Rina Farizq's Blog, page 2

January 29, 2013

BAB 3  A  zki mempercepatkan langkah. Ikut...


BAB 3
 
A
 zki mempercepatkan langkah. Ikutkan hati dia masih mahu menyambung sehari dua bermalas di rumah. Tak mahu jejak ke pejabat pada waktu ini. Namun berita yang Shahril sampaikan malam tadi, benar-benar buat dia terbakar. Dia tahu ini angkara Arsyida. Siapa lagi kalau bukan perempuan kejam itu? Ketika dia menolak pintu utama pejabat, dia terpandang seorang perempuan yang gemuk sedang berjalan melintasi ruang reception. Ia membuatkan dia teringat sesuatu namun kerana malas untuk berfikir, dia teruskan saja langkahnya menuju ke bilik Arsyida tanpa meminta kebenaran Maisara, setiausaha Arsyida.

What are you trying to do?” Soal Azki dengan keras. Arsyida yang sedang berdiri mengadap keluar tingkap tidak segera menoleh padanya.
Is that true what Shahril told me?” Arsyida menoleh dan tersenyum megah. Azki bencikan senyuman itu.
Yes.” Jawab Arsyida pendek sebelum duduk di kerusi.
What is your game Puan Arsyida?”
Is it a problem when company gives you a secretary?
Secretary?” Ulang Azki sambil tersenyum sinis. Secretary atau spy?
I don't need a secretary!” Sambung Azki dengan tegas.
Yes, you do.
For what? Jadi spy? Supaya boleh tahu apa saja yang aku buat?”
“Cuba pandang dari sudut positif. You’re too busy and always forget to attend a meeting. So, dengan adanya secretary....tiada lagi alasan TER....lupa kerana TER...lalu sibuk menguruskan kerja sendirian.”
Thanks a lot!” Sengaja Azki mengucapkan ayat itu untuk memerli Arsyida. Dia memutuskan untuk beredar setelah mendengar alasan Arsyida. Dia sengaja datang semata-mata untuk mendengarkan alasan bodoh itu. Dia tahu, Arsyida memang bijak menyediakan jawapan setiap kali mereka berdua bersoal jawab. Bunyi alasan Arsyida begitu logik tapi dia tidak bodoh menerima alasan itu bulat-bulat. Lagipun tak semudah itu Arsyida menyediakan sesuatu untuknya kalau tidak ada sebab lain. Dia tahu, Arsyida pasti merencanakan sesuatu. Bukan Arsyida tidak tahu yang dia memang tak suka ada orang lain yang sibuk-sibuk menguruskan dirinya di pejabat. Dia senang bekerja sendiri.
“Azki, make sure you treat her well. She's a good girl.” Pesanan itu buat hatinya semakin sakit. Tanpa memandang ke arah Arsyida, dia membalas dengan sinis.
Of course! I will.” Kemudian dia menghempas pintu dengan kasar. Sengaja mahu tunjuk kemarahannya. Tetapi apa yang pasti, dia akan memberi layanan terbaik buat setiausahanya nanti. Tunggu sajalah! Tekadnya sudah begitu membulat. Dia akan pastikan setiausahanya pasti bertuah dapat seorang ketua sepertinya, yang penyayang lagi bertimbang rasa. Tentu setiausahanya itu nanti akan terkenang dirinya sepanjang hayat. Esok, dia akan datang ke pejabat dan mahu lihat sendiri bagaimana rupa setiausahanya. Kalau cantik sangat mengalahkan ratu dunia, dia akan pertimbangkan semula agendanya. Dia terus saja menolak pintu utama tanpa mengendahkan sapaan gadis penyambut tetamu yang baru muncul di hadapannya itu. Bukan tak suka nak layan tapi memang tak boleh layan perempuan gedik macam tu. Baginya, perempuan kalau dilayan lebih-lebih akan mengada-ngada. Naik kepala! Nak-nak perempuan mata duitan. Pantang lihat lelaki berduit, asyik nak mengendeng saja. Lebih-lebih lagi kalau punya paras rupa dan penampilan. Dia rimas! Agaknya kalau dia seorang yang tak berkedudukan, rupa pun biasa-biasa tentu perempuan liat nak dekat. Apatah lagi kalau dia tak berkereta mewah. Tentu bukan saja tak nak dekat tapi pandang pun tak sudi. Perempuan zaman sekarang, semuanya materialistik! Kebendaan!
 
 
ARSYIDA mengeluh perlahan, begitulah Azki. Selalu masuk ke biliknya dengan kasar dan biadap. Rasa hormat Azki padanya sudah tidak ada. Mujur saja dia berkuasa, jika tidak tentu Azki tidak akan mempedulikannya. Walau apa pun, dia tetap sayangkan Azki. Bukan ke mudah kalau Azki seperti abangnya, Ishan? Tak perlu dia buat perkara-perkara yang menyukarkan. Tapi dia tahu, Azki akan akur juga kerana lelaki itu bergantung hidup padanya. Dia pasti, kalau bukan kerana bayaran yang lumayan tak mungkin lelaki itu akan terus bekerja dengannya. Pasti sudah lama Azki angkat kaki. Tapi siapa lagi yang sanggup menggaji Azki dengan bayaran yang cukup tinggi? Segala keperluan dipenuhi jika Azki terus berada di syarikatnya. Tapi itulah silapnya, sepatutnya bukan hanya meletakkan syarat untuk bekerja saja tetapi prestasi kerja dari segi kedatangan dan kerjasama antara pekerja lain haruslah memuaskan. Dia kesal kerana rasa tanggungjawab Azki terhadap pekerjaan dipandang remeh. Dia tahu Azki sering menggunakan kesempatan dan alasan tidak ke pejabat kerana berjumpa dengan pelanggan. Tidak hadir mesyuarat kerana terlalu sibuk hingga terlupa. Tapi dari sudut yang lain dia kagum yang Azki bisa mendapatkan pelanggan besar. Dia masih ingat apa yang Azki pernah katakan padanya dulu.
You tell me…mana satu yang lebih baik. Bersusah payah mengumpul pelanggan kecil setiap bulan atau mendapatkan pelanggan besar dalam masa sekali tetapi boleh mendatangkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang.” Ya, tak dinafikan ada kalanya Azki memang bijak dalam mendapatkan pelanggan. Tak perlu dia rasa risau terhadap keuntungan yang bakal dibawa oleh lelaki itu. Tetapi dia tak boleh bertoleransi dengan sikap Azki yang malas ke pejabat dan tidak mahu menghadiri mesyuarat. Dia sudah penat mendengar umpatan staf yang lain tentang Azki. Dia tak mahu dikatakan berat sebelah atau pilih kasih dan membiarkan terus lelaki itu jadi malas datang kerja dan tidak boleh bekerja secara berkumpulan. Dah tiba masanya dia perlu ubah keadaan itu. Tak perlu ambil tindakan drastik tetapi cukuplah mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu. Dia tersenyum sendiri, tiba-tiba rasa seronok melihat reaksi Azki ketika marah. Azki tak ubah macam dulu. Anak kecil yang begitu manja tapi nakal. Anak kecil yang kalau permintaannya tidak dipenuhi, akan memberontak. Azki just like before, never change!
 
 
            PUAS Emili mencari telefon bimbitnya sejak semalam. Dicarinya dalam beg sandang dan di dalam bagasi walaupun dia pasti tak mungkin meletakkan telefonnya di situ. Dicubanya juga menelefon telefon bimbitnya sendiri melalui telefon rumah, tak juga kedengaran bunyi telefon meskipun talian berjaya disambungkan. Ah! Mana ni? Dia tak tahu nak cari di mana lagi. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Alamak! Tak kanlah tertinggal dalam kereta orang tua tu? Dia menghempaskan diri di atas katil. Terbayang rasa menyampah dan benci. Nak dapatkan balik telefon bimbitnya dari Azki, tentu payah. Tak kannya lelaki itu mahu menghantarkan telefon padanya. Memang mimpilah Azki nak buat macam tu. Kalau lelaki itu buat pun tentu dicampak telefonnya itu melalui pagar rumah. Ah...jahanam ler jawabnya phoneaku tu! Macam mana ler aku boleh cuai sangat ni?
Dia mengeluh, rasa begitu kecewa sekali. Banyak sangat benda yang dirasakan begitu peribadi di dalam telefon bimbitnya itu. Tak mudah nak biarkan begitu saja. Terpaksa juga dia cari jalan macam mana nak mendapatkan semula telefonnya tanpa sebarang kecacatan atau kerosakan. Dia pasti saat ini, telefonnya itu sedang digodeh oleh Azki. Ah, kenapa ler aku bodoh sangat tak letak password? Dia menggenggam rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya macam orang yang kecewa putus cinta!
 
 
            AZKI tersenyum puas, dibiarkan saja telefon yang berdering-dering sejak semalam. Dia sengaja membiarkan telefon itu di dalam kereta tanpa berhasrat untuk memulangkannya dalam masa terdekat. Dia pasti, tuan empunya telefon itu sedang meroyan ketiadaan telefon itu. Lalai! Careless! Memang padanlah semua benda kau tinggal! Kalau kepala tak melekat, memang boleh jumpa kepala gadis itu bersepah di mana-mana. Bukan dia tak tahu sikap Emili yang selalu cuai dalam menjaga barang keperluan sendiri. Pernah dulu, dia melihat gadis itu dengan selamba tertinggal bra yang dilipat di hadapan tv. Tak tahu malu langsung!
            “Kau ingat aku suka sangat ke nak tengok sampul nasi lemak 50 sen kau ni? Kau ingat kau sorang saja yang duduk dalam rumah ni?” Soalnya sambil menolak bra dengan hujung kakinya.
            “Ada aku kisah? Sapa suruh tengok kalau tak suka?” Sambut Emili sambil berpatah semula mendapatkan bra miliknya yang berwarna hitam itu.
            “Kau ni nama aje perempuan tapi tak tahu malu. Semua benda kau nak tunjuk ke?”
            “Kau pun sama! Dah 20 tahun pun, boxer masih suruh Mak Eton yang basuh! Hei....geli je!” Sahut Emili tak mahu mengalah.
Itulah yang buat Azki benci sampai sekarang. Gadis yang muda empat tahun darinya itu rajin betul menjawab kalau dia bersuara. Memang selalu buat dia hilang sabar. Tak pernah serik atau takut padanya. Bukan sekali dua dia mengenakan gadis itu, banyak kali. Termasuk juga dengan menjetat kepala gadis itu. Sebab itu jugalah dia bertekad tak akan tinggal sebumbung dengan gadis itu sebaik dia ada wang sendiri. Mujur saja dia masih diberi kemewahan walaupun bersyarat. Ahhh.....keluhan dilepaskan. Mahu buang rasa sakit hati jauh-jauh. Sehingga kini dia terpaksa tunduk kepada perempuan bernama Arsyida.
            Sebaik memakir kereta, telefon bimbit milik Emili dimasukkan ke dalam glove compartment. Tak kuasa Azki nak bawa ke hulu ke hilir harta benda gadis itu. Dia membetulkan tali leher sebelum melangkah. Biarpun berkemeja, dia masih gemar mengenakan jeans. Tidak terlalu formal, ranggi tetapi masih kelihatan kemas dan bergaya.
            Sebaik menjejakkan kaki ke bahagian pemasaran, dari jauh dia sudah nampak seseorang yang sedang berada di depan biliknya. Jantungnya terus berdegup kencang, rasa tak percaya. Terkejut dan nak pengsan pun ada. Namun untuk berpatah semula sudah terlambat apabila tiba-tiba saja Arsyida menghampirinya dari belakang.
            “Good! Hari pertama ada secretary sudah datang awal. Come, let me introduce you to your secretary.” Ujar Arsyida mendahului langkahnya. Dia tiada pilihan, terpaksa mengekori langkah Arsyida yang tersusun itu. Semakin dia mendekati biliknya sendiri, semakin dia merasakan dunianya semakin gelap. Kenapa perempuan itu? Sudah tiada perempuan lain ke yang boleh dijadikan secretarynya?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 29, 2013 23:30

December 6, 2012

 BAB 2  "Damn!” Azki menyumpahsambil melempar telefon bim...


