Fikri Misti's Blog, page 2

December 8, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 8



7


“Kenapa kau datang ke sini?” Marah lelaki yang dipanggil Nurakka sebagai bapa. Langsung tidak dipandang muka Nurakka. Diteruskan sahaja kerja. Tongkat kayu gaharu tak lepas dari tangan. Takut tersungkur agaknya.“Nurakka mahu tahu apa yang terjadi selama 2 hari Nurakka terlena.”“Ada kau ambil apa yang aku suruh kau kutip?” Langsung tak dipandangnya muka Nurakka lagi. Ralit dengan dupa kemenyan yang sedang diasapkannya.“Apak kena jawab soalan saya dulu!” Bentak Nurakka.PANG!Nurakka tercampak ke atas meja. Berhamburan segala harta di atasnya. Beg sandangnya yang berisi dengan senjata milik Mumbalak dan Paragas juga tercampak. Luka hasil bertarung dengan Paragas baru sahaja mahu sembuh, kini tambah pula dengan luka baru hadiah bapanya. Itu bukan tempeleng kosong. Tempeleng itu ada aura. Jika tidak, mana mungkin dia tercampak begitu jauh sekali.Dengan bersusah payah Nurakka mahu berdiri semula. Terhoyong hayang. Tidak dapat mengimbangkan diri, Nurakka terlanggar pula sebuah gerobok antik. Habis terhambur keluar segala tok nenek benda di dalamnya.“Ah, kerja aku juga yang kena kemas ni. Eh?” Bisik Nurakka di dalam hatinya.Nurakka mengangkat satu per satu barang yang berterabur. Bukan dia tak biasa ditempeleng bapanya. Cuma kali ini kuat sikit. Bengong kepala jadinya.“Apak, ni benda apa? Apa maksud semua ini?” Nurakka mengangkat keris lok 7. Antara barang yang terkeluar dari gerobok antik tadi. Seketika kemudian, dia jumpa pula lembing bulan sabit. Kenapa bapanya memiliki senjata milik 2 lagi targetnya?“Nurakka tak faham. Apa apak dah buat?”“Kau masih ingat apa pesan apak?”“Ingat pak, cari pakcik Sumanjang di Xylar.”Bapak Nurakka mengambil senjata yang Nurakka kutip tadi. Dia himpunkan dengan 2 lagi senjata yang Nurakka bawa pulang. Diletaknya di atas sebuah altar mini. Dupa kemenyan sudah disiapkan. Bagai ada upacara pemujaan bakal berlangsung. 4 senjata disusun. Tiba-tiba asap ungu mengerumuni bapak Nurakka. Sedikit demi sedikit susuk tubuhnya berubah menjadi lebih tinggi dan perkasa. Dengan mantel baldu hitam ber-hud warna jingga nipis. Hilang terus gaya warga tuanya tadi. Dia berubah menjadi Jagindas! Tongkat kayu gaharunya berubah menjadi parang kontot. Diletakkan bersama-sama dengan senjata lain. Di atas altar untuk dipuja.“Kau bersiagalah sekarang. Aku akan hantar kau ke sana.”“Ke mana? Apak nak hantar Nurakka ke mana? Nurakka suka tinggal di bumi.”“Bumi penuh dengan budaya K-Pop. Dah melarat. Aku tak mahu kau terpengaruh. Lihat sahaja pakcik-pakcikmu yang lain. Sudah hanyut dengan budaya K-Pop. Masuk kali ini, dah lebih 5 kali aku ulang nasihat. Bila kau mahu faham?” Balas Jagindas.“Apak ikut sekali?”“Jampi ini hanya untuk seorang sahaja. Bak kata Boney M, one way ticket. “Nurakka lantas memeluk Jagindas. Peluk macam tak nak lepas.“Apak jaga diri ye.”“Sudah tak usah mahu bersandiwara-semasa. Kenakan jubahmu. Diri di atas altar. Aku mahu mulakan jampi.”Nurakka menitiskan air mata. Baru kejap tadi dia ditempeleng ayahnya. Sekarang mahu meninggalkan dia buat selamanya.“Sampaikan salam aku pada pakcikmu, Sumanjang.”BAM! Satu cahaya jingga terpancar dari altar ke langit. Bagaikan cahaya yang menongkat langit.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2014 22:00

