Goodreads Malaysia discussion
Makan Buku, Minum Buku...
>
Beli buku banyak banyak itu tandanya dia ulat buku. Betul ke bohong?
message 1:
by
Erniefaizal
(new)
Feb 19, 2013 06:08AM
Ada yang suka sangat beli buku. Asal keluar, mesti nak beli buku. Kalau masa pesta buku berhabis sampai ratusan ringgit. Tetapi masalahnya, buku-buku itu tidak semuanya dibaca. Malah ada yang hanya jadi perhiasan rak buku. Lebih parah lagi dia keep on membeli. Adakah itu ciri-ciri seorang ulat buku atau seorang book collector ataupun tidak lebih hanyalah seorang yang suka membazir?
reply
|
flag
Pada pendapat saya benda tu takkan jadi satu pembaziran selagi ia bermanfaat buat diri.Cuma kalau orang yang jenis suka membeli tapi tak baca tu maybe kalau orang tengok akan kata satu pembaziran. Mungkin.
Dan bagi saya istilah ulat buku ni adalah orang yang memang suka beli buku dan memang baca buku-buku tu. Tak kiralah buku apa saja. :)
bagi saya sendiri setiap buku yg saya beli tidak semestinya akan dibaca sampai hari tu juga hingga habis. buku-buku yang dibeli selalunya disimpan terlebih dahulu dan ketika ada masa yang lapang baru akan membaca. tidak pernah timbul soal membazir didalam bab membeli buku kerana saya tidak berkira didalam memiliki sesebuah ilmu.
saya dalam golongan book collector, beli buku tapi takdelah sampai tak baca langsung. Tak semua buku sempat dibaca, mungkin bukan sekarang tapi akan datang.nak cakap membazir, tak juga. Sebab adakalanya buku yang saya beli, tapi belum baca, saya pinjamkan pada kawan-kawan.
Apa yang penting, buku tu ada kala kita memerlukan. Baca bangat atau lambat tu belakang kira. P/s- justifikasi bila beli buku dan masih cantik berbalut di rak walaupun dah bertahun-tahun. la..la...la..
hmm.. itu hoarding namanya. Masa warehouse sale, ada la juga rasa nafsu membeli tu tapi sekarang ni kurang sebab ada timbunan buku dalam kindle. Dulu masa sekolah menengah every week suka beli majalah komik buku sampai macam hoarding juga.Sekarang ni dah takda la sangat pun.Tapi satu je la.. aku ni tak boleh tengok rak buku kosong... hehe...
Saya mengaku suka membeli. Pantang ada jualan buku atau ke kedai buku, mesti nak beli walaupun sebuah. Kalau di KLIBF, bukan setakat ratus-ratus, kami peruntukkan beberapa ribu untuk seisi keluarga. Dan memang kami berbelanja sebanyak itu.
Membazir? Saya tak fikir begitu. Walau tidak dibaca terus, ada masanya nanti buku tu akan dibaca dan dimanfaatkan, semasa lapang atau semasa perlu merujuk untuk penulisan atau semasa ada isu yang mahu dibincangkan.
Membazir? Saya tak fikir begitu. Walau tidak dibaca terus, ada masanya nanti buku tu akan dibaca dan dimanfaatkan, semasa lapang atau semasa perlu merujuk untuk penulisan atau semasa ada isu yang mahu dibincangkan.
Pendapat peribadi saya mengatakan membazir JIKA buku yang dibeli tu tak dibaca langsung tapi dijadikan hiasan di rak semata-mata. Belilah sebanyak mana pun buku, asalkan baca tak kiralah cepat atau lambat, tetap baca buku yang dibeli. 10 tahun akan datang baru nak baca pun tak apa.
Saya salah seorang pembaca buku yang gila membeli buku kerana salah satu sebabnya saya ingin memiliki. Saya seorang collector. Saya kalau boleh nak elakkan meminjam daripada orang ataupun di perpustakaan. Saya akui setakat ini terdapat beberapa ratus buah buku yang duduk tersimpan rapi di almari buku, menunggu waktu untuk dibaca dan dibelek. Namun saya tetap teruskan membeli mana-mana buku yang saya berkenan kerana saya percaya buku-buku yang dibeli sangat bermanfaat dan ada kegunaannya. Cuma kalau dilihat orang pastinya akan nampak saya ini membazir. Terkadang saya juga berasakan diri saya ini membazir :)
Ada dua jenis golongan:1. Beli buku untuk hiasan, tak berminat membacanya pun.
