Shima Rostam's Blog, page 32

June 6, 2016

Special Ramadhan & Syawal: Berikan Aku Peluang Mencintaimu -1

Assamualaikum w.b.tLambat pulak hari ini update kat sini...Tengah pening kepala letak banner..Lazada ada special Raya.. Klik je kat banner tu..Gerenti berbaloi bershopping raya di Lazada.
Ini pengalaman saya tau.. Memang selalu shopping kat situ. 
Okey cukup pasal shopping... Alhamdulillah hari ke dua puasa. Pasti lebih bermaknakan? Pergi terawih tak?
Bercerita pasal Ramadhan dan raya ni, saya nak buat special entri untuk cerita Berikan Aku Peluang Mencintaimu. Kisah si cilik Zara pulak kali ini....
Nah.. Special BAPM-1
Interframe Mama dan Papa Zara dulu.. Lepas tu Zara pulak ek... Hihi...
“Mama...”
“Ya sayang..” jawab Riya tanpa memandang wajah Zara. Tangannya tangkas melipat kain yang bertingkat di hadapannya. Semalam dia ada terlihat iklan mesin lipat kain di dalam facebook. Tiba-tiba terasa bahunya ringan, senangnya kerja lipat melipat ni apabila ada mesin tu. Mesti kena beli. Kalau tak setiap minggu berlonggok kain nak kena lipat.
Macammana tak banyak kain baju yang dibasuh, jika berpeluh sikit tukar baju. Papa dengan anak perempuannya sama perangai. Riya yang pening kepala dengan telatah mereka. Bila Riya bersungut-sungut, suaminya terus cakap ambil maid. Tapi dia tak nak. Tak nak orang asing berada di rumahnya. Biarlah dia penat sikit pun tak apa, asalkan segala yang ada di dalam rumah ini ada sentuhannya.
Manakala suaminya pula tidak mahu dia penat buat kerja rumah. Tapi bila Syed Al-Aiman menolong, bertambah banyak pulak kerja dia. Sebab dia cerewet dalam bab mengemas, memasak dan melipat pakaiannya. Ada je yang tak kena, jadi suaminya mengalah. Dibiarkan Riya buat sendiri.
Kadang kala tu, disebabkan Riya sibuk dengan hal rumah mereka, Syed Al-Aiman merajuk. Seminggu dia tak bagi Riya sentuh kerja rumah. Layan dia dan anak sahaja. Sanggup dia melarikan mereka sekeluarga ke Cherating, bercuti di sana. Riya geleng kepala. Anak dengan papa sama naik, manjanya. Takkanlah nak berkepit dua puluh empat jam!
Huk ..huk...
“Mama demam lagi?” soal Zara. Pantas tangan mungilnya menyentuh dahi Riya. Riya geleng kepala.
“Mama dah sihat. Batuk sikit-sikit je. Zara panggil mama kenapa? Lapar?”
“Taklah... apa ya ? Lupa dah nak tanya apa,” jawab Zara sambil berfikir. Sebab takut mama demam lagi, dia jadi lupa nak tanya apa.
Riya senyum. Gaya Zara sudah macam gaya papanya bila berfikir. Siap dengan berkerut kening dan gosok dahi.  Idola Zara adalah papanya. Dia mahu jadi seperti papanya bila besar nanti. Riya pula yang pening kepala. Semakin lama semakin terserlah Zara meniru gaya papnya. Dari cara makan, berfikir dan juga belajar.  Syed Al –Aiman selalu meluangkan masa membantu Zara membuat kerja rumah. Zara juga dihantar belajar di kumon, smart reader kid, kelas piano dan karate. Menurut Syed Al-Aiman, ini adalah untuk masa depan anak mereka. Zara pula suka dan minat. Jadi Riya tak kisah, asalkan terbaik untuk Zara. Dia meneruskan kerjanya melipat pakaian. Pakaian di hadapannya masih lagi menimbun tinggi, Riya mengeluh.
‘Banyaknya lagi nak kena lipat ni, pinggang dah lenguh. Kaki dah kebas. Kepala pun dah pening. Ini baru seminggu aku demam. Kalau sebulan sakit, entah-entah dah tak nampak lantai bilik dah.
“Darling papa berdua ni buat  apa? Serius sangat nampaknya. Sampaikan papa balik pun tak dengar,” tegur Syed Al-Aiman.
“eh.. papa dah balik. Yeahhh.. “ Zara terus menerkam Syed Al Aiman. Hampir terjatuh Syed Al Aiman dibuatnya.
“Lipat kain, berlambak! Bilalah nak habis ni,” sungut Riya. Dia menghampiri suaminya, dihulurkan tangan untuk bersalam. Syed Al-Aiman terus memautkan tubuh Riya ke dalam pelukannya. Sebuah kucupan hinggap di dahi Riya.
“I miss you.”
“I miss you too.”
“Abang nak amik maid, tak nak. Sekarang merungut,” bebel Syed Al-Aiman.
Bibir dicebik. “ Riya tak suka orang asing dalam rumah kita. Abang pula bukannya behave sangat. Depan anak pun nak beromantik,” sungut Riya pula.
“Itukan contoh yang baik. Biar Zara tahu, papanya sayang sangat kat mama.”
“Papa!”
“Mama!”
“Ya sayang..” jawab mereka serentak. Sekejap mereka terlupa Zara ada ditengah-tengah mereka.
“Zara penatlah dikepit tengah-tengah ni. Nanti makin kecil pulak tubuh Zara ni. Sebab tersepit.”
Serentak Riya dan Syed Al Aiman ketawa.
Hahaha....
Si kecil mereka ni, ada sahaja kata-katanya membuatkan mereka ketawa.
“Tadi Zara panggil mama kenapa? Nak apa?” Soal Riya. Dia dan Syed Al Aiman sama - sama merendahkan badan agar setara dengan ketinggian Zara.
“Esok puasakan?”
Angguk Riya dan Syed Al-Aiman serentak.
“Zara nak puasa jugak. Nanti bangun sahur kejutkan Zara jugak.”
“Zarakan kecil lagi. Nanti Zara besar sikit baru puasa.”
Zara geleng kepala.
“Zara dah besarlah mama. Tengok ni, Zara dah tinggi daripada mama,” ujar Zara sambil mengukur aras ketinggian mereka berdua.
“Nanti kalau puasa, tak boleh makan,tak boleh minum sampai ke petang.”
“ Hisap susu tak apakan? Sebab tak makan, tak minum.”
 Syed Al Aiman sengih.
“Kalau hisap susu pun tak boleh, nanti batallah puasa.”
“Habis tu kalau Zara lapar macam mana?”
“Sebab itulah mama tak bagi Zara puasa.”
Zara terus memberontak.  Mukanya tercebik-cebik, mahu menangis.
“Meh sini sayang...” Syed Al- Aiman menarik Zara ke ribanya.
“Apa kata Zara bangun sahur jugak.  Zara puasa, tengok boleh bertahan lama mana. Jika pagi tu Zara lapar, Zara makan. Lusa puasa lagi..”
Bulat mata Zara mendengarnya.
“Betul ni papa?”
Syed Al Aiman angguk.
“Tapi dengan syarat, kena cukupkan solat waktu. Berpuasa tanpa solat, kurang pahala. Solat lagi penting.”
“Okey Zara janji. Takkan tinggal solat lima waktu.”
Good girl. Sekarang ni dah solat asar ke belum?”
“Belum!”
“Zara pergi solat sekarang.”

