Rifa Johan's Blog, page 11

October 22, 2012

=.=

Haritu masa cuti sekolah, aku ada suruh sorang sepupu aku ni tulis @ lukis @ buat apa-apa je yang dia suka dekat buku conteng aku. Jadi, dia kata, dia nak tulis (atau cipta sendiri)  lirik lagu yang ada kaitan dengan diri dia. Ok, aku balas dengan gembira, sambil dalam kepala berfikir-fikir, waaaah, bijak jugak budak ni, dapat menghayati lirik lagu dengan baik sekali. Dan dapat pula mengaitkannya dalam kehidupan seharian. Padahal umur dia baru 8 tahun. Good job, girl. (>.


Ini adalah hasilnya:



(Versi mudah baca)


*Kemain lagi… -________-”



Filed under: Dia Punya Art, Zaman Primitif
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2012 03:24

October 14, 2012

Projek Buku Impian (Dan Syok Sendiri)

Sejak beberapa tahun belakangan ni aku dok perhatikan, kemain rancak sekali buku-buku berstatus bawah tanah diterbitkan dan dijual. Buku-buku indie. Zine-zine. Dijual oleh penerbitnya, orang-perseorangan atau wakil penulisnya. Semua orang mampu membeli buku-buku semacam ini sebab lazimnya dijual pada kadar harga mampu milik dan dijual di event-event. Tapi kalau malas dan tak menyempat ke event, kau beli saja secara online. Mudah. Kau tekan saja la keybod komputer kau tu, ketak ketak ketak, Google, cari penerbit, cari buku apa nak beli, masukkan nilai wang itu ini yang dikehendaki, confirm, send. 2-3 hari lepas tu, pos laju datang, ambil parcel depan pintu (lepas sign dokumen penerimaan, kalau tak sign pi amik kat pejabat pos).


Now, everyone can write katanyeee……. Dan ada buku sendiri. Dan yang penting, kebanyakan buku-buku ni tak dijual secara mainstream dan ianya limited edition. Memilikinya menjadikan seolah-olah kita sedang menjulang sebuah trophy. Bangga sekali, sebab orang lain takdak.


Jadiiiiiii!!!


Aku ingat aku pun nak jugak la buat buku indie ni. Macam happening haha. Sebenarnya, aku dah ada idea nak buat buku sendiri sejak setahun yang lepas. Impian aku nak buat buku yang ada lukisan bodo sikit-sikit, cerita bodo sikit-sikit, compile dalam satu buku, cetak, dan jual (macam mudah je keje ni, sebenarnya tak mudah pun… TT^TT). Aku nak buat buku yang isi kandungannya sempoi dan ringan, light and easy, senang macam makan popkon, senang macam main mercun pop pop, senang macam dengar lagu irama pop. Sebagai bahan bacaan untuk meredakan tensen dan (mungkin) sebagai alat untuk melupakan keboringan (di bilik jamban hihik). Buku yang boleh buat kau, if not ketawa, sengih kupang pun jadi la.


Aku dah plan, semua material dalam buku ni nanti adalah idea fresh tak hengat terbaik dari perkebunan, yang tak pernah pun terbit di blog ini. Sebab tak syok la eh kalau kita beli buku yang isinya dah pernah kita baca, serupa macam kita beli kaset kompilasi lagu-lagu pop rock kapak melayu tahun 80an. Balik-balik lagu Gerimis Mengundang, balik-balik lagu Isabella. Jadah? Padahal lagu-lagu tu kita boleh donlot punyalah senang kat 4shared. Tapi tidak dengan buku aku ni. Tidak, tidak. Buku ni walaupun sempoi, tapi ada kualiti. Kalau ada material lama yang terlepas pun, mungkin 5-10 persen saja. Oh ya. Buku ini akan berketebalan agak-agak dalam 100 muka surat, paperback, kecil dan ringan (untuk cut kos penghantaran), harga RM20 dan dijual secara online sahaja. Sesapa yang takde internet tu, habislah dia… habislah… Rugilah dia. Takde sapa nak kawan dengan dia nanti.


