Tajul Zulkarnain's Blog
May 9, 2017
Cara Membeli Novel Dari Tanah Ke Tanah
Dari Tanah Ke Tanah
Tajuk: Dari Tanah Ke Tanah
Harga: RM23 sm / RM30 ss (termasuk pos)
Cara bayaran:
Bank in dalam akaun Maybank
Twirlight Zone Publishing
No. akaun: 551061316560
Inbox detail bayaran ke:
fb Tajul Zulkarnain
https://www.facebook.com/tajulzulkarnain
Penghantaran setiap hari Rabu. Terima kasih.

Published on May 09, 2017 07:07
May 8, 2017
#12
“ALI!” Abdul Muttalib keluar ke laman untuk menyambut Ali yang terpinga-pinga.
“Ayah buat apa kat sini? Ni rumah siapa?”
“Masuk dulu. Masuk dulu.” Abdul Muttalib memeluk Ali dengan penuh kasih sayang.
Pandangan Ali ditembak merata. Kawasan rumah agam itu tidak berpagar, dibiarkan terbuka berkongsi tanah dengan flora dan fauna. Yakin benar tuan rumah dengan tahap keselamatan di situ, padahal merata-rata Ali tengok dipenuhi belukar.
Matanya terpana pada beberapa biji kereta mewah yang diparkirkan di bawah bumbung anjung rumah agam itu. Siapa lagi yang emak dan ayah jemput? Apa hal yang penting sangat mereka memanggilnya ke situ?
“Rumah siapa ni?” soal Ali lagi. Pelukannya dilepaskan. Dia tidak suka dibiarkan terkapai-kapai dalam arus saspens. Dia mahukan jawapan.
“Ali...” Fatimah tersenyum di pintu.
Hilang tanda soal dalam hati Ali bila ternampak Fatimah. Dia meluru ke pintu rumah agam itu.
“Mak.” Ali tunduk mencium tangan Fatimah.
“Masuk, Ali... masuk...”
Mengekori Fatimah ke ruang tamu, Ali tercari-cari tetamu lain. Kereta yang tidak dikenalinya banyak terparkir di luar tetapi rumah itu sunyi dan sepi. Mana pergi semua orang?
“Duduk, Li. Duduk,” pelawa Abdul Muttalib.
Sebagai anak yang taat, dia duduk. Sedaya upaya dia memaniskan roman muka walaupun dalam hatinya ketika itu bersabut soalan.
“Ali, ayah dengan mak nak mintak maaf.” Abdul Muttalib memulakan bicara. Kata-kata selanjutnya disusun dengan sebaik-baiknya. Fatimah yang duduk di sisinya, mengangguk mengiakan cakap suaminya.
Ali terdiam tetapi rajuk sedang menjajah akal fikirannya. Sedalam yang boleh dia merunggas oksigen untuk menenangkan diri supaya dia tidak menjadi anak derhaka.
“Mak, ayah.” Ali terdiam lagi. Suaranya menggeletar. “Mula-mula Ali nak kata, mak dengan ayah tak payahlah mintak maaf. Mak dengan ayah tak buat salah pun.”
Fatimah tersenyum lebar. Ali sememangnya anak yang baik. Sentiasa pandai menjaga hati.
“Cuma Ali tak faham kenapa mak dengan ayah nak pindah ke sini. Siapa nak jaga mak dengan ayah nanti? Ada orang lain ke duduk kat sini?”
Rumah itu terlalu besar dan lokasinya dikelilingi ancaman. Bahaya kalau emak dan ayah tinggal berdua sahaja di situ. Atau tuan rumahnya tinggal sekalikah? Mana dianya, Ali hendak berjumpa. Dia hendak tahu, apakah tuan rumah membuka rumahnya itu untuk pesara? Yalah, bilik banyak kemungkinan ditinggalkan oleh anak-anak yang sudah dewasa dan berkeluarga, maka tuan rumah menyewakan bilik-bilik kosong itu kepada pesara dan pasangan masing-masing. Ramai-ramai hidup sebumbung, tidaklah sunyi sangat.
Bagus juga idea itu, fikir Ali tetapi Ali tetap mahu emak dan ayah hidup bersamanya.
“Ali...”
“Takdelah, mak. Mak dengan ayah dah bosan ke duduk kat tengah KL tu? Rumah Ali kan kat luar KL. Poskod je tulis KL tapi rumah kat luar KL.” Suara rajuk Ali jelas kedengaran. “Duk je lah kat rumah Ali. Ali janji lepas ni Ali luang lebih banyak masa untuk mak dengan ayah.”
Fatimah merenung suaminya yang duduk bersandar di bangku. Wajah suaminya tenang, setenang wajahnya. Namun, Fatimah tahu isi hati suaminya pun sama seperti isi hatinya. Sudah lama dia hidup bersama lelaki itu. Sekilas ikan di air, dia tahu jantan betinanya.
Kedua suami isteri itu masing-masing tidak tahu bagaimana hendak mencerna permintaan Ali. Keputusan yang mereka buat telah dicapai dengan sebulat suara, manakala Ali pula tidak ada hak membantah. Ali kena faham, ini hidup mereka.
“Kami tak boleh buat keputusan tu sekarang, Ali.” Akhirnya Abdul Muttalib bersuara dengan lembut. Sebuah senyuman dihadiahkannya kepada Ali.
Fatimah melepaskan nafasnya dengan agak kuat, tidak bersetuju dengan jawapan suaminya. Dia mahu menamatkan dilema yang dihadapi dengan segera.
“Takpe. Tak payah bagi jawapan sekarang pun takpe. Banyak masa lagi. Yang penting, kena fikir masak-masak. Keputusan yang nak dibuat tu kenalah keputusan yang menguntungkan diri sendiri. Jangan fikir apa jadi kat orang lain bila kita buat keputusan kita tu. Tak boleh.” Ali menggeleng.
Hatinya tertanya-tanya siapa kawan emak dan ayah yang telah meracuni fikiran kedua-duanya? Memandai sahaja memindahkan emak dan ayah dari rumahnya.
“Orang lain tak fikir pun pasal kita. Diorang fikir pasal diorang je. Kita kena buat macam diorang jugak. Kena fikirkan pasal diri kita sendiri dulu. Sakit ke apa ke, kita yang tanggung, bukan orang lain,” sambung Ali lagi.
Ketiga-tiganya berjeda. Sekali lagi Fatimah merenung suaminya. Matanya menggesa suaminya berkata sesuatu yang lebih bernas. Mereka sudah tua. Dia sendiri sudah 64 tahun usianya. Badannya sudah tidak larat. Sudah terlalu penat. Tidak lama lagi dia akan dipanggil pulang ke pangkuan Yang Maha Esa. Dia mahu pulang dalam keadaan husnul khatimah dan tanpa masalah yang bakal membebankan orang yang akan ditinggalkannya.
“Bukan senang kami nak lepaskan tanggungjawab kami tu, Ali,” ujar Abdul Muttalib lagi. Fatimah berdeham kecil.
“Tanggungjawab apa?” tanya Ali. Dia sudah besar panjang. Dia bukan lagi tanggungjawab emak dan ayah. Sebaliknya, merekalah yang menjadi tanggungjawabnya.
Tatkala mata mencari bukti ada orang lain di dalam rumah itu, mata Ali terpandangkan sesuatu. Dipejamkan matanya dengan agak lama. Bila terbuka semula matanya, perlahan-lahan Ali mula memahami situasi di situ. Dia mula faham maksud tanggungjawab yang ayah sebut tadi. Malah, dia mempersoalkan tindakannya datang ke situ.
Terasa malu, Ali terus menundukkan mukanya yang berbahang.
“Erm... takpe. Saya faham,” ujar Ali, malu tidak terkata.
“Ali, kalau satu hari nanti Allah takdirkan kami duduk dengan kamu pulak, ayah janji kami akan duduk dengan kamu.” Abdul Muttalib memujuk. Fatimah menelan liur.
“Eh, takpelah. Jangan difikirkan sangat. Erm... saya nak mintak tolong. Jangan cakap kat sesiapa pasal apa yang saya cakap kat mak dengan ayah tadi. Cukup kita bertiga je yang tahu.”
“Betullah cakap kamu tu, Ali.”
“ABANG tak risau ke?” Fatimah memerhati Ali dari balik langsir. Ketika itu Ali sedang melangkah menuju ke keretanya.
“Risau pasal apa?”
“Ali.”
“Hurm...” Abdul Muttalib menyedut oksigen dalam-dalam. Siapa kata dia tidak risau? Dia memang risau. “Cakap Ali tu sebenarnya ada jugak betulnya.”
“Eh, abang ni!” Bergelembur kening Fatimah. Dia tidak bersetuju dengan pendapat suaminya. “Jangan galakkan, bang. Lain jadinya nanti!”
“Abang setuju je... tak bermakna abang nak terima.”
Berjeda tika Fatimah mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.
“Kasihan pulak saya tengokkan dia tadi.”
“Hurm...” Abdul Muttalib sekadar mengangguk. Hatinya turut belas.
Berjeda lagi. Menerawang fikiran Fatimah memikirkan kata-kata Ali tadi.
“Betul jugak cakap Ali tu tadi.”
“Hurm...” Kepala Abdul Muttalib terangguk lagi.
ALI berasa malu dengan perbuatannya sendiri. Mengapalah dia tergamak mendesak emak dan ayah tadi? Mereka punya hak untuk membuat keputusan itu. Dia siapa hendak menghalang dan membantah kehendak mereka?
Mata Ali mula berkaca dan air jernih menitis di pipi, sedih memikirkan emak dan ayah yang menjauhkan diri. Dia ada buat salahkah?
Dikejapkan kelopak matanya, memaksa saki-baki air mata yang bertakung menitis habis. Bila mata dibuka semula, meluap-luap keinginan untuk menghamburkan kemarahan pada seseorang dalam hatinya, lalu dia mengambil telefon pintarnya. Earphone disumbatkan ke lubang telinga. Nombor pertama yang keluar pada log dalam telefon pintarnya itu ditekan. Nasiblah nombor siapa.
“Li, apasal kau tutup telefon?”
Suara Apek melenting menyakiti gegendang telinga Ali. Argh! Ali mengetap gigi. Earphone direnggut kasar dari telinganya, menambahkan denyutan yang menyucuk. Butang speaker ditekan.
“Li!”
“Ya. Ada ni. Kau kat mana?”
“Ofislah. Kat mana lagi?! Kau cuti kenapa?”
Tengah hari tadi Apek pergi mencari Ali tetapi setiausaha Ali memberitahunya tentang kematian salah seorang ahli keluarga Ali, yang menyebabkan Ali terpaksa mengambil cuti kecemasan.
Tertanya-tanya hati Apek, keluarga Ali yang mana satu?
“Ada hal sikit. Apa cerita Noran?” tanya Ali.
“Masih kat balai.”
“Apa kes sebenarnya?”
Apek ketawa sebelum menjawab. “Kau kenal perempuan nama Nur Ruhanah?”
Menggelembung pipi kiri Ali ditongkat bucu bibirnya. Apa pula tidak kenal? Perempuan itulah pegawai atasan yang sentiasa mencari fasal dengannya.
“Tu kan kawan baik kau.” Ali ketawa. “Ada apa dengan dia?”
“Noran pecahkan cermin kereta dialah malam tadi.” Tawa Apek meleret-leret.
Puas hatinya bila mendapat tahu khianat yang berlaku. Baru padan muka pegawai atasan yang suka sangat mencari kesalahan orang lain itu. Di cawangan lama bolehlah kau cari fasal dengan orang bawahan. Di sini, pandai buat, pandailah kau hadap!
“Hah?! Biar betul. Bila masa dia buat kerja tu?”
“Malam tadi. Lepas...” Apek terhenti sekejap, “meeting malam tadi.”
Ternyata, selepas keluar dari Hotel Pullman, Noran pergi ke rumah Nur Ruhanah rupanya dan memecahkan cermin kereta pegawai atasan itu. Marah sangat agaknya.
“Dia kena tangkap sebab polis jumpa kad nama dia kat atas tanah.”
“Lah, yang dia bawak kad nama dia sekali tu buat apa?” Ali menggeleng.
“Terjatuhlah tu. Kan semua bawak kad nama baru malam tadi. Dia terlupa nak simpan kat kereta agaknya.” Berdekah-dekah Apek ketawa.
“Bukan ke ada tulis...” Halkum Ali bergerak-gerak semasa dia menelan liur. Kalau tidak silap, di atas kad nama Noran ada bertulis #DariTanahKeTanah. Kad nama Apek, Darshah dan Alim pun ada.
“Yup!”
Tiada siapa yang berkata-kata lagi. Ali sedar penangkapan Noran akan menyebabkan namanya dilibatkan dengan komplot Tok Zel sedangkan dia masih belum memberikan persetujuan untuk menyertai geng Tok Zel. Ali sedar masanya adalah sekarang jika dia hendak menarik diri dengan sepenuhnya.
“Aku ada kerja sikit, Li.” Apek memecahkan jeda. Dia dipanggil oleh ketuanya.
“Erm... nanti kejap. Ada benda aku nak cakap kat kau!” tahan Ali.
“Malam nantilah. Aku rush ni.”
“Oh, okey. Nak jumpa kat mana?”
“Kau datang rumah aku. Alamat aku ada kan?” soal Apek.
“Ada.” Halkum Ali bergerak-gerak menelan liur.
https://www.facebook.com/tajulzulkarnainTajul Zulkarnain

Published on May 08, 2017 07:09
#11
KRIIINGGG...
Terpanggung kepala Ali dari bantal yang mengalas pipinya. Pandangan yang masih kabur diserakkan ke serata ruang. Dijatuhkan semula kepalanya ke atas bantal bila menyedari dia berada di dalam bilik tidurnya sendiri. Matanya dipejamkan semula.
Agak lama meniarap, Ali menelentang. Terkebil-kebil kini merenung siling memikirkan tentang mimpi yang dialaminya malam tadi. Sejak kebelakangan ini mimpi yang bertandang pelik-pelik belaka.
Tidur sepatutnya menyegarkan tubuh badannya tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Dia jadi semakin penat dan semakin lemah bila bangun pagi kerana otaknya terus bekerja ketika dia sedang lena. Ali sedar dia tidak boleh berterusan hidup begitu. Tahap stresnya terlalu tinggi. Cepat mati dia nanti.
Sedetik berlalu, kepala ditolehkan ke arah jam loceng. Pukul 4.00 pagi. Ali mengeluh dan terus bangun lalu duduk berjuntai kaki di birai katil. Badan yang penat dipulaskan ke kiri dan kanan supaya menggerutup untuk melegakan kelenguhan. Semasa hendak bangun, dia teringatkan sesuatu. Perbualan dengan Apek dinilai kembali. Realiti atau mimpi?
Lama dia berteka-teki.
Akhirnya dia sedar, perbualannya dengan Apek adalah nyata. Langkawi dan Hotel Pullman juga nyata. Selain itu, semuanya mimpi belaka. Semuanya!
Tubuhnya dilandaikan kembali di atas katil. Dia meniarap. Bantal kepala dipeluk erat. Matanya terkebil-kebil. Air hangat dibiarkan mengalir dari matanya dan menitis di atas bantal kepala itu.
Esakannya menyayatkan hati.
TERPAKSA memandu keretanya ke pejabat pagi itu gara-gara duit RM10 ribu itu. Dia bukannya cermat sangat, takut duit itu tercicir atau dirompak jika dia menaiki LRT.
