Goodreads Malaysia discussion
Makan Buku, Minum Buku...
>
Bab Pendahuluan (Introduction): Baca atau Skip?
date
newest »

kalau first paragraph interesting, maka pembacaan akan diteruskan. jika sebaliknya, saya akan skip ke topik lain yg lebih menarik. :P

Kalau buku short stories dari Neil Gaiman, jangan la tak baca intro, dia letak short story jugak dalam intro dia!

TETAPI saya baca bila dah habih complete satu buku. SEBAB selalunya intro etc mengandungi spoilers! I don't want to know the ending before the end la....
Selalunya saya akan skip aja. Melainkan kalau merasakan buku tu betul2 menarik, walaupun belum dibaca.
Namun saya pernah aja tertipu dgn intro. Intronya menarik tapi isinya mengecewakan.
Tetapi kalau buku tu betul-betul best dan terkesan saya akan baca kesemuanya, dari intro sampai aknowledgement sampai iklan kat belakang tu pun saya baca. heh!

Masya Allah Najibah! Saya sebenarnya dah terfikir nak buka persoalan yang sama ni. Hee hee! Memang cekap juga Najibah baca fikiran saya ;-p
Saya memang suka baca dari awal ke akhir, asalkan mana-mana muka surat ada, kat situlah saya redah juga.
Betul juga kata Kataklicik tentang spoiler tu. Kalau macam dah nak terjumpa spoiler dalam intro, saya akan skip that part onwards, dan sambung kemudian setelah habis baca keseluruhan cerita.
Ada buku yang meletakkan tips mencari maklumat di introduction, macam buku fotografi Scott Kelby. Scott Kelby menyatakan, betapa susahnya dia nak memujuk pembacanya membaca intro. Adakala dia terpaksa menyamarkan intro tu sebagai bab 1. Itu pun ramai yang suka skip juga.

Karya-karya sastera yang agung, yang dah terkenal, yang orang suka buat kajian, biasanya apabila diulang cetak, akan ada intro yang memasukkan spoiler.

saya sama dgn kataklicik..bace abeh cite dlm buku tu dulu, then only baca yang lain2..kalau buku tu best sgt, rase mcm tak cukup intro, inner sleeve, kat blkg buku, author info tu sume..heheh..
contoh: Tetralogi Laskar Pelangi oleh Andrea Hirata..da abeh baca Edensor, tak sabar tunggu yang last, Maryamah Karpov..siap tanya PTS bila nak kuar..huh, lambat agik, end of june katanya..hurmmm..

message 15:
by
Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata
(last edited May 27, 2009 04:56PM)
(new)
@Bunnybaby, minda kita nampaknya ada hubungan telepati ;)
@semua; Saya ingat pesanan yang saya baca entah di mana beberapa tahun lepas, salah satu cara kalau mahu menghayati buku sastera dengan perasaan tulen, cuba jangan baca intro dahulu. Tetapi cuba bayangkan anda sebagai pembaca sezaman dengan waktu buku itu ditulis. Misalnya To Kill A Mockingbird terbit pada tahun 1960an. Maka bacalah menggunakan minda orang kulit hitam atau putih sekitar tahun tersebut.
Tetapi ada satu lagi pesan yang saya baca, jangan sesekali tinggalkan intro buku tanpa berbaca, sebab dalam intro itu ada gist atau inti kepada seluruh buku.

Ini topik yang santai-santai saja.
Tiba-tiba saya terasa ingin tahu sama ada rakan-rakan lain di GR membaca bab pendahuluan (introduction) dalam sesebuah buku atau tidak?
Bagi saya sesetengah pendahuluan buku menarik untuk dibaca, tetapi sesetengah yang lain membosankan dan saya akan skip dan terus membaca isinya.
Ada yang mengatakan pendahuluan buku itu penting. Malah sesetengah pengarang mengambil lebih banyak masa menulis pengenalan daripada bab lain.