Rnysa's Blog, page 6

November 13, 2021

Tips Penulisan Versi Rnysa (4)

Tips Penulisan #4Oleh Rnysa

Baca. Baca. Baca. Fikir. Tulis/Taip. Baca. Baca. Baca. Fikir. Tulis/Taip.
"Kak Anys, jadilah mentor saya!"
Aduhai, sebenarnya boleh tolong beri semangat saja. Sebab saya pun masih bertatih dalam bidang penulisan. Apapun, boleh berkongsi tips yang perlu...
1. Banyak baca, banyak ilmu (seperti disebutkan di atas)2. Tulis sesuatu yang anda suka dan dekat dengan diri sendiri (pengulangan buat kali ketiga)3. Sesuatu yang boleh menyentuh hati kita, insya-Allah boleh menyentuh h...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2021 02:22

Tips Penulisan Versi Rnysa (3)

Tips Penulisan #3Oleh Rnysa

Ilham, oh ilham!Macam mana nak cari ilham menulis?
1. Doa kepada Allah minta diberikan ilham yang baik dan bermanfaat.
2. Bacaan yang baik dan bermanfaat (Al-Quran, buku, buku sejarah Islam, majalah dll). Input baik, output pun baik. Jadi penulis kena rajin membaca, ya. Juga banyakkan mendengar perkara yang baik-baik.
3. Tulis sesuatu yang dekat di hati, yang disukai. Saya lebih suka fokus apa yang disukai daripada apa yang dibenci. Aura tenaga positif ala-ala Prof.Dr.Muh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2021 01:52

Tips Penulisan Versi Rnysa (2)

Tips Penulisan #2Oleh Rnysa

Tulislah perkara yang disyorkan dalam Islam.
Contohnya:
Islam menggalakkan berkahwin dengan orang yang sekufu, bukannya berkahwin dengan sepupu sendiri tau.
Ada contoh?
- Cerita kawan baik satu sekolah yang akhirnya berkahwin. Eh, dah macam dalam RADHA.- Cerita pelajar Malaysia yang jatuh hati lepas berkenalan atas shinkansen. Eh, ini macam Hikari Ainori la- Cerita aquarist yang sama-sama sukakan haiwan dan hidupan laut. Eh, yang ini pula macam dalam Albatros!- Cerita pela...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2021 01:46

Tips Penulisan Versi Rnysa (1)

Tips Penulisan #1Oleh Rnysa

Tulis apa yang anda sukaKerana yang anda suka itu lebih dekat di hati   Contohnya:
Saya suka watak Luke Brandon dalam siri Shopaholic.Jadi... dalam novel saya sendiri... ada Luke Brandon!Tak percaya?  Luke(watak dalam kisah Hikari Ainori)
Luke membetulkan sandar pada kerusi. Dia masih memerhatikan gerak laku gadis itu lagi. Luke pejamkan mata. Cuba menggeledah memori lama. Dia jenis senang cam muka orang. Selama ini memori dia tak pernah fail dalam face recognition. Lagi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2021 01:39

October 24, 2021

[1] En Effet, Une Histoire D’amour

En Effet, Une Histoire D’amour Oleh Rnysa
Un
Adeilah menyuap stroopwafel yang terakhir ke dalam mulut sebelum mengunyahnya dengan perlahan-lahan. Dia sedang menikmati pencuci mulut terkenal dari Gouda, Belanda itu untuk minum petang. Resepinya macam lebih kurang wafel biasa. Tapi jauh lebih nipis, kemudian kepingan wafer itu dibelah dua dan akhirnya disapu sos karamel. Ada juga yang gantikan dengan coklat. Adeilah suka versi original yang letak sos karamel homemade, papa yang buat sendiri.
Sambil me...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 24, 2021 06:56

October 4, 2021

[10] Cinta Sofea

Karya Pendek 
Cinta Sofea Oleh Rnysa
10

Dan apabila bertanya tentang DiaSesungguhnya Dia sangat dekat

Heisei 17 @ 2005

"Okey, sekarang ni Kak Adi nak buat ulangkaji sikit bab akidah. Siapa dapat jawab, Kak Adi akan bagi hadiah istimewa. Soalannya...
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, dia dapat rasai kemanisan iman.
Boleh tak Yani sebutkan tiga syarat tu? Kita pernah bincang tajuk ni awal-awal dulu." Adi memandang wajah bujur sirih Iryani Khalid, pelajar Tah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 04, 2021 09:20

September 28, 2021

[9] Cinta Sofea

Karya Pendek
Cinta Sofea Oleh Rnysa
9

Hadiahnya sebuah ikatanJanjinya dua hati bersatu
Heisei 16 @ 2005

Benarlah seperti pesan mama, jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap perkara dalam hidup itu adalah dengan kembali kepada Yang Maha Esa. Hanya Dia sahaja sebaik-baik tempat bergantung. Dia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Dia juga lebih mengetahui bahawa sesuatu itu baik buat seseorang, agama, penghidupan dan hari kemudian.
Nasihat mama lagi: "Kalau hati sendiri sudah tidak mampu memberi jawap...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2021 08:50

September 25, 2021

[13] Isyarat Dari Langit

Isyarat Dari LangitOleh Rnysa
13Bulai Mei
13 May 2010Medical Report
Name: Adriena Ayuni bt IdrisIC: 8xxxx-xx-xxxxx
The above name is being diagnosed as having schizophrenia under psychiatrist follow up since January 2008.
She is on medication and regular follow up. However she had history of 3 relapses last year. Currently she is stable medically.
In view of her medication, she is fit to complete her studies.
Thank you for your attention.
Your sincerely,Dr. Raziffa Munirah
***
"Kehidupan saya banyak berub...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2021 21:50

[12] Isyarat Dari Langit

Isyarat Dari LangitOleh Rnysa
12Hikari Monogatari
Dekat Cranfield Adriena rasa hidupnya lebih tenang daripada masa dekat US dulu. Meskipun tadi bagaikan ternampak-nampak bayang Que di perpustakaan, sedang setia menunggunya untuk sama-sama belajar. Ya, dia seorang lelaki yang setia sampai sekarang pun.
Dengar ceritanya, hubungan Que dan Hazelina sudah putus di tengah jalan. Janganlah Que datang ke sini pula. Adriena mahu belajar dalam suasana yang damai.
"Bungkusan untuk kau dari Malaysia!"
Pemberian ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2021 21:38

[11] Isyarat Dari Langit

Isyarat Dari LangitOleh Rnysa
11Siapa Sayang Saya?
Keseorangan.
Malam itu Adriena menangis bersungguh-sungguh.Seperti tangisan itu tidak akan berhenti.
"Allah tak sayang saya. Mak saya pun tak sayang saya. Tiada siapa pun sayang saya."
Lalu, tangan Adriena pantas bertindak balas.Jari mencoret tanpa dirancang di atas tilam dalam ejaan jawi. Dengan pantas sekali. Tanpa sempat dia berfikir pun.
"Allah sayang Adriena. Rasulullah sayang Adriena. Para malaikat sayang Adriena."
Adriena masih tersedu-sedu.
Namu...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2021 21:35