Goodreads Malaysia discussion

133 views
Budaya Membaca > Anda rabun? Adakah kerana banyak sangat membaca?

Comments Showing 1-50 of 62 (62 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jun 08, 2010 08:02AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ada kemungkinan saya memakai 'specs' kerana ketika zaman sekolah dulu, sering membaca dalam lampu malap. Sebabnya, curfew pukul 9 malam jika esok ada sekolah. Tapi mata masih terbeliak dan salah satu ubat nak bagi malap ialah dengan membaca. Tapi oleh kerana dah kena tutp lampu, saya terpaksa memasang lampu 'night light' yg mentolnya kuning malap. Kadang-kadang tu, pakai lampu suluh pun ada, sambil membaca di dalam selimut tebal! Semua kerana khuatir bilik diperiksa secara mengejut oleh mak bapak yg syak saya belum tidur lagi.

Pendek cerita, mata saya mungkin rabun sebab baca dalam cahaya malap. Saya mula memakai cermin mata ketika Form 3 (1988), kalau tak silap. Mata kanan teruk rabunnya. Mata kiri tak berapa sangat.


message 2: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Maknanya saya ni ulatbuku tahap tegar la kalau nak banding dgn Khairul...

Sebab saya mula pakai cermin mata at 10yrs old! Pun sama, gara-gara membaca merata tempat, including by streetlight yg shine thru my window after lights out. Laaaa ni rabun dah stable, tapi belah kiri double rosaknya dari belah kanan. To the extent that bila nak buat cermin baru, belah kiri buat yg hi-index (nipis sikit lens nya) sementara belah kanan lens biasa (supaya nampak seimbang hahahaha)

Nak pi laser mata tak berani - what if summat goes wrong? There goes my reading!!


message 3: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oh, PS : a few years back, bila Eric Leong dalam Casa Impian tu advocate lampu kuning for bedroom sebab 'softer light' and untuk 'ambience' and untuk 'mood'.... saya menganga sekejap. Nak membaca macamana kalau lampu tak terang weiiiii? Isy....!!


message 4: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jun 08, 2010 09:02AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya ingat mata kanan saya dah mula kabur sejak darjah 6/Form 1 lagi tapi tak buat cermin mata sampai le Form 3 bila dapati dah takde 'depth perception' akibat rabun teruk.

Ada jugak hasrat nak buat LASIK surgery tapi belum berani lagi. Dan saya tak suka contact lenses. Cucuk benda dalam mata mengilukan saya.

Apa-apa pun, saya tak kisah dah kena pakai cermin mata.

I also think women who wear glasses are sexy...but not the huge 1970s-style glasses! Those look horrible!


message 5: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Ahh... The sexy-librarian look. I like.

;)


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments How come I have never come across a sexy librarian in all my years?

(unless you count Najibah, Bunnybaby dan seangkatan dgnnya teeheehee)


message 7: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Oh, maybe the reason sebab I've never come across a sexy librarian is : SEBAB I RABUN!!!


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya start rabun waktu form 2. And it's not too bad albeit the sakit kepala bila pagi dan petang. Lepas pakai cermin mata things got better.

I wore glasses in classes only throughout uni years. Other times couldn't be bothered. Jenis ganas dan comot macam saya ni hish pakai spec tahan lasak pun hampeh. Bila dah patah riuk I couldnt be bothered to get a replacement.

Sekarang ni saya rasa saya semestinya kena pakai spec semula. Bila ada meeting ke presentation kalau tak duduk depan sepatah haram tak nampak. Tapi memandangkan sekarang ni tengah ada tiga orang budak kecik yang ya rabbi lasak (depan orang behave tak caya tanya Najibah kan, kan, kan?), saya mungkin kena fikir elok-elok kalau nak membeli cermin mata baru.


message 9: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments Saya tahu saya rabun sewaktu pemeriksaan mata di sekolah rendah, waktu saya darjah satu. Ada sesuatu yang tak kena dengan mata kanan, rabun teruk berbanding mata kiri (kecacatan dari lahir). Tapi doktor tak bagi pakai cermin lagi waktu tu. Lompat lebih kurang 18 tahun kemudian, saya masih malas hendak memakai cermin walaupun penglihatan saya makin teruk sehingga turut merosakkan mata kiri. Kalau berpeluh di muka susah nak kesat. Ada bekas hitam atas hidung saya. Saya pakai cermin waktu guna komputer je. Kawan pejabat suka usik cakap muka saya macam cikgu kalau pakai spek. Lupa pula nak tanya macam cikgu yang cun ke ataupun macam cikgu besar yang garang..hehe.

psst..tak ada sesiapa teringin nak guna Permata Hijrah ke?


message 10: by Hannah (new)

Hannah | 92 comments sexy?? haha... that's new.

