Dayang Noor's Blog, page 4

September 6, 2013

Superstitious

I think sometimes I can be quite superstitious. Whenever I start on a new writing project, I won't tell anyone about it. If people ask what I was working on, I'd just tell them it's a new manuscript but not sure whether I'll ever finish it. There are times when I feel like sharing it with a friend, but a small voice inside me tells me not to, because the thing might never happen or might be totally rejected. So, I just keep everything to myself.
When my work is completed, I'll still keep quiet about it. Even after I've done rewriting and doing self editing, I won't tell anyone about it. Discussions with other people only happen when I need to brainstorm a few ideas, and they will never know what those things are about or will they ever be mentioned in the manuscript.
If the work is never released, I won't talk about it with anyone.
Many friends are usually very surprised whenever I have something published, be it a novel or short story. They will ask me, "when did you write them?" The truth is I don't write on a daily basis, but whenever I'm working on something, I will set aside at least 2 hours everyday to write. This is the type of commitment that works fine with me.
There is an English novella manuscript that I've been planning for almost a year but haven't found the right mood and the right songs to start it with. Now I'm afraid it will never happen as I have told a few people about it (including you, who's reading this now). Superstitious again!
After a few novels and short stories, I now realize that the most difficult part in writing is creating the emotion. Yup. Each character's emotion is the thing that determine whether the readers will be able to connect with them. Connect can mean love, hate, afraid, sympathize or empathize.
I've read a few novels where I didn't know what or how to feel towards the characters, as if I didn't really care. If the character is tortured or die, it won't make me cry. If they find their true loves, I won't feel any joy.
How I wish there is a formula, or a list of descriptions that I can use to ensure the readers can connect with the fictional characters I create.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2013 01:46

August 15, 2013

Saya nak jadi penulis, kak.....

"Akak, saya ni nak jadi penulis, kak. Apa course yang saya boleh attend?"

Itulah ayat yang paling kerap aku dapat dalam email, FB message, twitter DM dan dalam perbualan dengan beberapa kenalan baru dan lama. Sedara mara pun ramai juga yang mengajukan soalan tu bila-bila terjumpa di kenduri kendara. Sebenarnya, akupun segan nak jawab soalan ni sebab akupun baru dua tahun jagung mula belajar menulis. Aku mula menulis pada bulan Jun 2011, so, betullah baru dua tahun.
Aku memang tak tahu course apa yang ditawarkan di Malaysia untuk bidang penulisan. Kadang-kadang aku nasihatkan diorang yang bertanya ni attend Ramli Awang Mursyid punya seminar (kalau diorang berminat nak tulis thriller). Kekadang aku cadangkan diorang attend PTS punya kursus penulisan dengan kaedah surah Yusuf tu. Hakikatnya, aku sendiri pernah attend satu je kursus penulisan masa aku umur 16 tahun dekat Perpustakaan Sultan Ismail, JB. Masa tu Dr. Lim Swee Tin yang conduct. Kalau tak silap nama course tu Penulisan Cerpen. Course tu sehari je, tapi sebab aku tidur lambat malam sebelumnya, aku cuma dapat fokus selama setengah hari je kot. Selebihnya, aku tersengguk-sengguk.
Kebelakangan ni, kalau sesiapa tanya lagi aku soalan tentang kursus penulisan, aku suruh diorang Google aje. Aku sendiri (dan ramai lagi penulis lain) banyak mengutip tips penulisan daripada websites tentang penulisan kreatif. Ilmu ni ada di mana-mana, terpulang kepada kita lah confident ke tidak dengan ilmu yang dikongsikan dekat laman-laman web ni.

Soalan kedua yang paling selalu ditanya kepadaku pula ialah:

"Macam mana nak karang cerita? Nak buat twist-twist tu semua? Mana nak cari idea?"

Ada 3 in 1 soalan tu sebenarnya. Yang ni memang susah aku nak menjawabnya. Jadi, selalunya aku balas dengan beberapa soalan semula kepada orang yang bertanya.


Kau selalu baca surat khabar?Banyak tengok movie?Rajin baca novel penulis-penulis dari serata dunia?Selalu duduk termenung, berangan sorang-sorang?Suka duduk kat tempat awam dan perhati karenah orang?
Pada pendapat aku idea penulisan ni banyak datang dari pendedahan (bahan bacaan, tontonan) dan pergaulan kita seharian. Memanglah, orang yang duduk terperuk di rumah pun boleh bikin cerita-cerita gempak, tapi bila kita meluaskan pandangan dan pergaulan, idea yang diketengahkan itu selalunya lebih menarik, real dan mungkin provokatif. Aku seboleh-bolehnya nak jadi penulis yang boleh mencetuskan rasa ingin berfikir di kalangan pembaca. Nak buat pembaca beremosi dah cukup payah, inikan pula nak menyuruh pembaca berfikir, kan?

