Muhammad Fatrim's Blog
March 11, 2016
Cerita 2015 Seorang Ayim ^_^

Cerita 1. Setelah lama tidak berblogger. Muncul balik sebab baru ingat password bagai. UiTM di bawah Fakulti Filem Teater & Animasi (FITA) telah menganugerahkan saya ANUGERAH PENULIS PROLIFIK sempena FITA DAY yang berlangsung di Dewan Agung Tunku Canselor (DATC) UiTM. Antara anugerah tertinggi di dalam kerjaya saya sebagai penulis adalah yang satu ini. Semoga saya akan rajin-rajin menulis lagi. Fokus saya adalah novel walaupun di universiti saya belajar semua jenis penulisan termasuk skrip, dokumentari, filem, iklan dan sebagainya. Bagi saya, fokus tu penting. Marilah sama-sama memajukan diri sendiri. Yeayy!

After all, itulah cerita 2015 saya yang diceritakan pada MAC 2016. Sekadar mengisi blog bersawang-sawang ni. ^_^
Love, AYIM.
Published on March 11, 2016 00:37
March 6, 2014
Rampas laki orang? Eh, BUKAN!!! Kita Rampas novel terbaru saya berjudul 'TEMAN ROH'.

SINOPSIS TEMAN ROH :
SURAYA, personaliti TV 13, sering mendapat nota misteri mengenai figura rama-rama. Satu hari Suraya membaca berita mengenai Ryzal , seorang pelakon terkenal tanah air yang hilang dan dipercayai sudah meninggal dunia. Secara tiba-tiba, Suraya bertembung dengan Ryzal yang tidak mampu dilihat orang lain kecuali dia!
Suraya terpaksa menerima kehadiran Ryzal sama ada suka ataupun tidak kerana Ryzal mahu Suraya membantu dalam usaha mencari jasadnya yang hilang.
Mampukah Suraya memenuhi permintaannya? Siapakah yang bertanggungjawab atas kehilangan Ryzal? Apa pula kaitan nota figura rama-rama yang sering diterima dan TEMAN ROH tanpa diundang itu?
SEDUTAN NOVEL TEMAN ROH :

PRE ORDER NOVEL TELAH DIBUKA SILA LAWATI UNTUK SEBARANG URUSAN PENEMPAHAN NOVEL -->http://www.roman.com.my/
Pages Novel Teman Roh sebuah novel karya Muhammad Fatrim --> Pages Novel TEMAN ROH sebuah karya Muhammad Fatrim
Salam Manis,
FATRIM SYAH
Published on March 06, 2014 03:52
December 31, 2013
Selamat Tinggal 2013, Selamat Datang 2014~
Assalamualaikum Wbt,
Alhamdulillah. Masih bernafas. Masih bernyawa. 2014.
TERIMA KASIH 2013 yang penuh dengan kenangan. Alhamdulillah.
Kenangan Terindah saya di tahun 2013;
1. Selepas setahun setengah, akhirnya sambung belajar ke Fakulti Filem Teater & Animasi. Rasa muda balik, eh!
2. Akhirnya ada novel dewasa sendiri ASRAMA - sebuah novel Muhammad Fatrim yang diterbitkan oleh FIXI pada MAC 2013.
3. Menyertai Pesta Buku Antarbangsa Kuala Lumpur 2013 dan novel ASRAMA antara yang terlaris dengan jualan melebihi 1K dalam masa seminggu Pesta Buku berjalan. Alhamdulillah.
4. Novel mendapat cetakan beberapa kali. AMIN.
5. Menyertai Pesta Buku Selangor 2013.
6. Beberapa buah antologi cerpen diterbitkan antaranya Untuk Separa Tuhan, Aku Naik Saksi, Fobia dan terbaru Maut Sebelum Ajal.
7. Beberapa buah manuskrip berlainan penerbit lulus penilaian dan bakal terbit 2014.
8. Dicalonkan dalam Anugerah Novelis Newcomer Karnival Novel 2013 dan mendapat UNDIAN TERTINGGI dan diumum sebagai pemenang.
9. Ke Negeri Kedah buat pertama kali untuk amik awards. Naik bas 7 jam dari KL ke Kedah, pastu balik naik train 10 jam.
10. Tak balik Hari Raya Haji, sedih.
11. Dapat Anugerah Dekan. Alhamdulillah.
12. Dapat Anugerah Cerpen Terbaik dan Anugerah Novel Terbaik bagi Kursus Penulisan Kreatif UiTM.
13. Akhrnya tinggal luar sewa rumah. Agak sayang pada kolej sebenarnya, eh!
14. Jumpa novelis-novelis kegemaran antaranya Ramlee Awang Murshid, Aisya Sofea dan Ain Maisarah.
15. DAN, segala kenangan yang tak dapat coretkan di sini
ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.

