Petak Daud's Blog, page 2

November 25, 2012

Cara membeli buku Rasok dan buku-buku SeLUT PRESS yang lain.




(RASOK adalah buku ketiga dari Petak Daud selepas PETAK dan SANTUN. RASOK merupakan sebuah kumpulan cerita-cerita pendek yang ditulis berkisarkan hal sekeliling. Di bawah adalah cara-cara untuk awak semua mendapatkannya.)

Facebook RASOK ; http://www.facebook.com/pages/Rasok/438408949551986?ref=hl



KAEDAH PERTAMA  - Dalam Malaysia sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak.
Terbaru. SeLUT Press dengan projekk SeLUT Saku mengeluarkan dua buat buku bersaiz saku secara serentak. Iaitu Buku MAMPUS tulisan Fasyali Fadzly, dan RASOK tulisan Petak Daud. Kedua-dua buah buku ini dijual dengan harga RM 12 setiap satu. Tetapi!!! Jika dibeli serentak kedua-duanya sekali ia akan menjadi RM 10 setiap satu, maka RM 20 untuk keduanya.
Jadi jika berminat untuk mendapatkan naskah ini berikut adalah langkah-langkahnya :
- Jika berminat untuk mendapat pakej dua buku ini sekaligus.
1 . Masukkan RM 25 (termasuk kos pos RM5) ke dalam akuan 1283-0000660-10-3 (Bank CIMB). Pastikan nama akuan ialah selutpress.
2 . Selepas itu emailkan bukti pembayaran (scan resit/print scren/gambar resit) ke email selutpress@gmail.com. Dalam email itu sertakan juga, judul yang dipesan, nama penuh, alamat lengkap, dan no telefon.
3 . Selepas 2 langkah mudah di atas, tunggu saja penghantaran naskah tersebut ke rumah anda. Ia akan dihantar oleh pemuda ganteng, bermisai tirus bermotosikal garang.
*Tetapi jika anda hanya berminat untuk mendapat salah satu naskah sahaja, langkahnya masih sama, cuma masukkan RM 17 (harga buku berserta kos pos) dalam akuan tersebut.


___________________________________________________________________________
KAEDAH KeDUA  - Dalam Malaysia sahaja, termasuk Sabah dan Sarawak.
Jika anda berminat untuk mendapatkan salah satu atau lebih dari senarai berikut.
1 . Mampus - Fasyali Fadzly (RM 12)2 . Rasok - Petak Daud (RM 12)3 . Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 20)4 . Travelog Rabak - Mohd Jayzuan, Seyn, Shima Scarlet. (RM 20)5 . Nakal - Aloy Paradoks (RM 20)6 . Nurul Asyikin - Aloy Paradoks (RM 20)7 . Sang Bohemian - Mursyidan Ismail (RM 20)8 . Sepucuk Pistol Dalam Laci - Hadi Md Noor (RM 20)9 . Cinta Dramatik Melawan Graviti - Mimi Morticia (RM 20)10 . Sepuluh Ribu - Ramai Penulis. (RM 20)11 . Jiwa Berontak - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)12. Sayap-Sayap Patah - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)13. Kultus Pop - Ramai Penulis. (RM 20)14. Dua Lauk - Taf Teh. (RM 20)15. CD Single Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 10)
Ingat!!! *Kos pos untuk setiap 1 unit setiap item ialah RM 5. Jika belian lebih dari 1 unit, tambah RM 5 untuk setiap unit ditambah.
Cara-caranya.
1 . Masukkan jumlah harga item yang dipesan berserta kos pos ke dalam akuan 1283-0000660-10-3 (Bank CIMB), pastikan nama akuan ialah selut press.
2  . 2 . Selepas itu emailkan bukti pembayaran (scan resit/print scren/gambar resit) ke email selutpress@gmail.com. Dalam email itu sertakan juga, judul yang dipesan, nama penuh, alamat lengkap, dan no telefon.
3 . Selepas 2 langkah mudah di atas, tunggu saja penghantaran naskah tersebut ke rumah anda. Ia akan dihantar oleh pemuda ganteng, bermisai tirus bermotosikal garang.
Contoh!!! 
a . RM 20 (harga 1 buku) + RM 5 (kos pos 1 item) : Total RM 25.b . RM 40 (harga 2 buku) + RM 10 (kos pos 2 item) : Total RM 50
_________________________________________________________________________
KAEDAH KeTIGA  - Untuk Semenanjung Malaysia Sahaja.
Beli 5 - 9 dari item di bawah, kos pos hanya RM 15 sahaja.
1 . Mampus - Fasyali Fadzly (RM 12)
2 . Rasok - Petak Daud (RM 12)
3 . Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 20)
4 . Travelog Rabak - Mohd Jayzuan, Seyn, Shima Scarlet. (RM 20)
5 . Nakal - Aloy Paradoks (RM 20)
6 . Nurul Asyikin - Aloy Paradoks (RM 20)
7 . Sang Bohemian - Mursyidan Ismail (RM 20)
8 . Sepucuk Pistol Dalam Laci - Hadi Md Noor (RM 20)
9 . Cinta Dramatik Melawan Graviti - Mimi Morticia (RM 20)
10 . Sepuluh Ribu - Ramai Penulis. (RM 20)
11 . Jiwa Berontak - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)
12. Sayap-Sayap Patah - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)
13. Kultus Pop - Ramai Penulis. (RM 20)
14. Dua Lauk - Taf Teh. (RM 20)
15. CD Single Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 10)