Ada beberapa rakan aku yang rajin baca novel dan selalu komplen - jalan cerita tak logik. OK, ini topik yang sangat menarik. Memang tak dapat dinafikan, penulis Melayu banyak terpengaruh dengan apa yang ditonton di TV. Kalau yang taksub dengan Hindustan sejak kecil tu, memang akan terikut-ikutlah babak yang kerap dipaparkan dalam filem Hindi. Dalam filem Hindi dulu-dulu memang terlalu banyak perkara tak logik - yang penting drama mesti lebih, romantik mesti lebih. Nak lari daripada pengaruh filem Hindi dan drama-drama Melayu yang tak logik ni sebenarnya agak susah. Salah satu cara untuk menjadikan cerita kita real dan logik ialah dengan bertemu dan berbual dengan orang yang pernah melalui satu-satu situasi tersebut.
Contohnya, kalau kita nak menulis tentang wanita yang ditindas di pejabat yang didominasi oleh lelaki, ada eloknya kita kenalpasti dan temuramah mereka yang pernah merasainya. Dengan cara ni, baru kita dapat gambaran sebenar.

Para pembaca novel-novel Melayu ramai yang dah matang. Kalau setakat kita gambarkan pekerja wanita dibuli oleh boss suruh buat kopi (atau photocopy), they don't buy that anymore. Gambaran cerita dan situasi yang lebih professional diperlukan untuk menguatkan novel itu.

Lagi satu contoh ialah situasi yang berkaitan dengan perubatan, seperti watak jatuh sakit, penyakit yang terminal, ada pula watak doktor yang nak menerangkan situasi sebenar kepada keluarga. Research mendalam wajib dilakukan kerana para pembaca novel Melayu dah bertahun-tahun tengok CSI. Mereka tahu penerangan sebagaimana yang perlu ditonjolkan. Setakat tulis dialog "Anak makcik ada brain tumor, harap bertenang," the readers mesti berbulu gila. Hahaha!

Okaylah, itu aje bebelanku untuk hari ini. Chow chin chow!




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 15, 2013 23:23

August 14, 2013

Raya Aidil Fitri 2013

Raya dah seminggu berlalu tapi baru ni sempat nak update blog. Seperti biasa, kita tepek-tepek gambar ajelah ye. Tak banyak cerita pun raya kali ni. Puasa pun ala kadar je, tak delah nak bermewah-mewah atau meriah-meriah. Lagipun pertengahan puasa haritu, bapak mertua masuk hospital dan melalui pembedahan. So, tak bolehlah nak joli lebih-lebih raya ni. Balik kampung pun 2 hari je. Sorrylah ramai sedara mara tak sempat nak jumpa raya kali ni. Insya Allah kalau ada yang buat open house, bolehlah kita beraya bersama-sama. ;) 
Semua kelam kabut nak pergi sembahyang raya sebab terbangun lambat.Seperti biasa, kanak-kanak riang ni semua bangun lambat pada pagi raya. Lepas tu masing-masing berebut bilik air, nak mandi (padahal mandi kambing aje pun). Tahun ni Wazif dengan Shawqi kena belajar ikat sampin sendiri sebab sampin kanak-kanak (size kecik yang ada hook tu) dah tak padan. Kena pakai adult size.

Di depan masjid lama Kg. Kerayong. Lepas solat sunat Aidil Fitri di masjid lama Kg. Kerayong, kami pun posing-posing lebih kurang sebelum menziarah kubur arwah apak, uwan dan embong Jamilah. Dulu aku punya akad nikah buat kat masjid lama ni lah. Walaupun sekarang dah ada masjid Bandar Bera yang besar dan lawa, masjid lama ni tetap tak dilupa.

Family photo pada hari raya di rumah Pak AndakIni aje satu-satunya family photo yang sempat diambil sepanjang raya ni. Itupun masing-masing dah mula selekeh. Sampin ke mana, songkok ke mana.

Family saya tak ramai perempuanIni antara perempuan-perempuan dalam family. Majoriti dalam family ni adalah lelaki. Kami setakat AJK basuh pinggan je.

Dengan Farhana. Dah 16 tahun anak dara ni.Farhana ni lahir beberapa hari sebelum pemergian arwah Uwan ke rahmatullah. Ana dah 16 tahun, maka dah 16 tahun jugalah arwah Uwan meninggalkan kami. Itu bermakna dah 17 tahun arwah Apak pergi menemui Ilahi.

