Dayang Noor's Blog, page 2
December 15, 2015
Ada apa dengan Cikgu Asyraf?
Assalamualaikum you all!
Ramai sungguhlah yang bertanya tentang sambungan SAMARlah, buku terbarulah, cerpen terbarulah (nasib baik tak ada yang tanya bila nak tulis puisi, kan?) Selama ni jawapannya hanyalah "Tungguuu.... dan harap bersabar".
Agaknya ramai juga dah pembaca yang kecewa dok menunggu lama sangat. Okey.... okey... jangan merajuk, ok.
Dengan izin Allah, sebuah cerita panjang (CERPAN) saya telah menemui pembaca pada 5/12/2015. Dilancarkan di Big Bad Wolf bertempat di MIECC, The Mines.
Ini CERPAN ya, bukan novel. Jadi memang kena tulis dengan padat. Seboleh-bolehnya tak ada filler. Harap-harap jalan cerita tu jelaslah. Mungkin ada terkurang explain dekat beberapa bahagian. Iyalah, first time belajar tulis CERPAN, nasib baik tak jadi cipan. ;)
Dua CERPAN dalam satu buku. Tajuk buku ni II (DUA)
Dalam buku ni terdapat dua CERPAN. Cerita saya berjudul Cikgu Asyraf manakala cerita yang ditulis oleh Shaz Johar pula bertajuk Lelaki Sesuatu Itu. Okey, ada kawan kat gym tanya kenapa tajuk cerita tu bukan Lelaki Itu Sesuatu. Hehe. Sesuatu sangat soalan kawan gym aku tu. Nantilah, kena tanya Shaz sendiri kenapa pilih tajuk tu.
Cerita Cikgu Asyraf ni sebenarnya lebih kurang macam kisah 'neighbour from hell' lah lebih kurang. Kisah ni berlaku di sebuah kampung yang fictitious (harap jangan cari dalam Google Map). Sungguhpun ini CERPAN, terdapat banyak juga character. Iyalah, dah terbiasa tulis novel, mesti nak ada ramai-ramai watak dalam tu, barulah meriah.
Seperti biasa, macam dalam cerita-cerita saya yang lain, ramai juga watak tu yang jadi mangsa bunuh. (Ada kawan kat gym suruh aku berhenti tulis cerita bunuh orang, sebaliknya tolonglah tulis kisah cinta. Uweeeeek!!)
Gila kau aku nak tulis cerita cinta?
Buku ini ialah edisi terhad, maka hanya 3,000 naskhah saja yang dicetak. Bermakna, mungkin kurang daripada 3,000 pembaca yang berjaya memilikinya. Tapi, jangan bimbang, kedua-dua CERPAN ini akan disiarkan di wattpad pada bulan Januari tahun 2016. Kepada yang lebih berminat membaca di skrin komputer/tablet/smartphone, bolehlah buka akaun di wattpad dan cari FIXI, okey? Kalau dah siar kat wattpad tu, of course lah free, kan?
Maka dengan itu, bergembiralah anda semua. Hehe. Nasib baik ada juga buah tangan untuk tahun 2015 ni. ;) Harap-harap tahun 2016 nanti lebih produktif menulis, Insya Allah....

Published on December 15, 2015 07:29
August 18, 2015
Kisah cuti-cuti Australia, Jun 2015
Assalamualaikum dunia!Hehehe, punyalah lama dah pergi vacation ni tapi baru ni nak up blogpost. Gila punya penyakit pemalas nak menulis ni. Tiap kali nak mula menulis tu rasa macam nak kena mencangkul bukit batu, punyalah berat tangan nak mula memetik keyboard ni ha. Kalau nak ikutkan, cerita dah lama basi. Tapi kalau tak letak dalam blog, nanti dah tua-tua tak ingat pulak dah pernah pergi bercuti kat Sydney dan Melbourne, ye tak? Oleh kerana kisah dah lebih sebulan berlalu, sebenarnya akupun dah tak ingat perasaan aku masa pergi vacation ni. Yang aku paling ingat, makan pizza dan kebab dekat Liverpool St kat Sydney tu sedap gila. Tekak musim sejuk ni memang lain macam sikit. Kalau dalam cuaca panas, aku memang dah mudah muak bila Nampak pizza. Tapi, bila cuaca sejuk below 10 degrees, macam-macam benda la pulak aku mengidam. Dekat Sydney kitorang pergi tempat-tempat yang touristy yang penuh dengan orang Malaysia. Hahahaha! Termasuklah Opera House dan Blue Mountain. Sempat jugak tengok Olympic Stadium dan naik water taxi. Yang penting, memang banyak jalan kakilah kat Sydney. Syok juga sebab budak-budak tiga orang ni kalau kat KL memang dah spoiled abih. Pergi balik sekolah hari-hari berjemput hantar. Pergi sana, kenalah jalan kaki beberapa km setiap hari.
Breakfast dekat Hyde ParkKitorang lepak kat Sydney 3 hari je sebab rasa macam tak banyak pun benda yang nak diexplore. Hotel yang aku ambik tu Ibis Hotel namanya. Lokasi memang strategic abis. Betul-betul kat depan World Square. Kat situ memang banyak kedai dan yang penting ada supermarket Coles yang bukak sampai midnight. Walaupun hotel tu takde dapur atau microwave, senanglah jugak nak beli canned food, buah atau keropok.
Tingkap bilik kat Ibis Hotel yang mengadap ofis orangSepanjang kat Sydney memang langsung tak shopping sebab simpan duit untuk makan. Yelah kan sini takde dapur nak masak, hari-hari kena makan kat luar. Harga makanan pun lebih kurang kat Europe gak, mahal nak mampus. Maka, duit beriban-riban habih beli makanan je.
Zarif tu memang kuat posing.
Aktiviti kegemaran kanak-kanakAl kisah masa kat Melbourne, kitorang dok hotel apartment. So, bolehlah setakat nak panaskan pizza, masak apa-apa kat dalam microwave oven. Tapi still, semorang asyik nak gi belasah kebab jugak. Masa kitorang kat Melbourne cuaca belum cukup sejuk dan salji asli belum turun. Maka kami pun pergilah main salji buatan manusia je. Tak kisahlahkan, janji sejuk dan berais. Itupun budak-budak ni dah cukup excited. Aku sebenarnya tak suka salji. Dahlah sejuk, jalan lecak, kena pakai banyak lapis pulak tu. Tapi layan jugaklah sebab nak menggembirakan budak-budak ni ha.
Salji buatan manusia ni best gak layan.
Pergi gym sebab rasa bersalah lepas makan tak ingat dunia.Kat Melbourne CBD (central business district) memang ada banyak Fitness First. Dekat-dekat pulak tu. So, kalau jadi gym instructor yang banyak kelas kat sini, mesti best. Boleh jalan kaki je nak pergi dari satu kelab ke satu kelab. Jimat duit minyak, tol, parking etc.
Aku pergi FF club yang paling dekat dengan hotel kitorang duduk tu. Yang ni namanya FF Melbourne Central. Kat atas shopping complex macam kat Empire tu jugaklah.
Beza kat sini takde free drinks. Semuanya kena beli. Awal-awal lagi awek kat front desk tu dah bagitau aku, "Miss, unlike Malaysian FF, you'll have to purchase the drinks here." Pastu, towel kecik pun diorang tak kasi. Ada towel mandi je. So, kau bayangkanlah bila masuk kelas, semorang dok bawak tuala mandi. Agak kelakarlah pemandangannya.
Dalam flight otw balik. Muka reluctant sungguh.
Patutlah muka dia camtu, flight tu kena turnback.
Masa dah last day kat Melbourne, aku cakap ngan husband aku, "rasa macam dah lama gila dok kat Melbourne ni." Husband akupun setuju. Pastu kitorang pun mengemas baju dengan sungguh excited sebab dah balik Malaysia (dan aku tak perlu makan kebab banyak-banyak lagi). Tapi, nak dijadikan cerita, adalah pulak adventure tak sengaja. Masa flight ke KL dah berlepas dalam beberapa minit, ada announcement mengatakan aircraft kena buat turnback sebab ada technical problem. Walaupun suara kapten tu macam cool je tapi kitorang semua dah tahu memang akan stranded lah kat sana. Kalau dah turnback, mestilah nak kena buat checking kat aircraft tu, kan?
Ternyata memang betul. Kami semua kena turun, ambik balik segala bagasi dan pergi lepak kat hotel. Masa tu diorang cakap next flight will be on the next afternoon. Tapi, bila kitorang dah kemas barang dan check out, katanya flight tu tak jadi jugak. Kena tunggu lagi satu hari, ada flight lain dari KL yang akan ambik kitorang.
Masa ni passengers semua dah mengamuk bagai nak rak, especially non-Malaysians. Orang Malaysia, macam biasalah, penuh sabar dalam menghadapi dugaan dan rintangan.
Kesian tau. Stranded 3 hari. Habis takde baju dah nak pakai.Pada hari ke-2 kami sangkut kat sana, flight yang dijanjikan tak boleh take off pulak sebab dia punya back-up system ada problem. Maka kamipun baliklah ke hotel dengan penuh sumpah seranah. Hari ke-3 baru betul-betul dapat flight untuk balik KL.
Nasiblah kan kalau kena macam tu waktu hujung-hujung cuti sekolah. Walaupun ada banyak flight dari Melbourne ke KL setiap hari, semua flight pun penuh. Ada juga passengers yang pergi naik Singapore Airline, land kat Changi, pastu balik Malaysia.
Segerombolan manusia yang stranded.
Maka begitulah, betapa adventurousnya percutian kami di Australia. Tak shopping, tak jalan-jalan sangat, tapi adventure kat airport yang lebih. Kawan aku suruh tulis novel pasal pembunuhan di airport. Hmmmm..... nantilah, kalau aku rajin.