December 7, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 7



6


Nurakka membelek akhbar yang dihantar setiap pagi ke pintu bilik hotelnya. Ada 3 keping. Bermakna sudah 2 hari dia terlena. Badannya semakin segar. Malah luka patah riuknya sudah semakin pulih. Cuma selaput najis matanya agak keras.“Cis, siapa pula yang caras misi aku?” Fikir Nurakka sendirian. Sepanjang dia tertidur selama 2 hari ini, 2 mangsanya mati. Apa pula yang dia mahu jawab pada ayahnya nanti?Nurakka jadi bingung. Sarapan yang diordernya tadi, dibiarkan sejuk. Asap nipis dari kopi hitam nan panas makin menipis ke udara.Mahu atau tidak, Nurakka terpaksa kembali ke pengkalan bapanya untuk melaporkan kejadian ini. Mungkin bapanya ada penjelasan tentang hal ini. Daripada dia disalahkan atas kejadian yang tak diduga ini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 07, 2014 22:00

December 6, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 6



5



 Selepas negara digegarkan dengan pembunuhan 2 individu secara misteri di 2 lokasi yang berbeza, pihak berkuasa mendapati kes ini mungkin mempunyai kaitan. Kay Keddy dipanggil ke balai untuk memberi keterangan berikutan kecaman hebatnya terhadap Kay Park di dalam blog, BeautifulKeddy.com. Buat masa sekarang dialah satu-satunya suspek releven yang boleh dikaitkan di dalam kes ini. Biar pun mayat tidak ditemui di kedua-dua lokasi, satu-satunya petunjuk buat masa sekarang ialah gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagram, Twitter dan Facebook. Berguna juga laman social dalam keadaan ini.“Kamu berapa di mana sewaktu kejadian?”“Di rumah. Menonton siaran ulangan Versus.”“Ada sesiapa boleh menyokong kenyataan kamu.”“Ada. Mustaffa.”“Mustaffa ni….”, sambil pegawai berkenaan membelek sebuah fail merah, “ ….siapa? Tidak disebutkan di dalam keterangan awal awak.”“Oh, Mustaffa adalah housemate saya.”“Tolong tuliskan nombor telefonnya di sini.” Pegawai berkenaan menghulurkan fail yang dipegangnya tadi.“Oh, dia tak ada telefon.”“Mustahil!”“Apa yang mustahilnya tok…. Mustaffa ni cerpelai belaan saya. Tu je la housemate yang saya ada.”PAM!Fail dihempaskan ke meja besi. Kay Keddy terperanjat.“Betul la saya cakap.”“Saya tengok awak ni besor kecik besor kecik je tau tak!” Pegawai menjerkah Kay Keddy.TOK! TOK! TOK!Pintu bilik soal siasat diketuk. Pintu dikuak. Seorang prebet menjenguk-masukkan kepalanya.“Mohon seminit tuan.” Kata prebet tadi sambil menghulurkan sebuah fail berwarna hitam. Muka pegawai penyiasat tadi merubah. Makin berkerut.“Prebet, tolong proses Kay Keddy untuk dilepaskan.” Perintah pegawai penyiasat tersebut. Prebet tersebut masuk dan mengiringi Kay Keddy keluar. Seorang pegawai berpangkat tinggi masuk.“Macam mana boleh jadi macam ini?” Soal pegawai berpangkat tinggi tadi.“Saya kurang pasti tuan. Malah saya sendiri hairan. Satu-satunya suspek ada di dalam tahan kita. Namun, ada 2 lagi kes berkaitan di 2 lokasi berlainan yang berlaku kurang dari masa 48 jam sedangkan saspek masih dalam pemerhatian. Ini membingungkan saya.” Kata Pegawai Penyiasat itu sambil menghulurkan fail hitam berkenaan kepada pegawai berpangkat tinggi.“Apa persamaan dalam keempat-empat kes ini?”“Keempat-empat mangsa merupakan pelopor dan pengamal budaya K-Pop yang berpengaruh di lokasi mereka didapati dibunuh.”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2014 22:00

