Nasrudin Mohammed's Blog, page 3

January 16, 2017

TULIS BUKU BUKAN UNTUK SYOK SENDIRI

YA, kita harus menulis buku bukan untuk ‘syok’ sendiri! Masa menulis buku untuk syok sendiri sudah berlalu. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang (2017) orang berkira untuk membeli suatu barangan termasuk buku.


kita menulis buku untuk orang lain membaca bukan kita seorang yang membaca. Jadi menulis buku tidak kira buku-buku agama, novel seram, novel tak seram dan seumpama mesti megikut selera pembaca. Pembaca yang keluarkan duit, mereka ada hak untuk memilih buku yang ‘kena’ dengan selera mereka.


Menulis buku ikut selera sendiri sangat ‘bahaya’. Bahaya jika buku itu tidak boleh dijual. Maksudnya tidak laku di pasaran. Kesannya kepada penulis dan pihak penerbit yang menerbitkan buku itu. Jika penerbit ‘tidak mampu senyum’ dengan prestasi jualan buku tersebut, peluang mungkin tinggal 20% untuk kita terbitkan buku selepas ini.


Mahu atau tidak, mestu tulis buku apa yang pembaca mahu. Bukan penulis mahu. Macam mana hendak tahu apa yang pembaca mahu? Kena buat kajian rambang atau cuba prestasi jualan buku apa yang laku pada ketika ini.


Jika ada perubahan dari segi penyampaian, isi kandungan, Bahasa dan sebagainya, penulis kena akur dengan keadaan. Penulis tidak boleh menulis lagi ‘style’ tahun 70-an atau 80-an. Mesti ikut ‘style’ pembaca 2017.


Bukan mudah hendak paksa mereka keluarkan duit dari poket untuk beli buku kita jika tidak kena dengan selera mereka. Penulis kena mengalah, kena ikut kehendak pembaca 2017 dan tahun-tahun akan datang. Tulislah ikut apa yang mereka ‘syok’ jika buku kita mahu terjual laris di pasaran.


Biarlah mereka syok dengan karya kita. Penulis boleh tersenyum, editor pun boleh tersenyum, penulis juga boleh tersenyum kerana royalti menulis tidak lagi ‘seciput’.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2017 19:06

MUDAHKAN MENJUAL EBOOK DI MEDIA SOSIAL

MENJUAL buku tidak sama caranya dengan menjual produk kesihatan di media sosial. Tetapi strategi yang digunakan oleh mereka boleh diaplikasikan terhadap pemasaran buku.Penulis wajar untuk belajar dan mengkaji apakah strategi yang mereka gunakan sehinggakan penjual produk kesihatan melebihi jualan di kedai-kedai biasa?


Mungkin ramai di antara kita tidak ada masa untuk mengikuti kursus atau bengkel yang diadakan mengenai pemasaran produk di media sosial. Untuk mengatasinya penulis wajar berusaha mendapatkan maklumat pengenai pemasaran ini melalui internet. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin dan dapat subscribe daripada pengendali bengkel seperti ini di website mereka.


Ada orang kata, mudah saja jual buku di facebook. Letak saja gambar buku, cerita sedikit isi kandungan, letak harga dan sesiapa yang berminat boleh terus PM. Hakikatnya tidak semudah itu. Dalam facebook sahaja sudah bermacam-macam iklan.


Bermula dari jualan tudung, pakaian kanak-kanak, produk kesihatan, jam tangan, kasut, sehinggalah kepada ubat peransang seks, semua ada dilambakkan di situ. Bagaimanakah mereka yang melayari media sosial ini akan tertarik untuk membeli pelbagai produk ini?


Paling malang jika pengguna laman sosial ini hanya memandang sepi iklan yang terpapar. Sudah berhar-hari iklan terpapar tetapi hanya sebilangan kecil yang berminat membeli. Jika ini berlaku semangat penulis untuk memasarkan buku ini akan luntur.


