Muhammad Fatrim's Blog, page 2
January 18, 2013
Review Novel : MENTAL - Shaz Johar (Buku Fixi)

Tajuk Buku : MentalTulisan : Shaz JoharTerbitan : Buku FIXIJumlah Mukasurat : 299 msHarga : RM 19.90
Sinopsis Novel MENTAL:-Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya. Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan. Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad! Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.
Review Aku ;Jujurnya aku suka dengan tajuk, cover dan sinopsisnya. Aku tak pernah nak mahu mendapatkan novel Shaz Johar sebelum ni. Entah, aku sendiri tak pasti, mungkin sebab review atau bintang dua novel dia sebelum ni di goodreads kot. Atau aku memang memilih dalam membaca padahal dia ni antara penulis Fixi yang mesra peminat (akulah tu). Sudah, abaikan celoteh aku yang tak punya isi itu. MENTAL! Ini novel pertama Buku Fixi yang aku beli direct dari penulis untuk dapatkan tandatangan okey. Yang FIRST untuk novel Fixi ada sign. Oh! Patut aku minta cop tapak kaki Miss Snow White sebagai cenderahati, entah, aku pun tak tau masa tu kenapa aku tak minta. Tapi aku dapat rasakan yang Miss Snow White mesti ada landing atas buku aku ni, Eh! Okey, melalut lagi. Maaf. Review ni... nyata aku kerasukan Mental!
Aku tak tahu kenapa aku baca buku ni lambat sangat. Dari rumah sambil guling2 ala-ala filem hindustan, novel ini aku bawa ke pantai di tepi batu-batuan sambil tengok ombak beralun-alun, lepas tu ke keretapi yang bergerak sambil menikmati pemandangan matahari terbenam dan.. masih tak habis BACA!Pagi tadi, bangun aje dari tidur. Aku terus baca novel Mental ni sebab nak buat review hari ni. MESTI! Sebab apa? Ada banyak novel FIXI nak baca ni nok! Kebetulan memang semalam aku letak novel ni sebelah aku seolah-olah sama nak tidur dengan aku. Eh! Buku Mental, kau perkosa aku ke malam tadi ke? Hmm.. abaikan!Sambil baring tu, aku baca satu demi satu helaian, separuh juga nak baca lagi. Masa tu sampai bab yang Rashid ugut Maya entah untuk kali ke berapa ntah untuk potongkan tangan dia dengan kapak. Mental aku baca! Nasib baiklah aku still dapat ikut lagi flow cerita ni. Ala.. bukannya aku kena mengira matematik algebra pun sampai nak ingat formula.Aku still sesak nafas baca 5 bab pertama dengan adegan-adegan tutup mata itu dulu. Aku teruskan baca dan baca. Ada lagi tinggal dalam 20 helai nak ending. Aku baru sedar, aku langsung tak dapat teka apa sebenarnya yang berlaku. Choi!Aku tengah kena tipu ke apa? Ada aku tertinggal mana-mana bab sebab aku belum cuci muka ke? Takde rasanya... aku sambung baca yang masa si Maya tu dalam wad mental. Lepas tu Rania datang sapa dia bagitau dorang orang gila. Aku suspeklah memula tu, yang Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid, Rania dan sekali dengan si Maya ni penghuni wad Mental, tajuknya pun Mental kan. Aku anggap, senang bebenor idea Shaz Johar ni, tengoklah ending.. sure betul ni, desisku dalam hati.APAKAH?!! Sampai 5 helai kertas terakhir barulah semuanya terbongkar! Sah! Sah tekaan aku meleset! Dan aku boleh katakan, adegan-adegan tutup mata awal antara Tuan Jin dan Maya tu tak haram! Aku simpulkan, orang yang membaca dan anggap adegan itu menyimpanglah yang Mental (termasuk aku!). Endingnya yang tak disangka-sangka! Serius! Mental betul aku baca ending tu!!!
Shaz Johar! Bravo! Bravo! Kau telah mementalkan aku! DAN, aku rasa akulah orang PALING RUGI sebab baca buku ni lambat. Aiya!