Zarif is obsessed with the game Minion Rush. Dia belum tengok Despicable Me 2.Sepanjang raya, Zarif tak jalan-jalan sangat pun sebab dia busy main Minion Rush dekat iPad. Semalam pergi Empire, tiba-tiba ternampak poster besar ni dekat depan salah satu kedai yang tengah renovate. Zarif pun, apa lagi. Cepat-cepat dia pergi posing kat depan tu (siap dengan sound effect dia cakap bahasa Minion).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2013 22:52

June 29, 2013

28 Jun 2013

(Sometimes I wonder, ada lagi ke orang yang baca blog? Tapi bila tengok kat statistik, ada la dalam beberapa orang yang singgah dalam sehari. OK la tu kan. Masih ada yang sudi menziarah blog. Kalau dulu - sekitar 2005-2007 dulu, hari-hari bloghop. Sekarang, macam tak cukup masa nak baca entries yang panjang-panjang. Ye lah, siang malam asyik nak fokus dekat Candy Crush je. Mana sempat nak membaca lama-lama, kan?)

OK, berbalik kepada tajuk entri ni. Tarikh 28 Jun, 17 tahun dahulu, ayahanda saya telah pergi menemui Ilahi dan meninggalkan kami selama-lamanya. Almarhum meninggalkan kami sebelum subuh, di hari Jumaat yang barakah.

Waktu itu Almarhum kelihatan seperti mendapat serangan jantung (11 bulan sebelumnya, Almarhum dimasukkan ke ICU kerana serangan jantung yang serius). Kami memberikan ubat yang dibekalkan oleh doktor tapi tiada memberikan sebarang kesan. Dalam keadaan sakit, Almarhum baring sendiri di atas tilam dalam posisi mengadap kiblat dan menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian. Kami adik beradik yang berada di sisi, semua blur seketika sebaik sahaja Almarhum berhenti bernafas. Abang saya tak henti mengajarkan syahadah di telinga Almarhum sehinggalah emak saya berkata, 'Mak rasa Apak awak ni dah tak ada.'

Kemudian, seperti robot yang sudah diprogram, kami semua bangun dan melakukan persiapan yang sewajarnya. Masing-masing tak sempat hendak beremosi (OK, akak ipar saya adalah nangis-nangis sikit. Tapi adik beradik saya semua lelaki, so semua buat muka macho je.)

Jenazah selamat disemadikan sebelum solat Jumaat.

Walaupun sudah 17 tahun berlalu, ramai yang masih mengingati jasa dan nasihat-nasihat yang pernah diberikan oleh Almarhum. Bila jumpa kawan-kawan lamanya atau sesiapa saja yang pernah berurusan dengannya, pasti ada pengalaman menarik yang mereka kongsi dengan saya. Cina-cina di kampung pun masih address kami adik beradik - Sulaiman. "Lumah mana lu? Sana aaa? Ooooo Sulaiman aaa?" Macam tu lah dialognya lebih kurang tiap kali kami beritahu kedudukan rumah kami.

Semua yang hidup pasti kan mati. Sudah lumrah alam macam tu. Tapi ingatan dan kenangan dengan Almarhum in sya Allah akan kekal selagi hayat dikandung badan (atau tak nyanyuk).

Kami semua panggil almarhum, Apak. Daripada anak, cucu, anak sedara, memang panggil Apak. Asal usul panggilan Apak ni, saya sendiri pun dah lupa. Emak saya, kami panggil Mummy. Ceritanya, pada tahun 1950-an dulu, mereka tinggal berjiran dengan keluarga Benggali. Anak Benggali tu panggil mak dia mummy. Jadi, entah macam mana, arwah abang saya yang sulung pun panggil emak kami mummy. Teruslah melekat sampai sekarang.

Masa sekolah dulu, memang kerap juga kena ejek dengan kawan-kawan sebab panggil parents apak dan mummy. Orang lain panggil 'mak,ayah' atau 'mama,papa'. Paling canggih pun 'ibu, baba'. Bila kawan-kawan tahu saya panggil parents 'mummy,apak' ada yang kata saya berlagak. Oh, sampai hati diorang. Tapi, tak kisahlah, anggap sajalah diorang belum cukup matang masa tu.

Kembali ke cerita arwah Apak. Semua maklum tentang ketegasan arwah Apak. Arwah memang bukan jenis yang pilih bulu. Sedangkan saya ni, anak bongsu dan anak perempuan sorang pun selalu kena marah (dan pernah kena pelempang juga), apa lagi anak-anak lelakinya. Salah sorang abang saya pernah kena jirus bawah paip sebab keluar joli malam-malam. Saya juga pernah tengok arwah Apak balun abang saya dengan rotan besar sebab dia berangan nak ponteng sekolah.

Kebanyakan kawan-kawan saya masa sekolah rendah memang takut nak datang rumah kami sebab parents saya tegas dan garang. Dua-dua pun 'no nonsense' type. Tapi bila kawan-kawan saya tu dah dewasa, diorang cerita betapa diorang respect dekat arwah Apak.

