Liza Nur's Blog, page 3
December 3, 2014
Manusia dan Monyet
Minggu lepas, aku gi main badminton berdekatan Taman Rimba Ampang.Lepas main badminton, aku menghabiskan kudrat dengan speed walk.Sambil hirup udara segar, aku cuci mata tengok pokok-pokok hijau dan monyet-monyet main.Tak lama lepas tu, aku nampak empat orang remaja yang menaiki motor. Penunggang motor pertama bawa seorang remaja perempuan. Penunggang yang kedua bawa kawan/saudara lelaki. Aku rasa usia mereka dalam lingkungan 14-16 tahun.Cuti sekolah. Jadi, aku kagum ada juga remaja bangun awal untuk beriadah dengan rakan-rakan (aku cuba fikir positif). Perkembangan fikiran positif aku akhirnya terbantut apabila nampak mereka merokok. Hadoi!Tetapi, tiba-tiba aku nampak motor dua remaja lelaki tadi berhenti. Mereka kutip sesuatu dari atas jalan (batu atau ranting kayu). Aku nampak mereka patah balik dan baling benda yang mereka kutip pada monyet-monyet yang tak usik mereka langsung tu.Mereka keluarkan bahasa kesat pada monyet-monyet tu. Mereka panggil monyet tu b*** (walau dah sah2 itu monyet dan bukan b***. Kesian pada mereka, buta spesies rupanya). Mereka marah-marah. Kemudian, mereka gelak.Aku tersentak sekejap.Alangkah malunya aku sebagai manusia. Tiba-tiba aku rasa monyet-monyet lagi bijak dari manusia. Mereka buat hal sendiri dan tak kacau orang. Mereka cari makanan untuk anak-anak dan diri mereka sendiri. Mereka tak ada corruption dan mereka ajar anak-anak mereka untuk jadi monyet sejati. Sob sob sob.Kepada adik-adikku yang dikasihi, anda semua dikurniakan otak yang bijak. Jadi, tak usahlah bersikap kurang bijak. Jangan jadikan alasan masih muda untuk buat salah. Sejujurnya, aku dan kawan-kawan baik aku masa sekolah dulu tak pernah pun baling benda pada binatang dan maki2 (oh, tapi aku pernah marah seekor biawak sebab makan anak itik aku yang comel). Padahal aku dok kampong lagilah banyak binatang. Sekian, cerita kali ini…
Adios!
Adios!
Published on December 03, 2014 16:09
November 27, 2014
Ex Aku Gila!
Assalammualaikum,
Aku hantar ex aku gila dalam tahun 2013.
Akhirnya setelah lama menanti, EAG! akan keluar Januari depan.
Wish me luck!

