Nasrudin Mohammed's Blog, page 4

September 21, 2012

BUKU 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH TEMPAT KEDUA ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012A

MLALUI entri kali ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memiliki buku 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH dan kepada mereka yang mengundi buku berkenaan sehingga buku berkenaan mendapat tempat kedua ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012 kategori buku bukan fiksyen yang keputusannya diumumkan pada 25 Ogos lalu 2012 yang lalu.


Ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak penerbit buku berkenaan Karya Bestari Sdn. Bhd., editor yang menangani manuskrip buku berkenaan serta kakitangan yang terlibat di dalam menerbitkan serta unit promosi yang tidak jemu-jemu membuat promosi sehingga buku berkenaan memasuki cetakan kelima dalam tempoh setahun diterbitkan.


Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Rangkaian Kedai Buku POPULAR dan Berita Harian setiap tahun itu, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Menjawab diumumkan sebagai pemenang pertama, tempat kedua buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki dan empat ketiga Oi..Bangunlah Oi..oleh Dr. HM Tuah Iskandar bagi kategori bukan Fiksyen.


Manakala bagi kategori novel pula, Novel M.A.I.D karya Suri Ryana dinobatkan sebagai pemenang pertama, kedua novel 7 Hari Mencari Cinta karya Siti Rosmizah dan tempat ketiga novel Yes Boss karya Areila Sahimi.


Sebanyak 10 buku untuk kategori novel dipertandingkan dan 10 buku kategori bukan fiksyen juga dpertandingkan. Buku-buku yang dipertandingkan dipilih berdasarkan carta jualan paling laris sepanjang tahun 2011 di rangkaian kedai buku POPULAR.


Tahniah kepada para penulis yang tersenarai sebagai finalis, walaupun anda tidak berjaya, sekurang-kurangnya ia menjadi pembakar semangat untuk terus menulis.


[image error]
[image error]



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 19:20

KARYA TINTA CARI MANUSKRIP NOVEL

SEBUAH penerbit baru Karya Tinta sedang mencari manuskrip novel untuk diterbitkan. Kepada mereka yang sudah menyiapkan manuskrip novel dan tidak tahu hendak ke mana mahu disalurkan, boleh berhubung dengan penerbit berkenaan. Anda boleh juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghantar emel kepada: karyatinta@gmail.com.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 19:10

3 NOVEL DALAM 1

MENGIKUT kebiasaan, sebuah novel ditulis oleh seorang penulis. Tetapi ada juga sebuah novel dengan judul yang sama ditulis oleh dua atau tiga orang penulis. Bagaimanapun novel seumpama ini jarang kedapatan di pasaran. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini sudah ada penerbit yang menerbitkan tiga novel dalam sebuah buku dan ditulis oleh tiga penulis berlainan dan ceritanya juga berlainan. Ini satu perkambangan menarik yang perlu juga diambil perhatian supaya teknik penulisan novel mengalami pembaharuan. Pembaharuan yang dimaksudkan ialah pembaharuan seperti yang dinyatakan di atas.


Bagi mereka yang pertama kali mencuba menghasilkan sebuah novel mungkin mengalami masalah apabila diminta menulis novel sehingga 500 sehingga 600 halaman. Mereka yang tidak biasa sudah tentu menghadapi kesulitan. Apakah yang ditulis di dalam novel itu tambahan pulaanda baru mencuba menulis novel? Jika rajin perhatikan sekarang sudah ada kecenderungan sesetengah penebit menerbitkan novel setebal begitu tetapi ditulis oleh tiga penulis yang berlainan. Maksudnya dalam satu buku setebal enam ratus terdapat tiga novel yang berlainan tajuk dan penulis. Mungkin boleh dikatakan tiga dalam satu.


Untuk tujuan ini, seorang penulis perlu menghasilkan sebuah novel yang mempunyai halaman kira-kira 200 lebih. Mungkin bagi penulis baru,menulis novel setebal 200 halaman tidak menjadi masalah. Sebagai langkah permulaan untuk menulis novel teknik ini boleh direalisasikan. Penerbit yang menerbitkan novel 3 dalam 1 ini pasti sudah mengkaji kehendak pasaran sebelum menerbitkannya.