 


BAB 2
  "Damn!” Azki menyumpahsambil melempar telefon bimbitnya ke atasmeja. Dia belum habis bercakap, talian sudah dimatikan. Beraninyaperempuan tu, kalau aku jumpa memang siap! Memang silap besar kalau nak caripasal dengannya. Netbook di atas meja juga ditutup dengan kasar. Kini dia sudahbingkas dari duduk, langkahnya menuju ke balkoni. Dia mahu menenangkan dirinyayang kepanasan. Dia fikir tuntutannya hanya salah bayar tetapi rupa-rupanyatelah dipotong dengan sengaja. Memang dia tak boleh terima. Sebenarnya bukan baharukali ini saja dia perasan, bayaran yang masuk ke dalam akaunnya berkurangandari apa yang dia tuntut. Sudah banyakkali tapi dia tak punya masa nak soal dan tanya mengapa tuntutannya itu begitu.Setelah mendengar saja penjelasan dari perempuan yang bodoh itu, terus sajasuhu kemarahannya meningkat. Dia rasa tercabar. Melampau, suka-suka nak potong claim aku!

        Dia melepaskan keluhan. Kalau saat ini dia berada dipejabat, memang dia sudah bersemuka dengan perempuan yang bodoh itu. Namun,sebentar tadi siapa sangka dia sempat tenggelam dalam kelunakan suara milikperempuan itu. Suara yang kedengaran sungguh lembut sekali. Buat dia terdiamsebentar dan hilang punca. Rasa senang mendengarkan suara yang lembut itu.Entah macam mana rupa tuan punya suara itu. Secara jujur, dia tak berniat nak marahapalagi menengking tapi mendengarkan suara di talian semakin lembut dan lunak,dia harus bertegas. Memang enak didengar, namun dia tak mudah terpesona.

          Telefon berbunyi namun dibiarkannyauntuk seketika. Tanpa dilihat terlebih dahulu siapa pemanggil itu, dia sudahdapat meneka. Siapa lagi kalau bukan Arsyida? Tak pun si Shahril, teman baiknyamerangkap budak pesanan Arsyida. Untuk seketika, telefon berhenti berbunyi. Diatersenyum, senang dapat membiarkan keadaan jadi begitu. Dia pasti Arsyida akansakit hati. Aku peduli apa!

              Akhirnyadia melangkah masuk, hasrat untuk menyambung tidur tidak kesampaian bila bunyitelefon terus mengganggunya. Nak tak nakdia terpaksa juga menjawabnya.

            “Yes?” Soalnya sambil melangkah semula ke balkoni. Sengaja mahuorang yang menelefonnya dengar bunyi persekitaran luar kondonya itu. Senanglahkalau nak menipu, kata dia sedang buat kerja luar.

            “Azki, where are you?” Suara tegas itu sedikit puntak menakutkannya.

            “Onthe way to meet my client.

            “Alwayswith the same reason!” Dia tersenyum,dia tahu si pemanggil tidak bodoh. Tahu alasan yang diberikan tak berjaya nak membuatkansi pemanggil itu percaya tapi dia tak kisah. Dia memang suka ulang alasanyang sama.

            “Sinceyou’re the only one not working today please pick up Emili at the airport todayat 3.00pm.”

            “What?!”Jeritnya. Ah...ni yang aku kisah! Kenapa mesti aku?

            “Youheard what i said. Please be punctual, don’t be late. Kesian dia nanti.”

            “Hai...teksi melambak,bukan dia tak boleh balik sendiri!”

           “Pick her up or else you’ll regret it! Isthat clear, dear?” Serentak itu dia mematikan talian. Dia mendengus, geram.Ini yang dia cukup tak suka. Main gertak-gertak! Memang dia tak takut padagertakan itu tetapi dia terpaksa menurut sebelum sesuatu terjadi padanya. Arsyida pernah membekukan semua kemudahan yang diaada termasuk menarik semula kereta sportkesayangannya kerana kegagalannya mematuhi perintah perempuan itu. Ada kalanyadia terpaksa akur dan tak dapat mengelak. Memang kejam! Sengaja gunakankelemahannya itu untuk membuatkan dia terpaksa menurut.

           “Damn!” Jeritnya sekuat tidak di balkoniitu. Mahu buang rasa geram dan sakit hati. Hari ini saja, berkali-kali diamenahan sakit hati. Semuanya kerana perempuan! Menyusahkan orang. Ni satu lagiperempuan yang tak cukup sifat aku kena hadap!


             

AZKI hanya memerhatikan Emili yang sendirian memunggah bagasinya ke dalam butkereta. Tanpa melihat reaksi gadis itu, dia pasti Emili sedang membebelsendirian dan siap buat muka. Mungkin sedang mengeji dirinya. Hmm...ingat akutak tahu yang kau suka mengata dan buat muka? Dia sudah masak benar denganperangai gadis itu.

           “Mama kata dia yang nak datang.” Ujar Emili sebaikmasuk ke dalam perut kereta. Tanpa menoleh pada empunya suara itu, Azki terusmenekan pedal minyak.

          “Kau ingat, apa yang dia kata semuanya akan jadikenyataan ke? Kau lupa ke yang dia tu hanya pandai berjanji aje? Aku yang jadimangsa! Macamlah kau tu cacat nak berjemput!” Sela Azki tanpa sedikit punmenoleh pada gadis di sebelahnya itu. Tiadaapa yang menarik pada gadis itu kalau ditatap lama-lama. Baginya gadis itubiasa-biasa saja, pakaian pula menyakitkan mata. Bukan dia nak sangat tengokgadis itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat tetapi cukuplah kalau seharitidak mengenakan t-shirt dengan jeans lusuh dan buruk. Serupa benar macam gadisberpeleseran. Nama saja belajar hingga ke overseatetapi pakaian entah apa-apa.

             Seketika suasana di dalam kereta sepi. Dibiarkan sajaEmili, ibarat hanya Azki seorang saja yang ada di dalam kereta itu. Dia takmahu peduli langsung kerana baginya dia datang dan menjemput pun sudah cukupbaik. Namun dia terpaksa juga mengerling pada Emili yang kini menggangguperhatiannya. Kelihatannya Emili begitu leka melayan permainan Angry Birdsmelalu i-pad yang dipegangnya. Siap ketawa dan mengomel sendiri.

            “Hish...tak kena pulak.Nanti kau...” Itulah ayat yang diulang-ulang tanpa jemu oleh Emili.

           “Nak main tu main ajelah. Mulut jangan bising! Aku tak suka orang memekak masa aku drive.” Sengaja dia berkata begitu untukmembakar perasaan Emili. Biar gadis itu tahu yang dia memang sampai sekarangtidak senang atau pendek kata menyampah melihat Emili.

           “Alah itu pun nak berkira.” Bisik Emili sendiri tapi Azkimasih dapat mendengar dengan jelas. Dia belum pekak!

          “Aku tak suka orang mengganggu masa aku drive.”

          “Ganggu apanya? Cuit pun tak.”

          “Kau ni belajar je sampai ke oversea tapi bodoh, kan?” Serentak itu dia menjeling pada Emili.Sengaja mahu melihat reaksi gadis itu ketika ini. Ternyata Emili memberikanjelingan yang cukup tajam. Dia tersenyum sinis, senang melihat gadis itu sakithati dengan ayatnya sebentar tadi. Rasakan!

          “Gangguan tu tak semestinya melalui sentuhan. Bunyibising pun satu gangguan.” Sambungnya lagi dan kali ini Emili mencebik.

          “Itu tak boleh, ini tak boleh!” Bentak Emiliperlahan.

          “Ini kereta aku, kalau kau tak suka, aku bolehberhentikan kau tepi jalan.” Bukan Azki tak tau yang kini Emili sedang merenungtajam padanya. Malah makin dia buat muka sombongnya. Biar gadis itu semakinpanas dengannya. Dia mengulum senyum, senang bilagadis di sisinya itu menutup i-pad. Rasa kemenangan berpihak padanya. Dijelingsekilas untuk melihat reaksi Emili lagi, kini gadis itu berpeluk tubuh danmemandang ke luar tingkap.

           Sebaik perjalanan mereka tiba dan belum pun sempat enjinkereta dimatikan, Emili keluar dan menutup pintu kereta dengan kasar. Sekaligusmengejutkan Azki yang masih ada di dalam kereta. Lalu dia turut sama keluar danmenjerit pada Emili.

         “Haaa, baguslah tu perangai! Macam tu ke perempuan?”

         Emili mencebik, tak menghiraukan suara Azki yang meninggisaat ini. Terbit pula rasa menyesal sebab tak tanggalkan terus pintu keretamilik lelaki itu. Kalau tanggal, barulah betul-betul ganas! Dia melajukanlangkah tanpa mempedulikan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu. Baginya,Azki adalah seorang lelaki yang paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Taktahu kenapa, makin hari makin tebal rasa menyampah dan benci terhadap lelakiitu. Sudahlah kasar, perasan bagus pulak tu! Ingat, kau sorang saja lelakidalam dunia ni ke? Excuse me...adapuluhan juta lelaki yang lebih baik dari kau ler!

           “Oii, tak kan nak tinggal barang kau kat but keretaaku macam tu aje? Kalau kau tak nak, kejap lagi aku campak kat longkang!” JeritanAzki sekali lagi buat Emili bengang. Arrgghhh! Emili mengetap bibir, menahangeram. Dia berpaling dan melangkah semula ke arah kereta tanpa mempedulikan pandanganAzki ketika ini.

            “Kau jangan nak main hempas but kereta aku tu. Karangaku tak jamin kalau kau tak dapat masuk rumah dengan selamat!” Serentak itu Emilimemandang pada Azki yang sedang merenung tajam padanya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa gerun dengan ugutan itu.Nak-nak bila lelaki itu merenung dengan tajam, seolah-olah serius dengan ayatyang dilontarkan sebentar tadi. Pernah dulu dia mengabaikan ugutan Azki,sudahnya habis satu rumah dia dikejar lelaki itu. Siap main tarik-tarik bajulagi. Begitulah ganasnya Azki suatu ketika dulu, langsung tak nak mengalah ataumahu memberi muka padanya. Apa saja yang dia buat mendapat perhatian lelakiitu. Bukan dapat perhatian yang baik-baik tapi perhatian yang lelaki ituberikan menyakitkan hati.

           Setelah mengeluarkan bagasinya dengan penuh lemah-gemalailagi bersantun, but kereta ditutup dengan cukup berhati-hati. Sengaja nak berimuka pada Azki yang masih memerhatikannya.