Sebenarnya kalau kita rajin melayari internet dan mencari maklumat mengenai bagaimana cara untuk memasarkan produk di media social, kita akan ditemukan dengan pelbagai laman web yang memasarkan produk di laman sosial.


Bacalah panduan itu dan cuba terapkan.Mudah-mudahan usaha yang sedikit demi sedikit itu akan membuahkan hasil.Belajarkan dari pengalaman mereka yang berjaya memasarkan buku di laman sosial.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2017 19:04

KELEMBAPAN EKONOMI JEJAS ROYALTI PENULIS

RAMAI meramalkan ekonomi pada tahun 2017 ini semakin sukar dan ‘perit.’ Ini tidak terkecuali dalam industri perbukuan yang merasai kesuraman. Walaupun ini sudah mulai dirasai sejak tahun lalu tetapi tahun ini dirasakan lebih mencabar.


Sama ada mereka yang terlibat dalam industri menerbitkan buku, mengedar, menjual malah para penulis sendiri akan merasa kesannya. Apabila industri buku merudum, bermakna royalti kepada penulis juga akan menurun dan penulis yang berharapkan kepada hasil royali pasti akan menerima kesan yang lebih.


Inilah hakikat yang mesti diterima. Ramai penulis yang menghasilkan buku akan berasa resah dengan keadaan ini. Walau apapun, para penulis buku tidak b oleh berdiam diri. Mereka mesti mencari alternative dan tidak mengharapkan serratus peratus kepada penerbit untuk memasarkan buku mereka.


Dengan kewujudan pelbagai media sosial sekurang-kurangnya dapat membantu jualan buku para penulis. Penulis boleh menggunakan facebook, Instagram, WhatApps, Twitter dan seumpamanya untuk memasarkan buku.


Bagaimanapun penulis mesti tahu bagaimanakah cara yang betul untuk memasarkan buku melalui media sosial ini. Bukan mustahil, walaupun pelbagai cara digunakan di media sosial ini, tetapi buku tidak dapat dijual. Masa dan tenaga habis terbuang, buku tidak dapat dijual.


Ini juga satu masalah. Penulis mahir dalam segala hal penulisan tetapi kosong pengalaman dalam hal pemasaran di media sosial. Ini satu cabaran bagi penulis. Jika terus berdiam diri, buku yang berada di dalam setor tidak akan berkurangan.


Penulis mesti melakukan sesuatu supaya hasil royalty tidak terjejas akibat kemerosotan ekonomi!


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2017 19:02

December 30, 2014

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) DALAM BENTUK BUKU

COVER CMMN


SYUKUR Alhamdulillah, setelah lebih kurang lima tahun ebook Cara Mudah Menulis Novel (CMMN) diterbitkan dalam bentuk ebook, kini sudah sampai masanya ebook ini dijadikan sebuah buku yang boleh dipegang dan dibaca pada bila-bila masa.

Penulis amat menghargai cadangan dan pandangan dari mereka yang minat menulis novel supaya ebook ini dijadikan sebuah buku yang boleh dipegang, disentuh dan dibaca berulangkali.


Penulis sedar tidak ramai yang menggemari ebook berbanding dengan buku fizikal kerana sudah terbiasa sejak zaman persekolahan, apabila membaca buku mesti ada buku yang boleh ditatap dan dipegang bukan membacanya di alam siber.


Bagaimanapun tuntutan masa pada zaman siber dengan kelahiran banyak ebook panduan, sudah tentu penulis akan mengambil peluang untuk menghasilkan ebook seperti ini dan hasilnya, Alhamdulillah ramai yang menerima baik.


Namun demi tidak menghampakan mereka yang masih meminati buku, penulis tidak menghampakan impian mereka untuk membaca ebook CMMN ini dalam bentuk buku.

Sekarang buku CMMN ini boleh didapati dengan harga yang murah iaitu RM 20.00 senaskah berbanding ebook yang berharga RM 40.00. Bagaimanapun buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku tetapi boleh dipesan terus dengan penulis dan kos hantaran tidak dikenakan.