2. Beli buku untuk dibaca pada masa hadapan.
Saya kategori ke-2. Buku di rumah banyak yang beli, tidak tahu bila hendak baca kerana saya pun sibuk membaca buku lain yang ada. Stash books to-be-read itu, masih tinggi di rumah, cuma kalau ke kedai buku masih bernafsu membeli buku
Inilah baru dikatakan makan buku, minum buku...Saya juga seorang pembeli buku yang tegar. Bila masuk kedai buku, kalau tak beli memang jadi tak senang duduk. Akibatnya, buku bertambah. Bila ada waktu terluang (jarang) barulah saya go through rak buku untuk melihat buku apa yang belum dibaca lagi. Hehehe...
Saya hanya akan rasa membazir dan amat rugi jika terbeli buku yang sangat teruk kualiti bukunya ( tidak diedit dengan baik).
Saya juga kaki beli buku. dan nafsu membeli tu lagi tinggi bila masuk dalam GoodReads ni. Tengok rakan review buku, nampak menarik, terus masuk dalam to-buy book list saya. Saya akui ada buku yang dah lama beli tapi tak baca-baca. Masa beli nampak menarik. bila bawak balik rasa macam tidak pula. Tapi bila balut buku, nampak menarik balik. haha (-.-") Tapi itu semua bergantung pada mood. Yang penting, ia ada bila saya perlukannya. :D
Saya rasa suka hati orang tu la nak beli buku tu. Ianya tidak mengganggu hak orang lain pun. Bukan duit orang lain yang dia guna, duit sendiri. Lebih baik berbincang tentang buku daripada berbincang tentang sikap manusia. :)
Itu sebab ada di antara subscriber service online book rental kami mengatakan bahawa mereka rent sebagai motivasi untuk membaca buku dan tidak sekadar mengumpul buku sahaja. kalau sewa, kena pulangkan. so in a way, paksa diri sendiri untuk menghabiskan satu satu buku sebelum mendapatkan buku baru :)
Saya tidak menghabiskan wang saya untuk merokok, berliburan dan membeli gadget terkini. Jadi membeli, mengumpul dan menyusun buku itu cara saya menyenangkan diri sendiri.Jika ada buku yang berkenan, kebiasaannya saya akan terus beli walaupun mungkin 2-3 tahun kemudian barulah saya membacanya. Yang penting buku itu ada dalam simpanan saya.
Saya juga tak habiskan duit beli handbag, kasut, baju mahal, barang kemas, lebih baik beli buku, perompak masuk rumah pun tak heran nak ambil buku.
Saya suka tulis/conteng buku bukan fiksyen saya bila ada isi yang menarik. Kalau sewa, tak bebas menconteng. :D
Saya suka tulis/conteng buku bukan fiksyen saya bila ada isi yang menarik. Kalau sewa, tak bebas menconteng. :D
Roslee wrote: "Saya tidak menghabiskan wang saya untuk merokok, berliburan dan membeli gadget terkini. Jadi membeli, mengumpul dan menyusun buku itu cara saya menyenangkan diri sendiri.Jika ada buku yang berke..."
Kira terapi lah ni ye... Hehehe
Nor Azzah wrote: "Saya juga tak habiskan duit beli handbag, kasut, baju mahal, barang kemas, lebih baik beli buku, perompak masuk rumah pun tak heran nak ambil buku.Saya suka tulis/conteng buku bukan fiksyen saya ..."
Hahaha...saya pun ada habit yang serupa :)
Dulu memang saya seorang book hoarder. Kalau ke kedai buku, memang tak sah kalau tak beli. Kadang kala ada juga rasa rugi, especially bila buku yang dibeli tu tak berapa best kandungan atau jalan ceritanya. Sejak kebelakangan ni, saya lebih gemar test drive dulu buku tulisan sesuatu penulis, terutamanya kalau buku bersiri. Kalau buku tu ikut cita rasa saya, baru saya beli untuk personal collection saya. Kalau semua buku nak beli, lama-lama tak muat dah kot bookshelves kat rumah.
Ulat buku, pengumpul buku @ membazir?
