Zabidi Mohamed's Blog, page 2

January 10, 2013

JAWI-FINAS MESYUARAT DAN PEMBENTANGAN CADANGAN BAGI MENGANJURKAN PROGRAM DA'IE SCRIPT2SCREEN

9hb. Jan - JAWI dan FINAS akan mengadakan kerjasama dalam penganjuran satu program realiti pencarian Da'ie Script2Screen pada hujung bulan Feb ini. Program tersebut adalah merupakan kursus penulisan skrip khusus untuk golongan agamawan yang tidak pernah menghasilkan sebarang skrip drama tv tetapi bercita-cita untuk menjadi penulis skrip drama tv dan filem. Program tersebut hanya terhad kepada 30 orang peserta yang berumur antara 25-45 tahun sahaja. Kursus akan bermula pada Feb ini dan akan berakhir pada Disember 2013
Untuk fasa pertama kelas penulisan skrip patuh syariah ini, saya akan mengajar para peserta selama 30 jam 6 hari berturut-turut. Para peserta kemudian akan diletakkan dalam program mentor-mentee untuk dibimbing secara one-to-one oleh beberapa orang award winning script writer.
Audition juga akan diadakan selama dua hari bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam seminggu selepas PC tersebut. Pengumuman untuk penyertaan program ini nanti akan dibuat sebelum khutbah jumaat di semua masjid-masjid seluruh Wilayah Persekutuan yang terletak dalam pentadbiran JAWI.
Kepada yang berminat jangan lepaskan peluang ini kerana yuran penyertaan semua peserta kursus akan ditanggung sepenuhnya oleh JAWI.   kanan sekali Ustaz Tuan Asmawi Pengarah Bahagian Perhubungan Awam JAWI







 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2013 16:23

PTS-FINAS ADAKAN KERJASAMA MELAHIRKAN PENULIS SKRIP

9.Jan 2013 - Satu mesyuarat telah diadakan antara PTS-FINAS bagi
membincangkan cadangan PTS untuk mengadakan kursus penulisan skrip di
FINAS. Dalam kerjasama tersebut FINAS akan menyediakan tempat serta
kemudahan dan  tenaga pengajarnya. PTS pula akan terlibat dalam semua
urusan promosi dan penyertaan peserta kursus. Saya dijangka akan
terlibat mengejar dan mengendalikan keseluruhan kursus tersebut. Kursus
telah dicadangkan akan di adakan pada April akan datang.





kiri : En Zainuddin (FINAS), Puan Sharifah (FINAS), Zabidi Mohamed, En Mohd Fazli, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan FINAS.












 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2013 16:19

January 4, 2013

PERASMIAN PEJABAT BARU WEB SDN BHD

1. Gambar-gambar sekitar perasmian pejabat baru World Evolution Brain Sdn Bhd (WEB) milik Jurey Latif merangkap Presiden Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) pada 4.Jan di Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Kebudayaan & Komunikasi.




2. Bersempena dengan majlis tersebut WEB juga telah menyampaikan bonus pada penulis skrip dan krew yang terbabit dalam drama terbitan WEB yang menerima insentif Dana Industri Kreatif KPKK pada 24. Disember 2012. WEB menerima insentif dari dua drama bersiri yang diterbitannya iaitu MAHARANI (skrip- Zabidi Mohamed) dan MAK YONG (skrip- Adza Irdawati Hj Adenan).


















































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2013 18:40

January 2, 2013

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN PERDANA PULAU PINANG

11.Disember 2012 baru-baru ini saya telah dijemput untuk menyampaikan ceramah pada program Tafaqquh Fiddin Perdana yang dihadiri oleh guru-guru takmir seluruh Pulau Pinang, Program ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang bertempat di Hotel Sri Malaysia di Kepala Batas. Saya telah menyampaikan ceramah mengenai bahaya dan ancaman ajaran sesat kepada aqidah dan keselamatan umat islam.




































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 20:14

November 22, 2012

PROMO BUKU DI PROGRAM 'NASI LEMAK KOPI O' TV9 23. NOV

PROMO BUKU 'CATATAN PENGLIPUR LARA SANG MAJISTRATE'



































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 22, 2012 20:40

November 18, 2012

SELAMAT PAGI MALAYSIA TV1 - PROMO 'SEDETIK LEBIH'

Saya telah muncul dalam program SELAMAT PAGI MALAYSIA TV1 pada 19.November untuk promo drama saya SEDETIK LEBIH (13 episod) yang telah mula bersiaran sejak 14. November lalu di TV1> drama tersebut akan bersiaran dari Isnin-Khamis 11.30am-12.30am.





Bersama barisan pelakon Kharil Anuar, Taha Wahid dan Nas Adilla.
















Sinopsis :

Kisah dua orang bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang tinggal di Thailand menyaman kerajaan Malaysia untuk membolehkan mereka kembali ke tanah air apabila mendakwa kerajaan Malaysia tidak mematuhi Perjanjian Damai Haadyai yang ditanda tangani pada 1989. Tan Sri Peguam Negara telah mengarahkan Dato' Peguam Cara Negara Bahagian Sivil di Pejabat Peguam Negara mewakili kerajaan Malaysia dalam kes saman tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Dua anggota PKM ini telah dibela oleh seorang peguam yang lama tinggal di New Zealand tapi pulang secara tergesa-gesa untuk membela anggota PKM ini. Peguam ini mengambil kes PKM semata-mata kerana mahu membalas dendam pada Dato' Peguam Cara Negara. Kedua mereka adalah rakan sekelas semasa menjadi putera di Maktab Tentera Di Raja pada tahun awal 70an. Dendam peguam ini sebenarnya adalah kerana Dato' Peguamcara Negara yg dimusuhinya itu telah berkahwin dengan bekas kekasihnya. Peguam ini telah lari keluar England dan kemudian ke New Zealand selepas terlibat dalam demonstrasi pelajar universiti pada 1974 ketika isu Baling.