Aku pergi FF club yang paling dekat dengan hotel kitorang duduk tu. Yang ni namanya FF Melbourne Central. Kat atas shopping complex macam kat Empire tu jugaklah.
Beza kat sini takde free drinks. Semuanya kena beli. Awal-awal lagi awek kat front desk tu dah bagitau aku, "Miss, unlike Malaysian FF, you'll have to purchase the drinks here." Pastu, towel kecik pun diorang tak kasi. Ada towel mandi je. So, kau bayangkanlah bila masuk kelas, semorang dok bawak tuala mandi. Agak kelakarlah pemandangannya.

Patutlah muka dia camtu, flight tu kena turnback.
Masa dah last day kat Melbourne, aku cakap ngan husband aku, "rasa macam dah lama gila dok kat Melbourne ni." Husband akupun setuju. Pastu kitorang pun mengemas baju dengan sungguh excited sebab dah balik Malaysia (dan aku tak perlu makan kebab banyak-banyak lagi). Tapi, nak dijadikan cerita, adalah pulak adventure tak sengaja. Masa flight ke KL dah berlepas dalam beberapa minit, ada announcement mengatakan aircraft kena buat turnback sebab ada technical problem. Walaupun suara kapten tu macam cool je tapi kitorang semua dah tahu memang akan stranded lah kat sana. Kalau dah turnback, mestilah nak kena buat checking kat aircraft tu, kan?
Ternyata memang betul. Kami semua kena turun, ambik balik segala bagasi dan pergi lepak kat hotel. Masa tu diorang cakap next flight will be on the next afternoon. Tapi, bila kitorang dah kemas barang dan check out, katanya flight tu tak jadi jugak. Kena tunggu lagi satu hari, ada flight lain dari KL yang akan ambik kitorang.
Masa ni passengers semua dah mengamuk bagai nak rak, especially non-Malaysians. Orang Malaysia, macam biasalah, penuh sabar dalam menghadapi dugaan dan rintangan.

Nasiblah kan kalau kena macam tu waktu hujung-hujung cuti sekolah. Walaupun ada banyak flight dari Melbourne ke KL setiap hari, semua flight pun penuh. Ada juga passengers yang pergi naik Singapore Airline, land kat Changi, pastu balik Malaysia.