Ulat buku, ya.
Pengumpul buku, ya.
Membazir, tak sama sekali.
Kadang2 kita kumpul buku bukan semata2 kerana ingin 'mengulat' buku itu (yakni membacanya), tetapi juga untuk rujukan pada hari depan, atau kerana adanya kaitan buku itu dengan buku lain yang sudah kita baca, atau kerana cita2 kita mengenai buku2 itu bukan semata2 terhenti setakat matinya kita.
Lagipun buku2 di Malaysia yang berbahasa Melayu selalunya akan dicetak terhad dan mungkin tak lama kemudian akan jadi out-of-print, manakala buku2 Inggeris pula bila sudah habis musimnya akan keluar yang baru dan yang lama sudah payah dicari dalam negara. Bila peluang sudah di depan mata, patut sangatlah dibeli segera. Bagaimanapun ini bergantung pada genre juga.
Ulat buku, ya.
Pengumpul buku, ya.
Membazir, tak sama sekali.
Kadang2 kita kumpul buku bukan semata2 kerana ingin 'mengulat' buku itu (yakni membacanya), tetapi juga untuk rujukan pada hari depan, atau kerana adanya kaitan buku itu dengan buku lain yang sudah kita baca, atau kerana cita2 kita mengenai buku2 itu bukan semata2 terhenti setakat matinya kita.
Lagipun buku2 di Malaysia yang berbahasa Melayu selalunya akan dicetak terhad dan mungkin tak lama kemudian akan jadi out-of-print, manakala buku2 Inggeris pula bila sudah habis musimnya akan keluar yang baru dan yang lama sudah payah dicari dalam negara. Bila peluang sudah di depan mata, patut sangatlah dibeli segera. Bagaimanapun ini bergantung pada genre juga.
Nak tambah sikit. Promosi besar-besaran dan kontroversi yang melanda sesebuah buku turut mempengaruhi keinginan untuk memilikinya
jadi 28hb ni kita sama2 habiskan duit untuk buku ke big bad wolf yang kedua nanti. kalau ada yang pergi kita sama-sama berjoli sakan dekat sana nanti ;p
memang nak pergi 28 ni then 1 atau 2 mac dengan kakak. tak tau la sempat ke singgah usim.tapi kali ni tak mengharapkan beli banyak fiction. beli banyak ted dekker tahun lepas pun tak baca2 lagi. (itu agak membazir ruang juga la..)
syahira: saya pun tidak pasti lagi akan ke usim atau tidak. masih tengok jadual. takut bertindih dengan hal lain.Ernie: InsyaAllah akan dikenyit mata nanti kalau terselisih bahu, maklum sajalah pasti ramai orang berpusu pusu ke sana nanti. jangan lupa bawa bag luggage yang besar juga ;p
Faisal, SN², Pemenang² HS, fixi terpilih, pengarang teruji, pendek kata 5★ belaka di rak!non-fiction berbentuk realiti. novel sale/clearance...
itu sahaja buruan & borongan selepas ni. lain bazir
Syahira, dah banyak sangat borong tu. datang sembang ke USIMlah. Ajak kakak sekali. Nak kenal-kenal orang banyak membaca ni.
Aku suka bau kat kedai buku... Excited nak baca, tapi kadang tak terbaca. Kadang-kadang beli dekat 2-3 tahun baru baca...Kadang-kadang buku yang "rare" susah nak cari kalau dah ter miss. Tu yang bila jumpa mesti beli... Kalau tidak terlepas.
Hifzan wrote: "Aku suka bau kat kedai buku... Excited nak baca, tapi kadang tak terbaca. Kadang-kadang beli dekat 2-3 tahun baru baca...Kadang-kadang buku yang "rare" susah nak cari kalau dah ter miss. Tu yang ..."
Hmm! Bau buku memang boleh mendatangkan satu rasa 'khayal', lebih-lebih lagi buku yang guna kertas kuning tu. Sangat klasik! :D
bau buku sama lah ertinya bau nasi lemak. bila dah bau terus nak makan. macam tu lah juga buku bila dah bau terus nak baca. ada daya penarik tersendiri.
