Goodreads Malaysia discussion

138 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Jom buat program GRMY sebulan sekali!

Comments Showing 1-50 of 51 (51 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Juliana Es (last edited Feb 25, 2012 06:24PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Assalamualaikum.

Perpustakaan Raja Tun Uda akan mengehoskan Bicara Karya pada 11 Mac 2012 (Ahad). Pembicara jemputan ialah Profesor Dr. Shaharir Bin Mohamad Zain, penulis yang mendapat Anugerah Penulis Negeri Selangor 2011 sempena Hari Ilmu tahun lalu.

Tuan/puan semua dialu-alukan hadir. Tempat akan diberitahu kemudian, kerana ia akan ditentukan berdasarkan jumlah peserta nanti.

Di samping itu, memandangkan ada ura-ura mengadakan aktiviti GRMY secara berkala, saya menyarankan aktiviti berikut:

Tajuk Program: GRMY's Book Cafe (boleh ditukar, cadangan dibuka)
Tempat: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Tarikh: Sabtu ketiga setiap minggu (cadangan lain dipersilakan)
Masa: 10 pagi - 12 tengah hari

Format/Kaedah
Aktiviti ini boleh menjadi rentetan daripada Ganding Baca.

Cadangan format dan kaedah dibuka untuk perbincangan.

Secara tentatif, saya meletakkan Sabtu minggu ketiga sebagai waktu perjumpaan kita. Kalau rasa-rasa Sabtu tu macam sibuk, kita boleh tukar ke hari Ahad.

NOTA KEPADA MODERATOR
Untuk sementara waktu, saya letakkan topik ini di bawah pengumuman. Thread akan dipindahkan ke kategori Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku kelak.


message 2: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
1. Saya cadangkan tukar namanya ke bahasa Melayu. Kecuali kalau bahasa yg digunakan dlm acara tu bahasa Inggeris, sesuailah dengan nama dalam BI.

2. Saya cadangkan kedudukan minggunya ditukar selain minggu ketiga. Ini kerana Ahad minggu ketiga, PENA anjurkan Dialog Orang Muda di sebelah pagi, manakala petangnya adalah Borak Buku. Walaupun dibuat pada hari Sabtu, tapi sudah tentu kita terpaksa pilih untuk salah satu hari cuti tu, kerana waktu utk keluarga juga perlu diperuntukkan. Boleh juga buat pada minggu kedua (sesuailah kerana gaji pun dah banyak menyusut, jadi tentu acara yg tak perlukan banyak biaya sesuai untuk orang yang gajinya semakin menyusut).

3. Juliana, boleh e-melkan maklumat detail sedikit. Saya nak masukkkan dalam Berita Harian. Maklumat yg diperlukan nama program, tempat, tarikh, masa dan butiran seperti siapa penganjur (termasuk bersama atau kerjasama), siapa penceramah, tujuan, sasaran, tema, judul buku atau kertas kerja atau ceramah dsb.


message 3: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Mohd Nazmi menulis: "1. Saya cadangkan tukar namanya ke bahasa Melayu. Kecuali kalau bahasa yg digunakan dlm acara tu bahasa Inggeris, sesuailah dengan nama dalam BI.

Heehee! Okay :-) Kalau begitu, secara tentatif, nama program ialah Kafe Buku GRMY.

Berkenaan cadangan kedudukan minggu ke minggu kedua, ahli GRMY yang lain ada bantahan?


message 4: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments Setuju! :)


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sabtu minggu kedua? OK.

Cadangan yg baik. Tak semestinya saya akan hadir setiap bulan tapi insyaallah akan cuba (sebab saya tak arif/minat dgn bicara karya).


message 6: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments Sabtu minggu kedua? Imsya allah, kalau tak ada rancangan lain.. :)


message 7: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Sabtu minggu kedua untuk Mac tak boleh sebab anak saya ada sukan, tetapi tentatifnya insya-Allah memang hendak ke perpustakaan, kurang pasti bila. Bagus ada program berkala. Saya akan cuba hadiri


message 8: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
juliana, bila dah confirm, boleh e-melkan maklumat tu


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Feb 26, 2012 06:35PM) (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sabtu minggu ke-2 OK, cuma kalau dimulakan Mac depan 10hb saya tak dapat ikut serta sebab bekerja hingga jam 1.30 tengahari. Untuk April 14hb InsyaAllah boleh, akan diusahakan sedaya upaya.

