Nazmi Yaakub's Blog, page 5
February 14, 2014
Menggali makna pada sejarah bangsa, bahasa Melayu
“Semoga kaum atau bangsa apa pun yang datang kepada kami pada mana-mana tempat atau bilabila masa - hendaklah dia merujuk pada sejarah 446 tahun itu - bahawa tiga bangsa penjarah itu, meskipun berjaya mencuri harta kami - tetapi mereka tidak pernah berani mencuri kepercayaan kami, atau mencuri apa-apa daripada kemuliaan agama kami: Bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu!”
Penamat cerpen Zainal Rashid
Penamat cerpen Zainal Rashid
Published on February 14, 2014 01:48
Selepas lama tidak menulis
Kali terakhir menulis di blog ini, masih bergelar wartawan dan pengarang yang sudah lama tidak menulis. Hari ini, empat hari selepas menyambut ulang tahun ke-36, menulis di blog ini, sebagai Editor Sastera dan pengarang kreatif yang cuba kembali menulis.
Menjadi editor, pengarang dan penulis blog pada detik yang sama sebagai anak, suami dan bapa serta rakan dan lebih penting hamba Allah.
Menjadi editor, pengarang dan penulis blog pada detik yang sama sebagai anak, suami dan bapa serta rakan dan lebih penting hamba Allah.
Published on February 14, 2014 00:51
January 13, 2011
Interlok di NSTP
Hubaya-hubaya, ada pun sesiapa yang mencari novel Interlok, maka novel itu bakal dijual di Wacana Interlok: Jujur atau Perkauman di NSTP, Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur, esok jam 9.30 pagi!Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjual Interlok edisi Sasterawan Negara (SN) dan murid, manakala Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bakal menjualnya dalam edisi bahasa
Published on January 13, 2011 01:38
January 11, 2011
Interlok bela masyarakat bawahan semua kaum
Dialog anjuran PENA pertahan novel karya Abdullah Hussin secara intelektual, sejarawiNazmi Yaakubnazmi@bharian.com.myDIALOG Novel Interlok di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kuala Lumpur, baru-baru ini, meletakkan Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussin sebagai novel perjuangan sosial yang membela masyarakat bawahan yang bukan saja tidak mengira etnik,
Published on January 11, 2011 22:57
January 10, 2011
Interlok: Kunci yang patut diguna oleh PAS
Apakah yang patut PAS lakukan (sebelum Mustafa Ali keluarkan kenyataan yang tampak terburu-buru dan Dr Mariah meluru-luru ke pra-perhimpunan membakar Interlok):-1. Memanggil sasterawan dan budayawan yang ada dalam PAS dan Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dalam satu pertemuan khas untuk mendapatkan pandangan dalam konteks Interlok sebaik saja isu ini dinyalakan. Pandangan ini boleh memberikan
Published on January 10, 2011 07:48
December 26, 2010
Menjadi pahat kepada rumah Anugerah Buku Negara!
ANUGERAH Buku Negara 2010 sudah lama berlalu, lebih seminggu yang lalu. Bagaimanapun, kontroversi sudah timbul lebih awal lagi apabila senarai pencalonan Anugerah Perdana Tun Seri Lanang dimasukkan ke dalam Goodreads. Saya ketika itu turut menjangkakan Datuk Seri Dr Rais Yatim bakal meraih anugerah itu, meskipun Sasterawan Negara (SN) Prof Emeritus Shahnon Ahmad lebih wajar.Tekaan saya itu bukan
Published on December 26, 2010 20:09
December 21, 2010
Derhakakah kita pada Tok Janggut?
Tok Janggut: Pejuang atau Penderhaka? oleh Nik Anuar Nik MahmudSAYA sudah habis baca TJPAP? Tapi saya mahu cuba baca lampirannya dulu. Jadi ini adalah lintasan pandangan saya.TJPAP sebenarnya menyepakterajangkan ringkasan sejarah dalam buku teks kita sehingga kita berasa terlalu banyak yang disembunyikan daripada alasan intelektual pelajar hinggalah kepada alasan politikal.Tok Janggut bukan
Published on December 21, 2010 23:51
December 19, 2010
Interlok dari kaca mata pengarang, sarjana, aktivis dan korporat
Interlok menghina kaum?Pandangan pengkaji sastera, persatuan penulis dan ITNM menafikannyaBerita Harian, 20 Disember 2010Oleh Nazmi Yaakubnazmi@bharian.com.myJARANG sekali karya sastera mendapat perhatian meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti diperoleh novel Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Husain, tetapi malangnya atas sebab yang salah.Interlok yang dipilih
Published on December 19, 2010 17:43
December 15, 2010
Interlok senasib dengan To Kill A Mockingbird
Saya tidak sepatutnya membuat sebarang komentar tentang penarikan balik novel Interlok karya SN Pak Lah Hussin kerana rasanya sudah lama novel itu saya baca. Saya lebih teringat novel Imam dan Konserto Terakhir, tetapi Interlok saya gagal refresh kembali.Apa pun penarikan kembali Interlok ini menjadikan nasibnya sama dengan novel To Kill A Mockingbird karya Harper Lee yang diharamkan di sekolah
Published on December 15, 2010 18:28
December 11, 2010
6 novel pesaing Hadiah Antarabangsa untuk Fiksyen Arab (IPAF)
SENARAI pendek novel yang dicalonkan dalam Hadiah Antarabangsa untuk Fiksyen Arab (IPAF) baru saja diumumkan. Enam novel itu disaring daripada 16 novel senarai panjang yang dipilih daripada 123 penyertaan dari dunia Arab. Berbeza dengan Hadiah Man Booker Asia yang menilai karya yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris berdasarkan format terbarunya, karya yang menyertai IPAF adalah karya asal dalam
Published on December 11, 2010 18:02