December 5, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 5



4


Nurakka hanya terbaring di atas katil. Diteguknya beberapa kali botol kaca yang berisi air berwarna kuning. Namun botol itu tidak berlabel. Mudah sahaja orang menebak bahawa itu air kencing syaitan.Nurakka meneguk lagi. Luka pertarungan dengan Paragas kelmarin memudaratkan fizikalnya. Tulang rusuknya yang patah perlukan masa sebelum pulih sepulihnya. Dia meneguk berkali-kali botol tersebut. Diselangi kerutan di muka di setiap kali tegukan. Tahan sedap, sakit atau pahit barangkali.Hampir separuh botol habis diteguknya. Namun lukanya tak juga segera sembuh. Bisanya tak juga reda. Demamnya tak juga kebah.Air itu merupakan remedi yang dibekalkan oleh bapanya masa dia mula-mula keluar memburu target dulu. Hasil kajian beberapa tahun menetap di bumi. Remedi gabungan herba tempatan seperti daun limau purut, sisik tenggiling, serbuk mutiara, kuku kucing hutan dan penis harimau.Nurakka memejamkan matanya. Menenangkan jiwa. Tak guna dia meneguk walaupun 10 botol remedi sekalipun. Kesan pemulihannya tetap perlahan. Bak pepatah orang barat, “Time heals all wounds”.Paling-paling tidak Nurakka membuat perkiraan dalam benaknya, dia bakal terlelap untuk satu jangka masa yang agak panjang. 2 hingga 3 hari mungkin. Misinya terpaksa ditangguhkan walaupun arahan awal bapanya bercanggah. Penatnya tak boleh ditangguh.Dan dengan keasyikan pendingin hawa dengan suhu sedap, Nurakka terlelap. Membiarkan soal misi buat seketika. Sudah lama dia tak berasa tenang dan melayang sebegini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2014 22:00

