Goodreads Malaysia discussion

63 views
Arkib (Maraton Membaca 2013) > Nisa : 2013 Reading Challenge

Comments Showing 1-26 of 26 (26 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Myths And Legends (1000 Things You Should Know) by Victoria Parker

Tajuk : Miths And Legends (1000 things you should know about) Oleh Vic Parker
Bil. M/s : 61m/s
No. Buku : 01/2013
Tamat Baca : 05/01/13
Bintang :3/5

Nisa beli buku ni sbb nisa minat ngan cerita mitos dan cerita tntg kerajaan/bandar yg prnah wujud kat dunia ni..Baca buku ni mcm bca buku rujukan pun ada, kisah2nya disusun dlm bentuk fakta ringkas dan setiap tajuk ada ilustrasi brkaitan cerita..

Ant. fakta2nya:

~ Filem The Thirteenth Knight lakonan Antonio Banderas adlh dr lagenda Beowulf ( cerita tntg Beowulf ditemui dr sbuah puisi dlm bahasa Anglo-Saxon pd thn 700-750)
~ kaum Maya percaya bngsa prtama yg dicipta tidak sempurna dan telah dimusnahkn dan bngsa ketiga yg dicipta sgt sempurna shingga mnenggelamkan kewujudn tuhan mreka..jadi untuk brhubung dgn tuhan mereka, mereka prlu mngambil sjenis dadah.
~Basilisk/Cockatrice (trcatat dlm bible) adlh seekor ular, brsayap ayam jantan dan brekor naga. J K Rowling ada mngambarkn mahluk ini dlm cerita Harry Potter.
~ Mitos tntg serigala jadian mungkin dsebabkn oleh pnyakit lycanthropy yg mrasa dirinya seekor binatang buas pd bulan mengambang
~ Sebelum gnung Everest mndpt nama dr pndaki barat Sir George Everest nama asalnya adlh Chomo-Lung Ma yg brmaksud ibu dewi alam semesta.
~ Mitos dr Jepun, tuhan bulan tsukiyoki mmbnci kakaknya tuhan matahari, amaterasu krn itulah matahari dan bulan tidak pernah brtemu satu sma lain.
~Mitos lama, dewi Eos mminta Zeus mmberi kehidupn abadi kpd kekasihnya tithous. tapi, dia lupa utk minta kekal muda. Tithous pun kekal hidup sbg lelaki tua kerepot..haha
~ Mitos tntg bnjir besar & pmbuat kapal..bible-noah,sumerian-utanapishtim, greek-doucalion dan isteri pyrrha, norse-bergelmir

Dan 1 fakta yg hampeh tntg islam..dan Nisa rasa mcm nak hempok Vic Parker ni...kalau da dpn mata Nisa...
~ m/s 55 "some jewish n islamic stories the first woman God created was not Eve, but Lilith.She ran away from Adam, slept with satan, n bore demon children.... yg lain psl Islam btol, psl isra'mikraj..psl titian siratal mustaqim n psl malaikat mncatat amalan (cuma yg yg x patotnya ada ilustrasi malaikat)


message 2: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Pesanan Buat Diri by Suhili Nain

Tajuk : Pesanan Buat Diri (Ingat 5 prkara sblom 5prkara) Oleh Suhaili Nain - PTS
Bil. m/s : 81m/s
Tamat Baca : 07/01/2013
No. Buku : 02/2013
Bintang : 5/5

~ Buku ditulis oleh seorg guru di Sek Agama Rakyat di Sarawak. Buku ni bagus sangat untuk memotivasikan dr kpd yg lebih baik. Walaupun nipis tp padat dgn isi yg amat brguna. Buku ni trbahagi 2 iaitu bah.1 Pembaikan & Ilmu (7 tajuk) dan bah.2 Aku, Dunia & Akhirat(11 tajuk).

Sedikit ulasan, bah.1 :
~Manfaat Buku Dgn Mmbaca Scara bijak.
1. Baca tmpt yg selesa spy x mngganggu tumpuan.
2. Baca bismillah dgn niat utk mmahami.
3. Lihat skali imbas sblum baca.
4. Jgn lngkah bab slagi x fhm.
5. Tumpukn prhatian.
6. Selesai baca cuba ingat kmbali.
7. Tulis semula dan kongsi dgn org lain.
~Knapa Taubat x Brjaya
1. Pintu maksiat msih trbuka.
2. Azam yg lemah.
3. X takut kpd Allah.
4. Kurang Sabar.
5. Taubat sparuh2

Bah.2
~ Ya Rabb, kabulkan doaku... Doa adlh snjata org mukmin. Allah mnyeru hmbanya utk sntiasa brdoa kpdNya. Slps brdoa kita prlu brusaha dan brtawakal. Slain itu, muhasabah diri juga pnting, dan diingatkan hindari diri dr mggunakan dan mmakan bnda haram krn dibimbangi doa x dterima.
~ Hijrah dan Islah diri..Hijrah brmaksud brpindah/berubah dr 1 keadaan kpd keadaan yg lbih baik. Trbahgi kpd 2 iaitu hijrah jasmani dan hijrah rohani..sekian, smoga brmanfaat.. :D


message 3: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Perempuan Lindungan Kaabah by Hana Ilhami