Published on December 31, 2013 10:08
November 27, 2013
Tiket Movie Cuma 6 HINGGIT! KAMI HISTERIA!!!!!

SALAM HORMAT. 12.12.2013 ni korang free tak? Ke, ada yang pergi majlis CHE TA & ZAIN SAIDIN kat SACC sehari sebelum tu? Jika takde aktiviti, bolehlah membuang STREES seketika.
Kami dari Fakulti Filem Teater & Animasi (FiTA) MENJEMPUT anda untuk turut sama menonton Filem 'KAMI HISTERIA' pada tarikh di atas pada jam 8.00 malam. Para artis yang berlakon juga turut sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Ia akan berlangsung di DEWAN AGUNG TUNKU CANSELOR (DATC) UiTM Shah Alam. Paling best, bukan saja ANDA adalah orang terawal menonton filem ini sebelum ditayangkan tahun hadapan, malah harga tiket juga BERBALOI-BALOI. Cuma 6 ringgit! Ada cabutan bertuah, layan movie best dan lepas stress. Jika berminat dan mahu mendapatkan tiket, hubungi 013-3110733 (AYIM/PAT). Terima Kasih. ^_^
TRAILER KAMI HISTERIA BOLEH TENGOK DI BAWAH ---> TRAILER KAMI HISTERIA
Detail mengenai event ini ---> https://www.facebook.com/events/155973317945018/
Published on November 27, 2013 17:36
August 12, 2013
Update Blog Bersawang! Salam Lebaran Semua. :)

Fuh! Lama sungguh daku tak nulis kat belog ni. Kalau dulu hari-hari ada je yang aku nulis. Mungkin sebab aku dah jadi penulis novel tegar makanya lama tak update, fuh! Sawangnya tu.... Maka hadir aku ke sini untuk 'hai-hai' kepada kawan-kawan blogger lain. Apa khabar anda semua? Moga sihat selalu.
Raya Ke-6 baru nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Memang so.. so lambat! Orang malam raya dah nulis, ada yang sejak malam raya dah berpuluh gambar letak kat belog. Adapun saya ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, salah silap di mata. Maaf zahir dan batin.
Bolehlah jeling-meling gambo raya kat bawah. Tak banyak amik, biasalah orang biasa-biasa saja. Segan nak amik gambar bebanyak. :d

JAP!!!
Ha, sambil tu aku nak promo e-novel baru aku berjudul 'GILA! AKU SUKA DIA?. E-novel ni aku letak kat Laman Web Novel Melayu Kreatif milik Kaki Novel. Insya ALLAH lepas ni ada novel bersama syarikat penerbitan tersebut.
E-novel ni mengisahkan 3 jejaka bujang terlajak yang mencari cinta. Bila namanya lelaki, mulut ni memang berat nak cakap romantik bagai. Adapun ditulis mengikut pemerhatian dan pengalaman orang lain, just ada sedikit pengalaman sendiri, eh!
Nak baca klik je gambar cover kat bawah ni. Nanti akan terus ke laman web tu. :)