Demi memulakan gelombang membaca bagi membina masyarakat yang berilmu, ahli GRMY perlu ada aspirasi bagi mewujudkan "1Rumah, 1Perpustakaan".Langkah pertama adalah dengan membeli buku, membeli buku, membeli buku dan terus membeli buku. Kalau tak membeli buku, macam mana nak wujudkan perpustakaan di rumah?
Janganlah kedekut dan berkira dalam hal wang ringgit. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan!
Dalam konteks ini, jika kita inginkan anak-anak dan generasi keturunan kita terdiri daripada insan yang bernafas dengan buku dan ilmu, maka kita ini adalah perintisnya (peneroka).
Perpustakaan di rumah bukan hanya sumber ilmu bagi diri sendiri tetapi juga untuk suami/isteri, anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit kita nanti.
Jangan hanya fikir untuk diri kita sahaja tapi usahakanlah sesuatu untuk kebaikan generasi kita di masa akan datang.
Duit ringgit dan harta benda akan habis tapi pahala kebaikan akan terus mengalir sampai bila-bila selagi "warisan" kita itu dimanfaatkan dan diamalkan dengan sebaiknya, inshaa-Allah.
Saya setuju dengan Aidura. Prinsip satu rumah, satu perpustakaan patut dimulakan daripada sekarang oleh golongan anak-anak muda. Supaya nanti anak-anak kita akan terdidik dengan sendirinya untuk membaca buku. Saya kira wang bukanlah menjadi persoalan utama dengan ekonomi sekarang ni. Tidak mampu beli yang mahal beli yang murah dulu. Manakala adakan juga aktiviti seperti menderma buku dan diagih-agihkan ke perpustakaan dan juga kepada mereka yang tidak mampu akan tetapi meminati buku.
Wah! Menarik slogan baru ni 1Rumah 1 Perpustakaan. Saya sangat sokong.
Dalam BH hari ni, ada ruangan tentang sebuah rumah orang Malaysia yang ada 28 pintu & beliau ada Bilik Perpustakaan Mini di rumahnya. Saya teruja. Jarang sekali rumah yang hebat-hebat di Malaysia ni ada Perpustakaan.
Dalam BH hari ni, ada ruangan tentang sebuah rumah orang Malaysia yang ada 28 pintu & beliau ada Bilik Perpustakaan Mini di rumahnya. Saya teruja. Jarang sekali rumah yang hebat-hebat di Malaysia ni ada Perpustakaan.
saya da lebih 100 judul yang telah dibeli tapi belum baca. Sesekali fikir macam membazir tapi dua kali fikir tidak pula sebab saya fikir kalau saya mati sebelum sempat baca kesemuanya pun mungkin anak-anak saya boleh baca. Tapi kalau mereka tak berminat saya dah pesan kepada orang rumah saya, jangan jual sebaliknya derma kepada mana-mana perpustakaan supaya orang lain boleh dapat manafaatnya.Entahlah, asalkan saya gembira dengan buku-buku yang dibeli cukuplah...kalau saya tak beli bukupun duit tu akan habis beli baranglain juga.
saya byk beli buku skrg sbb nak cover zaman muda yg terikat dgn byk komitmen lain.beli pun waktu jualan2 murah yg ada 'less'.lmbt atau cepat,saya mmg baca buku2 yg di beli.kalau rating buku tu tinggi,cepatla ia díbaca.kdg2 buku sendiri ada yg blm dibaca tapi masih ingin meminjam buku2 kwn yg tiada dlm stok saya.tamak ke saya?jwpn saya 'tak'.
Saya mengaku banyak buku yang saya beli belum dibaca. Saya memang bukan ulat buku tapi hanyalah seseorang yang ada hati nak berjinak-jinak dengan buku, walaupun kadang-kadang saya rasa macam tak boleh tahan dengan buku yang saya beli tu dan membuatkan buku tu tersimpan lama dalam senarai menunggu untuk dibaca. Tapi kalau ada orang nak baca buku saya, saya ok saja. Jadi, rasanya tak adalah membazir mana pun.
Ummu Auni wrote: "Ada dua jenis golongan:1. Beli buku untuk hiasan, tak berminat membacanya pun.
2. Beli buku untuk dibaca pada masa hadapan.
Saya kategori ke-2. Buku di rumah banyak yang beli, tidak tahu bila he..."
