwan kenyit mata. Mata jatuh pada lengan yang disentuh Aida. Mata Aida yang menyedari gerak mata Fawzan  laju menurunkan tangan. Pipi hangat. Aduh, macammana boleh terpegang ni. Malunya! Senyum Fazwan tambah mekar melihat reaksi comel Aida.
   “Tak semahal awak, Aida. Nilainya hanya sehiris. Tak terbanding diri awak. Awak tak ternilai dimata saya,Aida.” Aida terpempan dengan kata-kata Fazwan.
    Fazwan hulur shoulder bag kepada jurujual di sebelah Aida.
    “I take this.” Huluran Fazwan disambut penuh hormat. Aida yang berdiri takzim disebelah dipandang oleh jurujual yang terus menjual manis wajah.
    “Buying for your beautiful wife, sir?”
      Fazwan senyum. 
    “Yes. For my beautiful wife. Sincerely from my heart. ” Fazwan hulur kenyitan mata pada Aida. 
     “You’re so luckly. Your handsome husband is so romantic.” Senyum Fazwan tersulam manis. Dua pasang mata mereka bertembung. Pipi Aida rasa hangat bila ditatap begitu. Ada satu rasa yang sedang berkibaran dijiwa. Paras adrenalin hati rasa memuncak ke paras tertinggi. Debar dada bergetaran. Kencang. Degup jantung bertempiaran.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2013 17:16

November 18, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 13

Bab 13“NASIB BAIK BETUL DADDY SI DIAN  lalu kat situ masa hari kejadian tu, Aida. Kalau tak, hmmm…tak tahulah akak apa jadi kat kau. Silap-silap kau terbaring jer kat situ sampai petang kut. Jalan tu dah lah sunyi sepi.  Issh, mengerikan betullah hal-hal ragut sekarang nih. Kak Niza rasakan ni mesti kes budak-budak penagih ler tu. Duit tak der nak beli benda haram jadah tu, haa meragut orang jer la penyelesaiannya. Elok dipancung jer tangan-tangan peragut ni.” Puan Anne geleng kepala. Mulut Niza yang dipanggil teacher Niza itu memang cukup terkenal dengan kecoh dan bisingnya. Semua guru-guru yang bernaung dibawah bumbung My Little Sweet Home Child Care Centre cukup masak dengan mulut Niza.             Aida senyum. Mata menyusuri wajah guru senior yang dipanggil kak Niza juga guru-guru yang lain yang berada di bilik puan Anne pagi ini. Mereka memang jarang bercakap sejak Aida mula berkhidmat disini. Mungkin Aida guru baharu sementelaah lagi Aida juga jenis yang tidak banyak cakap, jadi komunikasi antara mereka lebih bercorak isyarat. Senyum dan angguk kepala sahaja. Sesekali sahaja mereka bercakap jika bertembung di pantri jika kebetulan waktu rehat mereka sama. Aida menjadi tumpuan hari ini setelah lebih seminggu tidak hadir berkerja. Semua sedia maklum apa yang terjadi. Dan hari ini semuanya bagai teruja mahu mendengar kisah daripada mulut Aida sendiri tentang apa yang berlaku pada hari dia diragut. Semuanya sudah diceritakan tadi. Dan alhamdulillah semalam dia sudah dibenarkan keluar dari wad  usai segala prosedur dan keterangan daripadanya diambil oleh pihak polis untuk siasatan. Nasib baik sungguh ada Fazwan yang banyak membantu Aida untuk memberi keterangan. Aida agak gementar juga waktu disoal oleh pihak polis tentang apa yang berlaku namun adanya Fazwan dan Fyza disisi yang banyak memberi kekuatan, segalanya diselesaikan dengan baik.            “Semua yang berlaku tu kehendak Allah, kak Niza. Apa-apapun saya bersyukur masih dipanjangkan umur untuk terus berada disini…memberi khidmat pada penghuni-penghuni kecil disini selagi khidmat kecil saya ini diperlukan.”          Teacher Aini, Nancy, Laila, Vani juga Niza mengangguk serentak. Masing-masing berganti-ganti memeluk erat tubuh kurus Aida.  Ada esak yang terdesir. Ada hiba halus yang hadir menjengah cuping.  Aida kemam bibir. Ada rasa sebak yang singgah di ujana hati.          Puan Anne yang menjadi saksi melontar angguk.  Usai semuanya bahu Aida yang berdiri disisi dipaut lembut. Saling berpandangan. Senyum bertukar.          “Welcome back, teacher Aida.”          Aida angguk.          “Terima kasih, puan atas segala-galanya.”          “Ok ladies. Back to your class.”          “Ok, madam!” Semua menyahut serentak bersama derai ketawa.
“Aida..”          Aida yang sedang membancuh milo panas dan berdiri membelakangkan meja menoleh. Bibir ukir senyum pada cikgu Niza yang sedang tekun menikmati kuih lapis dan bee hoon goreng yang disediakan oleh puan Anne. Memangnya setiap hari puan pengetua yang baik hati itu akan sentiasa menyediakan juadah sarapan pagi untuk semua penghuni di sini.          “Ya, kak Niza.”          Niza gamit tangan.           “Meh duduk sini jap. Akak ada benda nak cakap dengan kau sikit.”          Aida atur langkah bersama mug milo panas ditangan mendekati meja. Duduk dilabuhkan disebelah cikgu Niza.          “Ada apa kak?” Lafaz basmallah terluncur. Sudu disua terisi milo panas perlahan-lahan disua ke bibir. Dicicip sedikit demi sedikit. Hati-hati.          Niza tatap wajah cantik guru baharu didepannya ini. Sudah banyak bunyi-bunyi yang dia dengar dari kalangan guru-guru senior tentang “hubungan baik “ Aida dengan lelaki yang hanya mereka kenali sebagai “daddy Dian Khalisya“. Itu yang sering didengar dari bibir Dian Khalisya bila ditanyakan tentang siapa lelaki kacak yang sering menghantar dan menjemputnya dari tadika ini. Jika selama ini yang kerap dilihat mereka adalah wajah Puan Annur Qistina dan encik Johan yang menghantar si comel itu, kini wajah baharu pula yang kerap terpampang di tadika ni saban pagi dan wajah itu jugaklah kerap benar dilihat berbual-bual dengan si cantik didepannya ini. Niza ada sekali dua terlihat kereta mewah lelaki itu bersama pemandunya menghantar Dian Khalisya namun tidak pernah pula bertegur sapa.  Dan Lelaki segak tampan penuh karisma dan cukup bergaya itu lewat kebelakangan ini akrab sungguh dilihat menghantar Dian Khalisya ke sini. Dan sejak Aida bekerja disini, mereka kerap benar melihat Aida berbual-bual mesra dengan lelaki itu.  Kalau dilihat dari segi penampilan, gaya juga kedudukan sosialnya mustahil lelaki tersebut belum berpunya. Mustahil benar!  “Akak ni bukan nak menyibuk, tapi akak ni cuma taknak kau tu dipermainkan orang. Kau tu muda, Aida..cantik sangat pulak tu.  Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya, Aida. Sehelai rambut pun belum tentu betul apa yang dia cakap.”Gelas air teh didepan dicapai lalu disua ke bibir. Diteguk perlahan. Mata mengerling sekilas ke arah Aida yang tampak manis dengan kurung yang bertanah hijau limau purut ditaburi corak bunga kecil putih.          Dahi Aida membentuk garis kerut. Tidak faham dengan apa yang didengar.         “Maksud akak?”          Niza letak gelas di meja. Nafas dihela perlahan. “Daddy si budak Dian tu la.”          “Encik Fazwan maksud akak?”          “Ha’a.”          “Kenapa dengan dia, kak Niza?”          “Kami kat sini bukanlah nak jaga tepi kain orang, Aida tapi memang banyak jer mata yang selalu nampak Aida dengan daddy si Dian tu berbual-bual. Nampak mesra benar. Macam rapat pun ye. Akak ni bukan apa, taknak Aida ni nanti jadi barang mainan pulak. Lelaki berkedudukan macam tu, kaya pulak..hmmm,tau tau jer la kan. Kadang bini cantik macam bidadari pun belum cukup kuat nak mengikat langkah lelaki yang poket-poket tebal ni. Dapat pulak pucuk muda kampung yang cantik gila macam kau ni, Aida.  Mengaku bujang pun sanggup asal dapat apa yang dia nak. ”          Aida senyum kecil biar hati berdetik juga kala ayat terakhir kak Niza menghentak dinding hati.  Namun bibir tidak ingin berkata apa-apa dulu. Mahu dibiarkan dan didengar apa lagi yang bakal keluar dari mulut wanita lewat tiga puluhan ini. Milo yang sudah suam dibawah ke bibir. Dihirup perlahan-lahan. Sepotong kuih lapis yang terhidang ditengah meja dicapai lalu dimasukkan kedalam piring kecil dan garfu yang sudah sama tersedia. Dibenamkan mata garfu ke tubuh kuih lapis yang berwarna-warni. Perlahan-lahan disua ke bibir. Dikunyah cermat.           “Akak  dengar pagi ni pun dia singgah kat sini walaupun si Dian mamanya dah hantar awal-awal lagi. Singgah bawak jambangan bunga pink rose lagi katanya buat kau ye. Besar sungguh dan cantik katanya. Hmmm..bertuahnya badan…tapi jangan mudah terpedaya dengan macam-macam pemberian ni, Aida. Kena ingat jugak. Mana tau dia ada niat yang tak baik kat kau. Akak ni cuma nasihat jer. Kau tu budak..dari kampung pulak katanya..kan. Kau mentah lagi dengan permainan lelaki bandar ni. Nanti di longgokkan kau dengan macam-macam hadiah…layan kau baik-baik ngalahkan puteri…ikut apa kau mahu. Nanti dia minta balasan daripada kau. Jangan terjerat, Aida. Paling penting jangan sampai rampas suami orang. Meruntuhkan rumahtangga orang sebab nak hidup senang lenang…hidup mewah. Tak berkat hidup kau nanti. Kena sumpah hari-hari. ”Niza sambung bicara sambil lontar biji mata ke arah Aida yang takzim menghirup milo.Tiada reaksi dari  Aida. Mulutnya tenang mengunyah kuih lapis.          Kunyahan yang hampir selesai disudahi perlahan. Aida angkat muka. Senyum kecil terhampar di pinggir bibir. Kotak tisu di sisi meja dicapai. Ditarik sehelai lalu dibawa ke bibir.          “Terima kasih atas nasihat dan prihatin kak Niza. In Shaa Allah, saya akan hati-hati. Saya sedar diri kak. Saya tahu saya budak kampung. Dan in shaa Allah saya takkan sesekali merampas milik orang. Jauh sekali meruntuhkan masjid kasih sayang dua hati yang terbina atas jambatan akadnikah yang penuh rahmat dan barakah.”          Niza bawa tangan ke bahu Aida. Ditepuk perlahan.          “Kau jangan ingat akak atau cikgu-cikgu kat sini dengki ke apa dengan kau ye, Aida. Tak.” Niza geleng kepala. “Akak cakap ni sebab akak sayang kau. Akak taknak nanti kau terkena..terperangkap jerat lelaki-lelaki kaya yang dah ada isteri tapi cuba nak test market nih. Mengaku bujang demi mencapai kemahuan nafsu diri. Dunia sekarang ni macam-macam, Aida. Tau tau jer la kan.” Niza bangkit dari duduk. “Akak masuk dulu ye. Kelas akak nak mula kejap lagi ni.”          Aida angguk. Tenang. Bibir menghulur senyum. Mata menyusuri langkah cikgu Niza hingga tenggelam di sebalik ruang pantri dan ruang tengah. Aida hembus nafas. Segala-gala yang singgah ditelinga tadi masih kukuh di kotak  ingatan. Segala-gala hanya berpunca dari satu nama. Satu wajah. Milo yang masih tersisa dihirup. Seraut wajah damai berkaca mata singgah dipelupuk ingatan. Wajah yang singgah bertanya khabarnya pagi tadi disini bersama huluran jambangan merah jambu yang indah. Wajah yang tidak lupa mencari si comel Dian bersama sebuah kucupan sayang. Bicara mereka tadi kembali menyapa fikiran.
Jambangan bunga ros merah jambu Aida sambut perlahan-lahan. Teragak-agak. Bukan Aida tidak nampak kerling mata dan senyum guru-guru di taman permainan yang berada tidak jauh dari pintu pagar utama. Semua mereka Aida sangat pasti sedang menjadi saksi mata dan teruja menjadi pemerhati tak berlesen untuk terus mendakap pemandangan yang sedang terhidang didepan mereka. Aida rasa seluruh wajahnya kini kebas. Kembang. Membengkak. Malu yang tidak terluah. Segan yang tidak tertulis dek mata pena. Tidak terdaya. Melihat wajah damai lelaki didepannya ini menjala pandangan tenang, Aida hilang kata-kata.  Sungguhlah lelaki yang bergelar daddy Dian Khalisya nan comel itu semakin berani lewat kebelakangan. Tindak tanduknya tidak terjangka dek akal Aida. Melihat jambangan ditangan hati bergetar bimbang. Sah-sah nanti dirinya akan menjadi bahan usikan kalangan guru-guru. Encik Fazwan ni pun satu. Kenapalah datang bawak bunga ke sini. Kan kita berdua dah jadi tumpuan semua. Nanti Aida jugak yang kena tanggung. Senyum dibibir pemilik nama Fazwan Anuar  ditelan dengan pelbagai rasa dijiwa.          “Aida macammana hari ni?”          Aida yang kembali ke lantai realiti perlahan mengangguk.          “Alhamdulillah.”          “Fyza hantar tadi?”          Aida angguk lagi. Aida lihat Fazwan ukir senyum.          “Good. Balik nanti tunggu saya,hmmm. I’ll try not to be late.”          Mata Aida sedikit besar. Terkejut dengan apa yang didengar. Kepala spontan menggeleng.          “Eh..takpa..takpa. Saya boleh balik sendiri. Jangan susah-susah, Fazwan.”          “Naik bas,hmmm?”          Aida telan liur.           Fazwan geleng.          “I wont let the same thing happened again to you, Aida. You knew how much I care about you, right. Don’t do this,hmmm. I won’t forgive myself if anything happen to you.”          “Tapi…” Aida kemam bibir. Mata jatuh pada raut berkaca mata yang berdiri setentang dengannya. Jari telunjuk Fazwan yang digoyang ke kanan dan kiri buat Aida terkesima.          “Aida…” Seru namanya yang panjang tapi cukup perlahan dengan nada dendang yang membawa makna yang cukup difahami buat Aida serba-salah.          “Saya taknak susahkan awak. Saya…” Titik bicara bagai ternoktah kala dilihat jari telunjuk Fazwan mencecah bibir. Lontaran isyarat yang tidak sukar difahami maksudnya.          “Tunggu saya nanti, hmmm. Saya hantar Aida balik. Saya gerak dulu. Assalamualaikum.” Salam disambut perlahan. Mata Aida terkelip. Bibir seakan mahu menyampaikan sesuatu.          “Fazwan..” Terlontar juga secara spontan seru itu. Aida telan liur. Fazwan dilihat menghentikan langkah. Menoleh bersama kening yang memberi isyarat.“Hmmm.”          “Err…” Aida geleng kepala. “tak ada apa-apa. Cuma…cuma nak cakap terima kasih untuk ni..” Aida angkat sedikit jambangan di riba lengan.          Senyum dibibir lelaki tu terjuring. Aida jeda menatap.“Saya harap awak faham maknanya, Aida. “  Lambai tangan Fazwan terlontar. “Take care. See you later,hmmm.”
