Awan Wafdan's Blog

October 29, 2023

MINGGU SOLIDARITI PALESTIN 2023


UCAPAN SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN


Alhamdulillah. Hari ini kita berkumpul untuk menzahirkan  solidariti atau sokongan buat Palestin yang sedang dijajah oleh Israel. Program ini bertujuan untuk mendidik kita sebagai pelajar tentang nilai manusiawi   yang turut merangkumi hak asasi manusia dan sifat ihsan, termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial.

Sebagai permulaan,  mari kita fahami dahulu punca sebenar krisis ini berlaku. ZIONISME. Untuk makluman rakan-rakan, asas idealogi Zionisme itu sama dengan idealogi Nazisme, mengagungkan bangsa sendiri dan mewujudkan nasionalisme yang melampau dalam kalangan satu-satu bangsa. Dulu, Fahaman Nazisme inilah yang mendorong Hitler melakukan genocide / pembunuhan beramai-ramai. Kini, fahaman Zionisme yang menjadi punca krisis kemanusiaan di Palestin.

Justeru rakan-rakan, untuk memahami krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Timur Tengah saat ini, hari ini kami akan berkongsi latar belakang Palestin dan sejarah penjajahan Israel.

Tahun 2023 ini, dunia digemparkan dengan peperangan   antara Pejuang Pembebasan Palestin dengan Israel yang bermula 7 Oktober 2023 lepas.

Palestin menyebut peristiwa ini sebagai Taufan Al-Aqsa. Israel pula menamakannya sebagai Misi Pedang Besi IDF. Namun yang pasti, peristiwa hitam ini bukanlah isu agama semata-mata, malah lebih teruk   berbanding itu. Isu ini merupakan krisis kemanusiaan paling ngeri yang pernah disaksikan oleh manusia zaman moden. Kerana itulah isu ini selayaknya   dilabelkan sebagai holocaust, genocide, ethnic cleansing atau apartheid yang Israel lakukan terhadap orang Palestin.

Hakikatnya, peristiwa ini tidak bermula pada 7 Oktober 2023. Penjajahan Israel terhadap Palestin sudah berlaku sejak tahun 1948 lagi. Suatu penjajahan zaman moden, kesan Perang Dunia Pertama.

Jika kita hendak bercerita tentang sekeping tanah yang menjadi rebutan di Timur Tengah itu, sejarahnya sangat panjang, kerana kewujudan tanah Palestin itu sudah ribuan tahun, sejak dari zaman Nabi Ibrahim / Abraham lagi.

Bermula dari didiami oleh nenek moyang Palestin, sehinggalah ke zaman Nabi Musa / Moses dan Nabi Daud / David, ketika orang Yahudi datang ke Semenanjung Sinai.

Sepanjang sejarah, Palestin telah diperintah oleh banyak kumpulan, termasuk Asyur, Babylon, Parsi, Yunani, Rom, Arab, Fatimiyah, Turki Seljuk, Tentera Salib, Mesir dan Mamluk. Dalam tempoh dari kira-kira 1517 hingga 1917, Empayar Turki Uthmaniyyah memerintah sebahagian besar wilayah itu.

Apabila Empayar Turki Uthmaniyyah kalah dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, penguasaan tanah Palestin jatuh ke tangan British. Pada tahun itu, Liga Bangsa-Bangsa (hari ini telah digantikan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu - PBB) telah mengeluarkan mandat ‘British untuk Palestin’.

Mandat British ini ialah sebuah dokumen yang memberikan kawalan pentadbiran Britain ke atas wilayah Palestin. Mandat yang berkuat kuasa pada tahun 1923 inilah yang dijadikan lesen oleh Israel Zionis untuk menubuhkan tanah air kebangsaan Yahudi di Palestin. Bertitik tolak dari peristiwa inilah bermula krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin ini.

Mari kita fahami sejarahnya.

Pada tahun 1947, selepas lebih daripada dua puluh dekad pemerintahan British, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan rancangan untuk membahagikan Palestin kepada dua bahagian – sebuah ‘negara’ Yahudi yang merdeka dan sebuah negara Arab yang merdeka.

Pada tahun 1947 inilah 100,000 orang pelarian Yahudi tiba di tanah Palestin untuk mendapatkan perlindungan dari Jews Holocaust yang dilakukan oleh Hitler ketika Perang Dunia Kedua. Pelarian Yahudi dari Eropah itu ​​telah diterima dan dialu-alukan oleh penduduk Palestin dengan tangan terbuka. Malah mereka menyediakan tempat tinggal dan pekerjaan untuk pelarian Yahudi itu.

Malangnya, menjelang tahun 1948, apabila idealogi Zionisme semakin popular dalam kalangan orang Yahudi, episod hitam bagi orang Palestin bermula.

