Goodreads Malaysia discussion
Arkib Maraton Membaca 2021
>
WaniBaca2021 (50)
date
newest »



#Buku2
Tajuk Buku : Hikayat Satria - Satria Sejati #3 : Badai Perjuangan
Penulis : Hilal Asyraf
Ulasan :
Ujian demi ujian. Halangan demi halangan. Kekecewaan demi kekecewaan. Sehingga terbit rasa ragu di hati "adakah Allah bersama kita"? Begitulah lumrah kehidupan kita. Keimanan kita ada turun naiknya.
Namun Satria-Satria Sejati saling mengingati diantara mereka. Perjuangan yang mereka lalui bukan mudah. Bukanlah nama perjuangan jika dihampari dengan karpet merah.
Pertarungan yang makin mendebarkan. Terjawab beberapa persoalan tapi timbul pula persoalan lain 😁
Penilaian : 5 bintang

Tajuk Buku : Rindu Bau Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Ulasan :
Perjalanan mengutip ilmu yang disulami dengan pelbagai tarbiah.
Kata - kata semangat, ingatan, teguran yang tegas tapi lembut terselit dalam tulisan ni.
Penilaian : 5 bintang

Tajuk Buku : Amru Rebellion
Penulis : Hilal Asyraf
Ulasan :
Kerana kuasa manusia hilang nilai kemanusiaan. Kerana kuasa manusia hilang rasa simpati.
Kerana kuasa manusia lupa pada Yang Maha Kuasa.
Kerana kuasa manusia hilang pertimbangan.
Kerana kuasa King atau Mansur menjadi tersangat kejam, hilang nilai kemanusiaan, hilang rasa empati dan paling teruk merasakan dirinya adalah Tuhan..
Penilaian : 4 bintang

Terima kasih Kak Aina. Terinsiprasi dengan semua rakan-rakan dekat sini

Tajuk Buku : Love Parenting
Penulis : Siti Ujila
Ulasan :
Tip yang mudah untuk kita gunakan dalam mewujudkan "love parenting". Kebanyakan tip yang dikongsikan adalah daripada pengalaman penulis sendiri jadi terasa lebih dekat dan sampai di hati.
Penulis juga ada memasukkan hadis yang berkaitan dengan sesuatu tip yang dikongsikan.
Penilaian : 4⭐


Baru lepas baca buku Parents, Welcome to My World. Menarik juga. Tapi bahasanya tetap santai. Dikekalkan gaya bahasanya dari blog agaknya
#Buku1
Tajuk Buku : Hikayat Satria - Satria Sejati #2 : Arus Perubahan
Penulis : Hilal Asyraf
Ulasan :
Ariki dan sahabat-sahabat perjuangan meneruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran bersama dengan guru mereka. Perjalanan yang mencetuskan debar dan tanda tanya.
Mereka anak muda yang berpegang teguh dengan ajaran islam dan tidak mudah digoyahkan dengan apa jua dugaan. Islam bukan sahaja pada pakaian mereka tapi juga pada diri mereka sehinggakan Maharaja Arata terbuka mata hati untuk memeluk Islam kerana adab dan tingkah laku mereka.
Sungguh. Setiap minit yang dihabiskan untuk buku ini adalah berbaloi.
Penilaian : 5 bintang