Maka begitulah, betapa adventurousnya percutian kami di Australia. Tak shopping, tak jalan-jalan sangat, tapi adventure kat airport yang lebih. Kawan aku suruh tulis novel pasal pembunuhan di airport. Hmmmm..... nantilah, kalau aku rajin.
Published on August 18, 2015 01:45
May 9, 2015
Di Kaki Lima (Cerpen) - Bahagian 4 (Akhir)
Pakcik Abbas, Makcik Hajar, Makcik Salmiah, Pakcik Rauf dan rakan-rakan yang lain asalnya menetap di sebuah rumah orang tua kira-kira 20km dari sini. Pemilik rumah itu baru meninggal dan anaknya ambil alih. Malangnya, anaknya telah mengabaikan pengurusan di situ dan menyerahkan bulat-bulat kepada para pekerja yang sudah tiada motivasi untuk bekerja. Sudahnya, ramai pekerja yang berhenti dan lari.
Satu hari pemilik rumah itu memindahkan mereka ke rumah ini. Katanya rumah ini disewa sementara rumah asal diubahsuai. Para penghuni di sini diminta uruskan hal masing-masing. Yang sihat terpaksa membantu – termasuklah memandikan, menukar lampin, menukarkan baju dan memberi makan mereka yang uzur.
Pada mulanya mereka dibekalkan sedikit wang. Tapi itu hanya pada dua minggu pertama. Mulai minggu ketiga, pemilik langsung tidak muncul, meninggalkan mereka terkontang-kanting dalam keadaan serba daif.
Akibat terdesak, Pakcik Abbas menawarkan diri untuk menebalkan muka dan mengemis di seberang jalan – di kaki lima pejabat kami.
“Masa muda-muda dulu – masa dia masih boleh nampak - Abbas ni kerja menulis,” kata Makcik Hajar dengan bibir terjuih ke arah Pakcik Abbas.
“Pemuisi lah, bukan penulis!” Pakcik Rauf mencelah.
Aku lihat Pakcik Abbas sekadar tersenyum. “Alah, pernah tulis sikit-sikit je,” dia merendah diri.
“Tapi banyak kali keluar surat khabar, keluar majalah,” kata Makcik Hajar penuh bangga.
“Alah, cerita lama. Tak usahlah diheboh-hebohkan sangat.” Pakcik Abbas seolah-olah kurang selesa untuk menceritakan kisah lampau. Mungkin ada terselit kenangan pahit yang cuba dilupa.
“Abbas ni pandai bercakap, sebab tu dia berani duduk dekat kaki lima tu,” tambah Pakcik Rauf pula.
“Kaupun pandai bercakap, Rauf. Minggu depan kau pulak duduk situ, ya?” Makcik Hajar macam nak mencabar tapi hanya dibalas dengan ketawa panjang Pakcik Rauf.
“Kalau aku duduk situ, ramailah anak dara yang tak senang duduk. Tak boleh buat kerja dia orang nanti, Hajar oi!” Pakcik Rauf berseloroh.
Makcik Hajar mencuit pahaku. “Ha, yang itu masa muda-muda dulu, buaya darat. Sampai tua perangai tak berubah.”
Mendengarkan gelak tawa Pakcik Rauf dan perbualan kami, beberapa lelaki tua yang tadi tidur langsung terjaga. Makcik Hajar memperkenalkan aku kepada mereka. Wanita-wanita tua yang tadi sibuk dengan kerja masing-masing datang bersila berhampiran kami.
Aku berkenalan dan berbual-bual sebentar dengan mereka sebelum Makcik Salmiah kembali bersama beberapa bungkusan nasi, lauk dan sayur. Aku minta diri tapi ditegah oleh Pakcik Abbas.
“Makanlah sekali dengan kami. Dah lama tak dengar suara orang muda kat sini,” katanya.
“Ha’ah! Segar tulang aku tengok ada perempuan muda. Kalau tak, asyik nengok muka-muka kedut ni semua,” Pakcik Rauf masih belum habis guraunya. Makcik Salmiah menampar bahu Pakcik Rauf sebelum Makcik Hajar mencubit betisnya. Aku ketawa melihat gelagat mereka. Untuk tidak menghampakan Pakcik Abbas, aku jamah sedikit makanan yang dihidang. Rasa simpati mula bercampur aduk dengan rasa terhibur pula dengan keletah mereka.
Esoknya hari Sabtu. Sejak pagi, aku menggelisah di rumah. Aku tak sabar menanti Isnin, langsung aku telefon Hasya dan ceritakan apa yang terjadi semalam.
“Kita kena bincang dengan Haji Basri. Mana tahu kalau-kalau dia nak sponsormereka semua,” cadang Hasya, membuatkan aku terfikir.
“Itu boleh kira macam CSR, kan? Corporate Social Responsibility. Syarikat memang ada allocation untuk tu, kan?” Terasa seolah-olah sebiji mentol baru saja menyala dan menerangi ruang minda aku yang selama ini gelap dan sempit memikir masalah Pakcik Abbas.
“Haji Basri masuk Isnin. Sempat lagi kalau kau nak prepare proposal.” Aku tahu Hasya sedang tersenyum simpul di hujung talian. Seperti biasa, apa-apa yang berkait dengan kertas cadangan akan diserah padaku. “Marketing manager mesti expertpasal ni, kan?” Pujuk Hasya lagi.
“Tapi kau kena tolong juga.” Kemudian aku ingatkan dialah orang pertama yang bersedekah kepada Pakcik Abbas. Dia yang mulakan.
“Okey… okey… Pagi-pagi esok aku datang rumah kau,” dia mengalah. Aku tersenyum lebar.
Sepanjang Ahad kami bertungkus-lumus menyiapkan kertas cadangan untuk projek membantu Pakcik Abbas dan rakan-rakan. Cadangan sepanjang dua puluh mukasurat itu akhirnya siap pada jam 11 malam. Hasya dan aku terlentok di ruang tamu. TV terpasang menonton kami yang terlena akibat keletihan.
Aku tak sedar bila Hasya balik. Bila aku buka mata, azan subuh berkumandang. Cepat-cepat aku bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Sepanjang perjalanan, perbincangan aku dan Hasya semalam berputar-putar dalam fikiran. Rancangan dan penerangan kami sudah tersusun kemas dalam kertas cadangan. Aku terus merangka-rangka dalam kepala bagaimana hendak membuka perbincangan dengan Haji Basri kelak.
Sampai di depan pejabat, aku terkaku sebentar. Pakcik Abbas tiada di tempat biasa. Surat khabar yang biasa dibuat alas masih di situ, ditindih dengan bata kecil. Aku keluar dari kereta dan lihat sekeliling. Mataku terus bertumpu pada blok kedai di mana Pakcik Abbas dan rakan-rakannya tinggal. Tingkap rumah kedai di tingkat tiga semuanya bertutup rapat. Tiada kain atau baju bersidaian.
Sudah jam 8.15. Aku tak punya banyak masa untuk menyeberang jalan dan pergi ke rumah kedai itu. Dengan berat hati, aku masuk ke pejabat dan wajah Haji Basri dan beberapa yang lain menyambutku dengan girang. Sebuah meja panjang yang dipenuhi aneka juadah sarapan pagi sedang menanti. Haji Basri belanja semua pekerja sempena kepulangannya dari bercuti.
“Mana proposal?” Tanya Hasya sebaik aku menuang kopi. “Kita boleh jumpa Haji Basri sekarang. Mood dia tengah elok tu.”
Aku tarik Hasya ke satu sudut, jauh dari kelompok rakan-rakan yang sedang bergelak ketawa. “Pakcik Abbas tak ada pagi ni. Tingkap di rumah kedai tu pun semua tutup. Lengang, macam dah tak ada orang,” aku bisik ke telinganya.
“Habis, kita nak jumpa Haji Basri ke tak?”
“Lepas lunch, boleh? Sempatlah aku nak pergi check rumah tu tengah hari nanti.”
Hasya setuju. Kami kembali ke kelompok rakan-rakan yang sedang enak menjamah juadah.
“Karipap banyak ni-“ Khairuddin mengunjukkan sepinggan karipap padaku. “-bungkuslah untuk Pakcik Abbas kau,” sindirnya. Aku hanya menghela nafas panjang untuk mengepung kemarahan. Aku tak mahu jawab apa-apa. Sebarang jawapan, hanya bakal mengundang sindiran yang lebih menyakitkan hati.
Hari terus berlalu dengan lambat sekali. Selang sepuluh minit aku mengerling jam. Lambatnya nak tengah hari. Aku tinjau-tinjau juga Hasya yang duduk tidak jauh dari bilikku. Diapun tampak gelisah.
Tepat 12.30 tengah hari aku dan Hasya menyeberangi jalan, menuju ke rumah kedai yang dihuni Pakcik Abbas dan rakan-rakan. Debar di dada buatkan aku sedikit semput ketika mendaki tangga. Hasya berlari-lari melangkah anak tangga dengan kasut tumit tinggi. Aku tertinggal sedikit di belakang.
Kami disambut oleh pintu berkunci dan jeriji yang terdapat mangga sebesar buku penumbuk. Tiada sebarang notis ditampal di pintu. Aku dan Hasya saling berpandangan.
“Macam mana ni?” Tanya Hasya. Aku hanya mampu angkat bahu. Masih terngiang-ngiang suara Pakcik Abbas, Makcik Salmiah, Makcik Hajar, Pakcik Rauf dan rakan-rakan yang berbual mesra melayanku beberapa malam lalu. Kini yang tinggal hanya sunyi dan pintu yang berkunci.
Pintu rumah sebelah terbuka dan terjengul wajah seorang lelaki cina dengan leher berat digayut rantai emas. Aku ingat. Dia lelaki yang menuntun Pakcik Abbas melintasi jalan pada petang Jumaat. Dia memandang kami sedikit kehairanan.
“Hello! Cari siapa?” Dia bertanya.
“Tahu tak mana pergi orang yang duduk rumah ni?”
Lelaki itu menggaru-garu kepala. “Tak bayar sewa pada owner. Sudah kena angkat lori, wo!”
“Lori?” Serentak aku dan Hasya bertanya.
“Itu, kebajikan punya orang datang sini hari Sabtu. Sudah angkat semua naik.... aiyya… naik van lah, bukan lori. Sori… sori….” Lelaki itu tersengih-sengih.
“Tau tak dia orang bawak pergi mana?” Aku sudah tersandar kehampaan di dinding.
“Tak tau, woo. Tapi baguslah, kebajikan ambil pergi. Duduk sini tak ada orang jaga, woo. Kesian tengok.”
“You ada mintak contact number diorang tak?” Tanya Hasya pula.
Lelaki cina menggeleng. “Tak ada, lor. Sayapun terlupa.” Dia menepuk dahi.
“Tak apa – “ Aku angkat tangan padanya. “- Jabatan Kebajikan dah datang, mesti dia orang uruskan semua.”
Lelaki itu minta diri kerana dia perlu ke tandas. Aku dan Hasya duduk di tangga – buntu.
“Tak jadilah rancangan kita,”katanya.
“Hmm… Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik.”
“Ya, aku rasa ini lebih baik daripada Pak Abbas terus mengemis, ataupun mereka duduk di sini dengan bantuan syarikat kita, kan?” Hasya menguak rambutnya yang menutup dahi.
“Entahlah, Hasya. Akupun tak boleh nak agak. Mungkin ini lebih baik, mungkin ada masalah lain pulak nanti. Kita tengok ajelah.”
“Buat masa ni, ini aje yang terbaik, kot?”
“Harap-harap macam tu lah.”
Kami duduk di situ hingga habis waktu makan tengah hari. Bila kami bangun untuk kembali ke pejabat, Hasya cuit lengan aku.
“Eh, nanti kesian Lenny. Tak ada orang nak puji dia pagi-pagi.”
Aku terus terlopong dengan mata terbeliak. Kedua-dua tanganku di bahu Hasya. “Oh no! Nanti akulah yang jadi mangsa dengar dia membebel!”
“Nasib kau lah, Dura.”
Kami ketawa serentak. Dinding rumah kedai melantunkan suara kami lalu tawa jadi bergaung. Suasana seolah-olah meriah, walaupun pada hakikatnya ada air jernih bertakung di kelopak mata. Di bawah bahang matahari, aku dan Hasya melangkah longlai kembali ke pejabat.