Bintang : 5 bintang!
(Ada aku kesah! Aku bagi macam tu kat goodreads tau, ikhlas!)
P/S ~ Kalau nak baca novel MENTAL ni, bukalah minda tu luas-luas ya, jangan anggap sesuatu benda tak baik je, baca dulu baru buat penilaian. Okey! Takde masa nak tarbiah orang. Aku suggest, kau orang dapatkanlah novel ni. Ini baru FIXI!
Published on January 18, 2013 04:50
Review Novel : Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy (Kaki Novel)

Tulisan : Dayana Darwisy
Terbitan : Kaki Novel
Jumlah Mukasurat : 688 ms
Harga : RM 22.00 (Semenanjung)
RM 25.00 (Sabah/Sarawak)
*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.
Sinopsis Novel CINTA ITU MILIKKU:-
Perkahwinan mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail. Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.
Athirah memendam rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai isteri tetap dijaga dengan rapi.
Tanpa diduga mereka telah dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar kata.
Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.
REVIEW AKU;Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel ini. Tahniah buat umi Dayana Darwisy yang menghasilkan sebuah novel sebaik Cinta Itu Milikku. Suka sangat dengan novel ini seolah-olah tidak percaya, ini adalah novel pertama penulis. Cinta Itu Milikku cukup asam garamnya.
Saya sangat suka perjalanan ceritanya, ia sebenarnya lari dari tema kahwin paksa yang tipikal dan itulah yang menyebabkan saya mendapatkan novel ini. Nyata, setelah mula membaca10 bab pertama saja sudah cukup mencuit hati untuk meneruskan pembacaan. Ada-ada saja kata-kata Athirah dan Mikhail yang melucukan dan membuatkan pembaca terbuai dengan gelagat mereka.
Selain itu dalam keluarga Athirah pula terjalin satu hubungan kekeluargaan yang mesra antara Athirah & abang-abang susuannya. Satu perspektif yang jarang penulis ketengahkan, dan kerana abang-abang susuannya inilah juga antara penyebab yang membuatkan Mikhail banyak kali salah sangka kepada Athirah. Apatah lagi, hubungan Athirah dan abang-abangnya itu sangat erat.
Bagi pendapat saya, Bab 59 merupakan turning point bagi novel ini. Perkataan BINGKISAN CINTA merupakan kuasa kepada novel ini. Setelah lama Athirah dan Mikhail tidak bersama, saya rasa bagai mahu menangis membaca dialog-dialog semasa Mikhail cedera ditikam peragut, terutamanya dialog di bawah..
"Se.. sekiranya berlaku a... apa-apa ke atas abang, sayang jaga diri baik-baik." Mata Mikhail perlahan-lahan terpejam.
Pembacaan di 10 bab terakhir juga sangat mendebarkan kerana banyak perkara yang berlaku. Penulis bijak menyuntik elemen-elemen saspen hingga terkadang pembaca menyangka ada perkara lain yang bakal berlaku terutamanya semasa menjengah bab terakhir. Tahniah penulis!
KESELURUHANNYA...Apa yang ingin disampaikan dalam novel ini adalah; sikap saling mempercayai pasangan kita itu adalah penting untuk sesuatu hubungan, selain itu apa yang dilihat tidak semestinya benar. Sesungguhnya, manusia yang jahat itu boleh berubah, janganlah sekali-kali kita menghukumnya hanya kerana SATU kejahatan yang dia buat, kita kena lihat walau SETITIS kebaikan yang pernah dia lakukan. Nilai kekeluargaan itu adalah asas kepada pembentukan peribadi seseorang.
Tahniah Umi DD, sebuah cerita yang sangat menarik dan sarat dengan pengajaran yang nampak biasa tapi berguna. Tak puas membacanya, rasa macam nak baca lagi! Tahniah! Tahniah! Tahniah! ^____^
Perkataan saya suka dalam novel ni;Oh! Dia sendiri tidak faham dengan hatinya sendiri akhir-akhir ini. 'Pergaduhan' mereka begitu membahagiakan hatinya. Gila!