Published on November 27, 2014 13:31
October 2, 2014
I wish upon a star
I’m always enthusiastic when it comes to site visit though most of the time it involves going into small estates in the middle of nowhere with no hp signal and definitely no internet.So, given that aku memang suka site visit, aku tak adalah nak merungut masa dapat tahu kena masuk estates 2 weeks before my big day. It was an awesome trip. 3 hari dalam hutan tanpa signal telefon dan internet, jalan yang berbonggol dan makanan dari sayur-sayuran yang ditanam sendiri oleh pekerja-pekerja ladang. Aku berterima kasih kerana diberi peluang masuk ke Ladang Talisai dan Sugut yang terletak di Sandakan, Sabah. Selain tengok ladang dan pemprosesan kelapa sawit, seperti biasa aku ambil peluang melihat ragam manusia dan memerhatikan keadaan sekeliling dari penempatan pekerja sehinggalah ke sekolah yang dibina untuk mendidik anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di ladang kelapa sawit. Berbuah rasa kagum apabila melihat mereka ni sebenarnya anak-anak yang cukup rajin, fasih membaca dan mengira. Malahan ramai yang fasih berbahasa Inggeris. Tercuit pula rasa segan membayangkan anak-anak Malaysia sendiri yang seusia dengan mereka masih belum tau membaca.Selain dari kerja, aku berpeluang masuk ke dalam kawasan dusun syarikat yang aku lawati, menikmati buah-buahan tempatan fresh dari atas pokok (akulah yang gatal tangan memetik itu dan ini sendiri). Paling menarik, ketika cuaca hujan lebat dan ribut, aku masih sempat dibawa menjelajah sungai dengan bot laju sambil menangkap ketam. Sibuk aje aku berdiri atas bot dalam hujan, tarik sangkar ketam. Nasib baiklah tak tercampak dari bot. Aku dengar dari pengemudi bot yang tadi ada ‘bujang senang’ timbul kat jeti. Isy, takut jugak! Kang tak pasal kena ngap.Tiga hari berlalu cepat. Semasa di sana aku berpeluang mengenali Z (seorang wartawan akhbar business). Paling menarik, aku dapat berkenalan dengan dua orang wanita cekal yang merupakan ahli sukarelawan Persatuan Pink Ribbon (for breast cancer). Mereka berdua adalah antara yang terselamat dari breast cancer. Cara hidup mereka sangat mengkagumkan. Mereka sangat open minded dan aktif. Aku kira pengalaman terselamat sewaktu nyawa sudah berada di hujung tanduk adalah sesuatu yang cukup menginsaf dan barangkali ini mendorong dua wanita cekal tu untuk ‘live the life to the fullest’. Salah seorang dari mereka memutarkan kisah tentang pengalaman hidup yang dia dah lalui. Aku yang masih terkial-kial mencari makna hidup sendiri insaf sekali. Sob sob....It has been a very challenging year, juggling between my busy work as investment analyst for plantation and airline sectors and my on-and-off writing career. I’m very thankful to all the scriptwriters that have tried their best to channel my books to numerous tv stations for drama adaptation though none of them have succeed so far. Terima kasih sebab percayakan karya-karya liza nur. 2014. Aku membuat banyak keputusan drastik yang aku tak sangka aku akan buat. Ada di antaranya yang membuatkan aku menangis dalam diam dan menimbulkan penyesalan yang amat. Tetapi, aku memilih untuk terus melangkah ke depan. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
TUHANku, aku tak layak ke syurgaMU. Namun, tak pula aku sanggup ke nerakaMU. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku. Sesungguhnya, ENGKAUlah pengampun dosa-dosa besar. Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Ini barangkali post terakhir sebelum aku melangkah ke alam baru. Doakan aku bahagia dengan pilihan yang aku buat.

Published on October 02, 2014 05:47
September 12, 2014
Nombor kad pengenalan?
Selepas banyak kali disoal tentang nombor tengah kad pengenalan aku yang tidak menyerupai kod 01-16, aku akhirnya gatal tangan untuk membuat research sendiri.Aku menyemak dengan beberapa kawan yang lahir di negeri-negeri lain dalam tahun 1986 dan ternyata mereka (kesemua yang aku tanya) mempunyai nombor tengah IC yang bukan dari digit 01-16 seperti orang-orang lain.Ramai yang selalu tanya aku kat mana aku lahir. Apabila aku jawab Pulau Pinang, mereka tanya kenapa bukan 07. Aku akan jawab tak tahu (obviously aku memang tak tau). Kalau tanya kebanyakan orang JPN pun mereka akan jawab tak tahu. Tetapi mengikut maklumat yang aku baca dari Malaysia Central Directory, berikut adalah nombor tengah IC mengikut negeri kelahiran masing-masing:
01, 21, 22, 23, 24 – Johor02, 25, 26, 27 – Kedah
03, 28, 29 – Kelantan
04, 30 – Malacca
05, 31, 59 – Negeri Sembilan
06, 32, 33 – Pahang
07, 34, 35 – Penang
08, 36, 37, 38, 39 – Perak
09, 40 – Perlis
10, 41, 42, 43, 44 – Selangor
11, 45, 46 – Terengganu
12, 47, 48, 49 – Sabah
13, 50, 51, 52, 53 – Sarawak
14, 54, 55, 56, 57 – Federal Territory of Kuala Lumpur
15, 58 – Federal Territory of Labuan
16 – Federal Territory of Putrajaya
See! Penang bukan setakat 07 tetapi juga 34 dan 35. Dah terbukti yang aku memang orang Pulau Pinang (walaupun dialek aku sebenarnya boleh berubah-ubah ikut dengan siapa aku bercakap).
Dah alang-alang berkongsi tentang nombor tengah, mari komen tentang enam nombor IC yang pertama. Kebiasaannya enam nombor pertama adalah nombor tarikh lahir kecuali tidak dapat disahkan tarikh kelahiran. Jadi, semua orang pun dah sedia maklum yang nombor dimulakan dengan tahun kelahiran, bulan dan seterusnya tanggal. Nombor tengah macam aku cakap tadi nombor state.
Nombor terakhir pula kebiasaannya melambang jantina kita. Kalau nombor genap, bermaksud perempuan dan nombor ganjil pula untuk lelaki. Dalam sesetengah kes, ada yang tersalah dapat nombor untuk jantina dan kalau tak alert semasa buat nombor IC, nombor tu dibiarkan saja.
Sekian info untuk kali. Adios.
liza nur

