Goodreads Malaysia discussion

40 views
Budaya Membaca > Program Nilam Sekolah

Comments Showing 1-14 of 14 (14 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Saya memang suka dengan idea program ini, kerana minat membaca memang perlu dipupuk lebih awal, terutama di sekolah rendah. Namun, komitmen dari semua, terutama guru & ibu bapa, diperlukan juga supaya membimbing anak2 menghayati falsafah sebenar mengenai program Nilam ini supaya tidak ada pelajar seperti yang disebutkan dalam no. 1 & 3.

Pelajar no. 2, mungkin berhasrat membaca tanpa inginkan ganjaran atau merasakan adalah leceh untuk mengisi ruang2 dalam buku Nilam (tidaklah rumit sangat tapi untuk anak2 sekolah rendah, mereka tak berapa faham).

Saya memang menyokong penuh hasrat program ini & selalu meminta anak2 menuliskan ulasan buku2 yang banyak mereka baca (buku2 yang saya sendiri belikan, buku di sekolah tidak menarik, kata anak2). Namun, saya rasa cukup kecewa bila pihak sekolah sendiri tidak serius dalam melaksanakannya. Isi atau tidak, tiada apa2 makna.


message 2: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments O, program ini di panggil Program Nilam rupanya.
Ya, dulu di sekolah rendah ada juga isi, tapi tak pernah menang apa pun.

Bagi saya program sebegini sangat bagus, bukan hadiah menjadi matlamat tetapi program ini boleh menjadi kayu ukur prestasi membaca kita.
Sekarang pun saya masih mencatit bilangan buku dan muka surat yang saya baca mengikut bulan. Di akhir bulan saya akan mengira purata bacaan. Dari sini saya dapat menilai prestasi saya.

Sangat mengecewakan apabila hanya 89pages/day untuk oct 2010.


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Pada saya Program Nilam ni bagus. Samada ianya disalahguna oleh pelajar tak jadi isu sebab penyalahgunaan sebegini adalah peluang untuk kita memperbaiki persepsi anak-anak kita terhadap norma anak itu kepada dirisendiri malah pada kawan-kawan sekeliling ie: isy, dia tu tak jujur isi buku nilam - therefore I will strive to do better. Or, isy dia tu apasal tak isi buku nilam walhal dah banyak baca? - therefore I will strive to do better. Or, isy apasal dia ni langsung tak membaca? - therefore I will strive to do better.

Program Nilam tu is not the be all and end all la, pada pendapat saya :D apart from literally getting the child to read, it also promotes self-discipline. 'Kan?


message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Nov 03, 2010 01:29AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Nazmi, waktu zaman bersekolah kita dulu program membaca tu belum lagi dipanggil Nilam, saya rasa.

Dan memang ramai yang tak mengisinya dengan benar. Menyalin dari kawan, malah reka cerita sendiri; saya kenal salah seorang yang mengisi begitu, sampai dapat hadiah sebagai pelajar paling banyak membaca di sekolahnya.

Saya rasa sekolah perlu ada mekanisme memantau - misalnya 10 pelajar yang paling banyak mengisi buku Nilam mereka, perlu membuat pembentangan menceritakan secara ringkas mengenai 10 buah buku yang telah direkodkan dengan cara paling kreatif. Dah tentu yang betul-betul membaca sahaja mampu melaksanakannya. Pada masa sama boleh bina kemahiran komunikasi pelajar.


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Najibah wrote: "Nazmi, waktu zaman bersekolah kita dulu program membaca tu belum lagi dipanggil Nilam,
"


Kenapa Najibah sebut nama Nazmi ye? Nazmi belum beri apa2 respon di sini..dia sibuk cari buku Tok Janggut..


message 6: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Nov 03, 2010 06:03AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Najibah wrote: "Nazmi, waktu zaman bersekolah kita dulu program membaca tu belum lagi dipanggil Nilam,
"

Kenapa Najibah sebut nama Nazmi ye? Nazmi belum beri apa2 respon di sini..dia sibuk cari b..."


