Zabidi Mohamed's Blog, page 3

January 18, 2012

November 20, 2011

BENGKEL SKRIP ANJURAN GALERI ILMU/LAYAR CONSULT SDN BHD

  1. Bengkel skrip di bawah kendalian saya ini telah dibuat setiap sabtu sepanjang Oktober dan telah berakhir pada 12. November baru-baru ini.

2. Sebelas peserta telah menyertainya.

3. InsyaAllah saya akan mengadakan satu lagi sessi khas bersama mereka sebelum membuat program finale di FINAS pada pertengahan tahun depan.  Tujuannya agar mereka boleh  memperolehi sijil yang akan dikeluarkan sendiri oleh FINAS. Saya sudah memaklumkannya pada Presiden Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM), sdr Jamil Mutalib bagi mendapatkan tempat dan sokongan FINAS.

4. Di harap dengan sijil  dari FINAS itu nanti mereka boleh memohon untuk menjadi ahli Creative Content Industry Guild of Malaysia (CCIG). Di jangkakan pada 2013 hanya penulis skrip yang menjadi ahli CCIG sahaja yang dibenarkan menulis skrip.


























 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2011 20:01

October 2, 2011

September 25, 2011

September 23, 2011

MAQAM



SEBUAH DRAMA 12 EPISOD. NANTIKAN TAYANGANNYA BERMULA PADA 2 NOV INI.SELAMAT MENONTON










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2011 17:00

September 7, 2011

LONDON SCREEWRITER'S FESTIVAL 2011 - OKTOBER



INGIN MELIHAT FESTIVAL YANG SAMA JUGA DAPAT DIANJURKAN DI MALAYSIA DEMI MENINGKATKAN TAHAP PROFESIONALISME PENULIS SKRIP KITA. HARAP SWAM DAN FINAS DAPAT MEMIKIRKANNYA.










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2011 20:16

August 10, 2011

BENGKEL SKRIP - OKTOBER

 

ANDA BERMINAT? sila hubungi:Cik Suriati 03-61421614(Galeri Ilmu)SMS - 013-6697992email : suriati@galeriilmu.com.my










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2011 02:10

July 28, 2011

FILEM ISLAM DI MALAYSIA - FANTASI ATAU REALITI


Bersama Amin Idris (kiri), Tuan Haji Abu Hasan Morad dan Maizura Ederis.






Program bual bicara secara LIVE di TV al Hijrah ini sepatutnya melibatkan beberapa Penerbit Filem terkemuka tanahair. Namun kerana kesemua mereka menyatakan tidak bersedia untuk turut serta maka Tuan Haji Abu Hassan Morad (Penulis Skrip/Penerbit Drama) dan Maizura Ederis (Penulis Skrip) dipanggil sebagai ganti. Tajuk asal perbincangan Pemikiran Dalam Filem juga telah ditukar kepada Filem Islam Di Malaysia Antara Fantasi dan Realiti.
Saya telah ditanya oleh Pengacarnya Amin Idris mengenai sejauh mana fenomena filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih di Indonesia memberi kesan atau impak kepada minat para penerbit filem di Malaysia untuk menerbitkan filem bergenre islami selepas itu. Saya akui begitu berharap selepas fenomena kedua filem tersebut, akan berlaku satu anjakan paradigma pada para penerbit di Malaysia untuk mencuba dan meneroka genre filem islam di Malaysia. Namun ternyata ianya tidak berlaku. Penerbit kita sejak lebih 10 tahun yang lalu masih terus kemaruk dengan cerita-cerita hantu yang penuh dengan elemen kurafat dan lawak slapstik yang tidak menjadikan khalayak penontonnya lebih cerdik atau berjiwa besar dari sebelumnya.
Kejayaan filem Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sebenarnya adalah hasil dari perjuangan para pengkarya genre islami di Indonesia sejak 40 tahun dulu di mana ianya telah dimulai dengan penerbitan filem Di Bawah Lindungan Kaabah (1978).Filem arahan Asrul Sani ini adalah adaptasi dari novel agung Prof Hamka.