Bintang : 4.5 bintang
p/s ~ bila terbaca Felda yang mereka pergi kat Johor tu, teringat pula keluarga angkat di Felda Ayer Itam Johor, apalah khabar mereka sekarang.. moga semuanya baik-baik saja. ^_^
Published on January 18, 2013 04:29
December 10, 2012
~ PROMOSI! PROMOSI! JUALAN HUJUNG TAHUN! MAI DAPATKAN CEPAT~

Tajuk Novel : GENG KARIPAP
ISBN : 968-967-365-141-2
Terbitan : Fajar Pakeer (FP Junior)
Mukasurat : 148 m/s
Harga : RM 12.00 (Semenanjung)
RM 14.00 (Sabah/ Sarawak)
Pada 16 Oktober 2012 bersamaan hari Khamis. Maka terbitlah novel pertama saya berjudul GENG KARIPAP bersama penerbit FAJAR PAKEER untuk novel Pra Remaja FP Junior. Novel ini adalah cetusan saya untuk membantu perpustakaan sekolah supaya mempunyai banyak lagi buku untuk bacaan mereka. Besar azam saya kan? Takpe, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
~Sedikit Blurb Sinopsis~
Setiap dari kita mempunyai azam, begitu juga Rania. Azam baru Rania sempena penggal baru adalah menjual karipap. Kirana dan Lisa yang diberitahu hal tersebut menganggap menjual karipap sebagai perkara yang menyusahkan. Namun begitu, itu bukan bermaksud Rania mahu berputus asa, dia meneruskan azam itu. Tanpa di sangkanya, Kirana dan Lisa turut menjual karipap sebagai tanda sokongan kepada persahabatan mereka.
Kehidupan sebagai penjual karipap bermula, dua minggu berjualan, mereka terserempak dengan geng budak nakal yang cuba mengugut mereka. Rania cuba menentang kerana marah dengan tindakan geng nakal tersebut. Namun, semasa cuba menyerang, seorang gadis bertudung merah datang dan membantu mereka. Geng budak nakal tumpas.
Sejak itu, setiap kali mereka ditimpa masalah, gadis bertudung merah akan datang membantu. Rania, Lisa dan Kirana berdepan pelbagai dugaan, mampukah azam mereka diteruskan atau tinggal angan-angan. Siapa gadis bertudung merah yang selalu membantu mereka? Ayuh! Kenali Geng KaripapBacalah “Karipap! Karipap! Karipauntuk mendapatkan jawapannya.
*******************
Sekiranya ingin membeli daripada saya. Harganya adalah RM 12.00 tetapi belum masuk lagi caj penghantaran. Setakat ini saya menggunakan POS DAFTAR & POS EKSPRESS untuk setiap penghantaran.
KIRAAN JUALAN ;
RM 12.00 + RM 2.00 = RM 14.00 (POS DAFTAR) ~ SELURUH NEGARA
RM 12.00 + RM 3.00 = RM 15.00 (POS EKSPRESS) ~ SELURUH NEGARA
RM 12.00 + RM = RM (POS LAJU) ~ Semenanjung
RM 12.00 + RM = RM (POS LAJU) ~ Sabah/ Sarawak
~Kos Pos laju belum ditanyakan lagi sebab belum pernah digunakan untuk penghantaran sebab novel kecik je~
*Saya akan tanggung kos pos yang ada sen. PROMOSI HUJUNG TAHUN katanya. Tapi betterlah korang guna je pos ekspress, selain murah, cepat sampai lagi. Novel tu kecik je, berat kurang 200 gram. 2 kali saya hantar pakai pos ekspress (SABAH & SEMENANJUNG) hantar hari ni (before jam 1 pm), esoknya sudah sampai.