p/s --- Raya tahun ni agak meriah sikit sebab jenjalan banyak tempat. Melawat sanak saudara dan baby2 yang baru lahir. Tapi paling ingat baby sepupu belah emak, comel sangat, lahir masa Ramadhan juga, nasib baik perempuan, kalau lelaki berebut nama dengan budak nakal kat atas tu. Nama baby tu NUR KASIH. Erm! Fefeling bilalah nak ada anak sendiri kan? Eh! :d
Salam Lebaran,
Fatrim Syah@Guy Next Door.
Published on August 12, 2013 17:31
April 21, 2013
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2013), Teruja noksss!

Teruja sungguh gamaknya. Iyalah, tahun lepas tak menyempat. Amik ko sekali 4 session, puas hati terlebih tu. Bapak over!
Inilah 5 buah novel FIXI yang baru diterbitkan.
2 set kombo manakala 3 lagi single mingle! (Bapak teruja nak guna baucer buku rembat!)
Dah, tak dapat cakap banyak. Meh jenguk jadual penulis pula.

p/s --> overnya jadual aku! Takpelah. Jika ada perubahan kelak akan diberitahu kemudian. Moga semuanta berjalan lancar. JEMPUT DATANG! ^___^
Published on April 21, 2013 13:35
March 27, 2013
Tempahan Novel ASRAMA terbitan FIXI
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua,
Korang semua diharap sihat sejahtera hendaknya. Maaf berblogging kini semakin jarang kerana kesibukan dalam kuliah yang juga kebetulan amik kursus writing. Jadi, siang malam 24-7 adalah writing dan writing.Okey, takut korang tarik kening pula baca cerita panjang berjela aku, jadi novel plak kang.
Maka dengan ini aku memaklumkanpesanan/ order novel ASRAMA tulisan saya terbitan FIXI dibuka bagi yang mahu menempah DIRECT dengan saya.
Cuma, jika anda mahukan lebih banyak buku termasuk ASRAMA boleh ke laman web FIXI untuk menempah. Ada six pack giteww.. eh! Maksudnya ada 6 buah buku dalam 1 tempahan dengan harga berpatutan.
Maka, kita hidang dulu gambar cover untuk semua, nak promosilah tu kan.
Sekiranya ada yang berminat, sila pm saya di FB dengan nama, alamat dan nombor telefon. Tempahan akan dibuka sehingga jam 9.00 malam (jumaat) sebab sabtu ada sesi pelancaran novel ini di KB1M UTC Pudu Sentral Kuala Lumpur pada jam 1.00 petang hingga 2.00 petang, jemput datang juga.
Cara-cara pembayaran adalah seperti berikut ;
Saya ada 3 akaun bank iaitu BSN, MAYBANK dan BANK ISLAM. Oleh kerana agak bahaya nak letakkan nombor akaun, pada sesiapa yang menempah, saya akan pm cara pembayaran secepat mungkin di FB anda. Mungkin malam ni kot. :)
Thanks. ^___^
p/s ~ bookmark adalah limited kepada 50 pembeli pertama sahaja, selebihnya akan dapat cop tapak kaki kucing yang sedia berterima kasih. hik hik :)
Korang semua diharap sihat sejahtera hendaknya. Maaf berblogging kini semakin jarang kerana kesibukan dalam kuliah yang juga kebetulan amik kursus writing. Jadi, siang malam 24-7 adalah writing dan writing.Okey, takut korang tarik kening pula baca cerita panjang berjela aku, jadi novel plak kang.
Maka dengan ini aku memaklumkanpesanan/ order novel ASRAMA tulisan saya terbitan FIXI dibuka bagi yang mahu menempah DIRECT dengan saya.
Cuma, jika anda mahukan lebih banyak buku termasuk ASRAMA boleh ke laman web FIXI untuk menempah. Ada six pack giteww.. eh! Maksudnya ada 6 buah buku dalam 1 tempahan dengan harga berpatutan.
Maka, kita hidang dulu gambar cover untuk semua, nak promosilah tu kan.

