Hafizul Faiz's Blog, page 9

May 6, 2016

SEKOYAK KEJADIAN YANG KITA LEMPAR DARI PUNCAK BUKIT

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

(Buat Kak Illeya dan Aina Wafi) Malam itu akulah kekunang kecil yang hinggap di jiwa rusuhmu malap-malap aku menyalakan cahaya menguningkan jiwamu yang gelita tak lama aku pun terbang pula merayap-rayap ke taman perasaanmu kulihat batu yang kau susun dan kubu yang kau bina bersama ranting-ranting yang patah dan pepohon yang mati tanpa bintang kita […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 06, 2016 00:03

May 4, 2016

CATITAN PENGHUJUNG SEMESTER: KELAS TAFSIR DAN MESYUARAT TINGKAP

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

4 Mei 2016 akan menjadi tarikh yang abadi dalam lipatan kenangan. Orang mengatakan kenangan itu telah berubah menjadi hujan yang tidak jadi turun. Jadi merenung hujan ialah merenung kenangan. Kenangan bagi saya adalah sebaliknya, ibarat sebuah rumah yang sekali-sekala kita hanya boleh melawatnya, bukan tinggal dengannya. Bermula semester lepas, saya mengendalikan semacam kelas (atau diskusi, […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 04, 2016 17:46

April 24, 2016

SEPUCUK SURAT KEPADA DIRI DARIPADA DIRI

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

Baru-baru ini aku membaca beberapa kenyataan tentang dirimu sendiri. Anggap sahajalah aku telah berlari perlahan-lahan tanpa kau sedar keluar dari tubuhmu dan menjadi orang lain yang berkongsi jiwa denganmu. Aku boleh sahaja kau anggap ibarat cermin yang memantulkan wajahmu tetapi tidak pernah mampu memantulkan hatimu. Segala yang berteriak di dalamnya hanya aku yang memahaminya dan […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 24, 2016 21:15

April 19, 2016

BEBERAPA KENYATAAN TENTANG DIRI YANG TIDAK DIKETAHUI

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

Sudah berapa kali saya cuba menuliskan ini. Tulis, kemudian padam semula. Tulis, kemudian padam lagi. Berlaku pertelingkahan dalam diri – apakah perlu diceritakan, atau sebaiknya disembunyikan sahaja? Jiwa bertumbuk sesama sendiri. Awal buku-buku saya, orang mengatakan saya terlalu mendedahkan. Tidak saya nafikan, beberapa kenyataan dan cerita ada sedikit perbezaan dan untuk cetakan seterusnya saya akan […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 19, 2016 23:00

April 13, 2016

TERBUANG DARIPADA ORANG BANYAK

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

Seketika, kita akan menjadi mangsa kepada waktu. Atau paling tidak pun, kita akan terperangkap dengan sesuatu yang kita namainya sebagai kerelaan. Seperti kala ini, ketika saya duduk seorang diri meja yang dikhususkan untuk saya di pejabat, dan tiada sesiapa melainkan bunyi kuat pendingin hawa dan orang-orang bekerja di belakang sana, saya seakan terperangkap dengan diri […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 13, 2016 00:19

February 16, 2016

GELANDANGAN ILMU: SUATU JURNAL PERIBADI (1)

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

 Saya menulis jurnal ringkas ini pada pagi 16 Februari 2016. Segala isi-isi yang ingin saya taburkan telah saya peram sejak semalam, seusai pulang daripada menziarah rumah Kak Filzah dan Abang Ramzani di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Jurnal yang terkumpul di bawah tajuk “Gelandangan Ilmu” ialah jurnal yang berkisarkan tentang kehidupan kampus, perjalanan ilmu, termasuklah segala […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2016 03:04

January 26, 2016

GERIMIS YANG BERDERAI DALAM PUISI-PUISI WAFA AWLA

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

 Sempat saya menganalisa beberapa buah puisi ciptaan Wafa Awla. Berkali-kali saya mengulang bacanya. Penuh tanda tanya kadang-kadang. Saya tidak tahu bagaimana memaparkan perasaan yang tertimbal setelah meneliti puisi-puisinya. Macam cermin kala saya merenungi puisi-puisi itu; yang terbias adalah wajah saya sendiri.  Langgam bahasa Wafa Awla kadang-kadang bertamu di lobi kepengarangan saya. Saya masih meniti batas-batas […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2016 21:50

Catitan Pagi I

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

 Tidak tahu harus saya namakan apa dengan catitan yang sebegini. Ibarat memukal perasaan ke dalam lembar tak berjawapan. Begitu fikir saya. Mungkin inilah catitan yang suatu masa nanti saya akan kumpul, noveletkan, atau bukukan, agar menjadi weltanschauung perjalanan kepengarangan saya yang biasa. Saya ada keinginan yang bersatu dengan tujuan yang teguh dalam bidang kepengarangan. Semua […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 26, 2016 02:28

January 24, 2016

Kenapa Kita Harus Saling Menghadiahi Buku?

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

 Begitulah persoalan yang tiba-tiba muncul di benak dan terbang bergentayang di kepala ketika saya mengingatkan beberapa buah buku yang saya terima sebagai hadiah; secara peribadi dihadiahkan oleh orang ataupun hadiah cenderahati sebagai balasan. Saya ingat-ingat terdapat lebih 20 buah buku yang saya terima sebagai hadiah. Kebanyakannya dihadiahkan secara peribadi dan spontan tanpa saya dapat menerka […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2016 19:27

January 16, 2016

SURAT 28: HARAPAN BERDIRI DI ATAS KEYAKINAN

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

    Banyak yang berubah sepanjang tempoh saya tidak mengutus surat kepada awak ini, Natrah. Saya congak-congak, lebih kurang setahun kita tidak berhubungan. Saya yang salah kerana tidak membalas surat terakhir awak. Surat awak tiada salahnya, Natrah. Awak menghantar surat selepasnya memohon maaf sekiranya pertanyaan awak menyinggung saya. Tidak Natrah. Saya sudah selesa bercerita meski kita […]
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2016 16:48