Mana dia hendak korek RM10 ribu untuk menggantikan duit yang hilang?
Dalam perjalanan, Ali menghubungi Apek. Dia tidak mahu bercakap tentang kerja sampingan yang Apek tawarkan kepadanya dalam masa pejabat. Bila dia menyatakan hasratnya hendak memulangkan duit itu kepada Tok Zel, Apek ketawa berdekah-dekah. Ali menyabarkan hati dan membiarkan sahaja Apek mengetawakannya.
“Aku dah agak, Li! Memang aku tunggu phone call kau ni. Bukan kau sorang je rasa macam tu. Aku mula-mula dulu lagi dahsyat, sampai ambik MC nak fikir buruk baik duit sedekah Tok Zel tu.” Apek ketawa lagi. “Kau cakap betul-betul, Li. Kau nak duit tu kan? Tapi kau rasa bersalah kan?”
Tawa Apek semakin menyakitkan hati.
“Takdelah...”
“Kau tak payah tipu akulah, Li. Kami semua dah rasa apa yang kau rasa sekarang. Kau nak takut apa? Duit tu Tok Zel bagi kat kau. Ikut mana rasuahnya?”
“Lepas tu!” Ali enggan mengalah.
Sedekah yang sangat lumayan itu hanya permulaannya sahaja. Umpan untuk menjeratnya. Siapa yang tidak terliur? Siapa yang tidak mahu? Jika duit sebanyak itu boleh dijadikan sedekah, berapa pula nilai rasuahnya? Dan apa pula yang perlu dilakukannya untuk Tok Zel?
“Kau kena ingat, Li kita bukannya mencuri. Kita buat kerja!”
“Kerja apa, Pek? Bagi tahu aku kerja apa dulu. Aku tak sedap hati ni, kau tau dak?”
“Alah, Li... kau ni rekod rosak ke apa? Balik-balik soalan ni yang kau ulang. Kau sabarlah. Tak boleh ke sabar sikit? Bila ada job masuk nanti aku bagi tahulah.”
“Halal ke tak kerja yang kau nak suruh aku buat ni, Pek?”
Apek mengeluh kuat. “Terpulang pada kaulah. Kalau kau waswas, memanglah tak halal. Apa pun macam tu. Tak boleh waswas.”
Ali pula mengeluh.
“Alah, Li... kau tak payah fikir-fikir lagi. Kau tunggu je.”
Ali masih berjeda.
“Li!”
“Hurm!” Nak tak nak Ali menjawab.
“Tunggu je. Jangan risau sangatlah.”
Ali berjeda lagi.
“Ali!” desak Apek.
“Okeylah, okeylah, okeylah!”
Panggilan itu ditamatkan. Ali menghela nafasnya dengan sedalam-dalamnya.
ALI IMRAN berubah fikiran. Duit itu duit halal!
Namun, tidak tenteram dia bekerja pagi itu kerana asyik teringatkan duit RM10 ribu yang disimpan di dalam glovebox keretanya. Dia risau orang akan memecahkan cermin keretanya dan mencuri duit itu.
‘Tak payah fikir sangatlah, Li. Siapa nak curi? Bukannya orang tahu pun kau simpan duit banyak tu kat dalam kereta!’ desis hatinya, cuba menenangkan diri.
Namun, tidak berjaya. Allah tahu, bisik hatinya.
“Encik Ali okey tak hari ni?” tegur Liza.
“Okey. Kenapa awak tanya?”
“Nampak macam tak okey je.”
“Takde apalah, Liza. Apa tu?” soalnya bila melihat fail yang baru diserahkannya kepada Liza tadi, dibawa semula kepadanya.
“Encik lupa sain.”
Liza membentangkan fail itu di hadapan Ali, tunjuk dokumen mana yang terlupa disain oleh bosnya itu. Dia merenung wajah Ali yang tidak bercahaya seperti kebiasaannya pagi itu. Dapat rasa Ali ada masalah kerana Ali tidak pernah terlupa menyain dokumen dan sangat teliti bila berkaitan dengan tugasnya.
Ali membaca semula dokumen itu sebelum menurunkan tanda tangan. Memang tabiatnya begitu sebab dia tahu, apa-apa hal nanti dia sendiri yang kena jawab. Cuma hari itu fikirannya diganggu oleh sesuatu yang tidak ketahuan puncanya.
Tanpa banyak kata, fail yang sudah lengkap itu diserahkan semula kepada Liza dan dia meneruskan kerja.
Liza mengherotkan bibir. Semakin yakin bosnya ada masalah. Hendak bertanya lebih-lebih – sebab dia mengambil berat bukan sebab dia hendak menyibuk - takut dimarahi jadi dia berpusing untuk meninggalkan pejabat Ali.
“Ah, Encik Ali!” Tidak jadi Liza keluar.
“Ada apa lagi, Liza?” Ali bertanya tanpa mengangkat muka.
Suaranya bersahaja walaupun sebenarnya dia sudah mula naik rimas. Berbahang. Terasa seperti hendak membuka pakaian yang tersarung pada tubuh badannya dan berendam di dalam kolam yang dingin airnya!
“Encik kenal tak Encik Noran?”
Tersentak Ali bila nama Noran disebut. Terasa kering darah dari mukanya. Dia mendongak merenung Liza sambil tertanya-tanya dalam hati, apa yang Liza tahu?
“Erm... kenal macam tu je,” jawab Ali sambil menelan liur. Cepat-cepat dia tunduk semula dan menumpukan perhatian pada kerja di atas meja sebelum Liza ternampak sesuatu yang boleh menyebabkan setiausahanya itu curiga. “Kenapa awak tanya?”
Dalam banyak-banyak nama, kenapa nama Noran pula Liza sebut? Itulah sebenarnya soalan yang menyusup dalam fikiran Ali.
“Dia kena tahan.”
“Hah?”
Terangkat semula kepala Ali. Turun naik halkumnya semasa menelan liur yang kelat. Inilah yang ditakutinya. Kerja yang Apek dan Tok Zel jalankan itu memang haram. Memang mereka mengambil rasuah. Tidak lama lagi namanya pula akan dibabitkan sama. Macam mana dia hendak menepis?
Peluh merenik di dahi dan di tengkuknya.
“Bila... bila SPRM tahan dia?” soal Ali.
Agaknya jadi selepas dia bercakap dalam telefon dengan Apek sebab Apek relaks sahaja semasa bersembang tadi. Apek tidak menyebut langsung tentang penangkapan Noran.
“Eh, kenapa pulak SPRM nak tahan dia?” Liza merenung Ali dengan muka berkerut.
“Habis tu dia kena tahan dengan siapa?”
“Polis.”
“Polis? Kenapa? Apa dia buat?”
Kesalahan apa lagi yang Noran lakukan sebab kalau setakat rasuah, memang SPRM sahaja yang mengendalikannya.
“Saya tak tahu detailnya, Encik Ali tapi dengar ceritanya, dia terlibat dalam perbuatan khianat.”
“Khianat?” Ali terkedu. Terasa seperti berada di Twirlight Zone. “Khianat apa?”
“Tak tahulah saya, Encik Ali. Saya pun dapat tahu banyak tu je. Lepas dapat info lengkap nanti, saya bagi tahu kat Encik Ali.”
“Hmmm...”
Ali berjeda. Berpusing-pusing otaknya memikirkan. Apa lagi yang Noran lakukan? Kes dadahkah?
“Encik Ali?”
“Ya?” Ali mendongak memandang Liza.
“Erm...”
“Ada apa-apa lagi?” Ali menyoal. Bahasa sebenarnya dia menghalau.
“Erm...”
“Kalau takde, pergi balik ke meja awak. Saya ada kerja ni. Awak takde kerja ke?”
“Encik Ali ni... mestilah ada.”
“Habis tu yang awak tercegat kat sini buat apa?”
“Oh... erm... okeylah.” Liza berlalu. Terkilan.
Ali menunggu sehingga dia dengar Liza sudah duduk di mejanya, barulah Ali menelefon Apek.
“Aku tengah sibuk ni. Kejap lagi aku panggil kau balik,” jawab Apek.
“Kejaplah! Aku nak tanya sikit je. Betul ke Noran kena tangkap?” soal Ali dengan suara yang paling perlahan. Berterabur ritma degupan jantungnya.
“Oh, kau dah dengar?”
“Liza bagi tahu aku. Betul ke?”
“A ah.”
“Kau? Kena tangkap jugak ke, Pek?” Semakin deras jantung Ali mengepam darah.
“Eh, taklah! Mintak simpang. Kau ni mulut celaka betullah!”
“Habis tu kenapa aku dengar suara kau gelabah semacam je?” Lega sedikit hati Ali mendengar jawapan Apek. Tetapi sedikit sahaja. Dia dapat rasa gilirannya akan tiba tidak lama lagi. Giliran apa? Dia pun tidak tahu tetapi ancamannya terasa semakin mendekat.
“Aku stres. Banyak kerja.”
“Kau betul ke tengah sibuk ni? Ke korang tengah bincang pasal Noran?” Ali dapat dengar suara Alim dan Darshah berbual. “Apa hal sebenarnya si Noran tu?” desaknya. Mungkinkah orang yang merasuah Noran membuat aduan kepada pihak polis?
“Ada orang tuduh dia pecahkan cermin kereta,” terang Apek.
“Cermin kereta siapa?”
“Cermin kereta orang tu lah. Takkan cermin kereta Noran pulak!”
“Lah! Memang dia buat ke apa?”
“Kalau kau tanya aku, memang aku rasa dia buat. Tapi entahlah. Tak tahu aku nak kata.”
“Dia bergaduh ke apa dengan orang tu?” Ali terus menyoal.
“Tak tahulah aku, Li. Tapi katanya polis ada bukti kukuh yang letakkan dia kat tempat kejadian,” cerita Apek yang sejak dari tadi tidak berhenti berharap agar bukti kukuh yang polis temui itu, memadai untuk menyumbatkan Noran ke dalam penjara. Masalahnya, Noran ada alibi. Bila-bila masa pihak polis akan membebaskannya. Sebab itu Apek tidak senang hati.
“Bukti apa?”
“Aku tak tahu, Li. Kau jangan tanya aku.” Apek bernafas kuat. Stres dengan Ali. Macam dia pula yang kena soal siasat. “Eh, Li... aku kena pergilah. Nanti aku panggil kau balik.”
“Okey.” Ali tidak membantah. “Nanti telefon aku balik,” pesannya.
“Okey.”
Ali termenung panjang sesudah bercakap dengan Apek. Teringat pada mimpinya malam tadi, di mana dia dibawa ke balai polis atas kesalahan yang dia sendiri tidak pasti. Pengakhiran mimpinya pun dia tidak ingat. Sedar-sedar pagi tadi, dia terjaga di atas katilnya sendiri.
Pagi ini, perkara yang serupa berlaku pada Noran. Apakah kebetulan atau mimpinya malam tadi memang membawa alamat yang perlu diterjemahkan?
Ali pejamkan mata. Peluh semakin merenik pada dahi dan tengkuknya.
Bunyi bergetar pada mejanya mencelikkan semula matanya. Dia yang sudah hilang entah ke mana sebentar tadi, merenung telefon pintarnya. Di dada skrin telefon pintar itu tertulis perkataan ‘emak’. Berderau darah Ali. Emak? Dengan segera dia menjawab panggilan itu.
“Li, boleh tak kamu ambik cuti hari ni?” tanya Fatimah. Salam apa pun tidak, terus soalannya diterjah.
“Mak?” soal Ali. Terkebil-kebil matanya.
“Yalah! Maklah ni. Takkan suara mak pun kamu tak kenal?” tempelak Fatimah. “Boleh ambik cuti tak hari ni?”
“Kenapa mak?”
“Mak ada hal sikit nak cakap dengan kamu. Boleh tak?
“Erm...”
“Tolonglah, Li. Mak rayu sangat-sangat ni.”
“Mak jangan cakap macam tu. Li balik sekarang. Tapi lambat sikitlah sebab Li bawak kereta ke pejabat.”
“Takpe kami tunggu. Tapi kami bukan kat rumah tau. Ada pen? Tulis alamat ni.”
Tercengang-cengang, Ali menulis alamat yang Fatimah berikan. Tanpa menunggu sesaat lagi, dia terus mengemas mejanya dan pergi mendapatkan Liza.
“Liza, saya kena ambik cuti kecemasan hari ni.”
“Alasan?” soal Liza. Dia perlu merekodkan alasan Ali.
Ali tahu dia tidak boleh memberikan alasan yang mengaitkan emak. Jawapan itu akan mengundang lebih banyak soalan dan menyusahkannya suatu hari nanti. Dia perlu memberikan jawapan lain.
“Ada kematian dalam keluarga.” Itu sahaja yang termampu Ali fikirkan pada masa itu.
“Oh. Takziah, Encik Ali,” ucap Liza.
“Terima kasih, Liza.”
Tidak tahu hendak berkata apa lagi, Liza menganggukkan kepalanya. Ali turut mengangguk dan bergegas keluar dari situ. Emak dan ayah sedang menunggu.

Published on May 08, 2017 07:05
#10
“DENGAN siapa aku nampak kamu bersembang kat parking lot tadi?” Tok Zel menduga.
“Parking lot mana?”
“Kamu jangan macam-macam, Pek! Kamu tahu kat mana.” Tok Zel menjuruskan matanya yang bersinar amaran.
Menggelegak pula dadanya bila mendengar soalan Apek yang seolah-olah mempersendakannya. Dia sedar Apek bersahabat baik dengan Ali. Noran sudah memberitahunya tetapi mereka memerlukan Ali. Oleh sebab itulah dia terpaksa bersetuju bila Apek mencadangkan nama Ali. Kalau boleh, biar mereka sahaja yang menguruskan hal yang perlu diuruskan itu tetapi mereka berlima tidak boleh melakukannya kerana Ali berkuasa dalam ruang kerja itu.
“Tuk pun sama. Jangan macam-macam. Dah tahu aku sembang dengan Ali, kenapa nak tanya lagi?” balas Apek.
Berdenyut-denyut kulit pada rahang Tok Zel menahan marah. Dia tidak suka cara Apek melayannya, sedangkan selama ini dia yang menaikkan taraf hidup Apek sehingga jadi kaya-raya. Dia memang tahu risiko ‘perniagaan’ yang dijalankannya tetapi dek ketagihkan kekayaan, dia buat juga. Tok Zel masih belum puas mengaut keuntungan, jadi dia akan bersabar dengan kerenah Apek. Selepas itu, tahulah Apek akibatnya.
“Betul ke dia tu boleh dipercayai? Macam-macam dia sebut tadi.”
Tok Zel masih ingat sebaris soalan Ali yang hampir membuatkannya terkencing dalam seluar. ‘SPRM ke?’ Selamba sahaja Ali melontarkan soalan itu. Celaka betul!
“Tuk tak payah risau pasal Ali tu. Dia belum nampak lagi duitnya. Dah terima habuannya nanti, okeylah dia. Tak banyak soal dah.” Apek cuba meyakinkan Tok Zel padahal dia sendiri sudah naik lemas dengan Ali.
Selepas bercakap dengan Ali di luar Hotel Pullman itu tadi, memang dia hendak menggugurkan Ali dari ‘perniagaan’ mereka tetapi masalahnya Ali sahaja yang boleh buat kerja itu. Orang lain tidak ada kuasa.