Orang Yahudi Zionis telah menyerang dan mengusir lebih daripada 750,000 orang Palestin dari rumah dan kediaman mereka. Zionis itu telah merampas 78% tanah Palestin dengan membantai penduduk Palestin secara beramai-ramai. Maka, wujudlah sebuah negara haram yang diberi nama Israel.

Peristiwa 1948 ini digelar oleh penduduk Palestin sebagai Nakba, yang bermaksud Musibah.

Rakan-rakan sekalian….

Hari ini, rakyat Palestin yang telah diusir keluar dari tanah mereka pada tahun 1948 sudah tidak boleh pulang ke rumah mereka. Mereka terpaksa menjadi imigran dan pelarian di seluruh dunia. Seramai 7.8 juta rakyat Palestin terpaksa menjadi pelarian di seluruh dunia.

Di Malaysia ini, lebih daripada 1000 orang pelarian Palestin yang mendapat perlindungan di sini, tidak termasuk imigran Palestin yang belajar dan bekerja di sini.

Sementara orang Palestin yang masih bertahan di tanah air mereka, terpaksa hidup di bawah penjajahan Zionis Israel. Mereka telah dibunuh, diculik, diseksa dan didera oleh penjajah Israel. Selama 75 tahun lamanya, kekejaman yang dilakukan oleh penjajah Israel terhadap penduduk Palestin tidak berkesudahan.

Perjuangan pembebasan Palestin ini sudah lama. Bukan sahaja digerakkan oleh orang Palestin itu sendiri melalui dua siri Intifada yang mereka lakukan. Pada tahun 1967, negara-negara Arab pernah bersatu menyerang Israel untuk membebaskan Palestin. Namun, dalam perang yang berlangsung selama enam hari itu, Israel dibantu oleh Amerika Syarikat dan British sehingga menyebabkan negara-negara Islam di Timur Tengah kalah. Rentetan daripada Perang Enam Hari 1967 inilah, nasib rakyat Palestin semakin menderita. Israel lebih kejam dalam penjajahan mereka. Rakyat Palestin di utara diusir ke Gaza, dikurung di sana.

Rakan-rakan sekalian, Gaza itu kecil sahaja saiznya. Malah lebih kecil berbanding Melaka. Di dalam Gaza itu, lebih 2.2 juta rakyat Palestin yang tinggal, tanpa bekalan makanan yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik yang stabil. Setiap hari mereka hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa sahaja, tentera Israel akan menjatuhkan serangan kepada mereka.

Untuk makluman rakan-rakan sekalian, Gaza itu merupakan Open Air Prison paling besar di dunia. Penjara Terbuka Tersebar! Seluruh Gaza dipagar menggunakan tembok yang dikawal ketat oleh Israel. Penduduk Gaza tidak dibenarkan keluar dari tembok itu tanpa kebenaran Israel.

Mengapa perlu kita ketahui tentang keadaan Palestin?

Sekali lagi saya tekankan, isu ini bukan isu agama Islam semata-mata. Isu ini ialah isu kemanusiaan. Sebagai negara yang pernah dijajah, kita seharusnya faham bagaimana rasanya penderitaan hidup di bawah penjajahan. Hak kemanusiaan dinafikan, kita diperlakukan sebagai haiwan. Musibah yang sedang berlaku di Gaza ini ialah Bencana Kemanusiaan yang paling dahsyat pernah dunia moden saksikan.

Perang tahun 2023 ini bukanlah kali pertama Israel menyeksa orang Palestin. Saban tahun, setiap hari tentera Israel menangkap penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat. Hari ini bilangan penduduk Palestin yang dipenjara oleh Israel adalah melebih 8000 orang, tidak termasuk bilangan yang sudah mati diseksa di penjara.

Perang tahun 2023 ini dihebahkan kononnya bermula apabila pejuang pembebasan Palestin iaitu Hamas menyerang orang awam Israel. Propaganda Israel memfitnah kononnya Hamas telah memusnahkan rumah orang awam, membunuh dan membakar bayi yang tidak berdosa.

Rakan-rakan sekalian, realitinya tidak begitu. Kerana itulah perlu kita cakna akan isu ini.

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua,

Hamas ialah pemimpin politik di Gaza yang baru ditubuhkan pada tahun 1987. Padahal kekejaman Israel terhadap Palestin sudah bermula sejak tahun 1948 lagi. Parti Politik Hamas itu terpaksa menubuhkan pasukan tentera sendiri demi membebaskan Palestin. Sebagai parti politik, Hamas tidak memiliki kelengkapan tentera yang cukup untuk meletupkan kawasan perumahan dan membakar bayi orang awam Israel. Kebanyakan roket dan misil Hamas agak primitif jika dibandingkan dengan alat ketenteraan Israel yang ditaja oleh Barat. Senjata pembebasan Hamas dicipta dalam keadaan serba daif akibat penjajahan Israel.