Antara kisah yang agak kerap saya dengar ialah tentang arwah memberi nasihat tentang hidup berdikari, jangan terlalu nak mengharap makan gaji dan jangan berhutang berlebih-lebihan. In fact salah satu nasihat yang dia beri pada saya masa saya baru masuk universiti dulu ialah, janganlah beli rumah kat bandar. Nanti duit gaji habis nak bayar hutang bank je. Memang bagus nasihat tu, tapi anak arwah Apak ni tetap beli rumah kat bandar. Dan memang dah merasa sakit peritnya nak menghabiskan hutang bank. Rumah tak sampai RM250K, tapi hutang bank lebih setengah juta.

Nasihat yang paling power yang arwah Apak pernah beri ialah masa saya dalam tahun dua degree. Masa tu arwah Apak tanya nanti saya nak buat minor apa, hardware ke software? Ya, walaupun arwah Apak tak pernah masuk universiti atau belajar sains komputer, dia banyak membaca. Arwah tahu (sekurang-kurangnya) untuk membezakan hardware, software dan jaringan. Jadi masa tu saya kata saya nak ambik minor (dan final year project) yang related to hardware.

Sangat mengejutkan bila arwah Apak nasihatkan, janganlah buat hardware. Teknologi computer hardware tak akan sepantas teknologi software. Bila sesuatu bidang tu lambat berkembang, competition very stiff sebab ramai experts dalam bidang tu nanti. Arwah Apak cadangkan saya fokus kepada bidang computer software sebab dia kata kemajuan dan perkembangan bidang ni sangat pantas. Cepat berubah-ubah. Hanya orang yang betul-betul boleh compete je yang akan survive dan akan banyak syarikat yang demand.

Ternyata sangkaan arwah Apak tu betul. Selama 15 tahun saya dalam industri IT, bidang hardware asyik dimonopoli oleh muka-muka yang sama. Teknologinya juga tidak sepantas software. Ruangan kerja kosong juga jarang menempatkan iklan tentang hardware engineer atau technician. Bila teknologi tu lambat maju, ruangnya juga jadi menyempit.

Berlainan pula dengan software; demand terhadap programmer, system analyst, security engineer semakin hari semakin tinggi. Tapi, tekanan kerjanya pun, boleh tahan juga.

Oklah, enough about IT. Kembali ke cerita arwah Apak.

Arwah Apak tak berapa suka Tun Dr Mahathir, tak tahulah kenapa. Pernah sekali arwah Apak cakap, "Kolumpo tu dah terlebih jam. Kalau Apak jadi Mahathir, dah lama Apak pindahkan pejabat-pejabat kerajaan tu jauh dari Kolumpo. Pindah ke sempadan Negeri Sembilan pun tak apa." Beberapa tahun kemudian, projek Putrajaya pun bermula. Masa tu aku terfikir, "Oh! Mahathir dan arwah Apak pernah ada idea yang sama."

Arwah Apak memang jenis yang sentiasa membaca dan berfikir. Lepas serangan jantung yang pertama tu, pandangan arwah Apak merosot. Tulisan dekat surat khabar susah nak dibaca. Jadi, arwah Apak banyak spend time borak-borak dengan anak cucu. Kalau takpun, lepak kat tangga rumah, tengok burung-burung ostrich kesayangnnya.

Satu lagi pesanan arwah Apak yang saya tak boleh lupa (dah arwah minta saya panjangkan) ialah, kalau kita nak rezeki kita berkat, rajin-rajinlah bersedekah. Kalau makan lima orang satu meja tu, ikhlaskanlah hati untuk belanja satu meja. Sebab itulah saya agak fobia bila nampak ada orang keluarkan kalkulator lepas makan ramai-ramai ngan kengkawan. 

Sedekah ni bukan terhad kepada wang ringgit. Bantu orang dengan ikhlas juga macam sedekah. Kalau tak mampu juga nak buat kedua-duanya, rajin-rajinlah senyum bila bertemu orang. Senyum tu pun sedekah. Kalau orang nak marah-marah dengan kita, tapi kita awal-awal dah senyum dengan dia, in sya Allah kurang sikit marahnya.

Eh, banyak lagi lah sebenarnya pesan-pesan arwah Apak. Boleh buat novella kalau nak tulis semuanya. Walaupun arwah Apak dah pergi 17 tahun, rasa macam baru semalam je tengok arwah Apak balik dari kebun naik motor, bawak botol air dalam raga dan selamba je tak pakai helmet.

Marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Apak saya: Hj Sulaiman b Hassan. 
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 29, 2013 10:07

June 24, 2013

Mini Fiction

You know how we love doing the #CerpenTwitter on twitter. It's like a super short story, less than 140 characters (including the hashtag). There's even a book published titled Cerpen Twitter (Author: Ajami). For people who have not been bitten by the twitter bug, it's quite difficult for them to understand this. But for me, expressing myself in less than 140 characters is really interesting. What more coming up with super short stories.
Last weekend (21-23rd June 2013), a cool literary festival was held in Publika, Solaris Dutamas. It's known as #WORD: The Cooler Lumpur Festival. There were readings, literary talks, writing tips, book launches, forums and poem recital, film screening and a few other interesting events.
I'm not sure if the festival was the first of its kind in Malaysia but it sure was a great effort to promote literary among Malaysians.

