Azhar Ibrahim's Blog, page 2
June 21, 2013
Perihal domino yang sulit disetkan tetapi dengan mudah, dijatuhkan untuk persembahan
Kakinya melangkah lemah menaiki anak tangga ke tingkat teratas menuju ke satu unit teratak batu yang menjadi tempat teduhan selama ini. Ada dibilang jumlah anak tangga yang diinjak tetapi kiraannya luput di tengah jalan mengenangkan hiba yang tidak mahu diusir keluar oleh distraksi yang dibuat-buat.
Selepas memastikan bahawa keadaan selamat untuk masuk ke dalam rumah, disua kunci ke dalam setiap mangga dan pintu yang setia menjaga kediamannya walhal dia sangat berharap akan ada penjenayah yang menyusup keluar dari mana-mana unit rumah kosong di sekeliling datang menerkam dan menamatkan riwayatnya yang sememangnya sedari dahulu amat menyedihkan. Untung nasib bisa jadi peneman roh seorang India yang mati mabuk di unit bertentangan dan bersahabatkan kegelapan yang selama ini menyelubungi hidup secara kiasan. Oh, dan juga roh seorang opah yang selalu berlegar-legar di tingkat teratas ini.
Seketika kemudian, dia duduk di hadapan komputer selepas selesai menanggalkan topeng muka berlabel 'gembira' dan melucutkan sarung badan berjenama 'hamba kapitalis' dan berbogel seperti mahunya. Bebas. Malam ini, teman serumah berada di Kuching, Sarawak menunaikan tuntutan tugas dan lain-lain, jika ada. Perkara pertama yang dibuat sebaik sahaja berada di atas talian adalan menonton sebuah video rakaman jatuhan domino yang paling 'awesome' di dunia, dicatat ke dalam Buku Rekod Dunia Guinness.
Ralit dia memerhatikan kepingan-kepingan domino itu jatuh menyembah lantai dalam pelbagai formasi, menjemput sorakan dan tepukan ramai penonton di dalam dewan. Begitu teruja. Selepas beberapa minit, video itu tamat serentak dengan tamatnya tempoh putaran mesin basuh yang sempat dia aktifkan sebelum duduk tadi untuk membilas baju-baju yang tidak pernah berkesudahan diulang-basuh.
Dia bingkas bangun. Air harus disaling sebelum diputar sekali lagi untuk mengelakkan pakaiannya berbelak sisa sabun. Saat melangkah ke balkoni belakang yang menempatkan mesin basuh usang itu, dia terdengar seperti ada kepingan-kepingan domino jatuh menyembah lantai rumahnya. Difikirkan video tadi secara tidak sengaja diulang main tetapi tiada pula bunyi sorakan dan tepukan gegak gempita. Dia melangkah lagi dan bunyinya makin galak.
Ditoleh ke belakang dan dilihat ada kepingan-kepingan hati yang sisinya bergerigi dan kelihatan buruk sekali, tersusun di atas lantai, bertimpa-timpa setiap satunya. Ah, ini domino yang dipersembahkan dari hatinya yang melerai. Ada juga dicatat rekodnya yang tersendiri. Dia pemegang rekod si patah hati yang paling kecewa di dalam dewan (rumah) sendiri. Tiada penonton, tiada laungan semangat, tiada sorak, tiada tepuk, tiada liputan, tiada apa-apa. Cuma hantu-hantu di luar rumah menjengah dari pintu yang terbuka dan kegelapan yang bakal menyatu saat lampu rumah dipadamkan.

Published on June 21, 2013 08:28
June 12, 2013
Kekecewaan adalah ubat yang pahit sekali
Semalam, aku usung wajah yang bertopengkan senyuman palsu beserta kostum yang tersarung di badan gempal – sehelai vest cerah pantul cahaya bewarna hijau fluorescent. Ini adalah identiti aku sebagai seorang adiwira yang hebat menyembunyikan ranap hati. Tetapi telahan aku silap. Mata-mata jujur tampaknya berjaya menembusi persona alter-ego aku yang murahan ini. Di balik kepalsuan senyum dan nipis vestkeselamatan, terlihatlah diri aku yang rosak dan terus merosak di setiap keberadaan dia. Seumpama kryptoniteyang bisa; meracun setiap salur jiwa sehingga aku melumpuh. Hingar ruang yang luas tetapi sempit; menyesakkan. Apakah kecintaan aku bakal menjadi punca kematian sendiri? Ataupun kamu?
Lantas di kepulangan, aku telan ubat untuk memulihkan diri. Mereka bilang, ubat itu pahit dan pahit ubat, tandanya ia akan mujarab, atau sekurang-kurangnya ia bakal cuba mengubat. Tetapi ubat yang aku telan terasa hambar saat melewati tenggorok. Aku tidak sembuh dari parah jiwa ini kerana aku tersedar akan suatu perkara; sudah bertahun-tahun lamanya aku menelan sesuatu yang lain yang lebih pahit. Dan itu adalah kekecewaan.