Published on May 09, 2015 06:56
May 8, 2015
Di Kaki Lima (Cerpen) - Bahagian 3
Di ruang tamu, ada lapan lelaki tua berbaring di atas tilam nipis tidak beralas. Beberapa orang wanita lebih kurang sebaya Pakcik Abbas sedang melipat baju dan mengemas meja makan. Lelaki-lelaki yang terbaring kelihatan tidak begitu sihat dan ada yang terlalu kurus. Tingkap rumah itu ditabiri oleh baju dan kain yang bergantungan.
“Pakcik Abbas. Ni, saya datang.” Aku menghampirinya yang bersandar di dinding sambil salah seorang wanita mula memicit-micit kakinya.
“Eh?” Pakcik Abbas terkejut langsung duduk tegak. “Anak ni yang selalu bagi pakcik karipap tu, kan?” Dia memberi isyarat agar wanita tadi berhenti mengurut.
“Betul, pakcik. Saya ikut pakcik balik tadi.” Aku duduk di hadapannya. “Sorry. Saya tak tahu pakcik tinggal dengan kawan-kawan.” Sebenarnya aku tak tahu apa yang patut aku kata. Timbul juga rasa bersalah kerana mengekornya sampai ke mari. Aku sudah menceroboh ruang privasi mereka.
“Abbas!” Teriak salah seorang lelaki tua yang terbaring dengan mata terpejam. “Kau dah balik? Dah beli makanan ke?” Tanyanya lagi.“Kejap lagi Salmiah nak pergi beli,” jawab wanita yang membuka pintu tadi.
Pakcik Abbas mengeluarkan segulung duit kertas – kebanyakannya not seringgit - dari kocek baju dan menghulurkan kepada wanita yang mengurutnya tadi. Itu Salmiah agaknya. Melihatkan ubannya dan tangannya yang menggeletar, aku wajar memanggilnya Makcik Salmiah.
Makcik Salmiah bangun, capai selendang dan menghampiri wanita tua di tepi pintu. “Beli lauk biasa ke, Hajar?”
“Belilah lebih sikit, kita ada tetamu ni,” bisik Makcik Hajar sambil mengerling ke arah aku.
“Eh, tak apa makcik. Saya dah makan,” aku berbohong walaupun perut sudah mula pedih.
“Kalau tak habis nanti, makcik boleh habiskan.” Makcik Salmiah ketawa menampakkan gusi yang hanya dihiasi lima, enam batang gigi. Aku hanya balas dengan senyuman.
“Akupun boleh tolong habiskan. Ayam goreng jangan lupa, ya?” Lelaki tua yang terbaring tadi bersuara lagi.
“Banyak cakaplah kau ni Rauf. Suruh pergi kedai tak mau,” rungut Makcik Hajar sebelum menutup pintu. Kedengaran bunyi selipar Makcik Salmiah perlahan-lahan menuruni tangga.
Makcik Hajar menghampiri aku dan Pakcik Abbas. “Kat mana kenal dengan Pakcik Abbas, nak?” Dia tanya aku.
“Aku mengemis depan ofis dia,” Pakcik Abbas yang tolong jawabkan. Aku tak sampai hati nak panggil Pakcik Abbas pengemis.
“Oh! Kamu dengan kawan-kawan kamu dah banyak tolong kami, nak. Siapa nama tadi?” Soal Makcik Hajar.
“Adura, makcik. Boleh panggil saya Dura.” Aku dah Makcik Hajar bersalaman.
“Kami kat sini dah lebih dua bulan, Dura. Tak ada sesiapa datang tolong. Nasib baiklah dapat sikit-sikit duit bila Abbas pergi mengemis.” Makcik Hajar menepuk bahu Pakcik Abbas yang sekadar tertunduk membiarkannya bercerita.
“Macam mana boleh jadi macam ni, makcik?” Tanyaku. Soalan itu telah menjadi kunci yang membuka suatu kisah panjang yang selama ini kami hanya mampu teka-teka di pejabat.
.......... bersambung

