Goodreads Malaysia discussion

123 views
Budaya Membaca > Bapak Borek, Anak Rintik

Comments Showing 1-20 of 20 (20 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Apr 21, 2009 06:11AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
tiny titans go!

Gambar ini ada juga di bahagian "photos" di Group Malaysian@Goodreads ni. Saja je paste kat sini jugak. Ni gambar anak perempuan saya (umur 6 tahun) yang mengikut jejak langkah ayahnya yg gemar membaca komik sejak kecil lagi. Anak saya membaca koleksi komik Tiny Titans: Welcome to the Treehouse dari DC Comics. Membaca komik adalah salah satu cara bagus, bagi pendapat saya, untuk menanamkan sifat suka membaca dan membantu anak kecil itu fasih di dalam Bahasa Inggeris. Takkan nak bagi novel Charles Dickens kat budak 6 tahun, ye tak?


message 2: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Teruja saya tengok budak-budak membaca. Tak sabar tunggu anak saya boleh duduk dengan buku macam tu.

Apapun saya sokong. Bukan saja untuk kanak-kanak, masa saya remaja dulu pun saya banyak belajar bahasa Inggeris perbualan dari komik - khususnya komik dalam surat khabar Inggeris.

Untuk anak saya sekarang, setakat ni lebih banyak belikan board books sebab dia pun belum boleh membaca. Anak perempuan Khairul mula membaca umur berapa? Mungkin ada tips boleh dikongsi macam mana supaya anak dapat membaca sebelum 4 tahun?


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
"Anak perempuan Khairul mula membaca umur berapa? Mungkin ada tips boleh dikongsi macam mana supaya anak dapat membaca sebelum 4 tahun?"

Saya beri dia buku sejak dia umur 2 tahun lagi. Mula-mula board books yg lebih banyak gambar dari ayat. Dia mula membaca ketika umurnya 3+ (dah nak hampir 4 tahun). Sebabnya ketika dia umur 3 tahun dah masuk tadika dan di rumah pula dia selalu dibacakan buku oleh emaknya (suara saya tak sedap. Kalau dgr saya baca mmg tertidur).

Tips? Hmm, tak tau la pulak saya apa tips nak beri. Rajin-rajinlah membacakan buku pada anak-anak. Biar dia belum paham pun, tak apa. Bukannya nak bagi dia paham kalau umurnya bawah 4 tahun. Matlamat sebenar ialah untuk memberi mesej ke pada si anak bahawa "buku = bagus" dan bukannya "buku = bosan".

Biarkan anak-anak kita nampak kita kerap membaca. Budak-budak kecil memang suka ikut perangai org tua terutama ibubapa mereka. Kalau dia jarang nampak ibubapa membaca, tak mungkin mereka sendiri akan minat membaca (mungkin akan ada minat tapi bukan pada umur 3-4 tahun).

Rajin-rajinlah bawa mereka ke kedai buku dan membeli buku untuk mereka. Kalau anak-anak saya nak mainan, saya letak syarat: mesti berperangai baik, lulus periksa (ni bila dah besar nanti le). Tapi bila anak-anak minta buku, saya tak letak syarat. Kalau nak beli buku, anytime, anywhere. Jadi dia paham, "Kalau aku mintak mainan, banyak kerja. Kalau mintak buku, senang je dapat. Lebih baik mintak buku".

Bila nampak anak kecil kita membaca dengan sendiri, jangan perbetulkan mereka kalau kita dengar bacaan mereka ada yg salah. Umur 3-4 tahun mmg akan baca tunggang langgang le. Pronunciation salah, grammar merapu dan selalunya lain yg ditulis atas buku tu lain pulak yg keluar dari mulut dia. Tak apa. Biar dia baca salah, jangan ditegur. Nanti hilang semangat budak tu baca kalau kita asyik memperbetulkan mereka. Alah, umur 3-4 tahun! Biar baca salah, janji dia membaca.

Satu lagi, anak akan minta si ibu atau bapa (selalunya si ibu) untuk bacakan buku pada mereka. Masa kita dah penat, nak baring-baring masa tu la dia mintak bacakan. Kalau boleh jangan kecewakan mereka. Bacakanlah buku. Walaupun penat tapi tahan je le. Banyak faedah jangka panjang seperti menanam sifat suka membaca, membolehkan anak cepat 'menangkap' maksud perkataan dan ayat dan juga mengeratkan hubungan ibubapa dgn anak. Tapi mintak le dia beri buku yg pendek sikit. Kalau dah penat, mana ada mood nak baca buku tebal-tebal ye tak?