Zara terus berlari naik ke biliknya.
“Sama laa tu, bukannya puasalah. Mesti pagi-pagi minta susu.”
“Biarlah sayang. Sikit-sikit.. lama-lama nanti dia okeylah. Jangan keras sangat dengan Zara.”
“Sayang dah sihat?”
“Batuk tak hilang lagi.”
“Kalau tak sihat lagi, esok tak payah puasa.”
Riya jeling suaminya.
“Ada ke macam tu. Sikit je pun.”
“Abang takut Riya tak tahan.”
“Bukan tak pernah puasa. Tiap-tiap tahunkan puasa. Lagipun kita dilatih berpuasa sejak kecil lagi. “
“Iya.. iya... abang tahu.”
“Sudahlah lipat kain tu. Malam karang abang tolong lipatkan.”
Riya mencebik. Mata dijuling ke atas.
“Terima kasih banyak. Riya hargai niat baik abang tu. Tapi tak payahlah. Nanti kerja Riya kena lipat balik.”
Syed Al Aiman ketawa lepas. Diheret Riya mengikutnya ke bilik mereka.
“Sementara Zara solat, biar papanya dulu bermanja dengan mama...” Syed Al – Aiman tersenyum nakal.




Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2016 17:24

June 5, 2016

Suamiku, Encik Perfect 10!

Eh.. macam tajuk novel je. Alaa yang hasil nukilan Syamnuriezmil tu. Drama ke filem dah terbitkan? Maaf saya tak tengok. Tapi saya lebih suka baca novel. Feeling dia tak sama dengan tengok cerita. Hahaha... Ni saya ya, bukan orang lain. Citarasa masing-masing tak samakan?
Ada yang suka baca novelAda yang suka menonton movies atau drama..
Hakikatnya mana ada suami perfect. Sebab perfect atau sempurna itukan salah satu sifat Allah Taala. Sebab itulah Allah Taala jadikan manusia ini berpasangan. Untuk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan suami ditutupi dengan kelebihan isteri. Begitu juga dengan kekurangan isteri ditutupi oleh kelebihan suami.
Hadiah Comel Yang Confirm Semua Penggemar Kucing Teringinkan Untuk Diri Sendiri


Suami saya pun tak perfect. Dia ada kekurangan dan kelebihannya. Begitu juga dengan saya. Saya ada kelebihan dan juga kekurangan. Tapikan bila saya renung balik, banyak yang lebihnya suami saya. Ahaks... Suami mesti kena lebih dari isterikan?

Contoh 1 : Pandai masak.
Suami saya pandai masak kari dan masakan mamak. Saya pulak fail masak kari. Tujuh tahun kahwin tak lulus lagi masak kari. Selalunya bila makan kari, Incik suami yang masak, terutamanya hujung minggu. Kalau ada orang bertandang ke rumah. Incik suami Cheff, saya jadi assistant Chef.
Contoh 2 : Rajin kemas rumah?
Dulu masa saya masih kerja, tunggu hujung minggu baru kemas rumah. Sekarang tak kerja, dah rajin kemas rumah. Tapi bila ada si kecik ni, kemaslah rumah beberapa kali sehari pun tetap akan bersepah dalam masa beberapa minit. Dan bila hujung minggu Incik suami akan kerah kemas rumah. Alasan saya, nanti-nanti saya kemas. Ahaks
Contoh 3 : Rajin mengaji
Owh... saya rajin baca novel. Ahaha... Selalunya saya kena kerah mengaji juga. Ok saya akui, suami saya pandai mengaji berlagu. Tapi saya fail. Suara saya tak sesedap suara dia. Tapi saya rajin jugak mengaji. Bulan Ramadhan ni, ada misi perlu dilaksanakan, Khatam Quran.
Contoh 4 : Bangun awal pagi.
Dulu.. kerja.. selalu bangun pukul 6 pagi. Sekarang ni bila dah jadi suri rumah segan nak bangun lewat. Jadi selalu saya cakap pada diri saya, kena bangun lebih awal dari Incik Suami, Hehehe... Jadi sekarang alhamdulillah pukul 5 atau 4.30 pagi saya dah bangun. Tapi ada jugak terbabasnya. Tak apa, Incik suami kan ada tolong kejutkan.
Contoh 5 : Bangun buat susu dan tukar pampers.
Dulu.. semasa kami PJJ, Ikram dengan saya. Jadi secara automatik saya akan bangun. Bila weekend Incik suami ada, automatik saya tak bangun. Ahaks... Bila dah tinggal bersama, kebanyakan masanya, Incik suami yang bangun. Hahaha.. yang ni tak boleh nak challenge.
Okeh.. cukup... See ada kekurangan dan kelemahan dalam pasangan masing-masingkan.. Sebab itulah bila kita terima kelebihan dan kekurangan itu, kita akan bahagia...
Nak tahu tip bagaimana mencipta bahagia, boleh dapatkan buku ini.