Bayangkan jika pembaca mengeluarkan RM 25.00 untuk membaca sebuah novel, tetapi dengan adanya novel 3 dalam 1 ini,pembaca dapat membaca tiga buah novel yang berlainan dengan harga RM 25.00. Kelebihan kepada pembaca dapat membaca tiga novel dalam satu masa. Mereka yang mempunyai kewangan yang tidak mengizinkan, ada kemungkinan memilih novel 3 dalam 1 ini kerana mempunyai kelebihan tersendiri. Mereka dapat membaca tiga cerita di dalam satu novel. Mereka yang ingin menulis novel 3 dalam 1 ini boleh mengintai-intai penerbit yang menerbitkan novel seperti ini. Di antara penerbit yang telah merintis penerbitan seperti ini ialah penerbitan..



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 18:54

CIRI CIRI YANG PERLU ADA DALAM NOVEL THRILLER

JIKA  anda berminat untuk menghasilkan novel ‘thriller’, jangan lupa perhatikan cirri-ciri yang sepatutnya ada dalam novel berkenaan.  Di antara cici-ciri yang sepatutnya ada ialah:


MISTERI


Misteri seolah-olah sudah menjadi satu kewajipan dalam novel corak sedemikian kerana misteri seolah-olah satu pancing untuk menarik pembaca mengikuti kisah selanjutnya. Banyak perkara yang boleh menimbulkan misteri seperti pembunuhan, penculikan, rompakan dan sebagainya. Bagaimanapun dalam kisah thriller tidak semestinya  berlaku pembunuhan, apa yang penting bagaimana penulis mengolah kisah misteri itu.


SUSPEN

Unsur ini juga wajib ada. Tanpa suspen ia tidak akan menjadi misteri. Boleh dikatakan setiap peristiwa yang dipaparkan akan menimbulkan tanda tanya. Tanda tanya inilah yang akan disimpan  oleh penulis dan untuk mengetahui jawapannya, pembaca mesti meneruskan pembacaan sehingga akhir.


TEKNIK PENCERITAAN YANG PANTAS


Membaca novel thriller seolah-olah kita sedang menonton kisah seram atau thriller seperti yang disiarkan di kaca tv, ada music seram tetapi pantras dan bukan mendayu-dayu. Oleh itu jalan penceritaan juga mesti pantas, ayat tidak terlalu panjang. Kadan-kadang pendek tetapi padat dan penuh mesej. Tempoh penceritaan tidak lama sehingga bertahun-tahun tetapi tempohnya singkat. Mungkin sehari semalaman atau beberapa jam sahaja.


Jika  anda ada bakat untuk menulis novel sedemikian, cubalah untuk menulis novel triller seperti itu kerana tidak ramai penulis yang mampu berbuat demikian. Apa kata anda cabar diri anda sendiri.

 


 


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 00:44

NASIB PENULIS NOVEL

DALAM keghairahan menjadi penulis novel yang mahu cepat dikenali, kita seringkali diabaikan dengan beberapa faktor. Di antara faktor yang sering terabai ialah terdedah dengan risiko tidak menerima royalti. Lazimnya bagi penulis yang baru mencuba-cuba untuk menulis novel, royalti bukanlah yang diutamakan tetapi yang penting dapat diterbitkan dan ke mana-mana kedai buku, novel anda ada terselit di celah-celah novel-novel lain.


Terdapat sesetengah menerbitkan mengambil kesempatan kecetekan pengetahuan penulis mengenai bayaran royalti  menyebabkan sesetengah tidak mendapat apa-apa bayaran daripada penerbit walaupun novel mereka sudah berada di pasaran. Oleh itu, pastikan sebelum menghantar manuskrip kaji dulu latar belakang penerbit supaya anda tidak mudah ditipu.


 Setakat ini hanya terdapat segelintir penerbit novel yang berkala membayar royalti kepada penulis, di antara penerbit novel yang bernaung di bawah Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. seperti ALAF 21, PRIMA BUKU dan KARYA BESTARI. Grup Buku Karangkraf membayar royalti empat bulan sekali atau tiga kali setahun.


Bagaimanapun tidak semua penulis mampu tertumpu kepada ALAF 21 atau PRIMA BUKU kerana terpaksa menunggu giliran kerana banyaknya manuskrip yang sedang menunggu. Bagi mereka yang tidak sanggup menunggu terpaksa mencari penerbit lain asalkan novel mereka dapat diterbitkan.