December 4, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 4



3


Di satu sudut bumi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Gadis-gadis tempatan mula membanjiri perkarangan KL Live. Konsert Kay Park akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi. Sepanduk-sepanduk memuja-muja Kay Park mula kelihatan. Dibawa oleh gadis-gadis genit berpakaian seksi. Kebanyakkan dari mereka mengenakan persalinan lolita gothik.Di belakang pentas, Kay Park dilihat sedang berlatih lirik lagu yang bakal didendangkannya malam ini. Lagu berentak fastbeat menjadi pilihan. Dia mahu peminatnya berpukau dengan tarian rancak barunya. Dan persembahannya ini bakal diakhiri dengan lagu berentak ballad. Buat hati peminat wanitanya terbuai. Dan ketika mereka terbuat dan mahukan yang lebih, persembahan ini ditamatkan. Dengan itu, mereka akan jadi lebih teruja. Jika bernasib baik, peminat ini semua akan merusuh. Secara tidak langsung, dia akan jadi fenomena. Licik betul agenda Kay Park.Masa berbaki 10 minit lagi sebelum Kay Park membuat kemunculan di pentas utama. Para penari sudah mula berkumpul di belakang pentas. Keadaan agak berserabut. Bagi meredakan sikit tekanan, Kay Park menyalakan sebatang rokok. Disedut dalam-dalam, memenuhi ruang dalam paru-parunya. Dihembus jauh-jauh. Tekanan mula menurun 30%. Hebat sungguh keredaan yang dapat diberikan oleh nikotin.Dalam keadaan tegang sebegitu, muncul seorang lelaki dalam keadaan terhuyung-hayang. Dengan hanya berpakaian dalam, dia berlari menuju himpunan penari latar. Bertempiaran lari semua penari tersebut. Takut-takut ditetak atau dirogol. Zaman sekarang jangan buat main-main. Nenek berusia 60 tahun, berkain batik pun jadi mangsa. Apatah lagi gadis mongel gebu penari latar ini.Terjelepuk terlentang lelaki tersebut. Wajahnya comot tapi fesyen rambut saling tak tumpah seperti Kay Park. Peminat fanatik Kay Park barangkali. Sedikit demi sedikit lelaki yang terlentang itu dikerumuni. Dengus mengah nafasnya yang rakus menghirup oksigen jelas kedengaran.“Palsu… Dia palsu…”Suara lelaki tersebut separa jelas namun dapat didengari oleh mereka yang berkerumun. Kay Park yang sedari tadi ralit berlatih tarian dan sambil menyanyi, berhenti. Lepas lama diperhati, wajah lelaki mengah tadi saling tak tumpah seperti Kay Park! Bukan sahaja saling tak tumpah, mereka salinan fotokopi manusia. Semuanya sama. Penari latar semua jadi kecoh. Masing-masing mula beredar dari belakang pentas. Perkara pelik sebegini jarang mereka mahu ambil pusing. Anggap sahaja ini hal samseng bandaraya. Wajah sama? Segalanya mungkin di zaman manusia bertuhan teknologi sekarang ini.Kay Park jadi kaget. Persembahannya bakal berlangsung kurang 5 minit lagi dan semua penari latar sudah tiada.“ Siapa kau? Kenapa perlu sabotaj persembahan aku? “ Kay Park menyoal lelaki tadi. Wajahnya yang tenang jadi merah padam menahan amarah.“Ha. Ha. Ha.“ Lelaki mengah tadi bangun mengibaskan punggungnya yang berhabuk. “Kenapa? Takut?“Tiba-tiba tirai di dewan persembahan dinaikkan. Penonton bersorak bagaikan terkena sampukan jembalang.Kay Park! Kay Park! Kay Park!“Dengar, peminatmu bersorak. Pastinya kau seseorang yang amat berpengaruh di sini”. Lelaki tersebut berjalan ke arah Kay Park sedikit demi sedikit. Pakaian dalamnya yang compang camping diselubungi asap hitam dan bertukar menjadi wanita yang bernama Nurakka.