Cara-cara pembayaran adalah seperti berikut ;
Saya ada 3 akaun bank iaitu BSN, MAYBANK dan BANK ISLAM. Oleh kerana agak bahaya nak letakkan nombor akaun, pada sesiapa yang menempah, saya akan pm cara pembayaran secepat mungkin di FB anda. Mungkin malam ni kot. :)
Thanks. ^___^
p/s ~ bookmark adalah limited kepada 50 pembeli pertama sahaja, selebihnya akan dapat cop tapak kaki kucing yang sedia berterima kasih. hik hik :)
Published on March 27, 2013 21:15
March 20, 2013
For real? Aku Penulis FIXI?!!!!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Diharap semua sihat (ayat macam yang lepas2 je?). Okey, sila cubit diri sendiri, sila ketuk kepala dengan pensel.
For real? Aku penulis FIXI?!!
Aku tak pernah menyangka semua ini menjadi satu KENYATAAN. Baiklah, mari aku ceritakan bagaimana semua ini bermula.
Sebagai seorang penulis, biasanya sesuatu itu bermula dengan bacaan. Buku pertama FIXI yang aku baca adalah NGERI nukilan kak Gina Yap Lai Yoong dan aku sangat tertarik dengan buku tersebut sebab aku pernah ada idea 50% sama seperti buku tersebut, cuma cara pembunuhan itu tidak seperti yang kak Gina buatlah. Idea itu aku present untuk PROJEK AKHIR - DIPLOMA SHOWCASE and it was rejected kononnya lecturer tak mahu ada lagi cerita seram atau cerita hantu bagai. My GOD! Punah ranah hati ini ketika itu, padahal takde seekor pun entiti atau makhluk selain manusia dalam cerita tu! It was a psycho story kot!
SO, bila aku baca NGERI,aku BANGGA!
Sebab ada juga yang membukukan idea tersebut walaupun bukan 100% sama.
Perkara ini mendorong aku untuk terus membaca buku-buku FIXI dan dari situ timbul minat untuk menulis dengan FIXI.
Hari-hari setiap kali buka FB akan intai-intai aka skodeng laman pages FB FIXI dan juga twitter FIXI. Nasib baik tak naik ketumbit kan? (korang pun sama macam aku kan skodeng2 FIXI gak kan?)
So, suatu hari tu...
Aku ternampak sesuatu.
FIXI letak sebuah trailer film dan mengajak para pembaca dan penulis untuk menghantar sebuah cerita berjudul ASRAMA.
Aku masa tu terus aje tulis tak fikir apa-apa sebab bagi aku PERCUBAAN PERTAMA itu penting. Percubaan pertama menulis dengan FIXI tu. Sebelumnya aku sudah biasa mengalami penolakan manuskrip sebab biasanya aku menaip cerita-cerita thriller yang kurang diambil penerbit, ada yang setahun nilai lepas tu cuma mahu di e-book kan. Ada pula sebulan nilai, tapi cuma komen panjang berjela je balasan dan ada juga seminggu nilai, hanya dengan jawapan THANK YOU, CUBA LAGI.
JADI,
aku langsung takde masalah kalau FIXI tolak, asalkan aku cuba.
Rasanya sebulan atau kurang aku terima emel dari pihak FIXI beserta komen 10 panel yang pedas-pedas berbisa giteww. Rata-ratanya positif, takde pula yang komen negatif, masa tu aku curious, ni aku lulus penilaian ke?
Takde pula aku baca direject. Last-last aku baca komen Encik AMIR yang terakhir dan katanya sila siapkan draft pertama!
Okey, pada hari yang sama aku terus draftkan 28 bab ASRAMA dari awal sampai habis.
Dalam masa sebulan ia terus siap dan aku hantar.
My GOD! Encik Amir call dan kata akan release PBAKL 2012,
masa tu aku dekat Sabah, cuma 3 bulan itu impian aku satu langkah saja.
Rasa tak percaya dengan apa yang berlaku.
Namun, atas beberapa sebab ia tak jadi, aku sendiri merasakan ada kekurangan dalam manuskrip tersebut dan aku tak tahu apa bendanya.
Selepas beberapa bulan, pihak FIXI memberikan seorang editor untuk membimbing aku.
Alhamdulillah. Aku tak tahu nak cakap apa pada Encik Amir dan juga editor itu. Masa tu aku terus buka mata aku luas-luas.
DAN akhirnya Muncullah..
Tajuk Novel : ASRAMA
Penerbit : Buku FIXIPenulis : MUHAMMAD FATRIMISBN : 978-967-0374-29-1
Mukasurat : 288
Harga : RM 19.90
Baca SINOPSIS ASRAMA klik SINI.
Terima kasih Encik AMIR MUHAMMAD selaku penerbit Buku FIXI yang memberi saya peluang dan menghargai bakat-bakat muda. Semoga kita akan bekerjasama lagi untuk masa-masa akan datang. Tak tahu nak cakap apa, peluang ini terlalu besar, saya rasa banyak lagi perkara yang saya perlu pelajari. Terimalah ASRAMA dengan seadanya. Alhamdulillah. :)
p/s ~ pre-order online akan dibuka esok 22 Mac 2013 (jumaat) melalui penerbit iaitu FIXI bersama sebuah lagi buku baru berjudul KLCC. Sekian. :)