Oleh kerana itu ramai juga calun novelis terpaksa berpusat kepada penerbit yang baru belajar menerbitkan novel kerana mereka kurang manuskrip dan peluang untuk novel diterbitkan lebih cerah.  Tetapi mereka terpaksa menanggung risiko tidak dibayar royalti kerana penerbit berkenaan juga tidak pasti sama ada novel merea boleh dijual atau tidak kerana tidak ada nama.


Untuk mengatasi tidak dibayar royalti, penulis diberi pilihan supaya menjual manuskrip secara ‘lumpsum’ (menjual manuskrip) dengan harga yang dipersetujui. Bagi penulis yang mahukan wang dengan cepat mahu tidak mahu terpaksalah menjual manuskrip berkenaan daripada tidak menerima royalti langsung.


 Begitulah nasib penulis…


 


 


 


 


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 00:38

ALAMAT PENERBIT NOVEL

KEPADA  mereka yang sudah menyiapkan manuskrip novel dan tidak tahu ke mana manuskrip  hendak dihantar, di sini saya sertakan nama dan alamat penerbit yang anda boleh pilih sebagai penerbit novel anda itu. Bagaimanapun sebelum menghantar manuskrip novel itu, sila hubungi pihak penerbit terlebih dahulu untuk memaklumkan pengiriman manuskrip anda itu.


ALAF 21 SDN. BHD,


Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836.


 


PRIMA BUKU SDN. BHD,


Lot 21, Jalan Sepana 15/3, Off Jalan persiaran Selangor, seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5101 3836


 


FAJAR PAKEER,


7/GF, Jalan 1/18A, Taman Mastiara Off Jalan Ipoh, Batu 5, 51200 Kuala Lumpur. Tel: 03-6258 1196, 03-6258 1195. Web site: http://www.fajarnovel.com.my


 


NB KARA SDN. BHD


D 19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 03-8736 4025, 03-8736 4028. Website: http://www.nbkara.com.my


 


PENERBITAN JEMARI SENI,


G & 1-25, Jalan Kajang Impian 1/11, Taman Kajang Impian, 43600 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: 03-8926 0142, 03-8297 3967. Website: http://www.jemariseni.com


 


KARYA SENI ENTERPRISE

41-1 Jalan Temenggung 9/9, Bandar Mahkota Cheras, 43200 Cheras

Selangor. MALAYSIA.


Tel: 03-9010 4779, Fax: 03-9010 4511. Website: http://www.karyaseni.com.my


Syarikat-syarikat Kumpulan PTS

PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

PTS Consultants Sdn. Bhd.

PTS Millennia Sdn. Bhd.

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

PTS One Sdn. Bhd.

PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

PTS Islamika Sdn. Bhd.

PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.

PTS Pop Sdn. Bhd.

PTS Netmedia Sdn. Bhd.

PTS Bookcafe Sdn. Bhd.

PTS Edar Sdn. Bhd.


No 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, MALAYSIA. Tel: 603-6188 0316, 603-6189 0316. Website: http://www.pts.com.my


KARNADYA SOLUTIONS SDN BHD,


No. 12, Jalan BP 6/6, Bukit Puchong Commercial Centre, 47100 Puchong, Selangor.


Tel: 03-8068 4763. Website: http://www.karnadya.com.my


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 00:25

March 25, 2012

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL MASIH BOLEH DIMILIKI

SAMBUTAN terhadap ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) yang saya hasilkan pada tahun 2010 sehingga kini masih mendapat sambutan hangat Namun masih ada di kalangan pembaca blog ini yang tidak pasti sama ada ebook berkenaan masih dijual lagi? Untuk pengetahuan, ebook Cara Mudah Menulis Novel masih dijua lagi dengan harga RM 40. 00.


            Menariknya untuk kali ini saya akan memberikan sebuah ebook percuma bagi setiap pembelian dan sebuah novel bonus berjudul ‘Sebening Air Mata’ atau “Air  Mata Pertama” dan pembeli boleh memilih salah satu novel bonus berkenaan.


            Manakala ebook percuma yang akan saya beri ialah PANDUAN MENULIS NOVEL: Berdasarkan Kisah Benar. Mereka yang masih tercari-cari ebook bagaimanakah cara yang mudah menulis novel, sila dapatkan buku ini dengan membuat pesanan segera.


            Sementara itu, saya masih ada satu ebook mengenai penulisan novel berjudul: 50 TIP MENULIS NOVEL. Ebook ini  mengandungi 50 tip teknik menulis novel, diprsembahkab dengan  bahasa yang mudah diahami terutamanya mereka yang baru belajar menulis novel. Harga ebook ini hanya RM 20.00 sahaja.