Dulu saya rasa orang yang pakai specs nampak so smart and cool. So the reason for my short sightedness now has nothing to do with reading too much and everything to do with my ridiculous wish to wear specs. Yes, I WISHED for it. I wore my friends' glasses just for fun. I totally deserve what I get.

@Nurul: OMG.. saya sangat tak suka pakai specs sambil jogging/exercise. Leceh nak kesat peluh. tapi masalahnya kalau tiba2 ada orang lambai nanti tak nampak la pulak.


message 11: by Saadah (new)

Saadah | 19 comments salam..
saya adalah salah seorang yang rabun kerana banyak membaca. Sejak kecil saya suka membaca, dan tidak akan puas hati selagi buku baru yang saya ada tidak habis dibaca. Jadi, saya akan membaca dalam gelap ketika dipaksa ibu untuk tidur pada waktu malam. Tapi ini mungkin hanya salah satu sebab, kerana kemungkinan besar memakai cermin mata adalah genetik dalam keluarga saya. Umur awal ketika memakai cermin mata ialah 11 tahun ketika darjah 5 di sekolah rendah. ^__^

Walau apapun, saya sangat suka bercermin mata dan orang2 yang berkaca mata.. Lebih2 lagi jika yang berkaca mata itu suka membaca..^__^


message 12: by Norain (new)

Norain | 687 comments Saya pun tak tahu kenapa saya rabun. Haha. Saya pergi periksa mata dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati mata kanan saya kurang jelas penglihatannya. Rupanya saya mata kanan saya rabun jauh, mata kiri rabun dekat sebab tu kalau tak pakai cermin mata pun boleh nampak. Saya mula-mula pakai cermin mata sebab migrain yang teruk dan bukan sebab rabun. Masa tu tingkatan 2.


message 13: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Migrain tu sebab rabun le, ye tak? Kepala pening sebab penglihatan tak seimbang.


message 14: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Saya pakai cermin mata mulai tingkatan 3. Mulanya tak perasan rabun. Tapi disebabkan kena duduk di belakang sekali (actually tak pernah dapat duduk di barisan hadapan, kerana ketinggian tubuh badan). Penatlah bergaduh dengan kawan yang duduk sebelah, apa sebenarnya yang ustaz tulis. Tambahan pula ustaz menulis jawi di papan hijau, menggunakan kapur pink.

sehingga kini saya yakin, punca utama saya rabun adalah kerana semasa tingkatan 3 saya mengambil tuisyen di pekan. Biasanya bas awam yang saya naiki akan sampai di kampung sekitar jam 7.45 petang. Hari dah gelap dan sepanjang perjalanan pulang itu, saya akan membaca komik tanpa sebarang lampu dinyalakan di dalam bas. cukup 2-3 bulan saya buat habit itu, saya terpaksa memakai cermin mata. Huhu.


message 15: by Norain (new)

Norain | 687 comments Khairul H. wrote: "Migrain tu sebab rabun le, ye tak? Kepala pening sebab penglihatan tak seimbang."

Migrain sebab rabun. Secara tak langsung pakai spec sebab rabun la. Tapi masa mula-mula pakai spec, lebih kerap tak pakai dari pakai. Spec yang pertama siap rangup kena pijak, lagi. Hehe. Lama-lama, bila memang tak boleh nampak kalau tak pakai, baru pakai secara tetap.


message 16: by Norain (new)

Norain | 687 comments Xara_fatima wrote: "Tambahan pula ustaz menulis jawi di papan hijau, menggunakan kapur pink."

Teringat zaman sekolah. Cikgu pakai kapur pink atau kuning. Bila orang belakang kata "Tak nampak la, cikgu!", cikgu kata "Tu la awak. Malas nak ambil kapur putih baru. Sila bersabar je la ye?"


message 17: by Juliana Es (last edited Jun 16, 2010 02:40PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Kataklicik wrote: "How come I have never come across a sexy librarian in all my years?