Kami juga pernah melalui detik sukar. Mana ada tak pernah gaduhkan? Dulu setiap hari bermasam muka jugak. Tapi lama-lama tu, mana boleh masam muka lama-lama. Tak bestlah. Tak boleh nak manja-manja.. Ahaks... 
Selamat tengahari!




Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2016 21:30

Mini Cerpen : Bibah Debab 11 (edited version)

Assalamualaikum w.b.t
Selamat bersahur dan berpuasa


"Tak habis-habis lagi nak buat scene kat sini?" Teguran daripada Azam mengejutkan mereka bertiga.
Adam jungkit kening sambil matanya menjuling ke arah Bibah. Azam pura-pura serius dan Adlina masih lagi menempel bersama-sama mereka. Bibah pula buat-buat diri halimunan, tidak peduli tiga orang manusia yang mengelilingi kubikelnya. Hendak menjeling Azam pun dia menyampah, tangannya ligat menyumbat segala barang-barang peribadi yang berada di atas mejanya ke dalam kotak kertas double AA.
"Bibah kau kemas barang ni kenapa?" Soal Adlina dengan lembutnya, masih lagi ingin menyibuk walaupun soalannya tadi tidak terjawab.
Segan pula mahu mengulang apa yang disoal tadi, bila encik Azam ada sekali. Aura Encik Adam ni memang telah memanah sekeping hatinya yang kehausan cinta. Takkanlah dia ingin melepaskan peluang mengenali siapakah Encik Adam ini yang sebenarnya. Hatinya berdetak cemburu apabila encik Adam yang entah siapa dan dari mana muncul secara tiba-tiba mengambil berat tentang Bibah Debab ni. Hebat kau Bibah, Encik Adam ni boleh menyendeng dekat kau.
Bibah buat-buat tak dengar. Rasanya dia tidak perlu menjawab soalan ambil berat daripada Adlina itu. Tahu sangat dengan perangai Adlina dan kawan-kawannya, tidak pernah baik. Jikalau baik pun ada makna dan dia yang terkena akhirnya. Bibah juga tahu, Adlina menyibuk di sini kerana adanya Adam, jika tak suara sindir-sindiranlah yang diterimanya.
"Kamu ni tak ada kerjanya Adlina? Menyibuk kat sini buat apa? Laporan cuti pekerja yang saya suruh sediakan mana?" Tegur Cik Maz yang baru tiba di situ. Sempat dia mendengar soalan yang ditanyakan oleh Adlina tadi. Apabila melihat Bibah buat tak tahu je dengan muka merah padam tu, Cik Maz tahu dia kena masuk campur dan menjauhkan mereka yang tiada kaitan dari sisi Bibah.
Sherry dan Mona yang turut sama mendengar teguran Cik Maz berpura-pura sibuk. Manakala Adlina terkulat-kulat di situ.


"Sikit lagi nak siap Cik Maz. Besok saya bagi." Adlina memberikan alasan.
"Sejak dari kelmarin lagi saya dengar sikit lagi nak siap tapi tak siap-siap juga. Pekerja syarikat ni bukannya sampai beribu orang sehingga mengambil masa berbulan-bulan hendak disiapkan. Saya nak laporan tu ada atas meja saya sebelum balik hari ini, FAHAM," arah Cik Maz tegas.
"Ba.. Baik Cik Maz" Jawab Adlina tergagap-gagap dan terkulat-kulat.
"Kenapa tercegat di sini lagi?" Lagi nyaring suara Cik Maz memberikan arahan. Semua yang berada di situ terdiam, namun tangan Bibah masih lagi ligat mengemaskan barangannya. Adlina tergesa-gesa pergi dari situ.
"Kamu Azam, nak jadi pak guard kat sini? Tak ada kerja ke?" Tegur Cik Maz dan menjegilkan matanya seolah-olah memberikan arahan supaya pergi dari situ. Azam sengih-sengih. Cik Su ni kalau keluar aura naga dia, kecut perut.
"Jangan nak cari pasal lagi Azam, pergi buat kerja kau. Kau yang pecat dia dan kau jugak nak jadi penyibuk kat sini. Biar Adam je tukang sibuk dan tukang pujuk si Bibah ni," arahan tersirat dari jegilan mata Cik Maz.
"Eh... Lupa plak saya, ada discussion dengan Encik Khalid jap lagi," Azam menepuk dahi seraya berlalu dari situ.
"Encik Adam? Awak nak tercegat kat sini sampai bila? Awak tahu tak ini pejabat bukan rumah yang boleh main-main cinta?"
"Erk.. baik Cik Sue eh bukan Cik Maz. Saya nak jemput tuan puteri saya ni balik," jawab Adam. tersasul pulak panggilan Cik Sue.
"Bibah cepat sikit kemaskan barang-barang tu," arah Cik Maz sebelum berlalu pergi. Tak perlu menunggu lama di situ kerana dia tahu apa yang sedang berlaku.
Tiga pasangan telinga lintah masih lagi dapat menangkap arahan itu saling jeling menjeling. Perasaan ingin tahu semakin kuat bertapak di hati mereka.
'Pandailah Cik Sue berlakon. Memang hebat. boleh jadi pelapis Fauziah Nawi dah. Tapi apa aku kesah, cepat ke lambat ke.. Biar Adam rasa menunggu itu menyiksakan. Surprises konon' Bebel hati Bibah.
Geram hatinya apabila Adam tetap setia dan tersenyum-senyum menantinya.