          “Puas hati?” Soalnya pada Azki yang hanya memandangpadanya. Azki tidak bersuara tapi masih sepertitadi. Memerhatikannya macam dirinya itu penjenayah. Kali ini dia menghayunlangkah lebih pantas dari tadi. Tak mahu lama-lama bersama lelaki yangmenjengkelkan itu.

           “Oii! Kau tu masuk rumahorang melayu, dah tak reti-reti nak bukak kasut? Duduk oversea baru empat tahun, dah lupa diri!” Sindiran Azki buat Emilitersentak, terus mati langkah yang sedang dihayun. Serentak itu dia menunduk,memandang pada kakinya. Hish...macam mana boleh silap ni? Tanpa sedar, diasudah masuk ke dalam rumah dengan berkasut. Sebab nak cepat sangat mengelakdari lelaki itu, sampai terlupa nak menanggalkan kasut terlebih dahulu. TentuAzki sedang tergelak! Dia berpatah semula ke muka pintu. Buat pula muka selambakonon tak rasa apa-apa. Tanpa melihat lagi ke arah Azki, dia membuka kasut danterus masuk semula ke dalam rumah. Dia tahu Azki masih lagi berdiri di keretasambil memerhatikannya. Nak balas pandangan lelaki itu? Tak payah! Karang adaaje yang nak dikomen!

            Sebaik masuk ke dalambilik dan meletakkan bagasinya di tepi katil, Emili segera menjengah ketingkap. Kereta milik Azki sudah meluncur laju keluar dari perkarangan laman.Entah kenapa dia jadi kesal kerana harapannya, lelaki itu akan berubah setelahsekian lama tak berjumpa. Kalau tak berubah dengan banyak, sedikit pun jadilah.Cukuplah sekadar tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar. Jauh di suduthatinya, dia mengharapkan lelaki itu akan melayannya dengan baik dan mesra.Macam abang Ishan melayannya dengan cukup sempurna. Ah...kenapa Azki tak samamacam abang Ishan? Kenapa marah dan dendam Azki takpernah surut?  BERSAMBUNG LAGI... :) XOXO!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2012 04:16

 BAB 2  "Damn!” Azki menyumpah sambil melempar telefon bi...


 


BAB 2
  "Damn!” Azki menyumpah sambil melempar telefon bimbitnya ke atas meja. Dia belum habis bercakap, talian sudah dimatikan. Beraninya perempuan tu, kalau aku jumpa memang siap! Memang silap besar kalau nak cari pasal dengannya. Netbook di atas meja juga ditutup dengan kasar. Kini dia sudah bingkas dari duduk, langkahnya menuju ke balkoni. Dia mahu menenangkan dirinya yang kepanasan. Dia fikir tuntutannya hanya salah bayar tetapi rupa-rupanya telah dipotong dengan sengaja. Memang dia tak boleh terima. Sebenarnya bukan baharu kali ini saja dia perasan, bayaran yang masuk ke dalam akaunnya berkurangan dari apa yang dia tuntut. Sudah banyak kali tapi dia tak punya masa nak soal dan tanya mengapa tuntutannya itu begitu. Setelah mendengar saja penjelasan dari perempuan yang bodoh itu, terus saja suhu kemarahannya meningkat. Dia rasa tercabar. Melampau, suka-suka nak potong claim aku!

        Dia melepaskan keluhan. Kalau saat ini dia berada di pejabat, memang dia sudah bersemuka dengan perempuan yang bodoh itu. Namun, sebentar tadi siapa sangka dia sempat tenggelam dalam kelunakan suara milik perempuan itu. Suara yang kedengaran sungguh lembut sekali. Buat dia terdiam sebentar dan hilang punca. Rasa senang mendengarkan suara yang lembut itu. Entah macam mana rupa tuan punya suara itu. Secara jujur, dia tak berniat nak marah apalagi menengking tapi mendengarkan suara di talian semakin lembut dan lunak, dia harus bertegas. Memang enak didengar, namun dia tak mudah terpesona.

          Telefon berbunyi namun dibiarkannya untuk seketika. Tanpa dilihat terlebih dahulu siapa pemanggil itu, dia sudah dapat meneka. Siapa lagi kalau bukan Arsyida? Tak pun si Shahril, teman baiknya merangkap budak pesanan Arsyida. Untuk seketika, telefon berhenti berbunyi. Dia tersenyum, senang dapat membiarkan keadaan jadi begitu. Dia pasti Arsyida akan sakit hati. Aku peduli apa!

              Akhirnya dia melangkah masuk, hasrat untuk menyambung tidur tidak kesampaian bila bunyi telefon terus mengganggunya. Nak tak nak dia terpaksa juga menjawabnya.

            “Yes?” Soalnya sambil melangkah semula ke balkoni. Sengaja mahu orang yang menelefonnya dengar bunyi persekitaran luar kondonya itu. Senanglah kalau nak menipu, kata dia sedang buat kerja luar.

            “Azki, where are you?” Suara tegas itu sedikit pun tak menakutkannya.

            “On the way to meet my client.

            “Always with the same reason!” Dia tersenyum, dia tahu si pemanggil tidak bodoh. Tahu alasan yang diberikan tak berjaya nak membuatkan si pemanggil itu percaya tapi dia tak kisah. Dia memang suka ulang alasan yang sama.

            “Since you’re the only one not working today please pick up Emili at the airport today at 3.00pm.”

            “What?!” Jeritnya. Ah...ni yang aku kisah! Kenapa mesti aku?

            “You heard what i said. Please be punctual, don’t be late. Kesian dia nanti.”

            “Hai...teksi melambak, bukan dia tak boleh balik sendiri!”

           “Pick her up or else you’ll regret it! Is that clear, dear?” Serentak itu dia mematikan talian. Dia mendengus, geram. Ini yang dia cukup tak suka. Main gertak-gertak! Memang dia tak takut pada gertakan itu tetapi dia terpaksa menurut sebelum sesuatu terjadi padanya. Arsyida pernah membekukan semua kemudahan yang dia ada termasuk menarik semula kereta sportkesayangannya kerana kegagalannya mematuhi perintah perempuan itu. Ada kalanya dia terpaksa akur dan tak dapat mengelak. Memang kejam! Sengaja gunakan kelemahannya itu untuk membuatkan dia terpaksa menurut.

           “Damn!” Jeritnya sekuat tidak di balkoni itu. Mahu buang rasa geram dan sakit hati. Hari ini saja, berkali-kali dia menahan sakit hati. Semuanya kerana perempuan! Menyusahkan orang. Ni satu lagi perempuan yang tak cukup sifat aku kena hadap!


             

AZKI hanya memerhatikan Emili yang sendirian memunggah bagasinya ke dalam but kereta. Tanpa melihat reaksi gadis itu, dia pasti Emili sedang membebel sendirian dan siap buat muka. Mungkin sedang mengeji dirinya. Hmm...ingat aku tak tahu yang kau suka mengata dan buat muka? Dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu.

           “Mama kata dia yang nak datang.” Ujar Emili sebaik masuk ke dalam perut kereta. Tanpa menoleh pada empunya suara itu, Azki terus menekan pedal minyak.

          “Kau ingat, apa yang dia kata semuanya akan jadi kenyataan ke? Kau lupa ke yang dia tu hanya pandai berjanji aje? Aku yang jadi mangsa! Macamlah kau tu cacat nak berjemput!” Sela Azki tanpa sedikit pun menoleh pada gadis di sebelahnya itu. Tiada apa yang menarik pada gadis itu kalau ditatap lama-lama. Baginya gadis itu biasa-biasa saja, pakaian pula menyakitkan mata. Bukan dia nak sangat tengok gadis itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat tetapi cukuplah kalau sehari tidak mengenakan t-shirt dengan jeans lusuh dan buruk. Serupa benar macam gadis berpeleseran. Nama saja belajar hingga ke overseatetapi pakaian entah apa-apa.

             Seketika suasana di dalam kereta sepi. Dibiarkan saja Emili, ibarat hanya Azki seorang saja yang ada di dalam kereta itu. Dia tak mahu peduli langsung kerana baginya dia datang dan menjemput pun sudah cukup baik. Namun dia terpaksa juga mengerling pada Emili yang kini mengganggu perhatiannya. Kelihatannya Emili begitu leka melayan permainan Angry Birds melalu i-pad yang dipegangnya. Siap ketawa dan mengomel sendiri.

            “Hish...tak kena pulak. Nanti kau...” Itulah ayat yang diulang-ulang tanpa jemu oleh Emili.

           “Nak main tu main ajelah. Mulut jangan bising! Aku tak suka orang memekak masa aku drive.” Sengaja dia berkata begitu untuk membakar perasaan Emili. Biar gadis itu tahu yang dia memang sampai sekarang tidak senang atau pendek kata menyampah melihat Emili.

           “Alah itu pun nak berkira.” Bisik Emili sendiri tapi Azki masih dapat mendengar dengan jelas. Dia belum pekak!

          “Aku tak suka orang mengganggu masa aku drive.”

          “Ganggu apanya? Cuit pun tak.”

          “Kau ni belajar je sampai ke oversea tapi bodoh, kan?” Serentak itu dia menjeling pada Emili. Sengaja mahu melihat reaksi gadis itu ketika ini. Ternyata Emili memberikan jelingan yang cukup tajam. Dia tersenyum sinis, senang melihat gadis itu sakit hati dengan ayatnya sebentar tadi. Rasakan!

          “Gangguan tu tak semestinya melalui sentuhan. Bunyi bising pun satu gangguan.” Sambungnya lagi dan kali ini Emili mencebik.

          “Itu tak boleh, ini tak boleh!” Bentak Emili perlahan.

          “Ini kereta aku, kalau kau tak suka, aku boleh berhentikan kau tepi jalan.” Bukan Azki tak tau yang kini Emili sedang merenung tajam padanya. Malah makin dia buat muka sombongnya. Biar gadis itu semakin panas dengannya. Dia mengulum senyum, senang bila gadis di sisinya itu menutup i-pad. Rasa kemenangan berpihak padanya. Dijeling sekilas untuk melihat reaksi Emili lagi, kini gadis itu berpeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.

           Sebaik perjalanan mereka tiba dan belum pun sempat enjin kereta dimatikan, Emili keluar dan menutup pintu kereta dengan kasar. Sekaligus mengejutkan Azki yang masih ada di dalam kereta. Lalu dia turut sama keluar dan menjerit pada Emili.

         “Haaa, baguslah tu perangai! Macam tu ke perempuan?”

         Emili mencebik, tak menghiraukan suara Azki yang meninggi saat ini. Terbit pula rasa menyesal sebab tak tanggalkan terus pintu kereta milik lelaki itu. Kalau tanggal, barulah betul-betul ganas! Dia melajukan langkah tanpa mempedulikan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu. Baginya, Azki adalah seorang lelaki yang paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Tak tahu kenapa, makin hari makin tebal rasa menyampah dan benci terhadap lelaki itu. Sudahlah kasar, perasan bagus pulak tu! Ingat, kau sorang saja lelaki dalam dunia ni ke? Excuse me...ada puluhan juta lelaki yang lebih baik dari kau ler!

           “Oii, tak kan nak tinggal barang kau kat but kereta aku macam tu aje? Kalau kau tak nak, kejap lagi aku campak kat longkang!” Jeritan Azki sekali lagi buat Emili bengang. Arrgghhh! Emili mengetap bibir, menahan geram. Dia berpaling dan melangkah semula ke arah kereta tanpa mempedulikan pandangan Azki ketika ini.