Aida kemam bibir. Jambangan ros merah jambu nan indah yang diletakkan di atas lokernya kembali singgah di mata. Tangan mengurut pangkal hidung. Kata-kata Fazwan kembali terulang di teratak  minda. Bersimpang siur dengan kata-kata cikgu Niza yang menerjah ruang fikiran. Mata terpejam sesaat. Cuba mencari ruang untuk jiwanya mencari jawapan. Cuba mencari ruang buat hatinya memandu arah diri.           “KENAPA NI,HMMM? DIAM JER dari tadi. Aida ada masalah?”          Aida senyum. Kepala menggeleng. Fazwan yang duduk  berjarak sesusuk tubuh manusia masih tidak lepas dari memandang makhluk paling indah yang baru hadir didalam hidupnya.          “Saya secara amnya memang tak pandai meneroka daerah hati orang…tapi saya secara khasnya boleh faham sikit-sikit bahasa tubuh manusia ni. Tak sukar rasanya nak faham kalau tengok reaksi secara fizikal. Tengok muka rasanya boleh tahu apa yang tersembunyi kat dalam hatinya. ” Fazwan cuba memancing dengan ayat lelucon. Tujuan hanya satu. Mahu Aida membuka bicara. Dia pasti benar ada sesuatu yang sedang bergumpal didalam hati si cantik disebelahnya ini. Namun dia tidak berani meneka dalam samar. Bimbang terkhilaf bicara biarpun lohong jawapan seakan sudah memancarkan cahayanya di wajah mulus Aida.          Aida spontan menoleh. Bibir Fazwan yang melambai senyum singgah dimata. Kata-kata lelaki ini tadi buat hatinya tercuit juga.          “Ye?” Aida kerdip mata. Fazwan balas kerdipan. Bibir Aida tanpa sedar menjala senyum spontan nan manis. “ Jadi bahasa tubuh saya sekarang ni sedang bawak makna apa.”          Fazwan senyum manis. Umpannya mengena.          “Well..looking at you..your eyes…your spontaneous body language, what i can say is that you’re hiding something from me. There is something in your eyes that you wish to tell me. You wish to ask. Am i right,hmmm?”          Desir nafas Aida terdesir dari rongga. Mata dihala ke riba. Jambangan yang diterima pagi tadi ditatap takzim. Perlahan mata dan wajah diangkat. Dilontar pandangan ke wajah disebelah.          “Fazwan..”          Senyum dibibir itu buat Aida khali seketika. Liur yang terasa payau ditelan. Dia tahu dia perlu bertanya. Dia tahu dia perlu mendapat jawapan yang jelas. Bicara Fazwan di hospital dahulu masih samar.          “Saya tak tahu nak mula dari mana.”          “Mulakan dengan bismillah.In shaa Allah.”          Aida senyum. Mata dihala kedepan. Pemandu Fazwan yang mahu dipanggil namanya sebagai abang Mat sahaja yang Aida kenal sejak dia dimasukkan ke hospital begitu tenang mengawal stereng. Aida jadi segan. Pasti nanti apa yang terlontar dibibirnya ini akan singgah juga di cuping abang Mat. Pasti nanti Aida dicop gadis gedik tidak tahu menjaga susila bertanya soalan sedemikian kepada lelaki bukan mahram yang baru benar dikenali.          Fazwan yang melihat lirik mata Aida faham apa yang tertulis di fikiran Aida.          “Tak perlu risau dan segan dengan abang Mat, Aida.  Kan abang Mat?” Fazwan seluk jari dikiri leher kusyen pemandu. Bahu abang Mat ditepuk. Ahmad mengangguk.           Aida kemam bibir seketika. Yang terkepung didadanya saat ini harus dilepaskan. Lafaz basmallah terluncur dihati.                      “Tentang awak, Fazwan.”          “Tentang saya?” Fazwan mengangkat kening.          Aida angguk halus. Tidak pasti samada mahu diteruskan mukadimah yang sudah dimulakan. Galau bertamu dihati.           Dan seakan memahami apa yang sedang bunga-bunga risau yang bergayutan ditangkai hati si cantik disebelahnya ini, Fazwan menyambung bicara          “Tanyalah, Aida. Anything. I’m yours now.” Aida angkat mata. Tautan dua pasang renungan buat Aida rasa liur sudah bergelen-gelen laju menuruni lembah kerongkong.          “Saya masih samar…masih kabur tentang status awak, Fazwan. ”          Fazwan angguk.          “Saya sedang membuka pintu peluang seluas-luasnya kepada awak untuk tanya apa sahaja tentang saya, Aida. Just name it,hmmm. In shaa Allah saya akan jawab. Akan saya terang segala yang menjadi samar dan kabur dihati awak selama ini tentang saya..tentang diri saya.”          Aida lepas nafas halus. Mata jatuh ke riba. Dipandangan jambangan seketika sebelum dibawa pandangan kea rah Fazwan.          “Betul awak bukan suami orang? Betul awak bukan milik mana-mana perempuan?”          Fazwan senyum. Raut cantik disebelah ditatap. Ada sesuatu yang tiba-tiba singgah di akal.           “ Saya memang selamanya milik seseorang…seorang perempuan. Perempuan yang paling saya cinta didunia ini.”          Aida terkedu!                 Jantung seakan terhenti berdenyut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2013 17:38

November 12, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 12


Bab 12