“Aku bukan apa, aku tahu reputasi dia kat ofis tu. Budak baik.”
“Aku ni tak baik ke, tuk? Aku pun budak baik tapi kau pandai mengayat aku. Apa kau cakap kat aku masa kau ajak aku join dulu? Lebih baik kita enjoy sepuas hati kat dunia ni sebab kita semua akan masuk neraka.”
“Betullah cakap aku tu.”
Apek ketawa untuk menyenangkan hati Tok Zel. Siapalah manusia jahanam yang telah berjaya menyesatkan Tok Zel yang dikenali sebagai lelaki paling warak di jabatan mereka itu, sedangkan dia yang cetek ilmu agama ini pun tahu, hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang akan masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka.
“Kau ayatlah dia macam aku ayat kau dulu.”
“Aku guna ayat aku sendirilah, tuk. Aku tak suka plagiat.” Apek ketawa lagi.
Terbakar hangus dada Tok Zel. Sindiran Apek itu memang kena pada batang hidungnya.
“Pastikan dia tak bocorkan rahsia kita!” Tok Zel memberi amaran.
“Tuk suaplah dia banyak sikit. RM10 ribu apa barang?”
“Dia belum buat kerja lagi nak suap macam mana?”
“Suap dulu. Baru dia diam!”
Tok Zel ikut terdiam.
“ENCIK ALI IMRAN?” soal anggota polis yang membunyikan loceng rumah Ali.
“Ya! Saya! Ada apa yang boleh saya bantu?” soal Ali dari dalam pagar rumahnya.
Anggota polis itu memperkenalkan dirinya dan menyebut nama balai polis tempatnya bertugas sambil menghulurkan kad kuasanya kepada Ali.
“Encik sorang je ke kat sini?” Anggota polis itu memandang sekeliling.
“Erm... ya.” Halkum Ali bergerak semasa dia menelan liur.
“Wah, seronoklah boleh parking sesuka hati,” komen anggota polis itu sebelum meminta Ali mengikutnya ke balai kerana nama Ali ada disebut dalam sebuah laporan polis. Menurut pengadu, Ali dan beberapa orang lelaki telah disyaki melakukan khianat terhadapnya.
“Khianat apa?”
“Boleh ikut kami ke balai?” kata anggota polis itu. Soalan Ali tidak dilayan.
“Siapa orang tu?” Spontan Ali menoleh ke arah rumah jirannya. Dia terasa ada kaitan di situ.
“Encik boleh ikut kami ke balai?” Seperti tadi, tiada jawapan yang diberikan oleh anggota polis itu.
“Kalau saya tak nak ikut?”
“Kami terpaksa menahan encik.”
“Jadi sekarang ni bukan tahanlah? Saya ikut je. Naik kereta saya sendiri ke?” Ali ingin memahami situasi itu.
“Ya!”
“Boleh saya cek dulu?” Ali menunjukkan kad kuasa anggota polis itu. Dia tahu haknya sebagai orang awam.
“Silakan, encik.”
Ali masuk semula ke dalam rumah.
“Apa polis tu nak?” soal Abdul Muttalib.
“Tak tahu lagi, ayah tapi Ali kena pergi balai kejap.”
“Kena tahan ke?” Fatimah naik risau.
“Tak, mak. Dia panggil pergi balai je.”
“Kamu kena tuduh buat apa, Li? Kamu buat apa?”
“Tak tau, mak. Ali tak buat apa pun. Salah faham je ni.”
“Nak telefon siapa tu?” Berkerut seribu wajah tua Fatimah. Kerisauannya tidak dapat disembunyikan lagi.
“Ali nak cek kad kuasa dia kejap,” jawab Ali.
Kasihan melihat reaksi emaknya, Ali memeluk bahu Fatimah dengan erat. Dia tidak mahu emaknya risau.
“Takde apa, mak. Mak jangan risau. Ali tak buat apa pun. Mak jangan risau,” pujuk Ali.
Dia mendail nombor telefon balai polis yang dinyatakan oleh anggota polis itu tadi. Selepas menerima pengesahan daripada balai polis itu, Ali bersiap untuk mengikut anggota polis itu ke balai.

Published on May 08, 2017 07:00
#9
ALI sampai di rumah hampir tengah malam. Merungut hatinya bila melihat lorong menuju ke rumahnya masih gelap-gelita. Apa masalahnya? Takkanlah hendak pasang lima biji lampu jalan pun payah sangat? Katanya kawasan perumahan elit tetapi lampu jalan pun tidak ada!
Waktu yang sudah larut menambahkan lagi keheningan suasana. Menjeling ke arah rumah jirannya sebelum lampu kereta dimatikan. Laman depan rumah jirannya kosong. Kereta jirannya tidak ada. Rumah jirannya pun kelam-gelemat. Hati Ali berkata-kata membuatkannya tersenyum sinis. Namun, semasa hendak turun dari kereta, dia tersentak bila ternampak pergerakan aneh pada sudut bawah kaca tingkap rumah jirannya. Terhenti niatnya untuk turun walaupun sebelah kaki sudah terjejak ke tanah.
Kunci kereta dicucuh semula ke lubangnya. Ia jatuh ke lantai kereta.
“Ish! Kelam-kabut lagi!” marah Ali pada diri sendiri.
Kunci yang jatuh dikutip dari lantai kereta, dicucuh ke lubangnya dengan berhati-hati lalu dipulas. Lampu keretanya dinyalakan semula. Diperhati tingkap hadapan rumah jirannya dengan cermat, namun tidak ada apa-apa di situ. Mungkin perasaannya sahaja tadi, dia berdetik dalam hati, namun hati yang sama tetap berkata dia nampak sesuatu bergerak di situ. Selepas mematikan lampu keretanya buat kali kedua, Ali keluar dan berdiri di celah pintu keretanya yang terkangkang, menyangkutkan buku bahu kirinya di atas bumbung kereta dan yang kanan pula pada bingkai pintu keretanya. Mata terus memetia cermin tingkap rumah jirannya yang tertutup rapat. Melihati.
‘Cepatlah... tunjukkan muka kau. Tunjuk rupa kau. Aku nampak kau tadi. Cepatlah... aku tahu kau ada kat situ,’ getus hati Ali.
Bagai menyahut doanya, sesuatu melompat dari atas lantai dan bertenggek pada ambang tingkap rumah jirannya. Ali juruskan pandangan, terpaksa berhenti bernafas untuk mengeraskan tubuh badan. Sekali lagi benda itu bergerak.
Melayang semangat Ali!
“Miau...” Halus sahaja bunyinya.
‘Uh... tak guna! Buat saspens je.’
Tersenyum-senyum Ali mengenangkan diri yang berjaya ditakutkan oleh seekor anak kucing. Kalaulah emak tahu anak kucing pun boleh buat dia paranoid, pasti teruk dia kena bahan.
‘Jangan, mak. Mak tak tahu anak mak ni siapa!’
Tertanya-tanya hatinya, mengapa dia berkelakuan seperti orang bersalah pula malam itu. Orang bersalah sahaja yang selalu paranoid. Biasalah! Manusia mana-mana pun selepas berbuat salah memang akan jadi penakut.
Dia? Mengapa dia takut? Mengapa dia tiba-tiba jadi paranoid? Kesalahan apa yang telah dilakukannya?
Spontan bonjol pada poket seluarnya diraba.
Penangan anak kucing menyebabkan dia terlupa pada ‘sedekah’ yang diterimanya tadi.
Ghaib senyuman leretnya. Dia masuk ke laman rumah sambil menjeling anak kucing yang telah berjaya memperdayakannya tadi. Ia tiada di situ. Sudah lari, barangkali. Pelan-pelan Ali membuka pintu rumahnya. Suis lampu ditekan. Ruang tamu yang gelap-gelita berseri disimbah cahaya.
“Mak! Ayah!” panggilnya dengan suara biasa dari pintu.
Panggilannya tidak berjawab. Masuk ke dalam rumah, Ali terus ke kaki tangga.
“Mak! Ayah!” Dia memanggil sekali lagi sambil mendongak memandang kepala tangga, menunggu emak dan ayah menyambut laungannya.
Namun, rumahnya sunyi sepi. Emak dan ayah masih belum balik dari menuntut ilmu akhirat di surau agaknya. Ali naik ke bilik tidurnya untuk menyembunyikan duit RM10 ribu itu. Lama dia duduk di birai katil, mengirai sisi seikat duit itu sambil memikirkan tentang halal haram sedekah yang diterimanya.
Dia teringat pada diskusi agama yang didengarinya dari radio keretanya sebentar tadi. Kebetulan pula topik diskusi malam itu adalah rasuah. Macam tahu-tahu sahaja. Berdiri bulu roma pada tengkuknya di sepanjang perjalanan balik ke rumah tadi.
Kesimpulan yang Ali fahami daripada diskusi itu ialah duit yang diterimanya itu adalah halal sebab ianya sedekah daripada orang lain yang melakukan rasuah. Yang menjadikannya haram ialah jika dia terlibat sama dalam perbuatan rasuah itu.
TETAPI... Ali sendiri tahu kenapa sedekah itu diberikan kepadanya, iaitu untuk mengumpannya masuk ke dalam komplot Tok Zel. Kenapa dia diperlukan atau apa yang perlu dilakukannya, itu dia tidak tahu. Yang nyata, dia akan terlibat secara langsung dengan kegiatan yang Tok Zel dan ‘hantu-hantu belaannya’ lakukan.
Rasuah ke tak ni?
Ahli agama kata halal. Jadi, halal!
Siapalah dia untuk mempertikaikan cakap orang yang lebih arif?
Agak lama juga dia bertafakur di situ. Selepas menyorokkan duit itu di dalam almari pakaian, dia turun semula ke tingkat bawah, lalu mendaratkan tubuh tinggi lampainya di atas bangku panjang. Siling rumah yang kosong membosankan menjadi tatapan matanya. Lengan kanan melintang di atas dahinya.
Wajahnya kusut.
“Kau tunggu je lah. Jangan banyak tanya. Bila ada job, baru aku cari kau.”
Kata-kata Apek terngiang-ngiang di telinga Ali. Mata dipejamkan. Berkali-kali dia melepaskan keluhan.
“Tak baik mengeluh, Ali,” tegur Fatimah.
“Mak! Ayah!” Tergopoh-gapah Ali duduk. “Bila balik? Tak dengar pun.”
“Nak dengar macam mana? Jauh benar kamu ngelamun!” bidas Fatimah.
Dia duduk di sebelah Ali. Tudung di kepala ditarik, meleraikan rambutnya yang sedikit kuyup dek peluh. Abdul Muttalib pula terus naik ke tingkat atas.
“Dah makan?” tanya Fatimah sambil mengelap peluh di leher dengan anak tudung.
“Dah tadi. Kat dapur tu ada sikit makanan Ali beli untuk mak dengan ayah. Makanlah,” ujar Ali.
“Kamu beli apa? Kami dah makan tadi.”
“Mi goreng je, mak.”
“Erm... mi goreng tahan sampai esok. Bolehlah mak simpan dalam peti ais kalau tak habis malam ni.”
Fatimah berdesah menghilangkan penat. Peluhnya yang masih merembes dikesat habis. Terpandangkan Ali yang ralit merenung televisyen, padahal peti tv itu tidak dinyalakan pun.
“Heh!” Fatimah menepuk paha Ali. “Menung apa kamu dari tadi tak habis-habis lagi ni?”
“Takde apa. Best ke kuliah tadi?” Ali menghalakan topik perbualan ke arah lain.
“Kamu ada masalah ke?”
“Takdelah, mak. Ali penat je. Kuliah tadi macam mana? Best ke tak?” ulang Ali.
“Bolehlah. Ustaz muda. Cakap pun tak teratur lagi. Malam ni dia bawak tajuk rasuah.”
Semilir dingin menyerang Ali. Menyesal dia bertanya. Terus dia duduk bersandar bila terasa perutnya kejang. Terlalu menyakitkan terasa macam hendak meletup!
“Kamu patut dengar tadi. Menjadi-jadi sangat kes rasuah sekarang ni. Takut mak nengokkan,” kata Fatimah lagi.
“A ah, Li betul cakap mak kamu tu. Bagus ustaz tu tadi. Point dia bagus,” sampuk Abdul Muttalib yang baru turun dari tingkat atas selepas bersalin baju. Dia duduk di bangku kegemarannya. Akhbar yang sudah dibaca pagi tadi dibaca sekali lagi.
Ali hanya mampu mengangguk. Telan liur tetapi terasa macam tidak lepas. Tekaknya kesat.
“Ali ada beli mi goreng untuk kita, bang. Abang nak ke? Biar saya hidangkan.”
“Heh! Perut ni kenyang lagi. Rasanya takdelah saya nak makan lagi malam ni.” Abdul Muttalib membuat muka. Perutnya yang kekenyangan diusap. Memang takkan mampu dia menelan apa-apa lagi malam itu. “Awak nak makan, makanlah.”
“Saya pun kenyang sesangat lagi ni. Kamu, Ali? Mi tu tak nak?”
“Ali beli untuk mak dengan ayah.”
“Kalau macam tu biar mak simpan dalam peti ais ajelah.” Fatimah menarik kepala Ali. “Anak yang baik. Syukur sangat kami ada anak macam kamu, Ali,” pujinya sebelum bangun.
Senyum leret Ali mengekori Fatimah ke dapur. Tiada sesiapa yang bersuara selepas itu. Abdul Muttalib leka membaca akhbar sambil berdeham kecil. Ali memerhati ayahnya dari ekor mata. Terasa ingin menanyakan sesuatu pada ayahnya tetapi dia sendiri pun tidak pasti sesuatu itu apa sebenarnya. Lalu dia kembali merenung layar hitam televisyen, mengelamun entah ke mana.
“Kamu ni dah kenapa?” Fatimah mencuit bahu Ali.
“Takde apa, mak. Ali naik atas dulu.”
Derap kaki Ali memanjat dua anak tangga sekali langkau kedengaran. Akhirnya senyap.
“Apa ke ustaz tu kata tadi, bang?” soal Fatimah kepada suaminya.
“Banyak yang dia cakap tadi. Mana satu yang awak maksudkan?”
“Yang akhir sekali tu lah. Firman Allah tu.”
“Apa ke tadi... urm... dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
“Salah satu dosa besar tu kan, bang?”
“Rasuah? Memanglah! Hukumnya haram. Dilaknat Allah dan Rasul. Memang dosa besarlah. Yang bagi dengan yang terima, sama je kena laknat. Masing-masing sedar masa bagi dan terima rasuah tu tapi buat juga.”
“Mintak dijauhkan.” Fatimah mengucapkan na’uzubillah berulang kali. “Surah apa ke ustaz tu cakap tadi.”
“Al-Baqarah. Ayat 188.”
“Erm... minta dijauhkanlah dari anak kita ya, bang.”
BILA emak dan ayahnya beralih ke topik perbualan yang lain, barulah Ali beredar dari kepala tangga dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Terganggu dengan isi perbualan mereka, Ali mengeluarkan semula duit RM10 ribu yang Tok Zel ‘sedekahkan’ kepadanya tadi dari dalam almari baju. Direnungnya duit seikat itu dengan fikiran yang berkecamuk. Sekali harung macam-macam persoalan datang menerjah kepalanya. Pening dibuatnya!
