Goodreads Malaysia discussion

146 views
Kedai Buku > Borders akan tutup semua cawangan?

Comments Showing 1-8 of 8 (8 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Dengar khabar terkini, Borders akan tutup semua cawangan sebab tak ada pembida yang sesuai mahu selamatkan syarikat tu dari kebankrapan.

Ada dengar nasib Borders Malaysia bagaimana?

Saya tak pernah ke Borders Malaysia, tapi rasa agak terganggu dengan penutupan demi penutupan kedai buku tradisional/konvensional.

Salah satu sebab kebangkrapan katanya, kerana saingan ebuku - Amazon dan Barnes & Noble tetap hidup dan bertahan kerana kedua-dua kedai itu menjual epembaca.


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jul 18, 2011 08:39PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya pun baru tahu pagi ni. Jarang ke Borders di PJ...ada satu di Curve dan satu di Tropicana Mall, Damansara Utama. Yg di Curve tu agak besar tapi seperti biasa tak boleh lawan Kinokuniya. Kalau HQ di US pun tutup, alamat cawangan seluruh dunia pun tutup lah. Saya tahu di Australia semua Borders dah gulung tikar.

Alasan yg diberikan: saingan ebuku dan membeli melalui talian bukannya faktor utama Borders mengalami kerugian. Ada artikel pernah saya baca (tak ingat urlnya, boleh Google) yg mendedahkan sikap tidak prihatin boss-boss besar Borders tentang buku. Perlu maklum bahwa pengasas Borders sudah jual syarikatnya beberapa tahun lalu. Diambil alih oleh, mengikut artikel itu, individu-individu yg tidak membaca, tidak cinta buku dan menganggap menjual buku sama seperti menjual ubi kentang di pasar. Sebab tu lah lingkup.


message 3: by Imran (new)

Imran Azmi | 1 comments Borders Malaysia tidak tutup. Borders Malaysia mempunyai pengurusan sendiri yang tidak bergantung pada Borders US. Apabila Borders US tutup, ia tidak meninggalkan kesan ketara pada Borders selagi rakyat Malaysia masih membaca buku bercetak.

Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut: http://thestar.com.my/lifestyle/story...


message 4: by Norziati (new)

Norziati | 380 comments Beginilah nasib apabila sesuatu itu diserahkan kepada mereka yang tidak mengerti. Samalah dengan apa yang berkalu di Malaysia ini..


message 5: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Nope. All Borders Malaysia owned by Berjaya Co. The name Borders is just generic and essentially is purely Malaysian, a ripoff from US version. There's an interview from the Berjaya group that maintain that Borders Malaysia wont get shut down.


message 6: by Firdaus (new)

Firdaus Pozi (mrbaw) | 1 comments Saya dari tahun 2023 ingin memaklumkan bahawa Borders Malaysia telah menutup sepenuhnya semua cawangan beserta operasi perniagaan mereka.


message 7: by Bo (new)

Bo Manson | 53 comments satu demi satu jatuh


message 8: by Zulkifli (new)

Zulkifli Khair (zulkiflikhair) | 81 comments Peluang besar buat pengusaha kedai buku tak besar, namun mampu jual buku-buku besar oleh penulis-penulis besar.


back to top