Goodreads Malaysia discussion

55 views
Arkib > KBABKB Jun 2009: To Kill A Mockingbird [SEDANG BACA]

Comments Showing 1-22 of 22 (22 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Bagi yang sedang membaca, kongsikan pendapat tentang buku ini di thread ini...

Menarikkah permulaannya, atau bosankah? Sukar dihadam atau mudah? Nonsense atau bagaimana? Apa-apa saja yang terbuku... :)


message 2: by Juliana Es (last edited Jun 13, 2009 10:48PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Pada permulaan novel, terutama 3 halaman pertama, seolah-olah penulisnya hendak menyumbatkan kesemua fakta latar belakang cerita. Faktor ini membuatkan pembacaan agak tersentak sesekala. Kepadatan gambaran menyebabkan saya menjadi "pangkal timbul hujung tenggelam, hujung timbul pangkal tenggelam". Namun setelah Bab 1 berjaya dilepasi, barulah perjalanan ceritanya terasa selesa dibaca.

Gaya bahasa Inggerisnya (terutama dialog) lebih ke'Amerika'an. Bagi yang sudah terbiasa dengan gaya bahasa Inggeris permaisuri (Queen's English), gaya ini agak janggal untuk diikuti.


message 3: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Pada permulaan novel, terutama 3 halaman pertama, seolah-olah penulisnya hendak menyumbatkan kesemua fakta latar belakang cerita. Faktor ini membuatkan pembacaan agak tersentak sesekala. Kepadatan ..."

Agree! :)




message 4: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments 'To kill a Mocking Bird' sebuah karya yang dianggap sebagi klasik Amerika.Bahan utama dalam pengajian sastera di sekolah tinggi di America.Jadi sudah pasti bahasanya mirip ke 'American English'. Kalau kita serasi dengan Mark Twin sudah pasti buku ini adalah tukuknya. Karya ini menceritakan gaya hidup warga biasa di sebuah pekan kecil disebuah wilayah selatan American yang termasuk dalam kumpulan yang dipanggil Dixieland. Hidup cara sederhana, taat pada gereja dan 'ethical'. Satu paradox ialah prejudis terhadap kaum kulit hitam cukup tebal dan disini jelas undang-undang dan hukum adalah khusus dan memihak pada 'white man' sahaja.


message 5: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Maksud saya keAmerikaan ini, sebagai contoh, ialah seperti yang terpapar dalam ayat berikut:

"... like they were expectin' me."

"Jem, I ain't ever heard of a nigger snowman," I said.

"Atticus, you'll never raise 'em!"

Ada juga penulis Amerika yang tidak menggunakan gaya bahasa begini. Secara peribadi saya berpendapat, untuk pembaca yang masih baru berjinak dengan pembacaan Inggeris, saya tidak menyarankan buku ini. Memang bagus membiasakan diri dengan pelbagai gaya bahasa, namun mungkin akan terjadi sedikit kecelaruan dari segi sistem ejaan.

Satu lagi gaya keAmerikaan yang amat jelas, ialah bagaimana watak utama, Scout dan abangnya, Jem, membahasakan bapa mereka dengan nama pertamanya; Atticus. Mereka tidak memanggil bapa dengan panggilan "Daddy", atau "Papa" sebagaimana kebiasaan.


message 6: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Namun demikian, saya sukakan cara Atticus mendidik anaknya. Sebagai seorang peguam yang berwibawa, beliau menerapkan etika yang sama terhadap anak-anaknya. Setiap pertanyaan anak-anaknya dijawab dengan penerangan yang adil, walaupun ada ketika tidak difahami pun oleh si kecil.

Saya juga menyukai juga watak Uncle Jack, abang/adik Atticus, seorang doktor yang penyayang dan lemah-lembut, dan juga sebagai seorang bapa saudara yang mengambil berat terhadap anak buahnya, walaupun dia tidak pernah berkeluarga.


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Bunnybaby, saya rasa itu bukan bahasa keAmerikaan. Seperti kata Thamrong, itu cara mereka bercakap di belah selatan Amerika Syarikat terutama oleh kanak-kanak atau mereka yg berpendidikan rendah. Kalau cerita ni settingnya di UK, saya rasa lebih kurang je mereka bercakap. Mungkin ada ditambah, "owight, mate, "luv" dan "Blimey" :)

Sikap Scout memanggil bapanya dgn nama ada disentuh di dalam buku. Saya tak ingat bab mana tapi dalam versi wayang pun ada juga. Kawannya tanya, "Why do you call your dad by his name?" Ini menunjukkan bahawa ini bukan sikap umum orang Amerika sebab rakan sebaya si Scout pun hairan kenapa Scout panggil bapanya dengan nama.




message 8: by Juliana Es (last edited Jun 15, 2009 08:26PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Khairul H. wrote: Seperti kata Thamrong, itu cara mereka bercakap di belah selatan Amerika Syarikat terutama oleh kanak-kanak atau mereka yg berpendidikan rendah.