Published on May 08, 2015 08:34
May 7, 2015
Di Kaki Lima (Cerpen) - Bahagian 2
Tengah hari itu, ketika keluar makan tengah hari, pengemis tua itu masih bersila di kaki lima. Hasya tanya aku bila waktu sesuai untuk minta dia beredar. Aku kata, tunggu dulu, biarlah dia di situ hari ini. Esok lusa pasti dia cari tempat lain. Lagipun kaki lima pejabat kami agak sunyi. Tak ramai pengunjung. Di kiri kanan pejabat pun bukanlah kedai yang sesak: ada sebuah bengkel motor, sebuah studio fotografi dan dua lot kedai yang digabungkan jadi klinik haiwan. Sukar untuk pengemis dapat pendapatan lumayan di sini. Bila tak banyak pendapatan, pasti dia berpindah ke tempat lain. Hasya setuju. Dia pun tak sampai hati nak mengusir lelaki tua itu.
Sangkaan kami meleset. Hari-hari berikutnya pengemis tua itu masih ada bersila di kaki lima. Dia datang sebelum kami semua sampai dan dia masih bersila di situ selepas kami semua pulang. Aku dan Hasya tidak berbincang tentangnya kerana kami sama-sama mahu tunggu dan lihat.
Lenny makin gembira. Setiap pagi ada saja pujian yang diberikan lelaki tua itu yang buat dia ceria. “Tiap-tiap pagi aku hulur seringgit. Lepas tu, mesti pakcik tu kata aku cantiklah, wangilah, bersopan-santunlah. Seronok betul,” kata Lenny bila aku singgah di mejanya.
Aku terdiam tapi hati aku berkata-kata, ‘Zaman ni semua dah boleh dibeli: cinta, kasih sayang, persahabatan.’ Siapa sangka dengan hanya bermodalkan seringgit setiap pagi, Lenny dapat beli rasa bahagia.
“Haji Basri cuti lama lagi. Biarlah pakcik tu mengemis kat situ. Orang lain pun tak ada yang bising pasal dia,” kata Hasya. Aku bersetuju. Rakan-rakan sepejabat yang lain makin rajin bersedekah padanya. Aku dan Hasya tidak terkecuali. Mulanya sekadar seringgit dua, tapi kelmarin aku hulur tiga ringgit dan dua butir karipap.
“Pakcik memang dah lama tak makan karipap, nak,” kata pakcik tua itu penuh sayu. Aku nampak air mata bergenang. Aku hulur juga setin air soya yang aku dah masukkan penyedut siap-siap. Dia sedut perlahan-lahan berselang-seli dengan menggigit karipap daging. “Jari anak ni runcing, mesti pandai buat kelim karipap.”
Aku hanya ketawa kecil sebab aku langsung tak tahu buat karipap. Pakcik tua itu – menurut Lenny namanya Abbas – terus makan dengan berselera dan aku berdiri di tepi memerhatikannya.
Setelah aku bersedekah kuih dan minuman, Hasya pula rasa terpanggil untuk belikan Pakcik Abbas makan tengah hari. Tak lama kemudian Lenny juga turut serta. Dia belikan Pakcik Abbas kuih muih dan teh tarik untuk minum petang. Lama kelamaan, kami semua rasa bertanggungjawab atas kebajikan Pakcik Abbas setiap hari. Isu tentang membersih dan mengosongkan kaki lima langsung tidak disebut oleh Hasya mahupun aku. Sehinggalah satu pagi bila Khairuddin, si akauntan syarikat tiba-tiba buka mulut.
“Jangan bagi muka sangatlah dekat pakcik yang minta sedekah tu.” Air muka Khairuddin keruh bila terserempak dengan aku di pantri. Aku sekadar angkat bahu. Aku tahu dia tak pernah menghulur walau seringgit kepada Pakcik Abbas. Malah dia satu-satunya pekerja di syarikat ini yang langsung tak ambil pusing tentang lelaki tua itu. “Mesti sindiket yang letak dia dekat situ. Cuba kau tengok, pagi-pagi dia dah datang, dah lewat malam pun belum balik-balik. Mesti ada kereta atau van yang jemput hantar.”
Khairuddin sentiasa kaya dengan teori konspirasi. Ketika negara berhadapan dengan pencerobohan di Lahad Datu, dia ada teori tersendiri – bukan sekadar melibatkan projek IC, malah lebih lagi. Ketika peristiwa pengeboman di larian maraton Boston, dia sudah ada teori sebelum saspek ditahan. Begitu juga ketika Pope Benedict XVI melepaskan jawatannya; Khairuddinlah orang pertama yang mengumpul segala bahan untuk menyokong teorinya tentang masalah seksualiti.“Kalau ikhlas, sedekahlah sikit dekat Pakcik Abbas. Kalau ada syak wasangka, buat-buat tak nampak aje dia kat situ, boleh?” Pintaku, tak mempedulikan matanya yang mula terjegil.
“Bodohlah kamu semua ni. Bila Haji Basri balik dari Europe nanti, mesti dia mengamuk.” Khairuddin berpeluk tubuh di depanku mempamer keangkuhan. Aku buat-buat tak dengar dan tinggalkan Khairuddin dengan ego besarnya di pantri. Aku tutup pintu bilik dan duduk berfikir di meja. Bila diingat-ingatkan, ada betulnya juga kata-kata Khairuddin tadi. Haji Basri akan kembali ke pejabat minggu depan. Apa akan jadi kepada Pakcik Abbas kelak?
Petang itu aku tak pulang awal seperti biasa. Kebetulan minggu ini giliran aku pegang kunci pejabat. Jam 7 malam pejabat sudah lengang. Tinggal aku seorang. Aku jenguk ke luar dan lihat Pakcik Abbas bersandar di dinding, terlena agaknya. Aku masuk semula untuk menyudahkan beberapa lagi kerja yang perlu beres sebelum kepulangan Haji Basri.
Sekitar 9 malam, mataku sudah terlalu letih untuk terus membaca beberapa dokumen yang perlu direbiu. Aku kemas beg, tutup lampu dan kemudian kunci pintu dan roller shutter dari luar. Ketika itu juga Pakcik Abbas melipat surat khabar yang dibuatnya alas. Seorang lelaki Cina bersubang dan berantai emas membantunya bangun dan kemudian menuntunnya sehingga ke lampu isyarat. Aku cepat-cepat mengekori.
Lelaki itu terus membawanya melintas jalan ke blok kedai bertentangan. Aku berlari-lari anak tidak jauh di belakang mereka sambil menjinjing beg tangan dan beg komputer aku galas. Di hadapan sebuah kedai nombor ekor, lelaki yang memimpin Pakcik Abbas tadi meninggalkannya. Pakcik Abbas berdiri sebentar sebelum seorang remaja ber T-shirt senteng dan jeans ketat menghampirinya. Mereka berbual seketika sebelum remaja itu menuntun Pakcik Abbas menuju ke hujung blok. Aku perlahankan langkah kerana jarak kami kian hampir.
Di hujung blok kelihatan seorang wanita tua, berbaju kurung kuning dengan selendang putih berdiri dengan senyum terukir. Remaja tadi membawa Pakcik Abbas kepadanya. Aku terhenti di depan kedai lampu. Sungguhpun mataku sedikit silau dipanah cahaya daripada lampu-lampu yang terpamer, fokusku tidak beralih. Aku memerhati perempuan tua itu memimpin Pakcik Abbas berjalan beberapa meter sebelum mereka naik tangga menuju rumah kedai di tingkat atas.
Aku turut serta tetapi cuba menjarakkan diri beberapa meter di belakang mereka. Rumah yang dituju terletak di tingkat 3. Wanita tua itu memberi salam dan pintu pun terkuak. Mereka menanggalkan selipar langsung masuk. Di luar pintu aku lihat ada berpuluh-puluh pasang selipar yang bersepahan. Aku mula tertanya-tanya, mungkinkah teori Khairuddin betul? Entah-entah ini asrama yang disediakan sindiket. Pergerakan Pakcik Abbas tadi tampak begitu terancang.
Beberapa minit aku terdiam, berfikir di tepi tangga, menimbangkan patutkah aku masuk dan lihat. Mungkin itu saja jalannya aku boleh tahu sama ada Pak Abbas pengemis sebenar atau sekadar diperalat sindiket. Bagaimana kalau tempat ini milik sindiket dan ada bouncer di dalam? Aku turun dua, tiga mata tangga bila terfikir tentang itu.
Tapi, kalau aku tak masuk, aku takkan tahu kebenaran.
Kaki terus melangkah, mendahului fikiran dan hatiku. Pintu diketuk tiga kali disertakan dengan salam yang agak perlahan. Aku terdengar beberapa suara berbual-bual di dalam. Beberapa saat kemudian, pintu dibuka oleh wanita tua yang memimpin Pakcik Abbas tadi.
“Waalaikumsalam. Cik cari siapa?” Soalnya, mata meliar ke sekitar tangga, ingin tahu siapa lagi turut bersamaku.
“Boleh saya jumpa dengan Pakcik Abbas?”
Wanita itu menoleh ke dalam sebentar sebelum membuka pintu lebih luas. “Jemputlah masuk, Abbas tengah berehat. Penat tu. Baru balik.”
Sebaik melangkah masuk, pemandangan yang menantiku bukanlah sesuatu yang sejak tadi terlintas di kepala. Tiada bouncer, tiada ketua sindiket, tiada pengawal-pengawal. Jauh sekali apa yang disyaki oleh Khairuddin selama ini.
....................... bersambung