            Jika ada pembaca yang ingin  memiliki kedua-dua ebook ini, mereka hanya perlu bayar RM 50.00 sahaja bukan RM 60.00. Tawaran ini masih dibuka sehingga  hujung tahun dan jangan lepaskan peluang.


            Pembaca juga akan mendapat novel bonus dan juga Tip  Bimbingan Menulis Novel. Pembaca yang berminat boleh membuat pesanan ebook yang saya maksudkan.


            Pembayaran kedua-dua ebook ini boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya:


            MUHD NASRUDDIN DASUKI


           AKAUN MAY BANK : 162115976283


            CIMB : 1227-0002240-20-7     


 


            Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms ke HP 013-3635560.


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2012 02:30

March 11, 2012

BERHATI-HATI KIRIM KARYA KE PENERBIT

BAGAIMANAKAH perasaan anda sebagai penulis novel, apabila manuskrip novel ditolak oleh penerbit sedangkan anda sudah mengirimkan keseluruhan manuskrip itu melalui emel atau secara pos. Jika dipos biasa, kemungkinan anda boleh meminta penerbit memulangkan manuskrip itu.


Tetapi bagaimana jika anda mengirimkan melalui emel? Sebagai penulis baru, tidak salah jika anda berasa curiga atau bimbang jika novel itu di ‘copy’ semula oleh penerbit dan kemudian diterbitkan dengan nama orang lain.


Bagaimanapun sebagai penulis yang sudah lama menceburi bidang ini, saya berharap sangat penerbit tidak melakukan perbuatan seperti ini dan fahamilah jerih payah penulis menghasilkan novel yang memerlukan banyak masa dan tenaga.


Untuk mengatasi perkara seperti ini, saya menasihatkan mereka yang baru menulis hanya perlu menulis synopsis dan dua tiga bab awal novel berkenaan sekiranya mahu menghantarkan manuskrip ke mana-mana penerbit.


Sebelum mengirimkan manuskrip novel sama ada secara bertaip atau melalui emel, pastikan dahulu anda menghubungi editor penerbit terlebih dahulu dan berbincanglah bagaimana yang sepatutnya mengirimkan manuskrip novel anda itu.


Mengikut kebiasaan, anda boleh mengirimkan manuskrip novel yang bertaip kepada penerbit. Sekiranya pihak penerbit sudah bersetuju untuk menerbitkan setelah melalui proses penilaian, kebiasaan pihak penerbit akan meminta penulis mengirimkan manuskrip novel secara email untuk memudahkan proses “type setting” , ‘Lay-Out’ dan sebagainya.


Penulis  yang baru berjinak-jinak menulis novel dan ingin mengirimkan manuskrip kepada mana-mana penerbit harus waspada dengan perkara ini walaupun ia jarang berlaku tetapi kebimbangan tetap ada kerana menulis novel memerlukan komitment yang tinggi.


Bayangkanlah berbulan-bulan anda menghasilkan sebuah novel, apabila dihantar ke penerbit, manuskrip ditolak tetapi beberapa bulan kemudian mansukrip  anda itu diterbitkan tetapi dengan nama orang lain. Tidakkah anda berasa kecewa.


Untuk memastikan novel anda diterbitkan, sila ikuti bengkel-bengkel yang diadakan oleh penerbit kerana dengan cara ini anda boleh bertanya terus kepada pihak penebit, apakah kreteria yang diperlukan sebelum menghasilkan novel bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2012 03:23

HASILKAN KARYA YANG TERBAIK

 


WALAUPUN berpuluh-puluh judul novel terbit setiap bulan dengan pelbagai cerita namun bukan bermakna telah habis cerita ditulis. Sebenarnya banyak cerita yang boleh digarap dan diolah dengan kebijaksanaan penulis untuk dijadikan cerita dalam novel. Bergantung kepada kemampuan penulis untuk mengolah tema yang dipaparkan. Meskipun ceritanya ringan kerana cara pengolahan yang bijak, ia menjadi sebuah cerita yang menarik.


            Terdapat juga ada cerita yang menarik tetapi kerana cara pengolahan yang ‘hanya asal siap’ ia menjadi kurang menarik walaupun sebenarnya ia boleh digarap dengan baik. Di sini kemampuan penulis cerita sangat penting.