BERMINAT? Beritahu saja saya. Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat umur. Budak seumur 7 tahun ke atas paling digalakkan (boleh mewarna sekali katanya). Apa tunggu lagi, kesian adik yang masih sekolah, anak buah kecik dan juga Adam dan Hawa anda yang minat membaca. Takkan korang je yang nak baca novel. Ingat, Membaca itu kan jambatan ilmu. Mulakanlah dari kanak-kanak lagi. ^___^
p/s ~ Promosi itu sebenarnya bukan pada harga buku. Tapi pada kos penghantaran. Patutnya kalau POS DAFTAR tu RM 3.20 kosnya, dikurangkan jadi RM 2.00. POS EKSPRESS tu digenapkan RM 3.00 dari RM 3.50. Jom Dapatkan untuk Adam dan Hawa anda, adik2 anda yang masih bersekolah dan anak-anak buah comel anda. :)
Published on December 10, 2012 14:59
November 27, 2012
~Bila bekas wartawan majalah masakan interview novelis. Motippp?~~

Untuk makluman, saya memang seorang bekas wartawan majalah masakan bernama THE COOK. Tak tahulah wujud lagi ke tak majalah itu, sempat berada di sana semasa menjalani praktikal. Jadi, saya gunakan bakat saya yang sedikit untuk membuat temubual dengan seorang novelis yang menulis salah satu cerpen keluaran Buku Hitam Press.
Sebab kenapa saya membuat temubual ini meskipun skop kerja saya berbeza adalah kerana beliau juga seorang yang suka upload gambar-gambar makanan sedap di laman sosial beliau. Jadi, rasanya tak salah kan kalau masuk ruangan ini.
Jadi apa sebenarnya Koleksi Cerpen 'LARI DARI SYURGA' ini? Maaf, perbualan kami terputus kerana karenah birokrasi.
Sila ke laman blog Cik Mellyana Sara salah seorang antara penulis Koleksi Cerpen 'Lari Dari Syurga' ini dan juga laman blog Encik PUBLISHER untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.
^____^
P/s ~ Sila dapatkan novel ini secepat mungkin, ruangan temubual ini telah ditolak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ngeee... ^__^
Published on November 27, 2012 02:15
November 8, 2012
~Novelis Melur Jelita di NLKO TV 9 hari ini~

Bunda Melur Jelita akan bersiaran di program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) TV9 hari ini pada jam 9.25 pagi. Beliau akan membicarakan novel kedua beliau berjudul 'I LOVE YOU STUPID' dalam segmen Kaki Buku NLKO. Jangan lupa tonton. Sebuah novel yang sangat luar biasa! ^___^
Published on November 08, 2012 16:40
October 18, 2012
Yeay! Terbit novel pertama.

Tajuk Buku : Geng KaripapHarga : RM 12.00 (Semenanjung)RM 14.00 (Sabah/Sarawak)Terbitan : Fajar Pakeer ISBN : 978-967-365-141-2 #Baca Sinopsis Geng Karipap (KLIK)
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan akhirnya novel pertama saya telah terbit.
Legalah juga hati ini selepas melihat covernya yang sangat 'MERAH JAMBU' ini.
Rasa nak tergelak pun ada.
Rasa tak percaya pun ada dengan buah tangan sulung ini.
Ini merupakan satu permulaan buat saya.
Excited juga bila ada buku sendiri.
Dulu selalu lepak kedai buku 2, 3, 4... 5 jam pun pernah.
Aku memang hantu membaca buku.
Kini, rasa macam segan silu pula nak masuk kedai buku.
Bercerita mengenai buku ini, saya siapkan manuskripnya sudah lama.
Saya sudah fikirkan watak ini sejak dulu lagi untuk sebuah cerpen simpanan.
Lama-lama tu sibuk belajar, sibuk dengan assignment, saya simpan saja cerpen itu sehinggalah saya tergerak hati mahu membuatnya dalam bentuk buku.
Akhirnya berhasil dan saya hantar kepada penerbit dan lulus penilaian.
Masa tu gembira macam menang sesuatu.
Pelbagai pengalaman yang saya tempuh sepanjang mahu mempunyai sebuah buku.
Kalau ikutkan ini buku kedua saya, tapi apa boleh buat.
Ada hikmah dibalik semuanya.