Nama program dah sedap dah, Kafe Buku GRMY :)

Chaiyok Nana! Chaiyok Goodreads!

Format program sama macam Ganding Baca ke, atau nak ada jemputan macam Borak Buku?


message 10: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Setuju. Konsepnya - membicarakan buku yang dibaca atau menceritakan pengalaman seputar buku?


message 11: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Kalau saya datang pun, nak naik 3D ride tu je.


message 12: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Najibah wrote: "Sabtu minggu ke-2 OK, cuma kalau dimulakan Mac depan 10hb saya tak dapat ikut serta sebab bekerja hingga jam 1.30 tengahari. Untuk April 14hb InsyaAllah boleh, akan diusahakan sedaya upaya.

Nama p..."


rasanya perlu ada seorang dua tokoh untuk memperkatakan. tokoh ini ibarat enjin yg akan menggerakkan komponen lain. kerana sebahagian daripada kita sudah tentu agak segan atau tidak boleh bermula kecuali orang lain sudah memulakan


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya sokong usaha murni ini. :) :D


message 14: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Insyaallah... tapi saya tak rajin ke Shah Alam sebab saya lebih suka naik LRT dari Komuter. Tapi saya boleh je singgah kalau saya ada driver.


message 15: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments saya pemalu... miao...


message 16: by Ophan (new)

Ophan Bunjos | 15 comments Sabtu minggu ke dua Mac bermakna 10hb. hurmm..tak dapat nak hadir.


message 17: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
miaomiao wrote: "saya pemalu... miao..."

Miao, malu nak jemput Syahira ke, malu nak join program :)?


message 18: by Juliana Es (last edited Mar 03, 2012 07:26PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Kalau saya datang pun, nak naik 3D ride tu je."

Khairul, 6Dlah.

Berkenaan format, saya ada cadangan yang agak lain sedikit.

Memandangkan kita ada citarasa pembacaan masing-masing, saya ingat kita boleh buat kaedah diskusi meja bulat mengikut genre. Contohnya begini:

Meja 1: Fiksyen dan Fantasi Sains - dikepalai oleh Pn. Nisah Haron

Meja 2: Epistolari - diketuai oleh Norziati

Meja 3: Buku Mengenai Buku - diketuai oleh Najibah

Kita tetapkan masa diskusi untuk setiap meja dalam 20-30 minit, selepas itu 50-70% ahli setiap meja akan bertukar pula dengan meja lain (swap table). Saya ambil format ini daripada David Gurteen's Knowledge Cafe Face (typing error daa!).

Untuk penutup, belum fikirkan lagi kaedahnya.


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tak, yg lagi satu. Masa pergi hari tu belum buka lagi. 6D theater dah masuk. Yg lagi satu tu apa? IMAX?


message 20: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Syahira wrote: "Insyaallah... tapi saya tak rajin ke Shah Alam sebab saya lebih suka naik LRT dari Komuter. Tapi saya boleh je singgah kalau saya ada driver."

Ada public transport dari KTM Komuter rasanya. ke tak?


message 21: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya sokong. Insya Allah boleh hadir walaupun bukan setiap minggu. Namun format yang dicadangkan tu rasanya macam boleh dicerahkan lagi.

Ia mengingatkan saya kepada speed dating..


message 22: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Tak, yg lagi satu. Masa pergi hari tu belum buka lagi. 6D theater dah masuk. Yg lagi satu tu apa? IMAX?"

Ohh, memang teater 3D lah, tapi takde ride. Macam tengok wayang 3D le. Kerusi sofanya sedap kalau tertidur di situ.


message 23: by Juliana Es (last edited Mar 01, 2012 06:46PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Saya sokong. Insya Allah boleh hadir walaupun bukan setiap minggu. Namun format yang dicadangkan tu rasanya macam boleh dicerahkan lagi.

Ia mengingatkan saya kepada speed dating.."


Haha! How interestingly different our perspectives are.