Published on March 20, 2013 17:17
January 26, 2013
Bekas Wartawan Majalah Masakan Tumpang Glamer Pun Nak Jadi Penulis! Motippp..!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Harap semuanya sihat-sihat belaka ya.Oh! Pasal tajuk tu. Ya! Anda masih ingat lagi bila saya ada temuramah seorang penulis novel LARI DARI SYURGA hari tu? Tak ingatlah tu, iyalah, siapa nak melawat blog bersawang aku ni kan. Ni link nya 'Bila bekas wartawan majalah masakan interview novelis. Motip?
Korang nak tau, oleh sebab hari tu masa aku temuramah penulis tu. Aku siap bagitau itu tugas terakhir aku dan aku takde kerja lepas tu. Dia kata penerbit dia ada projek nanti. For sure aku nak. Maka suatu hari tu, penulis tu ada contact aku. Katanya, penerbit ada projek antologi cerpen. Aku pun grablah.
DAN... aku tak sangka. Aku berjaya tersenarai. Lepas ni nampaknya kena tukar profesion jadi penulis ajelah. Paling-paling kena ketuk dengan pembaca je. Pasal Majalah Masakan tu, aku tak tau wujud ke tak lagi. Hari tu aku ke kedai tak pula aku nampak majalah tu lagi, ke dia kehilangan pekerja terbaik macam aku. Oh! Makin panjang, makin melalut pula.
Okey! Abaikan semua perkara yang AUTA tu.
Mari! Kita tengok cover sempoi buku koleksi cerpen berjudul 'UNTUK SEPARA TUHAN' ni... lawa ke tidak?
Tajuk : UNTUK SEPARA TUHANPENULIS : Khalil Zaini, Arif Zulkifli, Ilma Asmadi, Syaihan Syafiq, Wassim Fairuz, Siti Nazariah, Azhar Ibrahim, Fikri Misti, Nora Muharam, Ahmad Syukri, Ahmad Solihin, Raisya Nordin, Musalmah Munira, Farid Arif, Syafie Mahyani, FATRIM SYAH, Ariff Masrom, Salleh Razak, Fatin Nadhira. Fikri HarunTERBITAN : Buku Hitam Press ISBN : 978-967-113-685-0HARGA : RM 25.00 termasuk pos. Yang beli by hand maybe RM 20.00~SINOPSIS UNTUK SEPARA TUHAN~
BOLEH jadi tanpa sedar kau dengan angkuhnya menganggap dirimu maha mengetahui - menjadikan kau manusia separa tuhan - menjatuhkan hukum benar dan wujud hanya pada apa yang kau LIHAT dan TAHU. Sedang selainnya semata-mata tipu dan plasu. Sedarlah kau tidak diciptakan tuhan yang separa dirimu itu dengan satu mata di hadapan dan satu lagi di belakang untuk melihat seluruhnya, bahkan akal pemberiannya yang membezakan kau dengan binatang itu juga punya daerah terlarang!Buku ini bakal dilancarkan pada 3.FEBUARI.2013 di Pesta Buku 1 Malaysia kat PWTC nanti. Sodih aku tak dapat datang. Sebabnya aku ngah berhanimun kat Sabah ni ha. Nak tengok cara tempahan, boleh ke blog publisher BUKU HITAM PRESSp/s ~Serius, aku bersyukur sangat sebab tersenarai antara 20 ni. Semoga kepada sesiapa yan membeli buku ini berpuas hati dengan tulisan aku yang biasa-biasa itu. Tapi aku JAMIN yang lain-lain punya tulisan tu pasti hebat!!!!!