Tajuk : Perempuan Lindungan Kaabah Oleh Hana Ilhami (Karya Seni)
Bil. m/s : 846
Tamat baca : 11/01/2013
no. buku : 03/2013
Bintang : 4.65/5

~ Crita kahwin pksa yg dpaparkn, tipikal mcm crita kawen pksa lain..smpai Nisa bleh agak jln critanya. Cuma, pnulis cuba brdakwah dlm kryanya..tntg Ustzh Hanan, yatim piatu sjak kcil dn dbesarkn oleh majikn ibunya Datin Zalehah, dbesarkn brsama Amir... ank saudara dan Fareez..anak tungal Dtin Zaleha. Hanan seorg yg cantik, sopan, warak, brpekerti mulia, pmaaf, sntiasa mnjaga aurat dan btas2 prgauln... Rapat dgn Amir, yg sudah dianggap spt abgnya sndiri..ttp dingin dgn Fareez. Fareez pula, seorg yg gmar k klab mlm dn blik dlm keadaan mabuk. Dalam diam Amir mnyukai Hanan. Slain Amir, Hanan juga dcintai oleh Alex, llaki brbgsa cina yg ingin mmeluk islam. Alex juga mrupakn kwn baik Fareez. Alex mluahkn prasaan hatinya utk mmiliki Hanan..pd msa yg sma Dtin Zaleha bimbng mlihat Fareez yg saban mggu blik dlm keadaan mbuk mminta Hanan brkahwin dgn Fareez. Hanan akur krn budi, tp hatinya spt x reda..sterusnya jln crita bleh di agak...biasa je...and ofkos la happy ending..


message 4: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Setia Hujung Nyawa by fatin nabila

Tajuk : Setia Hujung Nyawa Oleh Fatin Nabila (Alaf21)
Bil m/s : 469
No. Buku : 04/2013
Tamat Baca : 14/01/2013
Bintang : 4.75/5

~Nisa beli novel ni sbb nak sgt tahu tahap ke'best'an novel ni, bila ada yang crita smpai si suami snggup mnyuruh isterinya mncari novel ni..tp, hampa krn khabisan stok dan syarikat Alaf 21 sudah restock lg novel ni. Baca petikan Al-Quran pada tinta penulis, Nisa dah bleh agak crita di penghujung novel. Apa yang penulis nak sampaikan dalam karyanya... menerima segala ketentuan dari Allah krn Allah lebih tahu apa yg trbaik utk hambaNya dan jgn mencemuh org lain takut dikemudian hari trpalit pada kluarga sndiri. Kisah SHN tntg Ersalina trsalah langkah dan tidak mnyedari dirinya hamil. Hanya ibu, Haliza dan Doktor kluarganya, Dr Suria yg tahu..itu pun stelah Ersalina pengsan. Apabila Datin Adibah mlamar Ersalina utk mnjadi galang ganti kpd bakal mnantunya Sofea yg mghilangkan diri sminggu sbelum hari penikahan. Bagai org mngntuk disorongkan bantal, Haliza mnerima dan mmaksa Ersalina mnerima lamaran itu. Ersalina dan Zain menerimanya krn perasaan sayang kpd ibu msing2. Mereka memulakan hubungan suami isteri..sbg sahabat utk mngenali hati budi masing2. Apabila rasa kasih kian brcambah dan stelah mmbuat kputusan untuk mnerima diri masing2... Ersalina jatuh dan keguguran. Zain rasa trtipu dan marah. Namun, merahsiakan hal itu dr pngetahuan ibunya krn Datin Adibah trlalu mnyanyangi Ersalina. Ersalina pula mnelan smua caci maki Zain krn dia tahu akan ksalahannya. Sikap sabar dan klembutan Ersalina akhirnya mlunturkan amarah Zain dan Zain redha merima Ersalina seadanya. Namun, rahsia trsebut trlerai juga. Datin Adibah nekad utk pisahkan Ersalina dan Zain, walaupun ktika itu Ersalina hamil......Berjaya ke Datin Adibah?... :)
~ Pada awalnya, Nisa sanggakan ketika konflik... Sofea akan kmbali dan Iqram akan mahu brtggungjawab dan mnjadi watak antagonis...tp, meleset.


message 5: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Misi Hero by Hilal Asyraf

Tajuk : Misi Hero Oleh Hilal Asyraf (PTS Litera Utama)
Bil m/s : 167
No. Buku : 5/2013
Tamat baca : 15/01/2013
Bintang : 5/5