Kalau speed dating tu, dia guna meja panjang, kan? Sesinya semuka seorang-seorang.


message 24: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments Faizah Roslaini wrote: "Syahira wrote: "Insyaallah... tapi saya tak rajin ke Shah Alam sebab saya lebih suka naik LRT dari Komuter. Tapi saya boleh je singgah kalau saya ada driver."

Ada public transport dari KTM Komuter..."


Kalau dari KTM Shah Alam atau KTM Padang Jawa public transport yang ada cuma bas Rapid dan teksi. :)


message 25: by Juliana Es (last edited Mar 01, 2012 09:23PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Untuk program Bicara Buku pada 11 Mac ini (Ahad minggu kedua), berikut ialah maklumat terkini.

Tajuk: Wacana Kritikan Teori Kenisbian & Teori Quantum
Masa: 8:00 pagi hingga 2:00 petang
Tempat: Dewan Serbaguna, Tingkat 3 (tentatif)

Program akan dimulakan dengan kupasan buku oleh penulisnya terlebih dahulu yang berbentuk kuliah pendek, baru diikuti dengan sesi perbahasan di atas.

Yuran penyertaan ialah RM 20.00 sahaja setiap peserta.

Boleh daftar awal, dan boleh juga mendaftar secara walk-in pada hari tersebut.

Saudara Nazmi, saya dah emelkan maklumat terperinci.


message 26: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments speed dating pun best gak... hahaha...ha... *muka serius* --> (view spoiler)

problemnya, ktm paling dekat dengan saya adalah Seri Setia. Itu pun, naik taxi burn rm8 sbb dgn trafiknya. Pastu tunggu sejam baru la ada train... aih... *sayang LRT* Hu hu huhuu... (tu la malas nak ambil lesen... LDP ni asyik2 haram tak ada jam)


message 27: by Norziati (new)

Norziati | 378 comments Meja 2: Epistolari - diketuai oleh Norziati

Wow! Saya suka!

Sayangnya 11 Mac tak dapat hadir. Ada kenduri di Pendang. Cuti sekolah ni, banyak kenduri menanti :-(


message 28: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya juga balik kampung 11 Mac. May be next time. Insya Allah.


message 29: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Sudah tukar kepada 11 Mac ke? InsyaAllah akan cuba menghadirkan diri :) Yeay.

Tapi Meja 3 tu, macam mana dengan peluang saya nak ke meja epistolari dan meja sains fiksyen, kedua2 pun saya suka juga :P


message 30: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Ops, kengkawan. Cop!

Program 11 Mac tu dah confirm untuk Bicara Buku Prof. Shaharir. Baca betul-betuuul.

Kafe Buku GRMY masih belum mendapat persetujuan ramai. Masih peringkat cadangan, termasuk formatnya. Saya nak buka undi, tapi tunggu undian logo tamat dulu.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
aduh.. ada yuran penyertaan! hehehe

juliana, insya-Allah esok saya masukkan dlm jadual aktiviti


message 32: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Nana, awat ada yuran :O (boleh ke tanya di tempat awam ni?)


message 33: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Utk. cover pembicara jemputan, mkn., dll.


message 34: by Ophan (new)

Ophan Bunjos | 15 comments Juliana Es wrote: "Untuk program Bicara Buku pada 11 Mac ini (Ahad minggu kedua), berikut ialah maklumat terkini.

Tajuk: Wacana Kritikan Teori Kenisbian & Teori Quantum
Masa: 8:00 pagi hingga 2:00 petang
Tempa..."


Perlukah yuran untuk program sebegini ?


message 35: by Juliana Es (last edited Mar 05, 2012 03:39PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Ophan wrote: "Perlukah yuran untuk program sebegini ? "

Untuk program yang tersebut sahaja (bukan untuk Kafe Buku GRMY).
Perlu, kerana bajet perpustakaan dipotong setiap tahun (tapi bukan oleh kerajaan negeri Selangor).


message 36: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Juliana Es wrote: "Ophan wrote: "Perlukah yuran untuk program sebegini ? "

Untuk program yang tersebut sahaja (bukan untuk Kafe Buku GRMY).
Perlu, kerana bajet perpustakaan dipotong setiap tahun (tapi bukan oleh ..."