Published on January 26, 2013 23:53
January 18, 2013
Review Novel : Lelaki Versi Dia -Aireen Aryana (Kaki Novel)

Tajuk Buku : Lelaki Versi DiaTulisan : Aireen AryanaTerbitan : Kaki NovelJumlah Mukasurat : 415 msHarga : RM 19.00 (Semenanjung)RM 22.00 (Sabah/Sarawak)*Daftar sebagai ahli KN, dapat diskaun RM 4 & penghantaran percuma.
Sinopsis Novel LELAKI VERSI DIA;Lelaki itu hilang ingatan semasa berada di luar negara dan menjadi anak muda yang liar.
Sebagai seorang ibu, Zita terpaksa menipu Wan Aakif dengan menyatakan bahawa anaknya itu telah pun bertunang untuk membawa Wan Aakif pulang ke tanah air.
“I dengar kita dah bertunang dekat enam tahun. For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.”
“What?! Are you kidding?”
Penolakan demi penolakan daripada Arwin Raisha sedangkan Wan Aakif benar-benar jatuh cinta membuat Wan Aakif nekad untuk kembali mengingati kisah silamnya. Adakah kisah silam itu mampu menyatukan mereka? Dan adakah Arwin Raisha masih tegar untuk tidak mempeduli Wan Aakif sedangkan dari dulu hati wanitanya sering menyeru nama lelaki itu? Lelaki versi dia, membuat Arwin Raisha pening kepala.
“Wan, kalau awak nak saya anggap awak sebagai tunang saya, awak nak saya jatuh cinta pada awak, awak janji. Lepas awak dapat balik ingatan awak, awak janji tak tinggalkan saya. Boleh tak?” ~ Arwin Raisha.
Review Aku;Alhamdulillah, selesai juga pembacaan novel Lelaki Versi Dia (LVD) yang sangat comel ini. Ini pertama kali saya membaca karya Aireen Aryana atau dikenali dengan nama Rinsya Chasiani. Sebelumnya saya belum pernah membaca karya beliau di blog.
Secara keseluruhannya jika diikutkan saya tak puas membaca kisah Wan dan Win ini. Namun, perlu diakui walaupun ia mungkin dikategorikan nipis tetapi masih tetap sebuah karya yang menarik. Penulis memilih untuk menulis novel ini dalam cara santai tetapi sangat menyeronokkan.
Pada awal pembacaan bab pertama sebenarnya saya kurang faham siapa yang sedang bercakap dalam dialog. Ini mungkin kerana di awal ini nama watak ditulis panjang tetapi dalam dialog menggunakan panggilan Wan dan Win. Apapun, ia bukanlah masalah, baca ajelah sekali lagi kalau kurang tangkap kan. Memang lucu juga membacanya, iyalah, kecik-kecik lagi dah pandai admire orang. Amboi!