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2016 14:44

Anugerah Istimewa

Assamualaikum w.b.t
Selamat malam dan selamat berterawih. Malam pertama terawih. Mesti semua orang terujakan? Saya pun teruja dan gembira. Alhamdulillah dapat bertemu lagi dengan Ramadhan. Bulan gemilang bagi umat islam. Bulan keberkatan, Anugerah Istimewa Allah Taala kepada hamba-NYA. 
Bulan ini, bulan mengumpul harga akhirat. Excited sangat sebab jumpa Ramadhan setahun sekali je. Jadi ayuhlah semua. Manafaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh keberkatan ini. 
Sebab apa tau, sebab bulan ini adalalah bulan istimewa, sebagaimana sabda rasulullah s.a.w...

Anugerah Pahala Puasa Istimewa Datang Daripada Allah SWT
عَنْ أَبِي صَالِحٍ الزَّيَّاتِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ فَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ وَلِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفِطْرِهِ وَإِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ
Dari Abu Shalih Az Zayyat bahwa ia mendengar Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Allah 'azza wajalla telah berfirman; 'Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi-Ku, dan Akulah yang akan memberinya pahala. Puasa itu adalah perisai. Apabila kamu berpuasa, maka janganlah kamu rosakkan puasamu dengan rafats, dan jangan pula menghina orang. Apabila kamu dihina orang atau pun diserang, maka katakanlah, 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.' Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kesturi. Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Ia merasa gembira ketika berbuka lantaran puasanya, dan gembira ketika berjumpa dengan Rabbnya juga karena puasanya." (HR Muslim No:  1944)
Pengajaran:
1.  Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.
2. Puasa itu adalah perisai atsu pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta meninggalkan sesuatu yang diperintah.
3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab perbuatan dan perkataan yang buruk serta hina.
4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.
5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang enak, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.
6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:
Gembira ketika berbuka puasaGembira ketika berjumpa dengan Allah juga kerana puasanya.(Copy & Paste dari group WhatApps sekolah saya) 

Marilah kita bersungguh-sungguh untuk menyambut kedatangan Ramadan pada tahun ini. Semoga amal soleh kita bertambah.


Berusahalah untuk amalan terbaik ,  andaikan  Ramadan terakhir buat kita semua.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2016 06:51

June 4, 2016

Me Before You




Pagi ini saya on Facebook. Rutih harian skroll tengok status kawan-kawan pagi-pagi ni. Seronok baca status mereka ni. Ada yang sempat saya like dan ada yang saya sempat komen dan juga sempat baca je. Lepas tu terbacalah status pergi tengok ME BEFORE YOU. Tak tergugat lagi ni. Buat biasa-biasa lagi. Saya tahu ada novel tu dan saya tak pernah lagi baca novel penulis tersebut. Jadi no hal, nevermind.


RAHSIA PENULIS

Sebelum ni pun banyak dah tengok triler pasal movie ni. Nampak macam sedih juga. Cerita romantik ni rasanya slow skit jalan cerita. Mungkin saya akan rasa bosan. Ceh...

Lepas tu pagi ni baca lagi pasal member pergi tengok ME BEFORE YOU ni. Double triple tergugat ni. Nak pergi tengok movies? Confirm tak lepas ni. Esok pulak mungkin puasa. Hailah... Sabarlah duhai hati,


Tapi saya tak sabar. Kena baca jugak novel ni. Jeng.. jeng... Jari dah gatal pergi search encik google., terus ke goodreads. Kena baca review kat sana dulu. Betul ke best ni... Nah link jika korang nak juga tahu apa yang orang lain review. Salah satu komen kat situ..

"I just... I can't even pretend anymore, screw the book snobbery, I thought Me Before You was wonderful.

I laughed.
I cried.
I shipped like crazy.
I stayed up most of the night.
Being proven wrong may never have felt so good. " 

Wah... tergugat hati ai. Nak kena cari jugak ni. Cari kat google play booklah.. tak pun amazon.

Beli e-novel, lagi puas baca, boleh ulang-ulang. Bawak ke mana sahaja. Hahaha...

Yang tak suka baca novel.. boleh pergi tengok kat Cinema sekarang...