Penulis tidak mahu menghampakan mereka yang berasakan ebook berharga RM 40.00 terlalu mahal tetapi jika dibandingkan dengan manfaat yang diperolehi, sudah tentu tidak ternilai dengan haga buku itu. Untuk itu penulis hanya menjual dengan harga RM 20.00 termasuk kos penghantaran.


Kepada mereka yang ingin menghasilkan novel, jangan lepaskan peluang ini. Sila buat pesanan segera. Pembayaran kedua-dua ebook ini boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya:


MUHD NASRUDDIN DASUKI

AKAUN MAY BANK : 162115976283

CIMB : 1227-0002240-20-7


Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms atau WhatsApp ke HP 013-3635560.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2014 19:00

November 25, 2014

JANGKAAN MASA SIAPKAN NOVEL

OLEH kerana menghasilkan sesebuah novel mengambil masa yang panjang, sememangnya banyak masa digunakan untuk menyiapkannnya. Bagaimanapun untuk menyiapkan sesebuah novel seseorang penulis perlu menetapkan atau jangkaan masa seperti sebualan dua bulan atau tiga bulan.


Untuk memudahkan penulis menepati masa menyiapkan sesebuah novel. Panduan ini mungkin berguna, supaya penulis dapat menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.

1.Mencari bahan-bahan atau idea menulis.

2. Sesudah mendapatkan bahan, sila kembangkan menjasi sebuah sinopsis.

3. Siap sinopsis, kembangkan menjadi rangka. Maksudnya bab pertama, apakah cerita yang hendak ditulis, kemudian bab kedua dan seterusnya sehinggalah ke bab terakhir.

4. Mulakan menulis bab pertama. Siap bab pertama teruskan kepada bab kedua san seterusnya sehingga akhir.

5. Jangan berhenti menulis selagi novel belum siap. Jika berhenti akan menyebabkan novel terbengkalai.

CONTOH YANG MUDAH

1. Bahan-bahan atau Idea misalnya mengenai kes buli di sekolah menengah.

Dapatkan bahan-bahan melalui keratan akhbar, majalah, kajian dan sebagainya. Misalnya mengapa ia berlaku. Langkah-langkah mencegah dan penyelesaiannya. Wujudkan satu watak yang kena buli, watak-watak yang membuli, watak yang simpati dan watak-watak lain yang ada kaitan dengan kisah ini.

2.. Sinopsis

Alif seorang pelajar pendiam. Bapanya sudah meninggal dunia dan tinggal bersama ibunya yang hidup serba sukar. Pelajaranya bagus dan disujai guru-guru dan seorang pelajar perempuan simpati dengan hidupnya. Seorang pelajar lelaki lain cemburu melihat pelajar perempuan itu sering memantu Alif.

Zack pelajar yang cemburu, seorang anak orang berada. Dia menggunakan ‘kemewahan’ untuk mempengaruhi rakan-rakannya untuk membuli Alif. Zack merancang untuk melakukan sesuatu kepada Alif tetapi rancangannya diketahui lebih awal oleh pelajar perempuan yang simpati dengan Aliff.

(Teruskan sinopsis kisah ini sehingga selesai)

3.Menulis rangka.

BAB 1.

Alif sedang makan di kantin berseorangan, kemudian didatangi Irma, gadis pelajar yang simpati dengan hidupnya. Zack yang turut berada di kantin berasa tercabar apabila, pelajar yang diminati menjadi teman baik Alif. Zack menghampiri bersama-sama dengan dua rakannya. Zack memberi amaran supaya tidak berbaik-baik dengan Irma.

BAB 2

Zack kehilangan kunci motosikal. Dia menuduh Alif menyembunyikannya. Alif menafikan tetapi Zack tetap menuduh dan mengancam Alif mahu melakukan sesuatu terhadapnya. Alif bimbang, dia mengadukan perkara itu kepada guru disiplin.