1 . Masukkan jumlah harga item yang dipesan berserta kos pos ke dalam akuan 1283-0000660-10-3 (Bank CIMB), pastikan nama akuan ialah selut press.

2  . 2 . Selepas itu emailkan bukti pembayaran (scan resit/print scren/gambar resit) ke email selutpress@gmail.com. Dalam email itu sertakan juga, judul yang dipesan, nama penuh, alamat lengkap, dan no telefon.

3 . Selepas 2 langkah mudah di atas, tunggu saja penghantaran naskah tersebut ke rumah anda. Ia akan dihantar oleh pemuda ganteng, bermisai tirus bermotosikal garang.

__________________________________________________________________________
KAEDAH KeEMPAT  - Untuk Semenanjung Malaysia sahaja.
Beli 10 - 15 dari item di bawah, kos pos adalah PERCUMA!!!


1 . Mampus - Fasyali Fadzly (RM 12)
2 . Rasok - Petak Daud (RM 12)
3 . Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 20)
4 . Travelog Rabak - Mohd Jayzuan, Seyn, Shima Scarlet. (RM 20)
5 . Nakal - Aloy Paradoks (RM 20)
6 . Nurul Asyikin - Aloy Paradoks (RM 20)
7 . Sang Bohemian - Mursyidan Ismail (RM 20)
8 . Sepucuk Pistol Dalam Laci - Hadi Md Noor (RM 20)
9 . Cinta Dramatik Melawan Graviti - Mimi Morticia (RM 20)
10 . Sepuluh Ribu - Ramai Penulis. (RM 20)
11 . Jiwa Berontak - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)
12. Sayap-Sayap Patah - Kahlil Gibran adaptasi Sufian Abas. (RM 20)
13. Kultus Pop - Ramai Penulis. (RM 20)
14. Dua Lauk - Taf Teh. (RM 20)
15. CD Single Langit Vanilla - Wani Ardy (RM 10)


1 . Masukkan jumlah harga item yang dipesan ke dalam akuan 1283-0000660-10-3 (Bank CIMB), pastikan nama akuan ialah selut press.

2  . 2 . Selepas itu emailkan bukti pembayaran (scan resit/print scren/gambar resit) ke email selutpress@gmail.com. Dalam email itu sertakan juga, judul yang dipesan, nama penuh, alamat lengkap, dan no telefon.

3 . Selepas 2 langkah mudah di atas, tunggu saja penghantaran naskah tersebut ke rumah anda. Ia akan dihantar oleh pemuda ganteng, bermisai tirus bermotosikal garang.



* Jika ada pertanyaan

Emailkan ke selutpress@gmail.com
atau hubungi 03-78317949.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2012 07:39

November 23, 2012

Rasok.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2012 09:54

November 7, 2012

08 . 11 . 12 #Kor - Ta.


Kor - Ta Akrilik atas kanvas.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2012 10:09

October 14, 2012

14 . 10 . 12


Mati ada lah takdir,
yang selalu-selalu tersingkir,
dari keinginan manusia,
mulai batin ke zahir.

