Zharif Zainuddin's Blog, page 2

January 24, 2016

Tahun Baru, Buku Baru

Sudah lama niat untuk menulis di sini dipendam.


Masuk hari ke-24 di tahun baru ini, baru aku punya keberanian.


Keberanian melawan sindrom bertangguh-tangguh dan ragu-ragu.


Assalamuailkum dan selamat semuanya.


Blog ini akan menjadi ruang untuk berkongsi rasa sesama manusia.


Rasa hidup di atas muka bumi ini sebagai manusia yang mencari kisah-kisah yang telah ditulis oleh Sang Penulis Agung.


Di samping meraikan penjual-penjual buku online, aku juga akan berusaha untuk merayakan pandangan dan emosi para pembaca novel Tuhan Bukan Manusia yang telah diterbitkan oleh IlhamBooks sejak April tahun lepas.


Selain itu, kisah-kisah pembikinan, di sebalik tabir dan bagaimana sesebuah bab atau perenggan yang tercipta dalam Tuhan Bukan Manusia juga akan dikongsikan di sini.


Juga mengenai pembikinan novel-novel yang akan diterbitkan tahun ini, Insyallah. Sekurang-kurangnya untuk tahun baru ini, 2016, aku berazam untuk menyiapkan dua buah novel untuk dikongsikan bersama pembaca.


Tidak ada kisah peribadi yang akan dikongsikan di sini.


Sebagai permulaan, aku titipkan di sini tiga keping foto dan tulisan yang sempat ditulis ketika berada di tanah Sydney, enam tahun lepas, 2010.


Istimewanya, tulisan tersebut timbul saat aku berada di dalam bilik sendirian dan merenung ke luar jendela.


Saat itu, kelibat seorang gadis benar-benar menarik perhatianku.


Lantas aku duduk dan menulis.


Tidak kenal namanya, jauh sekali asal usul keturunannya.


Kewujudannya tetapi, sudah cukup mengisi kertas putih yang dipenuhi dengan aksara-aksara tarian pensel 2B milikku.


Selamat dan semoga bertemu lagi.


sydney1 sydney2


aussie 2


Kuhendap dari jendela


Gadis itu


Berjalan merentasi bumi Sydney


Dalam kesejukan di musim dingin


Ia lukisan terindah pernah kulihat


Di celah-celah manusia yang menuju destinasi


Dia masih memegang prinsip bersama kain putih


Melitupi rambutnya


Meski tidak pernah kulihat wajahnya


Tetapi itu adalah lukisan yang indah


Lebih indah hingga menenggelami kemegahan Opera House


Lebih jernih lukisannya dari air di Sydney Harbour


Itu adalah hadiah sebelum nafasku terakhir berhembus di Sydney


8.7.2010 


4.07 pm


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 24, 2016 05:43

January 23, 2016

Tahun Baru

Sudah lama sebenarnya hasrat untuk menulis di laman blog wujud dalam naluri. Sayangnya, ia timbul dan karam dalam hati.

Menangguh adalah musuh terbesar bagi setiap penulis.

Kadang dia mengungkap ''tak punya masa. idea tak sampai'' padahal dia sedang menikmati sindrom menangguh.

Itulah yang terjadi kepada aku sehingga timbullah kembali kekuatan untuk benar-benar menulis.

Dengan adanya blog baru ini, mungkin aku akan dapat bertemu dengan lebih ramai pembaca dan penulis yang dapat berkongsi emosi, perasaan dan rasa yang sama.

Kerana sejauh mana perbezaan yang dicari, persamaan itu jugalah yang akan ditemukan kelak.

Dan manusia tidak dapat lari daripada hakikat tersebut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2016 23:05