Eh! Tacing-tacing pula.
Korang jangan baca saja,
belilah untuk adik-adik korang, anak buah korang ke.
Insya ALLAH,
buku ini menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang mudah difahami dan santai.
Untuk menempah pergi klik SINOPSIS dekat atas tu.
P/S~ Next novel maybe bulan januari 2013. Tunggu! Eh! Jangan lupa beli yang ni tau. Terima kasih semua!
Published on October 18, 2012 08:51
Review Novel ~ BISIK tulisan Syaihan Syafiq

Tajuk Novel : BISIKPenulis : Syaihan SyafiqTerbitan : FIXI (2012)Mukasurat : 295Harga : RM 18.90
Sinopsis Belakang Buku:Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun di pangsapuri baru, Mikael mula hilang ingatan dan didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya. Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.Apakah punca bisik-bisik yang menggangu Mikael? Dan siapakah Nazzman yang sebenarnya?
Ulasan Aku:BISIK, sebuah novel yang sepatutnya sudah lama aku miliki.Novel ni aku rembat semasa gi jalan-jalan dekat Kinokuniya, Suria KLCC. Nak rembat novel Suami atau Isteri sebenarnya. Tapi sayang pula kalau tak baca Bisik dulu, yang tu lambat pun takpe. Aku suka novel jenis-jenis psiko2 ni. Kalau tak caya tanya kawan blogger aku Cik Merah Jambu. Aku ni duk tanya Cik Merah Jambu banyak tentang Psikologi. Kesian dia menjawab soalan-soalan aneh aku. Dahlah aku ni sememangnya aneh dan pelik. Jangan marah ya Cik Merah Jambu.Okey, okey balik pada review. Aku sebenarnya dah lama baca dua bab awal BISIK yang sememangnya menarik untuk dibaca di laman web FIXI. Aku suka sangat cara penulisan santai penulis masa baca 2 bab awal tu.Sepanjang aku membaca novel ni, aku rasa momentum penulisan penulis ni dari awal sampai akhir tu memang terbaik, dia konsisten je menulis, ada-ada saja perkara kecik yang buat kita ketawa even masa tu serius seriau. Macam tak caya yang ni novel pertama beliau. Congrats Syaihan Syafiq! BISIK mengisahkan seorang lelaki bernama Mikael yang menghidap ‘Disociative Identity Disorder’. Salah satu penyakit psikologi. Ceritanya bergerak dengan agak sederhana. Kira pace dia tu tak terlalu laju dan tak terlalu lambat. Sedang-sedang saja macam lagu Iwan dan Amelina tu, yang sedang-sedang saja. Ish! Ada kaitan ke? Ada beberapa babak yang aku paling suka antaranya yang kucing-kucing tu sebab itu merupakan turning point dia jadi psychotic. Dan reveal kenapa cover tu sang kucing tu. Selain tu, novel ni menyentuh sosio para remaja masa kini. Tentang kawan-kawan baik Mikael yang tut... (tak boleh disebutkan, baca buku ya. Kira, walaupun kawan-kawan dia macam tu, tapi dia still berkawan juga. Walaupun pelik, tapi bagi aku sudah si Mikael ni pelik, sah-sahlah kawan-kawan dia pun pelik sekali. Sat, LBGT tu orang pelik ke? Ish-ish, pandai2 je aku istilah gitu. Lebih baik aku istilahkan mereka melawan normal, simple. Lagi satu babak nak potong2 mayat tu, gila psiko! Kalau baca memula tu, macam kelakar pula nak beli kapak bagai, tapi bila baca balik, errrmmm... kalau aku ni lemah jantung, aku skip je. Hihi. Anyway, bila dah baca ending memang tak sangka. Aku pun terperangkap, ish-ish. Tahniah sekali lagi ya penulis.Entah kenapa lah tangan aku ni malas tul nak menaip, nak review light-light je sebab aku habiskan baca novel ni kat KL Sentral masa tu, ngah2 baca tu ada makcik yang minta tolong aku tekan ATM, tu yang aku separa sedar, e’eh.. aku dah habis baca ke tak tu. Tetiba plak masuk watak makcik minta tolong tekan ATM, hmm... eh! Melalut! Sori!