#Word: The Cooler Lumpur website

In conjunction with the festival, a Mini Fiction competition was held. It was open to twitter users. What we had to do was compose a super short story based on the given theme for the week, and include the #minifiction hashtag in our tweets. The winners were announced on Sunday and Monday, congratulations to them.
Minifiction WebsiteSo, I composed a few Mini Fiction tweets just for fun. I only joined on the last day, and the theme for the week was CRIME. Here are my tweets which got quite a number of RTs from other twitter users.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 24, 2013 22:06

June 14, 2013

Rehab - Another English short story

My second English short story is published at FUTURA . Simply entitled Rehab, it is set in the future - year 2063.
Top banner illustration and the first paragraphWhen I first received the invitation for this project, I was busy with one of my manuscripts. I was rather burned out that week, so I thought, 'just KIV this project lah. I'll do it if I have the energy.'
One afternoon, I found it really difficult to write at home. Noises from a new construction site near my place was the main reason. So, I packed my things and headed to the nearest Starbucks.
After ordering my usual latte and chocolate muffin, I sat at a corner nearest to the power point (don't we all do that at coffee shops? hehe). I didn't start writing right away. I sat, sipped my coffee and have a few bites of the muffin.
It was a hot afternoon. Many of the patrons were sipping either iced coffee, chilled juices or frappucino. A family of three was sitting quietly at a sofa in front of me. The parents were busy with their smartphones while their toddler was playing with a tablet computer.
For more than 10 minutes, neither of them said anything or even looked elsewhere but the gadgets in their hands. They were just lost in their own world.
The cafe was almost full but it was too silent, except for the cheerful 'Hi! Welcome!'  from the baristas each time a customer walked in.
That was when I realized that people didn't really talk to each other in person, anymore. We'd rather chat incessantly with virtual characters we met online. For some, we never get to meet the online friends in real life. So, what's happening to our real friends, real family members and real conversations? Soon, our children won't know how to converse properly with their friends - and worse, with their own parents.
So I took out my laptop and started writing about a teenage girl who had to enter a short term rehab because of her communication problems. The story's set in the year 2063.
I only managed to finish the story three days later, just in time for submission.

The second illustration. Isn't it adorable?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2013 02:39

June 10, 2013

Cuti sekolah baru je habis....

Cuti sekolah pun dah tamat. Kanak-kanak pun dah mula sekolah semula (walaupun dengan separuh hati - nak bangun pagi pun macam tak sudi). Sepanjang dua minggu cuti haritu, Wazif dengan Shawqi ada tusyen macam biasa. Hambik! Tak de can nak bersenang lenang. Wazif ada additional activity - group study petang-petang, pukul 6-8. Pastu tusyen pulak, 8-10. Waktu siang memang diorang pulun main game lah. Sambil-sambil tu aku mintak tolong buat kerja rumah apa yang patut (termasuklah buang sampah, kemas kabinet. mandikan Zarif etc). Oleh kerana En. Suami tak banyak cuti, maka kitorang jalan dekat-dekat je masa awal-awal dan hujung-hujung cuti. Masa first weekend tu, pergi Janda Baik. OK, itulah kali pertama aku jejak kaki di Janda Baik, walaupun aku ni asal dari Pahang. Selama ni memang tak ada urusan pun nak pergi Janda Baik. Inilah kali pertama dapat hirup udara segar kat bukit yang dipenuhi orang baik-baik itu. Kitorang stay satu malam je dekat Cherengin Hills. Tak buat aktiviti luar pun, sebab budak-budak tu semua cuma nak mandi pool dan tidur kat bilik je. Gambar pun tak ambik sangat. 
Gambar depan Cherengin Hills masa dah nak balik.
Masa 2nd week of the school hols, kitorang pergi Melaka pulak. Walaupun dah dekat 13 tahun kawin dengan orang Melaka, masih banyak lagi tempat kat bumi Hang Tuah ni yang aku belum jejak. Ni first time pergi ke Kuala Linggi. Desa Balqis ni konsepnya macam homestay - ada beberapa chalet dengan rekabentuk rumah kampung yang selesa dan bersih. Ada beberapa rumah lagi tengah dalam pembinaan. Ada chalet kecik, ada chalet besar - kalau korang nak pergi, ikut berapa besar rombongan koranglah. Rumah besar tu boleh muat separuh bas sekolah, kot. Memang besar betul. 
Desa Balqis ni tak jauh dari ALAM. You won't miss it. Kitorang ambik chalet yang ada satu bilik je. Bilik tidur ada aircond, don't worry. Dalam rumah ada dry kitchen, fridge, toilet, TV (ASTRO yillek). Tapi kitorang tak ON TV pun sebab rasa macam malas nak tengok TV.

