Nazmi Yaakub > Recent Status Updates

Showing 271-300 of 3,851
Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 405 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Mula sorot kumpulan ISIL & ISIS kemudian mahu dikenal sbg IS saja tp negara Islam lain lbh gunakan istilah Daesh. Bermula dgn pemimpinnya, Abu Bakar al-Baghdadi dgn sejarah yg penuh ambiguiti tapi dikonstruk sbg watak seorg khalifah, kumpulan ini catat tinta paling hitam dlm sejarah ekstremis moden di dunia Islam. Awalnya berkrisis dgn al-Qaeda, ia beri tafsiran baharu kpd istilah keganasan.
Jun 23, 2021 08:18AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 373 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Masuk latar tumbuhnya pokok paling bahaya dalam dekad mutakhir, bermula Islamic State in Iraq (ISI) dlm rangka kononnya ‘jihad tempatan’ lbh baik drpd ‘jihad global.’ Sekali lagi kuasa Barat cenderung untuk tidur sekatil dgn kumpulan sebegini dgn impian dapat kekang al-Qaeda dgn agenda jihad global mereka. Bagaimanapun, ISI gagal kerana faktor seperti suasana tidak kondusif lagi.
Jun 22, 2021 07:18AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 360 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Sorotan konflik & perang di tiga negara, Libya, Syria & Yaman menunjukkan ia sarat dengan agenda geopolitik negara serantau dari kem Arab Saudi & UAE, Qatar, Turki & Iran. Kuasa Barat spt AS, Britain & Russia pula memilih2 proksi mereka yg untungkan industri senjata & prospek laba pascaperang nanti. Elemen agama & sektarian hanya dimainkan di luar sempadan, antara lain utk bakar sentimen & kumpul dana.
Jun 22, 2021 04:35AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 348 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Bawa kita masuk ke kompleksiti krisis di Syria - p’tembungan rakyat Syria dgn rejim Assad disuntik dana dr negara serantau seperti Qatar, Arab Saudi, Kuwait, UAE & Turki dgn di belakang mereka adalah kuasa besar Barat serta dikusutkan lg kumpulan ekstremis dengan pelbagai nama & boleh berubah sekutu seperti Jabhat & al-Qaeda.
Jun 21, 2021 09:11AM 2 comments
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 310 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Baru selesai sorotan revolusi ‘palsu’ di Libya - kumpulan penentang regim Ghaddafi didanai oleh negara seperti Qatar & UAE serta berkait dgn NATO, AS, Britain & Perancis yg punya tujuan ekonomi pasca-revolusi terutama telaga minyak. Namun, Libya terus bergolak dgn perang saudara antara golongan sekularis, Islamis & Salafi-Jihadi. Ingatan kpd umat Islam t’hdp bahaya ‘revolusi’ yg t’dedah kpd muslihat kuasa asing.
Jun 20, 2021 07:55AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 254 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Sambung baca #ShadowWars - hub ‘anjal’ Ikhwan Muslimin dgn SCAF (tentera) di Mesir pasca-Mubarak, muslihat tentera/al-Sisi dgn gerakan Tamarod utk lempar 1 batu tumpaskan 2 burung, sblm b’alih kpd realiti Qatar dlm hub dgn Ikhwan, Saudi & Iran. Kemudiannya, hub Arab Saudi & UAE dlm p’seteruan dgn Qatar yg ada jg hubung kait dgn Ikhwan. Ia kompleksiti politik T/Tengah.
Jun 18, 2021 08:48AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 85 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Pengarang menyelongkar bagaimana hubungan Barat terutama Britain dgn negara Teluk melalui industri ketenteraan & persenjataan yg terdedah kpd muslihat & korupsi tapi dilindungi atas nama ‘kepentingan negara & hubungan antarabangsa serta keselamatan rakyat.’
Jun 07, 2021 08:03AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 60 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Agenda British & AS utk elakkan bekas PM Iran, Mosaddegh drpd kembalikan kekayaan negara Parsi itu kpd rakyat, bukan disedut, dipunggah & dibawa kembali ke Eropah hingga lbh 80 peratus hasil minyak. Ini t’masuk kaitkan Mosaddegh dgn komunisme & Parti Tudeh, cipta insiden2 yg cuba mengesahkan kaitan itu serta bersekongkol dgn gol mullah spt Kashani.
Jun 06, 2021 09:09AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 48 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Vakum yg ditinggalkan bekas imperialis spt British & Perancis diisi ‘polis dunia’ baru, iaitu AS. ‘Legasi’ yg dibina AS jg tak semurni bekas imperialis - malah sanggup bantu/sokong/danai gerakan utk jatuhkan pemimpin dipilih secara demokratik spt di Greece & Guatemala. Malah di Chile, ASlah yg lahirkan Pinochet. Krn itu kita harus curigakan mana2 pemimpin ditaja AS atas nama ‘demokrasi’ & hak asasi.
Jun 06, 2021 08:20AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 37 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Agaknya kegagalan pemimpin negara Arab utk bersatu antara lain diwarisi jg oleh strategi imperialis ‘pecah & perintah’ serta m’beri sokongan militari kpd pemimpin yg diyakini dpt menjaga kepentingannya pascakolonial seperti dilihat berlaku di Yaman, Oman, UAE & Kuwait.
Jun 04, 2021 08:39AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 21 of 688 of Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East
Buku ini dibuka pengarang dgn sejarah counter-revolutionary di Eropah, bagaimana golongan aristokrat cuba menewaskan revolusi yg kemudian membawa kpd penggunaan taktik sama dlm berdepan dgn penentangan imperialisme di negara jajahan di Timur termasuk Tanah Melayu. Hal sama jg dilihat dalam sejarah di Timur Tengah, babitkan Gamal Abdul Naser, Ikhwan dsb.
Jun 04, 2021 07:58AM Add a comment
Shadow Wars: The Secret Struggle for the Middle East