BAB 3

(Teruskan menulis kisah seterusnya sehinggalah selesai)

4. Mulakan menulis bab satu

Contoh:

SEBAIK sahaja loceng rehat berbunyi, Alif melangkah keluar dari kelas menuju ke kantin. Dia membawa bungkusan nasi lemak yang dibuat ibunya serta bekas berisi air masak. Sampai di kantin, dia mencari meja paling belakang. Suasana di kantin riuh rendah dengan pelajar yang menyerbu makanan yang dijual.

Alif tidak memperdulikan keriuhan itu sebaliknya terus duduk di bangku panjang yang boleh memuatkan empat orang. Sebaik sahaja duduk, tercegat seorang gadis di hadapannya. (Teruskan babak ini sehingga akhir bab 1).

5. Teruskan menulis setiap bab, jika boleh biar panjang setiap bab – sama. Jika 10 halaman, buatlah 10 halaman setiap bab.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2014 22:42

November 18, 2014

PAKEJ ISTIMEWA 2 EBOOK HANYA RM 50.00, SEBUAH EBOOK LAGI DIBERI PERCUMA

Ebook percumaSEMPENA menjelang akhir tahun 2014, saya menawarkan jualan pakej istimewa dua ebook saya, CARA MUDAH MENULIS NOVEL (CMMN) yang berharga RM 40.00 dan 50 TIP MENULIS NOVEL(50TMN) RM 20.00 kepada harga istimewa hanya RM 50.00 sahaja untuk kedua-dua buah ebook berkenaan dan setiap pembelian akan mendapat sebuah ebook percuma berjudul PANDUAN MENULIS NOVEL BERDASARKAN KISAH BENAR.


Kepada mereka yang ingin menghasilkan novel, jangan lepaskan peluang ini. Sila buat pesanan segera. Pembayaran kedua-dua ebook ini boleh dilakukan dengan cara bank in ke akaun saya:

MUHD NASRUDDIN DASUKI

AKAUN MAY BANK : 162115976283

CIMB : 1227-0002240-20-7

Pembeli boleh mengirimkan butiran pembelian ke emel: mnasd_326@yahoo.com atau sms atau WhatsApp ke HP 013-3635560.  cmmn-cover-baru ebook-50-tip-menulis-novel1


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2014 00:48

November 17, 2014

CARA SUPAYA DIMURAHKAN REZEKI


 RAMAI  di antara kita bekerja siang dan malam semata-mata kerana mahu menambahkan rezeki dan setiapkali selepas solat fardu lima waktu kita tidak lupa berdoa kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki. Tetapi malangnya setelah penat bekerja dan berdoa, rezeki masih lagi sempit malah setiap bulan gaji yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.


            ALLAH sebenarnya sudah menentukan rezeki kepada setiap hamba-Nya tetapi kerana kejahilan hamba-Nya memancing rezeki,  rezeki yang sepatutnya diperolehi tidak dapat dinikmati. Yakinlah apa yang kita usahakan hari ini, itulah yang akan kita dapat kemudian hari. Tetapi jika kita tidak mengusahakan apa-apa, rezeki tidak mungkin akan datang bergolek.


            Kita mungkin akan tertanya-tanya, ada orang yang berusaha biasa-biasa sahaja tetapi rezekinya tidak pernah putus, manakala orang yang bekerja keras siang dan malam, rezeki masih juga tidak mencukupi. Setiap orang wajib mempunyai kemahiran untuk memancing rezeki. ALLAH sudah menunjukkan jalan bagaimana supaya setiap orang rezekinya murah tetapi mereka memilih untuk tidak memilih apa yang ALLAH anjurkan sebaliknya, memilih cara sendiri mendapatkan rezeki.


            Buku JAMINAN  REZEKI DENGAN SEDEKAH, buku terbaru saya mengupas bagaimana mahu mencari rezeki dengan cara yang mudah dan dianjurkan oleh agama. Insya-ALLAH jika anda mengamalkan apa yang saya tuliskan dan sedia berubah, rezeki yang sempit akan dilapangkan oleh ALLAH.


