Goodreads Malaysia discussion

243 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > The new Selangor state library is now open to public

Comments Showing 51-80 of 80 (80 new)    post a comment »
« previous 1 2 next »
dateUp arrow    newest »

message 51: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kalau nak buat gathering after Raya boleh plan sekarang. Agenda apa ya selain makan? Any idea?

Kalau boleh saya ingin cadangkan, mungkin pada yang berkesempatan kita buat organising discussion sikit dalam 2 atau 3 minggu sebelum gathering tu. Kalau boleh la..


message 52: by Nissa' (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Yay! Saya dah sampai. Sangat menarik tempat ni. Sesuailah jadi 'tempat lepak'.

Dah lama sangat tak masuk perpustakaan awam, seronok berjalan di setiap rak buku walaupun tak baca :)


message 53: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Kalau nak buat gathering after Raya boleh plan sekarang. Agenda apa ya selain makan? Any idea?"

Macam gathering pertama tahun lepas...makan, cakap, makan, cakap, pergi BookXcess, balik. Tapi kalau kat library, kita pi pinjam buku je lah.


message 54: by Juliana Es (last edited Aug 09, 2011 12:17AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Kast menulis: "setahu saya suhu AHU boleh dikawal melainkan mmg suhu tu suhu yg tertinggi"

Bulan puasa, Kast, memang rasa sejuknya lebih sikit. Kami yang di pejabat ni dah biasa, tak rasa apa pun.

Faizah, daripada kita berjumpa untuk buat discussion - which proves to be quite difficult last time as everyone has his/her own agenda - much easier we discuss it here.


message 55: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bunnybaby wrote: "daripada kita berjumpa untuk buat discussion - which proves to be quite difficult last time as everyone has his/her own agenda - much easier we discuss it here."

But what is there to discuss? We meet, meet, talk, talk, eat, eat, go see the 3D theater, we go home.


message 56: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Cadangan aktiviti semasa perjumpaan GRMy:

1. Tour de bibliotheque
2. Discussion
3. Makan-makan

Nombor 2 dan 3 tu boleh buat serentak. Semasa diskusi tu, kita boleh buat sesi brainstorming untuk memikirkan cadangan aktiviti di perpustakaan. Saya sedang cuba nak aturkan sesi bedah buku, tapi kalau bedah buku tu jatuh pada tarikh yang sama, tak menang tangan pula saya nanti.


message 57: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Saya ada cadangan untuk aktiviti masa depan, iaitu kelas kraf buat book thong.

Itupun kalau ada yang berminat.

Seingat saya antara ahli kita ada usahawan book thong, iaitu Lola. Mungkin dia boleh bekalkan bahan dan jadi pembimbing. Kita beli bahan daripada dia untuk sesi tu, termasuk dalam tu bayaran instructor.

Mengenai bedah buku tu, kalau belum sempat anjurkan bawah GRMY sendiri, mungkin boleh tanya Nissa' Yusof, kalau sesi Borak Buku seterusnya berminat untuk berborak di PPAS? Bolehlah kita ikut serta bersama-sama memeriahkannya.

Ada penyokong?


message 58: by Nissa' (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Boleh buat borak buku edisi khas. Istimewa utk GRMY. Kalau setuju, boleh diuruskan. Tapi nak minta kopi dari PPAS, baru menarik. Hehe


message 59: by Juliana Es (last edited Aug 09, 2011 08:42PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nissa' menulis: "Boleh buat borak buku edisi khas. Istimewa utk GRMY. Kalau setuju, boleh diuruskan. Tapi nak minta kopi dari PPAS, baru menarik. Hehe"

Kopi? Cakap saja nak cap apa. Kapal api? Kopi dari Tenom? (tapi yang ini tak dapeklah) Tongkat Ali + Ginseng?


message 60: by Rebecca (new)

Rebecca (beckyilham) | 113 comments Nissa' wrote: "Boleh buat borak buku edisi khas. Istimewa utk GRMY. Kalau setuju, boleh diuruskan. Tapi nak minta kopi dari PPAS, baru menarik. Hehe"

Pak AGI pun ada sebut hari tu, boleh tak Borak Buku dibawa ke Shah Alam sekali. Mungkin boleh buat edisi khas di PPAS, dengan Pak AGI sebagai tamu. Tapi tahun depanlah kot, sebab tahun ni macam dah penuh?


message 61: by Nissa' (new)

Nissa' (nissayusof) | 208 comments Mod
Rebecca wrote: "Pak AGI pun ada sebut hari tu, boleh tak Borak Buku dibawa ke Shah Alam sekali. Mungkin boleh buat edisi khas di PPAS, dengan Pak AGI sebagai tamu. Tapi tahun depanlah kot, sebab tahun ni macam dah penuh?"