“Nurakka?” Kay Park yang tadi berani kini berundur.Tirai sudah dinaikkan. Penonton gamat bersorak. Dari permandangan penonton, mereka seperti menonton persembahan ala-ala teater.“Lihat, peminat kau bersorak bagai mahu gila. Masih tidak mahu bertukar ke bentuk asal bangsa Xylar?” Nurakka tersengih menganjing.Kay Park membuka kasut Macbeth sebelah kanannya. Asap ungu mula berkepul keluar dari dalam kasut dan mengelilingi Kay Park. Sedikit demi sedikit susuk tubuh Kay Park yang kurus membesar sehingga kelihatan kekar seperti ahli bina badan yang lengkap dengan mantel ber-hud warna jingga nipis. Penonton menjadi lebih teruja. Laungan nama Kay Park bergema seluruh dewan. Lebih teruja kerana Kay Park yang mereka lihat tadi membuat silap mata!“Perkemaskan dirimu wahai Paragas, ajal bakal menantimu,” Ujar Nurakka lantas menyerang Paragas menggunakan tekpi berkembarnya.Paragas hanya mengelak dan sekali sekala mengilas menggunakan senjata miliknya, nunchuck kembar tiga. Biarpun fizikalnya besar namun ia bukan menghalang Paragas untuk menjadi lincah. Dia nampak tenang laksana pahlawan yang sudah biasa bertempur. Menyimpan tenaga dan melepas bila hanya diperlukan.Penonton kelihatan takjub dengan persembahan tak tersangka ini. Masing-masing bersorak bilamana Paragas atau Kay Park pada pandangan mata mereka, berjaya menepis semua serangan Nurakka. Malah dengan mudah sekali Nurakka dibelasah. Bertubi-tubi perutnya dilutut oleh Paragas. 4 batang tulang rusuk Nurakka patah. Mulut memuntahkan darah.Kay Park! Kay Park! Kay Park!Paragas makin bersemangat bila mendengar nama Kay Park dilaungkan.  Dia hanyut dalam gema sorak. Jiwanya melayang. Langsung terlupa perihal Nurakka yang cedera parah dibantainya tadi. Langsung lupa bahawa Nurakka tadi cuma cedera, bukan mati. Kemasyhuran bisa buat semua makhluk tuhan alpa.Paragas mendepangkan tangan menghadap penonton yang bersorak. Penonton mana yang fanatik menitiskan air mata. Atas sebab apa, itu kurang pasti. Sorakan bertambah kuat bila tangan yang didepang tadi turun dan terkulai. 2 batang besi berwarna gangsa terpacak di dada Paragas. Darah mengalir dari mulut dan dada. Bila batang besi itu dicabut, Nurakka menendang Paragas dan Paragas tersungkur ke arah penonton.Penonton semua bertempiaran. Menjerit ketakutan, takut-takut mereka menjadi mangsa ditikam seterusnya seperti Kay Park. Persembahan yang mengkagum tadi menjadi persembahan yang paling menakutkan.Jasad Paragas mencair. Dan menyerap ke karpet. Hilang tanpa kesan. Nurakka yang parah merapati nunchuck kembar tiga milik Paragas. Diambil dan disimpan disebalik jubah hitam ber-hudnya. Dengan perlahan-lahan dia melangkah menggunakan pintu kecemasan sebelum ada orang yang melihatnya. Dengan kecederaan yang sebegini parah, agak mustahil untuk dia jugakan kuasa teleportasi.Siang esoknya, penuh di dada-dada akhbar tentang kejadian yang berlaku di KL Live semalamnya. Misteri kehilangan Kay Park menjadi tanda tanya. Tercapai juga hasrat Paragas mahu menjadi popular dan berada di muka depan akhbar. Tapi popularnya bukan kerana karier. Namun ada juga yang bersorak gembira tas kejadian malang semalam. Dia tak lain dan tak bukan ialah, Kay Keddy, Presiden Persatuan ArtGuy.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 04, 2014 22:00