.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2016 22:00

Mini Cerpen : Bibah Debab 10 (edited version)

Assalamuaikum w.b.tSelamat pagi..
Jadi untuk hiburan di pagi ahad ni. menjelang Ramadan, saya bagi entri baru Bibah Debab. Selamat membaca semua!!
Mahu menjadi seorang penulis yang hebat? Saya boleh, anda pun boleh.Inilah dia 

RAHSIA PENULIS



Adlina, Sherry dan Mona mencuri pandang ke arah Bibah dan Adam yang baru keluar dari bilik Cik Maz. Wajah Bibah masih lagi sembap mungkin kerana baru bangun tidur. Bibah bergayut di lengan Adam, manja. Meluat mereka tengok. Tak sedar diri langsung. Adam pula, takkanlah tak ada taste, Adam tak habis-habis senyum. 
Sebaik sahaja pintu Cik Maz ditutup, mereka berjalan beriringan menuju ke kubikel Bibah. Mahu mengambil tas tangan Bibah. Tadi memang betul Bibah mengamuk sebab kena pecat, tapi sekarang dia rela kena pecat. Tak kerja seumur hidup pun dia sanggup. Sebab Adamnya dah kembali.  Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 2.30 petang. Bibah sengih sambil jeling Adam yang rapat di sebelahnya. Dia rasa jugak apa yang Adam rasa. Jika bukan sekarang ni mereka di pejabat, tentu sekali mereka terus bercerekarama dan beromantika de amour tadi. Ini Adam punya pasallah, tak kasi Bibah keluar walaupun perutnya memberontak minta diisi.
"Sayangg.. tunggulah. Laju benar berjalan ni, kenapa? Nak kejarkan apa?" Adam menarik tangan Bibah.
"Lapar," rengek Bibah. Adam tarik senyum. 
Penonton setia di situ sudah naik juling mata dan berdesir telinga apabila menangkap ucapan sayang dari bibir Adam. Apatah lagi mendengar rengekan mengada Bibah debab. Biar betul? Debab pun Bibah ada jugak lelaki hensem nak kat dia? Calit ubat pengasih ke hapa ni? Rasanya begitulah bicara mata mereka bertiga.
Nasib baik di bahagian akaun dan pengurusan ini, hanya terdapat lima orang pekerja sahaja. Kak Lida, seorang lagi pekerja bercuti bersalin. Memang patut pun tidak pernah muncul di sini. Kak Lida ni satu bahagian dengan Bibah, dia ditanggungjawabkan membuat invois dan pembayaran kepada pembekal, manakala Bibah dipertanggungjawabkan membuat akaun untuk syarikat. Jadi dialah orangnya yang tahu untung atau rugi syarikat ini, ada duit ke tidak di dalam bank. Jangan main-main, semua rahsia syarikat dalam kocek Bibah. Tapi tulah, Encik Azam ni memang tak fikir panjang, suka suki pecat Bibah, serta merta pulak tu. Biar dia rasa betapa susahnya jikalau Bibah tidak ada nanti.
"Sibuklah awak ni. Sukahati sayalah nak jalan laju ke slow ke. Awak peduli apa sebab awak memang tak pedulikan saya pun!" Mood Bibah dalam tone merajuk lagi. Tadi merajuk dengan Encik Azam sekarang ni bersambung merajuk dengan Encik Adam. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya, dia bahagia giler-giless sebab Lionking dah balik. Dulu hanya melepaskan rindu di skrin laptop je, sekarang dia real depan mata. Boleh langsai hutang nak bermanja dan cubit-cubit sayang nanti.
"Sayang.. look.... Sori ok, sengaja abang nak surprises kan Bibah," pujuk Adam lagi. Liatnya hati Bibah ni, berbuih tadi dia bermadah, tak juga surut-surut mood merajuknya. Tak sudah-sudah sampaikan dia hilang taring memujuk.
Bibah mencebik dan tingkah laku mereka terus menjadi tontonan tiga peminat setia yang tidak kurang hebatnya. Pengkritik dan pembuat gossip terhangat di sini, lebih hangat dari Melodi dan Propaganza.
"Abang sengaja nak surpriseskan Bibah...." Ajuk Bibah dengan bibir yang sengaja dicebik-cebik.
Adlina tidak berpuas hati, dia ingin tahu sangat, siapa lelaki hensem ni, beriya-iya memujuk Debab tu. Debab tu pulak tak sedar diri tu Debab, ada hati nak merajuk gedik-gedik nih. Baik pujuk I laa  cik abang hensem dari Bibah Debab yang sekali peluk awak, terus awak pengsan sebab dilanyak oleh badan debab tu.
"Erkk Encik Adam. tak payahlah nak pujuk Bibah tu. Dia tu memang macam tu, marahkan orang lain, Orang lain plak jadi mangsa," sampuk Adlina tak tahu hujung pangkal, tetiba datang tergedik-gedik di sisinya.
Adam berkerut dahi.
Siapa pulak minah gedik perasan cantik yang tiba-tiba menyelit di sini ni!


