Izz Alejandra's Blog, page 2

November 7, 2013

Bukan Cinta Plastik ~Bab 14~

BAB 14
AMANDA kerling wajah Melati yang kelat sambil kepala sibuk mencongak. Mencari idea untuk memujuk Melati ke majlis hari jadi Syamir. Dia bukan tak boleh pergi seorang tapi Arjuna yang beria-ia nak Melati datang sekali. Melati ni pun satu. Mengada-ngada! Kerek pun ya. Hari tu beria-ia nak sambut cabaran dia.. tup-tup semalam mengalah macam tu aje.             “Kau ni kan Mel, memang hipokrit sungguhlah. Alasan kau memang tak logik. Ta...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2013 01:50

November 5, 2013

Jangan Panggil Aku Sayang ~ Bab 6~


BAB 6
AKU pandang lama senyuman yang terukir di bibir Zack. Sudah lama aku tidak melihat senyuman daripadanya untuk aku. Kalau ada pun, aku teka dia tak pernah ikhlas hati untuk tersenyum kepadaku. Senyuman yang mengingatkan aku kepada pertama kali aku dan dia bertemu. Aku tarik nafas panjang-panjang. Meredakan resah yang mula bergayut di hati. Apa pula permainan Zack kali ni? “Kita pergi sekalilah..” ujarnya sekali lagi bila melihat aku masih berdiam diri. Aku kalih pandang. Tak mahu terus di...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2013 20:04

October 20, 2013

Bukan Cinta Plastik ~13~

BAB 13
MELATI ketuk dahi berkali-kali dengan jari telunjuknya. Bibir herot kiri dan ke kanan. Anak mata pun dah juling ke atas terkelip-kelip memandang siling. Dahi turut sama berkerut-kerut. Tidak lama kemudian dia merengus geram sebelum sembamkan kepala ke bantal di bawah muka. Tension! Kenapalah kepala otak dia rajin sangat nak menayang muka mamat tu malam ni? Sampai bunyi ketawa kerek mamat tu dia macam terdengar-dengar. Yang tak menahan, panahan mata mamat tu pun dia bagai ternampak-nampa...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 20, 2013 20:48

October 16, 2013

Jangan Panggil Aku Sayang ~Bab 5~

BAB 5
SETELAH dua hari bercuti, terasa berat hati aku untuk memulakan kerja semula. Bagaimana aku nak menghadap muka Zack di pejabat nanti? Biarpun berlaianan tingkat dan berlainan department, ada waktunya aku dan dia akan turut bertemu muka. Aku masuk ke pejabat hari ni pun semata-mata untuk menambah lagi cuti. Aku kena tenangkan fikiran aku yang sedang berkecamuk. Sepanjang hari aku langsung tak mampu nak tumpukan perhatian dengan kerja-kerja di pejabat.       &...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2013 00:54

October 7, 2013

Bukan Cinta Plastik ~bab 12~

ARJUNA tahan senyum di bibir. Kalau boleh, dia nak ketawa sekuat hati. Tak tahu dah berapa kali dia ketawa hari ini disebabkan Melati. Ada-ada saja perangai Melati yang mencuit hati dia. Perut dia pun dah rasa kejang asyik tahan ketawa. Pipi pun dah rasa cekang sekali.            “Yang awak tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?” sergah Melati garang. Mata turut sama mencerlung tajam ke arah Arjuna di hadapannya yang sedang memban...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 07, 2013 02:54

September 24, 2013

Bukan Cinta Plastik ~ bab 11~

Bab 11
“KAU ni kenapa ke hulu ke hilir macam ni? Peninglah kepala aku melihatnya.” Amanda merungut-rungut. Sudah beberapa kali kosentrasinya menonton drama korea kegemarannya terganggu dengan tindakan Melati yang berkawad di hadapan TV. Kalau nak eksesais pun janganlah depan TV ni. Dia nak tengok hero kegemaran dia si Lee Min Ho tu. Bukannya Melati. “Aku serabut ni Manda. Aku rasa nak bunuh oranglah.” “Kau nak bunuh siapa pula? Kemain mulut kau tu ek. Tak habis-habis lagi perangai gangster kau...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2013 18:43