            Sebagai contoh jika sebuah sinopsis cerita   yang sama diberikan kepada 10 penulis untuk dijadikan sebuah novel, sudah tentu cara penulisan, teknik, bahasa, dan sebagainya tidak akan sama. Jika diberikan pula kepada penulis yang sudah berpengalaman dengan penulis yang baru menulis, hasilnya sangat berbeza.


            Penulis yang bijak mungkin tidak akan menulis mengikut urutan cerita yang bermula dari A – Z tetapi menggunakan teknik imbas kembali yakni bermula dari Z kemudian A. Penulis yang lain pula akan mengambil pertengahan cerita seperti bermula dari M kemudian kembali kepada A seterusnya mengakhirkannya dengan Z pula.


            Penulis bijak yang lain pula mungkin juga memulakan cerita dari pertengahan yakni dari M terus kepada Z dan kembali semula kepada A. Kemampun pengolahan tidak akan dating sendiri melainkan mencubanya melalui pengalaman.


            Kebiasaannya pengalaman menulis akan memudahkan teknik penulisan seperti ini. Bagi penulis baru sudah tentu akan mengalami kesukaran dan akan menjadi keliru, akhirnya akan menjadikannya bosan lalu terbengkalailah novel yang sedang dihasilkan.


            Namun bagi penulis baru disarankan supaya menulis novel mengikut kronologi cerita atau urutan kerana ia mudah tanpa menggunakan teknik imbas kembali atau imbas muka. Jika tidak berhati-hati perjalanan atau plot novel akan tunggang langgang dan penilai sukar hendak faham sekaligus menolak novel seperti ini untuk diterbitkan kerana pengolahannya yang mengelirukan.    


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2012 03:21

PENULIS PERLU BIJAK MENGOLAH CERITA

WALAUPUN berpuluh-puluh judul novel terbit setiap bulan dengan pelbagai cerita namun bukan bermakna telah habis cerita ditulis. Sebenarnya banyak cerita yang boleh digarap dan diolah dengan kebijaksanaan penulis untuk dijadikan cerita dalam novel. Bergantung kepada kemampuan penulis untuk mengolah tema yang dipaparkan. Meskipun ceritanya ringan kerana cara pengolahan yang bijak, ia menjadi sebuah cerita yang menarik.


Terdapat juga ada cerita yang menarik tetapi kerana cara pengolahan yang ‘hanya asal siap’ ia menjadi kurang menarik walaupun sebenarnya ia boleh digarap dengan baik. Di sini kemampuan penulis cerita sangat penting.


Sebagai contoh jika sebuah sinopsis cerita   yang sama diberikan kepada 10 penulis untuk dijadikan sebuah novel, sudah tentu cara penulisan, teknik, bahasa, dan sebagainya tidak akan sama. Jika diberikan pula kepada penulis yang sudah berpengalaman dengan penulis yang baru menulis, hasilnya sangat berbeza.


Penulis yang bijak mungkin tidak akan menulis mengikut urutan cerita yang bermula dari A – Z tetapi menggunakan teknik imbas kembali yakni bermula dari Z kemudian A. Penulis yang lain pula akan mengambil pertengahan cerita seperti bermula dari M kemudian kembali kepada A seterusnya mengakhirkannya dengan Z pula.


Penulis bijak yang lain pula mungkin juga memulakan cerita dari pertengahan yakni dari M terus kepada Z dan kembali semula kepada A. Kemampun pengolahan tidak akan dating sendiri melainkan mencubanya melalui pengalaman.


Kebiasaannya pengalaman menulis akan memudahkan teknik penulisan seperti ini. Bagi penulis baru sudah tentu akan mengalami kesukaran dan akan menjadi keliru, akhirnya akan menjadikannya bosan lalu terbengkalailah novel yang sedang dihasilkan.


Namun bagi penulis baru disarankan supaya menulis novel mengikut kronologi cerita atau urutan kerana ia mudah tanpa menggunakan teknik imbas kembali atau imbas muka. Jika tidak berhati-hati perjalanan atau plot novel akan tunggang langgang dan penilai sukar hendak faham sekaligus menolak novel seperti ini untuk diterbitkan kerana pengolahannya yang mengelirukan.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2012 00:55

Nasrudin Mohammed's Blog

Nasrudin Mohammed
Nasrudin Mohammed isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Nasrudin Mohammed's blog with rss.