Published on June 12, 2013 10:41
May 11, 2013
Permulaan Hari Yang Indah
Pagi tadi (11 Mei 2013), bertempat di Balai Seni Visual Negara, saya bersama² teman Buku Jalanan TITI telah menjayakan program Melagukan Puisi sempena pameran seni "60 Tahun Latiff Mohidin". Saya dijemput untuk turut serta di atas pelawaan saudaraPerewa malam semalam. Walau isi-kandung program telah diubah sedikit untuk kesesuaian perjalanan acara, namun objektifnya tercapai penuh! Dipersembahkan ahli² kumpulan kelolaan saudari Khairiah dan saya; adik² ini comel² belaka (dan seorang ibu muda bersama anaknya).
Program yang berjalan setiap minggu ini membawa tema dan pengisian berbeza tetapi bersandarkan kepada elemen teras iaitu karya² nukilan Sasterawan Latiff Mohidin, terutamanya kepada penghasilan karya² lukisan. Dengan itu, pada hari ini - untuk Melagukan Puisi - para peserta dikehendaki menukilkan sendiri sajak yang diilhamkan oleh lukisan² yang dipamerkan. Untuk kesesuaian umur dan latar belakang, kami berdua bersetuju membawa teman² baru kami ke galeri yang menempatkan karya pasca-moden circa 90an - 2000an? Di sini, lukisan² berasaskan acrylic lebih ceria warnanya; satu tarikan dan rangsangan minda buat teman² cilik kami.
Hasilnya sangat² memberangsangkan kami berdua; saya terutamanya! Hanya dengan sedikit tunjuk ajar menginterpretasi lukisan dan panduan asas bersajak (dan juga sedikit ajaran mengeja kepada adik Nurul yang termuda, berusia 8 tahun), kami berasa sangat bangga dengan penghasilan karya² yang saya kira jauh menjangkaui umur dan pengetahuan mereka, apatah lagi mereka langsung tidak pernah bersajak! Saya harap sajak² ini akan dimuatnaik oleh saudara Perewa kelak di FBnya.
Melayankan keletah mereka terutamanya adik Nurul yang pada mulanya jual mahal dengan saya, adik Anaqi (anarchy?) yang tidak berhenti berbicara, dan juga adik Siti yang tidak dapat bertutur sempurna dan dibantu kakaknya, Balqis; sangat² membahagiakan saya, dalam masa yang sama, turut menyedarkan saya bahawa kenaifan itu adalah satu sifat yang sering kali dipandang sinis sedangkan ia merupakan satu sisi mulia yang menjadikan kita semua manusia; manusia.
Kepada teman² baru saya, terima kasih yang tidak terhingga untuk hari ini! dari kiri ke kanan: adik Nurul, adik Anaqi dan ibunya, Tina, adik Alif (ini bukan namanya tetapi saya selalu silap memanggilnya begitu, hahahaha!), Balqis, adik Siti, dan adik Wani — with Khairiah Musafir Kasih and Wan Nurul Alya Najwa.

Published on May 11, 2013 11:24
May 6, 2013
Kisah Abu dan Ah Chong
Ada sebuah rumah didiami Abu dan Ah Chong. Masing-masing bersetuju nak bayar sewa sama rata. Abu selalu dapat huluran wang dari mak ayah dan bermacam bantuan lagi. Ah Chong pula sebaliknya, dia terpaksa kerja keras untuk tampung keperluan perbelanjaan.
Tak lama kemudian, meski Abu murah rezeki, dia mula pincang bayar sewa rumah. Mengenangkan takut dihambat keluar, Ah Chong mula bagi teguran tapi Abu buat tak endah. Katanya, nanti-nantilah. Bayar lambat-lambat pun takpe. Tangguh dan tangguh. Ah Chong tak senang duduk, takut kalau dihambat, ke mana pulak dia nak pergi? Jadi dia mula bayarkan bahagian Abu sekali. Abu pula, sebab tak amik pusing hal rumah, jadikan ia macam hotel. Bab mengurus rumah memang dah lama terabai.
Ah Chong la yang terpaksa jaga rumah. Berkemas, bagi bersih, dan urus A-Z di samping membayar sewa 2 kepala, pendek kata, untuk keselesaan menginap. Kawan-kawan Abu yang kadang-kala singgah mula cakap-cakap, "Eh Abu, rumah kau ni nampak gaya dah macam jadi rumah Ah Chong pulak kami tengok."
Published on May 06, 2013 04:26