Semakin ditenung duit itu, semakin bersimpul dilema dalam hatinya memikirkan tentang halal haram duit yang diterimanya itu. Memang dia tidak tahu spesifikasi ‘job’ yang Tok Zel mahu dia lakukan tetapi jika dia jujur dengan diri sendiri, dia tahu ‘job’ itu bukanlah kerja yang halal dan duit yang dipegangnya itu memang sah-sah duit rasuah, walaupun berulang kali Tok Zel memanggilnya sedekah.
Detik hatinya itu telah Allah sahkan dengan teguran melalui ustaz di radio keretanya tadi dan melalui perbualan antara emak dengan ayahnya.
‘Teguran Allah semua tu,’ bisik hati kecil Ali.
Jawapan yang pendek itu telah menekadkan keputusannya. Esok, dia akan memulangkan duit RM10 ribu itu kepada Tok Zel. Walaupun dengan berat hati tetapi oleh sebab Allah sudah menegur, lebih baik dia dengar.
Ali landaikan tubuhnya ke atas tilam. Terasa penat sangat-sangat sehingga tidak mampu lagi dia membuka mata, namun fikirannya menjelajah merata memikirkan apa yang bakal berlaku dalam masa beberapa jam lagi. Bibir Ali mengorak senyuman sinis. Tidak sabar hatinya menunggu siang.
Tingtong!
Loceng rumah itu berbunyi. Celik semula mata Ali. Terasa semilir mencakar kulit yang menyelaputi seluruh tubuh badannya. Bulu roma pada tengkuknya meremang. Serta-merta dia ke kepala tangga dan sempat mendengar suara emaknya bertanya.
“Siapa pulak datang tengah-tengah malam ni, bang?”
“Biar Ali buka pintu tu, mak!” laung Ali dari tingkat atas. Sepantas kijang dia berlari turun ke tingkat bawah.
“Heh! Dah kenapa dengan kamu ni? Jatuh nanti!” tegur Fatimah.
“Takde apa.”
“Siapa datang tengah malam buta ni? Kawan kamu ke?” Fatimah mengintai dari balik langsir.
“Tak tahulah, mak. Salah rumah kut. Tak usah intai, mak. Biar Ali keluar tengok.”
Seboleh-bolehnya dia tidak mahu orang di luar melihat emaknya. Dia tidak tahu siapa mereka, mungkin orang baik atau boleh jadi juga orang jahat tetapi dia mengagak, sesiapa yang datang itu mahu mencari jirannya yang tiada di rumah. Oleh sebab lampu jalan di situ tiada, maka tetamu tengah malam itu tersalah rumah terutamanya jika sang tetamu tidak ingat nombor rumah yang ingin dikunjungi.
‘Hai, kau ni tak habis-habis nyusahkan aku,’ gerutu Ali dalam hatinya.
Namun, sebaik sahaja pintu rumahnya dibuka, Ali terus kaku bila melihat siapa yang berdiri di luar pintu pagar rumahnya itu.
https://www.facebook.com/tajulzulkarnainDari Tanah Ke Tanah

Published on May 08, 2017 06:58
#8
‘KAU makin melampau sekarang. Makin berani. Kurang ajar! Kau ingat orang tak faham cakap kau? Orang tak nampak apa kau buat? Bodoh betullah! Celaka. Cakap main lepas je. Nampaknya kau tak takut pada bahana yang bakal aku hadiahkan pada kau. Kau memang mencari. Dah kau nak sangat, nanti aku kasi kau jumpa dengan apa yang kau cari tu. Tak sempat menyesal kau nanti baru kau tahu! Argh! Sakit kepala aku ni kau buat.’
Dada yang terasa bagai dirodok benda tajam, kucengkam. Selalu pula dadaku ini sakit sejak akhir-akhir ini. Kena pergi ke hospitalkah pula?
‘Argh! Tension aku!’
Dia punya fasal, terpaksa memandu tanpa arah aku dibuatnya tengah malam itu hendak menenangkan hati. Macam-macam serabut terpaksa kufikirkan. Soalan yang bertenggek tidak mahu keluar dari otakku ialah nak buat ke tak buat? Kalau buat, aku kena sehabis cermat sebab padahnya aku balik yang dapat. Sanggupkah aku mengharungi padah itu untuk kali kedua?
Seperti biasa bila aku stres, siku aku sendalkan pada tingkap kereta. Kekura tangan kutekankan pada bibir, lantas jeda yang panjang menjadi teman tatkala aku memikirkan tentang jawapan itu. Kekecewaan lalu masih menyiat hingga ke relung hati. Buat apa ditambah lagi kesedihan yang masih menyerkup?
‘Tapi tak mustahil jawapan kali ni dah berubah,’ bisik satu suara.
Aku membentangkan opsyen, lalu aku terokainya secara mental. Aku nampak dengan jelas peluang kedua itu terbuka luas di hadapanku. Persoalannya, apa cara aku hendak menjayakan peluang itu? Bertindak memang senang tetapi hendak meyakinkan itu yang susah. Aku pernah cuba dahulu tetapi jawapan mereka sangat mengecewakan walaupun hujahku kuat. Alasan yang mereka berikan ialah hanya si sial sahajalah waris mereka. Walau apa pun terjadi, mereka tidak akan mengenepikannya.
‘Kau memang sial! Menyusahkan!’
Deras keras nafas kuhela. Dada sedang membara. Ketika itu baru tersedar aku di mana. Terlepas tawa sinisku. Boleh pula tubuh badanku membawa aku ke situ semasa fikiran menimbangkan hal lain!
Untuk apa aku ke sini sebenarnya? Peluangkah atau bala? Merata-rata ada saksi, patutkah aku mengambil risiko? Atau patutkah aku membiarkan sahaja peluang yang datang tanpa aku rancang ini berlalu?
‘Argh! Aku tengah kusut ni, haram jadah. Kau cacamarbakan lagi buat apa?’
Namun, kereta kubelok masuk ke lorong menuju ke rumahnya. Kupandu perlahan-lahan menghampiri rumahnya yang terletak paling hujung untuk melihat sama ada kehadiranku di situ adalah peluang yang boleh aku manfaatkan sehabis penuh.
Nampaknya boleh.
Aku memberhentikan keretaku di sebelah keretanya, serakkan pandangan ke serata arah untuk memastikan tidak ada sesiapa yang akan menjadi saksi perbuatanku malam itu. Waktu hampir jam 11 malam. Suasana di situ memang hening. Malam itu bulan penuh tetapi cahayanya agak suram, suasana yang amat bersesuaian dengan urusan yang bakalku lakukan di situ.
Aku tanggalkan Keychain Car Escape Tool yang aku klipkan pada visor kereta sebelum turun. Enjin kereta tidakku matikan. Sekali lagi aku ratakan pandanganku ke seluruh arah. Sunyi dan sepi. Tidur awal manusia di kawasan ini. Kemudian, Keychain Car Escape Tool itu aku tekankan pada sudut bawah cermin tingkap sebelah pemandu.
Prangk!
Cermin tingkap sebelah pemandu pecah.
Prangk!
Prangk!
Prangk!
Prangk!
Prangk!
Habis semua cermin keretanya aku pecahkan. Aku masuk semula ke dalam keretaku yang sedia menunggu dan berlalu.

Published on May 08, 2017 06:37
#7
“KAU perasan tak Noran sindir aku tadi?” soal Apek pada Ali. Mereka di parkir kereta di luar hotel.
“Tak,” jawab Ali. Memang dia tidak perasan apa-apa sebab dia sendiri sedang sibuk menilai buruk baik dirinya berada di hotel itu.
“Bahaya dia ni. Tak puas hati aku dibuatnya.” Apek mengeluh-ngeluh. Dia tidak suka mempertahankan diri. Alternatifnya satu sahaja - dia terpaksa ‘mengajar’ Noran.
“Dia sindir apa?”
“Alah, masa Tok Zel jemput kita ke majlis pecah tanah tu. Dia kata dia putera lilin. Sebelum tu dia cakap apa cuba kau ingat balik.” Apek berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Kawasan parkir di luar hotel itu sunyi sepi tetapi kalau dinding di dalam hotel pun boleh ada mata dan telinga, apatah lagi sederet kereta yang terparkir di luar sini.
“Entah, aku tak ingat.” Ali menggeleng. Malas dia menyelak balik perbualan di dalam suite mewah tadi. Ramai sangat yang bercakap. Lagipun dia sendiri ada soalan yang ingin diajukannya kepada Apek. “Pek aku nak tanya sikit.”
“Alah, Li... relaks arrr... tak payah nak tanya soalan bagai.” Apek menyerakkan pandangannya dengan penuh waspada.
“Macam mana kau boleh join diorang?” Ali tidak mempedulikan bantahan Apek. Dia terpaksa tanya. Kalau Apek mahukan penglibatannya, Apek kena jawab soalannya.
Ali dapat merasakan khidmatnya sangat diperlukan kali ini. Kalau tidak, Apek takkan mengajaknya. Selama ini mereka tidak memerlukannya. Korum mereka sudah cukup tetapi mereka terpaksa menambah orang. Lebih tepat lagi mereka terpaksa menambah dia dan hanya dia, bukan orang lain.
Sebab apa mereka memilihnya, belum dapat Ali pastikan lagi tetapi sebelum dia menerima pelawaan mereka, dia mahu tahu beberapa perkara dahulu. Dia hendak tahu sejak bila Apek berkawan baik dengan ketiga-tiga orang pegawai bermasalah itu. Selama ini dia dan Apek bersahabat karib. Mereka hidup serumah. Bukan sekejap mereka hidup di bawah satu bumbung yang sama. Hampir sepuluh tahun!
Jadi, bila masanya Apek bercampur dengan Noran, Darshah dan Alim? Dia tidak pernah nampak pun mereka berkumpul bersama. Jangan bagi alasan mereka baru sahaja berkawan kerana dia takkan percaya. Jelas di matanya mereka sudah terlalu akrab. Ada sefahaman antara Apek dengan ketiga-tiga orang pegawai bermasalah itu.
Apek menyedut rokoknya dalam-dalam sehingga apinya membakar ke puntung, kemudian puntung rokok itu dibuang ke tanah lalu dilenyek-lenyekkan dengan tumit kasutnya.
Ali sekadar memerhati.
“Kalau kau nak tahu sangat, diorang tu yang join aku,” ujar Apek dengan riak bangga. Tidak pula dia menyebut hakikat bahawa Tok Zel yang mencadangkan nama ketiga-tiga orang pegawai bermasalah itu kepadanya.
“Sejak bila?” tekan Ali.
“Tahun lepas.”
Terlalu terkesima, Ali hanya mampu meratah muka Apek dengan mata. Selama mereka tinggal serumah, dia tidak pernah mendengar pun Apek menyebut nama ketiga-tiga orang pegawai bermasalah itu. Orang lain pasti akan tersasul tetapi tidak Apek. Tidak pernah! Padahal Apek ini spesis mulut jamban. Mulut celaka. Saban hari ada sahaja keburukan orang lain yang dijajanya tetapi tidak pernah sekalipun dia bercakap tentang tiga orang pegawai kanan yang bermasalah itu.
“Macam mana kau boleh kenal diorang tu? Tahulah kita kerja kat satu tempat tapi kau kan tahu reputasi diorang!” Ali masih tidak puas hati. Terlalu banyak tebak bermain dalam kepalanya.
“Kau tak payah banyak tanyalah, Li. Jangan semakkan fikiran kau dengan benda-benda yang kau tak perlu tahu,” saran Apek, lemas dengan desakan Ali. “Kita nak cari kerja sampingan. Nak cari duit lebih. Hal peribadi tolak ke tepi. Tak payah nak ambik tahu sangat. Yang penting kerja kita jalan.”
“Job apa sebenarnya kita kena buat ni, Pek?” Ali terus mendesak. Dolak-dalik Apek tidak dipedulikannya. Dia tetap menuntut soalannya dijawab.
“Alah, Li... kau tunggu je lah. Jangan banyak tanya... tolonglah jangan banyak tanya. Bila ada job, baru aku cari kau.” Apek mencengkam bahu Ali dengan kuat. Menyusupkan amaran. “Okey?”
Menggerenyut muka Ali menahan sakit. Pedihnya lebih terasa bila dia teringatkan duit RM10 ribu di dalam poket seluarnya. Perlahan-lahan tangannya yang terseluk di dalam poket seluarnya, yang bertujuan untuk melindungi duit RM10 ribu itu, dikeluarkan lalu tangan yang sama menolak genggaman Apek dari bahunya.
“Kerja halal ke haram yang kau buat ni?” Ali terus menghenyak Apek dengan soalan. Sejenis perasaan yang menggelisahkan terpercik dalam hatinya semasa dia menanyakan soalan itu.
“Cakap malam dengar-dengar, kawan!” Apek memberi amaran. Matanya melompat dari sebuah kereta ke sebuah kereta yang diparkirkan di situ, merenung sejenak dengan tajam pada setiap kenderaan untuk memastikan kereta-kereta yang kaku itu sememangnya tidak berorang.
“Kalau halal, apa susah sangat kau nak cakap?” tekan Ali. Apek dilihatnya semakin gelisah.
“Nantilah aku terangkan. Bukan kat sini! Kau ni tak sabar betullah. Macam haram je perangai kau malam ni!” marah Apek. Dia bercekak pinggang.
“Mak bapak kau tahu ke kau buat kerja ni, Pek?”
“Apa ni, Li? Libatkan mak bapak aku pulak. Tak cool, bro!” Apek semakin naik radang. Penumbuknya dikepal, mahu rasanya dihayunkan ke muka Ali.
“Diorang mak bapak kau, Pek. Restu diorang penting.”
“Ah, jangan merepeklah, kau! Selama ni aku yang jaga diorang. Aku yang bagi diorang makan, tempat tinggal. Diorang nak apa lagi? Nak kena...”
“Kena apa?” potong Ali. “Kena apa, Pek?”
“Dahlah, Li. Kita ada kerja. Ada bisnes. Pasal apa nak sembang pasal mak bapak aku pulak? Bukan ada kena-mengena!” cantas Apek. “So, kau okey kan?” Apek menggoncang bahu Ali, mahu memastikan Ali bersetuju untuk menyertainya dan Tok Zel kerana mereka benar-benar memerlukan bantuan Ali.
Sekali lagi Ali menolak tangan Apek dari bahunya. Dia bercekak pinggang kerana sangat tidak puas hati dengan jawapan Apek tadi. Apa yang akan Apek lakukan jika ibu bapanya menyoal tentang kegiatan haramnya? Apa? Cakaplah di depan mukanya, Ali mahu tahu.
“Aku nak tahu kenapa kau tak nak cakap kat mak bapak kau pasal kerja sampingan kau ni,” desak Ali. “Kau takut apa? Takut diorang tinggalkan kau ke? Selama ni pun kau dah buat macam-macam kat diorang, elok je diorang terus duduk dengan kau.”
“Heh! Kau cakap apa ni, Li?”
“Takdelah... aku bengang dengan kau sebab kau tak layan mak bapak kau dengan baik. Layanlah. Apa susahnya? Kau tahu tak, orang takde mak bapak nak sangat rasa kasih sayang mak bapak. Kau yang ada, kau buat macam-macam kat mak bapak kau.”
“Kau sibuk apa hal? Tu mak bapak aku. Suka hati akulah!”
