A. Samad Said's Blog, page 9
October 1, 2018
Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!
May 31, 2010
WARIS RIMBA TERCINTA
(1)
Berlari di lereng bukit ghairah mengejar rerama
kita terasa amat bersemangat dan sihat bertenaga;
unggas yang tiba-tiba melintas atas kepala
kita tahu sengaja menghantar isyarat rahsia.
Inilah tanah air pusaka paling, paling dicinta.
Pohon-pohon di sini semarak, segar dan sasa—
khazanah alam yang menyimpan duka ria bangsa.
Dan berlari di sisi pohon-pohon mengejar rerama
jelas kita terlihat ajaibnya belantara baka.
Tanah air kita ini paling, paling dicinta.
Inilah belantara sumber hujan dan u...
May 10, 2010
Kisah Iktibar
Pernah diperi cerita
lumba arnab dan kekura.
Lajunya arnab yang kencang,
lambatnya kekura perlahan.
Berlumba di satu pesta
arnab mengejek kekura
bergegas setengah jalan,
tidur sengaja ejekan.
Kekura sedar lambatnya
azamnya saja senjata;
sang arnab terus bermegah
tertidurlah amat lena.
Nyata, yang cekal berjaya;
yang sombong jelas kecewa.
Pengajaran bagi insan:
Sombong punca kejatuhan.
Tapi, katakanlah arnab
berlari penuh bertekad.
betapa nasib kekura?
Janganlah itu dilupa!
Ogos 2004 ...
April 24, 2010
Suara Tulus
Suara ini lembut menghiburkan
dunia resah rindu diceria;
bisik udara tidak terhuraikan
penuh harapan di sisi doa.
Suara ini tulus mengindahkan
rimba damai segaran bunga;
harum rasa paling mengharukan
memupuk buana berhikmah hemah.
Tulus hati landasan maruah,
khidmat murni bakti mengerti;
tak mungkin terisi hajat semua
begitu kemasnya susun alami.
Suara ini yang bakal dibaja,
menjernih fikir meluhur hati;
akan terimbas ufuk syahdunya
rimba bernyanyi senyuman diri.
Rindu Ibu
2004

April 20, 2010
PELAMIN KUASA
(1)
Jangan dibiar niagawan berfikir untuk murba
atau digalak bangsawan memetakan hidup kita.
Hemah sejarah telah mencatat hikayat perang
banyak merakami watak begini yang sering menang.
Menara kuasa yang diregangi niagawan lapar
selalu serasi berkongsi dengan bangsawan gusar.
Mereka sekedar pelolong janji sedap diucap—
resah bangsa kayak untuknya saja menikmat kecap.
Mereka berkucup kuasa lepas pilihanraya,
mencanang wawasan terjempol pemimpin rasukannya.
Awal kuasa diumum kempisnya saku...
April 12, 2010
Banyak Kuih, Banyak Puspa, Banyak Kata
JUMAAT lalu—9, April—ramai teman seniwan meraikan 75 tahun usia saya. Banyak kuih, banyak puspa, banyak kata. Tapi, sebenarnya pada malam itu, bermulanya pameran solo lukisan saya—"Kata Luhur"—di Balai Seni Lukis Negara. Di situlah segala kemeriahan tertumpah.
Sepatutnya, saya gembira. Tapi, qalbu saya terdera kerana sepanjang hidup dewasa saya asyik saja menyaksikan negara resah. Itulah juga sebenarnya antara deduri kehidupan yang tercurah ke dalam 100 buah lukisan saya.
Kenapa, ya, qalbu...
April 8, 2010
Kata Luhur
April 6, 2010
Melalui Bahasa Kicau Yang Tangkas
BEBERAPA adegan terbaru dunia siasah tampaknya semakin surreal atau separuh hikayat. Mula jelas dan kerap terenjis—barangkali tersimbah—wang ihsan daripada dana dulang emas dalam keghairahan dan keborosan baru pilihanraya. Pembangkang, seperti biasa, terpaksa berjimat belanja mencermati dana pinggan tembaganya.
Memang kempen siasah sudah pun bermula pada ketika yang sebenarnya belum pun wajar bermula. Tapi, siapa peduli "peraturan"? Memang kini semakin muncul kuasa yang tidak lelaki lagi.
Kuasa...
March 29, 2010
Bukan kata "Orang Tua Dari Sejarah"
MINGGU lalu puisi membawa saya kembara ke Selatan pula. Cuaca indah, sambutan mesra. Saya baca tiga buah puisi di pentas siswa di Universiti Teknologi Malaysia. Janjinya saya hanya mendeklamasikan "Hidup Bersama" yang saya tulis sedekad lalu. Tapi, saya digalakkan—maka saya baca dua buah puisi tambahan: "Tikaman Dalam Seloka" dan "Orang Tua Dari Sejarah".
Dengan bekalan royalti baca puisi yang sangat selesa, saya menyeberang ke Singapura. Sempat sarapan di Arab Street; sempat ke Masjid...
March 22, 2010
Sangat Selesa Saling Berdusta
DUA minggu lalu saya kembara ke Kedah. Saya ke Memali sebenarnya. Saya menyukat degup jantung negara. Rancangan awalnya saya hanya ingin ke sebuah madrasah di Padang Lumat—berceramah syahdu sambil menderma buku. Tapi, terlanjur dekat, saya terindu ke Memali.
Selama ini saya hanya mendengar sejarah pilunya. Sekelompok pendakwah di situ diwarnakan sebagai penyebar ajaran sesat yang jati.
Dakwaan pedih itulah yang mendorong saya untuk mencari setitis kebenaran seputarnya. Kisah peristiwa...
A. Samad Said's Blog
- A. Samad Said's profile
- 419 followers