Published on May 07, 2015 01:36
May 6, 2015
Di Kaki Lima (Cerpen)
Tak pernah ada pengemis di kawasan pejabat aku ni. Dalam jangkamasa lima tahun – selama aku bekerja di sini – memang tak ada. Sebenarnya, usahkan pengemis, penjual DVD cetak rompak pun tak pernah cuba-cuba berniaga di kaki lima ini. Jika penjual DVD cetak rompak tak ada, makcik-makcik penjual kerepek dan tukang kasut jalanan juga tak berani nak cuba nasib.
Mereka semua takut dengan Haji Basri, tuan punya syarikat tempat aku bekerja. Orangnya tegas – cukup benci dengan lanun cetak rompak. Sedangkan bila bertemu penjual DVD cetak rompak di kedai makan pun, dia akan soal siasat – Kenapa buat kerja haram? Kenapa rompak rezeki orang lain? Kenapa tak usaha hasilkan produk sendiri? Mungkin di kalangan para penjual DVD cetak rompak di kawasan sini nama Haji Basri sudah terkenal dan cukup digeruni. Dan mungkin kerana itu juga kaki lima di luar pejabat kami tak pernah ada peniaga yang berani jejak kaki. Bersih, suci – macam anak dara yang tak pernah disentuh.Hinggalah pagi ini.
Aku orang pertama tiba di pejabat sekitar 7.50 pagi. Sebaik turun dari kereta aku terus terlihat seorang pengemis bersila di kaki lima, sepuluh kaki dari pintu pejabat. Perkara pertama terlintas di fikiran adalah, mesti dia baru di kawasan ini. Kalau tidak, masakan dia tak tahu kaki lima pejabat ini kawasan larangan – ada undang-undang tidak bertulis yang semua orang sudah maklum. Atau mungkinkah pengemis ini dapat tahu bahawa Haji Basri sedang bercuti panjang? Aku berdiri lama di tepi kereta, memerhati lelaki tua berbaju renyuk, bersongkok senget yang menadah sebuah mangkuk plastik yang serpih. Mulutnya terkumat-kamit, matanya terarah ke keretaku tetapi tidak menggambarkan sebarang riak. Buta agaknya.
Tak tahu apa yang patut dibuat, aku masuk semula ke dalam kereta, hidupkan enjin dan pasang muzik. Sambil itu mataku masih pada pengemis tua di kaki lima. Janggal pula melihat kehadirannya di situ, di tepi dinding pejabat kami yang gah, dihias penuh elegan. Sungguh tak kena.
Kesucian kaki lima pejabat aku sudah dinodai! Ibarat melihat seekor semut hitam yang tiba-tiba muncul di dalam segelas susu yang putih bersih.
Aku bukan kata yang semut itu hina bila dia terjun ke dalam susu ataupun susu sudah habis rosak dek kerana seekor semut. Tapi, situasinya lebih kurang sama. Orang yang dahaga pasti tak suka bila semut masuk ke dalam susunya. Mungkin dia percaya bila termakan semut, nanti otak jadi bebal. Tapi sanggupkah orang yang dahaga membuang segelas susu semata-mata kerana semut seekor? Atau orang yang dahaga akan buang saja sang semut dan teruskan meneguk susu seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku?
Sama situasi aku sekarang. Adakah aku akan meminta pengemis itu beredar dan teruskan rutin seperti biasa? Atau satu hari nanti kami semua terpaksa cari tapak pejabat lain bila kaki lima ini sudah jadi tumpuan berpuluh-puluh pengemis?
Setiap sesuatu itu pasti ada mulanya. Dan kehadiran seorang pengemis tua di kaki lima pejabat kami ini mungkin permulaan kepada kedatangan pengemis-pengemis lain, makcik-makcik penjual kerepek, si tukang kasut jalanan dan pastinya penjaja DVD cetak rompak yang dibenci Haji Basri. Mereka semua akan jadi berani. Mereka tidak akan pedulikan Haji Basri lagi. Undang-undang tak bertulis itu akan dilanggar sewenang-wenangnya.
Sedang aku berdebat dengan diri sendiri, aku lihat Hasya, rakan sepejabat turun dari kereta dan berjalan ke arah pengemis yang bersila. Dia menghulurkan sekeping not seringgit dan disambut pengemis tua itu dengan mangkuk serpih. Hasya terus berlalu, tidak menoleh ke arahku. Mungkin dia tak tahu aku berada di sini memerhati apa yang dilakukannya.
Aku jadi sedikit marah. Kenapa Hasya buat begitu? Dia mahu menggalakkan peminta sedekah mengerumuni kaki lima ini? Hasya sudah menghilang, masuk ke pejabat dan aku cepat-cepat turun dari kereta. Sebelum ini berlarutan, aku perlu buat sesuatu. Hatiku nekad menghampiri pengemis tua tetapi dia tersenyum sebaik terdengar derap tapak kakiku.
“Assalamualaikum, nak. Apa khabar? InsyaAllah semuanya baik-baik hari ni.”Langkah aku mati. Pengemis tua masih tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Bila aku amat-amati, dia sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
“Waalaikumsalam, pakcik. Alhamdulillah, semua okey,” aku menjawab dan tanpa sedar tanganku mengorek kocek luar beg tangan, mencari duit kecil yang selalu aku selit di situ. Dua helai not seringgit aku hulur kepadanya. Seperti menyambut duit Hasya tadi, dia hulur mangkuk putih yang serpih.
“Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan semua urusan anak hari ni. Sentiasa pandang ke depan, jangan mudah mengalah. ” Ucapannya membuat aku terkaget seketika. Itu tips atau motivasi pagi? Aku menatap wajahnya lagi. Matanya kosong, tidak memberi sebarang respon bila aku lambai-lambai di depannya. Aku benar-benar yakin dia buta.
“InsyaAllah, pakcik.” Aku berjalan masuk ke pejabat dan menoleh padanya dua kali. Aku tercari-cari Hasya tapi tak kelihatan. Mungkin dia ke tandas. Aku terus masuk ke bilik dan letakkan beg tangan di tepi meja. Biasanya aku akan terus membancuh kopi panas di pantri tapi pagi ini aku terus terhenyak di kerusi dan memikirkan bagaimana untuk memberitahu lelaki tua tadi agar tidak mengemis di kaki lima kami lagi. Sementara itu aku masih keliru, mengapa aku hulurkan duit padanya tadi? Bukankah niat asalku mahu memberinya amaran dan pastikan dia beredar segera?
“Morning!” Suara ceria Hasya mengejutkanku. “Jom breakfast? Aku terbeli kuih lebih tadi.” Seplastik karipap dijinjing lalu disua padaku. Aku beri isyarat agar dia makan di bilikku saja.
“Kau bagi sedekah dekat pengemis di luar tu tadi?” Tanyaku.
Hasya mengangguk lantas ekspresi wajahnya berubah. “Kenapa? Salah ke? Aku bagi seringgit je. Sebenarnya, aku tak cadang nak bagipun. Bila aku pergi dekat dia tadi, bila terdengar dia selawat, suara dia sedap. Sayu pulak rasanya.”
“No. It’s okay. Akupun sedekah juga dekat dia tadi.”
Hasya hela nafas lega. Plastik karipap dibuka. Dia ambil seketul dan hulur kepadaku.
“Nanti teman aku jumpa dia?” Aku tahu aku tak mampu lakukan sendirian. “Kita kena beritahu dia kat situ tak boleh minta sedekah atau berniaga.”
“Kita kena halau dia?” Hasya tanya aku macam tak percaya. Aku hanya angguk.Hasya kembali ke tempatnya dan aku mula membuka fail pertama yang perlu diuruskan. Sebaris ayatpun tak mampu aku cerna. Dokumen nipis yang aku cuba baca aku masukkan balik ke dalam fail. Kepalaku sarat dengan persoalan.
Ayat dan bahasa bagaimana yang aku nak guna bila bercakap dengannya nanti? Orang tua, hidup susah pula; takkanlah aku nak guna bahasa macam bercakap dengan kawan-kawan. Atau aku perlu berbahasa rasmi? Ber’saya-awak’ atau ber’saya-saudara’? Aku terus mereka-reka ayat dalam kepala. Bukan mudah rupanya untuk mengusir orang dengan bahasa dan cara terbaik.
Sedang aku merenung dinding, Lenny menyerbu masuk. Aku selalunya mengelak berjumpa dia pagi-pagi. Ada sesetengah perempuan, hobinya merungut tak kira masa, tentang semua perkara. Contohnya macam Lenny. Daripada hal komuter lambat, tumit kasut senget, jiran masak belacan, sepupu beli beg tangan mahal sampailah ke hal-hal di pejabat, ada saja rungutannya. Ayat kegemarannya: “Alaa! I bencilah!” Semua benda dia tak suka. Semua orang menyusahkan dia. Pendek kata, kalau aku berbual dengan dia pagi-pagi, sepanjang hari aku pula yang jadi murung. Banyak sangat cas-cas negatif di mana-mana ruang dia berada.
“Guess what, babe!” Lenny datang dengan muka ceria. Dahiku berkerut. Lenny dengan muka gembira di pagi hari adalah kombinasi yang tak pernah wujud.
“Apa dia?” Aku tanya dengan dahi aku yang masih berkerut.
“I happy sangat hari ni!” Lenny berputar-putar di ruang lapang depan meja. Nampak macam patung ballerina berputar dalam kotak muzik. Aku jadi musykil. Belum pernah aku lihat Lenny gembira begini. Tiada tanda-tanda sebarang omelan atau rungutan akan terlantun dari mulutnya.
“Apa dah jadi?” Aku tidaklah berminat sangat nak tahu hal-hal peribadinya, aku cuma nak pastikan bila angin dia tak baik nanti, aku dah jumpa cara nak memujuknya. Mungkin juga selama ini dia asyik merungut kerana tak ada seorang pun yang tahu cara untuk ambil hatinya.
“Ada pakcik tua kat luar tu –“ tangannya menuding ke arah pintu pejabat. “-dia kata I cantik!”
“Really? Siapa?” Aku yakin Lenny bercerita tentang pengemis tua di kaki lima.
“Pakcik yang minta sedekah kat luar tu, -” Sekali lagi Lenny menunjuk ke arah pintu. “- I bagi seringgit dekat dia. Lepas tu, dia doakan I. Dia kata: ‘Semoga Allah jadikan pekerti anak ni sama cantik macam orangnya.’ First timeada orang panggil I cantik, tau!”
“Great!” Aku senyum tapi tak mahu komen banyak. Aku yakin pengemis tua di luar tadi benar-benar buta. Tapi melihatkan Lenny yang seperti masih di awang-awangan, aku menambah pujian, “memang you cantik pun. Takkan you tak tau?”
“Thanks, babe! You’re the best!” Lenny terus memeluk aku untuk beberapa saat sebelum bernyanyi-nyanyi kecil meninggalkan bilik.
Bagus juga ada pakcik tua di kaki lima itu. Sekurang-kurangnya hari ini Lenny tak merungut atau mengomel dan aku tak perlu jadi mangsa terpaksa menadah telinga. Dalam diam-diam, aku pun rasa gembira saat pengemis itu mendoakan aku tadi. Selain daripada mak ayah kita, siapa saja yang sudi doakan kita? Apa mungkin ada orang asing yang doakan kesejahteraan dan keselamatan kita penuh ikhlas?
Aku baru saja dikejutkan oleh fikiranku sendiri. Tiba-tiba aku berasa begitu kerdil dan berdosa. Patutkah aku usir pakcik tua itu kalau kehadirannya sudah membawa lebih banyak kesan-kesan positif ke ruang pejabat ini?
..... bersambung
Published on May 06, 2015 01:36
March 23, 2015
Zumba B2 training - Celebrity Fitness Setia Walk, Puchong
I always think twice before purchasing a new handbag or make up or perfume or that nice floral blouse or a pair of sexy heels. But I never think twice when it comes to education, and this includes dancing. The thing about Zumba is that it is a fitness program. Just like any other group exercise that you might have tried before. It's a workout in disguise. People think they are dancing, but the true fact is that they are working out. Hence, the need for every Zumba instructor to get continues education on the program. I have read many complaints on illegal zumba instructors in this country. There are irresponsible fitness instructors who are not licensed, yet they call their fitness dance classes as Zumba classes. The biggest problem is they are not getting the material from Zumba. They might be using choreography that is not in line with Zumba program. Worst case, they're giving the wrong impression of zumba to the participants. So, I attended Zumba Basic 2 training last weekend to learn 6 more rythms and get myself updated. Getting the license and updating Zumba skills is not that difficult (if I were to compare with IT). I don't understand why many unlicensed Zumba instructors decided not to get them. It's also cheaper than some other fitness programs.
With trainer, David in yellow shirt.Ok, enough of blabbering. This time I also trained with David Velez. He's from Columbia but has been staying in Malaysia for some time, so he really understands Asians and Malaysians especially. My friends who had danced with other ZESs claimed that David is their favorite as he's funny, natural and very 'selamba'. I enjoyed David's choreography as he always keep things basic and simple. He gave me a lot of ideas on how to chorey on the spot, especially when you suddenly go blank on stage. Yes, no matter how experienced you are, there will be times when you stand in front of 40 people and suddenly all the steps you've memorized decided to disappear from your head.
Smiley, happy people - We Are ZINs!This time we had participants from Johor, Melaka, Sabah, Sarawak, Bali, US and Canada. Yes, Zumba is that big that people from all over the world come together to dance.
Have been seeing their pictures in social media. Got to meet face to face during this training. ;)The thing about dancing classes (especially Zumba), you'll make new friends in no time. The instructors will always tell you to smile while dancing. So, the smile will stuck on your face long after the classes. When people see you smiling, they will naturally smile back, right? And some are courageous enough to say hello. I have strangers smiling at me, saying hello and asking how my day was just because of my smile. Some adults are just too pre-occupied with work stress that they forget to smile. For instance, there's this 'kesian uncle' my friends met at Empire. Well, we have to take shared lift (with SOHO tenants) to go to the gym there. This uncle got angry with my friends (the zumba makciks) because they took their time to enter and leave the lift. I didn't hear his exact words but basically he was telling my friends, "can you please hurry up, other people has things to do. Unlike you all, who don't have to go to work." That uncle really need to chill a bit-lah, I think. Or better, he can join our zumba classes. ;)
New friends from JB. Very sporting and happening.OK, back to the zumba training. Basic 2 was quite different than Basic 1. More time was spent dancing (i.e kena drill dengan David). My legs hurt real bad this time. When I did Basic 1 training, I could still go to Body Jam and Sh'bam classes the next day, but this time I had to rest for 2 days before I could dance again. I even lost 1.5kg that day (but managed to regain 1kg after 3 days. Hehe.)Basic 2 rhythms are more interesting (flamenco, tango, samba etc) but I don't see many instructors doing them in class. I think it's mainly because the steps are not easy to master and teach. Take tango for instance - it needs some attitude. The steps are quite simple, but you need the soul and attitude to present it to audience, otherwise you'll just look like some retired army marching in the backyard.
Best time - makan time!
So, I had a good meal, made many news friends and learned a lot of new things during the training. Now I'm contemplating - should I attend the Pro Skills training next month? Hmmm..... sounds interesting.