            “Kau jangan nak main hempas but kereta aku tu. Karang aku tak jamin kalau kau tak dapat masuk rumah dengan selamat!” Serentak itu Emili memandang pada Azki yang sedang merenung tajam padanya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa gerun dengan ugutan itu. Nak-nak bila lelaki itu merenung dengan tajam, seolah-olah serius dengan ayat yang dilontarkan sebentar tadi. Pernah dulu dia mengabaikan ugutan Azki, sudahnya habis satu rumah dia dikejar lelaki itu. Siap main tarik-tarik baju lagi. Begitulah ganasnya Azki suatu ketika dulu, langsung tak nak mengalah atau mahu memberi muka padanya. Apa saja yang dia buat mendapat perhatian lelaki itu. Bukan dapat perhatian yang baik-baik tapi perhatian yang lelaki itu berikan menyakitkan hati.

           Setelah mengeluarkan bagasinya dengan penuh lemah-gemalai lagi bersantun, but kereta ditutup dengan cukup berhati-hati. Sengaja nak beri muka pada Azki yang masih memerhatikannya.

          “Puas hati?” Soalnya pada Azki yang hanya memandang padanya. Azki tidak bersuara tapi masih seperti tadi. Memerhatikannya macam dirinya itu penjenayah. Kali ini dia menghayun langkah lebih pantas dari tadi. Tak mahu lama-lama bersama lelaki yang menjengkelkan itu.

           “Oii! Kau tu masuk rumah orang melayu, dah tak reti-reti nak bukak kasut? Duduk oversea baru empat tahun, dah lupa diri!” Sindiran Azki buat Emili tersentak, terus mati langkah yang sedang dihayun. Serentak itu dia menunduk, memandang pada kakinya. Hish...macam mana boleh silap ni? Tanpa sedar, dia sudah masuk ke dalam rumah dengan berkasut. Sebab nak cepat sangat mengelak dari lelaki itu, sampai terlupa nak menanggalkan kasut terlebih dahulu. Tentu Azki sedang tergelak! Dia berpatah semula ke muka pintu. Buat pula muka selamba konon tak rasa apa-apa. Tanpa melihat lagi ke arah Azki, dia membuka kasut dan terus masuk semula ke dalam rumah. Dia tahu Azki masih lagi berdiri di kereta sambil memerhatikannya. Nak balas pandangan lelaki itu? Tak payah! Karang ada aje yang nak dikomen!

            Sebaik masuk ke dalam bilik dan meletakkan bagasinya di tepi katil, Emili segera menjengah ke tingkap. Kereta milik Azki sudah meluncur laju keluar dari perkarangan laman. Entah kenapa dia jadi kesal kerana harapannya, lelaki itu akan berubah setelah sekian lama tak berjumpa. Kalau tak berubah dengan banyak, sedikit pun jadilah. Cukuplah sekadar tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan lelaki itu akan melayannya dengan baik dan mesra. Macam abang Ishan melayannya dengan cukup sempurna. Ah...kenapa Azki tak sama macam abang Ishan? Kenapa marah dan dendam Azki tak pernah surut?  BERSAMBUNG LAGI... :) XOXO!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2012 04:16

 BAB 2  "Damn!” Azki menyumpah sambil melempar ...


 
BAB 2
  "Damn!” Azki menyumpah sambil melempar telefon bimbitnya ke atas meja. Dia belum habis bercakap, talian sudah dimatikan. Beraninya perempuan tu, kalau aku jumpa memang siap! Memang silap besar kalau nak cari pasal dengannya. Netbook di atas meja juga ditutup dengan kasar. Kini dia sudah bingkas dari duduk, langkahnya menuju ke balkoni. Dia mahu menenangkan dirinya yang kepanasan. Dia fikir tuntutannya hanya salah bayar tetapi rupa-rupanya telah dipotong dengan sengaja. Memang dia tak boleh terima. Sebenarnya bukan baharu kali ini saja dia perasan, bayaran yang masuk ke dalam akaunnya berkurangan dari apa yang dia tuntut. Sudah banyak kali tapi dia tak punya masa nak soal dan tanya mengapa tuntutannya itu begitu. Setelah mendengar saja penjelasan dari perempuan yang bodoh itu, terus saja suhu kemarahannya meningkat. Dia rasa tercabar. Melampau, suka-suka nak potong claim aku!         Dia melepaskan keluhan. Kalau saat ini dia berada di pejabat, memang dia sudah bersemuka dengan perempuan yang bodoh itu. Namun, sebentar tadi siapa sangka dia sempat tenggelam dalam kelunakan suara milik perempuan itu. Suara yang kedengaran sungguh lembut sekali. Buat dia terdiam sebentar dan hilang punca. Rasa senang mendengarkan suara yang lembut itu. Entah macam mana rupa tuan punya suara itu. Secara jujur, dia tak berniat nak marah apalagi menengking tapi mendengarkan suara di talian semakin lembut dan lunak, dia harus bertegas. Memang enak didengar, namun dia tak mudah terpesona.          Telefon berbunyi namun dibiarkannya untuk seketika. Tanpa dilihat terlebih dahulu siapa pemanggil itu, dia sudah dapat meneka. Siapa lagi kalau bukan Arsyida? Tak pun si Shahril, teman baiknya merangkap budak pesanan Arsyida. Untuk seketika, telefon berhenti berbunyi. Dia tersenyum, senang dapat membiarkan keadaan jadi begitu. Dia pasti Arsyida akan sakit hati. Aku peduli apa!               Akhirnya dia melangkah masuk, hasrat untuk menyambung tidur tidak kesampaian bila bunyi telefon terus mengganggunya. Nak tak nak dia terpaksa juga menjawabnya.            “Yes?” Soalnya sambil melangkah semula ke balkoni. Sengaja mahu orang yang menelefonnya dengar bunyi persekitaran luar kondonya itu. Senanglah kalau nak menipu, kata dia sedang buat kerja luar.             “Azki, where are you?” Suara tegas itu sedikit pun tak menakutkannya.            “On the way to meet my client. ”             “Always with the same reason!” Dia tersenyum, dia tahu si pemanggil tidak bodoh. Tahu alasan yang diberikan tak berjaya nak membuatkan si pemanggil itu percaya tapi dia tak kisah. Dia memang suka ulang alasan yang sama.            “Since you’re the only one not working today please pick up Emili at the airport today at 3.00pm.”            “What?!” Jeritnya. Ah...ni yang aku kisah! Kenapa mesti aku?            “You heard what i said. Please be punctual, don’t be late. Kesian dia nanti.”            “Hai...teksi melambak, bukan dia tak boleh balik sendiri!”           “Pick her up or else you’ll regret it! Is that clear, dear?” Serentak itu dia mematikan talian. Dia mendengus, geram. Ini yang dia cukup tak suka. Main gertak-gertak! Memang dia tak takut pada gertakan itu tetapi dia terpaksa menurut sebelum sesuatu terjadi padanya. Arsyida pernah membekukan semua kemudahan yang dia ada termasuk menarik semula kereta sportkesayangannya kerana kegagalannya mematuhi perintah perempuan itu. Ada kalanya dia terpaksa akur dan tak dapat mengelak. Memang kejam! Sengaja gunakan kelemahannya itu untuk membuatkan dia terpaksa menurut.            “Damn!” Jeritnya sekuat tidak di balkoni itu. Mahu buang rasa geram dan sakit hati. Hari ini saja, berkali-kali dia menahan sakit hati. Semuanya kerana perempuan! Menyusahkan orang. Ni satu lagi perempuan yang tak cukup sifat aku kena hadap!
              AZKI hanya memerhatikan Emili yang sendirian memunggah bagasinya ke dalam but kereta. Tanpa melihat reaksi gadis itu, dia pasti Emili sedang membebel sendirian dan siap buat muka. Mungkin sedang mengeji dirinya. Hmm...ingat aku tak tahu yang kau suka mengata dan buat muka? Dia sudah masak benar dengan perangai gadis itu.           “Mama kata dia yang nak datang.” Ujar Emili sebaik masuk ke dalam perut kereta. Tanpa menoleh pada empunya suara itu, Azki terus menekan pedal minyak.           “Kau ingat, apa yang dia kata semuanya akan jadi kenyataan ke? Kau lupa ke yang dia tu hanya pandai berjanji aje? Aku yang jadi mangsa! Macamlah kau tu cacat nak berjemput!” Sela Azki tanpa sedikit pun menoleh pada gadis di sebelahnya itu. Tiada apa yang menarik pada gadis itu kalau ditatap lama-lama. Baginya gadis itu biasa-biasa saja, pakaian pula menyakitkan mata. Bukan dia nak sangat tengok gadis itu berpakaian seksi atau mendedahkan aurat tetapi cukuplah kalau sehari tidak mengenakan t-shirt dengan jeans lusuh dan buruk. Serupa benar macam gadis berpeleseran. Nama saja belajar hingga ke overseatetapi pakaian entah apa-apa.             Seketika suasana di dalam kereta sepi. Dibiarkan saja Emili, ibarat hanya Azki seorang saja yang ada di dalam kereta itu. Dia tak mahu peduli langsung kerana baginya dia datang dan menjemput pun sudah cukup baik. Namun dia terpaksa juga mengerling pada Emili yang kini mengganggu perhatiannya. Kelihatannya Emili begitu leka melayan permainan Angry Birds melalu i-pad yang dipegangnya. Siap ketawa dan mengomel sendiri.             “Hish...tak kena pulak. Nanti kau...” Itulah ayat yang diulang-ulang tanpa jemu oleh Emili.           “Nak main tu main ajelah. Mulut jangan bising! Aku tak suka orang memekak masa aku drive.” Sengaja dia berkata begitu untuk membakar perasaan Emili. Biar gadis itu tahu yang dia memang sampai sekarang tidak senang atau pendek kata menyampah melihat Emili.           “Alah itu pun nak berkira.” Bisik Emili sendiri tapi Azki masih dapat mendengar dengan jelas. Dia belum pekak!          “Aku tak suka orang mengganggu masa aku drive.”          “Ganggu apanya? Cuit pun tak.”          “Kau ni belajar je sampai ke oversea tapi bodoh, kan?” Serentak itu dia menjeling pada Emili. Sengaja mahu melihat reaksi gadis itu ketika ini. Ternyata Emili memberikan jelingan yang cukup tajam. Dia tersenyum sinis, senang melihat gadis itu sakit hati dengan ayatnya sebentar tadi. Rasakan!           “Gangguan tu tak semestinya melalui sentuhan. Bunyi bising pun satu gangguan.” Sambungnya lagi dan kali ini Emili mencebik.          “Itu tak boleh, ini tak boleh!” Bentak Emili perlahan.           “Ini kereta aku, kalau kau tak suka, aku boleh berhentikan kau tepi jalan.” Bukan Azki tak tau yang kini Emili sedang merenung tajam padanya. Malah makin dia buat muka sombongnya. Biar gadis itu semakin panas dengannya. Dia mengulum senyum, senang bila gadis di sisinya itu menutup i-pad. Rasa kemenangan berpihak padanya. Dijeling sekilas untuk melihat reaksi Emili lagi, kini gadis itu berpeluk tubuh dan memandang ke luar tingkap.           Sebaik perjalanan mereka tiba dan belum pun sempat enjin kereta dimatikan, Emili keluar dan menutup pintu kereta dengan kasar. Sekaligus mengejutkan Azki yang masih ada di dalam kereta. Lalu dia turut sama keluar dan menjerit pada Emili.         “Haaa, baguslah tu perangai! Macam tu ke perempuan?”          Emili mencebik, tak menghiraukan suara Azki yang meninggi saat ini. Terbit pula rasa menyesal sebab tak tanggalkan terus pintu kereta milik lelaki itu. Kalau tanggal, barulah betul-betul ganas! Dia melajukan langkah tanpa mempedulikan lelaki yang selalu menyakitkan hatinya itu. Baginya, Azki adalah seorang lelaki yang paling menjengkelkan yang pernah dia temui. Tak tahu kenapa, makin hari makin tebal rasa menyampah dan benci terhadap lelaki itu. Sudahlah kasar, perasan bagus pulak tu! Ingat, kau sorang saja lelaki dalam dunia ni ke? Excuse me...ada puluhan juta lelaki yang lebih baik dari kau ler!           “Oii, tak kan nak tinggal barang kau kat but kereta aku macam tu aje? Kalau kau tak nak, kejap lagi aku campak kat longkang!” Jeritan Azki sekali lagi buat Emili bengang. Arrgghhh! Emili mengetap bibir, menahan geram. Dia berpaling dan melangkah semula ke arah kereta tanpa mempedulikan pandangan Azki ketika ini.             “Kau jangan nak main hempas but kereta aku tu. Karang aku tak jamin kalau kau tak dapat masuk rumah dengan selamat!” Serentak itu Emili memandang pada Azki yang sedang merenung tajam padanya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa gerun dengan ugutan itu. Nak-nak bila lelaki itu merenung dengan tajam, seolah-olah serius dengan ayat yang dilontarkan sebentar tadi. Pernah dulu dia mengabaikan ugutan Azki, sudahnya habis satu rumah dia dikejar lelaki itu. Siap main tarik-tarik baju lagi. Begitulah ganasnya Azki suatu ketika dulu, langsung tak nak mengalah atau mahu memberi muka padanya. Apa saja yang dia buat mendapat perhatian lelaki itu. Bukan dapat perhatian yang baik-baik tapi perhatian yang lelaki itu berikan menyakitkan hati.            Setelah mengeluarkan bagasinya dengan penuh lemah-gemalai lagi bersantun, but kereta ditutup dengan cukup berhati-hati. Sengaja nak beri muka pada Azki yang masih memerhatikannya.           “Puas hati?” Soalnya pada Azki yang hanya memandang padanya. Azki tidak bersuara tapi masih seperti tadi. Memerhatikannya macam dirinya itu penjenayah. Kali ini dia menghayun langkah lebih pantas dari tadi. Tak mahu lama-lama bersama lelaki yang menjengkelkan itu.           “Oii! Kau tu masuk rumah orang melayu, dah tak reti-reti nak bukak kasut? Duduk oversea baru empat tahun, dah lupa diri!” Sindiran Azki buat Emili tersentak, terus mati langkah yang sedang dihayun. Serentak itu dia menunduk, memandang pada kakinya. Hish...macam mana boleh silap ni? Tanpa sedar, dia sudah masuk ke dalam rumah dengan berkasut. Sebab nak cepat sangat mengelak dari lelaki itu, sampai terlupa nak menanggalkan kasut terlebih dahulu. Tentu Azki sedang tergelak! Dia berpatah semula ke muka pintu. Buat pula muka selamba konon tak rasa apa-apa. Tanpa melihat lagi ke arah Azki, dia membuka kasut dan terus masuk semula ke dalam rumah. Dia tahu Azki masih lagi berdiri di kereta sambil memerhatikannya. Nak balas pandangan lelaki itu? Tak payah! Karang ada aje yang nak dikomen!             Sebaik masuk ke dalam bilik dan meletakkan bagasinya di tepi katil, Emili segera menjengah ke tingkap. Kereta milik Azki sudah meluncur laju keluar dari perkarangan laman. Entah kenapa dia jadi kesal kerana harapannya, lelaki itu akan berubah setelah sekian lama tak berjumpa. Kalau tak berubah dengan banyak, sedikit pun jadilah. Cukuplah sekadar tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar. Jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan lelaki itu akan melayannya dengan baik dan mesra. Macam abang Ishan melayannya dengan cukup sempurna. Ah...kenapa Azki tak sama macam abang Ishan? Kenapa marah dan dendam Azki tak pernah surut?  BERSAMBUNG LAGI... :) XOXO!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 06, 2012 04:16