Bintang : 4.79 bintang!
p/s~ Aku syorkan korang belilah novel ni, sure tak rugi.Terima Kasih!
Published on October 18, 2012 04:33
September 14, 2012
Review Novel : MURTAD tulisan Hasrul Rizwan

Ulasan Aku: Pertama kalinya aku mencapai kepuasan maksima dalam pembacaan novel. Aku dapat rasakan novel ini BERBEZA dari awal aku lihat cover dan sinopsisnya di wall facebook FIXI sekitar bulan jun lalu. Sejak itu, aku sering baca reviewnya yang disharedekat wall facebook FIXI. Alhamdulillah, semasa Pesta Buku Sabah (7.09.2012) lalu, aku tekad mendapatkan novel ini selepas memegangnya meskipun masih ada 5 novel lain yang bersaing hebat untuk aku beli didepanku. Nasib baik novel ini yang aku pilih dan aku tak menyesal. Okies! Review, review, asyik-asyik mukadimah.Novel MURTAD ini memilih nama watak yang bagi aku sangat bertepatan. Adam dan Akhil, dua orang kembar seiras yang digambarkan sangat kacak, bermata sepet dan berwajah Thailand (kena cari hero Thailand ni kalau jadi filem). Mereka mempunyai persamaan dari segi rupa, ketinggian, bentuk badan, fesyen rambut. Aku perasan juga, mungkin kerana nama dan gaya mereka sama, kadang-kadang sang penulis terkeliru bilamana Adam menjadi Akhil, Akhil menjadi Adam. Tapi aku tak kisah, itu kesalahan kecil je. Bagi aku pun dua-dua sama. Waima, kadang-kadang aku pun terkeliru, ekeke…Apa yang paling aku suka, watak utama ini menggunakan bahasa Kedah sebagai bahasa percakapan mereka. AWESOME! Kedah patut bangga. Banyak perkataan yang sangat melucukan, tapi ada juga perkataan yang agak censored untuk disebutkan. Penulis sangat bijak bermain dengan emosi pembaca, tiba-tiba serius ada pula nama Azwan Ali, baru nak terketar, ada pula nama Neelofa dan Haliza Misbun. Dan-dan ada robocop! Penulis sangat pandai menenangkan pembaca, aku tak sangka, ingatkan cara penulisannya serius gila, rupa-rupanya dari awal hingga akhir semua melucukan. Mungkin bahasa Kedah punya pasal noo…Bila aku mula membelek novel ini aku tak expect apa-apa. Tapi aku dapat rasakan pembacaan aku mesti menarik. Mengisahkan Adam dan Akhil yang datang ke Kuala Lumpur dari Kedah, Akhil menemani abangnya Adam untuk menghadiri interview. Tapi entah kenapa Adam marah benar dan terus keluar dari ruangan interview.Kemudiannya mereka bertembung pula dengan satu kekacauan bilamana mereka ternampak seorang gadis dikasari oleh sekumpulan lelaki samseng. Dengan jiwa yang berani, Adam menyelamatkannya. Wow! Bukan saja kacak, kuat juga macam robocop! Kakakaka.. (amboi hang). Dalam pada masa sama, seseorang memerhatikan gerak geri mereka dari jauh, orang itu mengekori mereka sehingga Adam dan Akhil pergi ke sebuah surau. Mereka berdua bermalam di sana.Esoknya, selepas solat subuh. Dua beradik kembar itu mengambil keputusan untuk stay di KL, cari kerja, cari rumah sewa macam perantau lainnya. Iyalah, balik ke kampung pun tiada apa di sana.Semasa Akhil mencabut sebatang rokok, dia ternampak sekeping kad dilekatkan pada plastik di belakang kotak rokok itu. Kad itu ditarik dan dibaca. Kad berwarna hitam itu ditenung, tiada alamat dan nombor telefon. Hanya tertera alamat dan sepotong kalimah dua syahadah. Akhil bertanya Adam, Adam tidak tahu dari mana dia mendapat