Ya, jadual tahun ni dah penuh. Tapi kita boleh buat edisi khas asalkan tak bertindih dengan jadual biasa (petang Ahad minggu ketiga).


message 62: by Mslvoe (new)

Mslvoe | 42 comments Thanks for the info. Btw, I'm new here. Terkejut in sc13 ada library, padahal stayed nearby je. Will check the direction soon. Thanks again


message 63: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Nissa' wrote: "Rebecca wrote: "Pak AGI pun ada sebut hari tu, boleh tak Borak Buku dibawa ke Shah Alam sekali. Mungkin boleh buat edisi khas di PPAS, dengan Pak AGI sebagai tamu. Tapi tahun depanlah kot, sebab ta..."

kalau boleh saya cadangkan, selepas buat borak buku edisi khas di ppas yg baru tu, apa kata perpustakaan mulakan tradisi itu dgn nama yg hampir sama. boleh letak nama borak kutubkhannah dsb.

dgn itu, barulah ia menjadi budaya. boleh saja libatkan tenaga penting di sebalik borak buku seperti nissa' dan rakan2nya bergantung kpd kesanggupan mereka. tapi tulang belakang wajarlah org perpustakaan sendiri.

bawa borak buku ke perpustakaan dan mulakan tradisi bulanan dengan cara yg sama, ada sedikit variasi atau tersendiri - yg penting buku jadi budaya dalam kehidupan kita khususnya bermula drpd pembaca buku tegar.


message 64: by Nura (new)

Nura Yusof (irulan74) dunno whether relevan ke tidak but boleh ke donate buku to this new PPAS?


message 65: by Nor, dari khutubkhanah USIM (last edited Aug 19, 2011 01:17AM) (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Baru sempat baca discussion ni, saya ke laman web PPAS, tapi tak jumpa gambar2 building baru. Gambar Bunnybaby ada. Dah kenal rupa orangnya. Tahniah atas promosi, staf yang sangat dedikasi dan sayang serta berbangga dengan tempat kerjanya.
Plan memang nak ke sana, dah beberapa kali kontraktor yang bekal perabot tanya..bila nak ke sana..baguslah kalau ada aktiviti bersama dengan ahli GRMY. tetapkan tarikh awal, mudah sikit masukkan dalam jadual. Yang pertama dulu dah terlepas.


message 66: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nura wrote: "dunno whether relevan ke tidak but boleh ke donate buku to this new PPAS?"

The new state library building is also the HQ of PPAS. Sumbangan buku memang diterima dari dulu, kini, dan mungkin selamanya. Kita akan salurkan buku sumbangan ke mana-mana perpustakaan yang sesuai selain perpustakaan negeri (ada perpustakaan desa, pekan, cawangan, dan daerah).


message 67: by Juliana Es (last edited Aug 19, 2011 05:38AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Nor Azzah menulis: "Baru sempat baca discussion ni, saya ke laman web PPAS, tapi tak jumpa gambar2 building baru. Gambar Bunnybaby ada. Dah kenal rupa orangnya. Tahniah atas promosi, staf yang sangat dedikasi dan saya..."

Kak Azzah, gambar-gambar bangunan baru diterbitkan di Facebook sebab lebih cepat cara begitu (prosedurnya kurang sikit).

Oleh kerana belum ada yang nak cadangkan tarikh, di sini saya sertakan tarikh tentatif yang tak bertindan dengan tarikh saya bertugas. Selepas ini kita buat undian ya? Berkenaan bedah buku atau borak buku, saya tak boleh janji lagi sebab ada beberapa program lain yang sedang diaturkan. Kalau kebetulan ada bedah buku pada tarikh yang sama nanti, ia akan dibuka kepada awam, bukan untuk GRMY sahaja.

1) 10 September 2011 - Sabtu 18 September 2011 -Ahad
2) 25 September 2011 - Ahad


message 68: by Juliana Es (last edited Aug 19, 2011 05:30AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Multi dimensional theater? Ambik Kisah. Tapi mesti hanya dokumentari membina minda ala Animal Planet & Natl. Geographic kan? Takpe le, budak2 mesti suka kut."

Terlupa nak komen pasal ni. Kewujudan XD theatre dan 3D theatre itu bertujuan menggalakkan orang ramai datang ke perpustakaan - terutama yang bukan "makan buku, minum buku, tidur buku, hari-hari buku" macam kita. Pengarah PPAS ingin mengajak dan mendidik masyarakat terutama pemuda pemudi agar mencintai buku dan ilmu. Dengan tarikan seperti XD dan 3D ni, diharapkan sedikit demi sedikit hati dan minda mereka akan terbuka juga untuk meminjam dan membaca buku.

Oleh itu, menjawab soalan Khairul, memang tayangan kami di XD dan 3D buat masa ni berbentuk hiburan. Pembangunan koleksi digital akan datang barulah akan dimasukkan tayangan yang berunsur edutainment.

Pengumuman Mengenai Kenderaan Awam

Jeng! Jeng! Jeng! Ooops, belum ada lagi, tapi PPAS menyediakan pengangkutan ven secara percuma pada hari Sabtu dan Ahad. Ven ini khas untuk pejalan kaki, bergerak dari gerbang utama kelab golf sehingga ke pintu masuk perpustakaan, dan juga sebaliknya bagi pengguna kenderaan awam yang hendak berangkat meninggalkan perpustakaan. Ven PPAS akan berulang-alik antara dua titik ini setiap 15 minit, bermula dari 9:30 pagi hingga 5 petang.


message 69: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Ven ini khas untuk pejalan kaki, bergerak dari gerbang utama kelab golf sehingga ke pintu masuk perpustakaan, dan juga sebaliknya bagi pengguna kenderaan awam yang hendak berangkat meninggalkan perpustakaan."