“Yalah, memanglah mak bapak kau. Sebab tu lah kau kena jaga elok-elok. Dah takde nanti baru kau tahu. Baru kau rasa. Tengah ada ni jagalah. Bukannya susah pun. Yang kau pukul-pukul diorang, maki-maki diorang buat apa? Pernah ke diorang buat macam tu kat kau masa kau kecik dulu? Aku rasa takde. Tak pernah. Elok je aku tengok kau membesar jadi orang. Mak bapak kau pun bukannya aku tak kenal. Diorang tu jenis penyayang. Bukan jenis dera-dera anak ni!” Sebuah keluhan yang amat kuat terlepas dari mulut Ali.
“Eh, kau ni apa hal tiba-tiba je cakap merepek pasal mak bapak aku ni?”
“Takdelah! Sayangilah mak bapak kau tu. Kalau kau tak nak, kau bagi je mak bapak kau tu kat orang lain. Biar orang lain yang jaga. Ramai aku rasa yang nak ambik mak bapak kau tu jadi mak bapak diorang. Tak payah kau nak seksa-seksa diorang pulak. Nambah dosa je buat apa!” Ali terus-terusan mengeluh. Lehernya yang terasa lenguh dipusing.
“Aku tak faham satu benda pun yang kau cakap ni, Li! Tetiba je. Kau dah kenapa?”
“Takdelah. Aku bengang dengan kau. Tu jelah. Aku tanya pasal kerja, haram kau jawab. Aku babitkan mak bapak kau pun kau masih lagi nak tegakkan benang yang basah. Tak rasa bersalah ke kat mak bapak kau?”
“Haish, pening aku dengan kau ni. Entah apa-apa kau cakap. Come onlah, Li! Jangan bagi aku masalah!”
“Kau sendiri yang cari masalah. Mana ada aku bagi.” Ali berpeluk tubuh. Berombak-ombak dadanya menahan kemarahan yang sedang menggelegak. “Memang ada masalahlah ya? Kerja tu? Aku tak nak masalah, Pek! Aku tak nak!” Kepala Ali tergeleng-geleng.
“Alah, Li... aku dah buat kerja ni setahun lebih. Okey je kau tengok aku kan? Mana pernah ada masalah!” jawab Apek yang sudah terlalu lelah melayan kerenah Ali yang agak pelik malam itu. “Serius aku cakap, Li kau tak payah risau. Kalau kau tak join, tu yang jadi masalah berat kat aku.”
Berjeda. Hanya bunyi enjin kereta yang meredam menemani mereka.
“Ali!” Apek menggoncang bahu Ali sekali lagi. Lebih kuat kali ini bila dia melihat Ali hilang entah ke planet mana.
Keluhan berat terlepas dari mulut Ali. Tangannya kembali menyeluk ke dalam poket seluarnya. Duit RM10 ribu itu digenggam. Dia tidak boleh berfikir ketika itu. Buntu.
“Ali!”
“Yalah! Yalah! Yalah!”
“Betul ke kau okey, Li?”
Ali terpaksa mengangguk.
“Okey, jom balik,” kata Apek. Hari sudah larut. “Mana kereta kau? Tak nampak pun.”
“Kat sana. Eh, Pek betul ke ni kau dah pindah rumah?”
“Betullah! Buat apa aku nak tipu? Kan aku dah bagi alamatnya. Pergilah tengok sendiri kalau tak percaya.”
“Minggu lepas? Betul ke ni?” Ali masih tidak percaya. “Kan ke malam tadi kita jumpa?”
“Mana ada... kau ni mengonglah. Kau kan takde kat sini seminggu. Ngigau ke apa kau ni?” Apek menumbuk bahu Ali.
“Oi, sakitlah!” Ali mengaduh.
“Aku saja nak tengok, kau ngigau ke jaga. Jaga rupanya tapi kenapa cakap kau macam orang tingtong?” Apek ketawa “Kenapa dengan kau ni? Kau tak ingat ke kau pergi Langkawi? Kan kau kursus kat sana minggu lepas?”
Ali mendesah kuat. Betulkah dia ke Langkawi? Mengapa dia tidak ingat?
“Eh, kau merajuk ke, Li?” soal Apek, tersalah sangka bila melihat Ali terus diam dan membuat muka tidak puas hati. “Alah, aku memang nak bagi tahu kat kau pun. Nak suruh kau tolong angkat barang tapi dah kau takde, nak buat macam mana? Eh, jomlah balik. Dah pukul berapa ni?” Apek memeriksa jam tangannya. “Jom aku teman kau ke kereta kau. Eh, mana kereta kau? Aku tak nampak pun.”
“Ada kat sana.”
“Jom aku temankan kau ke sana. Kau tu kan penakut.”
“Banyaklah kau punya penakut.” Ali menolak. “Takpelah. Kau pergilah balik.”
“Betul ni?”
“Ya! Kau pergilah dulu. Aku nak telefon member kejap.”
“Takpe. Kau buatlah call tu. Aku tunggu.” Apek berubah fikiran. Dia hendak tahu siapa kawan yang ingin Ali hubungi itu. Kepercayaannya terhadap Ali sudah susut sedikit.
“Alah, kau balik je lah. Aku nak call makwe akulah. Takkan aku nak sembang depan kau pulak!” Ali kendurkan ketegangan yang dia sendiri dapat rasa dengan tawa kecil.
“Betul ni?” Apek merenung Ali dalam-dalam. Suasana yang kelam menyukarkan matanya mencari ketelusan pada wajah Ali.
“Betul. Pergi balik.”
“Okey.” Apek melangkah ke keretanya. Dia berpaling dan menuding ke arah Ali. “Aku okey asalkan kau okey!”
“Aku okey. Kau okey ke?”
“Pasal pulak tak okey?” balas Apek.
“Noran!” jawab Ali.
Mereka sudah seperti adik-beradik. Dia faham perangai Apek dan Apek memahami perangainya. Dia boleh mengata, menyindir dan mengutuk Apek sesuka hatinya, begitu juga sebaliknya. Habis-habis Apek akan bermasam muka sahaja dengannya. Selepas sejuk, mereka berbaik semula tetapi orang lain, jangan cari fasal dengan Apek. Sindir pun jangan. Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang tetapi kalau hendak merasa mata pedang Apek, dipersilakan mengutuk dia.
“Ah, aku okeylah!” Apek membuat isyarat bagus.
“Jangan macam-macam, Pek!” nasihat Ali.
Apek menepis angin dan masuk ke dalam keretanya. Ali tidak berganjak dari tempat mereka bersembang tadi. Dia merenung Apek sambil berpura-pura bercakap dalam telefon sehinggalah sahabatnya itu berlalu. Punggungnya disandarkan pada bonet kereta yang terparkir di belakangnya. Dia duduk seketika di situ, merenung ke arah di mana lampu bontot kereta Apek menghilang.
Dalam masa lebih kurang sepuluh minit, barulah dia tegakkan semula tubuhnya dan masuk ke dalam kereta tempat dia menyandarkan bontotnya tadi, memandu pergi dengan satu perkara sahaja dalam fikirannya. Emak dan ayah.

Published on May 08, 2017 06:33
#6
“CEK merata,” arah Tok Zel lagi.
‘Hantu-hantu belaan’ Tok Zel mengambil tempat masing-masing di hadapan setiap dinding di dalam ruang tamu suite itu. Oleh sebab Ali tidak memahami pucuk pangkal arahan yang diterima, dia hanya duduk diam sambil memerhati Apek dan yang lain-lain menghalakan telefon pintar masing-masing ke beberapa arah.
“Diorang nak pastikan takde hidden camera dalam bilik ni.” Tok Zel menerangkan kepada Ali tanpa dipinta.
“Kenapa ada orang nak rakam pulak, tuk? Siapa? SPRM ke?” Rasa pelik dalam hati Ali semakin menjadi-jadi. Setahunya, hanya SPRM yang suka merakam aktiviti individu yang mereka syaki menjalankan kegiatan haram.
Dari kurang selesa, hati Ali terus jadi tidak selesa. Dia berpeluk tubuh di sebelah Tok Zel. Dalam hati terdetik rasa kesal. Niatnya datang ke situ untuk menimba ilmu menambahkan kekayaan tetapi nampaknya ilmu menambah bala dunia akhirat yang bakal diperolehnya!
“Takdelah. Lebih baik berhati-hati,” jawab Tok Zel, yang kurang senang jadi perasaannya bila mendengar soalan Ali yang tidak berlapik langsung.
“Clear, boss,” lapor Apek.
Yang tiga orang lagi pun memberikan laporan yang sama.
Lampu dinyalakan semula.
Tok Zel menyuruh tiga ‘ekor hantu belaannya’ mengambil tempat duduk masing-masing, sementara Apek pula disuruh pergi ke bilik yang sebuah lagi iaitu bilik tidur suite tersebut. Tidak lama di dalam bilik tidur itu, Apek keluar semula dengan menjinjing lima buah beg kertas keras berwarna keperangan yang bersaiz sederhana.
Semua berjeda. Mata masing-masing tertumpu pada Apek.
Ali hanya memerhati dengan dada yang berdebar-debar semasa Apek menyerahkan setiap satu beg itu kepada Alim, Noran dan Darshah. Ali tengok ketiga-tiganya menerima beg itu dengan senyuman yang paling berseri di muka mereka. Teringin sangat hatinya hendak tahu isi kandungan beg-beg itu.
Ada lima buah beg semuanya. Terlintas dalam hati Ali, beg yang sebuah lagi itu untuk siapa? Dia pun dapat jugakah?
‘Kau jangan nak beranganlah, Li,’ desis hati Ali. ‘Baru join takkan dah dapat habuan!’
Benar seperti kata hatinya, beg keempat itu Apek serahkan kepada Tok Zel. Yang kelima pula ternyata untuk Apek sendiri, yang dibawa ke tempat duduknya iaitu di sebelah Ali.
Apek hanya tersenyum penuh bermakna bila melihat pandangan mata Ali yang jelas rakus dan tertanya-tanya. Berminat nampaknya Ali ingin tahu isi di dalam beg kertas itu.
‘Kau tak payah tanyalah, Li. Tunggu je Tok Zel buka cerita,’ desis hati Apek.
“FYI, minggu depan kita dijemput ke upacara pecah tanah.” Tok Zel memecahkan jeda.
Pengumuman Tok Zel itu disambut oleh hingar gelak tawa empat ‘ekor hantu belaannya.’
“Terima kasihlah, tuk kerana menjemput kami tapi kami rasa kami pergi masa raya Cina ajelah, tuk. Masa tu ada angpau,” ujar Darshah.
Mereka ketawa lagi. Di mana lucunya, Ali pun tidak tahu, namun dia ikut tersenyum.
“Duit je yang kamu nampak!” Tok Zel menghela nafas dengan kuat.
“Cash is Kinglah, tuk! Ish, tuk ni macam tak faham pulak,” jawab Alim dalam nada menyindir.
Berderai lagi hiruk-pikuk tawa mereka.
“Tak payah penat-penat jemput kami pergi ke upacara pecah-pecah tanah ni, tuk. Kalau dapat tanah sebidang, gagahlah jugak kami pergi.” Noran melirikkan pandangan ke arah Apek. Gambaran cemburu tertera pada renungannya. “Tapi kalau nak suruh pergi sesaja, uhhh... tak payahlah. Tak sanggup den terpacak kek bawah terik matahari. Den ni kalau tuk nak tahu, putera lilin!” Noran ketawa untuk menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
Dia masih marah pada Tok Zel dan Apek. Masih mempertikaikan sikap pilih kasih Tok Zel. Adilkah Apek seorang sahaja dihadiahkan sebidang tanah padahal mereka semua mempertaruhkan diri dan pekerjaan mereka untuk memakbulkan kehendak klien Tok Zel?
“Putera lilin kepala bana kamu!” carut Tok Zel.
Gegak gempita ‘hantu-hantu belaan’ Tok Zel ketawa. Ali terus tersenyum dan menjatuhkan pandangan. Semakin lama semakin bertambah sisi gelap Tok Zel yang dapat dilihatnya. Rasa hormatnya terhadap lelaki separuh usia itu mula menyurut.
“Dah! Dah! Dah! Senyap semua!” Tok Zel mengarah. Tertera rasa puas hati pada wajahnya. Dipandangnya beg-beg kertas yang ‘hantu-hantu belaannya’ pegang. “Kenapa tak tengok lagi apa yang kamu dapat? Tiba-tiba pulak malam ni nak kena bersuruh?” sindirnya.
“Hormat punya pasal, tuk. Kenalah tunggu arahan,” sindir Noran.
“Hormat kepala bana kamu!”
Kena lagi Noran. Dia hanya ketawa, merelakan diri dicaruti oleh Tok Zel walaupun isi hatinya dia seorang sahaja yang tahu.
“Bukalah lekas. Tengok!” arah Tok Zel.
Pergerakan yang serupa tetapi tidak sama mula berlaku. Tingkah laku Noran, Alim dan Darshah, fuh, tidak ubah seperti budak-budak hyper yang pertama kali mendapat hadiah. Mereka menyelongkar dengan iltizam isi di dalam beg kertas masing-masing. Senyuman membelah muka. Gurau senda dan gelak tawa mereka menghingarkan suasana.
Apek relaks dahulu, tersenyum sahaja menengokkan gelagat Ali yang memerhati dengan penuh minat kawan-kawan yang lain sedang merakus. Bila perhatian Ali terkalih padanya, barulah dia membuka beg kertasnya. Memang dia sengaja menunggu Ali pandang ke arahnya. Dia hendak bagi Ali nampak betul-betul isi di dalam beg kertas itu.
Duduk berpeluk tubuh, Ali memerhati dengan teliti pergerakan tangan Apek yang tersangat perlahan. Betul-betul menduga kesabarannya. Bila Apek alihkan penutup kertas di bahagian paling atas beg itu, renungan Ali terpana pada isi kandungan beg itu yang terpamer untuk tatapan matanya. Agak lama jugalah pandangannya terpateri di situ.
Suasana dirasakan hening tiba-tiba.
“Muka kau, Li! Priceless!”
Suara Alim yang diikuti derai tawa ‘hantu-hantu belaan’ Tok Zel yang lain, mengejutkan Ali. Terus dia mengangkat muka dan menelan liurnya yang hampir menggecar di bibir. Terasa malu bila menyedari dirinya menjadi bahan ejek tawa mereka semua.
Mereka ingat mereka siapa hendak mengetawakannya?
“Tengok! Priceless aku cakap!” Alim menunjukkan kepada Darshah video gelagat Ali yang berjaya dirakamkannya menggunakan telefon pintar.
Mata Ali terkebil-kebil memandang mereka. Dapat rasa darahnya disedut kering dari muka. Degupan jantungnya tidak lagi normal. Terlalu laju hingga menyakitkan dada.
“Viralkan je,” saran Darshah.
“Tak payah nak viral-viral. Muka korang lagi teruk masa mula-mula korang dapat beg ni dulu,” sanggah Tok Zel. “Padam, Lim. Padam!”
Direnungnya Alim sehingga Alim selesai memadam video itu dari telefon pintarnya. Tok Zel risau video itu akan jatuh ke tangan orang tertentu. Terpaksa letak jawatan jika video itu benar-benar tular!
“Dah!” kata Alim.
Darshah mengangguk sebagai mengesahkan cakap Alim. Sebentar tadi Tok Zel memberikan isyarat mata kepadanya, menyuruhnya memantau Alim demi memastikan Alim benar-benar telah memadamkan video itu. Tugas kecil itu dijalankannya dengan sempurna.