“AKU RASA ENCIK FAZWAN TU SUKA KAT kau lah, Aida.” Fyza labuh duduk di atas katil. Mata membuat pandang kea rah Aida yang leka membelek jambangan ros merah jambu yang sudah disiap diisikan kedalam bekas kaca cantik oleh Fyza. Bekas dan bunga yang dibawa  bersama oleh Fazwan tadi. Mengingatkan Fazwan, Fyza senyum dalam hati. Tanpa kedua-duanya sedar, Fyza menjadi saksi aksi suap-menyuap yang berlaku antara Aida dan Fazwan tadi. Fyza yang kebetulan mahu melangkah masuk ke wad perlahan-lahan mengundurkan langkah melepasi pintu dan hanya berdiri dibaliknya saat mata tertancap Aida sedang menyuap Fazwan dan kemudian Fazwan pulak melakukan aksi yang sama. Langsung kedua-duanya tidak menyedari kehadiran Fyza yang berada di muka pintu. Asyik betul buat adegan suap-menyuap ye! Kembali mengimbau raut wajah lelaki itu, Fyza jadi gusar. Bimbang bertamu dipintu hati. Kalau benar telahan abang chik, bagaimana nanti? Fyza dapat merasakan perkara yang sama. Gerak hatinya benar-benar terarah ke situ. Fazwan memang ada niat terhadap Aida namun Fyza tidak mahu buru-buru mengaitkannya dengan hal yang tidak baik. Fyza pun belum betul-betul kenal siapa Fazwan sebenarnya. Sekadar mendengar luahan abang chik sesuatu yang tidak wajar untuk membuat satu rumusan yang menyeluruh. Daripada pengamatan Fyza yang singkat, Fazwan dilihat sebagai lelaki yang budiman. Tanpa bantuannya yang seakan memang telah ditentukan untuk menemui Aida pada hari kejadian, Fyza tidak pasti apa nasib Aida. Melihat cara Fazwan melayan Aida, cara Fazwan bercakap dengan Aida, Lelaki itu sudah ikut keluar bersama doktor yang merawat Aida. Ada yang ingin dibualkan katanya. Fyza pun tak tanya sebab Fazwan sudah beri isyarat agar Fyza menemani Aida. Biar dia sahaja yang menguruskan hal-hal lain dengan pihak hospital.Aida  kerut dahi. Fyza nih, issh! “Mana ada lah. Dia anggap aku kawan jer lah. Lagipun aku ni kan cikgu anak dia. Tu jer. Tak lebih..tak kurang. Ada faham?” Aida lontar sengih kecil.Fyza cebik.“Mata aku tak boleh menipu tau Aida. Apa yang tengok tadi bukan benda yang dibuat-buat. Aku nampak keprihatinan dia pada kau. Nampak sungguh ambilberat dia pada kau. Kalau setakat kawan takdernyer dia nak sungguh-sungguh suap kau makan macam tadi tuh. Takdernya dia siap tunggu kau kat hospital sampai lewat malam tadi. Tunggu sampai kau betul-betul dah lena baru dia balik. Hari ni pulak pagi lagi dia dah datang. Siap bawak bouquet pinlk rose yang gempak giler lak tu. Cuba kau fikir sendiri. Kawan biasa macam tu ker? Dan aku rasa kau pun macam suka kat dia gak kan. Haa…jangan nak tipu ek. Amboiii kemain tadi ek…main suap-suap lagi korang berdua. Boleh tahan kau yer, Aida. Issh…mau tak tidur malam laki orang tu  cik Aida ooiii.”Aida bawa tapak tangan ke mulut. Bebola mata sedikit luas terbuka. “Macam…macammana kau tahu..kau kau kan…” Kata-kata Aida tergantung kala sengihan lebar Fyza terjala di pinggir bibir. Sengihan yang begitu dalam maknanya. Eeei…Fyza nampak ke tadi. Alaa..malunya!“Kalau kau dah asyik tenung..renung…tatap…pandang  muka encik Fazwan yang handsome maut tu, gajah lalu pun kau tak nampak.”Aida tepuk lengan Fyza pula.“Kau ni, Fyza..jahat betul lah. Aku betul tak nampak pun kau masuk tadi lah. Sungguh.” “Takper..aku faham. Aku pun sebenarnya taknaklah kacau daun. Lagi-lagi orang tu pulak masa tu sedang seronok betul  kena suap dan bersuapan dengan hero yang menyelamatkan dia semalam kan. Bahagianya hidup jadi orang sakit ni ye.” Fyza lontar kening yang terangkat. Aida ketap bibir. Jari-jemari dibawa ke lengan Fyza. Dicubit halus. Terburai ketawa Fyza.  “Tapi kau pun boleh tahan ek. Tak sangka aku. Berani jugak kau suap dia.”Aida kemam bibir seketika. Peristiwa tadi terlayar dimata. Sungguh Aida tidak tahu kenapa dia begitu berani tadi. Entah kenapa dengan Fazwan dia jadi cukup selesa sekali biar perasaan malu itu masih utuh menghijabi jendela diri.“Aku..aku cuma sahut cabaran dia. Tu jer.”Fyza angkat kening.“Dia cabar kau suap dia?”Aida angguk tulus. “Haa lah.”“Pastu?”“Aku suap jer la dia.”Fyza ketawa lepas sambil hala ibu jari kanan yang ditegakkan.Aida ketap bibir. Fyza angguk bersama deheman pelahan. Dilepaskan nafas dalam-dalam.“Begitu yer kisahnya. Oklah…aku terima alasan kau.  Kadangkala bila kena cabar dalam situasi macam tadi tu kita mungkin akan bertindak spontan. Bertindak diluar dugaan. Apa-apapun aku seronok sangat tadi. Yelah kan…bukan senang tau nak tengok adegan suap-menyuap ni. Kau la untung, Aida. Peerghh. Kalau kau tak kenyang, tak tau la aku nak kata. Bertukar-tukar suapan tu sambil saling merenung. Walla. Romantik sungguh korang ye. Mesti segala rasa cinta nan sepenuh jiwa bergaul dengan selaut kasih sayang dia dah masuk dalam suapan tu. Nanti segala rasa t uterus sebati dalam diri kau. Jadi darah daging. Hmmm…” Fyza hela nafas dalam.” Kalau kau kena sakit angau nanti aku tahu lah nak cari penawarnya, Aida. Aku dah tahu mana nak cari ubatnya.”“Eeei kau ni kan…” Aida laju hala tapak tangan kanan ke bahu Fyza. Dipukul lembut. “Suka sangat laa usik aku tau. Jahat tol!” Berderai lagi ketawa Fyza. Jeda seketika bicara mereka. Hanya ketawa Fyza yang masih berbaki.“Aida..” Aida lontar kerling halus. Fyza yang masih menayang senyum“Apa..” “Amboii… marah lagi ke cik adik manja.” Fyza ketawa kecil.“Ok..ni serius. Dengar ni apa aku nak cakap.” Fyza hembus nafas.“Fazwan tu suami orang kan. Betul?” Fyza hulur tatap ke wajah mulus didepannya.Aida hembus nafas. Kepala digeleng.“Aku tak tahu dia tu suami orang atau bukan.”Fyza kerut dahi.“Maksud kau? Kan ke kau cakap kata bang chik hari tu dia tu laki orangdan dia hantar anak dia kat tadika yang kau kerja tu. Kan? Ni kau cakap tak tahu pulak. Apa sebenarnya ini, Aida. Kau sembunyi apa ni dari aku, haa. Cakap terus-terang, Aida. ”Aida  elus pangkal hidung. Nafas yang terluncur berdesir lembut. Wajah Fyza yang tunak menanti jawapan daripada dipandang. Fikiran jauh menerawang pada pertemuannya dengan mama Dian beberapa hari yang lalu. Kedatangan wanita muda cantik yang wajahnyer persis anak patung itu kembali menggamit ruang ingatan. Kata-kata yang terucap daripada bibir wanita yang hanya mahu dipanggil Qis terus menari di lantai minda.