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 177 of 319 of Prisoners of Geography
Mengenai Timur Tengah/Asia Barat, pengarang mengecilkan apa yg berlaku di Palestin sbg isu Israel mempertahankan wilayah itu drpd serangan & cubaan diktator negara serantau mengalihkan tumpuan rakyatnya.
May 17, 2021 05:05PM Add a comment
Prisoners of Geography

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 116 of 319 of Prisoners of Geography
Faktor sejarah & geografi dlm geopolitik Russia & China kini relevan utk dibaca ttp dlm konteks Amerika Syarikat, kurang terlihat dlm hegemoni & dasar luarnya pd masa kini. Utk Eropah Barat, ia seolah2 seperti dibentuk pengarang utk disesuaikan dgn tema besar buku ini.
May 15, 2021 07:36AM Add a comment
Prisoners of Geography

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 32 of 319 of Prisoners of Geography
Beraya ke Russia. Dgn Tim Marshall. Lihat Pak Putin dgn geopolitik Russia - Novorossiya @ ‘Russia Baharu.’ Boleh faham serba sedikit ttg mengapa Russia cuba pertahankan hegemoni kuasa di sempadan negara bekas Soviet dgn kuasa tentera dan ideologi serta ekonomi dan gas.
May 14, 2021 03:58AM Add a comment
Prisoners of Geography

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 27 of 188 of An Introduction To The Conservation Of Hadith, In The Light Of The Shahifah Of Hammam ibn Munabbih
Hadis secara rasmi ini turut rangkumi warkah kpd ketua negara kerajaan besar dunia seperti Parsi, Muqawqis Mesir & Abisinia, selain surat dgn kaum Yahudi, gabenor Islam, zakat, malah terjemahan surah al-Fatihah dlm bahasa Parsi yg dibuat Salman al-Farisi dgn izin Baginda.
Mar 31, 2021 09:05PM Add a comment
An Introduction To The Conservation Of Hadith, In The Light Of The Shahifah Of Hammam ibn Munabbih

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub is on page 27 of 188 of An Introduction To The Conservation Of Hadith, In The Light Of The Shahifah Of Hammam ibn Munabbih
Semua ini jadi bukti saintifik yg menafikan tuduhan gol antihadis ttg ‘hadis hanya ditulis 200 tahun kemudian.’ Ini bermakna mrk yg berpegang dgn fahaman itu hanya taqlid buta kpd pandangan/sangkaan orientalis/modenis yg tak terdedah kpd fakta & ilmu hadis sebenarnya.
Mar 31, 2021 09:05PM Add a comment
An Introduction To The Conservation Of Hadith, In The Light Of The Shahifah Of Hammam ibn Munabbih

Follow Nazmi's updates via RSS