Selepas puas hatinya, selepas semuanya kembali tenang, barulah Tok Zel bersuara semula.
“RM50 ribu ni upah untuk job minggu lepas,” kata Tok Zel. “Well done, boys!”
Sekali lagi halkum Ali bergerak-gerak menelan liur. RM50 ribu? Seorang dapat RM50 ribukah atau RM50 ribu itu dibahagi kepada lima? RM10 ribu pun lumayan juga tetapi kerja apakah yang terpaksa mereka lakukan untuk memperoleh upah selumayan itu?
Menjerit hatinya ingin tahu.
“Belanja elok-elok. Ingat...”
“...belanja separuh, yang separuh lagi simpan untuk masa depan!” Keempat-empat ‘ekor hantu belaan’ Tok Zel bersuara hampir serentak, menyambung cakap ketua mereka. Selepas itu tawa mereka berderai lagi.
Tok Zel mengorak senyuman puas hati.
“Terima kasih, tuk. Murah rezeki tuk.” Noran menabur pujian yang tidak ikhlas. “Takde apa lagi kan, tuk? Boleh tak kami blah?”
Noran berdiri, tidak sabar untuk keluar dari situ kerana ada hal penting yang ingin dilakukannya. Darshah dan Alim duduk dalam keadaan bersedia, juga tidak sabar hendak berlalu jika diizinkan.
“Huh, perangai tak senonoh betullah korang ni! Dapat je duit terus nak blah. Nak blah pergilah blah!” balas Tok Zel.
Dia buat muka marah tetapi senyumannya merekah sesaat kemudian. Dia cukup memahami perangai mereka bertiga. Lagipun, urusannya dengan mereka bertiga sudah selesai.
“Terima kasih, tuk. Allah murahkan rezeki dato’.”
Berekor-ekor pujian dan ucapan terima kasih keluar dari mulut mereka bertiga.
“Simpan bodek korang tu. Tak payah nak jilat sangatlah!” getus Tok Zel.
Menyangkakan dia juga termasuk dalam arahan itu, Ali turut bangun. Faham sudah bagaimana Apek menjana pendapatan sampingan sehingga mampu membina sebuah rumah mewah. Cuma, caranya sahaja yang dia masih belum tahu. Mungkin di luar nanti barulah Apek menerangkan kepadanya, fikir Ali.
“Kau tunggu kejap, Li.” Tok Zel membuat isyarat tangan menyuruh Ali duduk.
“Sabar, Li,” ujar Apek. “Yang kau nak balik cepat sangat ni apa hal?” Dia mengekeh seolah-olah mengejek.
Ali duduk semula. Matanya ditumpukan pada Tok Zel. Dadanya kembali berdebar tidak tentu hala.
“Aku dengar kau baru beli rumah,” ujar Tok Zel.
“Ya, tuk.” Ali mengangguk. Semakin laju debaran hatinya.
“Berapa harga rumah yang kau beli tu?” soal Tok Zel lagi.
“RM260 ribu.”
“Rumah teres dua tingkat?”
Ali mengangguk lagi.
“Okeylah tu. Lambat tahu pasal kau. Kalau tak, boleh kau bina rumah mewah macam Apek ni. 6 bulan je siapnya kan, Pek?” kata Tok Zel sambil menyelukkan tangan ke dalam beg kertasnya.
Pandangan Ali melirik ke arah Apek yang terangguk-angguk, mengiakan cakap Tok Zel. Ali tidak menyangka sudah lama Apek melibatkan diri dengan Tok Zel. Pandai betul Apek menyimpan rahsia.
“Nah! Tolong kau settle sikit hutang kau tu.”
Suara Tok Zel menarik perhatian Ali, yang kemudiannya memejamkan mata akibat terkejut ketika sesuatu dilemparkan ke arahnya. Kelam-kabut dia menyambut.
“RM10 ribu tu, kawan...” Apek tersenyum penuh bermakna.
“Apa ni, tuk?” tanya Ali.
Mukanya pucat tidak berdarah. Sebuku tebal duit not RM50 itu digenggam dengan erat. RM10 ribu kata Apek? Fuh! Dada Ali berdebar laju. Belum pernah lagi dia memegang duit sebanyak itu.
“Kalau kau nak lagi, kau bagi tahu Apek.” Tok Zel tidak menjawab soalan Ali. “Tapi kena buat kerjalah. Bukan mintak cenggitu je kat dia. Tak baginya.”
“Mana boleh bagi free-free, tuk. Kenalah buat kerja! Aku pun buat kerja. Bukan makan gaji buta,” sampuk Apek.
“Kerja apa tu?” Ali memberanikan dirinya bertanya.
Tok Zel pandang Apek. Sekali lagi terbit rasa kurang senang dalam hatinya terhadap Ali.
“Nak cerita ke, Pek? Boleh percaya ke dia ni?”
Tersiat hati Ali mendengar soalan Tok Zel itu. Dengan selamba Tok Zel melontarkan soalan tidak berlapik itu di hadapannya. Kalau dia tidak boleh dipercayai, mengapa ajak dia ke situ? Mengapa bagi dia RM10 ribu? Mengapa dedahkan aktiviti haram kepadanya?
Ali yakin sepenuhnya bahawa Tok Zel dan ‘hantu-hantu belaannya’ menjalankan aktiviti haram. Halal apanya kalau berjumpa pun secara bersorok-sorok? Upahnya pun terlalu lumayan. Yang halal upahnya selalu tidak berbaloi dengan usaha.
“Takpelah, tuk kalau tuk tak percayakan saya.” Ali telan liur. Berubah air mukanya. Hatinya terkilan tetapi dia terasa berat hendak memulangkan duit RM10 ribu itu kepada Tok Zel.
“Uish! Kuat majok ngalahkan ore tino!” Tok Zel mengekeh.
Ali terkesima. Perangai Tok Zel berbeza betul. Tok Zel yang kebiasaannya sentiasa menghormati orang lain, malam itu berkelakuan seperti orang yang tidak bermaruah!
“Relaks arr... Li. Tok Zel melawak je tu. Kau ni... takkan macam tu pun kau nak sentap? Relaks,” pujuk Apek.
“Pergi bawak dia balik, Pek. Menangis pulak dia karang, susah aku.” Semakin galak Tok Zel menyakat Ali.
“Tuk ni pun satu. Tak payahlah sakat dia, tuk! Bukan senang nak cari orang yang boleh dipercayai macam dia ni!” Apek membela Ali.
“So, kau nak join ke tak ni?” Tok Zel menyoal dengan serius. “Kalau nak join tak boleh banyak tanya, jangan banyak cakap, jangan meroyan! Buat je kerja.”
Baru sahaja Ali hendak membuka mulut bertanya, sudah disogokkan dengan amaran itu. Terdiam dia. Matanya terpateri pada duit di tangan. RM10 ribu bukan sedikit!
Ali telan liur.

Published on May 08, 2017 06:32
#5
Hotel Pullman Kuala Lumpur
TEPAT jam 8 malam Ali tiba di Hotel Pullman Kuala Lumpur, serentak dengan ketibaan Apek. Sebenarnya selepas bersarapan dengan Apek pagi tadi, dia membatalkan niat untuk menyertai Apek di situ malam itu tetapi dia berubah fikiran selepas menerima notis amaran daripada pegawai atasannya, yang memarahinya kerana dia keluar makan pagi selama sejam tanpa alasan kukuh.
‘Argh! Tahu-tahu je dia ni. Ada spy ke?’
Bikin Ali stres sahaja!
Memang benar janji temunya dengan Apek tidak berlandaskan kerja tetapi yang patut dimarahi bukan dia. Pegawai atasan itu sepatutnya memberikan notis amaran itu kepada Apek kerana Apek yang membuat janji temu itu.
Geram punya fasal, Ali terus ke stesen LRT selepas habis kerja walaupun pegawai atasannya sudah mengeluarkan arahan supaya Ali datang berjumpa dengannya selepas waktu pejabat. Peduli apa dia dengan arahan itu?! Waktu kerja sudah tamat. Apa hal hendak berjumpa dengannya selepas waktu kerja pula? Hal pejabat selesaikan dalam waktu pejabatlah. Mereka bukannya kawan lepak yang selalu berjumpa selepas habis waktu kerja. Kenal pun tidak!
Ali menaiki LRT menuju ke stesen yang terletak berhampiran dengan rumahnya, mengambil keretanya yang diparkirkan di situ kemudian dia memandu ke Hotel Pullman. Dia tidak pulang ke rumah dahulu kerana tidak mahu emak dan ayah nampak kemarahannya. Dia takut dia akan berlaku kurang ajar terhadap mereka jika dia balik dalam keadaan hati yang gundah-gulana.
“Kau tahu tak aku dapat surat warning dari pegawai baru tu lepas kita meeting pagi tadi. Celaka betullah! Makan pun tak boleh ke?” Apek merungut-rungut. Meredam mood dia malam itu.
“Kau dapat jugak ke?” Ali terkejut. Sangkanya dia seorang sahaja yang menjadi sasaran pegawai baru itu.
“Kenapa? Kau pun kena ke?”
“Kita makan berdua kut! Tapi kita meeting ke?” sindir Ali.
“Aku dengan Noran... hari-hari kena dengan dia. Macam takde orang lain dia nak psiko. Noran kata dia nak psiko haram jadah tu balik.”
“Dia nak buat apa? Noran,” soal Ali.
“Tak tahu. Tunggu dan lihat jelah.”
“Cakap dengan Noran jangan macam-macam. Ke balai nanti, sendiri yang susah,” nasihat Ali. “Tadi dia suruh aku jumpa dia lepas habis waktu pejabat.”
“Siapa? Haram jadah tu ke? Huh, aku pun dia panggil! Sorrylah aku nak tunggu. Kau ingat habis-habis waktu pejabat tu dia terus jumpa kita ke? Jangan haraplah! Dia mesti torture kita dulu. Biar kita tunggu lama-lama last-last dia kata dia tak dapat jumpa kita sebab ada hal lain. Haram jadah macam tu bukan boleh percaya sangat. Baik aku blah. Banyak lagi benda lain yang aku boleh buat.”
“Aku pun terus blah je tadi.” Mendidih pula darah Ali. Logik juga cakap Apek itu.
Apek mengeluh. “Haih, aku tak faham betullah dengan haram jadah tu. Selalu sangat dia nyusahkan aku. Celaka betul. Dia belum kenal siapa aku.”
“Eh, kau nak buat apa?” Ali perhatikan air muka Apek. Hatinya mula risau. “Tak payahlah... buat bodoh je.”
Apek berjeda. Di fikirannya memang sudah ada macam-macam. Dendamnya sudah lama terpendam.
“Pek! Tak payah buat apa, Pek! Jangan cari pasal.”
Semakin kuat kerisauan Ali. Baran Apek boleh tahan juga. Dia pernah melihat Apek melakukan vandalisma terhadap kereta beberapa orang pensyarah semasa di zaman belajar dahulu. Rosak teruk kereta-kereta itu tetapi hingga sekarang Apek terlepas. Tiada siapa yang boleh tuding jari padanya sebab dia ada alibi. Pernah sekali Ali mengikut Apek mengekori seseorang yang sengaja mencari pasal dengannya. Ali ikut kerana ingin memastikan Apek tidak melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibat kepada kawan serumahnya itu.
Dahulu bolehlah Ali memerhatikan Apek sebab mereka tinggal sebumbung. Sekarang payah sedikit. Dia hanya boleh memberikan nasihatnya sahaja.
“Pek! Kau dengar tak cakap aku ni?” desak Ali. Bertokok risaunya bila melihat panjang sangat jeda Apek.
“Yalah! Yalah! Kau tak payah risaulah.” Akhirnya Apek bersuara.
“Mestilah risau. Kau tu bukannya boleh.”
“Dahlah. Lupakan. Jom. Diorang mesti dah tunggu.”
Melangkah bersama Apek di lobi hotel lima bintang itu, Ali membayangkan dia akan dibawa masuk ke dalam dewan yang dipenuhi manusia yang ingin mengetahui rahsia kejayaan Apek membina rumah mewah. Namun, bayangan yang terbentuk dalam mindanya tersasar jauh di alam realiti. Dia dibawa oleh Apek ke sebuah suite mewah.
“Sebelum kita masuk, aku nak ingatkan kau,” kata Apek dengan nada serius semasa mereka berdua berdiri di hadapan pintu masuk suite mewah itu. “Buka fikiran kau. Jangan fikir macam-macam. Fikir benda-benda yang positif je. Ingat, kau datang sini malam ni sebab kau nak majukan diri. Benda yang tak berfaedah, kau buang dalam tong sampah.”
Berfikiran positif. Yang negatif, buang dalam tong sampah? Okey, tidak ada masalah. Ali mengangguk.
Apek menekan loceng. Pintu dibuka oleh seorang gadis manis yang memakai pakaian seragam hotel. Dia menyapa mereka dengan lembut, meminta kata kunci daripada Apek sebelum membenarkan mereka masuk.
‘Siap ada password bagai!’ desis hati Ali sambil mengintai ke dalam suite mewah yang ditebari cahaya suram.
Pandangan Ali disambut oleh susuk tubuh seorang lagi gadis berpakaian seragam hotel, yang sedang menghidangkan makanan di atas meja makan mewah yang ada enam buah bangku. Gadis yang membuka pintu untuk mereka tadi menyertai rakan sekerjanya.
Dalam cahaya suram itu Ali masih dapat melihat kejelitaan mereka berdua. Dia menguntum senyuman bila mereka mengangkat muka memandang ke arahnya. Senyumannya dibalas dengan senyuman paling manis.
‘Cantik belaka pekerja hotel 5 bintang ni,’ desis hati Ali. Tidak puas matanya merenung mereka.
Menoleh ke hadapan, Ali ternampak Noran yang merupakan seorang pegawai kanan di cawangan tempatnya bekerja. Noran yang berdiri dengan sisi kiri tubuh badannya menghadap Ali, sedang berbual dengan seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya kerana lelaki itu berdiri membelakangkan Ali dan menghadap jendela berkaca. Mata Ali melirik ke sofa. Di sana, dua orang lagi pegawai kanan yang bernama Darshah dan Alim sedang berbual sambil menikmati minuman dingin.
Ali mengenali mereka semua. Ketiga-tiganya sangat ‘popular’ kerana memiliki reputasi buruk tetapi tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib, seolah-olah mereka kebal. Ali yakin ada orang atasan yang ‘menjaga’ mereka.
Sangsi Ali memikirkan, bagaimana Apek boleh berkawan dengan mereka bertiga.
“Tuk!” panggil Apek.
Spontan Ali menoleh ke hadapan semula, teruja untuk mengetahui identiti lelaki yang Apek panggil ‘tuk’ itu. Spontan juga lelaki di hadapan jendela berkaca itu berpaling ke belakang. Terkedu Ali melihat gerangan lelaki itu bila wajahnya disimbah cahaya suram lampu di dalam suite itu.
Tuk yang Apek panggil itu bernama Fadzil atau lebih mesra dipanggil Tok Zel. Seorang haji. Orangnya tidak tinggi dan tidak rendah, berwajah manis, sentiasa tersenyum, disenangi ramai dan sangat terkenal dengan sifat rendah diri serta suka bersedekah.