“Saya memang mama Dian…tapi saya bukan isteri daddy Dian. Suami saya; papa Dian bernama Johan Kushairy. Aida mungkin tak pernah berpeluang berjumpa dia. Dulu memang dia yang hantar Dian tiap pagi. Tapi sekarang suami saya dah jarang hantar Dian ke sekolah semenjak daddy Dian jadi rajin pulak hantar dan jemput Dian dari sini.”Aida kerut dahi. Kepala bergumpal dengan bilah-bilah kekeliruan usai kata-kata yang terlurut dari ulas delima wanita jelita didepannya ini terdampar di lantai fikiran. Sungguh tidak mampu dihadam kata-kata yang baru didengar. Mata menjelajah ke seluruh raut mempesona milik wanita yang menjaring senyum nan manis. Aida balas senyum namun minda ligat menjana jawapan sendiri. Dia cakap dia mama Dian tapi dia bukan isteri daddy Dian. Dan nama lelaki yang disebut sebagai suaminya tadi memang nama yang pernah disebut kepadanya oleh Dian suatu masa dulu. Aida masih ingat lagi kata-kata Dian yang satu itu. Hari dimana mereka berdua saling berkenalan.“Nama Dian panjang tau. Nama Dian...Dian Khalisya Khusairy binti Johan Khusairy."Mungkinkah mereka pernah menjadi suami isteri suatu waktu dahulu dan kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Dan mama Dian ini berkahwin lain lalu memperolehi Dian daripada perkahwinan tersebut. Patutlah encik Fazwan sahaja yang sering kelihatan bersama Dian. Berdua. Bukan bertiga. Itu telahan fikriran Aida. Mungkin betul. Mungkin jugak tersasar jauh daripada landasan kenyataan yang sebenarnya. Sungguh hatinya meronta-ronta mahu mengetahui hubungan antara Fazwan dan wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Qistina ini. Tapi Aida tahu tidak wajar rasanya dimuntahkan telahan minda kepada wanita ini tentang hubungannya dengan Fazwan hingga menyebabkan Dian memanggil lelaki itu daddy. Aida sungguh yakin pasti ada satu hubungan erat antara kedua-duanya. Jika ditanya secara tidak berhijab iItu sudah mencampuri urusan rumahtangga oranglain namanya.  Dan yang paling Aida tidak boleh lupa tentukan segaris ayat yang terluncur dari bibir mama Dian.“Elok Aida tanyakan sendiri pada daddy Dian..siapa dia pada saya dan apa hubungan kami,hmmm. Saya tau Aida mesti nak tau kan. Saya biarkan daddy Dian  menjawab bagi pihak kami berdua.” Wanita muda jelita didepannya ini terus melontar senyum manisnya yang cukup indah dan menawan.Kepala Aida menggeleng perlahan bersama senyum kecil. Tak terkeluar rasanya aksara untuk membentuk kata tanya kepada Fazwan berkenaan hal ini. Biarlah kata-kat itu…jawapan itu keluar daripada mulut lelaki itu sendiri.“Aida?”“Aku sungguh tak tahu. Yang pasti dia dan mama murid aku tu bukan suami isteri. Tapi tentang diri dia aku memang tak tahu. Sungguh.”Fyza lontar mata yang terbuntang.“Apa? Bukan suami isteri? Dah tu? Bercerai kut?”Aida menggeleng lagi.”Aku tak tahu. Mama murid aku tu pun taknak beritahu. Suruh aku tanyakan sendiri pada Fazwan.” Aida geleng kepala. “Tak sanggup aku nak tanya. Buka mulut pun belum tentu aku mampu.”“Kalau ikut cakap mama si murid kau tu nampak dorang memang dah confirm potong kek. Kalau dia sungguh bukan laki orang lagi sah-sah aku orang pertama sokong dia ngorat kau. Fullala…super hot dude ni, Aida. Duda terhangat yang handsomenya tahap CCU. Seratus peratus boleh koma kau dibuatnya”.  Ketawa kuat Fyza bergema dengan tubuh yang terhinggut-hinggut. Aida tepuk belakang Aida. Berkali-kali. Bibir diketap. Makin deras ketawa Fyza. Nyaring.“Betul tak beb?” “Issh kau ni, Fyza.  Teruk tau tak. Memandai-mandai jer cakap. Entah-entah dia memang ada isteri. Isteri baharu. Cuma kita jer yang tak tahu.  Takkan dia nak beritahu pulak hal tu kat kau dengan aku. Kita siapa pada dia.”“Kan elok kau tanya dia. Baru tau duduk ceritanya.”“Gila kau. Nanti dia ingat aku ni gedik tau tak nak sibuk-sibuk hal peribadi dia. Taknaklah aku. Buat malu jer.”“Kalau macam tu, biar aku jer yang tanya dia.”Aida tepuk bahu Fyza. Mata dijegil sedikit.Issh, janganlah, Fyza. Malu tau tak.”“Apa pulak nak malu. Tak jer laa dia.”“ Saya setuju dengan Fyza. Tak ada apa yang nak dimalukan,hmmm.”Dua kepala serentak berputar. Bebola mata Aida laju berlari memandang pintu yang sudah sedikit ternganga. Sesusuk tubuh yang sedang membuang tatap ke arah mereka dengan sulam wajah manis membuatkan Aida rasa sungguh-sungguh mahu melompat ke bawah katil saat ni bersama selimut yang menyelubungi seluruh tubuh. Bibir diketap. Sah-sah Fazwan sudah mendengar perbualan mereka tadi. Ya Allah, apa dah jadi dengan Aida agaknya hari ni. Sudah dua kali cuping seakan sengaja tidak mahu berkolabrasi dengannya.  Tadi Fyza. Ni Fazwan pulak. Dah pincang apa deria dengarnya hari ini? Fyza bangkit daripada duduk. Senyum segaris dilontarkan pada Fazwan. Mata kembali memandang ke arah Aida.  Kening diangkat seraya ekor mata menghala ke arah pintu. Isyarat yang cukup mudah difahami oleh Aida. Kita memang wassalam, Aida. Kantoi dengan tuan punyer badan. Maka dengan itu baik aku blah dulu sebelum kena dengan dia.“Err…saya nak ke bilik air jap. Encik Fazwan tolong tengokkan pesakit kita ni ye.” Fyza lalu menonong ke pintu. Laju meloloskan tubuh. Aida ketap bibir. Fyza ni, sampai hati betul laa tinggalkan Aida sensorang terima hukuman.  Fyzalah yang punya pasal ni.  Dia yang mulakan. Tidak, mesti Aida tak rasa macam nak terjun tingkap jer sekarang ni Mata jatuh ke arah Fazwan yang sedang merenungnya dengan satu pandangan yang benar-benar membuatkan Aida rasa jantung sudah tergolek ke lantai.