Untuk kategori 1, mungkin kecanduan mereka terhadap buku tidak begitu tinggi. Jadi boleh kita katakan yang mereka beli buku berdasarkan apa yang diminati sahaja. Penarik utama mereka membeli buku, samada tajuk atau isi buku. Ini lebih kepada pembaca buku non-fiction (bukan semua). Kemungkinan untuk buku menjadi perhiasan rak sangat tinggi.
Ernie, golongan pertama biasanya beli sebab ikutan. Contoh, ada orang kata buku tersebut bagus, maka dia beli tapi kerana memang dia kategori tidak minat membaca sudahnya, jadi hiasan di rak, mengumpul habuk. Sayang sangat
Memang ramai orang beli buku non-fiction untuk simpanan atau rujukan. Bagi saya la, buku-buku non-fiction berbentuk rujukan di beli untuk dirujuk di masa yang diperlukan. Kadang2 beli buku macam ni, nak dapat info-info penting jer. Kadang-kadang jadual, graph, data, dll. Bila beli, sememangnya akan dijadikan "hiasan" di rak-rak. Contohnya, buku-buku undang-undang, kejuruteraan, medical, tak kan nak baca macam novel. Baca 1 muka surat pun kepala sudah berasap. Nak paham 1 rangkap ayat ambik masa berminggu-minggu.
Masa belajar pun, nak paham 1 buku ambik masa 2 semester. Bagi saya la, kalau 1 buku non-fiction boleh dibaca buku setahun adalah lebih digalakkan dan sudah cukup bagus.
Namun begitu, buku non fiction pun ada 2 jenis: satu jenis rujukan (text) dan satu lagi leisure sikit.
Kalau masa zaman sekolah, 20~30 komik pun boleh habis satu hari. Sekarang dah besar, kena tukar genre sikit, walaupun masih baca komik lagi.
Kalau komik boleh masuk "Reading Challenge", ramai boleh baca dekat 200 buku setahun. (Sarcasm- Tak kan novel jer kot, komik pun "novel bergambar").
Saya rasa yang dimaksudkan oleh kawan-kawan dan saya sendiri tentang buku sebagai hiasan di rak ialah apabila buku tidak dimanfaatkan mengikut fungsi asalnya. Benar, buku tak semestinya dibaca, boleh jadi hanya dirujuk di beberapa bahagian. Contoh paling mudah, Yellow Pages yang sifatnya adalah buku tapi digunakan untuk rujukan direktori. Pendapat saya pembaziran berlaku jika buku diabaikan langsung fungsi asalnya dan hanya bertindak sebagai hiasan di rak semata-mata. Pembaziran bukan saja wujud dalam bentuk wang ringgit tapi dari segi ilmu dan manfaat yang tidak ternilai.
Hifzan wrote: "Memang ramai orang beli buku non-fiction untuk simpanan atau rujukan. Bagi saya la, buku-buku non-fiction berbentuk rujukan di beli untuk dirujuk di masa yang diperlukan. Kadang2 beli buku macam ni..."Setuju dengan Hifzan berkenaan dengan buku rujukan tu. Contohnya, saya sendiri. Dari sekolah menengah hingga universiti, pelbagai buku rujukan saya beli kerana tidak boleh bergantung hanya dengan satu buku. Bila dah tak diperlukan, maka tersadailah kat rak. Lama lepas tu baru terfikir nak jual. Biarlah orang lain pula yang dapat manfaatnya.
Kawan kawan, siapa setuju komik masuk "Reading Challenge" angkat tangan? Hehehe ;p
Bagi saya, orang yang beli banyak buku tapi tak baca ni jenis yang masih mencari. Mencari taste sendiri. Macam saya, dulu saya baca semua, love story, mystery, philosophical , melayu, bi. Sekarang, saya dah tahu apa fav genre saya, thanks to all those experiments books yang saya beli dulu. So, bagi saya, tak salah pun beli banyak tak baca. Mungkin baca satu dua chapter dah rasa tak ok. Ramai kawan saya sebegitu. Tapi takpelah. Asalkan cuba. ;) Ernie : saya tak setuju komik masuk reading challenge. sebab kalau gitu, dah lama saya setelkan "reading Changelle" itu. Plus comic itself is not really a 'challenge', pardon me to say so. Tapi ni pendapat saya je la. Mungkin yang lain disagree.