~ sebuah novel remaja..Novel ini, walaupun nipis...tapi,padat dengan nasihat... supaya menjadi umat yang mengamalkan islam secara menyeluruh..Novel MH ini bersuasana Malaysia pada beberapa tahun akan datang..dan Malaysia adalah sebuah negara maju, lebih maju daripada Amerika Syarikat.. setelah saintisnya menemui sumber tenaga baru yang diberi nama 'elemen baru'...dan walaupun maju, Malaysia tetap teguh dengan ajaran islam...dengan 'elemen baru' ini terciptalah sut untuk 'Hero'..sebuah pasukan polis khas yang membantu pihak polis menjaga keamanan..'Elemen baru' ini membantu sut tersebut menjadi kebal dan menjadi idaman penjenayah antarabangsa yang mahukannya. Cerita bermula apabila Akmal, ibubapanya merupakan saintis yang mencipta sut untuk 'Hero' dan juga yang memajukan 'elemen baru' ditempatkan dirumah anak yatim..kompleks tuju penyanyang selepas kedua ibubapanya dibunuh. Disana dia sering dibuli...satu hari, Akmal kemalangan ketika pergi ke sekolah...selepas pembedahan, dia merasa dirinya kuat dan lebih pintar dari sebelumnya..menyedari kekuatan yang dimiliki, Akmal menjadi riak dn angkuh..dan membalas dendam kepada mereka yang membulinya..malah lebih teruk, Akmal sering biadap dengan guru2... Teguran secara lembut dan berhemah Ustaz Malik dan Cikgu Ridhwan, serta Abang Iskandar (Hero XT-99) menyedarkan Akmal...Kemudian Akmal menjadi buruan penjenayah antarabngsa yang mahukan sesuatu yang ada padanya...
~Nisa suka idea penulis tentang kompleks tuju penyayang..yang dibina untuk anak2 yatim dan anak2 terbiar dididik dengan didikan agama yang menekankan pendidikan islam secara menyeluruh...dan juga idea pasukan khas 'Hero' yang gagah lagi islamik...


message 6: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Pergh!!!


message 7: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Sha & Shah by Sha Ibrahim

Tajuk : Sha & Shah Oleh Sha Ibrahim (Kaki Novel)
Bil. m/s : 761
No. Buku : 6/2013
Tamat Baca : 17/01/2013
Bintang : 4.85/5

~Novel ini sesuai sangat sebagai hiburan buat otak...hehe. Kisah Sha & Shah, sering buat Nisa tersengeh & ketawa sorang2... Kisah BFF Sha & Shah yang berkawan sejak dari tadika..mereka sungguh akrab sehingga tiada rahsia antara mereka..semua ada dalam poket masing2... Apabila tamat belajar, ibubapa masing2 bercadang menjodohkan mereka... Ibubapa Shah siap ugut Shah, kalau tidak terima..mereka akan nikahkan Shah dengan seorang ustazah yabg baru pulang dari Mesir... daripada menikahi gadis yang tidak dikenali..lebih baik dia memujuk Sha untuk menerima rancangan keluarga mereka....Enam bulan usia perkahwinan mereka, hubungan mereka masih seperti sahabat karib. Shah terus dengan hobinya suka berkawan dengan ramai wanita...dan Sha pula sentiasa menjadi 'tukang backup'...Apabila munculnya Iskandar, musuh tradisi Shah yang cuba memikat Sha...Shah baru sedar, dia sebenarnya sudah lama mencintai Sha...maka, bermulalah sesi pikat memikat...dan Shah juga nekad meninggalkan perangai buaya daratnya. Ketika mereka baru merasa bahagia, Iskandar terus berusaha merampas Sha dan Atilia, salah seorang dari koleksi kawan wanita Shah nekad tidak akan membiarkan mereka bahagia...


message 8: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Najmuddin wrote: "Pergh!!!"

:)


message 9: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Menunggu ulasan seterusnya...


message 10: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Najibah wrote: "Menunggu ulasan seterusnya..."

hehehe.... mod mmbaca ke laut, mod nak review lagillaaaahh ke laut... haishhh =_="


message 11: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Nasi Lemak Buah Bidara by AprilSnow

Tajuk : Nasi Lemak buah Bidara
Penulis : April Snow
Terbitan : Kaki Novel
Bil. Halaman : 661m/s
No.Buku : 07/13
Tarikh Tamat Baca : 24/01/2013
Bintang : 3.0/5.0

NLBB..seolah2 kisah fairy tale, Cinderella zaman moden...kisah tentang Siti Nur yang dilayan seperti hamba oleh Datin Junainah selepas kematian nenek angkatnya Wan..(Datin Junainah merupakan anak tunggal Wan). Siti menelan semua tohmahan, cacian dan layanan buruk Datin Junainah dan anaknya Zurene kerana hanya Datin Junainah sahaja yang tahu akan asal usul dirinya dan mengharap Datin akan memberitahu kepadanya suatu hari nanti.

Siti seorang gadis yang sangat baik hati, polos dan sentiasa menjaga nama baik Datin Junainah sekeluarga. Pertemuan Siti dengan Puan Aishah dan Si comel Benjamin memberi sinar bahagia di hati masing2. Siti mendambakan kasih seorang ibu dan Benjamin sangat merindui belaian seorang ibu.