Depan Rumah Atuk Bersebelahan Rumah Atuk ni, ada Rumah Nenek. Macam tu lah dia punya naming convention chalet ni semua. Tapi, Rumah Bini Muda Atuk takde lah pulak. :D
Budak-budak ni suka lepak kat beranda Rumah Atuk niKat Desa Balqis ni sebenarnya ada pool yang agak besar, tapi oleh sebab ramai sangat pengunjung yang mandi-manda, kitorang terus turun ke pantai dan main air kat situ. Pantai dia so-so je, tak berapa boleh dibanggakanlah, tapi bolehlah setakat nak main air macam diorang ni - tak advencer pun. Tak pergi sampai tempat yang tak jejak pun.

Tak berapa advencer bebudak ni. Takut-takut je.Zarif lagilah pulak. Langsung taknak masuk air. Dia dok kat pasir tu je, buat sand castle, kutip shell, main dahan kayu.
Budak ni yang paling tak advencer sekali!
 Dekat Desa Balqis ni, kitorang tidur satu malam je. The next day, lepas check-out, kitorang pergi Bandar Melaka. Itule first time aku pergi Banda Hilir. First time juga tengok tempat-tempat bersejarah ni. Dulu masa sekolah rendah, tiap kali cikgu buat rombongan, tak pernahnya mak aku kasi aku pergi. (Macamlah aku ni jahat sangat, kan.... hehe). Umur dah 39 tahun baru le dapat tengok kesan-kesan sejarah kat negeri Melaka ni. Okaylah jugak, kan. Mungkin sebab dah khatam beberapa buku Dan Brown, bersungguh-sungguh aku pergi baca nota dekat every tombstone. Manalah tau, kalau-kalau ada hint atau simbol yang nak kena decipher (yelah, tu... berangan lebih).

Kota Santiago (Wazif memang supporter tegar Buku FIXI)
Muzium - Istana Kesultanan Melaka
Dulu ini le gambor kat front page buku teks sejarah Aku nak masuk Muzium Istana Kesultanan Melaka ni semata-mata sebab dulu hari-hari tengok gambar istana ni kat buku teks Sejarah masa sekolah rendah (kot?). Anak-anak aku tak belajar sejarah, so diorang memang blur gila bila masuk dalam ni. Terpaksalah aku pulak story kat diorang kisah-kisah zaman Hang Tuah, Tun Perak, Sultan Mansur Shah etc.  Replika Flor De La MarLepas dah pusing muzium, kitorang pergi pusing-pusing naik beca. Singgah jap kat depan kapal ni ambik gambar. Zarif tak minat nak pose kat sini. Terpaksalah aku kelentong dia kata ini kapal Pirate of The Carribean. Membohong tak sudah....
Beca - dengan sountrack lagu-lagu Ahmad Jais
 Pakcik Beca yang bawak aku tu dah tua dah, mau dah dekat 70 tahun kot. Agak-agaknya dia menyumpah sebab mengah nak kayuh bawak beban berat macam aku. Tapi dia OK (walaupun sound ada kureeeng sket). Asyik pasang lagu Ahmad Jais je all the way. Aku pun bolehlah jugak layan. Nasib baik tak dapat beca lain yang asyik pasang dangdut berdentum-dentam. So, lepas dah bersiar-siar tu kitorang pun balik ke Puchong. Dan sebelum sampai rumah, kitorang dinner kat Bangi Kopitiam. Ye lahh, rajin-rajinlah makan kat Bangi, kan? Tak lama lagi nak jadi penduduk Bangi pulok.... ;)OKlah, Selamat kembali bersekolah kepada yang bersekolah. Over and out. 
 •  2 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2013 02:42

May 30, 2013

What's the story, morning glory?