(unless you count Najibah, Bunnybaby dan seangkatan dgnnya teeheehee)"


Oii! We the glasses-wearers + librarians object to that label. (BTW, I'm not a librarian, even though I work in a library)

It's the second time I heard anybody likes someone wearing glasses. Like Khairul, I really want to have LASIK, but my hubby said; "Alaah, Bill Gates yg kaya raya tu pun tak buat LASIK. So, buat apa nak susah-susah?". I think Bill Gates tu sebenarnya takut surgeon sabotaj dia kot, maklumlah orang kaya ni paranoid lain sikit. Nanti silap haribulan jadi cerita Face- Off pulak.

I do think reading contributes to my short-sightedness. Setiap tahun bertambah power pulak tu. Hmm..


message 18: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments People said I look younger that my age. though my face is awet muda, my eyesight and hearing are equivalent to a 50 years old..


message 19: by Juliana Es (last edited Jun 22, 2010 06:15PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: "Migrain tu sebab rabun le, ye tak? Kepala pening sebab penglihatan tak seimbang."

Khairul, migrain bukan sebab rabun. Banyak perkara lain yang boleh membawa kepada migrain. Stress salah satu daripadanya, makanan/pemakanan, cuaca yang terlampau terik, dsb.


message 20: by Norain (new)

Norain | 687 comments Brother Khairul talked about me. And in my case, yes. Sebab rabun.


message 21: by Cafiena (new)

Cafiena | 8 comments Saya mula pakai cermin mata waktu umur 10tahun. indeks dia adalah 275. waktu tu, saya duduk depan sekali dalam kelas pun tak nampak tulisan di papan hitam dengan jelas.

sekarang 500. optometri tu kata, tak kan jadi lagi rabun. sekarang without glasses, i cant even see what i am typing.

rabun sebab gian membaca, tak kira masa dan tempat. the world descibes in book is so fascinating, when i was a kid.

adding to that, saya juga ada rabun malam, by genetik.

everything come with a price.


message 22: by Munirah (new)

Munirah Ruslan | 1 comments started pakai cermin mata when i was in standard one,tujuh tahun kot. itupon sebab cikgu suruh pakai sebab bila tengak blackboard, mata kenyit-kenyit.

maybe salah satu sebabnya dulu sebelum tidur akan baca buku dengan lampu malap and i started reading as early as 5/6-year-old kot. plus, tengok tv dekat-dekat.


message 23: by Laili (new)

Laili (stnrll) | 132 comments yeah.


message 24: by Aly (new)

Aly (A_ly) | 41 comments Saya baca dalam cahaya yang kurang..
hihi
rabun, tapi tak teruk lagi..


message 25: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Rabun juga selepas tamat belajar di universiti. Mungkin sebab faktor keturunan yang tak bercermin mata. Tak pasti sebab rabun, mungkin sebab banyak membaca tapi selalunya cahayanya cukup terang, sebab bilik saya di asrama dulu dekat dengan lampu koridor, jadi masih cukup terang.


message 26: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Tak. Saya rabun sebab banyak sangat main NES dulu.


message 27: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments NES tu apabende? (nampak sangat aku ni dinosaur!)


message 28: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Nintendo Entertainment System.


message 29: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments Betul tu khairul.

Btw, pernah dengar tak tentang pin-hole glasses? Khabarnya kalau pakai 30 minit satu hari boleh improve mata kita. Pernah cuba dekat guardian tempohari. Memang nampak terang macam pakai cermin mata.

Tadi terjumpa versi china punya harga RM 7.90 terus beli.


message 30: by W (new)

W (wnorhaslina) | 203 comments Rabun sebab carik pasal. Kawan-kawan baik di sekolah menengah dahulu semuanya pakai spect. Saya suka-suka pinjam spect kawan masa dalam kelas. Sudahnya sekarang power tiga ratus lebih.


message 31: by Juliana Es (last edited Apr 03, 2011 05:32AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
encik_kerani wrote: "Betul tu khairul.

Btw, pernah dengar tak tentang pin-hole glasses? Khabarnya kalau pakai 30 minit satu hari boleh improve mata kita. Pernah cuba dekat guardian tempohari. Memang nampak terang maca..."