Siti dihalau keluar dari rumah agam Datin Junainah pada malam pernikahan Zurene kerana melanggar arahan, dimana Siti tidak dibenarkan menunjukkan muka ketika majlis. Kebetulan pula, Benjamin ada bersama Siti dan menyaksikan Datin Junainah memukul Siti. Benjamin bertindak memberitahu neneknya, Puan Aishah dan ayahnya Akmal. Siti dibawa ke rumah mereka dan menjadi pengasuh Ben.

Siti kemudian disunting oleh Puan Aishah untuk dijadikan menantunya dan ibu kepada Ben. Namun, perkahwinan mereka menimbulkan rasa iri pada Datin Junainah dan Zurene...Lalu, bertindak menabur fitnah tentang asal usul Siti. Mujur Akmal tidak mudah melatah...

~ Happy Ending ~


message 12: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Hero by Hilal Asyraf

Tajuk : Hero
Penulis : Hilal Asyraf
Terbitan : Galeri Ilmu
Bil. Halaman : 492m/s
No.Buku : 08/13
Tarikh Tamat Baca : 08/02/2013
Bintang : 5/5

Sesiapa yang menyukai cerita superhero (Batman/Ironman) pasti menyukai novel ini... Hero sebuah novel aksi dalam masa yang sama mentarbiah pembaca2nya.

Kota Angsana merupakan sebuah kota yang dibangunkan oleh sepuluh jutawan Muslim Malaysia yang mengutamakan Islam dari segala aspek. Penemuan Elemen Baru yang lebih kuat dari nuklear membuatkan Kota Angsana semakin gah di mata dunia dan menambah rasa iri di mata musuh2 Islam.

Hero merupakan seorang wira yang membanteras jenayah di kota Angsana. Tapi hakikatnya, Hero seorang yang jauh dari Islam...tidak pernah bersolat dan merupakan seorang perokok yang tegar.

Segalanya bermula apabila ayahnya Dato' Amir Muiz terlalu sibuk dengan pembangunan ummah...menyebabkan Hero/Afam merasa kurangnya kasih sayang. Apabila Dato' Amir Muiz dan isterinya mati dibunuh oleh syaitan bertopeng dan kematian mereka tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya, Hero/Afam mula menyarung kostum Hero bagi membanteras jenayah dan syaitan bertopeng.

Kemunculan Akuma menambah tekanan kepada Hero. Tambahan pula, tugas Hero sentiasa dihalangi oleh anggota polis yang korupsi. Tambah memeningkan kepala Afam lagi, apabila Dato' Amir Muiz mewasiatkannya mengahwini Husna, gadis muslimah sejati. Jika tidak, segala hartanya akan didermakan. Afam menerima perkahwinan tersebut dalam keterpaksaan, tambahan pula dia perlu merahsiakan tentang Hero.

Keadaan jenayah Kota Angsana semakin meruncing apabila syaitan bertopeng melancarkan beberapa rancangan untuk mendapatkan elemen baru yang sudah diminimakan dan Akuma semakin galak mencari dua rakannya yang telah mengkianatinya dan Akuma percaya dua orang rakannya itu adalah orang2 dibelakang Hero. Keadaan Hero pula semakin tertekan kerana dia tidak mampu melindungi kota Angsana seorang diri dalam masa yang sama, dia tidak mempercayai orang lain kerana terlalu ramai anggota polis yang korupsi.

Serius! Niesaa Suka sangat novel ini. Niesaa terfikir tentu menarik jika novel ini diangkat sebagai filem..asyik novel cinta sahaja didramakan/difilemkan.


message 13: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Perempuan Yang Paling Aku Cinta by Acik Lana

Tajuk : Perempuan Yang Paling Aku Cinta
Penulis : Acik Lana
Terbitan : Acik Lana
Bil. Halaman : 673m/s
No. Buku : 09/13
Tarikh Tamat Baca : 12/01/13
Bintang : 4.5/5.0

Isu yang diketengahkan penulis dalam novel ini..tentang masalah sosial dan masalah pembuangan bayi. Mereka perlu dibantu kembali kepada Islam bukan terus dihukum...

Bunga leka dengan cinta lelaki kasanova berwajah pan Asia, Karl Hakimi sehingga sanggup menyerahkan dirinya..tapi cinta Karl tidak pernah ikhlas, meninggalkan Bunga sendirian menanggung natijah dari perbuatan mereka. Bunga dibuang dari kolej dan dihalau oleh bapanya. Kesan dari tekanan yang dihadapi, Bunga nekad meninggalkan bayinya di perhentian bas ketika hujan lebat..

Enam tahun berlalu, Bunga berjaya membina kerjaya di sebuah syarikat barangan kemas dan Karl tergerak hati untuk kembali ke Malaysia dan membina kerjayanya disini. Pertemuan tidak sengaja antara Bunga dan Karl menambah perasaan benci yang amat mendalam di hati Bunga, tambahan pula Karl langsung tidak mengingatinya. Urusan kerja merantai mereka bersama. Karl cuba memohon maaf dan cuba membetulkan semula kesilapannya dengan melamar Bunga. Tetapi kerana amarah dan bimbang ditinggalkan sekali lagi. Bunga menerima lamaran Elman walaupun tiada rasa cinta untuk lelaki itu.