November 23, 2012

    BAB 1  “XL?   Kau rabun ke apa?” Bentak Farah. “Mis...


    BAB 1


 




“XL?


 

 

Kau rabun ke apa?” Bentak Farah. “Miss XL tu gelaran dia kat sini. Tak kan orang nak sebut XXL, panjang sangat! Nak gelar blue hippo, karang macam menghina ciptaan Tuhan. Anyway kat office kita ni XL dah cukup besar ok? Semua staf perempuan kat sini saiz XS, paling gemuk pun saiz M. Even dalam building ni pun, kau ada nampak ke perempuan lain macam dia? Ada?” Penjelasan Sheera buat yang lain ketawa mengekek di dalam pantry itu.

           Aime yang sejak tadi berdiri di luar pantry itu hanya mampu mendengarkan perbualan mereka dengan hati yang cukup pedih. Tak sangka rupanya aku ada gelaran! Miss XL? Huh! Jahatnya mereka. Di depan aku semuanya bukan main mesra lagi, minta itulah, tolong buat inilah. Rupanya, ini yang mereka umpatkan jika di belakang aku!


         “Tapi, aku tengok lelaki-lelaki kat sini bukan main suka berbual dengan si gemuk tu. Kenapa ya?”


          “Alah, lelaki-lelaki tu setakat bual aje tapi kalau tanya dorang balik, ada ke yang nak jadikan dia tu girlfriend? Tak adanya. Kalau kau tanya pada Ramli buncit tu pun, dia pun tak nak si Miss XL tu.”


        “Hmm....kalau bukan kerana dia tu rajin buat kerja tak ada maknanya aku nak layan dia. Gemuk! Eee...sakit mata aku. Kenapalah dia tak kuruskan badan dia tu? Tak penat ke bawak badan macam tu? Aku yang tengok ni je pun rasa letih!” Sahut Farah sambil ketawa kecil.


        Aduh.....sakitnya! Aime merintih sendiri dan dia makin terseksa mendengarkan umpatan mereka. Patut ke dia menyergah mereka sekarang? Patut ke? Tapi untuk apa? Bukannya dapat sembuhkan semula hatinya yang sudah tercalar ini. Lagipun mereka tentu akan jawab balik, tak ada sebut nama pun? Kenapa nak terasa, kan? Tapi siapa lagi perempuan gemuk dalam office ni? Ada ke orang lain selain dirinya? Ada ke? Lantas dia berlalu saja dari situ. Tidak jadi hendak masuk ke dalam pantry untuk buat minuman. Separuh hatinya hancur, lebur! Dia sudah tidak ada mood untuk mengadap kerja-kerja yang melambak di atas meja. Semuanya hanya dipandang dengan pandangan kosong. Dia asyik teringat pada kata-kata yang mencalarkan perasaannya tadi. Miss XL! Salah ke kalau aku gemuk? Aku menyusahkan orang ke?


         Aime tak pernah rasa penat dengan dirinya sendiri. Malah dia lebih rajin berbanding dengan orang yang lebih kurus dalam pejabat ini. Orang minta tolong, dia tolong. Walau sibuk macam mana pun, dia sedaya upaya membantu. Baginya kerjasama dan saling membantu itu perlu. Satu keluhan dilepaskannya. Dia menundukkan kepala, memandang pada badannya sendiri. Merenung pada perut yang berlipat dua. Ada ke orang gemuk yang memang nak jadi gemuk? Tentu tidak! Semua orang nak kurus, tapi dia tak mahu mendesak dirinya untuk ke arah itu. Dah dia memang gemuk sejak dulu lagi, tentulah payah nak kurus. Lemak yang tersimpan pun dah tepu, memang jenuhlah nak cair. Akhirnya dia capai beg tangan, bingkas dengan malas sekali untuk pulang. Hari ini dia tak larat untuk lama-lama di pejabat. Tak seperti kebiasaannya, yang selalu pulang jam 7 atau 8 malam.


           “Eh, Aime. Awalnya hari ni? Ni baru pukul 5.” Sapa Linda ketika dia bergegas menahan pintu lif untuk turut sama masuk.


          “Hmm...ada hal” Jawabnya pendek kerana tiada mood untuk berbual mesra sebaik terpandangkan sekumpulan perempuan yang mengumpatnya di dalam pantry tadi.


         “Kau nak gi datingke?” Soal Sheera pula dengan mesra, buat Aime meluat. Berlakon baik, huh! Aime sekadar angkat kening dan senyum. Sakit hatinya belum hilang.


         “Amboi, diam-diam ada boyfriend hea...sikit pun tak cakap-cakap.” Giat Linda pula.


         “Hish...orang macam kau pun ada boy....” Ayat Farah terhenti sebaik disiku Sheera.


         “Errr....maksud aku..aku...” Farah teragak-agak untuk menyambung kembali ayatnya itu. Aime faham benar kenapa Farah begitu. Dalam celupar bimbang juga yang Aime akan terasa. Mungkin sebab dia selalu membantu kerja-kerja perempuan itu. Terus-terang, perempuan yang baru saja sebulan bekerja itu memang tak tahu apa-apa tentang akaun. Entah macam mana perempuan itu boleh bekerja di sini. Mungkin sebab kenal orang dalam kut?


           Sebaik pintu lif terbuka, Aime terus keluar. Namun dia tersenyum sendiri sebaik terpandangkan ada seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari pintu lif. Lelaki itu sedang membelek telefon bimbitnya sendiri. Lantas Aime melajukan langkah dan terus saja memaut mesra lengan sebelah kanan milik lelaki itu.


           “Hi, baby! Sorry sayang lambat.” Ujar Aime sambil tersenyum. Lelaki itu menoleh dan memandang padanya. Aime memberikan senyuman dengan renungan yang cukup bermakna.


          “Kita nak ke mana ni? Tengok movie ke?” Soal Aime agak kuat sambil menjeling ke arah Farah, Sheera dan yang lain-lain. Saja nak bagi mereka dengar. Mereka yang berdiri tidak jauh darinya memandang dengan rasa tidak percaya. Kenapa? Terkejut? Tak percaya? Perempuan gemuk macam aku ada kekasih? Dia mahu gelak tapi ditahan, apa tidaknya masing-masing melopong dengan mata yang membulat. Ya, tentu saja mereka terkejut dan tak percaya. Lelaki di sisinya itu bukan calang-calang lelaki. Sudahlah handsome, bergaya pula tu! Lelaki yang bergaya, berdiri saja pun boleh terserlah kehebatannya. Kalau nak bandingkan lelaki itu dengan dirinya, memang tak sesuai langsung. Macam kera dengan penguin saja!