Benar, pada 7 Oktober 2023 yang lepas, Hamas telah memulakan misi Taufan Al-Aqsa mereka dan menyusup masuk ke dalam perumahan orang awam Israel. Namun, realitinya serangan Hamas itu bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam Israel. Usaha Hamas itu salah satu cara mereka untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajahan Israel. Tetapi hanya untuk mendapatkan tahanan sebagai tebusan rundingan dengan kerajaan penjajah Israel yang telah memenjarakan lebih 8000 orang penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Malah, tentera Israel sendirilah yang telah melepaskan tembakan ke arah orang awam Israel sendiri pada 7 Oktober itu. Fakta ini bukan fakta palsu. Bahkan laporan dari media Israel sendiri yang melaporkan bahawa tentera Israel telah melepaskan tembakan ke arah orang awam Israel pada 7 Oktober sebelum perang bermula.

Rakan-rakan sekalian…

Penjajah Israel menjadikan misi Taufan Al-Aqsa yang dilakukan oleh Hamas itu sebagai alasan untuk memulakan misi Pedang Besi mereka, iaitu misi ketenteraan yang kononnya ingin menewaskan Hamas.

Tetapi rakan-rakan sekalian, itu hanyalah propaganda Israel. Bukti-bukti kekejaman Israel sudah tersebar di media sosial. Tentera Israel bukannya mensasarkan Hamas, tetapi dengan sengaja, tentera Israel mengebom orang awam Palestin di Gaza tanpa mengira agama.

Tujuan sebenar Israel Zionist ini ialah menghapuskan penduduk Palestin di Gaza. Malah lebih teruk lagi, pegawai-pegawai tentera dan menteri-menteri Israel melabelkan penduduk Palestin sebagai haiwan, binatang. Gelaran serupa yang pernah Hitler gunakan untuk menghalalkan kekejamannya terhadap orang Yahudi ketika Perang Dunia Kedua dulu. Kini, Israel melakukan hal serupa kepada orang Palestin.

Hari ini sudah hampir sebulan bumi Gaza dihujani dengan bom. 27 Oktober yang lepas, tentera Israel telah menyerang Gaza selama 13 jam tanpa henti. Serangan dilakukan dari semua arah, udara, darat dan laut. Hospital-hospital yang menjadi tempat perlindungan orang awam dijadikan sasaran serangan Israel.

Akibatnya, pada pagi 28 Oktober banyak mayat yang bergelimpangan sehingga kamar mayat di Hospital Al-Shifa, Gaza penuh. Akhirnya, mayat-mayat itu terpaksa dibiarkan bergelimpangan di luar hospital sementara menanti kubur besar siap digali.

Situasi yang berlaku di Gaza saat ini ialah Genocide. Holocaust. Pembersihan etnik. Selama hampir sebulan menyerang Gaza, tentera Israel telah menggunakan bom yang diharamkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa iaitu bom fosforus putih.

Bom fosforus putih sangat berbahaya, kerana dalam peledaknya terdapat cecair yang menyerupai asid. Teruknya kesan bom tersebut, sehingga apabila terkena kulit, bom itu akan menghakis semua organ dan otot, sehingga ke tulang.

Gara-gara penggunaan bom inilah, banyak mayat penduduk Palestin yang ditemui dalam keadaan tidak sempurna jasad. Kepala bayi terpisah dari badannya. Kanak-kanak kehilangan tangan dan kaki, ibu yang mengandung mengalami keguguran kerana rahim dan perutnya dihakis oleh bom larangan itu.

Tetapi rakan-rakan sekalian, kekejaman Israel tidak terhenti di situ sahaja. Pengganas Israel juga telah memutuskan bekalan elektrik, air dan makanan di Gaza. Bantuan Kemanusiaan yang dihantar dari seluruh dunia juga disekat oleh Israel. Bantuan Kemanusiaan dihadkan oleh Israel. Akibatnya, 2.2 juta orang Palestin yang terperangkap di Gaza mengalami kebuluran. Wabak penyakit mula berjangkit. Bekalan air bersih tidak ada. Hospital tidak dapat berfungsi kerana tiada bekalan elektrik.

Hari ini, Israel cuba mengusir 1.1 juta penduduk Palestin di utara Gaza ke bahagian selatan. Malangnya, apabila penduduk Gaza dari utara cuba ke selatan, tentera udara Israel menyerang mereka di tengah jalan.

Ini buktinya, Israel bukan ingin menewaskan Hamas seperti yang mereka dakwa. Tetapi mereka ini menghapuskan rakyat Palestin dari muka   bumi ini. Satu kekejaman yang tidak sepatutnya dialami oleh mana-mana manusia.