“Kalau saya kata saya memang belum pernah berkahwin, awak tak percaya?”          Aida telan liur. Rasa semuanya tersangkut di kerongkong. Fyza, cepatlah balik.          “Aida…” Fazwan hala sepasang mata yang ditabiri bingkai kaca ke arah Aida yang bersandar penuh takzim di kepala katil. “ I knew you wanna know this. Right?”          Aida kemam bibir. Allah, apa nak jawabnya. Tulah gatal lagi mulut tu bercakap tak tengok keliling. Kan dah padan muka.          “Err..saya..saya..tak. Fazwan..saya..saya sebenarnya tak..tak.” kepala menggeleng. Mata jatuh  ke riba. Sungguh Aida tak berani mahu mengangkat wajah untuk menghabiskan kata-kata. Pasti akan bertembung dengan tatap sepasang mata Fazwan yang Aida tahu akan menyihirnya nanti. Issh, ni semua Fyza la ni. Tanya macam-macam. Tengok mulut Aida pulak yang dah cakap entah apa-apa jer tadi.          Fazwan sembunyi senyum. Wajah comel yang mempamer raut resah bercampur gementar juga tak tentu arah benar-benar comel dimatanya. Bukan dia tidak dengar perbualan antara Fyza dan Aida tadi. Kaki yang sudah melangkahi pintu  terhenti kala telinga menangkap perbualan kedua-dua gadis berkenaan. Dan tatkala namanya disebut, Fazwan sukar menyembunyikan rasa ingin tahu lalu perlahan sahaja tubuh dilolos masuk dan dibiarkan tegak dipintu. Fazwan hanya takzim di tepi pintu. Membiarkan Aida dan Fyza terus berbual. Berbual tentang dirinya. Perbualan yang terus mengingatkan Fazwan tentang kata-kata dan pesanan Qistina beberapa hari sudah. Qistina yang meminta Fazwan berterus terang dengan Aida tentang status dirinya dan Dian. Kata Qistina, Aida fikir Fazwan dan Qistina suami-isteri. Dan kata Qistina lagi elok Fazwan jelaskan perkara sebenar. Susah jugak nanti Fazwan kalau gadis didepannya ini jatuh cinta pada Fazwan tapi terpaksa undur diri sebab menyangka dirinya suami perempuan lain. Begitu juga sebaliknya. Yang paling Fazwan tidak sangka, Qistina begitu bijak menelah hatinya. Kata Qistina dia tahu Fazwan sukakan Aida.  Melihat Aida kata Qistina dia sungguh jatuh hati pandang pertama. Maka tidak mustahil Fazwan juga menyimpan rasa yang sama. Fazwan senyum dalam hati. Qis…Qis. Abang Wan ni siapalah yang sudi.            “Saya tahu awak tentu fikir saya ni suami orang. Saya ini ayah..daddy pada seseorang.” Fazwan hela nafas perlahan. Duduknya di kerusi disisi Aida dibetulkan sedikit. Kaki kanan diangkat menyilangi kaki kiri. Senyum ditabur lagi. Wajah mulus Aida yang  memandang riba si tatap. “Saya tak salahkan awak, Aida. Manusia secara normal memang akan buat kesimpulan dari apa yang dilihat. Awak tidak terkecuali. Itu biasa. Mungkin kalau saya ditempat Aida, saya juga akan berfikiran begitu. Tak ada salah dan dosanya. Cuma kita ni adakala lupa pesanan junjungan kita. Rasulullah. Jangan menilai sesuatu dari pandangan mata kasar. Selidiki dahulu. Yang paling baik, bertanya pada tuan punya badannya sendiri. Itulah yang terbaik. Sekurang-kuranganya kita boleh mengelakkan prasangka yang tak baik. Juga fitnah.”          Aida tunduk merenung riba. Tak sanggup rasanya mahu menatap wajah disebelah yang sudah menangkap dia dan Fyza berbual tentang lelaki ini. Eeei..malunya. Sungguh Aida rasa sangat malu. Lagi-lagi setelah mendengar kata-kata yang terluncur dari bibir Fazwan.  Namun Aida tahu dia harus meminta maaf atas keterlanjuran lidahnya berbicara tadi. Kepala perlahan diangkat. Pandangan mereka bertaut. Senyum dibibir Fazwan tidak terdaya dibalas. Aida malu sangat-sangat!          “Fazwan..”          “Hmmm..”“Saya minta maaf, Fazwan. Minta maaf sangat-sangat. Saya…saya tak sepatutnya cakap macam tadi tu. Awak betul. Saya sepatutnya bertanyakan terus pada awak. Bukan membuat telahan sendiri. Tolong maafkan saya, Fazwan.” Aida kemam bibir.           Fazwan geleng kepala. Huluran senyum dibibirnya buat Aida masih terus meniti.“Untuk pengetahuan awak, Aida…saya tak pernah ada isteri dan belum pernah beristeri lagi. Saya belum pernah lagi merasa jabat tangan tok kadi untuk lafaz ijabkabul. Tapi.. kalau tak percaya dengan apa yang terucap oleh saya tadi, Aida boleh semak dengan jabatan agama islam untuk pengesahan status diri saya. Saya yakin Aida akan dapat jawapan yang paling boleh dipercayai dan disahkan benar.” Fazwan senyum memandang ke arah Aida yang tertunduk. Mungkin masih malu dengan apa yang sudah terjadi tadi. “Aida..”Mata kembali beradu tatap. “Clear, hmmm.”          Aida telan liur untuk kesekian kali. Wajah tenang yang terus-terusan menghulur bingkisan manis yang terjuring di pinggir bibir cuba ditatap.“Err..tapi”          “Tentang Dian? Mama Dian? Kenapa Dian panggil saya daddy? Right?”          Dan Aida bagai tersihir. Kepala takzim mengangguk. Fazwan benar-benar dapat membaca apa yang tertulis di kotak fikiran Aida kala ini.          Fazwan senyum.          “Panjang ceritanya. Saya akan cerita pada Aida nanti, in shaa Allah. Kisah saya..kisah mama Dian…kisah papa Dian. Kisah kami berempat. Kisah yang penuh suka duka. ”          Aida kerut dahi.”Berempat? Termasuk Dian juga?”          Fazwan geleng.          “Khalish Ariq.”          “Khalish Ariq?”          “Hmmm.”          “Err..siapa dia?.”          “Arwah suami mama Dian.”
          Dan rongga mulut Aida terbuka. Mata terkelip laju memandang ke arah Fazwan yang menjala anggukan tenang.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 12, 2013 19:40

November 7, 2013

Kerana Cinta Itu Ada Saktinya - Bab 11



Bab 11 "OK, HMMM?"
   Aida angguk. Laju. Mata tidak berkelip. Mulut yang selesai menjalankan tugasan kunyahan langsung tidak terbuka. Bagai tersihir. Tidak terdaya mahu membalas pertanyaan si tukang sihir didepannya ini.
   "Sedap?"
    Aida angguk lagi. Sama seperti perlakuan yang tadi. Sepasang matanya yang bersinar tidak terkalih dan termampu untuk memandang ke arah lain. Sungguh dia sudah tersihir dengan segala yang sudah dilakukan si pemilik nama Fazwan Anuar didepannya ini.
  Usai potongan oren disuapkan ke mulut Aida, Fazwan yang masih mekar menjala senyum menoleh ke sisi kiri seraya minta Fyza menghulurkan kotak tisu dimeja sisi di tepinya. Ditarik dua helai lalu dibawa ke hujung bibir Aida. Mata Aida tidak berkelip melihat apa yang sedang dilakukan Fazwan. Tubuh bagai si patung cendana yang dipasung. Tidak mampu bergerak. Jauh sekali mampu menolak. Hanya membiarkan sahaja diri diladeni oleh lelaki dihadapannya ini. Debar dihati usah dihitung. Bagai beliung yang diputar laju. Dari ekor mata Aida dapat melihat senyum Fyza yang tersimpul disebalik kening yang terangkat. Eeei Fyza nih. Nak gelakkan orang la tu. Jari-jemari diramas-ramas. Menahan gelodak rasa yang menggoncang pintu jiwa. 