Prof Hamka


Asrul Sani


Banyak filem-filem genre Islami diterbitkan selepas itu dan kebanyakkannya adalah merupakan adaptasi novel. Tema cinta dan perjuangan wali Songo paling banyak diterbitkan. Namun pada tahun hujung 80an industri filem Indonesia mengalami kejatuhan mendadak akibat dari kemasukan terlalu banyak filem-filem barat dan Hong Kong. Sebagai perbandingan pada 1990 Indonesia menghasilkan 115 jodol filem tapi pada 1993 jumlah itu jatuh kepada hanya 37 judul filem sahaja. Dan jumlah itu terus merosot.
Namun kebangkitan semula filem indonesia berlaku semula apabila terbitnya filem Ada Apa Dengan Cinta (2002) yang meletup dipasaran.Kejayaan filem ini mendapat box office memberi semangat baru pada industri filem di Indonesia untuk menghasilkan filem bertemakan cinta remaja. Dan usaha mereka ini berjaya bila filem-filem bertemakan cinta remaja dengan bersandarkan artis popular saperti Dian Sastrowidoyo, Archa Septriasa, Nicholas Sasputra dll meletup di pasaran.
 



Para penerbit genre islami Indonesia juga tidak ketinggalan untuk mengambil kesempatan pada kebangkitan semula  itu. Filem Ayat-Ayat Cinta (2008) yang di adaptasi dari novel popular Habiburrahman berjaya menawan hati penonton.Begitu juga dengan filem kedua Ketika Cinta Bertasbih (2009) juga dari adaptasi novel Habiburahman terus mendapat sambutan box office dan menjadi fenomena di Indonesia.




Di celah-celah dua jodol filem islami tersebut, juga ada banyak lagi filem genre islami dan dakwah yang muncul selepas kebangkitan baru yang dimulakan oleh filem Ada Apa Dengan Cinta itu. Antaranya ialah Sang Murabi, Sang Pencerah, Mengaku Rasul, Perempuan Berkalong Sorban, Kiamat Sudah dekat, Laskar Pelangi, Syahadat Cinta dan 3 Doa 3 Cinta.














Kebangkitan filem genre islami dan dakwah di Indonesia adalah hasil dari benih yang telah mereka tanam dan bajai sejak 40 tahun dahulu. Mereka kini sedang menikmati buah dari hasilnya. Sepanjang tempoh 40 tahun itu sudah tentu ada jatuh bangun serta jaya dan gagalnya usaha mereka. Tetapi pengkarya islami di Indonesia tidak pernah berputus asa untuk mencari formula yang terbaik dalam menghasilkan filem genre Islami dan dakwah yang terbaik.
Mampukah kita hari ini di Malaysia menghasilkan filem genre Islam saperti di Indonesia?
Walaupun mungkin ada yang menyebut filem Melayu Sumpah Semerah Padi (1956)  dan Syukur 21 (2000) adalah filem genre islam Malaysia namun kita sebenarnya masih ketinggalan jauh di belakang Indonesia. 


Menghasilkan sebuah filem Islami juga harus dilihat dari sudut content dan pengisian mesejnya juga. Filem Islami adalah filem yang menjadikan islam itu sebagai teras cerita atau mesejnya bukan ditempel-tempel dalam penceritaannya semata.
Kita memerlukan para pengkarya terutamanya dari kalangan penulis skrip yang mempunyai fikrah untuk menerajui penerokaan dan penerbitan filem genre islami ini saperti mana Indonesia mempunyai penulis skrip berwibawa saperti Habiburrahman.
Kita harus mulakan dari sekarang agar hasilnya nanti boleh dinikmati mungkin 30 atau 40 tahun akan datang.
Jika kita gagal merangka blue print dari sekarang maka saya berani menyatakan bahawa penerbitan dan penghasilan  filem genre islam di Malaysia buat masa ini masih sebuah fantasi dan jauh dari realiti.











 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 28, 2011 17:54

July 25, 2011

BUDAYA 'PROTECTIVE ELITE' DALAM PERSATUAN & KESATUAN


Bersama Jurey Rosli pada 24.July pada hari yang sama akhbar menyiarkan penarikan diri PFM dari GAFIM.


1. Saya telah menemui Jurey Rosli sebaik sahaja terbaca keluhan dan tuduhan Datuk Paduka Suhaimi Baba terhadap cara pemilihan kepimpinan GAFIM yang baru di mana Jurey telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden GAFIM yang baru. Jurey juga adalah Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM). Suhaimi Baba dalam kenyataannya di beberapa akhbar tempatan telah menyatakan PFM keluar dari menjadi ahli dalam GAFIM.