Saya memang ada review ARC graphic novel untuk penerbit so bila baca, saya memang letak dalam reading progress so automatically termasuk dalam reading challenge bila habis. Semakin lama, semakin malas nak label2 tertentu. Lagipun kalau ada ISBN, sifat dia buku, list je la.as for nonfiction... kalau ikut logik tu, reading challenge tahun 2011 patut dah lebih 300-400+ buah bacaan sebab tahun tu saya banyak buat research and presentations dalam setahun. Ini bukan exaggeration pun tapi bila saya fikir balik masa tu, memang penat nak mengira. Dah la berapa kali tukar tajuk, baca beratus-ratus journal dan buku journal dan buku text dari pelbagai bidang, pastu kena baca dua kali, kena baca tulisan kecik, kena translate jadi bahasa melayu, kena viva etc. Trauma terus.
Tak tau la, ikut orang kot. Masa study, setiap semester, saya memang hantu perpustakaan pun. Sijil pun kena sekat sebab hilang buku research satu ni. sapa la curi.. dah la mahal beratus2
Tapi kalau ada yang tak berpuas hati dengan bahan bacaan rakan2 di GRMY, Goodreads ni bukan tempat formal, masing masing ada taste sendiri. Ikut sendiri nak tentukan apa yang nak dibaca setiap hari. Reading challenge tu nombor je, yang penting niat membaca tu.
Saya fikir letak saja dulu apa yang dibaca - tak kira komik atau genre-genre lain yang diterima di sistem Goodreads.
Kalau ada rezeki hujung tahun nanti, saya ingat mahu buat perincian genre apa yang paling banyak rakan-rakan GR-MY pilih, dan dari segi lain misalnya pilihan bahasa dan penerbit. Macam laporan rasmi tahunan Malaysia Membaca gitu :)
Kalau ada rezeki hujung tahun nanti, saya ingat mahu buat perincian genre apa yang paling banyak rakan-rakan GR-MY pilih, dan dari segi lain misalnya pilihan bahasa dan penerbit. Macam laporan rasmi tahunan Malaysia Membaca gitu :)
Ada orang saya pernah jumpa, semangat membeli. Jadi hiasan sebab buku tersebut langsung tidak dirujuk pun. Maknanya buka untuk buat rujukan pun tidak. Saya pernah bising kata, kalau buku tersebut saya boleh baca, barangkali dah banyak kali saya guna (Kitab tulisan Abdul Karim Zaidan di dalam bahasa Arab). Beli bukannya murah, hendak satu set yang berjilid, akhirnya tersadai bertahun-tahun. Sayang sangat. Sebab itu saya sering diingatkan berkali-kali, jangan beli kalau tak rujuk apa entah lagi untuk dibaca
1 set tu OK lagi. Saya pernah jumpa satu almari penuh. Ada la, seorang hamba Allah lepas balik Al-Azhar, bawak balik punya la banyak buku. Satu almari penuh, kitab2 bahasa Arab. Tak tau la, mungkin dia buat rujukan masa mengaji kot. Tapi kitab arab memang cantik, hard cover, kertas cantik. Mujur la, anak sedara dia belajar Usuluddin, boleh gak ambik untuk belajar, kalau tak jadi sarang ular sawa jer.
Tapi, rasa2 nya, yang nie jenis kes terpencil.
Terus terang saya kagum sedikit dengan orang yg beli kitab kitab atau buku ilmiah berjilid jilid ni. Masuk je rumah dorang, wahhhh...cantik je tersusun kat rak. Rumah yang ada karekter dan personaliti, kononnya lah. Ada jugak impian nak buat macam tu tapi memikirkan yang ia tidak akan dibaca, diam diam sudah. Mungkin saya akan rasa rugi macam yang rakan kita kata kat atas tu.
Hifzan, saya sering selitkan graphic novel ke dalam senarai buku yg saya sudah baca ke dalam maraton membaca GR-MY tahun tahun lepas. Tapi komik berkala rasanya tak layak masuk. Hanya trade collection sahaja rasanya.
Entahlah. Dah lama tak masuk GR-MY. Mungkin undang-undang dah tukar. Tapi dulu terbitan berkala tak boleh masuk.
Entahlah. Dah lama tak masuk GR-MY. Mungkin undang-undang dah tukar. Tapi dulu terbitan berkala tak boleh masuk.