Published on March 23, 2015 23:50
December 21, 2014
My 2014

If anybody ask how was my 2014, I'll show them this picture which somehow represents the whole year, I think. Yup, I've been partying throughout the year. Well, actually I went to the gym to work out, but I found parties - almost everyday. That's what happened when you decided to join all the dance classes. Everyone is always in the mood to party. I'm so glad I decided to dance. No long faces, no arguments - everybody danced and smiled and I was temporarily transferred to a happy land.
But 2014 was not party all the time. It was bittersweet. On 9th Dec I was hospitalized for 4 days because of dengue fever. It was an experience no one would ever want to relive. The fever was mild while the headache was not that bad. But the post-dengue fatigue was not easy to handle. I felt like sleeping the whole day and didn't have much energy to even cook a decent meal.
A few months ago I lost an aunt who was very dear to us and she was the only one who called me 'Ayang'. Manjalah sangat bunyinya. She hadn't been well for a few years and I managed to visit her a few times. So, next year's raya will not be the same because her house had always been one of the compulsory houses to visit.
I think I'm getting terrible at writing blog and might as well put things in point form:
Sweet things:
- went to attend Zumba basic training that was never in my plan. One day I just decided that I wanted to learn more and registered for the course online. I'm spontaneous like that.
- conducted Zumba class for my school friends. One of the sweetest memories in 2014.
- lost about 13kg (without dieting) - just partying. Went down 2 dress sizes and now I can wear cheaper clothes. Hehe.
- made so many new friends at the gym and Zumba events. I realized that it's easier to make friends while shaking your booties together than shaking hands.
- wrote a few short stories. I think I just found my style. At least the way to write in my most comfortable style.
Not so sweet things:
- my car caused a lot of trouble. It's getting too old, I know.
- haven't done anything at the new house. Too busy partying, kot. Hehe.
- didn't finish any new manuscript. Again, too busy partying. I have a few work in progress but a few things seem to be missing.
- couldn't finish many of the audio books I purchased. I think I prefer physical books. Even some of the short e-books took me ages to finish.
Oh, I'm too lazy to think. In a nutshell 2014 was okaylah. Not too much of emotional roller coaster ride. Mostly were happy times. Or perhaps, now that I've turned 40, I don't want to drown myself in sad, depressing moments. Just let it go... let it go.....

Published on December 21, 2014 09:25
December 2, 2014
NaNoWriMo 2014

It had been a pretty busy November. Sometimes everything seems to come all at once and some months you're left with nothing to do but stare at blank pages of your notebook. *Sigh* Such is life. So, besides attending Zumba Basic 1 training, I was also busy writing my 50K words manuscript during NaNoWriMo 2014. It was my 3rd time participating. Unlike the 2 previous years, this time I did a Malay manuscript. It is actually the continuation of my novel, Samar. Many of my friends were afraid to attempt a Malay novel for NaNoWriMo, I have no idea why. So, I wrote my manuscript and got it verified on the last day of November. Regardless of what language you use, I guess the verification engine would just count the words and never bother to check what you wrote. Well, we can even upload obfuscated text for verification purpose. I hope in 2015 more Malay novelists will participate and get an almost complete novel written in a month's time.

