Goodreads Malaysia discussion

134 views
Salam Perkenalan & Pengumuman > GRMY - patut ada grup FB dan akaun Twitter?

Comments Showing 1-34 of 34 (34 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Mohon pandangan, kalau dirasakan perlu untuk promosi dan kemudahan menyebar info grup kepada peminat buku.

Patut ada atau memadai di sini saja?


message 2: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
bagus juga ada akaun twitter sendiri. sekarang ni penerbit buku pun ada akaun twitter


message 3: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Saya cadangkan @faizahroslaini menjadi pengendali akaun twitter GRMY.


message 4: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments ataupun buat rotation twitter GRMY ke? seminggu sorang... cakap buku memanjang


message 5: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Saya suka diskusi di sini saja. Untuk tujuan promosi, bila kita update apa-apa status buku, akan masuk juga ke akaun FB sendiri. Dari situ pun dah jadi promosi.
Saya tak minat nak semak-semak di pelbagai akaun.
(Orang tua punya pandangan)


message 6: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Setuju buat akaun twitter. Pengendalinya boleh saja beberapa orang dlm masa sama. Cakap pasal buku dan baca saja. Yang lain, #listen!


message 7: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Tok mudin ada tendency utk jadi pakar masalah haiwan ni! Hehehe


message 8: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Listen! Listen! Listen! Listen! Kita perlukan tweeter. Tahu siapa prlukan tweeter lagi? Kucing perlukan tweeter. Bila kita makan di restoran, kucing mengiau2 di kaki kita, mahu makan tulang. Kalau kucing ada tweeter, dia tweet saja. Tahu haiwan mana lagi? Anjing, kita lalu anjing menggonggong. Bayangkan dia ada tweeter, tak perlu gonggong, tweet saja. Haiwan mana yg paling perlukan tweeter? Jerung. Tahu jerung kan. Jaws kan? Kita suka makan sharkfin. Mereka tangkap jerung, potong sirip. Jerung paling masalah. Jerung paling perlukan tweeter! Boleh dia tweet ttg dharkfin!


message 9: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Hihi...saya tak ada masalah di GRMY ni, jadi saya tak perlukan tweeter..:P


message 10: by Syahira (new)

Syahira  | 752 comments Mohd Nazmi wrote: "Listen! Listen! Listen! Listen! Kita perlukan tweeter. Tahu siapa prlukan tweeter lagi? Kucing perlukan tweeter. Bila kita makan di restoran, kucing mengiau2 di kaki kita, mahu makan tulang. Kalau ..."

need like button for this... :P


message 11: by Wan Atiee (new)

Wan Atiee (WanAtiee) | 132 comments saya setuju dengan puan.azzah


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Saya setuju dengan semua pandangan :). Kita minta tolong Faizah/Najmuddin le untuk tolong set up akaun. 'Depa' paling aktif di sana.

Pendapat Kak Azzah pun saya sokong - Tweet di sana lebih kepada promosi GRMY dan bukanlah pusat aktiviti.

Buat giliran macam Syahira kata pun cantik.


message 13: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Ok, saya sudah create twitter GR-MY. Tweethandle @GoodreadsMy. Sila follow dan #listen.

Siapa nak kendalikannya, sila email saya mudin001@gmail.com untuk mendapatkan kata laluan.


message 14: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Saya serah kepada yang lagi pakar le. Saya bab mentwit tak berapa pandai nak memadatkan kata2.


message 15: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Najmuddin wrote: "Ok, saya sudah create twitter GR-MY. Tweethandle @GoodreadsMy. Sila follow dan #listen.

Siapa nak kendalikannya, sila email saya mudin001@gmail.com untuk mendapatkan kata laluan."


cekap betul tok mudin kita. bukan cekap menyunat orang sajo, tapi menyunat bahasa pun! :))


message 16: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Saya buat akaun twitter, lepas tu password pun tak ingat.


message 17: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Setakat 11.30 malam, @GoodreadsMy telah mempunyai 50 pengikut.

Siapa berminat nak kendali twitter berkenaan, bagitau saya - terbuka kpd semua!


message 18: by Fairuz (new)

Fairuz (fzzs) | 17 comments Saya juga macam Puan Nor Azzah. Buat akaun twitter, tapi tak pernah aktif terus lupa kata laluannya.


message 19: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Setakat tengahari ni, @GoodreadsMy dah ada 74 followers. Rakan2 yang aktif di sini. Sila follow ya!


message 20: by Syamil (new)

Syamil A Samad | 174 comments Sudah jadi follower yang ke 75!!!


message 21: by Fairuz (new)

Fairuz (fzzs) | 17 comments Gara-gara Goodreads Malaysia sudah ada akaun twitter, saya yang tak pernah aktif dengan twitter begitu gigih mengemaskini akaun sendiri yang sudah bersawang sebab tak pernah guna sejak mendaftar. Hehehehe...


message 22: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Fairuz wrote: "Gara-gara Goodreads Malaysia sudah ada akaun twitter, saya yang tak pernah aktif dengan twitter begitu gigih mengemaskini akaun sendiri yang sudah bersawang sebab tak pernah guna sejak mendaftar. H..."

alhamdulillah. lagi mudah, on-kan auto update twitter di goodreads ini.


message 23: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Saya juga yang belum berjaya update akaun. Memang dah bersawang. Password tak ingat, nak ubah belum berjaya.


message 24: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
@nor azzah, register jer lain :)


message 25: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Terfikir juga nak buat macam tu, nantilah. Cuba lagi.


message 26: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments saya yang ke #87!! twitter handle saya @cikda1


message 27: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Cool!


message 28: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
masuk hari ke-3, 104 followers now!


message 29: by Sarah (new)

Sarah Yasmin (yasminmukhtar) | 25 comments Followed already. Syabas @GoodreadsMy !


message 30: by iramahati (new)

iramahati melody | 75 comments Hello from the 194th follower. ;)
Tapi saya masih lebih suka singgah ber-GRMY di sini saja. ;)


message 31: by Juwita (new)

Juwita | 98 comments And I'm the 195th. Hurrah! 322 tweets? Wah! That was fast....


message 32: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya menjadi 'follower' tapi jarang sekali menjenguk akaun twitter saya (bagi saya twitter amatlah bosan lagi membosankan). Saya lebih aktif di Facebook. GR-MY tiada di FB ke?


message 33: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Saya masih menanti sukarelawan yg berminat utk berkicau bagi pihak @GoodreadsMy. :)


message 34: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya menjadi 'follower' tapi jarang sekali menjenguk akaun twitter saya (bagi saya twitter amatlah bosan lagi membosankan). Saya lebih aktif di Facebook. GR-MY tiada di FB ke?"

ada. tapi taukey di fb agak menyepi :)


back to top