Saya dapat idea tulis cerita ini kerana ketika Perjanjian Damai Haadyai 1989 itu, saya kebetulan tinggal di sebelah hotel di mana PKM, pihak SB Malaysia dan SB Thailand mengadakan pertemuan akhir mereka sebelum termetrinya perjanjian damai tersebut.



Drama tersebut adalah terbitan World Evolution Brain Sdn Bhd dan diarahkan secara bersama oleh Jurey Rosli dan Hazreen Hakim. Seramai 300 orang putera-putera di Maktab Tentera di Raja Sungai Besi dan Komandennya juga turut terlibat sebagai pelakon tambahan dalam drama ini.
















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2012 22:48

November 17, 2012

MUNCUL DALAM PROGRAM ;ASSALAMUALAIKUM' DI TV AL HIJRAH PADA 15.NOV





1. Saya telah dijemput ke program ASSALAMUALAIKUM di TV al Hijrah pada 15.November sempena Maal Hijrah dan sambutan ulang tahun ke 2 penubuhan TV al Hijrah.




2. Saya telah diminta berkongsi rasa mengenai pengalaman saya menghasil dan menyumbang drama patuh syariah di TV al Hijrah. Amin Idris dan Farah Adeeba menjadi pegacara pada rancangan tersebut.




3. Alhamdulilah sepanjang dua tahun penubuhan TV al Hijrah saya sempat menyumbang 5 buah drama iaitu KURMA AJWA UNTUK NAJWA, MAQAM, DOA UNTUK AKU yang semuanya adalah drama berantai. Untuk telemovie saya telah menyumbang 2 buah drama iaitu KALUT RAYA dan AKU BUKAN HAJI.




4. Saya berterima kasih pada TV al Hijrah kerana telah memberi kepercayaan dan kesempatan pada saya untuk menyumbang karya saya di TV al Hijrah. Saya harap peluang ini akan diberi lagi pada masa-masa akan datang.




5. Selamat menyambut ulang tahun ke 2 pada TV al Hijrah.





















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2012 19:45

ANUGERAH SKRIN TV3 2012


Makbul-Maharani-Maqam






1.Tiga drama saya MAKBUL (TV1), MAHARANI (TV2) dan MAQAM (TV AL HIJRAH) telah tercalon mewakili channel masing-masing ke Anugerah Skrin TV3 2012 pada 9. November baru-baru ini. Kesemuanya dalam kategori yang sama iaitu Drama Berantai Terbaik.



2. Alhamdulillah MAKBUL telah tersenarai antara Top 5 pencalonan terakhir.



3. Walaupun tidak menang tropi tapi saya bersyukur dan bangga MAKBUL telah tercalon sebagai antara Top 5 kategori Drama Berantai Terbaik.



4. Saya percaya MAKBUL sudah begitu kuat berada dalam hati pada khalayak penontonnya. Pada mereka semua saya mengucapkan terima kasih.









5. InsyaAllah saya kini sedang menulis untuk menghasilkan novel MAKBUL yang saya targat akan terbit pada sekitar Jun 2013.










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2012 00:48

November 4, 2012

EKSPO BUKU ISLAM KE 4 DI KL SENTRAL

Gambar sekitar aktiviti di Ekspo Buku Islam ke 4 di KL Sentral anjuran Sinergi Ilmu. Saya hanya sempat hadir di Booth Galeri Ilmu Sdn Bhd pada 4.Nov dari jam 2.00pm-5.00pm.











































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2012 17:16

BENGKEL PENULISAN SKRIP UMS KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

1. 29.Okt-2.Nov saya telah diamanahkan oleh FINAS untuk mengisi dan meneraju bengkel penulisan skrip di UMS Kampus Antarabangsa Labuan.



2. Seramai 16 pelajar semester akhir School Of Informatics Sains telah terpilih mengikuti bengkel tersebut.



3. Majlis Pembukaan bengkel ini telah disempurnakan oleh en Mohd Fazli  Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Latihan dari ibu pejabat FINAS di Kuala Lumpur. Dan penutupnya telah disempurnakan pula oleh Dekannya Ag. Asri Ag. Ibrahim dan en Zulikifli wakil FINAS yang beribu pejabat di Kota Kinabalu, Sabah.





En Zulkifli menyampaikan sijil bagi pihak FINAS pada peserta bengkel.





Dekan, School Of Informatics Sains Dr Ag Asri Ag Ibrahim.





Pelajar buat presentation





FINAS keluarkan sijil





Suasana pembelajaran dalam dewan kuliah





Bergambar bersama Dekan di hari terakhir.





Mudah mengajar secara interaktif.













 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2012 16:45

Zabidi Mohamed's Blog

Zabidi Mohamed
Zabidi Mohamed isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zabidi Mohamed's blog with rss.