Ali semakin tidak sedap rasa. Semakin keliru. Otaknya terus serabut tiba-tiba. Sukar dia memahami bagaimana seorang pengarah berpangkat dato’ yang juga seorang haji yang sentiasa menjaga nama baiknya serta menjadi idola setiap pekerja, boleh bercampur dengan pegawai bermasalah seperti Noran, Alim dan Darshah?
Tidak terkecuali Apek. Sejak bila Apek berkawan baik dengan ketiga-tiga orang pegawai kanan itu?
Tok Zel menghampiri Ali. Pada tangannya ada setin minuman keras. Ali terpana hingga tidak mampu berkata apa-apa. Semakin Tok Zel mendekat, semakin jelas roman mukanya di mata Ali dan perlahan-lahan Ali mula menyerap situasi itu. Dia mula nampak wajah sebenar Tok Zel. Selama ini Tok Zel memakai topeng rupanya. Bijak! Bijak!
Siapa yang akan percaya jika ada orang menuduh Tok Zel minum arak dan ‘membela’ hantu tiga ekor itu? Silap! Empat ekor. Terlupa pula Ali pada Apek. Dan bagaimana pula dengannya? Adakah dia akan menjadi ‘hantu belaan’ Tok Zel yang kelima?
“Ali!” Tok Zel mendapatkan Ali dengan tangan terjulur. “Kau nampak stres.” Tok Zel mengekeh.
Noran mengekori Tok Zel. Darshah dan Alim turut bangun untuk menyambut kedatangan Ali. Masing-masing dengan wajah penuh curiga kerana mereka juga kenal siapa Ali dan tahu sangat rekod bersih Ali. Namun, pembuat keputusannya adalah Tok Zel!
“Bagus! Bagus!” Tok Zel menepuk-nepuk bahu Ali semasa mereka bersalaman.
Apa yang bagusnya, Ali pun tidak tahu.
“Kita makan dulu,” kata Tok Zel lagi.
Air kencing syaitan itu diteguknya sehingga habis. Selepas itu barulah mereka semua duduk.
Semasa makan, yang lima orang itu berbual rancak tetapi Ali mengambil keputusan untuk menjadi pendengar. Dia tidak tahu sarang apakah yang dimasukinya itu, jadi lebih baik dia berhati-hati. Setakat itu mereka semua hanya berbual santai, beralih dari satu topik ke satu topik dengan lancar. Akhir sekali bila semuanya hampir selesai makan, Tok Zel menyuruh mereka menunjukkan kad nama masing-masing, yang ternyata baru sahaja mereka cetak minggu itu. Hiruk-pikuk suara mereka ketika masing-masing cuba mengangkat kehebatan kad nama sendiri.
Kad nama bertukar tangan. Ali pun dapat sekeping daripada setiap ‘hantu belaan’ Tok Zel. Ada hashtag yang sama pada setiap kad nama itu. #DariTanahKeTanah tertulis dengan dakwat berwarna keemasan. Berbelit-belit akalnya berfikir mencari maksud perkataan yang dihashtag itu.
“Nah, Ali.” Tok Zel melemparkan sekeping kad namanya kepada Ali. “Simpan baik-baik kad aku tu. Mahal tu. Yang kuning tu gold-plated 24 karat,” pesannya. “Esok bila kamu tempah kad nama kamu pulak, Li pilih kertas yang paling mahal. Kalahkan mangkuk-mangkuk ayun ni.”
“Ai, tuk! Pilih kasih nampak!” sindir Alim.
“Jadah apa aku nak pilih kasih? Aku cakap common sense. Kamu faham common sense tu apa?” balas Tok Zel.
“Faham, cikgu!” jawab Alim.
Berderai tawa mereka. Dua orang pelayan hotel itu pun ikut ketawa, tercuit melihat telatah nakal jejaka-jejaka yang mereka layani malam itu.
Selesai sahaja makan malam, pelayan hotel itu membersihkan meja. Sebaik sahaja mereka berdua meninggalkan suite itu, sesuatu yang pelik mula berlaku.
Tok Zel mengarahkan semua lampu di dalam suite itu dipadamkan dan langsir ditutup sehingga keadaan di dalam bilik itu menjadi gelap-gelita.
Dada Ali berdebar lain macam. Ilmu apakah yang hendak diperturunkan ini?
Adoiii... Apek, kau jangan macam-macam!

Published on May 08, 2017 06:31
#4
ALI tiba di pejabat tepat pukul 8 pagi. Ingatkan tidak sempat sampai sebelum masuk waktu kerja, rupa-rupanya sempat juga. Dia mengelap peluh yang mencurah di muka sambil menegur stafnya dengan ramah sebagaimana kebiasaannya.
“Tolong doakan takde orang marah-marah kat saya pagi ni, Liza,” kata Ali sambil lalu di hadapan meja setiausahanya.
“Saya doakan orang tu takde alasan nak marah-marah Encik Ali pagi ni, aamiiin...” Liza meraup mukanya dengan dua belah tangan.
“Aamiin...”
“Encik Ali!” seru Liza tergesa-gesa. “Kenapa Encik Ali masuk kerja hari ni? Rajin betul!” Liza tersenyum kecewa. Terbatallah rancangan yang sudah dibuatnya. Bos ada.
Terhenti langkah Ali. Dia berpatah balik berdiri di sisi meja Liza. “Awak masuk kerja kenapa?” tanya Ali, tersalah faham.
“Takdelah... kan Encik Ali dapat off hari ni. Kalau saya, memang tak datanglah... orang dah bagi cuti baik saya qada tidur. Letih ooo....”
Berkerut-kerut dahi Ali, terasa seperti bersembang dengan makhluk asing. Dia memang mudah bosan bila bercakap dengan spesis dari planet Zuhrah ini. Mereka suka bercakap entah apa-apa. Menyusahkan kepala otaknya sahaja. Kalau boleh elak, memang dia akan elak tetapi oleh sebab ofisnya didominasi oleh spesis itu, termasuklah setiausahanya itu, nak tak nak terpaksalah Ali hadap juga.
“Takde bawak oleh-oleh untuk kami ke?” Soalan Liza menahan Ali yang hendak pergi.
“Takde.” Jawapan berbaur umpan Ali berikan supaya dia dapat mengorek maksud cakap setiausahanya. Dia pergi ke mana sampai hendak membawa balik oleh-oleh untuk mereka?
“Lain kali pergi Langkawi tu, belilah oleh-oleh untuk kami. Bukannya mahal pun. Dulu pergi Jepun pun tak bawak balik apa-apa. Kami bukannya ramai sangat. Boleh je beli satu souvenir setiap minggu kalau nak.”
Suara Liza bernada merajuk, sedangkan dia tahu bosnya itu bukanlah jenis yang suka membawa balik oleh-oleh. Dia pun bukannya hendak sangat oleh-oleh dari Langkawi. Sudah banyak fridge magnet yang diterimanya daripada kawan-kawan yang bercuti di sana. Tetapi dia masih terkilan dengan Ali kerana tidak membawa balik apa-apa untuknya selepas berkursus selama tiga bulan di Jepun tahun lalu. Dapat sahaja peluang, memang diungkitnyalah kisah lama itu.
Yalah, Ali kenalah faham. Jepun itu jauh. Bukan macam Langkawi!
Jawapan sudah diperoleh. Spontan Ali memerah otak. Bila dia ke Langkawi?
“Encik Ali!” Liza melambaikan tangan di hadapan muka Ali. “Sempat berangan pulak dia!”
“Sorry. Saya lupa.”
“Busy sangatlah tu...” Sindiran lembut Liza hadiahkan. “Best tak Langkawi? Dah lama saya teringin nak pergi, tak pernah kesampaian,” ujarnya lagi.
“Lain kali awak pulak pergi. Dah! Pergi buat kerja tu. Sembang je!” arah Ali yang kembali melangkah menuju ke bilik kecil yang dijadikan pejabatnya. Fikirannya berkecamuk. Dia cuba menjejak kembali langkahnya semalam. Rasanya dia bekerja semalam. Ada sahaja di pejabat. Langkawi? Bila masa?
Jejak fikirannya terganggu bila dia melihat sahabat baiknya yang dipanggil Apek, sedang duduk menunggu di dalam pejabatnya.
“Awalnya, Pek!” tegur Ali usai memberi salam. Tertanya-tanya hatinya apa yang Apek mahukan daripadanya pagi itu.
“Nak ajak kau sarapan.”
“Aku dah sarapan kat rumah,” jawab Ali, cuba mengawal nafasnya yang masih berbunyi kuat. “Mak ayah kau sihat?” soalnya lagi.
Emak dan ayah Apek sering melayannya dengan baik sekali. Tumbuh rasa kasih sayang yang sangat tebal dalam hatinya terhadap mereka. Sifat dan sikap mereka yang penyayang, sangat menyenangkannya. Tingkah laku mereka, apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka, melekat kuat di sanubarinya.
“Hurm. Sihat.” Acuh tak acuh sahaja Apek menjawab.
“Sampaikan salam aku kat diorang. Rindu pulak aku kat diorang. Aku rindu cekodok pisang yang mak kau masak. Terbaik!”
Ali kesipu-sipuan bila mengenangkan cekodok pisang yang emak Apek masak. Memang sedap. Puas dia mencari orang yang pandai masak cekodok pisang seperti itu. Nasib baik jumpa. Walaupun rasanya tidaklah betul-betul sama tetapi untuk melepaskan rindu itu, bolehlah.
“Balik nanti aku sampaikan.” Apek menjulingkan matanya ke atas. “Kau apasal? Berlari ke apa?”
Dari atas ke bawah Apek merenung Ali. Penat semacam sahaja sahabat baiknya itu. Kulit muka Ali lebih kurang warna udang kena bakar. Merah menyala. Peluh meleleh di mukanya. Tangan Ali juga merah dan ada kesan luka.
“Kejar LRT. Cubalah sekali-sekala kau kejar LRT pulak,” saran Ali. Selain mengejar LRT, pagi itu dia terpaksa berurusan dengan orang gila. Entah apalah nasibnya pagi itu. Malang sungguh!
“Aku selesa pandu kereta. Tangan kau tu kenapa? Kau tahan tren dengan tangan ke apa sampai luka?”
“Ni? Aku kan Hulk!” Ali ketawa dengan jenakanya sendiri.
Walaupun Apek itu sahabat baiknya, tidak mungkin Ali bercerita pada Apek tentang apa yang telah berlaku padanya sebentar tadi. Kejadian pelik yang dialaminya tidak boleh dikongsikan dengan orang bermulut jamban seperti Apek. Cerita itu akan Apek jaja kepada semua orang. Ali juga yang akan mendapat malu.
“Ada apa sebenarnya ni?” soal Ali lagi seraya duduk kerana seingatnyalah, Apek bukannya rajin mengajaknya bersarapan di luar kecuali ada sesuatu yang dimahukannya.
“Eh, ajak sarapan pun tak boleh ke, Li?”
“Bukan tak boleh tapi kau tu bukannya aku tak kenal!” balas Ali.
Mereka pernah menuntut di universiti yang sama dan tinggal serumah selama hampir sepuluh tahun sebelum Ali membeli rumah sendiri. Perangai Apek, luar dalam ada dalam genggamannya.
“Jom sarapan dengan aku dulu. Jomlah!” gesa Apek yang sudah berdiri.
Ali memeriksa jam tangannya. Tanpa menyedari tingkah lakunya sedang diperhatikan, matanya mengerling fail yang bertimbun di atas meja. Fail-fail yang semakin membukit itu entah bila boleh diratakannya, sedangkan dia hanya ada satu otak, dua mata, dua tangan dan 8 jam masa bekerja dalam sehari. Seminit pun tidak boleh disia-siakan.
“Aku dah periksa dengan Liza,” kata Apek yang nampak lirikan mata Ali. “Kau takde meeting pagi ni...”
“Tu bukan masalahnya,” potong Ali.
Masalahnya ialah ada seorang pegawai atasan yang selalu mencari kesalahannya. Pegawai atasan itu baru bertukar ke cawangan itu. Mungkin sebab penukarannya ke situ atas dasar paksa, pegawai itu menjadikan Ali sasaran kemarahannya. Setiap pagi ada sahaja alasan yang membuatkannya memarahi Ali. Walaupun bukan Ali yang bersalah, Ali tetap kena marah.
Ali hanya mampu menyabarkan diri. Dia sedar pangkat dan kedudukan sering menyebabkan manusia jadi angkuh. Dia berdoa semoga pegawainya itu diberikan hidayah.
“...so, aku dah buat appointment nak jumpa kau,” sambung Apek, tidak mempedulikan bantahan Ali. “Jomlah! Kita breakfast meeting. Ada sesuatu aku nak bincangkan dengan kau.”
Apek melangkah keluar supaya Ali tidak boleh membantah kehendaknya. Terpaksa Ali mengikut. Jika sudah tertulis dalam jadualnya dia ada perbincangan dengan seorang lagi pegawai kanan dari jabatan lain, beranilah dia keluar sebab tiada siapa – termasuklah pegawai atasannya itu - boleh mempertikaikannya. Lagipun, bukan dia yang membuat janji temu itu.
Mereka ke sana berjalan kaki sahaja kerana restoran yang ditujui terletak beberapa pintu sahaja dari bangunan pejabat mereka. Bila sampai di sana, Ali terpandangkan seorang gadis yang sering berada di situ. Dia menyedari kehadiran gadis itu kira-kira dua bulan yang lalu. Hendak kata gadis itu bekerja di restoran itu, tidak juga. Gadis itu berpakaian kemas seperti pekerja pejabat. Staff access card tergantung pada lehernya. Mungkin pekerja pejabat kerajaan di sekitar kawasan itu.
Nantilah Ali siasat di pejabat kerajaan mana gadis manis itu bekerja. Teringin juga hendak tahu. Yang menarik perhatiannya, gadis itu sering bersendirian. Tidak pernah pun dia melihat sesiapa bersembang dengan gadis itu.
Gadis itu mengangkat mukanya semasa Ali dan Apek lalu di hadapannya. Matanya menusuk ke dalam anak mata Ali. Renungannya menderaukan darah Ali. Sesaat kemudian renungannya tersasar pada tangan Ali yang luka. Terpaksa Ali sorokkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.
Renungan gadis itu dipakukan semula pada mata Ali. Matanya seakan tersenyum, seakan dia berkata, ‘aku tahu apa kau buat tadi!’
Spontan Ali telan liur.
“Kau kenal tak perempuan tu, Pek?” bisik Ali semasa dia melabuhkan punggung di atas bangku.
“Perempuan mana?” Apek yang sedang sibuk membuat pesanan menggunakan isyarat tangan kepada pelayan restoran itu, menyoal balik.
“Shhh... pelanlah sikit cakap tu!” tegur Ali seraya mengintai gadis itu. “Kau jangan toleh kalau aku bagi tahu.” Ali memberi amaran. “Kau nampak kan perempuan yang duduk kat meja tepi pintu masuk tadi tu,” katanya lagi. Risau juga kalau-kalau dia seorang sahaja yang dapat melihat gadis itu.
“Ohhh...”
Panjang ‘oh’ yang Apek sebut tetapi reaksinya membuatkan Ali lega. Maknanya, semua orang nampak gadis itu, bukan dia seorang sahaja, cuma orang lain buat-buat tidak nampak. Tidak peduli.
“Perempuan tu...” Apek menoleh ke belakang walaupun sudah Ali larang. Dia hendak takut apa? Perempuan itu duduk membelakangkan mereka. “Perempuan tak betul tu,” kata Apek lagi.