Memandangkan gaya perbualan ini memang lebih ketara di rantau sebelah Amerika, walaupun tidak keseluruhan negara itu, maka saya melabelkannya sedemikan. Sama juga seperti masyarakat Australia yang mempunyai gaya sebutan berlainan malah terdapat perkataan tambahan dalam perbendaharaan kata mereka, seperti "cuppa". Perkataan "mate" yang sering digunapakai oleh Aussie pula memang ada dalam mana-mana kamus Inggeris, tapi penggunaannya lebih ketara di kalangan Aussie.

Tidak dinafikan terdapat kepelbagaian dalam gaya bahasa Inggeris mengikut negara. Sebab itulah ada Hinglish, Manglish, dsb.

Oleh kerana To Kill A Mockingbird adalah sebuah karya klasik, maka perbandingan yang saya buat juga dengan karya klasik lain, seperti karya Jane Austen dan Oscar Wilde, walaupun latar belakang masa dan zaman penulisnya jauh berbeza.

Sistem pelabelan gaya Amerika/British/Australia itu adalah dari sorotan peribadi, kerana saya sering ditanya rakan-rakan tentang perbezaan perkara ini.

Khairul H. wrote: Sikap Scout memanggil bapanya dgn nama ada disentuh di dalam buku.

Yup, memang ada disentuh perkara ini oleh jiran mereka; Mrs. Dubose.

Tentang sikap ini bukan sikap Amerika, saya teringat satu episod dalam siri Smallville, di mana Clark Kent telah terpindah ke dalam tubuh badan Lionel Luther, sementara Lionel Luther pula menguasai tubuh badan Clark Kent. Lionel yang berada dalam tubuh Clark ketika itu memanggil ibu Clark sebagai Martha. Martha yang tidak mengetahui pertukaran ini mengatakan, walaupun Clark sudah besar panjang, dia sepatutnya menghormatinya sebagai ibu dan dia tidak mahu dipanggil dengan nama pertamanya menggantikan panggilan 'mom'.

Ada beberapa lagi siri US yang memaparkan si anak memanggil bapa dengan nama pertama, walaupun tidak kesemuanya. Maka sebab itulah saya membuat kesimpulan begitu, walaupun budaya ini tidak terpakai di seluruh Amerika. Seingat saya belum ada fiksyen Inggeris (British) dan siri TV UK yang memaparkan suasana di mana si anak memanggil bapanya dengan panggilan nama pertama. Kalau ada, mungkin saya belum terbacanya/menontonnya lagi.


message 9: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Rasanya ada si anak yg memanggil ibubapa dgn nama pertama tapi selalunya jika mereka ibu atau bapa tiri.

Kalau tak silap saya, Scout menjelaskan bahwa dia dah biasa panggil bapanya dgn nama dan bapanya pun tak tegur. Itu yg saya ingat dari versi wayangnya.


message 10: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Tentang anak panggil bapa/ibu tiri tu memang biasa juga saya tengok/baca. Cuma dari pembacaan buku To Kill A Mockingbird ni, memandangkan ia dicanang sebagai klasik Amerika, ia secara tidak langsung mewakili budaya mereka dari salah satu sudut rantau di sana. Ada juga buku lain yang si anak memanggil ibu bapa dengan nama pertama tapi saya tak ingat judul-judulnya. Entah mengapa buku ini memberi impression yang kuat tentang amalan ini (panggilan ibu bapa dengan nama pertama) kepada saya.

Semasa pembukaan cerita, jelas bahawa buku ini disorot melalui pandangan pertama, iaitu melalui watak Scout si anak perempuan kecil. Pada permulaan naratif penggunaan "my father" masih ada, tetapi naratif bab yang seterusnya Atticus menggantikan "my father". Sebab itulah agaknya saya sedikit terkeliru pada bab permulaan novel ini (pangkal timbul hujung lesap dan sebaliknya), terutama dengan watak Atticus.


message 11: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Tajuk "To Kill A Mockingbird" ini secara imbas lalu orang anggap ia menceritakan tentang burung Mockingbird (burung apa dalam Melayu? Burung tiung ke?) Ada juga yang menanyakan saya, "buku ni tentang sumpahan burung ke?"

