Hafizul Faiz's Blog, page 10

January 14, 2016

EMBUN DAN DIRI

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

  Sudah lama saya tidak menulis di blog. Sejak media sekarang lebih tertumpu kepada media sosial berbanding media alternatif yang lain, saya pun tidak bersemangat lagi. Ada baik buruknya bila difikirkan. Media sosial meski lebih banyak capaiannya, kesannya kepada stamina penulisan cukup terasa. Saya sendiri mengaku sudah mula malas mahu menulis panjang. Stamina dan momentum […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 14, 2016 23:29

December 30, 2015

Catitan Hujung Tahun 3

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

  Buku Pabila Hujun Turun, kumpulan esei karangan SN Shahnon Ahmad masih saya uliti satu persatu. Langgam bahasanya saya cedok, perhati, dan cuba-cuba mengintai kalau-kalau boleh saya sesuaikan dengan diri saya. Topik yang dikisahkan seputar soal hidup dan hal-hal yang kecil seperti tentang hujan, angin, sungai dan banyak lagi. Namun begitu cukup rempah estetik yang […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2015 17:55

Catitan Hujung Tahun 2

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

  Hujan turun terburu-buru. Belum pun sempat saya menadah tangan dan muka, hujan sudah berhenti. Di timur hujan mengganas. Datang bagai halilintar dan menakutkan ramai orang. Kita boleh melihat hujan sebagai kawan, atau kadang-kadang musuh yang tak reti berkawan. Kita boleh seronok berdamping dengannya, dan boleh juga takut melihatnya. Bidadari Burung karya S.M. Zakir, penerima […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2015 17:54

Catitan Hujung Tahun 1

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

Selain penghujung tahun 2015, ia juga penghujung semester ketujuh saya di universiti ini. Banyak yang sudah mula terperap dalam kepala saya untuk dimuntah keluar sebagai refleksi sepanjang setahun ini. Saya terpaksa mencuri waktu di celah-celah desakan persiapan untuk peperiksaan demi menunaikan kepentingan yang satu ini. Tak banyak yang berubah. Saya masih bujang. Saya masih mempunyai […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 30, 2015 17:51

October 21, 2015

SURAT 27: PENGAKHIRAN YANG SEBEGINI

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

   Terima kasih kerana sudi mengambil berat dan melemparkan setompok perhatian awak kepada lelaki malang ini, Natrah. Perlahan-lahan saya sedar saya di mana dan saya sedar saya perlu melakukan apa. Dalam banyak keadaan, saya hanya menghitung hari-hari untuk pergi. Pergi dari sesuatu yang tak mampu saya tempuh lagi. Memang saya akan dipandang dayus, tetapi soal […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2015 02:11

October 8, 2015

SURAT 26: SEHELAI DAUN YANG TERPILIH UNTUK DISINGGAHI SETITIS EMBUN

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

    Cepat waktu berlalu, Natrah. Saya seakan merasakan baru semalam kita berjumpa. Hari ini, bila dikenang-kenang, sudah banyak perkara yang besar rahsianya, telah saya kongsikan kepada awak. Memang keakraban datang tanpa kita pinta. Ia menyelit dicelah-celah kejujuran yang kita pasaki dan tawarkan bersama. Bersama itu, kita serikan dengan gonggolan fakta, siraman estetika, semuanya agar kita […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2015 16:26

REFLEKSI DARI SURAH AL-FATIHAH II: RABBUL ‘ALAMIN YANG TIDAK PERNAH TERCAPAI DEK AKAL

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

   Saya cuba mencari masa juga untuk menyiapkan tulisan-tulisan refleksi saya terhadap Surah Al-Fatihah. Sekarang, kelas kecil-kecilan Wacana Refleksi Al-Quran sudah sampai kepada surah-surah lazim. Selepas Al-Fatihah, saya lompat kepada surah paling akhir, dua surah yang turun serentak iaitu Surah An-Nas dan Al-Falaq.   Namun, saya tidak mahu melangkau dalam penulisan. Biar penulisan jadi lambat kerana […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 08, 2015 06:52

September 27, 2015

Yang Tinggal Hanya Diri

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

   Malam membeku. Tidak pernah mencair. Seperti juga sekeping hati yang kian hari kian menipis. Ruangnya kian kosong. Kian sunyi.   Bunyi cengkerik menjadi hiburan. Suara ayah, bercakap tentang bola, politik dan sesekali memanggil emak dari dapur mengusik gegendang telinga. Suara kipas berputar, perlahan, memecah kekosongan. Suara papan taip wireless dengan IPad, kadang-kadang kedengaran lebih kuat […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2015 05:39

September 17, 2015

Refleksi Surah Al-Fatihah: Perkataan “Alhamdulillah”

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

 Sukar sekali untuk saya subjekkan ayat pertama ini. Cukuplah dengan mengatakan ia ialah pengenalan kepada Allah. Inilah cara Allah mengenalkan Zat-Nya kepada kita, hambanya. Cukup sempurna. Saya harap, bolehlah saya cuba mengupasnya satu persatu dan dengan perlahan-lahan. Antara saranan saya ketika kuliah ialah memperlahankan penyampaian saya. Bila diteliti, saya laju bercakap kerana terlalu banyak perkara […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 17, 2015 06:39

September 12, 2015

Surat 25: Tahun Ini Tahun Akhir, Natrah. Tahun Akhir!

#followform {
padding-top:5px;
text-align:left;

}

    Semester baru bermula Natrah. Pagi dikasari jerebu. Tidak seindah dulu. Semester baru saya menanam banyak prinsip-prinsip yang baru. Manusia gaya kita ini, sentiasa tidak tetap, sentiasa sahaja berubah bukan? Entah-entah nanti prinsip ini akan berubah pula. Sesuai dengan kehendak zaman. Kita pemilik zaman bukan? Natrah, awak apa khabar? Pengajian awak sudah masuk tahun tiga […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2015 17:00