Dua kali bertembung dengan kanak2 lelaki seiras Karl, membuatkan Bunga tekad mencari anaknya untuk menebus kesilapnya dulu..tapi dapatkah Elman menerima kewujudan anak Bunga...atau bersatukah keluarga kecil Bunga...dan bagaimana pula dengan ibubapa Bunga... kenalah baca novel ni.... :)

~Happy Ending~


message 14: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Aku Bercerita by Ramlee Awang Murshid

Tajuk : Aku Bercerita
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Terbitan : Alaf21
Bil. Halaman : 601m/s
No. Buku : 10/13
Tarikh Tamat baca : 16/02/2013
Bintang : 3.75/5.0

Menghimpunkan lima nopen yang berlainan genre tetapi terkait dlm satu cerita...tentang 'Aku' yg pergi ke Pulau Mutiara seorang diri untuk mencari ilham bagi menyiapkan penulisannya. 'Aku' merasa cemas apabila merasakan seperti ada 'sesuatu' yang menghuni bersamanya di bilik hotel. Dimana 'Aku' dapat melihat 'sesuatu' itu menggunakan komputer ribanya...apabila 'sesuatu' itu hilang..pasti ada novel pendek yang sudah terkarang...

Cerita 1... Bunian
Kisah percintaan terlarang antara mahluk dua alam yang berbeza.

Cerita 2...Culik
Kisah penculikkan kerana dendam.

Cerita 3...Cinta Matiku
Kisah tentang cinta Tahir dan Rukiah ketika peristiwa 13 Mei.

Cerita 4... Sang Kancil
Kisah sang kancil yang pintar tetapi sadis bersama perompak bank.

Cerita 5..Cut
Kisah Cut Asmidar dan Herman yang terpaksa berkahwin.

Pada awal cerita Nisa sangka 'Aku' adalah RAM tetapi tekaan Nisa meleset...Jadi, siapa 'Aku'?...


message 15: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Advencer Si Peniup Ney by Faisal Tehrani

Tajuk : Advencer Si Peniup Ney
Penulis :Faisal Tehrani
Terbitan : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Bil. Halaman : 236m/s
No.Buku : 11/13
Tarikh Tamat Baca : 22/02/2013
Bintang : 4/5

Akhirnya dapat juga Novel FT yang dah lama Niesaa idam-idamkan...

Kisah pengembaraan Ustaz Sulaiman Hilmi ke dunia Jin. Penceritaan bermula, apabila 40 ekor jin datang bertemu Ustaz Kamil meminta izin, membenarkan anaknya, Ustaz Sulaiman menyertai pengembaraan yang panjang ke dunia jin, Negeri Fantasia yang telah hanyut dengan fahaman hendonisme. Negeri Fantasia diperintah oleh Jin Bertindik Satu yang mahu semua rakyatnya hidup dengan pelbagai hiburan yang melampau dan terus alpa dengan keseronokkan duniawi. Saban minggu, sebuah konsert nyanyian yang mencari bakat baru disuakan kepada muda mudi jin merah.

40 ekor jin Islam meminta Ustaz Sulaiman membantu mereka mengembalikan akidah remaja jin merah supaya mereka kembali mengenal Penciptanya. Bagi memastikan misi tersebut berjaya, Ustaz Sulaiman dan 40 ekor jin menemui Jin Bertindik Satu bagi memperkenalkan satu cabang muzik baru bernama souti sarmad kepada para remaja jin merah. Jin Bertindik Satu menerima dalam ragu, lantas meminta Ustaz Sulaiman mempersembahkan muzik tersebut ketika konsert nyanyian mingguan. Jika mereka gagal membuat para remaja mabuk dengan muzik mereka, mereka akan dihumban ke daerah bersalji dan dibiarkan terbelenggu di situ sehingga kiamat.

Tiba malam persembahan, ternyata Ustaz sulaiman dan 40 ekor jin berjaya mempersembahkan persembahan luar biasa sehingga siapa sahaja yang melihatnya terpukau, sambil Ustaz Sulaiman meniup ney (sejenis alat muzik seperti seruling) 40 ekor jin duduk mengelilingi Ustaz Sulaiman sambil memuji-muji kebesaran Tuhan yang Esa.

Jin Bertindik satu meminta Ustaz Sulaiman menjadi guru vokal puterinya yang cantik jelita, Puteri Simone Sidharra. Namun Puteri Simone Sidharra mempunyai agenda tersendiri kerana telah terpikat dengan wajah tampan Ustaz Sulaiman. Ustaz Sulaiman di penjara kerana sebuah fitnah tanpa diketaui oleh 40 ekor jin dan Ustaz Sulaiman redha menerima ujian...

Pengembaraan Ustaz Sulaiman dan 40 ekor jin bukan hanya setakat mengembara ke Negeri Fantasia sahaja, mereka turut mengislamkan jin2 di Negeri Samudera Suran ketika dalam perjalan pulang.