Buku ni dilaksanakan BUKAN untuk tujuan meraih populariti (begok banget sih pikir gituin…) ataupun untuk kaut keuntungan semata (aku tak rasa menjual sebuah buku indie saja dah dapat menyara hidup kau sampai ke mati), TETAPI!!! Buku ni bakal dilaksanakan just for the fun of it. Ini kerana kalau nak duit yang konsisten kemasukannya, aku tetap kena kerja macam orang lain (kerja, dan tak kaya-kaya juga sampai la tutup mata). Tapi kalau aku nak fun, this is it. Menjual buku tulisan sendiri secara indie dan kecil-kecilan. Kalau ada yang nak beli, aku suka hati mengirimkannya. Kalau takde, ya, ga apa lah… Nama pun untuk fun. Kita buat buku indie ni untuk enjoy, untuk kawan-kawan kita beli, untuk ketawa-ketawa, dan buku ni nanti sebagai kenangan, memori, untuk tatapan di masa kita tua kelak (alamak ai, pesal aku berperangai macam nenek tua yang serius pulak ni…).


Jadiiiiiii!!!


Untuk merealisasikan impian aku yang tulus ini, sejak setahun yang lalu, aku dah start sketch celah-celah mana dapat hihi. Semangat ni, semangatttttt!!!! Idea-idea bernas yang tetiba pop out pada masa-masa yang tak wajar tu aku akan jot down dalam buku kotor dulu. Memang banyak betul idea meraban aku ni, sampaikan aku terpikir, pesal power sangat aku ni? Pesal??? Pesal??? Arrrghhhh! Tensen!!! Ntah apa la agaknya mak kasik aku makan dulu. Entah-entah dedak. Kakaka. Tak patut, tak patut… Memang sepanjang setahun ni lancar je aku melukis. Haritu bajet nak lukis selipar la mula-mula, tak pasal-pasal pulak terlukis potret muka orang, sebijik macam muka aku pulak tu. Aikkkk!!! Ini yang makin bersemangat nih!!!


Jadiiiiiii!!!


Sepanjang setahun nan lalu, hingga sekarang, lepas bertungkus lumus spin otak sampai kering, melukis dan menulis dengan penuh ketekunan, iltizam dan tawaduknya, gambar kat bawah ni adalah bukti hasil titik peluh aku selama ni. Ya hahahahahahaha!!!! Jangan terkejut!!!


JENG JENG JENG!!!



Baru siap 2 helai. Kakaka… babun. Gini gaya, kensel terus impian nak buat buku.



Filed under: Kerja Baghal
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2012 09:00

October 8, 2012

September 26, 2012

“Abang berhentilah merokok, ya?”



Filed under: Tengah Tekanan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2012 19:40

September 24, 2012

Tutorial Lukis Anak Beruang








Hmmmph pedulikan la akan kebabian tersebut. Mari kita semua lukis Doraemon yang tembam, yay~~~!!! :D




Filed under: Bobby the Bubbly Babi
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2012 08:29

September 15, 2012

Tungguuuuuu…


*Entri ini diinspirasikan dari filem Sarjan Hassan (arahan Tan Sri P. Ramlee, tayangan tahun 1958) pada babak ketika Salmah menyanyi lagu ‘Tunggu Sekejap’ dekat tepi tingkap sambil diperhatikan oleh Aziz dan Hassan. Boleh diYoutube untuk tengok video penuh. Sweet!

**Aku tetiba dapat idea gedik nak buat benda ni masa nak tidur. Masa tu tengah hujan lebat, dan aku berasa sangat tenteram dan syahdu… Dan ngantuk nak mati. Malam tu memang sedap gila membuta sebab sejuk. Aku tidur bergulung dalam selimut macam ulat beluncas dalam kepompong. -,,-

***Entri ni sila lah baca dari kiri ke kanan, macam tengah baca komik. Maaf lah sebab kecik sikit. Aku lukis ni tak guna pensel pun. Guna marker Sharpie terus. Jadi abaikan lukisannya yang macam astaghfirullahalazim tu eh.

****Selamat Hari Malaysia semua! Cintai negara kita! Yak yak yeahhh!!! :D



Filed under: Dia Punya Art, Hari Yang Bertajuk, Kerja Baghal, Tengah Tekanan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2012 19:18

September 6, 2012

Hari Ini Dalam History: Tragedi September


* Ini adalah salah satu catatan abang aku dalam diari dia (aku scan dan edit untuk memudahkan pembacaan) pada tarikh yang sama dengan hari ini, 7 September.