kalau pusat potong, negeri tak tambah ke? hehehe


message 37: by Rozy (new)

Rozy Latip | 234 comments rasa-rasa nak join buat kat shah alam ye tapi ada kursus pulak hari ahad. boleh tak kiranya kita bertukar-tukar location. cadang je....


message 38: by miaomiao (new)

miaomiao (ajeep) | 155 comments Miao, malu nak jemput Syahira ke, malu nak join program :)?"


haha. tak terkata saya


message 39: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
minta maaf juliana, tak sempat nak keluarkan story promo kafe buku grmy, krn minggu lepas ruangan terpaksa diisi utk promo malam puisi riong.

juga tak dapat join acara yg pertama, krn brada di gambang.


message 40: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ya Allah. Saya terlupa. 11 tu saya siap breakfast kat atas tu dan kemudian layan anak-anak saya merengek ajak pergi baca buku kat section kids.

Tapi tak sempat juga. Sebab lepas tu Abah mereka bawa ke Zoo Negara. Last minute plan.

Sorry Nana. BTW, saya tengok kat website nampaknya macam program cuti sekolah sudut kreatif tu seronok juga. Insya Allah akan join one of the days.

Sessi bercerita tak ada ke Nana? Pentas dah cun dah tu.


message 41: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Thread ini telah dipindahkan ke Acara Buku.


message 42: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments oh.. 11...... I was having pizza party.... there's double birthdays last week.

can we have a GRMY sticker?


message 43: by Adriana (new)

Adriana (2candles1wish) | 34 comments Syahira wrote: "oh.. 11...... I was having pizza party.... there's double birthdays last week.

can we have a GRMY sticker?"


Like! Saya mahu juga :)


message 44: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Saya selalu terfikir mahu buat stiker GRMY tu, dengan idea gila macam ini contohnya:

"Saya membaca ketika lampu merah, sila hon jika kereta statik"


message 45: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 539 comments Wow! I like Najibah's idea because I'm used to it. haha


message 46: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Before our discussion goes astray, shall we get back to the original topic, which is the monthly GRMY program, please?


message 47: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (last edited Mar 20, 2012 04:14AM) (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Dengan izin moderator sekalian, saya susun kembali acara bulanan yang berkaitan dengan buku sama ada anjuran GRMY atau persatuan penulis atau pihak lain yang boleh disertai pembaca tegar GRMY.

Acara setiap bulan

Minggu pertama

Jumaat, 8.30 malam: Malam Puisi PENA + Gerai jualan buku baru dan terpakai di Rumah PENA, Kuala Lumpur
(Penganjur: PENA)

Minggu kedua

Ahad, 8 pagi: Kafe Buku GRMY di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
(Penganjur: Perpustakaan Raja Tun Uda dan GRMY)

Minggu ketiga

Ahad, 10.30 pagi: Dialog Orang Muda (DOM) dan Gerai jualan buku baru dan terpakai di Rumah PENA, Kuala Lumpur
(Penganjur: Biro Penulis Muda, PENA)

Ahad, 3.30 petang: Borak Buku di Coffee Beans, KL Sentral, Kuala Lumpur
(Penganjur: Biro Penulis Muda PENA dan Alumni Minggu Penulis Remaja)


message 48: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Kalau mengikut perancangan Nana, program pertama akan jatuh pada 14 April.

Macam mana, jadi tak nanti?


message 49: by Juliana Es (last edited May 08, 2012 08:56PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Hmm, many have viewed this thread, but so few responded.

Susah betul nak jumpa ahli-ahli GRMY ni, ya? Semuanya malu-malu harimau.

Saya nak buat secara santai saja di kafe PPAS.




message 50: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2430 comments Mod
Juliana Es wrote: "Hmm, many have viewed this thread, but so few responded.

Susah betul nak jumpa ahli-ahli GRMY ni, ya? Semuanya malu-malu harimau.

Saya nak buat secara santai saja di kafe PPAS.

"


bila tu? minta maaf yg pertama dulu, kebetulan kena dgn acara kami, malam puisi riong di gambang, kuantan


« previous 1
back to top