Kisah Advencer Si Peniup Ney ini persis kisah nabi Sulaiman yang bersahabat dengan Jin dan Nabi Yusoff. Apabila tiba babak Negeri Fantasia dilanda musibah... dirempuh pesawang Boeing, membuatkan Nisa tersenyum sorang2 (memang kelakar)hehehe..


message 16: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza

Tajuk : Asam Pedas Untuk Dia
Penulis : Nureen Nirza
Terbitan : Alaf21
Bil. Halaman : 517m/s
No. Buku : 12/13
Tarikh Tamat Baca : 23/02/13
Bintang : 4.5/5.0

Setelah kematian suami, Ainin Sofiya menggalas tugas menyara keluarga (anaknya, ibu dan adik lelakinya..pengidap dileksia) dengan menjual kuih koci dan nasi lemak. Kepayahan hidup membuatkan Ainin bercadang mencari kerja sebagai pembantu rumah separuh masa kerana perlu pulang kerumah untuk menyusukan bayinya.

Kebetulan keluarga Ziyad memerlukan pembantu rumah melayu kerana serik dengan pembantu rumah indonesia yang melarikan barang berharga keluarganya.

Suatu hari, motosikal Ainin rosak dan ibu Ziyad meminta Ziyad menghantar Ainin pulang...Melihat kesusahan hidup Ainin, Ziyad merasa simpati lalu memasukkan wang gaji sebanyak RM5000 ke dalam akaun Ainin. Tetapi Ainin memulangkan lebihan wang gajinya kerana tidak mahu terhutang budi.

Penolakkan Ainin menerima bantuan kewangan Ziyad nekad membuat keputusan melamar Ainin bagi meringankan beban dengan syarat keluarga Ziyad tidak boleh tahu tentang perkahwinan mereka. Ainin marah dengan cadangan Ziyad menolak lamaran Ziyad. Tetapi terpaksa menerima semula kerana bimbang keluarganya merempat kerana bebanan hutang sewa rumah (juga kerana gangguan tuan rumah, Hisham).

Tambahan syarat, Ainin tidak boleh ambil tahu perihal hidup Ziyad...Tetapi Ziyad selalu menggunakan haknya sebagai suami mengongkong hidup Ainin..pantang nampak Ainin bercakap..keluar dengan lelaki...Ainin akan menjadi mangsa amukannya...

Ziyad terpaksa meneruskan janjinya meminang buah hatinya Syafinaz..walaupun sudah tiada rasa cinta untuk kekasihnya itu...Cuak juga Ziyad apabila Ainin tidak menunjukkan sebarang emosi dengan berita pertunangan itu...

Berita kehamilan Ainin membuat dia dicemuh..Ziyad pula diam membatu..berusaha menutup hubungannya dengan Ainin..Ainin makan hati apabila Ziyad tergamak meneruskan perkahwinanya dengan Syafinaz dan akan menyembunyikan Ainin di Tanjung Karang... Ainin pergi membawa diri...

Kenapa asam pedas?
sebab..asam pedas adalah makanan kegemaran Ziyad... air tangan Ainin yang mengikat hubungannya..bukan sahaja dengan Ziyad, malah keluarga Ziyad juga...
~Happy Ending~


message 17: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Amir Minah Macho by Ummu Wafa

Tajuk : Amir Minah Macho
Penulis : Ummu Wafa
Terbitan : Alaf 21
Bil. Halaman : 468m/s
No. Buku : 13/13
Tarikh Tamat Baca : 25/02/13
Bintang : 4.75/5.0

Tak sangka pulak Niesaa, novel ni sebenarnya sebuah novel Islamik...sarat dengan hadis, terjemaah ayat Al Quran dan tazkirah yang bermanfaat untuk pembaca jadikan pedoman.

Ariel dan Amir bertemu di tepi jalan kerana kereta katak Ariel rosak dan Amir si mekanik cuba membaiki. Pertemuan itu, menumbuh rasa cinta di hati Amir..tapi di pendamkan sahaja..Begitu juga dengan Ariel..tetapi cuba ditidakkan perasaan cinta songsang itu..

Pertemuan demi pertemuan membongkarkan rahsia Amir..Ariel berusaha mendekatkan diri dengan Amir..Amir pula terpaksa menerima pinangan Mail setelah dipaksa ibunya..tetapi Amir membuat helah melanjutkan pertunangannya selama 2 tahun..dan berharap perkahwinannya dengan Mail tidak akan terjadi..

Ariel meluahkan perasaannya dan Amir menerimanya. Pada saat itu juga, keluarga Ariel ditimpa musibah dan Ariel perlu menjarakkan pertemuan dengan Amir demi perhatian pada keluarga.

Pertemuan Amir dengan kak Ifah membongkar identiti Ariel..yang merupakan lelaki yang berharta...

Hubungan Ariel dan Amir sampai kepengetahuan ibu Ariel..Ibu Ariel membantah sekeras-kerasnya hubungan itu kerana baginya Amir dari keluarga miskin dan tomboi tidak layak bergandingan dengan anaknya...Ariel berjanji akan terus pertahankan cinta..tetapi tidak Amir, Amir tidak mahu kerana cinta Ariel menjadi anak derhaka...Amir membuat keputusan memutuskan hubungan dan menerima Mail sebagai suami...Ketika Amir ingin pulang ke kampung, Amir ditimpa kemalangan dan disahkan meninggal dunia...