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2016 18:18

Ada apa dengan nama Fantasiceritaku.com

Assalamualaikum w.b.t
Selamat malam...
Saya baru nak warm up menulis di sini. Rasa macam kucar kacir tulisan saya dalam blog ni? Entah apa benda yang saya mengarut sebelum ini. Dan sebetulnya, saya sendiri rasa tulisan saya kaku. Tidak ada jiwa rasanya dalam apa yang saya tulis sebelum ini. Tak berapa menarik. Betulkan?
Hmmm... Walaupun blog ni dah bertahun-tahun wujud. Tapi entrinya tak konsistenkan? Sekejap ada, kemudian lama tak ada. Bercerita pasal blog ni, dulu sebenarnya saya ada dua blog. Satu blog untuk bercerita tentang hal semasa dan juga macam diari saya. Satu lagi blog (blog inilah) saya wujudkan untuk mengembangkan imaginasi kreatif saya. Saya mahu menulis novel. Sebab saya minat baca novel. Sebab itulah saya namakan blog ini FANTASICERITAKU.COM 
Dulu-dulu.. blog ni memang meriah dengan cerita imaginasi saya. Kebanyakan cerita yang saya buat kisah cinta. Dulu rajin sangat menulis dan menulis. Ikut apa yang tercetus dalam kepala saya. Tapi lama kelamaan, saya sendiri tak tahu kenapa minat saya tu makin down. Mungkin sebab dua buah novel saya yang terbit tu kot. Mungkin juga faktor kerja dan kesibukan menguruskan kehidupan sendiri sehingga saya abaikan blog ini. Passion menulis tu semakin tumpul. Ada saya cuba kembali tapi tak boleh nak konsisten.
Tapi saya sayangkan blog ini. Blog lagi satu saya telah tutup sebab tak boleh berbagi komitmen sama adil. Sebab itulah saya cuba untuk kembali. Kembali menulis di sini. Kembali mengembangkan imaginasi kreatif saya ni. Dan buku ini mungkin dapat membantu saya RAHSIA PENULIS.
Jangan ingat saya seorang penulis, boleh menulis dengan lancar tanpa bantuan ya. Saya juga manusia biasa. Ada masanya kehabisan idea nak menulis. Kering ilham. Orang kata writer block. Betul ke istilah ni? Tapi memang betul pun, sampai ada satu tahap, saya tulis saya padam. Padahal ketika itu dekat 3 pages dah. Benda ini berkali-kali berulang. Lemah semangat.
Sebab itu juga, kalau ada yang perasan dalam blog ini, ada entrinya saya tak sambung walaupun saya cakap nak sambung lagi. Ada e-novel saya tak habis ditulis. (satu lagi sebab tak nak ada orang copycat). Tablet buat hal. Apps Blogger tak boleh save apa yang saya tulis. Memang banyak entri tak lepas walaupun panjang berjela saya tulis. Yup memang betul frust. Merudum hasrat hati nak update entri.  
Eh.. panjang berjela pulak saya nak jelaskan pasal nama blog ini. Pemilihan nama blog ni sengaja dipilih Fantasiceritaku sebab saya nak berfantasi menggunakan imaginasi kreatif saya. Dan sekarang atau sudah lama saya gabungkan dengan blog satu lagi dan jadilah blog ni macam rojak. Macam-macam yang telah saya tulis kat sini. Harap masih ada yang sudi baca.
Okeh... saya stop dulu. Beberapa jam akan datang kita jumpa lagi dalam entri akan datang. Banyak benda nak kena refresh ni. Saya perlu mencari semangat blogging yang hilang. Semangat menulis kreatif menggunakan imaginasi kreatif.
Selamat Malam!

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 04, 2016 08:23

June 3, 2016

Diari Seorang Suri rumah : Ramadhan bakal tiba...



Lagi beberapa harikan? Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru sekejap kita meninggal Ramadhan, kini Ramadhan datang lagi. Bila datang Ramadhan ni, banyaklah rancangan dalam kepala nak lipatgandakan pahala. Tapi bila sedang dan telah melaluinya, kita seakan terlupa rancangan awal yang dibuat. Sebaliknya rancangan yang tak dirancang terjadi. Hmmm... itulah namanya manusia. Sekejap je dah lupa,. Nak kata syaitan dok hasut tak ada pula, sebaliknya nafsu kita yang sedang mengawal diri kita.

Jadi semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik diri kita beristiqomah mencari ganjaran pahala yang berganda.,

Kali ini kali kedua saya menyambut ramadhan sebagai seorang surirumah. Rupanya susah jugak nak fikir nak masak apa selama sebulan ni. Hari-hari biasa pun dah pening kepala tak tahu nak masak apa. Tambahan pula saya ni kira amatur lagi dalam bidang masak memasak ni. Incik suami pulak pandai masak. Walaupun saya masak tak sedap, dia tetap berselera makan. Air tangan isteri kan.Di masak pula dengan penuh kasih sayang.

Jadi hati bertabahlah cari resepi kat encik Google ataupun Facebook untuk masak berbuka nanti. Hujung minggu ada talian hayat. Hehehe.... boleh gantung senduk kejap. Incik suami boleh masak.

Jadi anda pulak bagaimana? Dah ready nak sambut puasa? Dah ready dengan resepi untuk 30 hari nanti?


Paling penting dah ready nak penuhkan saf-saf di masjid dan surau berterawih. Rasanya tahun ni, kena gilir-gilir juga solat terawih. Ikram akan buat Masjid tempat bermain nanti. 
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2016 02:06

June 2, 2016

Mini cerpen : Bibah debab 9 (edited version)