“Kau ni, Pek selamba je mulut kau ngata orang! Mana kau tahu...” marah Ali. Kuat pula suara Apek. Mesti sampai ke telinga gadis itu.
“Memang selalu dia lepak kat sini.”
“Apa masalahnya kalau dia selalu lepak kat sini pun sampai kau nak label dia tak betul? Kita pun selalu lepak kat sini. Kita pun tak betul jugak ke?” tempelak Ali dengan nada perlahan. Mudah-mudahan Apek fahamlah isyaratnya itu dan ikut memperlahankan suara semasa membicarakan tentang gadis itu.
“Dia pernah halau orang yang duduk kat meja tu dulu. Orang tu tengah makan kut. Yang dia pergi halau tu kenapa? Ada tulis nama dia ke kat meja tu? Takde kan? Boleh pulak dia buat meja tu macam meja mak bapak dia. Orang waras mana buat perangai cenggitu, Li! Ada ke? Cuba kau cakap kat aku,” balas Apek.
“Bila? Ada ke dia halau orang?”
“Adalah dulu...”
“Kenapa aku tak ingat pun,” sanggah Ali. “Padahal tiap-tiap hari aku makan kat sini.”
“Kau memang 24 jam ke makan kat sini? Tak kan!” balas Apek dengan selamba.
Ali memanjangkan lehernya hendak mengintai gadis itu. Dia memang tidak ingat insiden yang Apek sebut itu. Setiap hari dia makan di situ, tidak pernah lagilah dia melihat gadis itu berkelakuan kurang ajar terhadap sesiapa. Gadis itu hanya buat hal sendiri sahaja.
Bagai berjanji hendak beradu mata dengan Ali, gadis itu berpaling ke belakang. Sekali lagi darah Ali berderau bila secara spontan pandangan mereka bertaut. Renungannya yang tepat memanah mata Ali tidak dikalihkan, sepertinya dia mahu memberitahu Ali sesuatu cuma gelombang isyaratnya tidak sampai kepada Ali dengan tepat.
Pandangan mereka terus terikat. Menyeramkan cara gadis itu memandangnya. Ali berdeham dalam usaha untuk menyedarkan matanya yang seperti dipukau oleh mata gadis itu tetapi usahanya menemui kegagalan. Dia hanya mampu meramas-ramas lengan kirinya yang tiba-tiba sahaja berasa sejuk dihentam semilir.
Mata Ali terus berbalas renungan dengan mata gadis itu. Dia berdeham lagi, masih mencuba untuk mematahkan pukauan mata gadis itu, namun dia terus gagal. Bila pelayan restoran datang untuk menghidangkan makanan di atas mejanya, lalu menghadang pandangannya, barulah Ali berjaya memutuskan kuasa yang mengikat matanya pada mata gadis itu.
“Apa cerita sebenarnya kau ajak aku makan pagi ni?” Segera Ali memulakan perbualan. Dia tidak mahu membuang lagi masa. Lebih cepat dia keluar dari situ lebih bagus. Kerjanya bertimbun. Gadis di meja hadapan itu pula menakutkannya.
Terasa menyesal merenung gadis itu tadi. Kini, gadis itu tidak berhenti memberikan perhatian kepadanya.
“Berapa sebulan kau kena keluar duit untuk bayar mortgage rumah kau tu?” soal Apek.
“Hah?”
Tercengang Ali mendengar soalan Apek. Perkara peribadi itu, tidak bolehkah Apek bertanya selepas habis waktu kerja nanti? Agak kesal Ali rasakan kerana Apek sanggup membuat janji temu dengannya semata-mata untuk bercakap tentang perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kerja yang diamanahkan kepada mereka.
“Rumah kau. Kan baru beli. Berapa sebulan ansurannya?” ulang Apek.
“Kenapa kau tanya?”
“Aku dah pindah rumah sendiri.”
“Hah?” Mengerekot kening tebal bak ulat bulu yang bertenggek di dahi Ali. Semakin pelik pula cakap Apek. Lain yang ditanya, lain pula yang Apek jawab. “Bila kau pindah?”
“Minggu lepas.”
“Hah? Biar betul!” tingkah Ali kerana cakap Apek tidak masuk akal langsung.
Bukankah dia pergi ke rumah Apek malam semalam? Bukan pergi ke rumah baru Apek. Hendak pergi macam mana, baru pagi ini dia dapat tahu Apek sudah berpindah rumah. Lokasinya pun dia tidak tahu. Malam semalam dia pergi ke rumah lama Apek, rumah yang disewanya bersama Apek sebelum dia berpindah ke rumah sendiri. Apek tidak ingatkah?
Atau... mungkinkah yang dia pergi itu cerita minggu lepas? Bukan malam tadi. Sungguh keliru Ali pagi itu.
Pandangan Ali berkalih bila dia melihat gadis yang duduk di meja hadapan tadi bangun.
“Hah, perempuan tu dah merajuk, Pek. Dia dengar cakap kau tadi,” bisik Ali.
“Lantak dialah. Dah memang dia tak betul, aku nak buat macam mana?” balas Apek dengan suara biasa.
“Keji sesangatlah kau ni, Pek! Cakaplah pelan-pelan.”
Gadis itu berpaling memandang ke arah Ali lalu tersenyum sayu. Kemudian dia mengangkat kaki dan pergi dari situ. Jelas di mata Ali, gadis itu telah mendengar perbualan antaranya dengan Apek dan sangat tersinggung dengan cakap Apek.
Ali tahu dia tidak boleh menyalahkan Apek seorang kerana mulutnya sendiri yang gatal berkata-kata. Kalau dia diam sahaja tadi, sudah tentu Apek tidak membalas cakapnya dengan bahasa yang menyakiti hati gadis itu.
“RM1.5 juta,” sambung Apek lagi bila Ali nampak tidak berminat dengan ceritanya. Malah, dia kehairanan melihat Ali makan dengan berselera. Tadi beria-ia menolak, kononnya sudah makan di rumah!
“Hah?” Semakin hilang akal Ali kerana tidak faham apa yang Apek cakapkan padanya.
“Harga rumah aku. RM1.5 juta. Ada plus-plus sebenarnya tapi aku bagi round figure.”
Suara Apek mengait tumpuan Ali kembali kepadanya.
“Kau beli rumah harga RM1.5 juta?” Terjegil mata Ali.
“Yup!” Apek tersenyum bangga.
“Kemaih, boh!” puji Ali. Terselit rasa cemburu bercampur rasa tidak percaya dalam hatinya. “Beli rumah kat mana? Suadamai ke?” tanyanya, sekadar berbasa basi. Hatinya tetap tidak percaya. Dia yakin Apek bercakap besar tetapi kosong semata.
“Taklah! Mana dapat harga macam tu kat Suadamai sekarang ni.” Apek tergelak-gelak. “Aku bina rumah kampung je. Kat dalam kampung. D’Pinggiran bandar.”
Intonasi suara Apek bernada bangga sebab rumahnya itu nama sahaja rumah kampung tetapi sebenarnya rumah banglo. Tanah di pinggiran bandar itu menjadi tumpuan orang kaya-kaya yang ingin lari dari kesibukan kota. Rugi besar kalau dia tidak rembat satu lot. Alang-alang orang hendak bagi!
“Bina ke beli?” soal Ali. Berbelit-belit cakap Apek. Yang mana satu betul?
“Bina, beli, sama je. Nak bina, kena beli dulu.”
“Takkanlah rumah kampung pun harga macam tu, Pek!”
“Betul...” Panjang betul ‘betul’ Apek. “Nanti aku bagi alamatnya. Kau datanglah ke rumah kampung aku tu.”
“Mak bapak kau pindah sekali ke?”
“Yalah! Dah mak bapak aku. Ikutkan hati aku ni, nak je aku tinggalkan diorang kat rumah kebajikan tapi nanti apa pulak orang kata.”
“Eh, kau ni... tak baik cakap macam tu. Mak bapak kau sikit punya baik ke!”
“Hah, kan betul cakap aku! Aku baru cakap, belum buat lagi, dah kena kutuk dengan kau.” Apek ketawa sinis. “Kau kenal mak bapak aku macam tu-macam tu je. Kau tak tahu diorang tu sebenarnya macam mana. So, tak payahlah nak bela diorang kat depan aku!”
Tergeleng-geleng kepala Ali. Sakit sangat hatinya mendengar penghinaan yang Apek lemparkan kepada ibu bapanya sendiri. Habis merudum semangatnya hendak meneruskan perbualan mereka.
Perubahan air muka Ali itu disedari Apek.
“Kenapa muka kau? Dengki rumah aku mahal ke?” Apek mengekeh.
Ali cuba ketawa tetapi tidak boleh. Hatinya terlalu marah. Ingin sahaja dia menyekolahkan Apek supaya sahabatnya itu faham, ada beza taraf antara anak dengan ibu bapa. Anak di bawah ibu bapa. Anak wajib menghormati ibu bapa. Anak memang berhak dimarahi atau dipukul oleh ibu bapa, bukan sebaliknya! Tetapi... ah, buang masa dia sahaja menasihati Apek. Apek bukannya jenis yang mahu mendengar kata. Sombong dan angkuh jadi pakaiannya. Biarlah! Tuhan ada. Tuhan Maha Adil. Suatu hari nanti Apek pasti akan menyesali perbuatannya mempersia-siakan ibu bapanya.
“Banyak duit kau, Pek?” Soalan yang terzahir tidak sama dengan apa yang ada dalam hati Ali, yang ketika itu masih belum surut didihnya. Anak kurang ajar, bentak hati Ali. Hati Ali juga berkata, kalau Apek tidak mampu buat cara tidak mampu. Tidak payahlah menipu. RM1.5 juta konon!
“Berkat menabung sejak kecik.” Apek ketawa dengan jenakanya sendiri.
Ali menggeleng lagi. Semakin yakin Apek hanya bergurau. Mana mungkin Apek mampu membina rumah semahal itu. Gaji Apek berapa? Umurnya pula sudah berapa? Tidak akan ada mana-mana bank pun yang sanggup memberikan pinjaman setinggi itu kepada pegawai yang bergaji kurang daripada RM5,000 sebulan!
Rumah teres dua tingkat Ali berharga RM260 ribu. Itu pun susah dia hendak mendapatkan pinjaman dengan tangga gajinya, padahal gajinya lebih banyak daripada gaji Apek. Pangkatnya pun lebih tinggi. Bila berjaya membuat pinjaman, dia terpaksa berhutang selama 30 tahun untuk melangsaikannya. Kalau pinjaman yang dibuat bernilai RM1.5 juta?
“Tahun bilalah baru habis hutang kau tu, Pek?”
“Tahun lepas,” jawab Apek.
“Hah?” Tertawa juga Ali kerana cakap Apek yang semakin mengarut, berjaya juga menggelikan hatinya. Tahun lepas mereka masih duduk serumah. Bulan lepas baru Ali pindah. Bila masa Apek membeli rumah barunya itu? Ali tidak dengar cerita pun.
“Yang kau gelak apasal? Betullah aku cakap. Aku dah habis bayar rumah aku tu tahun lepas lagi. Tak habis bayar mana kontraktor bagi duduk, bro!”
“Yalah tu, Pek... suka hati kaulah. Asalkan kau bahagia.”
Sebuah keluhan terlepas kuat dari mulut Ali. Perbualan itu mula membosankannya. Menyesal hatinya keluar bersarapan dengan Apek. Menyesal tidak sudah! Membazir masanya sahaja.
Apek melonjongkan badannya ke depan. “Aku sebenarnya tak payah keluar satu sen pun buat rumah tu!”
“Pulak!” Ali menggeleng. Macam-macamlah Apek ini! “Kau masuk contest apa yang dapat rumah free ni? Contest apa, woi? Aku nak gak join.” Ali terasa sanubarinya digeletek-geletek. Lemas!
“Contest kepala bana kau! Tu lah kau... aku cakap betul-betul kau gelak pulak!” bidas Apek dengan perasaan terkilan.
“Mau tak gelak? Tak pernah aku dengar orang dapat rumah free. Rumah mewah harga juta-juta pulak tu!” tingkah Ali semula.
Namun, Ali lihat Apek memang serius. Sedikit pun Apek tidak tersenyum, malah Apek nampak sangat terkilan dengan kata-katanya. Perlahan-lahan senyuman pudar dari wajah Ali.
“Betul ke cakap kau ni, Pek? Ke kau memain?” Ali inginkan kepastian.
“Kau boleh semak sendiri kalau tak percaya.” Suara Apek mendatar. Dia terasa hati.
Apek menghirup teh tariknya untuk menyembunyikan riak terkilan pada wajahnya.
“Kau tak pernah cerita pun kat aku,” gumam Ali sedangkan dia, sejak dia menandatangani borang S & P untuk membeli rumahnya dahulu, setiap hari dia bercerita fasal rumah yang bakal menjadi miliknya itu kepada Apek tetapi dalam masa beberapa bulan itu, sekali pun Apek tidak pernah menyebut tentang rumah mewahnya.
“Malas.” Apek menjongketkan bahunya. Masih terkilan.
Agak lama juga kedua-duanya tidak bersuara.
“Sorry, Pek! Aku ingatkan kau main-main je tadi.”
“Yalah... aku ni siapa. Takkan muka macam aku ni layak ada rumah mahal macam tu kan?”
“Sorry, bro! Sorry sangat-sangat. Kau suka melawak. Tu yang aku ingat kau memain je tadi.” Ali memberi alasan. “Salah kau jugak tak cakap kat aku awal-awal.”
“Dulu tengah bina. Sekarang dah siap, baru boleh cerita.”
Tiada siapa berkata-kata buat kali kedua.
“Kau nak tahu tak macam mana aku dapat rumah tu?” Apek memecahkan jeda. Walaupun hatinya terkilan dengan cara Ali melayannya, dia gagahkan juga bertanya semata-mata kerana misinya pagi itu masih belum tercapai lagi.
“Gila tak nak! Macam mana?”
Apek puas hati. Tertayang jelas sisi tamak Ali semasa menjawab soalannya. Sesiapa pun mesti hendak tahu punya, walaupun orang selurus dan sebaik Ali!
“Malam ni. Join kitorang.”
“Lah... malam nilah pulak! Baik kau cakap je sekarang. Kan kau dah book sejam masa aku ni.”
Ali tidak puas hati. Sejam masanya terbuang begitu sahaja hanya untuk bersembang kosong. Sangat-sangat dikesalinya. Hilang keberkatan gaji yang diterimanya untuk sejam itu.
“Lagipun malam ni aku tak bolehlah, Pek. Aku ada hal.”
“Hal apa?”
“Erm... em... errr... aku nak pergi kuliah agama.”
“Alah, kuliah agama tu bila-bila masa kau boleh pergi. Yang ini once in a lifetime chance. Kau nak tahu rahsianya, kau kena datang,” umpan Apek.
“Cakap sekaranglah, Pek. Apa masalahnya kau tak boleh bagi tahu aku sekarang?”
“Malam ni kat Hotel Pullman, pukul 8. Gerenti kau tak nyesal!” ujar Apek. Tahap konfidennya sangat tinggi. “Pullman KL. Jangan pulak kau pergi Pullman Putrajaya. Gerenti nyesallah kalau kau ke sana!” Apek ketawa.

Published on May 08, 2017 06:27