Oh, tolonglah. Makin seronok melepak kat rumah, makin malas nak tulis blog. Zaman dulu takde smart phone, mungkin sebab tu rajin update blog. Segala cerita nak tulis dalam blog. Bila dah ada smart phone, bila dah asyik jakun layan twitter, layan games, mulalah liat nak type draft. Akibatnya, blogpun mengumpul sawang.
Ni dah terbatuk-batuk dah aku dok menyapu sawang. Itupun tak tau nak membebel apa kat sini. Dulu rasa macam boleh communicate dengan kengkawan bila tulis blog. Sekarang, rasa macam cakap sorang-sorang je sebab kengkawan akupun dok tertunduk-tunduk layan Candy Crush.
(*garu kepala. Apa aku nak update ni wey?)
Mungkin korang berminat nak tau tentang perkembangan tentang penulisan aku la kot. Akupun bukannya ada kerja lain, kan? Jadi surirumah fulltime, pastu menulis bila ada mood. Aku baru tersedar, bila jadi surirumah (nama modernnya ialah SAHM) ni, lagi susah nak cari masa untuk fokus kepada penulisan. Dulu, masa makan gaji, aku lagi efisyen buat kerja. Balik ofis je, macam lipas kudung siapkan kerja rumah. Kekadang buat ala kadar, kekadang buat separuh hati, selalunya tutup sebelah mata je bila tengok rumah bersepah.
Bila dah jadi SAHM ni expectation daripada orang sekeliling dah jadi lain. Tiap-tiap waktu makan, food dah kena siap kat atas meja. Tiap-tiap hari, baju kotor wajib basuh. Tiap-tiap pagi, sampah kena sapu. Dulu selalunya aku buat donno je kat benda-benda ni, tapi bila dah jadi SAHM, semua tu dah jadi termasuk dalam job scope utamalah pulak. Nasib takde KPI je. Punyalah busy, satu soap opera pun aku tak follow, tau.
One of the good things, sekarang bila weekend, aku boleh relax. Dulu, masa weekend, busy gila nak siapkan kerja rumah. Sekarang, aku boleh bersosial. Muahahahaha!
Itu tentang aku punya social life. Tentang penulisan pulak, aku tengah edit satu manuskrip untuk novel seterusnya. Let's call it Novel X. Novel ni sebenarnya ialah sebuah parodi. Parodi apa? Haaaaa.... korang kena tunggulah. Tapi, aku rasa Novel X ni serba sedikit akan mengimbau drama-drama Melayu dari tahun 80an. Mengapa aku panggil ia parodi? Sebab bila orang baca cerita tu, ada banyak babak yang akan mengingatkan anda tentang sesuatu yang anda pernah tengok dulu, tapi tiba-tiba cerita tu menyimpang. Hehe. Akupun tak reti nak explain lah. Ada orang akan rasa nostalgic dan ada juga akan kata, 'Meeeehhhhhh....! So cliche!' bila baca nanti. Hehe. Aku memang suka benda-benda cliche ni, dan seronok gila bila orang kata cerita aku predictable. Itu bermaksud, readers tu semua dari kalangan genius, advance dan bijak pandai. ;)
So, antara novel Hilang dan Novel X ni sebenarnya ada satu bahagian cerita yang perlu diceritakan. Entahlah, mungkin nanti aku tulis prequel ke hapa. Yang tu kena panggil Novel Y. Kalau Novel Y tu buat secara bersiri, seronok jugak, kan? Ada reason aku nak update blog ni regularly. Hehe.
So, aku tak tahu bila Novel X ni nak terbit. Tapi, kalau lambat pun takde masalah sebab aku takde feature benda-benda yang tengah 'in' sangat. Masalah tulis novel urban ni, bila kita feature benda yang tengah meletop, tetiba novel kita release waktu benda tu dah jadi basi. Bila orang baca, mereka akan rasa 'Duuuh! This thing is soooooo last year!'. Ha, tu yang tak best tu.
Dalam Novel X ni ada satu character yang dibawa dari novel Hilang. Siapakah dia? Jeng! Jeng! Jeng! Nanti korang akan kenal sendiri.
Memang hobi aku kot, dalam novel Hilang aku ada bawak character dari novel Jerat. Bukan sebagai cameo, tapi character yang menggerakkan jalan cerita. Samalah macam Novel X ni jugak. So, in the end, kalau aku dah tulis 10 novel (in sya Allah, kalau umur panjanglah) nanti, semua novel tu boleh gabung jadi satu cerita yang panjang - boleh buat soap opera 2 ribu episod. Hehehe.
Macam yang aku cerita tadi, antara novel Hilang dengan Novel X, ada satu gap. Mungkin 2 tahun punya story yang lambat laun aku kena share kan jugak dengan pembaca. So, aku expect bila orang baca Novel X ni, pasti ada yang tertanya-tanya, 'Eh, how come dia boleh jadi macam ni. Macam mana dia boleh ada kat sini?' So, tak payah nak confuse sangat, kekeliruan itu semua disengajakan.
Okay, aku nak sambung buat kerja-kerja editing. Majulah buku untuk negara!