Oop, cop! Dulu masa mula-mula pin-hole glasses dijual di farmasi (beberapa tahun lalu), Persatuan Optometrist Malaysia (or something along the line) pernah keluarkan kenyataan bahawa pemakaian pin-hole glasses adalah berdasarkan preskripsi pakar mata dan optometrist sahaja, bukan boleh dijual sebarangan. Kemudian semua pin-hole glasses ditarik dari farmasi. Tak sangka pula laa ni dijual semula. Jadi, kena kaji dan semak semula tu, encik_kerani.


message 32: by Clerk Can (new)

Clerk Can | 146 comments @Bunny,

REALLY? Sebenarnya lepas beli tempohari, saya terus pakai masa drive sebab nak impress isteri. Memang boleh drive, tapi bila sampai rumah, rasa sakit kepala dan hendak muntah pula. Kena buang lah nampaknya. :)

Power spek saya sudah mencecah 500 manakala cumulative buku yang dibaca saya pula rasanya masih belum mencecah 500. Saya merasa sangat rugi mempunyai mata yang rosak dan buku yang masih banyak untuk dibaca. Sigh.


message 33: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
@ encik_kerani
Power 500? Okay lagi tu. Saya lagi tinggi, dah mencecah 750!

encik_kerani menulis: "Saya merasa sangat rugi mempunyai mata yang rosak dan buku yang masih banyak untuk dibaca. Sigh."

Jangan rasa macam tu. Kita masih jauh bernasib baik lagi. Bulan lalu saya pergi ke sebuah pusat refleksologi di SACC Mall, Shah Alam. Pengurut kaki saya tu, apabila mengetahui yang saya bekerja di perpustakaan, terus buka cerita yang dia dulu sangat suka membaca dan kerap ke Perpustakaan Raja Tun Uda - ketika beliau masih boleh melihat.

She is now fully visually impaired. Imagine how I felt then. So, while we are still able to see - no matter the shortcoming - let's read as many books as we can.


message 34: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Bunnybaby, saya pun ada terfikir pasal tua, rabun yang amat sangat, and the inevitable inability to read (na'uzubillah!)

My grandmother is now in her late 80s. She's illiterate. Her eyesight is ok for one her age, but her hearing is slowly going. She was hospitalised for a week last month for pneumonia, and is now recuperating at home. She can't read. She doesn't watch tv (because she can't hear what is said). She doesn't like the radio because she can't connect with the newfangled songs etc. She can't enjoy her greatgrandchildren (she has 19!) because they speak mostly in English.

I cannot imagine not being able to fill my time. That terrifies me no end.


message 35: by mer (new)

mer rabun sejak form 3 sebab suka membaca semasa baring dan dalam bilik suram.


message 36: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments semua orang yang suka membaca rabun, tapi saya dari kecil membaca dalam gelap tanpa lampu, tonton tv terlampau dekat, tapi syukur, sehingga sekarang saya belum di klasifikasikan sebagai orang rabun.


tapi kebelakangan ini kepala asyik sakit dan mata semakin tidak mampu membaca apa yang ditulis dari jarak jauh.(padahal sebelum ni boleh jee..)

mungkin sebelum ini buka mata tutup mata renung benda hijau je.tapi sekarang dalam masa 3 bulan asyik duduk pejabat dan merenung di depan komputer.

alahai.terpaksa cepat-cepat habiskan buku-buku kat dunia ni sebelum cermin mata menyusul.


message 37: by Norain (new)

Norain | 687 comments Bunnybaby wrote: "@ encik_kerani
Power 500? Okay lagi tu. Saya lagi tinggi, dah mencecah 750!

encik_kerani menulis: "Saya merasa sangat rugi mempunyai mata yang rosak dan buku yang masih banyak untuk dibaca. Sigh."..."


Saya teringat yang brother Khairul ada tulis somewhere yang dia berdoa semoga tak buta. Sangat boleh faham perasaan tu. Apabila ke perpustakaan dan lihat deretan rak dengan ribuan buku beratur kemas terasa sungguh, 'Betapa banyaknya aku tak tahu'. Macam mana kalau Allah kata, 'Berhenti setakat ini'? People can argue that we can gain knowledge in many other ways, but for me those ways are just different from reading. No matter how much time I spent listening to religious 'ceramah' or watching documentaries, I must go back to reading. And there are also people who read for the sake of reading, for the pleasure of it.