  Fazwan senyum. Wajah mulus yang dapat dilihat dengan begitu dekat saat ini jelas sedang membendung perasaan malu barangkali. Garis-garis merah yang tercarik di kedua belah pipinya yang halus bak telur dikupas itu menjadi bukti. Tangan mencapai mangkuk bubur nasi yang masih suam. Dikacau perlahan. Mata dihala ke wajah didepan yang tidak berkelip memandang.
  Aida telan liur. Mata masih tidak berkelip memandang seraut wajah didepan yang menatang mangkuk berisi bubur nasi yang dihidangkan tadi buat dirinya. Melihat perlakuan Fazwan, Aida tidak tahu apa yang harus dilakukan. Diri benar-benar sedang disihir saat ini. Bibir sungguh benar sedang dikunci ketika ini daripada melontar kata-kata.
 Fyza elus pangkal hidung. Melihat apa yang sedang terhidang didepan matanya saat ini buat hati kecil perempuannya tersentuh. Tidak menyangka wujud rupanya tampan lelaki seperti Fazwan yang punya pesona bukan kepalang. Ingatkan cuma dalam kisah-kisah khayalan yang selalu dia tonton dilayar kaca sahaja. Mencuri pandang wajah Fazwan dari dari dekat buat Fyza sukar menafikan tarikan pesona lelaki ini. Dengan rambut hitam lurus kemas yang hampir mencecah lantai bahu penampilan yang cukup seksi dimata perempaun Fyza. Raut wajah bujur sirih bersih dilengkapkan dengan hidung mancung bersama sepasang mata yang sedikit bundar tersembunyi disebalik kacamata menambahkan kesempurnaan wajah lelaki ini dan melengkapkan kesempurnaan wajah lelaki ini pastinya lekuk didagunya yang paling menawan sekali. Issh, biar betul dia ni laki orang. Ntah-ntah abang chik salah faham kut. Melihat Fazwan yang mengangkat pula mangkuk bubur dia tahu pasti lelaki ini mahu meneruskan sesi suapan seterusnya. Nafas dah tak terdaya mahu dihela. Sesak sungguh dada melihat apa yang terhidang didepan mata. Kenapalah lelaki ini caring sangat. Mahu tergolek dah Fyza rasa saat ini melihat apa yang dilakukan Fazwan untuk Aida. Alahailah encik Fazwan yang handsome maut kenapalah awak ni tersangatlah manis. Issh, Fyza, istighfar. Suami orang tuh. Yalah, tau tu..tapi Fazwan ni kan, ya Allah awat la segak nak mampuih!    
    Fazwan penuh takzim mengacau bubur nasi yang ditatang. "Orang yang nak sembuh dari sakit atau dalam proses pemulihan, sebenarnya elok makan makanan yang lembut macam bubur nih."
  " Ya ker encik Fazwan?"
  Fazwan angguk. Mengiyakan pertanyaa Fyza yang melontar pandangan ke arahnya.
 "kalau kita baca hadis, Rasullullahpun menyarankan makanan begini. Makanan sebegini ibarat penawar yang dapat mencuci perut kita seperti kita membersihkan wajah kita daripada kekotoran."
  Fyza angguk kepala. 
 "Wah, hebat jugak pengetahuan encik Fazwan tentang amalan rasullullah ye. Saya yang dah lama hidup ni pun tak tahu. Main sumbat jer apa. Ikut rasa. Bagus ni. Tambah pengetahuan buat saya."
  Fazwan senyum. Tangan masih asyik mengacau lembut bubur yang ditatang.
 "Tak adalah sangat. Sikit-sikit jer cik Fyza. Lebih kurang macam tulah hadis daripada isteri baginda; Siti Aisyah yang saya masih ingat sebab setiap kali saya demam atau jatuh sakit, arwah mak saya memang selalu ingatkan amalan Rasulullah ini."
    "So, cik pesakit manja yang cantik dan comel..." Fazwan kembali angkat kening menala ke wajah mulus Aida. Fyza dah senyum manis mendengar lafaz kata-kata yang terluncur daripada bibir Fazwan. Dihala mata ke wajah Aida yang merona. Hai lah Aida, kau memang sungguh kena loteri hari ini..hehehe. 
   Fazwan hala kerdip mata ke wajah didepannya. Suring bibir melakar senyuman. Senyuman manis." kita makan bubur,hmmm. Nak sihat cepat kan? " Fazwan hala sudu ke bibir Aida yang terbuka kecil. Dua pasang mata berpadu pandang. Terjeda. Fazwan senyum lagi. Aida kemam bibir.
    Fyza yang menyaksikan apa yang terhidang didepan mata pantas lepas deheman. Dua pasang mata serentak memandang. Fyza tayang senyum kecil. Tubuh ditegakkan.
    "Encik Fazwan bagilah budak manja ni makan bubur tu ye. Biar saya ke bilik air isikan air dalam pasu untuk rose merah jambu yang encik Fazwan bawak tu ye. Nanti saya bagi bunga tu nampak lagi cantik dan kemas. Letak air bagi dia hidup lama. Orang yang sakit tu gerenti cepat baik nanti." Fzya angkat kening. Sengih. Aida besarkan mata. Issh Fyza nih. Takkan nak tinggalkan Aida berdua pulak dengan Fazwan dalam bilik nih. Fyza, janganlah. Aida seganlah. 
    Fyza bangkit daripada duduk. Rose merah jambu yang terhampar diriba Aida dicapai. Begitu juga dengan kotak pasu yang terbaring disisi Aida. Saat matanya bertembung dengan sepasang mata Aida yang melontar renungan cukup bermakna, Fyza melontar kenyitan bersama sebuahan leretan senyum. Jari jemari Aida pantas menghadiahkan cubitan halus ke lengan Fyza. Senyum Fyza tambah lebar. Fazwan hanya memerhati gelagat kedua-duanya. Senyum kecil terlontar. Langkah Fyza menuju ke pintu dihantar bersama sebuah debaran yang mengoncang hati. Saat tubuh Fyza hilang disebalik pintu, dapat dirasakan debaran dihati makin kuat bergema. Perlahan-lahan dibawa wajah menghala ke wajah berkaca mata didepan yang sedang tersenyum memandangnya. Tangan yang takzim menatang bubur itu ditatap. Dihulur tangan. Mahu menyambut mangkuk bubur yang berada ditangan Fazwan. Fazwan dilihat melabuhkan sudu didalam dakapan jari-jemari kanan.
   "Saya makan sendiri bubur ni ye."
    Fazwan senyum.
    "Kenapa? Tak nak saya suapkan? Segan,hmmm?"
     "Err...tak..bukan. Saya..saya nak makan bubur ni sendiri sebenarnya."
     "Tak nak saya suapkan,hmmm? Betul nih Aida?"
   Aida kemam bibir. Jantung sungguh mahu tertanggal dari tangkainya saat ini. Debaran didalam hati kencang tidak terkejar. Menghadap lelaki ini bersama renungan dan bilah kata-katanya yang bagai ada sakti tu Aida sungguh tidak terdaya mahu membalas. Segala kosa-kata dalam kamus kepala bagai terpadam. Fyza ,tolonglah cepat datang!