December 3, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 3



2
  Bazar Karat kelihatan seperti malam yang biasa-biasa. Brader-brader jurujual baju terpakai sibuk menarik beg yang berisi jualan mereka. Ada juga yang menyusun jualan mereka di atas tar yang hanya dilapik kanvas biru putih. Ada juga yang menggantungkan di penyangkut baju. Brader-brader jurujual air pula tak henti-henti ke hulu hilir mengangkut ais dari van ke tempat jualan air. Peluh mengalir bersatu dengan ais yang dipikul. Akak-akak yang jurujual barang kosmetik dan lens sesentuh sibuk melayan pembeli yang rata-ratanya makcik-makcik yang baru pulang dari kerja. Pendek kata, inilah rutin kehidupan di sini, di Bazar Karat.Keadaan aman seperti malam-malam yang biasa.BAM!Bunyi kuat yang entah datang dari mana buat orang ramai yang hingar bingar tadi diam seketika. Bak kata orang melayu, ada malaikat lalu. Sesaat kemudian bunyi sok-sek-sok-sek orang ramai menduga asal datangnya bunyi tadi.BAM! BAM!Bunyi kuat kali kedua ini disertai dengan kelibat objek yang jatuh di tengah-tengah siar kaki diikuti dengan kelibat objek satu lagi yang jatuh di atas objek jatuh mulanya. Aspalt berterbangan serentak dengan jatuhan tadi menyebabkan orang ramai berundur agar tidak tercedera. Asap berbau sengit seakan ammonia menyelubungi objek berkenaan. Orang ramai mula berundur selangkah demi selangkah sehingga objek tersebut dapat dipastikan. Namun, dasar orang Malaysia, ada juga yang sanggup membahayakan diri mendekati objek berkenaan untuk mengambil gambar. Jelas sekali mereka mahu memuatnaik di dalam Facebook atau paling tidak, akan di-instagram-kan di laman sosial Twitter.Dua susuk tubuh manusia mula kelihatan di sebalik asap tebal yang mula menipis dipuput bayu Selat Tebrau. Seorang wanita bersaiz sederhana dengan berpakaian sepersalinan hitam dengan mantel baldu ber-hud warna jingga nipis mula kelihatan. Tangan kanannya mencekak batang leher seorang pemuda berpakaian K-Pop lengkap dengan kasut Supra warna emas. Tergantung. Kakinya bergelitik mahu lepaskan diri. Ibarat cicak yang dijadikan permainan si kucing. Dibunuh tidak, dimakan pun tidak.“Mana kawan-kawan kau yang lain?” Tanya wanita itu dengan nada garang.“Siapa kau? Aku tak kenal kau. Lepaskan aku!” Jerit pemuda itu pula.“Apa kau sudah mahu mengaku asalmu? Dasar bangsa Xylar yang tak sedar diri.” Bentak wanita tersebut lalu melemparkan pemuda tadi.Orang ramai jadi huru hara. Ada yang bergegas menutup gerai jualan. Ada juga bergegas ke kenderaan masing-masing. Pengawal bazaar pun tak boleh lakukan apa-apa selain menunggu bantuan tiba. Tenaga 2 makhluk ini tidak tara manusia. Tak terlawan.Pemuda yang tersembam ke permukaan asphalt mula bangkit. Kasut Supra warna emas sebelah kaki kanan dibuka dan dipegang dengan tangan kanan. Matanya berubah kebiru-biruan. Asap aneh berwarna jingga yang datang dari hala mana mula muncul mengelilingi kasut Supra warna emas yang dipegang di tangan kanannya. Lalu membentuk cokmar berkembar. Tubuhnya berubah sedikit demi sedikit bermula dari kepala. Oh! Pemuda itu sebenarnya ialah Mumbalak yang menyamar dalam bentuk manusia. Entah apa selera Mumbalak sehingga sanggup menyamar sebagai pemuda berpakaian K-Pop.“Sudahku jangka. Perhitungan aku tak pernah tersasar.” Kata wanita sambil menghunuskan tekpi berkembar warna gangsa dari pergelangan pinggangnya.Serangan bertubi-tubi oleh wanita tadi menyebabkan Mumbalak yang belum berubah sepenuhnya ke bentuk asal bangsa Xylar mula jadi kucar kacir. Tenaganya masih dalam bentuk manusia. Jurus senjata tekpi berkembar wanita ini amat luar biasa tetapi langkahnya amat diingatinya. Dek kerana khayal mengingatkan butir-butir memori silam, Mumbalak langsung terlupa jurusnya. Tekpi berkembar tersebut menusuk dadanya dan nyawa pun sedikit demi sedikit meninggalkan jasad Mumbalak.“Aku sudah ingat. Kau… Kau… Nurakka?”“Ya. Sekarang perkemaskan dirimu wahai Mumbalak, sebelum ajal menantimu”, kata wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Nurakka.“Argh!” Jerit Mumbalak sambil melemparkan cokmarnya ke langit dan mengeluarkan cahaya terang seperti suar kecemasan. Jasadnya tercampak di bumi. Tak bermaya. Tak bernyawa.Jasad Mumbalak yang terbaring di atas jalanraya mula mencair dan mengeluwap. Nurakka mengambil cokmar yang ditinggalkan Mumbalak. Dan menghilang dalam bentuk asap hitam. Orang ramai yang dari tadi terkesima, mula berborak sesama mereka. Masing-masing meluahkan rasa kecewa kerana tidak sempat merakam detik-detik tadi ke dalam telefon pintar mereka. Ya, dasar manusia berteknologi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2014 22:00

