Nuru’s review of Ali Syari'ati Untuk Pemula > Likes and Comments
Like
Ali Syariati, apa yang aku tahu karya-karya beliau adalah dalam bidang sosiologi agama. Beliau juga seorang yang intelektualis yang berkait dengan revolusi Iran cetusan Imam Ayatullah Khomeini. Dikatakan beliau berusaha mencari solusi bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi komuniti muslim Iran melalui prinsip-prinsip islam tradisional yang difahami dari sudut pandang sosiologi dan falsafah moden. Kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Ali Syariati menarik pendengar di kalangan penuntut-penuntut universiti dan kemudiannya mulai diminati oleh lapisan masyarakat Iran yang lain yang mula berminat dengan ajaran Syariati. Walau bagaimanapun, beliau ditangkap bersama ramai lagi mahasiswa yang lain. Beliau bagaimanapun dibebaskan ikutan daripada tekanan yang diberikan oleh penduduk Iran sendiri terhadap pihak pemerintah. Kita dapat rasakan begitu kuat pengaruhnya terhadap masyarakat Iran. Pembebasan beliau setelah dipenjarakan selama 18 bulan adalah bersyarat. Beliau tidak lagi dibolehkan untuk menyampaikan kuliah-kuliah, tidak boleh menerbitkan apa-apa enerbitan, tidak boleh lagi mengajar di universiti-universiti mahupun mana-mana tempat, tidak boleh mengadakan sebarang pertemuan sama ada secara umum ataupun peribadi. Mengapakah pihak pemerintah Iran begitu risau dan menjaga rapi Ali Syariati ini? Dengan syarat-syarat pembebasan yang ketat itu, beliau menolak dan berhijrah ke England. Beliau kemudian dibunuh oleh ejen keamanan Iran dan meninggalkan pengaruhnya yang kuat terhadap masyarakat islam Iran pada masa itu.
back to top
date
newest »
newest »
message 1:
by
Nuru
(new)
Apr 13, 2016 12:16AM

reply
|
flag