Ya Allah, jangan jadikan kami kufur nikmat!


message 38: by Nurulhuda (new)

Nurulhuda | 11 comments Star_Key wrote: "semua orang yang suka membaca rabun, tapi saya dari kecil membaca dalam gelap tanpa lampu, tonton tv terlampau dekat, tapi syukur, sehingga sekarang saya belum di klasifikasikan sebagai orang rabun..."

hmm..mungkin betul juga,
those yang rabun = banyak membaca.

tapi syukur setakat ini, mata saya masih menjalankan fungsinya dengan baik. atau mungkin juga saya masih belum boleh lagi dikategorikan sebagai pembaca tegar.
masih banyak lagi buku yang perlu diteroka.


message 39: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments Nurulhuda wrote: "Star_Key wrote: "semua orang yang suka membaca rabun, tapi saya dari kecil membaca dalam gelap tanpa lampu, tonton tv terlampau dekat, tapi syukur, sehingga sekarang saya belum di klasifikasikan se..."

haha.betul itu Nurulhuda.
pembaca tegar = rabun.

???

hehe. :)


message 40: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Star_Key wrote: "haha.betul itu Nurulhuda.
pembaca tegar = rabun."


Yang tak rabun= malas baca buku.
Heh.


message 41: by Juliana Es (last edited Apr 07, 2011 07:43AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Yakah semua yang suka membaca itu rabun? Agaknya ada tak di kalangan ahli GRMY yang tak rabun? Silalah angkat tangan ya?


message 42: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sebelum cikyah angkat tangan, saya nak potong dulu dan kata dia rabun tapi tak mau mengaku.


message 43: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Jujur. saya belum rabun lagi.
Mungkin sebab malas baca buku.


message 44: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments saya nak angkat tangan.saya tak rabun lagi.tapi tak semestinya tak rabun malas baca buku.orang yang tak suka baca buku pun rabun je..

heh. (",)


message 45: by Nurulhuda (new)

Nurulhuda | 11 comments Bsplayer wrote: "Star_Key wrote: "haha.betul itu Nurulhuda.
pembaca tegar = rabun."

Yang tak rabun= malas baca buku.
Heh."


--iskk..tak jugak. tapi mungkin betul. :p

Star_Key wrote: "saya nak angkat tangan.saya tak rabun lagi.tapi tak semestinya tak rabun malas baca buku.orang yang tak suka baca buku pun rabun je..

heh. (",)"



--saya pun *angkat tangan*. saya tak rabun, tapi suka baca buku..mungkin tak begitu tegar. lagi banyak baca journal paper kot and buku-buku ikan.


message 46: by lara_nur (new)

lara_nur | 7 comments lara juga rabun jauh, kanan teruk dari kiri. pendengaran lara pula kiri lebih teruk dari kanan. tapi lara sangat elakkan memakai cermin mata. sebab tak selesa. kecuali semasa sangat perlu contoh ketika menonton wayang. lalu, cermin nya jadi calar balar sebab letak dalam beg macam tu aje. heh


message 47: by Aly (new)

Aly (A_ly) | 41 comments @lara_nur : tapi lara sangat elakkan memakai cermin mata. sebab tak selesa. kecuali semasa sangat perlu contoh ketika menonton wayang. lalu, cermin nya jadi calar balar sebab letak dalam beg macam tu aje.

Saya pun!
Bila nak tukar cermin mata fikir byk kali, sebab jarang pakai
hehe


message 48: by Lyla (new)

Lyla Ibrahim (lylaibrahim) Sy tidak rabun, tetapi sy pakai spec juga ketika berhadapan dengan skrin komputer.


message 49: by Star_Key (new)

Star_Key | 46 comments lyla wrote: "Sy tidak rabun, tetapi sy pakai spec juga ketika berhadapan dengan skrin komputer."

erk? maksuk iyla?


message 50: by Lyla (new)

Lyla Ibrahim (lylaibrahim) erk? maksuk iyla?"

sy pakai spek yg tiada power tetapi ada coating utk tgk komputer...
this way mata tak rosak insyallah...
huhu


« previous 1
back to top