Rifa Johan's Blog, page 3
May 4, 2016
#bukupeti 2
Aku dah keluarkan buku suka-suka sendiri yang KEDUA!
Wooooooo!
Meh aku bukak sikit.
Harganya RM 25 kalau beli dari tangan aku terus, tapi aku tak buat cara ni.
Jadinya, RM30 total, gaya pos.
Boleh pm, wassap atau email aku untuk pembelian (rujuk wijet tepi kiri).
Adakah kau juga ada keluarkan buku sendiri-sendiri?
Jika ada, dan harganya RM20 ke atas (tak termasuk pos), mungkin kita boleh bertukar-tukar buku.
Aku sapot sistem barter.
April 24, 2016
Hashtag Tudung Bawal Sampai Meninggal Dunia
April 13, 2016
#bukupeti Lagi
Oleh sebab ajal maut datang menjemput tak kira masa dan umur, aku dengan lipas kudungnya menyiapkan #bukupeti nombor 2. Kemain lagi aku ni. Bab-bab lagha dan tidak berfaedah laju je aku buat. Buat perkara mungkar tak ingat ke mati pulak. Pening aku. Di dalam buku yang belum siap ni bakal ada beberapa cerita bohong rekaan terbaru, yang tak pernah pun di publish di blog, dan beberapa cerita bohong yang telah aku konstruk balik sesuai dengan citarasa pembaca masa kini yang semakin matang dan berfikiran terbuka cewaaahhh. Aku print tak banyak. Dalam 2 – 3 ketul saja. Siapa nak beli, tunggu aku buka order. Meanwhile, buku pertama masih ada lagi beberapa ketul. Kalau nak, boleh roger aku secepat memasak mi segera!!! Apa tunggu lagi? Lincahhhhhhh.
Filed under: Karut-tiviti, Kerja Baghal Lalalala, Uncategorized
April 4, 2016
Bobby the Cat
Aku suka kucing, tapi mak aku tak bagi bela sebab dulu masa kecik aku ada lelah. Jadi aku pun lukis kucing banyak-banyak untuk meredakan stress.
Ni semua gambar kucing. Babi takde. Percayalah.
Filed under: Bobby the Bubbly Babi, Karut-tiviti
March 20, 2016
Kelahiran Semula #bukupeti
March 18, 2016
Buku Gratisss untuk Dimiliki
Sempena cetakan kali kedua #bukupeti 1, aku ada senaskah buku ni nak bagi kat seseorang yang bertuah (la sangat). Tapi sebelum tu beliau kena lah jawab soalan dulu. Soalannya agak susah mengalahkan soalan KBAT. Tapi hei, kita kan ada Mr Google?
Soalan akan di-up di blog ini (sahaja dan tidak di media sosial seperti Facebook dan Instagram) dalam masa terdekat. Pada waktu kejadian, sila lah mengkome bersedia dengan henset masing-masing. Selamat berjaya!!! :D
Filed under: Bobby the Bubbly Babi, Hari Yang Bertajuk
December 29, 2015
Selamat Kembali Ke Sekolah!!!
December 22, 2015
Hidung yang Tabah
December 9, 2015
Ekzos ke Hidung Tu?
August 24, 2015
Kejap Lagi 7
Rifa Johan's Blog
- Rifa Johan's profile
- 3 followers

