Abdullah Hassan's Blog, page 7
August 20, 2009
PPA-13 akan diadakan di UITM Shah Alam pada tahun 2011
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 berakhir semalam di Park Royal Hotel, Pulau Pinang.
Lebih seratus kertas kerja dibentangkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris oleh peserta dari dalam dan luar negara.
Persidangan ini turut dihadiri oleh Puan Marion Broers, Presiden Persatuan Penterjemah Dunia (FIT).
Persidangan ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Penterjemah Malaysia, Institut Terjemahan Negara Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kement
August 19, 2009
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12

Puan Marion Broers, Presiden Persekutuan Penterjemah Dunia
Puan Marion Broers menyampaikan kertasnya dalam sidang Pleno.
Afrika Selatan, negara beliau, mempunyai 12 bahasa rasmi. Lebih rumit masalah bahasa di negara beliau daripada keadaan di Malaysia.
August 18, 2009
Syabasy Datuk!

Datuk Anwar
Anugerah Sastera Malaysia tidak akan menutup mulut Datuk Dr Anwar Ridhwan menentang dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Beliau adalah antara penentang utama dasar bahasa tersebut bersama-sama dengan seorang lagi Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad.
Betapa fakta diputar belit oleh penyokong PPSMI
Diambil daripada sebuah akhbar bahasa Inggeris
Tajuk: Buatlah keputusan menengai PPSMI dengan bijaksana.
(Konotasinya, jikalau tidak memihak kepada PPSMI, itu tidak bijaksana.)
Perwakilan UMNO berlumba-lumba membantah PPSMI supaya mendapat undi. Mereka berfikir perlu menunjukkan bahawa mereka itu lebih Melayu daripada yang lain. Oleh sebab itu mereka mesti berpura-pura mempertahankan kemurnian bahasa kandung, bahasa Melayu!
Oleh sebab itu pihak yang menyokong PPSMI tidak berani lagi bercakap, melai
August 16, 2009
Setiap tahun PPSMI diteruskan, setengah juta anak-anak kita menjadi mangsa

Wajah yang kita lupakan? Anak orang Asli Kampung Songkok
Apabila diumumkan PPSMI dimansuhkan pada 8 Julai lalu, dianggarkan 3 juta anak-anak luar bandar, pinggir bandar, estet, dll yang menjadi mangsa. Maksudnya mereka tidak memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.
Mereka tidak belajar sains, tidak belajar matematik, dan tidak belajar bahasa Inggeris. Malah bahasa Melayunya pun menurun.
Statistik ada atau tidak! Ada. Cuma rahsia.
Ada yang mendapat manfaat atau tidak? Pasti ada!
Tetapi, set
Jangan malu bertutur dalam bahasa Inggeris!
Gambar dan berita diambil dari Berita Minggu 16 Ogos 2009.

Tun Mahathir menyampaikan anugerah Tun Mahathir kepada Shahida pada Majlis Konvokesyen Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah
Tun Mahathir menasihatkan golongan muda yang terpelajar tidak perlu malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana amalan yang dilakukan berulang kali itu akan menjadikan mereka fasih dalam bahasa itu.
Nasihat ini memang betul dari segi pedagogi bahasa; bahasa apa pun begitulah. Berlatih bercakap selalu ak
August 15, 2009
Apabila Shen dan Teo bergurindam …

Shen Yee Aun
Shen Yee Aun
Pak Lah dengan Islam Hadhari
Najib dengan Satu Malaysia
Islam sebenar mereka tidak sedari
Laungan Satu Malaysia hanya sia–sia
Dari Pekan hingga ke Permatang Pauh
Malaysia tidak pernah berdua
Satu Malaysia UMNO terlalu berbauh
Bukan laungan untuk semua
.
China di Asia diangkat Najib
Cina di Malaysia tidak dipandang
Melayu Nusantara ditegakkan Najib
Melayu bukan UMNO ditendang

Teo Wei Sing
Teo Wei Sing
Terima kasih menadah titi
segala-galanya Tuhan bersaksi
aku dan engkau cuma dud
Apabila Shen dan Teo bergurndam …

Shen Yee Aun
Shen Yee Aun
Pak Lah dengan Islam Hadhari
Najib dengan Satu Malaysia
Islam sebenar mereka tidak sedari
Laungan Satu Malaysia hanya sia–sia
Dari Pekan hingga ke Permatang Pauh
Malaysia tidak pernah berdua
Satu Malaysia UMNO terlalu berbauh
Bukan laungan untuk semua
.
China di Asia diangkat Najib
Cina di Malaysia tidak dipandang
Melayu Nusantara ditegakkan Najib
Melayu bukan UMNO ditendang

Teo Wei Sing
Teo Wei Sing
Terima kasih menadah titi
segala-galanya Tuhan bersaksi
aku dan engkau cuma dud
Apabila Bulan bergurindam …
Comment dari Bulan ini saya siarkan dalam entri supaya dapat dinikmati oleh pembaca semua.
bluebulan@gmail.com (Submitted on 2009/08/16 at 9:53am)
Delapan pantun enak baiduri,
Umpan bisa mengena mangsa.
Bersopan santun sianak negeri,
Harapan bahasa membena bangsa.
Rayu-rayu banyaknya rayu
Rayu meronda kuasa layang
Melayu banyaknya Melayu
Melayu tak ada bahasa sembahyang
Kayu-kayu banyaknya kayu
Kayu pertanda tiga persegi
Melayu banyaknya Melayu
Melayu tak ada bahasa teknologi
Kejar takkanlah sesuka k
Apabila Sasterawan Negara bergurindam lagi …

75 tahun A. Samad Said
PELUDAH BAHASA
Ketika lahir jeritnya amat mesra––hening suara bayi pertama.
Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya.
Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula.
Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan desa––
insan harapan kerdip permata yang bakal bersinar sebagai pendakwah.
Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan.
Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan.
Diasuh ia menjadi wira dan
Abdullah Hassan's Blog
- Abdullah Hassan's profile
- 6 followers