            Di dalam buku ini mengandungi 80 rencana bagaimana mahu mendapatkan rezeki dan bagaimana dengan hanya bersedekah, rezeki setiap orang akan melimpah ruah. Saya tidak menjamin selepas anda memiliki buku ini rezeki anda yang sempit akan menjadi murah, tetapi tidak mustahil setelah membaca buku ini, anda sedia berubah dan mengikuti apa yang dianjurkan oleh buku ini, rezeki anda secara perlahan-lahan akan berubah dan rezeki anda bertambah.


            Buku  ini sesuai untuk mereka yang berhajat untuk mendapatkan kemurrahan rezeki dengan cara yang diredhai ALLAH. Buku JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH hanya RM 36.00 sahaja dan amalkan apa yang terkandung di dalam buku motivasi Islamik  ini jika anda mahu rezeki anda dimurahkan ALLAH.


            Mereka yang berminat boleh membuat pesanan dengan bank in ke akaun bank saya berjumlah RM 40.00 termasuk belanja pos.BUKU JAMINAN REZEKI DENGAN SEDEKAH Setelah bank ini, sila emelkan butiran nama dan alamat anda ke mnasd_326@yahoo. com , SMS  atau Whatsapp ke 013-3635560.


            Berikut adalah butiran akaun bank saya:


              MUHD NASRUDDIN DASUKI


              Akaun MAYBANK  :   162115976283


             Akaun CIMB BANK  :  1277-0002240-207      


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 17, 2014 00:21

January 20, 2014

CARA SUPAYA DIMURAHKAN REZEKI


Normal

0


false

false

false


EN-US

X-NONE

X-NONE


MicrosoftInternetExplorer4




/* Style Definitions */

table.MsoNormalTable

{mso-style-name:”Table Normal”;

mso-tstyle-rowband-size:0;

mso-tstyle-colband-size:0;

mso-style-noshow:yes;

mso-style-priority:99;

mso-style-qformat:yes;

mso-style-parent:”";

mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;

mso-para-margin-top:0in;

mso-para-margin-right:0in;

mso-para-margin-bottom:10.0pt;

mso-para-margin-left:0in;

line-height:115%;

mso-pagination:widow-orphan;

font-size:11.0pt;

font-family:”Calibri”,”sans-serif”;

mso-ascii-font-family:Calibri;

mso-ascii-theme-font:minor-latin;

mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;

mso-fareast-theme-font:minor-fareast;

mso-hansi-font-family:Calibri;

mso-hansi-theme-font:minor-latin;

mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;

mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}


RAMAI  di antara kita bekerja siang dan malam semata-mata kerana mahu menambahkan rezeki dan setiapkali selepas solat fardu lima waktu kita tidak lupa berdoa kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki. Tetapi malangnya setelah penat bekerja dan berdoa, rezeki masih lagi sempit malah setiap bulan gaji yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.


            ALLAH sebenarnya sudah menentukan rezeki kepada setiap hamba-Nya tetapi kerana kejahilan hamba-Nya memancing rezeki,  rezeki yang sepatutnya diperolehi tidak dapat dinikmati. Yakinlah apa yang kita usahakan hari ini, itulah yang akan kita dapat kemudian hari. Tetapi jika kita tidak mengusahakan apa-apa, rezeki tidak mungkin akan datang bergolek.


            Kita mungkin akan tertanya-tanya, ada orang yang berusaha biasa-biasa sahaja tetapi rezekinya tidak pernah putus, manakala orang yang bekerja keras siang dan malam, rezeki masih juga tidka mencukupi. Setiap orang wajib mempunyai kemahiran untuk memancing rezeki. ALLAH sudah menunjukkan jalan bagaimana supaya setiap orang rezekinya murah tetapi mereka memilih untuk tidak memilih apa yang ALLAH anjurkan sebaliknya, memilih cara sendiri mendapatkan rezeki.