~Happy Ending~


message 18: by Nisa (last edited Jul 08, 2013 07:46PM) (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Macedonia Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain by Web Sutera

Tajuk : Macedonia-Alexander Agung Hijab Raja Zulqanain
Penulis : Web Sutera
Terbitan : Galeri Ilmu
Bil. Halaman : 465m/s
No. Buku : 14/13
Tarikh Tamat Baca : 01/03/13
Bintang : 5.0/5.0

Buku ini merupakan sebuah buku novel sejarah..yang dikarang dalam bentuk semi novel. Kisah Alexander Zulqanain dalam buku ini diceritakan dari sisi Islam..dimana Alexander Zulqanain mempercayai Tuhan yang Satu...

Niesaa tertarik dengan kitab cahaya bersinar..Niesaa tertanya2 adakah benar kitab tersebut wujud..Namun rupanya hanya rekaan penulis, apabila di akhir cerita..menyatakan kitab tersebut ditemui pada tahun 2020..

Apa yang uniknya, kisah pengembaraan Alexander Zulqanain ini...diceritakan dengan perjalanan seorang pemuda bernama Zamri yang merentasi masa dengan bantuan leluhurnya Tok Janggut dan sama2 mengikuti pengembaraan Alexander Zulqanain ke pelosok dunia dengan bala tenteranya bagi mengembalikan keamanan tanah yang dijejakinya..

Di Zaman Alexander, Zamri adalah Sangarius..jurucatat sejarah Alexander Zulqanain.

Secara jujurnya..Nisa suka konsep buku ini, dimana sejarah diceritakan melalui cerita...membuatkan ia lebih difahami. Nisa teringat kata2 seorang tokoh sejarah.. Dato' Mokhtar Baginda yang berkunjung ke pejabat baru2 ini..Beliau diminta oleh Tun Dr Mahathir supaya membukukan kisah pengorbanan beliau dalam bentuk semi novel supaya pembaca lebih memahaminya..

Tahniah kpd penulis...


message 19: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Hati Bergetar Rindu by Dhiya Zafira

Tajuk : Hati Bergetar Rindu
Penulis : Dhiya Zafira
Terbitan : Alaf21
Bil. Halaman : 530m/s
No. Buku : 15/13
Tarikh Tamat baca : 04/03/13
Bintang : 4.95/5.0

Kalau tengok pada cover novel...mesti akan sangka novel ni, novel cinta..tapi, kalau tengok nama penulis...Dhiya Zafira...terus tau, novel ni bergenre thriller + cinta..kan

Rugi pula rasanya biarkan terpending 3-4 bulan...Biasanya Niesaa suka baca ending dulu..tapi untuk novel ni, Niesaa berusaha tidak menyelak helaian terakhir..untuk kekalkan mod suspen...Niesaa sangka si polan tu pembunuhnya..tak sangka pulak akhirnya begitu..

Cerita tentang Ari yang terlihat kejadian pembunuhan..dan seterusnya dia pula mangsa pembunuh bersiri tersebut. Tetapi dia berjaya menyelamatkan diri dan koma...dan kesnya disiasat oleh Asp Ziyad Sidqi..suami rahsia yang ditinggalkan 3 tahun lalu..selepas kecewa melihat Sid curang bersama kakak kembarnya...

Ari cuba tidak mahu bekerjasama dengan Sid..dan Sid pula cuba menjernihkan hubungan dan sedaya upaya melindungi Ari dari penjenayah yang mempunyai masalah mental...

~Happy Ending~


message 20: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Jodoh itu milik kita by Sara Aisha

Tajuk : Jodoh Itu Milik Kita
Penulis : Sara Aisha
Terbitan : Karya Seni
Bil. Halaman : 766m/s
No. Buku : 16/13
Tarikh Tamat Baca : 05/03/13
Bintang : 4.95/5.0

Ini lagi satu novel Niesaa rasa menyesal tak baca awal2..Niesaa biarkan terpending sampai hampir setahun..Kisah kahwin paksa yang agak lain dari yang berlambak di pasaran.

Pn Marina sangat ingin bermenantukan Dahlia..Syafiq terpaksa menerima kerana ibunya mengidap kanser usus. Tapi, apabila ibunya selamat dalam pembedahan..Syafiq membuat keputusan untuk lari sebelum majlis pernikahan berlangsung dan pergi ke Wellington untuk mendapatkan kekasihnya.

Bagi menyelamatkan maruah keluarga..Aariz, abang Syafiq (merupakan anak angkat) diminta mengantikan tempat sebagai pengantin lelaki. Aariz akur kerana baginya keluarga adalah segala2nya, walaupun persetujuannya itu melanggar sumpah hidupnya..dia tidak akan berkahwin.

Aariz seorang suami yang baik, bertanggungjawab, sentiasa melindungi...Cuma dia seorang yang sangat rendah diri dan merasakan dirinya tak layak untuk mana2 perempuan kerana asal usulnya..dia menganggap dirinya sangat jijik.