Bunyi macam tak boleh parking di depan perpustakaan. Kena jalan kaki atau naik van. Betul ke anggapan saya ni atau salah paham?


message 70: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul salah faham tu. Maksud saya, pengguna yg naik bas sampai ke kolej PTPL atau bus stand terdekat di situ, kemudian berjalan kaki ke perpustakaan. Bukannya tak boleh berkereta ke perpustakaan.


message 71: by Qis (new)

Qis | 1 comments 3D tu dh ade ke?


message 72: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Belum.


message 73: by Gianne (new)

Gianne (willowhippo) | 6 comments I don't know why I felt excited sangat when I read about this new library. Macam best. Though a bit of a pity that it's quite far from my place, I would like to visit it one day. Curious, how are the book selections there?


message 74: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Nov 17, 2011 10:54PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Gianne wrote: "Curious, how are the book selections there?"

When I went there (September) they were still restocking and there were a lot of empty shelves still especially in the children section and fiction section. I remember one Chinese blogger wrote in her blog she was disappointed that there were no Chinese books. It's in S.Alam after all, a place with an 80% Malay population. Not much demand for Chinese literature I think.


message 75: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments Saya baru berkesempatan mengunjungi perpustakaan serba indah itu hari Ahad lepas. Di sebabkan kekurangan tempat parkir kereta maka saya letak kereta di tepi jalan depan perpustakaan. Dan pabila pulang dapat 'surat cinta' dari MBSA. Memang begitukah resminya? Ada sesiapa yg kena juga?


message 76: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Lola wrote: "Saya baru berkesempatan mengunjungi perpustakaan serba indah itu hari Ahad lepas. Di sebabkan kekurangan tempat parkir kereta maka saya letak kereta di tepi jalan depan perpustakaan. Dan pabila pul..."

Aduh..jadi kenangan tak indah pulak. Saya dapat parking masa ke sana. Mungkin sebab masih awal. Masa saya balik pukul 2 lebih memang kerta banyak. Tak tahu pulak saya yang MBSA rajin menyaman di situ. Tak mesra alam pembacaan.


message 77: by Rara (new)

Rara (raramokhtar15) | 34 comments Itulah pasalnya. Kalau parkir di tepi laluan jalanraya utama atau lebuhraya kita boleh fahamlah larangannya. Ini kawasan tertutup. Lagi pun memang langsung tak ada parkir. Kereta pulak banyak. Memang ramai di library pun hari tu. Saya tengok hampir semua kereta yg parkir tepi jalan ada 'surat cinta' tu.


message 78: by Juliana Es (last edited Oct 19, 2012 07:03AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Assalamualaikum.

Terima kasih atas maklum balas saudari.

Untuk makluman, pada peringkat awal pembangunan Perpustakaan Raja Tun Uda di Seksyen 13 ini, kami hanya ada 98 lot parkir kereta. Ketika itu, respon terhadap perpustakaan yang baru ini tidak dijangka seperti keadaan sekarang. (Baca: Pihak berwajib **tut** dan **tut** tak fikir perpustakaan ini akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.)

Menyedari situasi semasa, pihak pengurusan PPAS telah menyediakan ruang parkir tambahan di sebelah kawasan parkir yang sedia. (Baca: Setelah Sultan Selangor nak rasmikan perpustakaan, barulah pihak **tut** itu nak tambak kawasan yang satu lagi tu untuk jadikan kawasan parkir. Dulu PPAS minta, dia tak layan.)

Namun mungkin kerana kawasan parkir tersebut jauh daripada perpustakaan, ramai pengguna/pengunjung perpustakaan memilih untuk meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, yang mana ia di bawah tanggungjawab MBSA.

Sebagai penyelesaian bagi situasi di atas, selain memberi pengumuman peringatan meletak kenderaan di kawasan parkir yang disediakan, pihak pengurusan PPAS juga akan menyediakan perkhidmatan buggy dengan kadar caj minima. Caj ini adalah untuk kos penyelenggaraan dan menggaji staf yang akan mengendalikan buggy tersebut.

(Nota: Memang dah beli buggy, tapi belum sampai lagi. Sudah dapat 2 unit percubaan, satu unit tu dirosakkan pula oleh pengguna. Memanglah pengguna kita ni **tut** betul.)


message 79: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
(Nota lagi: Entah kenapa, apabila Kelab Golf buat tournament dan ramai yang parkir sesuka jiwa raga di bahu jalan, tak pula dapat surat cinta dari **tut**.)


message 80: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Orang lebih memandang tinggi Golongan Orang Lupa Family ni daripada mereka yang ke Perpustakaan bersama keluarga.


« previous 1 2 next »
back to top