Hee hee! Kelakar pulak. Sudah setengah buku, barulah saya jumpa mockingbird dalam cerita. Ada 2 kali setakat ini yang disebutkan. Satu daripadanya ialah:

...to kill a mockingbird is a sin.

Satu lagi ialah semasa perbicaraan Tom Robinson berlangsung, saat menanti juri-juri memutuskan keputusan perbicaraan, dinyatakan bahawa dewan perbicaraan senyap sunyi. Bayi-bayi pun tidak menangis atau meragam, malah mockingbird pun tidak berbunyi langsung.


message 12: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments The 'Mocking Bird' is just a peripheral issue. Two thing that stirred my emotion are the prejudice that run high among the white. Justice is only meant for the White. Black is dispensable regardless if he is guilty or not.
The second issue is the social norms among the suburban society in the back wood of America. The pace is quite slow, gossips and rumors are are the daily diet and the believe of Protestant ethics.



message 13: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
So far, beside the justice issue, another thing that moved me so deeply is the part where Scout, Jem, and Dill went to see Atticus at his office at night. It was one time where Atticus did not walk to his office as usual. He went there by his car instead.

His children, (plus their friend Dill), sensing that something might be not right, walked all the miles to his office. Atticus was then surrounded by a few angry men, ready to do something bad. Scout did something that saved the day (or rather night).

Scout did not understand the danger of the situation at first. When she got home and about to fall asleep, only then she understood, and cried.

I love that part. The author did not describe specifically what was going to happen. It makes it so full of suspense. So full of possibilities. Yet we can easily deduct it from adults perspective. I love how the author successfully maintained the story from a little girl's perspective. Innocent but not ignorant.


message 14: by sani (new)

sani | 53 comments Thamrong wrote: "The 'Mocking Bird' is just a peripheral issue. Two thing that stirred my emotion are the prejudice that run high among the white. Justice is only meant for the White. Black is dispensable regardles..."

Ok. Since I've just finished reading (read:listening to) The White Tiger (promosi sket)... I think it relates to the same problem here. Prejudice, maybe, but I think it's much more than that. It's what happen when people have a chance to abuse the poor/weak and they indulge themselves into it (even when their conscience speaks against it).


message 15: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Abu Bakar (najabakar) | 2843 comments Mod
Bunnybaby, regarding the accent, a book that immediately come to my mind is Divine Secrets of the Ya-Ya Sisterhood - very Southern in nature. I read somewhere that there's a definitive group of literature tagged as Southern literature in America - next time I think I'll be more conscious of the grouping.


message 16: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Najibah,
Talking about Southern accent, I'm reminded of Sweet Home Alabama (movie), which I love.

Sani,
I agree with you on there's more than just prejudice in this novel. Prejudice is highlighted throughout the plot, but if you look into it more carefully, there's more. Let me finish the book first.


message 17: by Faizah Roslaini (last edited Jun 18, 2009 03:19AM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: "Bunnybaby, regarding the accent, a book that immediately come to my mind is Divine Secrets of the Ya-Ya Sisterhood - very Southern in nature. I read somewhere that there's a definitiv..."

Someone borrowed my Divine Secrets of the Ya-Ya Sisterhood for quite sometime and is yet to return it.

Talking about prejudice of African American, I couldn't help but to be reminded of Grisham's A Time to Kill and also Haley's Kunta Kinte's tv series. Personally haven't read the book though I've been wishing for it for quite sometime now (see Roots).

And another add for Southern Lit: Gone With The Wind, sprang immediately into mind.


message 18: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Faizah wrote: Talking about prejudice of African American, I couldn't help but to be reminded of Grisham's A Time to Kill ..

Yup the same title came into my mind, too. However, A Time To Kill deeply focuses on that issue, and the courtroom drama is more exposed in there. Whereas in To Kill A Mockingbird, the courtroom part does not even take a quarter part of the novel.


message 19: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
I've finished reading the novel. It is definitely worth reading. I want to kick myself for not reading it way earlier. I feel quite out-of-date as this is a classic.

The way the author wrapped up the novel (the ending) is really interesting and so non-cliche.


message 20: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments Congratulation for finishing reading this America classic. A bumpy start may be but end of the day it make you more wiser. How about some Irish tragedy....Angela's Ashes


message 21: by Thamrong (new)

Thamrong | 23 comments Let me recommend you another classic...Fatal Shore.


message 22: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Thread To Kill a Mockingbird akan dimasukkan ke dalam archive. Thread ini juga boleh diakses dari paparan individu buku tersebut.


back to top