Cuma bezanya engkau itu,
keluarnya roh dengan bebas,
sekali hirup nafas,
atau dengan derita sengketa tangkas,
dari tingkat empat belas.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2012 03:20

October 9, 2012

10 . 10 . 2012

Pertama kali,
aku bangkit,
dari mimpi,
dan setiap hembus nafas,
dan sedut udara,
ada dua ;
yang senantiasa,
aku fikirkan.

Satu -
Tuhan.

Dua -
kau.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 09, 2012 18:59

September 24, 2012

Fundamental Freedoms Fringe Fest. 27/9/12 - Thursday.


(Kadang-kadang flyers yang kita post kat blog boleh jadi separuh sebab terlampau besar saiznya. Sila klik pada gambar untuk resolusi yang sesuai dan kalau nak, jemput adik-beradik awak yang lain untuk ke mari.)
Masuk percuma. Ya. Percuma. Macam dapat makan aiskrim percubaan di sebuah pasaraya yang baru dibuka.

Atau dapat berak di rumah selepas sengsara menahan berak di asrama yang lebih banyak keluar angin dari kepala paip berbanding air.

PERCUMA!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2012 00:46

August 17, 2012

18 . 08 . 12

Ini adalah kaca mata yang terakhir ;
aku terima.

Di dalam nya penuh noda,
di luar nya ter sirat dusta.

Noda nya bergelumang cinta,
dusta nya berselaput air mata.

Ini adalah kaca mata yang terakhir ;
aku terima.

Di kaca nya ada darah,
di bingkai nya habis patah.

Darah nya merah meratah,
patah nya dua dan hampir pecah.

Ini adalah kaca mata yang terakhir ;
aku terima.

Selepas kaca mata yang ini juga,
telah aku beri,
dan kaca mata ini juga,
yang aku terima kembali.

Ini adalah kaca mata yang terakhir ;
aku terima.

Selepas kaca mata yang ini juga,
kau gunakan,
dan kaca mata ini juga,
telah kau tinggalkan.

Ini -
adalah,
kaca mata,
yang terakhir ;
aku - terima.

Di dalam dada ku sudah tiada,
apa-apa.

Selepas kaca mata yang terakhir ini -
aku,
merana.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2012 14:45

August 13, 2012

13 . 08 . 12 #114A


Lepas satu - satu,
lepas satu - satu.

Lepas ini - itu,
lepas itu - ini.

Kepung minda - dengan senjata,
keluar idea - pecah kepala.

Gari tangan - dengan belatan,
sikit seruan - terus ditekan.

Lepas satu - satu,
lepas satu - satu.

Lepas ini - itu,
lepas itu - ini.

Mungkin selepas ini,
tidak lagi bebas,
walau hanya,
sehembus nafas.

Terus menang dalam segenggam kotor yang hancing,
oleh rakyat yang tidak-tidak lagi pening.

Lepas satu,
satu.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2012 03:27

August 4, 2012

05 . 08 . 12

Ini sebuah mimpi ngeri,
dari secarik rasional diri yang sudah lagi tidak kenal erti.

Ini sebuah mimpi ngeri,
dari secubit detik hati yang sudah lagi tidak faham definasi.

Ini satu malam yang sangat panjang,
dibiar aku,
dan mungkin engkau,
dalam satu kepanasan sehingga telanjang.

Ini satu malam yang sangat panjang,
dibiar aku,
dan mungkin engkau,
dalam satu peristiwa yang buat kita terus mengerang.

Ini sebuah mimpi ngeri dan ngeri,
dari satu malam yang sangat panjang,

"Walau aku terus sayang dan sayang negeri ini,
tapi pemimpin nya terus-terusan berbakti pada sistem yang sumbang,"

Ini sebuah mimpi ngeri dan ngeri,
dari satu malam yang sangat panjang,

"Walau aku kabur tentang pembebasan yang senantiasa dicari,
tapi sejarah yang tidak akan padam akan selalu dicanang-canang,"

Ini satu malam yang sangat panjang,
dan malam ini mimpi ku ngeri,
tentang kononnya bangsa ku hilang pegang,
di tanah tumpah bumi sendiri.

Ini satu malam yang sangat panjang,
dan malam ini mimpi ku ngeri,
tentang politik indah yang tidak lagi disayang,
tetapi yang kotor jugalah terus-menerus dicintai.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2012 13:33