Sera Elya's Blog

February 21, 2016

EnigMagis Press

Mulai Mac 2016, kesemua novel di bawah penerbitan kami akan menggunakan label EnigMagis Press. 


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 21, 2016 03:44

August 11, 2015

March 15, 2015

Sera Elya #1 Kompilasi Hikayat Cinta

Tajuk: #1 Kompilasi Hikayat Cinta 
Penerbit: Penerbitan Pena Magis 
Penulis: Sera Elya 
ISBN: 978-967-13050-1-0 
Harga online: RM26.00/RM29.00 

Cinta yang terhalang, yang terlarang Cinta yang nakal, yang penuh muslihat Akhirnya mengikat mereka menjadi SATU 
Dangerous MineKata Lanz...kita ibarat duduk dalam kotak kaca. Saling dapat melihat, tapi tak dapat menyentuh. Kalau sentuh pun, sentuh kaca tu aje. Tapi bila kaca tu pecah, kita dah terpisah. Kata Feyya...cinta dia pada Lanz hanya platonik. Dia anggap Lanz sebagai seorang kawan yang memahami. Tapi bila Lanz nak ubah platonik kepada cinta sejati, dia jadi takut dan lari. Kata Kirana, Lanz dan Feyya tak boleh bersama sebab hubungan mereka terlarang. Tapi lagi dia larang, lagi galak Feyya dan Lanz bermain bahaya.

Best Friend Ke?Ilara memuja Zuddin sebagaimana gilanya Iddin kepada Halina. Tapi bila Zuddin dan Halina disatukan, Ilara dan Iddin menyimpul hasrat memisahkan mereka. Ilara yang licik, Iddin yang berani seringkali menganiaya Zuddin dan Halina. Halina si patung Barbie bersaiz manusia akhirnya melawan balas. DNA nakal dalam dirinya digerak mengatasi Ilara. Ilara dan Iddin terperangkap. Mampukah dua sahabat baik dijinakkan oleh cinta?

Suamiku Orang Muda“Age is just a number,” kata Rashdan. “Awak tu sebaya dengan adik saya!” balas Erza. Rasa rendah diri Erza membuatkan hatinya dingin dan keras untuk menerima lamaran Rashdan. Pertama kali gagal merebut cinta, tak menjadi halangan pada Rashdan memburu cinta seorang Erza. Mampukah Erza melawan pendirian menerima seorang gengster kampung menjadi raja di hati?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 15, 2015 05:42

November 16, 2014

Assistant Tuan Menteri~Sera Elya

Tajuk: Assistant Tuan Menteri
Penerbit: Penerbitan Pena Magis
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-0-3
Harga: RM26.00 (Semenanjung)/RM29.00 (Sabah & Sarawak)

“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin? Hilang akal ke apa?”~ Fina

Fina dan Mr. Panda ‘kahwin lari’ di Surrey dengan harapan tindakan mereka akan dapat damaikan Adnan dan Rashdan yang berseteru. Bila Mr. Panda ‘kaki sejuk’ tak mampu berterus-terang, Fina merajuk bawa diri. Di Putrajaya mereka bertemu kembali apabila masing-masing jadi Assistant Tuan Menteri. Tika itu, Mr. Panda dikejar Leha. Fina pula diintai Encik Ashraf.

Kerana cemburu dan cinta, Fina dengan Mr. Panda mula main tarik tali. Bila rahsia perkahwinan mereka terbongkar, Leha naik minyak dan berusaha hancurkan rumah tangga Fina dan Mr. Panda.

Encik Ashraf pula tak bermaksud nak menangguk di air keruh, dia ikhlas mahu selamatkan Fina.
“...saya memang nak suruh awak bercerai dengan Izz. Dia bukan lelaki yang sesuai jadi suami awak. Sayalah lelaki yang paling sesuai sebagai suami awak!” ~ Encik Ashraf.

Dan Leha berjanji tak akan lepaskan Mr. Panda hingga ke hujung nyawa.
“Izz...kalau you tak datang...esok you akan jumpa mayat I...I akan tikam diri I sampai terburai isi perut!” ~ Leha.

Rashdan pula tak pernah rela keturunan Adnan jadi adik iparnya.
“Adik...ingat lagi tak pesanan abang...don’t you ever...ever...ever...fall for him!” ~ Rashdan

Berjayakah rancangan Leha mahu memisahkan Fina dan Mr. Panda? Berjayakah Encik Ashraf
selamatkan Fina? Adakah Rashdan akan terima Mr. Panda sebagai adik iparnya? Fina dan Mr. Panda pula kuatkah cinta mereka nak hadapi semua orang?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 16, 2014 18:40

November 13, 2014

Pesanan Assistant Tuan Menteri

Loading...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2014 00:02

November 1, 2014

Kami Terbit Apa Kami Mahu

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2014 07:21