Mengisahkan Win yang menyukai Wan dalam diam tapi Wan tak pernah layan, lelaki itu bersikap dingin kepadanya. Kesian juga Win, tapi apa boleh buat, cinta budak-budak, lagipula make sense lah kot Wan tak nak layan. Sehinggalah Wan menyambung pengajian di luar negara mereka terpisah, Win agak sedih tetapi apabila meningkat dewasa Win mulai mendidik hatinya untuk melupakan Wan. Sehinggalah suatu hari Abang Izz iaitu abang kepada Win memberitahu yang Wan akan balik ke Malaysia dan akan ditunangkan dengannya. Tapi masa itu, Win masih belum percaya. Sehinggalah Auntie Zita iaitu ibu kepada Wan Aakif meminta pertolongannya bagi memulihkan anaknya yang hilang ingatan, dia juga menceritakan apa yang terjadi pada Wan serta betapa Wan jauh terpesong daripada landasan agama.Win menganggap itu kerja gila dan dia tidak mahu membantu. Tapi setelah dipujuk oleh seorang yang bernama ibu yakni ibu Wan Aakif. Win akhirnya bersetuju. Dalam pada masa sama, Wan pula mulai berubah, dia mengikut semua kehendak Win. Malah, hari demi hari sayang itu ditunjukkan kepada Win. Win merasa terkejut, manakan tidak, dulu dia yang terkejar-kejar Wan sampai sanggup sekolah di tempat sama dengan Wan, malah menghantar banyak hadiah kepada lelaki itu. Kini, Wan pula yang umpama terkejar-kejar. Hubungan mereka makin akrab, Win pula merasakan Wan benar-benar sayang kepadanya.Hinggalah....Semasa majlis pernikahan mahu dilangsungkan. Wan mengambil keputusan untuk balik ke US. Win hilang punca, dia cuba mencari Wan secepatnya dan minta penjelasan, akhirnya dia menemui Wan di airport. Wan akhirnya memberitahu dia sebenarnya sudah pulih ingatan. Win terkejut, tapi dia juga punya maruah, dia menahan Wan dan meminta dia menikahinya. Dan apa yang terjadi?
Kenalah dapatkan novel ni.Bagi yang mahu membaca sebuah novel santai dan mahu gelak sambil membaca hingga pecah perut, silalah dapatkan LVD. Novel yang boleh menghilangkan stress anda walaupun masa tu anda sedang sakit hati.
Pengajarannya, kalau kita suka seseorang tu, sukalah dengan ala kadarnya saja, mungkin orang yang kita suka tu sukakan kita juga, tapi dia tak mahu tunjuk. Selain itu, janganlah cepat membuat penilaian, apa yang dinampak tidak semestinya benar, siasat dulu kebenarannya sebelum timbulnya fitnah. Samalah macam kita di dunia ni, baru pandang sekali je dah fikir macam2.. alangkah baiknya kalau sesama kita tak ada buruk sangka. Insya ALLAH...
Tahniah Rinsya, tahniah! Tahniah! Tahniah! Jika ada karya kedua dia, pasti aku beli!
Perkataan aku suka dalam novel ni ;
Masalahnya Wan Aakif versi tunang aku adalah lelaki yang hilang ingatan. Apa penyakit tu? Anaemia? Anastasia? Ke.. animalia? Aku bukan budak sains, okey!
Bintang – 4 bintang
p/s ; Aku dulu pun ada juga minat dekat seseorang ni, tapi Tuhan lebih sayangkan dia. Moga dia tenang di sana. Al-Fatihah...
Published on January 18, 2013 05:12