December 2, 2014

AGEN BUSANA HITAM - PART 2



1

Tidak ramai yang tahu, di satu sudut di bumi Johor Bahru. Sekumpulan makhluk mula berhimpun. Mereka menjelma entah dari hala mana. Satu demi satu makhluk ini hadir dalam bentuk bayang yang amat menakutkan turun dari langit seakan dewa kematian tetapi mengubah kepada bentuk manusia apabila sampai ke sebuah altar yang dikelilingi jamung dengan api berwarna biru. 5 makhluk yang berselubung dengan mantel baldu ber-hud warna jingga nipis merapati meja pemujaan dengan cogan alam masing-masing. “Mengapa kau menyeru kami ke sini, Jagindas?” Makhluk bertopeng putih memulakan bicara.“Kau tenang saja dulu, Karambit. Apa yang kau terburu?” Yang bertopeng biru bernama Mumbalak pula mencelah.“Saudaraku, maaf dengan panggilan tanpa sebarang notis ini. Aku ada berita kecemasan yang tidak dapat ditangguh.” Jagindas memulakan bicaraJelas sekali makhluk-makhluk ini tidak mengenali teknologi manusia yang dinamakan telekonferens.“Mesti kau semua masih ingat lagi mangsa pemujaan kita yang pertama sewaktu kita mula sampai ke bumi ini.” Jagindas melemparkan soalan.“Mana mungkin kami boleh lupa perempuan montok itu. Ha ha ha.” Katipang menjawab. Dengan memori nakal sewaktu itu mula bermain di fikirannya.“Ya, buas! Bagai kuda liar di padang ragut Mongolia. Ha ha ha.” Kali ini Paragas pula yang menyambung.“Manakan tidak liar, habis dilibas burungnya sehingga senak berminggu lama. Ha ha ha.” Katipang mencelah. Kali ini gelaknya disambut dengan gelak makhluk yang lainnya kecuali Paragas.Dengan muka monyok, Paragas melemparkan topengnya ke altar, “Apa yang penting sangat? Jika diseru hanya sekadar untuk mentertawakan aku, aku ada urusan yang lebih utama dari ditertawakan.”“Sudahlah kawan. Jangan kamu merajuk lagi. Sudah serupa nangka bonyok. Sebenarnya aku terima sepucuk surat bertinta darah dari isteri Sumajang di Xylar malam semalam. Tidak lena tidur dibuatnya.” Jagindas mula bercerita.“Sumajang, sahabat kita di Xylar telah mengalami kecelakaan. Kepalanya dipenggal, kulitnya disiat dan tubuh malangnya di gantung di persimpangan jalan. Menurut kata-kata di jalanan, jurus seumpama ini hanya dimiliki oleh keturunan Masmerah, perempuan yang diculik dan bawa ke bumi dulu.”“Ah, itu perkara 10 tahun lepas. 10 tahun sebelum kita dapat pelajari jurus-jurus maut di bumi ini. Aku pasti kita mampu membanteras apa sahaja kecelakaan yang dialami Sumajang.” Kata Paragas dengan garang. Sejak dari di Xylar lagi, sifat garang ini yang tidak dapat dikawal oleh Jagindas, selaku ketua.Makhluk Xylar yang lain hanya mengangguk tanda setuju dengan kenyataan Paragas.“Itu silap Sumanjang sendiri. Baru sampai ke Bumi sudah rindu Xylar. Belum menimba ilmu, sudah rindu belaian isteri. Dasar lelaki cengeng.” Ujar Katipang.“Aku sekadar mahu saudaraku berhati-hati.” Jaragas mengingatkan.“Jangan kau khuatir saudaraku, selagi panji alam kurniaan tok guru ada di tangan kita, tiada sebarang senjata dan ilmu yang ampuh untuk menewaskan kita.” Kata Karambit penuh bongkak, “Jika tiada apa lagi hal yang penting, aku bergegas pulang dahulu. Takut-takut manusia akan merusuh jika kedai karaokeku tidak buka menjelang malam. Ha ha ha.”Lalu Karambit pun menghilang dalam bentuk asap hitam yang kemudiannya menipis dipuput angin malam.“Jika begitu, kami juga mahu mengundur diri. Semua kita lebih berhati-hati selepas ini. Sampaikan salam kami kepada anakmu. Lama sungguh tak bertemu.” Ujar Mumbalak, yang paling senyap, sambil mengulum senyum. Dan Paragas serta Katipang turut menghilang menyerupai bebola api dan kemudian meluncur ke udara. Berpecah ke arah masing-masing.“Aku cuba beri amaran awal sahabatku. Cuma pandai-pandai kamu untuk mentafsirnya.” Ujar Jagindas, yang berubah menyerupai bentuk burung. Terus terbang keluar dari bangunan usang yang dahulu dimimpikan menjadi pusat membeli belah bernama Kemayan City.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2014 22:00

AGEN BUSANA HITAM - PART 1

Untuk memulakan nyawa baru blog ini, saya akan muatnaik cerpen yang pernah saya tulis untuk buku Kultus Pop satu ketika dulu.