            “Err...kami balik dulu.” Ujar Sheera teragak-agak sambil berlalu bersama teman-temannya. Aime tersenyum puas. Esok pagi mesti tersebar gosip tentang dirinya. OMG! Miss XL ada boyfriend! Handsome pula tu! Eh, macam mana perempuan gemuk boleh dapat lelaki handsom dan bergaya ya? Kemudian dia tergelak sendiri, membayangkan ayat-ayat seumpama itu tersebar dari mulut ke mulut.


            “Ehem...” Deheman keras itu menyedarkan dirinya. Lantas dia menoleh dan lelaki di sisinya itu merenung tajam. Kemudian lelaki itu menarik kembali lengan yang masih dikepit itu dengan kasar.


           “Err....sorry!” Ujar Aime sambil buka langkah seribu. Apa lagi yang dia boleh katakan selain kata maaf itu. Renungan tajam milik lelaki itu menakutkannya. Lebih baik dia cabut saja. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, sempat lagi dia menoleh. Mahu melihat reaksi lelaki tadi. Ternyata lelaki itu masih memandang padanya sambil bercekak pinggang. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta. Uii...takutnya. Yang aku ni pun satu! Asal boleh aje nak paut lengan orang. Entah lelaki itu baik ke tidak! Entah-entah penyamun, tak pun bapa ayam ke? Dia sendiri pun tak sangka, tiba-tiba saja idea gilanya datang begitu saja.

 SUDAH beberapa kali Aime berpusing di hadapan cermin. Membelek dirinya untuk kesekian kali. Hari ini dia mengenakan sut warna hitam dengan skirt potong A paras lutut. Walaupun gemuk, dia masih tetap bergaya. Sentiasa menjaga penampilan diri kerana baginya, itu penting. Tak kurus tak mengapa asal penampilan terjaga. Mesti bersih dan kemas. Rambutnya yang lurus dan lembut disisir sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik. Entah kenapa, pagi ini dia begitu bersemangat. Luar biasa semangatnya hari ini dari hari biasa. Hari ini dia akan datang ke pejabat dengan gembiranya.

Seperti jangkaannya! Hari ini kecoh satu pejabat, tentang hal semalam. Mau tak kecoh? Siapa sangka perempuan macam aku ada boyfriendyang handsome, kan? Dia tersengih, gembira. Tiba-tiba dia teringat pada lelaki yang dia jadikan sebagai boyfriendnya semalam. Lelaki yang handsome tapi punya renungan yang tajam. Memang menakutkan. Entah siapalah lelaki itu, tak kan orang jahat kut? Dia berkira-kira sendiri. Agaknya kerja di sini juga. Entah floor yang mana, bahagian apa, dia pun tak tau sebab tak pernah nampak. Selama dua bulan dia bekerja di sini, semalamlah kali pertama dia ternampak lelaki itu. Mungkin Tuhan sengaja mengirimkan lelaki handsome itu untuknya.       

“Aku rasa macam nak bunuh diri tengok Miss XL semalam. Huh...tak boleh terima, tak boleh terima.”

Aime mengulum senyum sambil berpura-pura tak mendengar Farah sedang berbisik dengan gengnya. Bunuh diri? Ish, ish, ish...sampai macam tu sekali ke? Tak cium bau syurga tau kalau buat macam tu. Bagus juga dia terdengar umpatan mereka semalam, jadi tahulah dia sekarang siapa Miss XL yang dimaksudkan. Dia senyum lagi, entah kenapa rasa seronok sangat.

“Aime...” Panggilan itu buat dia menoleh. Sheera sudah bertenggek di hujung mejanya. Mentang-mentang kurus, suka hati saja bertenggek macam tu. Agak-agak kalau aku yang bertenggek macam tu, mau terbalik meja!

“Hmmm..” Sahutnya malas.

“Errr....dah lama ke kau bercinta dengan dia?” Pertanyaan Sheera buat dia hendak tergelak. Baru aje semalam! Boleh ke beritahu macam tu? Ish...mana boleh nanti pecahlah rahsia aku.

“Lamalah jugak.” Balasnya tanpa memandang pada Sheera. Berpura-pura sibuk dengan kerja-kerjanya.

“Macam mana boleh jumpa dan bercinta?” Pengorek rahsia! Memang itulah kerja Sheera. Lepas korek rahsia orang nanti jaja satu bangunan, dari tingkat atas sampai bawah semuanya tahu nanti.

“Adalah.” Tak kan dia nak cerita. Sebab baru semalam dia jumpa lelaki itu. Bercinta apa kalau sekadar paut lengan tak sampai 10 minit.

“Itu pun nak rahsia...”

Deringan telefon menyelamatkan Aime dan serentak itu Sheera berundur darinya beralih ke arah Farah pula. Dia sekadar menjeling sambil mengangkat gagang telefon.

What happen to my claim?” Satu suara keras bertanya. Buat dia terkejut namun masih cuba memikirkan dan mengingati kalau dia mengenali suara itu. Bukannya nak beri salam atau kenalkan diri!

Hello, selamat pagi. Dengan siapa saya bercakap ni?” Soalnya perlahan. Tidaklah bernada keras macam pemanggil di dalam talian itu. Untuk seketika tiada jawapan. Senyap saja.

Hello? Selamat pagi.” Sekali lagi dia bersuara.

“Kau yang in charge on monthly claim?”

“Err…ya saya. Siapa ya yang bercakap tu?”

“Macam mana kau kerja ni haa? Bayar claim tak betul! Lain yang orang claim lain yang kau bayar?” Dia mula bingung. Dah kenapa orang dalam talian ni? Angin pasang ke tiba-tiba nak menjerit macam tu? Dia menarik nafas, mahu mengawal dirinya agar tak terjangkit sama penyakit orang yang di dalam talian itu.

“Maaf ya, dengan siapa saya bercakap ni?”

“Berapa ramai claimorang lain yang kau bayar tak betul? Sampai kau tak tahu sedang bercakap dengan siapa?”

“Maaf encik, saya memang tak cam langsung suara encik. Lagipun banyak claim yang saya handle. Tapi tak mungkin saya salah bayar melainkan saya potong claim encik kerana….”

“Potong? Kau potong claim aku? Apa hal kau nak potong claim aku? Hey, kau buat kerja tak pakai otak ke? Suka hati kau nak potong-potong, ingat aku suka-suka nak claim kalau tak perlu?!”

Maaf encik, claim yang encik submit tu mungkin tak lengkap. Saya bukan suka-suka nak potong kalau tak ada sebab. Mungkin encik tak sertakan bukti pembayaran dan kalau tidak disertakan bukti pembayaran seperti resit ataupun bil, claim tersebut saya terpaksa cancelled.”

“Sejak bila perlu bukti pembayaran ni? Selama ni tak ada pun prosedur macam ni? Kau jangan nak pandai-pandai buat prosedur sendiri. Ingat syarikat ni, bapak kau yang punya?” Aduh! Dah melampau ni! Sampai nak melibatkan bapak pulak ni. Patut aku menjerit juga ke ni? Patut ke? Tak perlu kot? Nanti kalau aku sama naik macam pemanggil tu, tak ada bezalah aku dengan pemanggil yang biadap tu, kan?

Sekali lagi dia menarik nafas, membetulkan sistem pernafasan sekaligus mengawal perasaannya yang sudah terbakar.

“Ya, itu memang prosedur. Saya telah diarahkan untuk reject claim yang tidak lengkap tapi memandangkan saya ni masih bertimbang rasa dan baik hati, saya tidak pulangkan claimencik tu, saya cuma potong aje. Jika encik masih ingin menuntut juga, sila serahkan semua resit atau bil yang berkenaan. Di harap juga encik dapat menyerahkan claim yang lengkap di masa akan datang agar tiada sebarang kesulitan seperti ini. Maaf saya tak dapat nak layan encik lebih lama memandangkan saya ada kerja lain. Terima kasih kerana menghubungi saya.” Serentak itu dia terus meletakkan gagang telefon. Rasanya tak perlu dia nak layan lelaki biadap macam tu. Biarpun dia berjaya mengawal intonasinya ketika bercakap dengan pemanggil biadap itu tadi tapi dadanya rasa nak pecah. Apakan tidak, suka hati saja dia ditengking begitu. Kalau dia yang bersalah tak mengapa juga. Biadap betul! Siapalah manusia tu?

Banyak tuntutan yang dia kendalikan dan bukan hanya si pemanggil itu seorang saja yang telah dipotong tuntutannya. Jadi manalah dia tahu siapa menelefon? Lagipun seingatnya, dia tak pernah dengar suara si pemanggil itu tadi. Ingat aku ada magicke boleh tahu pulak siapa yang call? Huh!

It must be Azki, right?” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan soalan itu. Serentak itu dia menoleh. Arsyida yang berdiri tidak jauh darinya, memandang serius.

“Err...Puan....saya...” Aime terus bingkas dan jadi serba salah. Tentu Arsyida mendengar cara dia menjawab panggilan itu tadi. Tapi bagaimana Arsyida tahu yang pemanggil itu tadi adalah Azki? Tapi kalau betul, macam mana? Dia cuba mengingati kembali perbualan tadi, rasanya dia masih menjawab dengan berhemah walau ditengking-tengking. Kini nafasnya semakin sesak.

It's ok.” Ujar Arsyida serius kemudian berlalu. Aime melepaskan nafas lega. Arsyida buat jantungnya berdegup kencang. Rasa tak mampu nak bernafas dengan tenang. Semua orang tahu yang Arsyida sangat tegas dan serius. Jarang benar wanita itu tersenyum atau berbual kosong. Namun dia sangat mengagumi wanita itu. Wanita itu cekal dan berani menguruskan sebuah syarikat sendirian. Dia bangga kerana semakin ramai wanita yang berjaya tetapi untuk berjaya tentu bukan mudah, kan? Walaupun sudah berusia tetapi masih aktif dan anggun bergaya.

Aime memandang sekeliling, bila terasa sunyi dan sepi. Patut pun, semuanya sudah duduk di tempat masing-masing. Mungkin kerana kedatangan Arsyida sebentar tadi membuatkan kumpulan bergosip dan malas bekerja begitu rajin bekerja sekarang ini. Nak kena Puan Arsyida selalu datang ke department ni kut baru masing-masing jadi rajin? Dia tersenyum sendiri. Namun mengenangkan kembali pemanggil biadap sebentar tadi, hatinya jadi sakit semula. Kalau benarlah pemanggil itu bernama Azki seperti yang dijangkakan oleh Arsyida, dia memang kenal sangat-sangat. Kenal pada nama saja, kerana dia banyak menerima tuntutan daripada lelaki itu. Kenal secara fizikal atau peribadi memang belum pernah. Tapi baru dengar suara saja dia sudah dapat agak bagaimana karakter lelaki itu. Biadap dan pendek akal! Apa salahnya kalau Azki bercakap dengan sopan? Selidik dulu apa sebabnya tuntutan lelaki itu tidak dibayar sepenuhnya. Macam manalah dia hendak membuat bayaran jika tuntutan yang diberikan tidak lengkap? Resit atau bil, tiada satupun yang diberikan. Sudahnya dia cuma dapat membayar elaun perjalanan saja. Lagipun dia telah menghantar e-mel pada lelaki itu, memberitahu yang semua tuntutannya itu terpaksa dipotong. Tak kan lelaki itu tak baca e-mel yang dihantar? Tapi walau apa pun masalah lelaki itu, seharusnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Bukan menyerang orang melalui panggilan telefon macam tadi. Suka-suka saja nak marah dan tengking-tengking. Arggghhhh... Satu keluhan berat dilepaskan bagi membuang rasa geramnya saat ini. Mana hilangnya rasa seronok yang sebentar tadi bermukim dalam hatinya? Mana?  BERSAMBUNG.... XOXO!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2012 19:12

    BAB 1  “XL?   Ka...