Published on September 12, 2014 05:41
August 20, 2014
To stay humble...
Kejayaan utama dalam hidup seseorang berbeza mengikut individu.
Ada yang rasa berjaya apabila ada rumah besar.
Ada yang rasa berjaya apabila ada kereta mewah.
Ada yang rasa berjaya apabila sudah berkahwin.
Kalau ada banyak perisa maggi, macam itu jugalah perisa sifat manusia... rasa yang bermacam-macam dan adakalanya bercampur-baur.
Tetapi, adakah kita masih mampu berpijak di bumi? Tidak angkuh dan tidak pula lupa asal-usul kita.
Dari tanah kita datang, pada tanah kita pulang sambil menanti hari dihisab.
Jauhkanlah sifat riak.
Jangan pula memandang rendah atau menghina manusia lain tak kira dari segi apa. Kalau seseorang manusia itu hendak berubah, dia boleh jadi jauh lebih baik. Jadi, jangan menzalimi saudara-saudara yang masih belum mendapat hidayahNYA. Kita belum cukup hebat. :)
http://www.youtube.com/watch?v=2hrfyaVGnGY

Published on August 20, 2014 15:05
August 7, 2014
Aku yang tertipu...
Assalammualaikum...
Kisah beberapa minggu lepas....rewind balik (sila bayangkan bunyi tape yang diputar)
Dalam kepala dah sebulat tekad untuk tidak menderma di jalanan.
Sebabnya, untuk tidak menggalakkan. Bagi yang memang layak, aku rasa lebih elok mereka dapat bantuan dari pusat zakat supaya tak menyusahkan mereka mengemis (terutama yang buta sebab orang yang bawa mereka tu biasanya ambil proportion dari derma kita. entah sampai pada yang didermakan entahkan tidak).
Kalau menderma pada budak2 pula, kita akan menggalakkan sindiket. Bagi yang tidak layak, dah tentu duit kita akan terbuang sia-sia.
Aku lihat pengemis jalanan warga asing dah membanjiri KL dan Shah Alam. Mereka mengemis atas jalan raya.
Dua kisah untuk aku kongsi...
Satu, aku ke Ampang Point untuk berbuka puasa. Aku pergi dalam pukul 3pm untuk booked restoren. Sampai saja di sana, aku perasan ada seorang pengemis wanita warga asing yang memakai tudung litup sedang curi2 makan ayam kfc sebelum sambung minta sedekah. Dia nampak tak kisah langsung masa aku memberi jelingan terkejut.
Dua, minggu lepas semasa aku pergi ke Shah Alam untuk makan di gerai seksyen 2. Ada seorang lelaki berjubah putih dengan kopiah (dari Pakistan khabarnya) meminta sedekah. Disebabkan aku banyak pengalaman buruk ditipu, aku buat tak tau. Kemudian, sedang aku makan, dia terus merayu dan nak menangis. Semua orang pandang aku macam aku ni buat sesuatu pada dia (walhal aku tak kenal pun). Jadi aku terpaksa hulurkan sedikit sebab dia tak mahu tinggalkan meja aku.
Tak sampai lima minit, aku nampak dia sedang keluar dari kedai runcit berdekatan dengan rokok di tangan dan jalan tak bongkok macam masa dia mengemis tadi. Kononnya masa mengemis, nak beri makan bayi anak dia. Di manakah makanan untuk baby? Rokok=makanan?
Mengapakah kejam benar mereka? Sanggup mereka cerita, merayu dan menangis? Bukankah lagi senang kerja? Maruah pun tak tercalar. Kalau mereka ada duit nak datang Malaysia, kenapa tak ada duit makan. Hairan bin Ajaib.
Lepas ni, aku taubat berpegang pada prinsip aku. Aku akan menderma pada saluran yang sepatutnya, bukan lagi di jalanan. Biarlah kalau orang anggap aku kejam. Aku ada sebab sendiri.
Kisah aku kongsi hanya untuk kesedaran.
Salah silap, harap dimaafkan.
Regards,