Bahagian baru akan dimuatnaik setiap hari jam 2.00 pm.
Enjoy!







PROLOG
Langit Johor Bahru tidak seperti petang-petang hari kebiasaannya. Senjanya jingga yang luar biasa. Ada biasan merah Marikh. Rakyat jelata memandang kagum kejadian aneh ini di Pantai Lido. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memberhentikan kereta di bahu jalan. Ada yang bergambar, ada yang ber-instagram dan tidak kurang juga yang ber-twitpic. Mungkin juga segelintir kecil yang memuatnaik gambar ke dalam akaun Facebook masing-masing. Semuanya dengan tujuan untuk berkongsi dan mengabadikan momen sekali-dalam-sejuta ini kepada rangkaian kawan-kawan di internet. Dan tidak kurang juga yang mahu riak.Petang makin larut. Lalulintas bertambah sesak. Lagi-lagi waktu itu adalah waktu orang pulang dari tempat kerja. Makin bertambah orang yang mahu berhenti di bahu jalan. Hinggakan abang Trafik tak mampu nak halang. Yang tidak berhenti, mungkin ada alasan kukuh yang lain seperti takut emak marah sebab balik lambat, nak ambil anak balik sekolah, isteri suruh singgah pasar beli ikan selar kuning dan pelbagai alasan logik yang lain. Tetapi kebanyakkan antara mereka berkongsi alasan yang sama; tidak memiliki telefon pintar, sama ada tidak mampu atau malas nak beli.Kejadian aneh ini mendapat liputan luas di dalam media cetak, media massa dan media elektronik. Para blogger yang mencari jumlah pengunjung yang banyak akan menulis tentang teori-teori konspirasi berkaitan dengan kejadian ini. Para artis twitter mentweet tentang pendapat mereka dan follower mereka akan retweet. Golongan serbanistas pula terus mengaitkan fenomena alam ini dengan dunia akhir zaman tanpa mengetahui asal usul fenomena ini dan berbangga apabila pendapat mereka dikongsi dengan banyaknya di dalam Facebook.  Muka depan akhbar aliran utama memaparkan gambar fenomena tersebut dengan tajuk berita yang sangat mengujakan para pembaca. Senang kata fenomena ini menjadi bualan ramai. Bermula dari di Johor Bahru sehingga ke Lahad Datu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2014 00:26

July 6, 2013

HENSEM KE TIDAK?

Aku peraga baju baru depan emak yang sibuk menumis.

"Mak, hensem tak?"

Emak menjeling, kemudiannya sambung menumis.

"Gemok."

Aku cucuk pinggang emak, "Orang tanya hensem ke tak?"

Emak melatah sikit, "Ye la, emak jawap gemok."

Aku mencebik. "Siapa suruh masak sedap sedap" Aku sambung mengomel.

"Siapa suruh makan?" Emak jawap tanpa toleh muka aku. Tangan kanannya sibuk menumis kangkung goreng belacan.

Di meja makan, siakap 3 rasa telah terhidang. Papadom satu tupperware sudah hampir sejuk.

Siapa yang boleh tahan, kan?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 06, 2013 01:29

BELAJAR PAKAI KAIN BATIK

Ada seorang cashier akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi dalam usia muda. Lalu saya mengusiknya, "Awak dah kena belajar pakai kain batik dah ni."

"Ah, malas ah bang. Aku tidur pakai boxer je la bang. Bukan laki aku marah pun." Dia jawab sungguh-sungguh.

"Ini bukan soal laki awak marah atau tak.", Saya jawab slow-slow, takut dia tak dapat tangkap apa yang saya cuba sampaikan, "Ini soal lain. Tak caya tanya dia tu."

Saya muncungkan bibir ke arah seorang lagi cashier yang juga kahwin muda, kira-kira 3 bulan yang lepas.

"A'ah. Tapi aku pakai seminggu sekali je kain batik. Khamis malam Jumaat. Smooth je. Hehehe."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 06, 2013 01:26

Fikri Misti's Blog

Fikri Misti
Fikri Misti isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Fikri Misti's blog with rss.