Ready nak rasa menyampah dengan 3 minah nih? Joomm baca... :D




Sebelum itu...Adlina, Sherry dan Mona berpandangan sesama sendiri. Sejak lelaki segak masuk ke dalam bilik Cik Maz, mereka telah berbisik-bisik dan membuat spekulasi tentang siapa lelaki itu yang sebenarnya.“Weh... Mana laki hensem tu? Cik Maz dan Encik Azam je keluar?”Sherry berbisik dan mencuit tangan Adlina. “Aku mana tahu. Tadi Encik Azam suruh panggil lelaki itu masuk bilik Cik Maz je.”“Weh..Kau tanyalah Cik Maz tu” Sherry menyibuk lagi.“Kaulah tanya,” Balas Adlina pula. Manakala Mona tiada ditempatnya kerana berada di dalam tandas. Jika tidak akan turut sama join kaki penyibuk ini.“Kamu semua ni tak nak keluar makan ke? Sudah pukul 1 lebih ni,” tanya Cik Maz prihatin. Dia memang seorang ketua yang sentiasa berhati lembut. Mengambil berat tentang kakitangan bawahannya.“Erk.. Tunggu Bibah Cik Maz. Dia cakap hendak belanja kami hari ni. Mana dia?” Kelentong Sherry. Idea spontan dari mulutnya. Adlina menjeling. Bila masa mereka pernah makan bersama dengan Bibah. Buat jatuh standard je si Sherry ni. Ingin je Adlina menbantah, mengarut punya idea Sherry ni.“Tak payah tunggu si Bibah tu. Dia ada kerja sikit kat dalam tu,” Beritahu Cik Maz.“Kerja apa Cik Maz. Bukan ke Encik Adam tadi hendak berjumpa dengan Encik Azam. Apa kena mengena dengan Bibah? Bukannya Bibah tahu buat kerja. Melantak je kerja yang dia tahu. Takkanlah Cik Maz tak tahu dia tu macam mana?” Adlina menabur fitnah. Hatinya menyampah dan benci dengan Bibah tu. Pura-pura baik dan kononnya dialah sahabat yang baik.“Dia ke yang tahu melantak atau awak yang tahu goyang kaki? Tahu buli dia buat semua kerja, beli makanan kat korang free bila hujung bulan,” sinis Cik Maz menyindir.Pucat muka Adlina dan Sherry seketika. Macam mana Cik MAz tahu? Ini mesti kerja si Bibah, kaki mengadu nih, bisik hati mereka.“Jangan ingat saya diam, saya tak tahu apa-apa yang korang buat dekat Bibah tu?” “Eh mana ada Cik Maz, ni mesti si Bibah yang mengadukan tadi? Padahal Encik Azam yang marah dia, bukannya ada kena mengena dengan kami. Bibah memang tak pernah senang dengan kami Cik Maz. Dengki memanjang, berlakon je lebih seolah-olah dia sorang je yang buat kerja. Habis tu kami ni buat apa.” Sherry membela diri. Namun seperti Adlina, dia juga tidak lepas memfitnah kepada Bibah.Azam mengetap bibir dan menggenggam tangannya. Mereka ni sudah melampau-lampau. Bibah elok je tidur kat dalam sana, tak sedikit pun sebut apa yang telah mereka lakukan tetapi mereka ni busuk perut betul, fitnah dan dengkikan Bibah tak habis-habis. Apa yang mereka nak sebenarnya? Sepanjang dia berada di sini, dilihat, Bibah tak pernah sibukkan hal mereka, dia tekun membuat kerjanya sahaja. Bukan macam mereka, tak habis-habis berborak dan belek-belek muka. “Kamu semua ni.....”“Azam.. sudahlah. Biarkan je. Syarikat ada polisi dan prosedurnya. Nanti kita uruskan secara professional atau biarkan pengarah syarikat yang ambil tindakan.” Cik Maz memintas kata-kata Azam.“Sayakan, tak tahu nak kata apa lagi dah. Kamu semua tidak bersyukur dengan kebaikan Bibah terhadap kamu. Tapi kamu, kenapa benci sangat dengan Bibah ni? Apa yang telah dia buat?” Soal Cik Maz.“Agak-agak kamu, kenapa kamu diterima bekerja di sini sedangkan kamu semua langsung tiada pengalaman? Fikir sendiri!”“Auchhh...” Suara jeritan kedengaran dari dalam bilik Cik Maz.Azam dan Cik Maz saling berpandangan. Agaknya Adam dah kena penyek dek Bibahlah tu. Pandai-pandai dialah nak pujuk bini sendiri.“Eh kenapa tu Cik Maz?” Soal Mona yang baru kembali dari tandas.“Tak ada apa-apa. Biar je,” balas Cik Maz.  Azam dan Cik Maz pun terus berlalu pergi.“Yang korang tegak kat situ lagi tu kenapa? Jomlah makan, perut aku sudah buat konsert rock kat dalam ni” Ajak Mona yang tak tahu apa-apa itu.
Adlina dan Sherry menelan liur. Kata-kata Cik MAz melekat di hati mereka.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2016 21:20

Mini Cerpen : Bibah Debab 8 (edited version)

Untuk korang yang tunggu cerita ni....