    BAB 1
 


“XL?
  Kau rabun ke apa?” Bentak Farah. “Miss XL tu gelaran dia kat sini. Tak kan orang nak sebut XXL, panjang sangat! Nak gelar blue hippo, karang macam menghina ciptaan Tuhan. Anyway kat office kita ni XL dah cukup besar ok? Semua staf perempuan kat sini saiz XS, paling gemuk pun saiz M. Even dalam building ni pun, kau ada nampak ke perempuan lain macam dia? Ada?” Penjelasan Sheera buat yang lain ketawa mengekek di dalam pantry itu.            Aime yang sejak tadi berdiri di luar pantry itu hanya mampu mendengarkan perbualan mereka dengan hati yang cukup pedih. Tak sangka rupanya aku ada gelaran! Miss XL? Huh! Jahatnya mereka. Di depan aku semuanya bukan main mesra lagi, minta itulah, tolong buat inilah. Rupanya, ini yang mereka umpatkan jika di belakang aku!
         “Tapi, aku tengok lelaki-lelaki kat sini bukan main suka berbual dengan si gemuk tu. Kenapa ya?”
          “Alah, lelaki-lelaki tu setakat bual aje tapi kalau tanya dorang balik, ada ke yang nak jadikan dia tu girlfriend? Tak adanya. Kalau kau tanya pada Ramli buncit tu pun, dia pun tak nak si Miss XL tu.”
        “Hmm....kalau bukan kerana dia tu rajin buat kerja tak ada maknanya aku nak layan dia. Gemuk! Eee...sakit mata aku. Kenapalah dia tak kuruskan badan dia tu? Tak penat ke bawak badan macam tu? Aku yang tengok ni je pun rasa letih!” Sahut Farah sambil ketawa kecil.
        Aduh.....sakitnya! Aime merintih sendiri dan dia makin terseksa mendengarkan umpatan mereka. Patut ke dia menyergah mereka sekarang? Patut ke? Tapi untuk apa? Bukannya dapat sembuhkan semula hatinya yang sudah tercalar ini. Lagipun mereka tentu akan jawab balik, tak ada sebut nama pun? Kenapa nak terasa, kan? Tapi siapa lagi perempuan gemuk dalam office ni? Ada ke orang lain selain dirinya? Ada ke? Lantas dia berlalu saja dari situ. Tidak jadi hendak masuk ke dalam pantry untuk buat minuman. Separuh hatinya hancur, lebur! Dia sudah tidak ada mood untuk mengadap kerja-kerja yang melambak di atas meja. Semuanya hanya dipandang dengan pandangan kosong. Dia asyik teringat pada kata-kata yang mencalarkan perasaannya tadi. Miss XL! Salah ke kalau aku gemuk? Aku menyusahkan orang ke?
         Aime tak pernah rasa penat dengan dirinya sendiri. Malah dia lebih rajin berbanding dengan orang yang lebih kurus dalam pejabat ini. Orang minta tolong, dia tolong. Walau sibuk macam mana pun, dia sedaya upaya membantu. Baginya kerjasama dan saling membantu itu perlu. Satu keluhan dilepaskannya. Dia menundukkan kepala, memandang pada badannya sendiri. Merenung pada perut yang berlipat dua. Ada ke orang gemuk yang memang nak jadi gemuk? Tentu tidak! Semua orang nak kurus, tapi dia tak mahu mendesak dirinya untuk ke arah itu. Dah dia memang gemuk sejak dulu lagi, tentulah payah nak kurus. Lemak yang tersimpan pun dah tepu, memang jenuhlah nak cair. Akhirnya dia capai beg tangan, bingkas dengan malas sekali untuk pulang. Hari ini dia tak larat untuk lama-lama di pejabat. Tak seperti kebiasaannya, yang selalu pulang jam 7 atau 8 malam.
           “Eh, Aime. Awalnya hari ni? Ni baru pukul 5.” Sapa Linda ketika dia bergegas menahan pintu lif untuk turut sama masuk.
          “Hmm...ada hal” Jawabnya pendek kerana tiada mood untuk berbual mesra sebaik terpandangkan sekumpulan perempuan yang mengumpatnya di dalam pantry tadi.
         “Kau nak gi datingke?” Soal Sheera pula dengan mesra, buat Aime meluat. Berlakon baik, huh! Aime sekadar angkat kening dan senyum. Sakit hatinya belum hilang.
         “Amboi, diam-diam ada boyfriend hea...sikit pun tak cakap-cakap.” Giat Linda pula.
         “Hish...orang macam kau pun ada boy....” Ayat Farah terhenti sebaik disiku Sheera.
         “Errr....maksud aku..aku...” Farah teragak-agak untuk menyambung kembali ayatnya itu. Aime faham benar kenapa Farah begitu. Dalam celupar bimbang juga yang Aime akan terasa. Mungkin sebab dia selalu membantu kerja-kerja perempuan itu. Terus-terang, perempuan yang baru saja sebulan bekerja itu memang tak tahu apa-apa tentang akaun. Entah macam mana perempuan itu boleh bekerja di sini. Mungkin sebab kenal orang dalam kut?
           Sebaik pintu lif terbuka, Aime terus keluar. Namun dia tersenyum sendiri sebaik terpandangkan ada seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh dari pintu lif. Lelaki itu sedang membelek telefon bimbitnya sendiri. Lantas Aime melajukan langkah dan terus saja memaut mesra lengan sebelah kanan milik lelaki itu.
           “Hi, baby! Sorry sayang lambat.” Ujar Aime sambil tersenyum. Lelaki itu menoleh dan memandang padanya. Aime memberikan senyuman dengan renungan yang cukup bermakna.
          “Kita nak ke mana ni? Tengok movie ke?” Soal Aime agak kuat sambil menjeling ke arah Farah, Sheera dan yang lain-lain. Saja nak bagi mereka dengar. Mereka yang berdiri tidak jauh darinya memandang dengan rasa tidak percaya. Kenapa? Terkejut? Tak percaya? Perempuan gemuk macam aku ada kekasih? Dia mahu gelak tapi ditahan, apa tidaknya masing-masing melopong dengan mata yang membulat. Ya, tentu saja mereka terkejut dan tak percaya. Lelaki di sisinya itu bukan calang-calang lelaki. Sudahlah handsome, bergaya pula tu! Lelaki yang bergaya, berdiri saja pun boleh terserlah kehebatannya. Kalau nak bandingkan lelaki itu dengan dirinya, memang tak sesuai langsung. Macam kera dengan penguin saja!
            “Err...kami balik dulu.” Ujar Sheera teragak-agak sambil berlalu bersama teman-temannya. Aime tersenyum puas. Esok pagi mesti tersebar gosip tentang dirinya. OMG! Miss XL ada boyfriend! Handsome pula tu! Eh, macam mana perempuan gemuk boleh dapat lelaki handsom dan bergaya ya? Kemudian dia tergelak sendiri, membayangkan ayat-ayat seumpama itu tersebar dari mulut ke mulut.
            “Ehem...” Deheman keras itu menyedarkan dirinya. Lantas dia menoleh dan lelaki di sisinya itu merenung tajam. Kemudian lelaki itu menarik kembali lengan yang masih dikepit itu dengan kasar.
           “Err....sorry!” Ujar Aime sambil buka langkah seribu. Apa lagi yang dia boleh katakan selain kata maaf itu. Renungan tajam milik lelaki itu menakutkannya. Lebih baik dia cabut saja. Sebelum masuk ke dalam perut kereta, sempat lagi dia menoleh. Mahu melihat reaksi lelaki tadi. Ternyata lelaki itu masih memandang padanya sambil bercekak pinggang. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta. Uii...takutnya. Yang aku ni pun satu! Asal boleh aje nak paut lengan orang. Entah lelaki itu baik ke tidak! Entah-entah penyamun, tak pun bapa ayam ke? Dia sendiri pun tak sangka, tiba-tiba saja idea gilanya datang begitu saja.
 SUDAH beberapa kali Aime berpusing di hadapan cermin. Membelek dirinya untuk kesekian kali. Hari ini dia mengenakan sut warna hitam dengan skirt potong A paras lutut. Walaupun gemuk, dia masih tetap bergaya. Sentiasa menjaga penampilan diri kerana baginya, itu penting. Tak kurus tak mengapa asal penampilan terjaga. Mesti bersih dan kemas. Rambutnya yang lurus dan lembut disisir sekali lagi sebelum melangkah keluar dari bilik. Entah kenapa, pagi ini dia begitu bersemangat. Luar biasa semangatnya hari ini dari hari biasa. Hari ini dia akan datang ke pejabat dengan gembiranya.Seperti jangkaannya! Hari ini kecoh satu pejabat, tentang hal semalam. Mau tak kecoh? Siapa sangka perempuan macam aku ada boyfriendyang handsome, kan? Dia tersengih, gembira. Tiba-tiba dia teringat pada lelaki yang dia jadikan sebagai boyfriendnya semalam. Lelaki yang handsome tapi punya renungan yang tajam. Memang menakutkan. Entah siapalah lelaki itu, tak kan orang jahat kut? Dia berkira-kira sendiri. Agaknya kerja di sini juga. Entah floor yang mana, bahagian apa, dia pun tak tau sebab tak pernah nampak. Selama dua bulan dia bekerja di sini, semalamlah kali pertama dia ternampak lelaki itu. Mungkin Tuhan sengaja mengirimkan lelaki handsome itu untuknya.        “Aku rasa macam nak bunuh diri tengok Miss XL semalam. Huh...tak boleh terima, tak boleh terima.” Aime mengulum senyum sambil berpura-pura tak mendengar Farah sedang berbisik dengan gengnya. Bunuh diri? Ish, ish, ish...sampai macam tu sekali ke? Tak cium bau syurga tau kalau buat macam tu. Bagus juga dia terdengar umpatan mereka semalam, jadi tahulah dia sekarang siapa Miss XL yang dimaksudkan. Dia senyum lagi, entah kenapa rasa seronok sangat. “Aime...” Panggilan itu buat dia menoleh. Sheera sudah bertenggek di hujung mejanya. Mentang-mentang kurus, suka hati saja bertenggek macam tu. Agak-agak kalau aku yang bertenggek macam tu, mau terbalik meja! “Hmmm..” Sahutnya malas. “Errr....dah lama ke kau bercinta dengan dia?” Pertanyaan Sheera buat dia hendak tergelak. Baru aje semalam! Boleh ke beritahu macam tu? Ish...mana boleh nanti pecahlah rahsia aku. “Lamalah jugak.” Balasnya tanpa memandang pada Sheera. Berpura-pura sibuk dengan kerja-kerjanya. “Macam mana boleh jumpa dan bercinta?” Pengorek rahsia! Memang itulah kerja Sheera. Lepas korek rahsia orang nanti jaja satu bangunan, dari tingkat atas sampai bawah semuanya tahu nanti. “Adalah.” Tak kan dia nak cerita. Sebab baru semalam dia jumpa lelaki itu. Bercinta apa kalau sekadar paut lengan tak sampai 10 minit. “Itu pun nak rahsia...”Deringan telefon menyelamatkan Aime dan serentak itu Sheera berundur darinya beralih ke arah Farah pula. Dia sekadar menjeling sambil mengangkat gagang telefon. “What happen to my claim?” Satu suara keras bertanya. Buat dia terkejut namun masih cuba memikirkan dan mengingati kalau dia mengenali suara itu. Bukannya nak beri salam atau kenalkan diri!“Hello, selamat pagi. Dengan siapa saya bercakap ni?” Soalnya perlahan. Tidaklah bernada keras macam pemanggil di dalam talian itu. Untuk seketika tiada jawapan. Senyap saja.“Hello? Selamat pagi.” Sekali lagi dia bersuara. “Kau yang in charge on monthly claim?” “Err…ya saya. Siapa ya yang bercakap tu?” “Macam mana kau kerja ni haa? Bayar claim tak betul! Lain yang orang claim lain yang kau bayar?” Dia mula bingung. Dah kenapa orang dalam talian ni? Angin pasang ke tiba-tiba nak menjerit macam tu? Dia menarik nafas, mahu mengawal dirinya agar tak terjangkit sama penyakit orang yang di dalam talian itu. “Maaf ya, dengan siapa saya bercakap ni?” “Berapa ramai claimorang lain yang kau bayar tak betul? Sampai kau tak tahu sedang bercakap dengan siapa?” “Maaf encik, saya memang tak cam langsung suara encik. Lagipun banyak claim yang saya handle. Tapi tak mungkin saya salah bayar melainkan saya potong claim encik kerana….” “Potong? Kau potong claim aku? Apa hal kau nak potong claim aku? Hey, kau buat kerja tak pakai otak ke? Suka hati kau nak potong-potong, ingat aku suka-suka nak claim kalau tak perlu?!” Maaf encik, claim yang encik submit tu mungkin tak lengkap. Saya bukan suka-suka nak potong kalau tak ada sebab. Mungkin encik tak sertakan bukti pembayaran dan kalau tidak disertakan bukti pembayaran seperti resit ataupun bil, claim tersebut saya terpaksa cancelled.” “Sejak bila perlu bukti pembayaran ni? Selama ni tak ada pun prosedur macam ni? Kau jangan nak pandai-pandai buat prosedur sendiri. Ingat syarikat ni, bapak kau yang punya?” Aduh! Dah melampau ni! Sampai nak melibatkan bapak pulak ni. Patut aku menjerit juga ke ni? Patut ke? Tak perlu kot? Nanti kalau aku sama naik macam pemanggil tu, tak ada bezalah aku dengan pemanggil yang biadap tu, kan? Sekali lagi dia menarik nafas, membetulkan sistem pernafasan sekaligus mengawal perasaannya yang sudah terbakar.“Ya, itu memang prosedur. Saya telah diarahkan untuk reject claim yang tidak lengkap tapi memandangkan saya ni masih bertimbang rasa dan baik hati, saya tidak pulangkan claimencik tu, saya cuma potong aje. Jika encik masih ingin menuntut juga, sila serahkan semua resit atau bil yang berkenaan. Di harap juga encik dapat menyerahkan claim yang lengkap di masa akan datang agar tiada sebarang kesulitan seperti ini. Maaf saya tak dapat nak layan encik lebih lama memandangkan saya ada kerja lain. Terima kasih kerana menghubungi saya.” Serentak itu dia terus meletakkan gagang telefon. Rasanya tak perlu dia nak layan lelaki biadap macam tu. Biarpun dia berjaya mengawal intonasinya ketika bercakap dengan pemanggil biadap itu tadi tapi dadanya rasa nak pecah. Apakan tidak, suka hati saja dia ditengking begitu. Kalau dia yang bersalah tak mengapa juga. Biadap betul! Siapalah manusia tu? Banyak tuntutan yang dia kendalikan dan bukan hanya si pemanggil itu seorang saja yang telah dipotong tuntutannya. Jadi manalah dia tahu siapa menelefon? Lagipun seingatnya, dia tak pernah dengar suara si pemanggil itu tadi. Ingat aku ada magicke boleh tahu pulak siapa yang call? Huh!“It must be Azki, right?” Tiba-tiba dia dikejutkan dengan soalan itu. Serentak itu dia menoleh. Arsyida yang berdiri tidak jauh darinya, memandang serius. “Err...Puan....saya...” Aime terus bingkas dan jadi serba salah. Tentu Arsyida mendengar cara dia menjawab panggilan itu tadi. Tapi bagaimana Arsyida tahu yang pemanggil itu tadi adalah Azki? Tapi kalau betul, macam mana? Dia cuba mengingati kembali perbualan tadi, rasanya dia masih menjawab dengan berhemah walau ditengking-tengking. Kini nafasnya semakin sesak.“It's ok.” Ujar Arsyida serius kemudian berlalu. Aime melepaskan nafas lega. Arsyida buat jantungnya berdegup kencang. Rasa tak mampu nak bernafas dengan tenang. Semua orang tahu yang Arsyida sangat tegas dan serius. Jarang benar wanita itu tersenyum atau berbual kosong. Namun dia sangat mengagumi wanita itu. Wanita itu cekal dan berani menguruskan sebuah syarikat sendirian. Dia bangga kerana semakin ramai wanita yang berjaya tetapi untuk berjaya tentu bukan mudah, kan? Walaupun sudah berusia tetapi masih aktif dan anggun bergaya. Aime memandang sekeliling, bila terasa sunyi dan sepi. Patut pun, semuanya sudah duduk di tempat masing-masing. Mungkin kerana kedatangan Arsyida sebentar tadi membuatkan kumpulan bergosip dan malas bekerja begitu rajin bekerja sekarang ini. Nak kena Puan Arsyida selalu datang ke department ni kut baru masing-masing jadi rajin? Dia tersenyum sendiri. Namun mengenangkan kembali pemanggil biadap sebentar tadi, hatinya jadi sakit semula. Kalau benarlah pemanggil itu bernama Azki seperti yang dijangkakan oleh Arsyida, dia memang kenal sangat-sangat. Kenal pada nama saja, kerana dia banyak menerima tuntutan daripada lelaki itu. Kenal secara fizikal atau peribadi memang belum pernah. Tapi baru dengar suara saja dia sudah dapat agak bagaimana karakter lelaki itu. Biadap dan pendek akal! Apa salahnya kalau Azki bercakap dengan sopan? Selidik dulu apa sebabnya tuntutan lelaki itu tidak dibayar sepenuhnya. Macam manalah dia hendak membuat bayaran jika tuntutan yang diberikan tidak lengkap? Resit atau bil, tiada satupun yang diberikan. Sudahnya dia cuma dapat membayar elaun perjalanan saja. Lagipun dia telah menghantar e-mel pada lelaki itu, memberitahu yang semua tuntutannya itu terpaksa dipotong. Tak kan lelaki itu tak baca e-mel yang dihantar? Tapi walau apa pun masalah lelaki itu, seharusnya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Bukan menyerang orang melalui panggilan telefon macam tadi. Suka-suka saja nak marah dan tengking-tengking. Arggghhhh... Satu keluhan berat dilepaskan bagi membuang rasa geramnya saat ini. Mana hilangnya rasa seronok yang sebentar tadi bermukim dalam hatinya? Mana?  BERSAMBUNG.... XOXO!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2012 19:12