Dan rajin-rajinlah beri si anak buku yg ditulis dalam bahasa Inggeris. Suka tak suka, Inggeris mmg sudah diiktiraf sebagai lingua franca. Jika anak sudah biasa dgn bahasa Inggeris sejak kecil, senang sikit bila masuk sekolah rendah nanti insyaallah.



message 4: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Khairul,

Kalaulah suara saya membaca boleh buat anak tertidur, alangkah baiknya. Ini sebaliknya, makin saya baca makin segar matanya. Sampai-sampai nak suruh saya cerita 4-5 buah sekali baca. Uh, masa penat tu haru-biru juga rasanya.

Tapi baguslah cara-cara kat atas - saya nampak memang berkesan untuk dibuat.


message 5: by elliss (new)

elliss (syaeeranasirymailcom) | 24 comments wah.. seronoknya.. kalau la parents saya buat mcm tu masa saya kecik2 dlu.. bacakan buku la, belikan buku bahasa english la, mesti best kn?? tp x pe, bila saya da ade anak sendri, nnt saya nk buat mcm en. khairul n pn, najibah kite ni.. didik anak drp kecik agar suka mmbaca.. :)


message 6: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments yeah. anak saya dah masuk tadika, tapi ibunya malas nak bacakan buku untuknya. selalunya ibu yang segar bugar baca buku


message 7: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments bila tengok saya baca buku, anak2 saya akan berebut cari buku masing-masing...

"don't just talk" but "walk the talk".


message 8: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 17, 2009 07:01PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Shouldn't that be, "Walk the walk"? Walk the talk makes no sense.

"You talk the talk but do you walk the walk?"


message 9: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments I've always learnt the expression "walk the talk"

found this though

"Aristotle’s followers are said to have discussed philosophy while walking about with him—hence their name: “peripatetics.” I suppose they could have been said to “walk the talk.”

For the rest of us, the saying is “if you’re going to talk the talk, you’ve got to walk the walk”—a modern version of old sayings like “actions speak louder than words” and “practice what you preach.” Another early form of the expression was “walk it like you talk it.”

Many people now condense this to “walk the talk,” which makes a sort of sense (act on your speech), but strikes those who are more familiar with the original form as confused."

http://www.wsu.edu:8080/~brians/error...


message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 17, 2009 07:09PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Ummu Auni wrote: "Many people now condense this to “walk the talk,” which makes a sort of sense (act on your speech), but strikes those who are more familiar with the original form as confused.

I'm one of those who is familiar with the original term and is confused with the new version.



message 11: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments time 4 thun ++, my mom kasi encyclopedia..in english..wpun 100pcent tgok gmbar, and x tahu what it was written about, tpi slowly, minat english, bce fables and others..

tpi ade jgk kburukan i found myself la. disbabkan itu, I jarang bce buku melayu. mnyebabkan bfore upsr, bm for tatabahsa and penulisan jarang dpt A.. asyik2 B je..

tpi,so far so good.. able to balance both, BM dgn BI okie dokie je la..xde la hebat sgt.. =)


message 12: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod



message 13: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments seronok tengok anak tok mudin, terbalik pun terbaliklah, asal pegang buku! hehe


message 14: by Fariza (last edited May 06, 2010 07:14PM) (new)

Fariza | 736 comments Nurul wrote: "seronok tengok anak tok mudin, terbalik pun terbaliklah, asal pegang buku! hehe"

TEKNIK MEMBACA TERKINI! LOL


message 15: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments teringat time kecil-kecil..ade newspaper, bukak side cartoons je.. itupun macam biase la, tengok gambar.. x faham satu pun..hehe

anak tok mudin ni kire bgus la.. at least mereka tu tahu nak guna buku cumanya jangan sampai besar bace terbalik sudahlah..hehe


message 16: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod



message 17: by Izzati (new)

Izzati Masri | 71 comments baru perasan..kenapa mereka ni duduk atas rumput beralaskan kotak?? haa..nak dapat nature mood kot.. =)


message 18: by Norain (last edited May 19, 2010 07:37AM) (new)

Norain | 687 comments izzati wrote: "time 4 thun ++, my mom kasi encyclopedia..in english..wpun 100pcent tgok gmbar, and x tahu what it was written about, tpi slowly, minat english, bce fables and others..

tpi ade jgk kburukan i foun..."


4 tahun dah dedah dengan English? Wah! Saya rasa saya kenal bahasa Inggeris yang betul-betul kenal adalah darjah 1.

I am not sure why I like reading so much. I guess it was because my aunt (my guardian) praised me whenever she saw me holding books and newspapers. You know kids; they like being praised. It somehow built their confidence.

I am not one of those like father like son kind of daughter. My parents were too busy working to be seen with a book and so was my aunt. But aunt was sure supportive. So I think supportive parents are VERY important in developing any kind of interests among children.

And yeah, comics work.


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
We like reading so much because humans are naturally curious. But things happen as we grow up: either we are encouraged to read or we are discouraged to read. I believe that's how we either become bookworms or not.


message 20: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod



back to top