Dia dah balik? Soal hati Bibah, tidak percaya. Harumannya tetap sama ketika saat perpisahan sementara mereka tiga tahun lalu. Senyuman kacaknya bertambah kacak dek usia yang bertambah tiga tahun. Apasal nampak wajahnya berseri-seri? Dia mendepangkan tangan supaya Bibah terus ke dalam pelukannya. Sebaliknya wajah Bibah kemerahan dek malu dengan sikap dia yang tak tahu malu. Di tengah-tengah jalan keluar balai ketibaan dia mendepangkan tangannya, isyyy.. laki siapalah ni nak buat scene romantik di tengah orang ramai di KLIA ni?Bibah tunduk, segan alah. Padahal desakan hati ingin meluru ke dalam hangatnya pelukan suami. Tiga tahun menanti tu. Namun begitu, Bibah sedar diri, di mana mereka berada. Dengan langkah teratur namun dengup jantung sudah pun berlari laju menuju ke arah suaminya, tidak mampu dikawal lagi. Bibah mengulum senyum apabila melihat Adam menjatuhkan tangan dan mematikan senyuman. Merajuklah tu sebab Bibah buat dek je bila dia nak buat scene romantik di sini.Langkah Bibah terhenti di hadapan Adam, tangan dihulurkan namun tidak bersambut sebaliknya Adam terus menariknya ke dalam pelukan. Merah muka Bibah menahan malu. Isyy Adam ni memang muka tak malu dari dulu lagi. Tebal kulitnya berinci-inci."Abang rindu Bibah. Abang rindu sangat-sangat," bisik Adam di telinga Bibah. Tangannya terus membelai wajah Bibah."Isyy.. muka tak malulah Adam ni. Tengah orang ramai pun nak peluk-peluk, cium-cium.. Jauhlah sikit" Marah Bibah sambil menolak badan Adam yang terus menghimpitnya. "Jauhhlaa.. Rimaslah.." Marah Bibah. Semakin kuat Bibah menolak semakin kuat Adam memeluk dan menciumnya tak henti-henti."Adammm!" Suara ala Ziana Zain ketika sedang menarik fitchingtinggi terus keluar.Bibah bingkas bangun. terkejut. Bukan dia je terkejut, Adam turut sama terkejut apabila Bibah terus bingkas dan menolak wajahnya yang asyik memerhati Bibah yang sedang lena, terus Bibah bersandar dibelakang sofa. Matanya masih lagi terasa kelat. kantuknya belum hilang."Teruk betul Adam tu Cik Su, sampai dalam mimpi pun asyik nak menyakat Bibah je. Pulak tu tak reti malu langsung, ada ke patut dia peluk Bibah kejap-kejap dan tak nak lepas di tengah alam kat KLIA nuh. Otak Adam ni memang dah putus fius agaknya apabila lama tak balik Malaysia ni," bebel Bibah dalam suara mamainya. Adam tersengih-sengih mendengarnya. Dia tahu Bibah masih lagi berada di bawah sedar. Tidak menyedari kewujudannya. Melihat Bibah yang kembali lena, Adam menarik badan Bibah bersandar kepadanya. Dilingkarkan tangan di bahu Bibah dan memeluk erat."Adam ni... Bibah tak nak.. tak nak lah. malu orang tengok," racau Bibah lagi. Matanya tetap terpejam.Adam sudah tertawa kecil."Orang cakap gelak pulak. eeiii..." terus Bibah mencubit Adam.Auch..Jerit Adam kuat. Bibah serta merta mencelik matanya dan.....Bulat mata Bibah melihat orang disebelahnya. Dipejam celik mata dan digosok dengan belakang telapak tangan. Aik, dah kemaruk rindu sangat ke aku ni? Cik Su dah tertukar jadi Adam? Lebih sepuluh kali Bibah pejam celik mata, namun masih lagi terlihat wajah Adam yang menayang sengih sambil menggosok perutnya. Dan buat sekian kalinya, Bibah memejam matanya. Kali ini ditampar pipi sekali.Terdengar suara kasar ketawa. Terus Bibah membuka matanya. Adam tetap tersenyum manis. Alahai Bibah comelnya bila tengah mamai ni. Tapi tempatnya tak sesuweilah, jika tak memang kena ngap dah ni. Tiga tahun memendan rindu dendam ni, buatkan dia cepat-cepat ingin membuka puasa. Sebab lama puasalah, dia sangat ‘dahaga’ sekarang ni. Itulah baru dapat seminggu dah kena tinggal-tinggalkan. Siapa yang tak ‘dahaga’kan? Monolog hati Adam.Adama kasihan melihat Bibah yang masih keliru, lalu ditarik tangan Bibah hampir kepadanya."Bibah tak bermimpilah sayang. Ni suami Bibah yang jauh tu. Dah balik. realdepan Bibah ni," bisik Adam lembut. Matanya menikam mata redup Bibah.Bibah masih lagi membisu.Masih lagi tidak percaya apa yang matanya lihat. Hatinya masih meyakini bahawa Adam masih lagi berada di Sydney. Adam tak pernah pula cakap dia akan balik. tak de, Baru je pagi tadi mereka berchatting di YM, seperti biasa."Apasal mimpi masih dalam mimpi lagi ni," rungut Bibah. Hatinya panas. Bayangan Adam bagaikan sudah menjadi bayang-bayang dirinya. Ke mana sahaja dia pergi, lelaki-lelaki yang dipandang semuanya menyerupai Adam. Kronik sangat ke rindu aku ni, sampaikan Cik Su pun dah jadi Adam? Bibah sekali lagi menutup matanya."Sayang Bibah. Ni Adamlah. Buka mata tu. Bibah tak mimpilah," pujuk Adam lagi."Mana boleh. Adam kat Sydney lagi. dia tak cakap pun nak balik. Dia saja dera Bibah dengan melambat-lambatkan kepulangannya. Dia sengaja buat Bibah angau dan rindukannya. Memang dia kejam. Bibah rindu gilerr kat dia Cik Su," rintih Bibah. Suaranya serak. Hatinya tidak tertanggung lagi menahan amukan rindu di hati.Sedih pula Adam mendengarnya. Salahnya. Hendak membuat surprisekonon, diri sendiri yang ter'surprise'nya apabila mendengar pengakuan Bibah tadi."Bibah buka mata sayang. Bibah tak mimpi. Ni abang. Abang dah balik. Abang sengaja tak cakap sebab abang nak bagi kejutan kat Bibah. Sorrysayang.. Abang tak tahu, Bibah rindu sangat kat abang," pujuk Adam.Bibah celikkan matanya. Matanya terus memandang Adam yang rapat di sisinya."Betul ni? Ini Adam?""Bukan Adam tapi Abang. Bibahkan dah janji nak panggil Abang bila Adam balik." Adam memperbetulkan panggilannya.Bibah mencebik sambil mengesat air mata di pipinya. Betullah Adam, suaminya. Tak ada orang lain lagi yang tahu tentang perjanjian rahsia mereka itu.Tanpa tangguh Bibah mencubit sekuat hatinya perut Adam. Siapa yang suruh bagi kejutan macam ni? Nasib baik tak mengong kepala Bibah ni. Nasib baik Bibah tak pergi jumpa doktor mintak ubat anti-depress sebab terlampau rindukan Adamnya.
ADUIIII..............Sakit sayang.."Jerit Adam spontan.
Terima kasih kerana sudi membaca.

Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2016 16:29