2. Saya nyatakan pada Jurey jika benar saperti dakwaan Suhaimi Baba bahawa terdapat unsur beli undi atau elemen rasuah dalam pemilihan pucuk pimpinan GAFIM yang baru, maka jalan terbaik yang patut dilakukan oleh Suhaimi Baba dan PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia), ialah melapurkannya sahaja kepada SPRM dan bukannya menulis surat kepada semua persatuan dalam GAFIM untuk menyatakan kekecewaan dan ketidak puasan hatinya itu. Tuduhan Suhaimi Baba mengenai ujudnya elemen rasuah dalam pemilihan kepimpinan baru GAFIM amatlah berat.  3. Namun hari ini keluar pula kenyataan Norman Abdul Halim di akhbar yang mengatakan PFM keluar dari GAFIM kerana PFM tidak perlukan orang tengah untuk memperjuangkan nasib penerbit filem. Menurut Norman lagi PFM sepatutnya duduk pada jawatan memimpin atau menerajui GAFIM dan bukannya dipimpin.Walau apa pun hujah Norman mengeluarkan kenyataan sebegitu, saya melihat kenyataan itu tersangat ego dan angkuh.

4. PFM tidak boleh menganggap GAFIM diujudkan hanya untuk memperjuangkan nasib para penerbit filem sahaja. Siapa sahaja dalam gabungan yang dinaungi oleh GAFIM boleh dicalonkan dan bertanding. Jangan kerana sikap merasa diri lebih superior, lebih educated dan lebih banyak invest dalam industri perfileman, PFM beranggapan mereka sahaja yang layak dipilih untuk memegang jawatan Presiden. Apatah lagi sesiapa sahaja yang memegang jawatan Presiden GAFIM secara automatik akan dilantik juga menjadi Timbalan Pengerusi FINAS.

5. Kenyataan Suhaimi Baba dan Norman membuktikan sikap elitis sudah mendarah daging dalam PFM. PFM sudah menjadi seolah-olah The Protactive Elite Group dalam industri hiburan yang hanya mahu mengutamakan kepentingan kelompok mereka sahaja.Sikap 'kebangsawanan' yang mereka ujudkan ini secara tidak langsung akan mengkasta-kastakan pemain industri.

6. Jika budaya protactive elite ini mahu dikekalkan dalam sikap, cara dan gaya kepimpinan PFM, maka eloklah PFM keluar dari GAFIM dan bergerak atas nama sendiri.

7. GAFIM dibawah kepimpinan barunya harus terus bergerak untuk mencari idea-idea baru lagi konkrit, merancang dan melaksanakan semua agenda yang telah mereka susun sebelum ini.

8. Membina kesatuan dalam persatuan tidak perlu pada sikap egois kebangsawanan.










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2011 07:15

July 23, 2011

GAJAH DALAM DRAMA

1. Untuk drama 12 episod saya di tv al Hijrah, MAQAM saya memerlukan khidmat antara 5-6 ekor gajah untuk babak flashback yang memaparkan bagaimana ulama tersohor nusantara Syeikh Abdul Samad Al Palembani di kepung oleh tentera Siam dan kemudiannya dipancung kepalanya untuk dipersembahkan pada Raja Siam di Ayuthia.Peristiwa bersejarah ini berlaku sekitar 1820an.

2. Walaupun babak ini hanya melibatkan dua babak sahaja dari keseluruhan 480 babak dari keseluruhan 12 episod drama tersebut saya mahu menjadikannya killer scene dalam drama ini.

3. Bukan senang untuk mendapatkan khidmat gajah untuk sebuah penerbitan drama apatah lagi untuk mengumpulkan 5 hingga 6 ekor gajah serentak.Kerana itu tidak ramai penulis skrip atau penerbit berminat untuk menerbitkan cerita yang melibatkan gajah.Apatah lagi tentunya ia akan melibatkan kos yang besar.

4. Namun saya bernasib baik kerana Pengarah Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Nasarudin Othman adalah kawan rapat saya semasa kami sama-sama bersekolah di Kem Terendak, Melaka dahulu. Dia akan membantu saya sepenuhnya untuk merealisasikan babak yang saya maksudkan itu. Malah ini kali kedua drama saya menggunakan khidmat gajah di situ. Drama saya sebelum ini, INTAN  (RTM 2008) juga pernah mendapat bantuan dari beliau. 



Bersama Nasarudin Othman.




5. MAQAM akan diterbitkan oleh Pena Creatif milik Ziela Jalil dan diarahkan oleh Jurey Rosli.



3 lagi anak saya tidak ada dalam gambar ini.











































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2011 18:41

Zabidi Mohamed's Blog

Zabidi Mohamed
Zabidi Mohamed isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zabidi Mohamed's blog with rss.