   Fazwan tolak cermin yang sedikit melorot dengan jari telunjuk kiri. Mangkuk bubur masih takzim ditatang. Perlakuan yang turut menangkap pandangan Aida. Kembali saling memandang. Aida kemam bibir saat matanya cekap ditangkap pandangan si tukang sihir didepannya ini. Fazwan hala sudu kembali ke bibir Aida.
   "Tahu tak Aida, saya tak pernah suap perempuan makan...kecuali arwah mak saya. Sungguh saya tak pernah. Tapi hari ini..." Fazwan jala senyum lagi." saya sungguh rasa nak suap gadis didepan saya ini. So, please Aida. Let me, hmmm." Fazwan angguk kepala perlahan. Isyarat. Kembali dihala sudu ke bibir Aida.
   Aida telan liur. Tanpa sedar kelopak bibir terbuka. Fazwan senyum. Sudu disua kedalam rekahan bibir yang terbuka bersama lafaz bismillah. Lafaz yang juga bersambut dihati Aida. Mulut mengunyah lembut. Perlahan-lahan. Aida cukup sedar perlakuannya sedang disaksikan oleh lelaki di depannya ini. Sudah tidak keruan dibuatnya. Bila diri menjadi tatapan sepasang mata lagi-lagi mata itu milik si tukang sihir yang punya kuasa sakti, sungguh Aida hilang arah.
  " Sedap tak?"
   "Sedap."
   "Nak lagi?"
   "Nak."
  Fazwan ketawa.
  "Kenapa ketawa?"
  "Saya suka tengok Aida makan. Rasa macam sedap tu berpindah pada saya."
  "Awak nak rasa bubur ni ke?"
  Fazwan senyum.
  "Kalau iya, Aida nak suapkan saya ke,hmmm."
  "Err.."
  "Tak berani?"
   "Bu..bukan."
    "Tak sudi,hmmm."
     Jeda.
   "Takperlah kalau orang tu tak sudi."
   Aida yang masih memandang wajah didepan kemam bibir. Tangan perlahan mencapai sudu ditangan Fazwan. Kening Fazwan terangkat kecil. Senyum dihati tersimpul. Aida perlahan ceduk bubur didalam mangkuk lalu disua ke bibir Fazwan. Mata dikerdipkan. Fazwan senyum. Manis. Aida tayang muka selamba walaupun dihati sudah membadai debaran. Tinggi mencecah gunung. Namun memikirkan kata-kata lelaki ini tadi, tidak tega rasanya dia memperlakukan Fazwan sedemikian biar segannya tidak terhitung bilah-bilahnya.
   Aida angkat kening. Sudu masih berlabuh diluar mulut Fazwan.
   "Tak nak rasa? Ke..tak sudi saya suapkan?" Aida takzim melabuh redup tatap ke wajah tampan berkaca mata didepannya ini. 
   Senyum Fazwan terus mekar. Bibir mengorak kelopaknya. Terbuka. Sudu ditangan Aida bergerak perlahan-lahan mencecah mulut Fazwan. Kembali tertutup saat segala isi didalam sudu hilang ditelan gua kecil didepannya. 
   Fazwan kunyah perlahan. Penuh tertib. Aida takzim jadi pemerhati. Sudu ditangan sudah bertukar tangan. 
   "Hmmm. Nice."Fazwan sambung kunyahan. Sudu ditangan yang dicapai daripada tangan Aida dihala masuk ke dalam mangkuk bubur. Dikacau sedikit. " Sedap tu jadi bertambah sebab ada orang sudi suapkan. Hmmm, lama saya tak rasa orang suapkan saya makan macam arwah mak saya dahulu."Fazwan tabur senyum. Sudu yang berisi bubur dihala ke bibir Aida. Mata mereka bertaut lagi untuk kesekian kalinya. Ada rasa indah yang mengetuk pintu hati Fazwan. Rasa yang sama juga sedang mengibar-ngibarkan desir dendangnya ke jendela hati Aida. Jiwa dihembus bisik-bisik yang mendebarkan. Dihela nafas perlahan. Dan untuk sekali lagi bibir Aida mengorak kelopak menanti suapan yang dihulurkan si tukang sihir didepannya ini. Bergantian sudu saling berpindah tangan. Dan perjalanan sesi yang dihiasi bualan yang bersulamkan senyum dan bertabir ketawa kecil antara kedua berterusan hingga isi bubur didalam mangkuk selesai.
   Mangkuk yang sudah kosong isinya diletakkan kembali ke tempatnya. Fazwan kembali melabuhkan duduk disisi Aida. Gelas berisi air suam dicapai lalu dihulur ke arah Aida.
 "Kena minum air banyak,hmmm. Come..minum." Dihala ke bibir Aida. Sekali lagi bibir Aida mengorak kelopaknya. Tersihir untuk kesekian kalinya. Ucapan terima kasih yang berhiaskan senyuman terdesir perlahan. Fazwan angguk. Gelas air suam yang sedang dinikmati Aida masih takzim dipegang Fazwan. Saat bibir Aida melepaskan muncung gelas, sepasang mata Fazwan dilihat takzim menatapnya.  Aida kerdip mata. Tubuh gelas dipegang hujungnya.
  "Awak nak minum ke?"
  Fazwan senyum.
  "Kalau awak sudi nak berkongsi dengan saya."
  "Awak tak kisah ker minum air yang dah saya minum."
  "Tak ada salahnya. Bukannya bertukar racun pun air lebihan yang awak minum. Dan kalau sungguh kalau bertukar racun sekalipun, saya rasa ia takkan mampu mendatangkan mudarat pada saya kerana saya tahu...racun itu akan bertukar menjadi penawar saat ia mencecah bibir saya. Nak tahu kenapa?"
 Aida angguk. Lurus. Fazwan kembali melontar senyum manisnya.
 "Bukankah kita sudah berkongsi suapan tadi. Pasti penawar dari bibir awak sudah berpindah masuk ke bibir saya. Penawar sakti yang menjadi perisai buat diri saya dari sebarang ancaman hatta racun paling berbisa sekalipun,hmmm." Fazwan lontar kerdip mata bersama juraian senyum. 
  Aida telan liur untuk kesekian kalinya. Mata dan seluruh tubuh sungguh-sungguh dihembus sihir yang tidak terdaya ditangkis dengan apa juga mentera. Bibir dikemam. Wajah berkaca mata yang terus menjaring ulas senyum manisnya yang menghiasi wajah berdagu nan berlekuk ini tidak terdaya dikalih dari terus merenungnya. Ombak debaran dihati sudah hebat membadai seluruh pelusuk jiwa. Jantung memacu dengup kencang. Laju. Jari-jemari saling meramas debar. Mata dihala ke pintu yang jeda tertutup. Susuk tubuh yang dinanti masih tidak menampakkan bayang. Fyza...cepatlah masuk. Apasal laa kau tinggalkan aku lama-lama dengan dia ni. Tahu tak dia ni ada kuasa sakti macam tukang sihir. Issh, Fyza ni. Mana pulak tak balik-balik. Pergi tanam pokok bunga ros haper dalam bilik air tuh!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2013 08:48

April Snow's Blog

April Snow
April Snow isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow April Snow's blog with rss.