kad tersebut tapi dia mengatakan itu mungkin kerja kosong buat mereka. Mereka terus pergi ke alamat itu dan menemui serta ditawarkan sesuatu yang benar-benar mengejutkan mereka. (RUJUK SINOPSIS).Maka bermulalah segalanya, maka bermulalah juga perjalanan mereka, bermulalah perjalanan cinta mereka juga. Keseluruhannya, aku suka cara penulisan penulis ini, ada banyak benda yang aku tak tahu, aku belajar, contohnya solat sunat qobliyah subuh iaitu solat sunat yang nilainya dikatakan lebih berharga walau dipertaruhkan seluruh isi dunia ke atasnya, maka ia tak menyamai apa yang ALLAH swt ganjarkan pada dua solat sunat qobliyah subuh ini pada mereka yang mengerjakannya. Aku yang tak berapa pandai bab agama ni kemudiannya maklum dan terus google. Tak sangka ada benda yang aku belajar dari sebuah novel. Selain itu, aku paling SALUTE cara penulisan bersahaja penulis ini, sangat-sangat bersahaja. Aku dapat rasakan penulis adalah penulis alaf baru yang membuka dimensi pembacaan baru pada anak-anak muda. Aku jadi makin sayang pada agama aku. Pertama kali aku tengok tajuk ni, memang aku pun terkejut, apa benda ni. Tapi aku tahu, harus ada yang cuba disampaikan penulis. Maklum, gejala MURTAD kian berleluasa, baru-baru ini saja dua orang Islam di Pulau Pinang memohon menukar agama dan semuanya seolah-olah dipandang ringan saja. Belum lagi beratus atau mungkin beribu permohonan lain serta yang menyembunyikan status agama masing-masing. Seolah-olah menukar agama itu macam tukar kasut. Kadang-kadang, ramai perempuan Islam sanggup menukar agama kepada agama suami kerana ingin berkahwin dengan mereka. (Adegan dalam Drama ‘Tanah Kubur’ di Astro Oasis itu sebagai contoh).Sedih pula apabila agama dipermainkan, tapi kita sebagai orang Islam macam buat tak tahu saja. Main tengok, maklum dan hanya jadi perbualan tangga Mak Senah, Mak Jemah, Mak Kiah dan Janda Siah. Pelik kan? Malahan aku pernah kenal satu budak ni masa PLKN dulu, katanya mak dia Islam, ayah dia Kristian. Terkedu aku! Seharusnya, hukuman pada orang yang MURTAD ni dikuatkuasakan! Masya ALLAH.. dunia akhir zaman. (Maaf teremo pula)Kepada pembaca lain, tak salah kiranya kalau kita membaca sesuatu yang di luar wadah pembacaan yang selalu kita baca. Tak rugi kalau kita mencuba sesuatu yang baru, macam makanan, hari ni kita makan nasi lemak, esok makan lain pula, takkanlah nak makan nasi lemak saja kan? Mungkin ada beberapa perkataan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak membacanya. Tapi aku rasa bila perkataan itu ditukar kepada sesuatu yang lain pun. Mesti novel ini nampak biasa-biasa saja. Ala, kita sendiri boleh fikir, takkanlah lepas baca sebuah novel saja terus jadi jahat pula. Takkan lepas baca novel kita nak rosak minda pula. Ya dak?
BINTANG -----> 4.5 bintang
PERSOALAN???
Apakah Akhil dan Adam akan benar-benar berhenti memburu orang murtad? Mungkinkah ada sesuatu berlaku? Banyak kemungkinannya ni. Mungkin juga ada sambungan?
P/s~Tak pernah lagi aku review novel panjang gedebak macam ni dan pertama kali juga aku kena belek untuk pastikan mana satu Adam dan mana satu Akhil. OMG!! Teringat, tetiba ada pula Zombi kat novel Murtad ni. APAKAH?
Published on September 14, 2012 01:59