1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2013 08:02

March 11, 2013

Antologi Cerpen KLCC - Sempena ulang tahun ke 15 KLCC

Siapa yang duduk kat KL/Selangor yang kata tak pernah pergi jenjalan kat KLCC tu, nampak sangatlah menipu, kan? Siapa tak tahu KLCC. Orang yang duduk kat ceruk Scotland sana pun at least pernah dengar tentang menara berkembar yang mencakar awan di tengah-tengah bandar Kolumpo ni ha. Ia antara mercu tanda paling famous di dunia. Kalau tak caya, cuba korang pergi travel kat mana-mana tempat kat dunia ni, pastu bagitau korang datang dari Kolumpo (walaupun kampung asal korang ialah Padang Terap atau Kg Buntut Pulau). Dalam 10 orang kat situ, mesti at least sorang tahu pasal KLCC. Ada satu masa dulu, aku aktif dengan satu online community ni. Community ni ada ramai gila members from seantero dunia. Satu hari, mereka keluarkan T-shirt dan kitorang dapat sorang satu. Free okay..... free. Diorang pos kat aku t-shirt tu dari Texas, gituuuu... Walaupun free, sebenarnya ada satu syarat. Kami semua diminta posing pakai t-shirt tu dekat depan salah satu mercu tanda atau tempat terkenal. Maka, akupun, apa lagi. Aku pergilah kat tepi parking terbuka KLCC tu dan posing dengan jayanya. Lepas tu aku upload gambar aku kat website tu. Beberapa bulan lepas tu, bila aku masuk balik website tu dan browse diorang punya photo gallery, aku jumpa dua, tiga lagi Americans yang ambik gambar posing depan KLCC. Fullamak. Glamer betul KLCC ni, kau. Mungkin Americans tu kebetulan datang bercuti kat Kolumpo masa tu kot. Tapi yang pentingnya, mereka pilih mercu tanda KLCC untuk diabadikan di website rasmi online community itu. Wah, berbesar hati betul aku melihatnya. Satu masa dulu, aku pernah transit dekat satu airport ni, tak ingat sama ada Taipei atau Dubai. Ada sorang Mat Salleh ni datang ajak aku borak-borak. Bila aku kata 'I'm from Kuala Lumpur', terus dia cakap, "Oh! KLCC!" Amboi! Bangga kejap aku. Kalau korang (yang cukup tua) ingat lagi, 15 tahun dulu macam-macam Tun M kena kutuk sebab buat bangunan ofis tinggi-tinggi, buat airport besor-besor - ngabihkan duit rakyat katanya. Hakikatnya, Tun M buat KLCC ni supaya ia jadi satu simbol. Supaya ia boleh jadi satu kebanggaan kepada negara. Nah! Sekarang ni, apo nak dikato. Mana-mana pergi, orang lebih tahu KLCC berbanding binaan lain dekat South East Asia ni. Eh, Angkor Watt pun ada budak tak pernah dengar, okeh! Baiklah, cerita meleret-leret pun tak guna. Banyak ngumpul dosa je. Oleh itu, luangkan masa anda pada 1 April 2013 nanti untuk pelancaran Antologi Cerpen KLCC - gempak uols! Tempat dan masa akan diberitahu kelak. Sementara tu, bolehlah LIKE fan page KLCC ni. Saya ada menyumbang sebuah cerpen berjudul PENJAGA. Ini bukan cerita hantu. Hahaha.
Mari tiup lilin beramai-ramai!

2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2013 08:15

March 2, 2013

KL NOIR: RED successfully launched!

It was raining heavily as I sped along KESAS highway on Wednesday afternoon. I had to wait for my children to come home from school before setting out to KLCC at about 6.15pm for the launch. I've attended a few launches but it was my first experience having it at Kinokuniya. Prior to the event, I've been getting messages like 'Fuiyyyoh, buat kat Kino tuuuu!' from my friends. My ex-schoolmates told me to wear something sexy but I couldn't anything 'that' sexy in my wardrobe. I finally chose a white modern kebaya that made me look like a pregnant woman (if you consider a pregnant woman - sexy). One of my ex-schoolmates - Ogy and an ex-housemate - Nonie made it to the event. It was the first time my friends attended such event. Both of them gave positive feedback, especially regarding the crowd we had that night. I have to admit that I enjoyed every FIXI launch event as there are usually sporting fans (and would-be fans). Getting to know the readers is one of things I value much, especially those who give honest feedbacks about my works. After having a quick dinner and maghrib prayers, I entered Kinokuniya about 10 minutes late, Kris was reading. My turn came about 20 minutes later.  Undilah Parti Undi Rosak ! My short story in this anthology is called The Machete and Me  and it is a ghost story; that's what I told the crowd, but none of them looked convinced. Those who have read my books, usually expect to have more blood, killings and mysteries. Perhaps some of the readers are quite disappointed that I decided to write a ghost story. Don't worry, wait for my next book (which I'm drafting right now and should have more blood than JERAT and HILANG combined).

Saya mau baca panjang lagi, tapi boss sudah jeling-jeling.Before we conclude the night, a book signing session was held. I was so touched to have readers who came with JERAT, HILANG and Di Sebalik DINARA for signing. It made me realize where some of the strength and inspiration always come from -- the readers.
So, I wanna thank everyone who took all the trouble to come to the launch and purchased KL NOIR. It was a wonderful night and a successful event. Hope to see you again during the KLCC book launch in April.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2013 02:13