            Buku MEMANCING REZEKI DENGAN SEDEKAH, tulisan terbaru saya mengupas bagaimana mahu mencari rezeki dengan cara yang mudah dan dianjurkan oleh agama. Insya-ALLAH jika anda mengamalkan apa yang saya tuliskan dan sedia berubah, rezeki yang sempit akan dilapangkan oleh ALLAH.


            Di dalam ebook ini mengandungi 80 rencana bagaimana mahu mendapatkan rezeki dan bagaimana dengan hanya bersedekah, rezeki setiap orang akan melimpah ruah. Saya tidak menjamin selepas anda memiliki ebook ini rezeki anda yang sempit akan menjadi murah, tetapi tidak mustahil setelah membaca buku ini, anda sedia berubah dan mengikuti apa yang dianjurkan oleh ebook ini, rezeki anda secara perlahan-lahan akan berubah dan rezeki anda bertambah.


            Ebook ini sesuai untuk mereka yang berhajat untuk mendapatkan kemurrahan rezeki dengan cara yang diredhai ALLAH. Ebook MEMANCING REZEKI DENGAN SEDEKAH hanya RM 20.00 sahaja dan amalkan apa yang terkandung di dalam ebook ini jika anda mahu rezeki anda dimurahkan ALLAH.


            Mereka yang berminat boleh membuat pesanan dengan bank in ke akaun bank saya dan saya akan emelkan ebook ini ke kotak emel anda. Setelah bank ini, sila emelkan butiran nama dan alamat anda ke mnasd_326@yahoo. com atau SMS ke 013-3635560.


            Berikut adalah butiran akaun bank saya:


              MUHD NASRUDDIN DASUKI


              Akaun MAYBANK  :   162115976283


             Akaun CIMB BANK  :  1277-0002240-207      


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 20, 2014 01:16

May 15, 2013

MENANGANI KARYA TERBENGKALAI


Normal

0


false

false

false


EN-US

X-NONE

X-NONE




/* Style Definitions */

table.MsoNormalTable

{mso-style-name:”Table Normal”;

mso-tstyle-rowband-size:0;

mso-tstyle-colband-size:0;

mso-style-noshow:yes;

mso-style-priority:99;

mso-style-qformat:yes;

mso-style-parent:”";

mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;

mso-para-margin-top:0in;

mso-para-margin-right:0in;

mso-para-margin-bottom:10.0pt;

mso-para-margin-left:0in;

line-height:115%;

mso-pagination:widow-orphan;

font-size:11.0pt;

font-family:”Calibri”,”sans-serif”;

mso-ascii-font-family:Calibri;

mso-ascii-theme-font:minor-latin;

mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;

mso-fareast-theme-font:minor-fareast;

mso-hansi-font-family:Calibri;

mso-hansi-theme-font:minor-latin;

mso-bidi-font-family:”Times New Roman”;

mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}


BUKAN   membina rumah sahaja yang terbengkalai.  Menulis juga seringkali terbengkalai. Puncanya kerana tidak ada idea atau ketandusan idea untuk meneruskan kerja-kerja penulisan novel. Ia bukan sahaja dialami mereka yang baru menulis, malah kadangkala mereka yang sudah biasa menulis juga mengalamai perkara yang sama.


            Pembinaan rumah yang terbengkalai disebabkan banyak faktor. Di antaranya kekurangan dana, kekurangan bahan binaa, kekurangan tenaga kerja, masalah cuaca dan sebagainya. Tetapi kekurangan dana atau bajet untuk membina rumah menjadi punca utama. Jika ada dana, semua kekurangan-kekurangan kecil akan dapat di atasi.  


            Dalam hal penulisan, kekurangan idea menjadi penyebab utama kerja-kerja penulisan terhenti kemudian terbengkalai. Puncanya kerana tidak ada jadual atau perancangan semasa memulakan kerja penulisan novel. 


            Jika ada perancangan rapi, kerja penulisan tidak akan terbengkalai. Sebagaimana mahu menyiapkan sebuah rumah, paling asas adalah tapak rumah, kemudian pelan rumah, kemudian bahan-bahan binaan, disusuli dengan perkara lain yang kurang penting.


