A. Samad Said's Blog, page 10

March 16, 2010

Perampok Tanah Air

Kini kita wajar menilai pemimpin sekeluarga—

mereka yang petanya tidak terjangkit wabak pelupa.

Kita perlu mendengar degupan batinnya yang insani;

bakal tumbuhkah benih yang terharum di ladang sendiri?

Kita harus meneliti pemimpin yang membuak mewah;

apalagi yang terbukti menimbun dana keluarga.

Mengapa bisiknya menggema menyaring jeritan

sementara jeritnya melemah pula jadi bisikan?

Kita wajar sangsi mereka yang bau ringgitnya hangit,
sepantas mana mereka menjadi kuasawan boncit.
Dan benarkah m...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 16, 2010 21:29

March 9, 2010

Yang Penting Mutu, Bukan Kutu

DALAM dua tahun ini kita bakal menghadapi cabaran yang genting dan getir. Apakah benar bahasa Melayu bakal sejujurnya dimartabatkan? Yang jelas, pada 1987, Akta Bahasa dimaruahi; pada 2003 Akta itu diludahi. Dan kini bahasa Melayu sedang gusar dalam buana mimpi.

Sebenarnya, sehingga kini kita masih hidup dalam dunia janji. PPSMI belum dimansuhkan. Ia ditangguhkan. Kita baru dijanjikan bahawa dasar itu akan hanya terhenti pada 2011 atau 2012. Maka itu, wajarlah kita hubaya terhadap peruncit...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2010 19:32

March 3, 2010

Jangan Ulangi Kerja Lanunan

PADA 7 Mac ini, saya akan mengenangi semula sesedarnya bagaimana di tengah arus 100,000 para demonstran, saya telah disambut dengan permaidani najis oleh pemerintah saya. Waktu itu saya hanya ingin menjunjung betapa murninya Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Malang, saya dicemuhi. Jika diluhuri, mengapakah pendukung hajat murni itu mesti dihadiahkan air dan gas yang pedih dan pedas?

Pada 7 Mac ini genaplah setahun peristiwa PPSMI yang amat memalukan itu.
Dan, sayangnya, kita sebenarnya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2010 20:12

February 24, 2010

Menjadi Kekura Di Atas Pentas

MENURUT Dinsman, jika segala yang diaturnya berkembang sihat, insya-Allah, saya akan mulai berdiri di atas pentas teater sebagai Ka'ab bin Malik selama empat malam secara bergilir dengan Sabri Yunus.

Tarikh gementarnya bermula pada 24 April hingga 1 Mei mendatang.

(Tarikhnya tidak gementar; saya yang gementar!)

Saya berterima kasih kepada Sabri Yunus kerana bermurah hati merelakan pentasnya dikongsi. Saya terasa sebagai pengacau saja.

Kerana bimbang gementar, maka saya telahpun memulai latihan s...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 24, 2010 23:23

February 17, 2010

Mendengar Ombak Di Pantai Qalbu

SAYA memanglah seorang pembaca buku yang lambat. Kurang tepat—saya adalah pengunyah buku yang lumat—atau mungkin, lebih tepat: saya adalah peleka buku sepenuh nikmat.

Benar, saya bukanlah pembaca yang pelari. Bukan kerana saya tidak ingin cepat tiba ke akhir buku, tapi lebih kerana saya ingin lama bersapa—dan mendakap—setiap kata yang berlinang nikmat.

Kata-kata adalah kerdip fikir dan bisik tafsir; kata-kata juga adalah titian seni ke ilmu murni. Makanya, mengapa harus gopoh berlari...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2010 20:51

February 12, 2010

Terasa Sangat Suramnya Senja

Tidak selalu orang ghairah bercakap tentang dunia yang runcing. Dan saya pun, cuba menjauhi dunia sedemikian. Begitulah yang berlaku semalam—hari Jumaat—ketika saya sedang bersyahdu di masjid—datang seorang bertanya:

"Bapak memang kenalan baik Rosiah Chik?"

Saya tidak tersangkak mengakuinya sambil cepat mengenangi cebisan beberapa peristiwa bersama biduanita Ghazal itu.

Pada 2006, Rosiah Chik menjadi arwah.
"Itulah yang ingin saya tahu," jelas sahabat tadi sambil bertanya di mana dapat dibacanya ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2010 19:35

February 6, 2010

Puisi Indah Ke Novel Sejarah

KETIKA saya kali pertama membaca "Dr. Zhivago" karya Boris Pasternak, novel tersebut sebenarnya telah terpendam lebih dua dekad dalam bahasanya sendiri. Keadaan itu membuktikan betapa "menyentuhnya"nya novel tersebut kepada kuasawan Russia. Boris Pasernak yang amat masyhur kerana puisi-puisinya kini turun ke dunia naratif yang lebih "benderang". Sejak awal—dengan latar kehidupannya yang senyap memberontak itu—karyanya dianggap "berbahaya". Hanya pada 1957 novel tersebut lahir dalam...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 06, 2010 23:35

January 30, 2010

WIRA BUKIT BELUM GUNUNG!

PADA April 9 ini genaplah saya 75 tahun. Akan ada sedikit perayaan kecil dalam keluarga, dan mungkin ada pula perayaan "sederhana" oleh pihak terpilih. Tapi, yang penting bukanlah perayaan itu; yang penting isi kehidupan saya selama 75 tahun.

Saya sedang merenunginya secara peribadi. Dan yang lebih ingin saya lakukan ialah menilai semula sumbangan seni saya. Khususnya, meneliti geraf kemajuan Wira Bukit, sebuah syarikat penerbitan yang sangat sederhana.

Sejak 2003, Wira Bukit lahir secara...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2010 03:00

January 24, 2010

Cara Hafal Warga Tua

Hari ini sudah melebihi tiga minggu saya cuba "menghafal" monolog Ka'ab bin Malik. Apabila ditatap teksnya memang terucap lancar monolog tersebut. Tapi, sebaik saja ditutup halaman teks tersebut, mulalah saya tersangkak-sangkak. Usia tua tampaknya memang lambat "menolong".

Tapi, saya terus cekal. Teater "Menungu Kata Dari Tuhan" tetap akrab di hati. Dan saya cuba "menghafal"nya dengan pelbagai cara.

Pertama, saya susun adegan teater itu menurut hirarki kemunculannya. (Ada 12 adegan kesemuanya, ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2010 23:09

January 16, 2010

DUA BUKU SATU TUJU?

Hampir sepanjang minggu ini saya seronok mengunyah serentak dua buah buku secara bergilir: sebuah fiksi ("The Last Station") dan sebuah lagi non-fiksi ("Freefall"). Saya terpikat khusus tidak saja kerana tema buku-buku itu, malah kerana kemasyhuran penulisnya. "The Last Station" ditulis oleh Jay Parini yang sangat terkenal dengan biografi John Steinbeck dan Robert Frost, sementara siapa pula tidak mengenal Joseph E. Stiglitz? ( Ingat: "Globalization And Its Discontent".)

Novel Jay Parini...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2010 20:45

A. Samad Said's Blog

A. Samad Said
A. Samad Said isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow A. Samad Said's blog with rss.