Filed under: Dia Punya Art, Karangan Bertulisan Komputer, Zaman Primitif
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 06, 2012 19:36

August 25, 2012

August 17, 2012

“Salam, cium tangan dulu. Baru dapat duit raya”


* Selamat Hari Raya Aidilfitri, ikhlas dari aku dan Bobby. (^_^)y



Filed under: Bobby the Bubbly Babi, Hari Yang Bertajuk
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2012 16:40

August 16, 2012

“Suasana di Hari Raya”


Gambarajah 1


Ada kereta tank, ada blok-blok (ada orang lidi telah terjatuh di celah blok. Tak pedestrian friendly langsung area tu…), dan ada satu bentuk tu macam ikan layaran (atau pelepah kelapa? Atau lubang berapi? Cuba lihat dekat kanan gambarajah). Kereta tank tengah rolling malas-malas atas jalan melengkung yang bentuk jalan tu mengambil sempena rupa bot di zaman Firaun. So kereta tank tu tak dapat ke mana-mana la, sebab jalan tu hujungnya melengkung ke atas (siapalah agaknya menteri kerja raya negara ni… -_-). Ada dua orang lidi tengah ber-abugit sesama sendiri. Ada orang-orang lidi yang berterbangan dihentam jurus tanah tinggi Boboiboy juga.




Gambarajah 2


Dua buah ‘rumah’ sedang bertelagah. Siap ada bar yang indicate dia punya power level (namun tak dapat dipastikan pula rumah mana yang tengah steady). Kedua-dua rumah telah menghantar sepasukan gentlemen yang ada kuasa extraordinary (seperti dalam filem The Avengers) untuk mempertahankan rumah masing-masing daripada dicabul kehormatan (perhatikan di tengah-tengah gambarajah, ada ledakan kuasa yang bertemu). Mereka ini ada jurus hikmat kamehameha yang teramat la power gila nak mampus. Jet-jet pejuang kamikaze dari kedua-dua pihak dilancarkan di udara. Peluru-peluru diluruhkan, asap ungu yang memedihkan mata berkepulan (mungkinkah ada rumah yang terbakar?), kemalangan jiwa turut dilaporkan. Negara ini sedang kacau-bilau nampaknya. Aku harap ini bukan Malaysia pada masa akan datang. At least kalau mereka ni nak bergaduh jugak, bergaduh la puas-puas time aku dah mati nanti. Tak sanggup nak menghadap… =.=




Gambarajah 3


Apakah kejadahnya ini? Makhluk berkaki empat (aku andaikan dia ada empat kaki since gambar ni dilukis dari tepi dan bersifat 2D), dan berkepala mentol? Mentol tu menyala kemain terang macam tu, jangan-jangan dia tengah dapat idea tak senonoh. Atau, adakah ini sejenis lampu picit? Lampu Aladdin? Adakah ini meriam? Ah, otak aku tak fikir benda lain dah selain… ini adalah makhluk ciptaan Freemasons. Aku pasti.


Tapi aku suka gambar ni. Macam misteri kot. Kalau pelukisnya jual gambar ni dengan harga doposen, tanpa meminta pandangan orang lain, aku akan beli agaknya. Serius.




Gambarajah 4


Yang ini… yang ini merepek mende ntah. Orang sibuk berperang, dia sibuk nak main sekolah-sekolah.



* Semua gambar di atas dilukis oleh sepupu-sepupu cilik aku (yang bersekolah tadika dan sekolah rendah) masa diorang datang beraya dekat rumah keluarga aku, tahun lepas (tak sangka begitu tabah sekali aku simpan lukisan-lukisan merapu diorang ni selama setahun, dekat bawah tilam).


** Buat pengetahuan, tema yang aku tetapkan sebenarnya ialah “Suasana di Hari Raya” (dan bukannya “Suasana di Hari Peperangan”) -____-””.


*** Ada 2-3 lukisan lagi, tapi hilang dalam simpanan aku. Hati aku berat mengatakan ada orang yang curi.



Filed under: Dia Punya Art, Hari Yang Bertajuk, Zaman Primitif
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2012 09:18

Rifa Johan's Blog

Rifa Johan
Rifa Johan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Rifa Johan's blog with rss.