            Menulis novel mesti ada rangka. Rangka yang akan menjadi terbengkalai atau tidak novel yang akan kita tulis. Sebagai contoh, novel mesti ada jalan cerita atau sinopsis. Setelah ada sinopsis, perlu ada langkah pertama menulis novel.


            Sebagai contoh BAB pertama. Perlu dicatitkan apakah cerita atau konflik yang hendak disampaikan. Ada konflik, ada watak, ada latar barulah kerja penulisan boleh dimulakan. Untuk memudahkan sila catitkan daripada BAB 1 sehingga BAB akhir apakah konflik atau cerita yang hendak disampaikan.


            Apabila setiap bab sudah dicatitkan, tugas penulis ialah menulis berpandukan apa yang telah dicatitkan. Habiskan setiap awal dahulu sebelum menyiapkan bab seterusnya. Maksudnya siapkan bab pertama, kemudian kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah selesai.


            Bukan tidak boleh menulis melangkahi bab, misalnya siap bab ketiga kemudian menulis bab keenam atau seterusnya. Cara begini tidaklah praktikal walaupun sudah rangka atau garis panduan, tetapi itu hanyalah sebagai panduan sahaja. Mungkin ketika menulis,  ada idea baru muncul dan tidak termasuk dalam catitan dan rasanya perlu dimasukkan.


            Sebaik-baiknya menulislah mengikut rangka atau jadual yang sudah ditetapkan. Jika satu hari mesti siapkan satu bab, mesti siapkan walaupun apa pun terjadi. Menulis tidak mengikut rangka atau jadual, inilah yang menyebabkan karya terbengkalai. Untuk menyambung semula, kita terpaksa membaca semula sejak awal, jika tidak, urutan cerita sukar hendak dijalinkan kerana kita sudah terlupa isi cerita.       


           


 



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2013 02:44

September 21, 2012

BUKU 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH TEMPAT KEDUA ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012

MLALUI entri kali ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memiliki buku 100 PESANAN TERAKHIR RASULULLAH dan kepada mereka yang mengundi buku berkenaan sehingga buku berkenaan mendapat tempat kedua ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR – BERITA HARIAN 2012 kategori buku bukan fiksyen yang keputusannya diumumkan pada 25 Ogos lalu 2012 yang lalu.


Ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada pihak penerbit buku berkenaan Karya Bestari Sdn. Bhd., editor yang menangani manuskrip buku berkenaan serta kakitangan yang terlibat di dalam menerbitkan serta unit promosi yang tidak jemu-jemu membuat promosi sehingga buku berkenaan memasuki cetakan kelima dalam tempoh setahun diterbitkan.


Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Rangkaian Kedai Buku POPULAR dan Berita Harian setiap tahun itu, buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Menjawab diumumkan sebagai pemenang pertama, tempat kedua buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah oleh Muhd Nasruddin Dasuki dan empat ketiga Oi..Bangunlah Oi..oleh Dr. HM Tuah Iskandar bagi kategori bukan Fiksyen.


Manakala bagi kategori novel pula, Novel M.A.I.D karya Suri Ryana dinobatkan sebagai pemenang pertama, kedua novel 7 Hari Mencari Cinta karya Siti Rosmizah dan tempat ketiga novel Yes Boss karya Areila Sahimi.


Sebanyak 10 buku untuk kategori novel dipertandingkan dan 10 buku kategori bukan fiksyen juga dpertandingkan. Buku-buku yang dipertandingkan dipilih berdasarkan carta jualan paling laris sepanjang tahun 2011 di rangkaian kedai buku POPULAR.


Tahniah kepada para penulis yang tersenarai sebagai finalis, walaupun anda tidak berjaya, sekurang-kurangnya ia menjadi pembakar semangat untuk terus menulis.


Anugerah buku popular
Anugerah buku popular


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2012 19:20

Nasrudin Mohammed's Blog

Nasrudin Mohammed
Nasrudin Mohammed isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Nasrudin Mohammed's blog with rss.