Miss XL!

Lamanya aku tinggalkan blog ini hinggakan terkial-kial nak menggunakannya....OMG!
Teruknya aku...ok...mulai hari ini aku akan gunakannya, update apa yang patut...termasuk
post cerita terbaharu....novel Miss XL....

Luv u all....XOXO!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 23, 2012 18:01

February 10, 2011

AKUKAH JUWITA akan TERBIT!

Alhamdullilah....naskah AKUKAH JUWITA telah siap dan telah dihantar kepada penerbit.
Memang kebelakangan ini begitu sibuk dengan kerja pejabat, di malam hari dengan manuskrip
yang sudah tertangguh sebulan. Sepatutnya dihantar kepada penerbit awal bulan Januari 2011.
Nampaknya tak sempatlah nak dikeluarkan sebelum pesta buku 2011......tak apalah yang penting
akan diterbitkan tak lama lagi. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang masih menyokong diri ini
jangan lupa dapatkan novel AKUKAH JUWITA yang bakal diterbitkan oleh pihak KAKI NOVEL.

Kepada yang ingin membacanya secara online bolehlah layari PENULISAN2U.COM.
Tetapi separuh cerita sajalah, mahu tahu selanjutnya dapatkan novel yang akan dikeluarkan....

Ok guys, love u all dan jangan lupa dapatkan novel tersebut itu nanti. Apa pun akan aku update
bila dah berada di pasaran.

Muah, muah, muah! Adios!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 10, 2011 16:09

December 19, 2010

MAJLIS MALAM MESRA FELDA DELIMA OIL PRODUCT

Majlis malam mesra (tempat hubby kerja) diadakan pada 18hb Disember 2010, Hotel New York Johor Bahru. Yang 'best'nya majlis ini setiap orang dapat 'door gifts' (husband & wife) beg duit BONIA dan sekotak chocolate. Terdapat juga lukisan inai di tangan, lukisan 'air brush' dan karikatur.

Aku san sepupuku....saja nak tunjuk inai kat tangan yangbaru saja dilukis.                                             Inilah 'door gift' nya, siap dengan 'box of chocolate'

                                                             Pengacara majlis, Linda Onn.
                                                Linda Onn tengah cari Jamal Abdillah Felda.
                                                 Penghibur tanah air yang menyerikan majlis,
                                                 Jamal Abdillah. Bila dia menyanyi saja bulu
                                                 roma tegak berdiri, lunak dan sedap sangat
                                                 suaranya. Terpegun lihat dia menyanyi. Malam
                                                 tu dia menyampaikan 6 lagu. Tapi lagu paling
                                                 'best', Azura dan Seroja.

Depan bilik hotel, malam tu menginap di sana.                                                           Aku dan hubby..........                                                       Staff yang 'sporting' menari....                                            Hubby yang sibuk malam itu AJK urusetia Majlis.    
                                           Pembukaan majlis, tarian Zapin dari Yayasan Johor.                                            Sebelum tu diserikan dengan persembahan Ghazal.

Di bilik hotel, sampai pukul 2.00 petang. Hubby sibukurus di dewan aku lepak kat bilik sempatlah tengaok rancanganZoom In bersama Siti Nurhaliza kat TV2.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2010 17:35

November 1, 2010

POTRET JIWA : CINTA dari Rina Farizq

Cinta akan hadir bila tiba saatnya,
Cinta akan pergi bila kita terleka,
Cinta akan setia bila kita menjaganya,
Cinta akan lebih bahagia bila kita sentiasa mengingatiNYA.

Cinta tak perlukan alasan,
Kerana cinta bukan untuk dipenuhi,
Tidak juga untuk melengkapi diri yang sentiasa terpalit dengan kekurangan.

Bila hati terasa ADA CINTA,
Bila jiwa tersedar AKUKAH JUWITA,
Ketika itulah kita akan fahami,
Cinta bukan sekadar cerita,
Cinta bukan sekadar lagu,
Tidak juga sekadar tarian hidup tetapi cinta bagaikan diri kita ketika bersujud padaNYA.........
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2010 18:01

Rina Farizq's Blog

Rina Farizq
Rina Farizq isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Rina Farizq's blog with rss.