Puan Azzah, inilah akibatnya bila mata sudah berpinar, mata saya salah decipher nama MizzYasmin rasanya :)


message 7: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najibah wrote: "Nazmi, waktu zaman bersekolah kita dulu program membaca tu belum lagi dipanggil Nilam, saya rasa.

Dan memang ramai yang tak mengisinya dengan benar. Menyalin dari kawan, malah reka cerita sendiri..."


dah orang panggil, saya pun menyahut. saya rasa zaman saya, sudah dipanggil nilam (darjah enam 1990). atau mungkin nama lain mastika atau permata (ops.. permata baru saja diperkenal!).

tapi saya skeptik kpd program nilam krn sejarah peribadi saya sendiri. ya saya tau, saya tak berlaku adil, tapi mana ada adil eskarang ni.

satu saja masalah besar yg perlu dijawab sebelum kita boleh putuskan sama ada nilam ini berfaedah atau memberikan sumbangan besar dalam pembudayaan membaca di kalangan generasi baru: Adakah guru-guru membaca buku (majalah bercorak wanita tak kira, pull out hiburan dr akhbar tak kira)?

kalau guru-guru tak membaca atau dilihat tak membaca, projek nilam tak lebih drpd projek buat duit buku nilam atau projek utk ppd nampak buat kerja.

sekali lagi saya minta maaf, saya skeptik kerana pengalaman peribadi yg mungkin tak boleh dijadikan hujah utama.

ps - ada satu sekolah di sekitar bangi, cikgunya tiap2 perhimpunan bacakan berita penting hari ini. minta maaf walaupun saya kerja di syarikat akhbar, saya tak fikir sari berita itu lebih penting daripada petikan daripada buku2 penting dalam tamadun manusia.


message 8: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Najibah wrote: "Nazmi, waktu zaman bersekolah kita dulu program membaca tu belum lagi dipanggil Nilam,
"

Kenapa Najibah sebut nama Nazmi ye? Nazmi belum beri apa2 respon di sini..dia sibuk cari b..."


azzah, tak sibuk pun. petang tadi, bawa anak ke klinik utk suntikan yg sepatutnya dibuat pd bulan mac. ha ha ha sempat lah kena perli oleh nurse.


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Nazmi wrote: "azzah, tak sibuk pun. petang tadi, bawa anak ke klinik utk suntikan yg sepatutnya dibuat pd bulan mac. ha ha ha sempat lah kena perli oleh nurse...."

Masyaallah..dah lewat berapa bulan tu..jangan abaikan kesihatan anak..bahaya tu..sebagaimana bahaya jika tak pupuk minat anak tu membaca nanti..ibu bapa tak boleh sekadar berharap kepada program Nilam yang mungkin tenggelam bila tak disokong dengan baik oleh guru2 sendiri.


message 10: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments MizzYasmin wrote: "Oh, you count pages?"

Yes...Supaya dapat mengekalkan momentum...

Mac dan April saya tanda ikut hari, tetapi leceh sebab perlu on laptop before sleep. So mula Mei saya record ikut bulan.

3 bulan pertama sangat mengecewakan. Sekarang Alhamdulillah dah semakin baik.


message 11: by Isma (new)

Isma | 682 comments nilam? saya pernah kena rotan dan rela kena rotan kerananya.Saya tak pernah catat dan hantar pada cikgu.Sebab gengstar sekolah semua takut pada saya(sebab orang thai), mana mungkin orang gedebe macam saya jadi ulat buku,buat malulah.


message 12: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments tu diaaaa...

gengstar sekolahpun takut kat hang juga, ye isma...


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments hanya lebih kurang tiga tahun lepas, kawan-kawan sekolah baru tahu saya ni pembaca buku tegar...itu ramai lagi tak percaya..


message 14: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments kehkehkeh... kelakar citer hang ni, isma.


back to top