Published on August 07, 2014 15:57
Cover Zen II... Menjejak Rania Garthwaite
Assalammualaikum.
Hidung aku dah kembang tak kempis2 (walaupun aku cuba nak gunakan metafora tapi hakikatnya hidung aku memang kembang)
Cover Zen II: Menjejak Rania Garthwaite dah keluar.
Walaupun Zen I: De Mont dan Kristal Itali pun belum sampai kedai, tetapi idung aku tetap kembang jgk...hohoho
Untuk mereka yang berminat dengan kisah penyiasatan remaja, jangan lupa dapatkan Siri Detektif Cilik Zen nanti ya.
Seperti novel dewasa, bingkisan remaja aku InsyaAllah menjanjikan kelainan dari lambakan kisah-kisah remaja di pasaran.
Hidup kisah penyiasatan! (jerit bdk yg gila kisah penyiasatan- aku la tu)
Terima kasih kepada May untuk ilustrasi yang cantik!
Terima kasih kepada editor aku, Is yang sangat dedicated!
Anda awesome!

Published on August 07, 2014 15:43
July 27, 2014
Eid Mubarak
Assalammualaikum...
Eid Mubarak kepada semua ahli keluargaku, sahabat-handai, rakan sekerja dan pembaca-pembaca yang sangat aku kasihi. Dengan penuh rasa rendah diri, aku menyusun sepuluh jari dan memohon kemaafan dari semua. Kalau ada salah-silap, terkasar bahasa, salah sangka dan lain-lain, aku mohon maaf zahir dan batin. Aku hanyalah manusia biasa, tak ampuh dengan dosa. Ampunkan aku.
Kalau ada tersalah tatabahasa, maaf dipinta. Aku selalu cuba menaip secepat mungkin. Huhuhu...

Published on July 27, 2014 14:51
July 23, 2014
Raikan kemenangan...bukan kematian
Aku benci keganasan.
Aku marah pada kekejaman yang berlaku di Gaza.
Aku Muslim dan aku berbangga dengan agama aku walaupun orang menyelar Muslim pengganas.
Ya, aku doakan pejuang Islam di Gaza selamat dan meraih kemenangan.
Tetapi, aku terkilan apabila melihat cacian saudaraku ke atas tentera Israel yang terkorban dan postkan gambar2 orang yang sudah mati atau mengeluarkan komen 'padan muka'. Jangan menjadikan diri kita seperti mereka kerana ajaran agama kita lebih mulia dari itu.
Marilah kita sama-sama meraikan kemenangan pejuang agama kita tiap kali tentera Gaza berjaya dalam pertempuran...Ya, raikan kemenangan tetapi bukan raikan kematian manusia.
Tentera Islam di Gaza berjuang demi kebebasan... demi nyawa-nyawa yang cukup berharga...
Mereka terpaksa membunuh untuk melindungi diri dan keluarga dari serangan musuh... Ia bukan disengajakan...
Ajarkan pada dunia, Islam bukan pengganas...Islam perjuangkan keamanan dan kemanusiaan.
Kalau kita mengecam sesuatu yang buruk, jangan kita pula mempamerkan sifat yang buruk yang mampu membuat orang salah sangka pada agama kita.
Peace!
http://www.youtube.com/watch?v=rD79V9qAPSw

Published on July 23, 2014 11:35
July 8, 2014
Zen dah muncul...
Wohoo...
Cover Detektif Cilik Zen dah keluar.
Akhirnya tercapai juga cita2 zaman kecil aku untuk tulis buku penyiasatan. Alhamdulillah.
Kepada remaja-remaja di luar sana, jangan lupa dapatkan Zen 1 yg bertajuk De Mont dan Kristal Itali ya...InsyaAllah siri ke-2 akan muncul tak lama lagi... :)

Published on July 08, 2014 17:00