Now I'm supposed to do revision of the manuscript and write the ending of the story, which usually would take about 10K words. I'm not sure when I'm sending it to the publisher (sebenarnya proposal pun belum submit lagi.... hehehe). Sometimes you need to do things on certain days of the month, kan? Bukannya nak cari auspicious date ke apa, it's just that I need to make sure I feel right about something before deciding on submitting them. Ok now I need to decide on the title in Malay. ;)
Published on December 02, 2014 21:30
November 18, 2014
Soccer mom yang berkobar-kobar pergi Zumba training
Assalamualaikum korang! How do you do? Apa kabor? Dah berbulan kan aku tak update blog ni. Memang dah dasar pemalas, nak buat macam mana. Lagipun, ada 8 Whatsapp group yang active nak mampus yang aku kena go through hari-hari. Kalau tak, kang aku ketinggalan gossip penting pulak. Maka pada 8 dan 9 November aritu aku telah menghadirkan diri ke Zumba Basic 1 training kat Zwings Fitness di Bandar Puteri, Puchong. Okay, training ni ialah the very first fitness training yang aku attend, maka aku telah jakun gila. Selama ni aku dok attend technical and leadership training aje, kan? Kalau aku tahu fitness training lagi fun, dah lama aku attend. So, kisahnya aku memang attend training ni for fun aje pun. Kau ingat aku larat ke nak jadi Zumba instructor? Nak follow instructor dalam kelas pun semput, inikan pulak aku yang nak mengajar orang. So, pada asalnya memang aku tak berniatlah nak serius jadi tenaga pengajar. Kalau mengajar pun setakat suka-suka untuk family and friends, gitu.
Bila dah register tu, akupun berkenal-kenalanlah dengan peserta dari serata pelusuk negeri ni ha. Memang happening, I tell you. Semua sporting, fun dan asyik gelak tak ingat dunia. Kebanyakannya aku rasa muda-muda. Tapi yang dah berusia pun ramai juga. Paling respect, diorang ni semua very energetic. Akupun tumpang jugalah energy diorang dan melompat macam tak ingat hari esok dah.
Ini dua orang awek yang sangat meriah yang aku sempat kenal masa training. Yang tengah-tengah tu dah biasa ajar Zumba kat Kerteh. Dia datang untuk dapatkan lesen. Yang kiri sekali tu sama macam akulah, pergi training sebab nak have fun.
Inipun geng yang sangat friendly dan meriah. That guy yang hitam manis tu aku selalu dance sebelah dia kat gym. Tak sangka pulak dia join sekali training ni. Kalau kat gym tu segala dance class dia masuk. Pendek kata, memang berbakatlah. Jauh berbeza dengan aku ni ha. Hehehehe.
Ini trainer kitorang. Orang Columbia yang dah lama jugak duduk di Malaysia. David namanya. Kitorang suka betulkan English dia. Hehe. Grammar Nazi ada di mana-mana, kan? Aku kena drill teruk gak dengan dia ni. Mungkin dia dah target kot, makcik-makcik yang muka macam tak serious ni (contohnya, aku) kena ajar betul-betul supaya kami cepat sedar langit tu tinggi ke rendah. Anyway, dia mengajar memang awesome-lah. Kalau lecturer aku kat uni dulu mengajar bersemangat macam David ni, kan bagus. Barulah nampak passionate. Itulah, kekadang aku terfikir jugak lecturers kat uni tu passionate ke tidak dalam bidang yang diorang ngajar tu? Ataupun apa yang diorang buat tu paksa rela semuanya? Okay, dah melalut dah pulak. Back to Zumba Basic 1 training......
Maka, setelah tamat 2 hari kena drill dengan David, akupun dapat dah lesen untuk mengajar Zumba. Kengkawan pun dah pakat panggil aku ZIN Noor Aziza. Chewah! Kalau korang tak tau, ZIN tu maksudnya Zumba Instructor le. Kalau David tu pulak, gelaran dia ZES - Zumba Education Specialist. Ha.... ambik kau! Dulu yang aku tahu IT Solution Specialist je. Sekarang ni kena biasakan diri dengan Fitness Specialist pulak.
Tapi kan, kalau korang nak tau, getting involved dengan dunia fitness ni memang seronok. Sebab apa, tau? Sebab orang yang kita jumpa kat gym atau kat dalam group exercise classes tu, semuanya datang dengan rela hati dan penuh bersemangat. Jadi, diorang semua very happening dan ceria sokmo. Secara tak langsung, kita pun gembira tengok diorang. Maka tekanan perasaan dalam hidup kita pun bolehlah berkurangan sikit. Alhamdulillah.
Dengan itu, kalau korang rasa-rasa nak try Zumba dan ada studio berdekatan yang boleh disewa, bolehlah korang roger-roger aku, ya? Aku sudi menjadi instructor (walaupun aku tak boleh lompat tinggi-tinggi). Lagipun aku punya charges adalah berpatutan.
Official website aku kat Zumba ialah noorazizasulaiman8.zumba.com. Segala announcement berkaitan aktiviti kelas zumba akan ku update di sana, ya?
Have a nice day, uols!

Bila dah register tu, akupun berkenal-kenalanlah dengan peserta dari serata pelusuk negeri ni ha. Memang happening, I tell you. Semua sporting, fun dan asyik gelak tak ingat dunia. Kebanyakannya aku rasa muda-muda. Tapi yang dah berusia pun ramai juga. Paling respect, diorang ni semua very energetic. Akupun tumpang jugalah energy diorang dan melompat macam tak ingat hari esok dah.

Ini dua orang awek yang sangat meriah yang aku sempat kenal masa training. Yang tengah-tengah tu dah biasa ajar Zumba kat Kerteh. Dia datang untuk dapatkan lesen. Yang kiri sekali tu sama macam akulah, pergi training sebab nak have fun.

Inipun geng yang sangat friendly dan meriah. That guy yang hitam manis tu aku selalu dance sebelah dia kat gym. Tak sangka pulak dia join sekali training ni. Kalau kat gym tu segala dance class dia masuk. Pendek kata, memang berbakatlah. Jauh berbeza dengan aku ni ha. Hehehehe.

Maka, setelah tamat 2 hari kena drill dengan David, akupun dapat dah lesen untuk mengajar Zumba. Kengkawan pun dah pakat panggil aku ZIN Noor Aziza. Chewah! Kalau korang tak tau, ZIN tu maksudnya Zumba Instructor le. Kalau David tu pulak, gelaran dia ZES - Zumba Education Specialist. Ha.... ambik kau! Dulu yang aku tahu IT Solution Specialist je. Sekarang ni kena biasakan diri dengan Fitness Specialist pulak.
Tapi kan, kalau korang nak tau, getting involved dengan dunia fitness ni memang seronok. Sebab apa, tau? Sebab orang yang kita jumpa kat gym atau kat dalam group exercise classes tu, semuanya datang dengan rela hati dan penuh bersemangat. Jadi, diorang semua very happening dan ceria sokmo. Secara tak langsung, kita pun gembira tengok diorang. Maka tekanan perasaan dalam hidup kita pun bolehlah berkurangan sikit. Alhamdulillah.
Dengan itu, kalau korang rasa-rasa nak try Zumba dan ada studio berdekatan yang boleh disewa, bolehlah korang roger-roger aku, ya? Aku sudi menjadi instructor (walaupun aku tak boleh lompat tinggi-tinggi). Lagipun aku punya charges adalah berpatutan.
Official website aku kat Zumba ialah noorazizasulaiman8.zumba.com. Segala announcement berkaitan aktiviti kelas zumba akan ku update di sana, ya?
Have a nice day, uols!
Published on November 18, 2014 02:23