Kebaikkan Aariz mengundang perasaan cinta di hati Dahlia. Namun kepulangan Syafiq..selepas cintanya ditolak.. memporak perandakan segal2nya..dengan perasaan iri yang tidak pernah padam dalam hatinya..Syafiq menghasut Aariz dan Dahlia tentang asal usul Aariz..membuatkan Aariz cuba menjauhi Dahlia dan Dahlia sendirian cuba menyelamatkan rumah tangganya...Syafiq pula semakin tenggelam perasaan hasadnya sehingga sanggup cuba melakukan sesuatu yang tidak patut dia lakukan...

Pada mulanya Niesaa rasa benci sangat pada Syafiq ni...tapi akhirnya jadi simpati pula...memaafkan tu kan lebih baik...

~ Happy Ending~


message 21: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Dandelion Ditiup Angin by Aidah Bakri

Tajuk : Dandelion Ditiup Angin
Penulis : Aidah Bakri
Terbitan : Jemari Seni
Bil. Halaman : 460m/s
No. Buku : 17/13
Tarikh Tamat baca : 07/03/13
Bintang : 4.0/5.0

Novel ini Niesaa habis baca awal pagi Jumaat..sebab terjebak dgn game coindozer oleh kanoor & Ayu..terus hilang mood nak taip review..novel pun Niesaa dok kelek..baca pun tak, parah.. Ok, Nisa dah lama tak menangis bila layan novel..dan novel ni berjaya..buat Nisa nangis dan pakej tambahan..migrain.

Tentang Dini (dia ni, sangat2 sukakan bunga dandelion).. anak orang gaji kepada Datuk Mazlan dan Datin Zahara..Dini dan ibunya menumpang tinggal di rumah Datuk dan Datin selapas ayahnya meninggal.. Tapi, kehadiran Dini tidak disenangi anak tunggal Datuk dan Datin, Rifqi..kerana Dini sangat disayangi oleh ayah dan ibunya..

Kemuncak perasaan dengkinya, Rifqi memerangkap Dini dan memfitnah Dini, cuba menggodanya... Bagi menutup malu, Dini dipaksa kahwin dengan Rifqi.. Rifqi juga memperkosa Dini dan menghalau Dini keluar dari rumah pada hari pengkebumian ibunya... Dini menumpang kasih di rumah rakan karibnya, Iffa sehingga melahirkan..pada awal kehamilan Dini membenci anaknya..sehingga lahir, Dini tidak mahu memberitahu keluarga mertuanya..walaupun didesak oleh Iffa bagi mendapatkan sijil nikah untuk mendaftarkan kelahiran... Apabila Dini sudah sangat menyayangi anaknya...anaknya meninggal dunia pada umur sepuluh hari...menyebabkan Dini merasa tertekan dan hampir gila..Dr.Irdina membantu memulihkan semangat Dini..dan Dini pergi ke Ireland untuk menyambung pengajian.

Selepas sepuluh tahun di Ireland..Dr. Dini pulang ke Malaysia untuk menggantikan Dr Irdina yang berhijrah ke luar negara..tanpa disangka Dr. Dini akan menggantikan tempat Dr Irdina sebagai Doktor keluarga Rifqi...Sekaligus Dini terpaksa juga bertemu dengan lelaki yang tidak mahu ditemui lagi dalam hidupnya..dan bagi Rifqi pula...dia sungguh kesal dengan perbuatannya...

~Happy Ending~


message 22: by Aina (new)

Aina Hilmi | 1044 comments Niesa rajinnya buat reviu ^_^ saya dah tak sempat baca buku sehingga tamat. Huhu...


message 23: by Web (new)

Web Sutera (websutera) | 47 comments Alhamdulilah. Tiada daya upaya melainkan dari Allah juga.

Terima kasih.

Niesaa wrote: "Macedonia Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain by Web Sutera

Tajuk : Macedonia-Alexander Agung Hijab Raja Zulqanain
Penulis : Web Sutera
Terbitan : Galeri Ilmu
Bil. Halaman : 465m/s
N..."



message 24: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Aina Dayana wrote: "Niesa rajinnya buat reviu ^_^ saya dah tak sempat baca buku sehingga tamat. Huhu..."

Tu pun, bca 2-3 buku, bila ada mod je... baru review.....hehehe


message 25: by Nisa (new)

Nisa (niesaa) | 86 comments Web wrote: "Alhamdulilah. Tiada daya upaya melainkan dari Allah juga.

Terima kasih.

Niesaa wrote: "Macedonia Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain by Web Sutera

Tajuk : Macedonia-Alexander Agung..."


Sama2... :)


message 26: by Syamil (new)

Syamil A Samad | 174 comments Subhanallah, kagum dengan semangat nisa menyertakan reviu untuk setiap buku yang dibaca. memerlukan kerajinan dan usaha yang sangat tinggi. Tahniah. semoga saya dapat juga menjadi seoptomis anda.

Nota: Paling minat reviu Advencer si Peniup Ney. Sebab paling minat baca novel tu dalam senarai Nisa. Salam Ramadhan ye


back to top