Israel telah menghancurkan hospital yang merawat ratusan orang awam yang cedera, seperti yang mereka lakukan terhadap Hospital Al-Ahli Arab pada 17 Oktober yang lalu.

Israel telah memusnahkan masjid-masjid dan gereja di   Gaza. Padahal masjid dan gereja ini menjadi tempat perlindungan orang awam dari serangan udara Israel yang ganas.

Sehingga 29 Oktober tadi, seramai 8131 rakyat Palestin   telah dibunuh oleh Israel. 20, 438 cedera parah, sementara 1 juta 400 ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Harus difahami di sini rakan-rakan sekalian. Negara kita tidak menganggap Hamas sebagai organisasi pengganas. Hamas bukan pengganas. Itu hanyalah   propaganda Zionis yang Israel sebarkan untuk menghalalkan genocide yang mereka lakukan terhadap Palestin.

Hamas ialah pejuang pembebasan Palestin.

Perjuangan untuk menghentikan bencana kemanusiaan di Gaza.

Sebagai negara merdeka yang mengutamakan hak asasi kemanusiaan, Malaysia berdiri teguh bersama perjuangan Hamas untuk membebaskan Palestin dari penjajahan Israel.

Dari sungai ke samudera,

Palestin akan merdeka.

From the river to the sea, Palestine will be free.

#FreePalestine! 

#freepalestine #savegaza #palestine #solidarity

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2023 01:48

May 8, 2023

Beyond the Pages of the Wordsmith : Road To PBAKL 2023

Bismillah... Dengan rendah hati dan penuh iltizam, saya jemput anda semua untuk temankan saya melalui denai-denai menuju #PBAKL2023.

.

Sebagai penulis novel fantasi dan buku healing di Malaysia ni, kenalah pulun untuk hebahkan kewujudan karya-karya saya ini. Mohon sokongan ya! Terima kasih didahulukan.



Oh, ya! Apa benda sebenarnya "Beyond the Pages of the Wordsmith" ni?


Mari saya jelaskan. Ini merupakan sebuah kempen media sosial khas untuk karya-karya saya yang telah terbit dan akan terbit di PBAKL kelak. Saya akan bawa kalian untuk mengenali ada apa di sebalik tulisan Awan Wafdan. Sama-sama kita jelajah tema-tema penulisan Awan Wafdan. Baik daripada Hikayat Adiwangsa, sehingga ke Hikayat Alam Melayu. Tentang penyembuhan jiwa yang mendorong kewujudan karya ini. Tentang pengalaman Awan Wafdan sepanjang menjadi penulis. Idea dan inspirasi yang mendasarinya. Pokoknya, #RoadtoPBAKL ini saya gunakan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran saya dalam menukang dunia fantasi, cinta saya kepada sejarah dan mitologi, bait puisi pembangun hati yang #GagalDicintai – semestinya cinta saya kepada Islam.



Saya jemput anda untuk berimaginasi dengan saya. Anggaplah kita sedang mengembara bersama sepanjang "Beyond the Pages of the Wordsmith" ini berlangsung. Ayuh! Kempen ini akan berjalan di semua media sosial saya, terutamanya Instagram, Facebook dan Tiktok. Cari je @seketulawan di mana-mana.

.

Oh, ya! Sepanjang kempen ini, jemputlah tanya soalan. Apa-apa soalan yang berkaitan Hikayat Adiwangsa dan dunia penulisan. Insya-Allah saya akan selitkan jawapannya di celah-celah jadual yang sudah saya rancang. Ndak da masalah itu!







#BeyondThePagesOfAwanWafdan #awanwafdan #penulismalaysia #pbakl2023 #writer #penulisnovel #novelmalaysia #pengarangmalaysia #healing #selfhealing 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2023 20:14

Hikayat Adiwangsa II

Gapura Matra akan dibuka PBAKL nanti.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2023 17:35

December 15, 2020

ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?

 

Denganmerujuk kepada fakta-fakta sejarah yang dicatat oleh para sejarawan, KesultananJohor kini ialah kesultanan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.

Sebelummenjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadappemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagikonsep pelantikkan seseorang raja/sultan.

Sebelumabad ke-17, orang-orang Melayu di Nusantara ini taat kepada sultan denganberlandaskan kepercayaan kepada Lagenda Bukit Seguntang (Keturunan IskandarZulkarnain) seperti yang ditulis dalam Sulalatus Salatin . Dek kerana itulah,susur galur kesultanan Melaka tetap ditaati. Namun, konsep ketaatan ini tidakselari dengan keadaan dunia ketika itu. Yakni konsep naungan/jajahankerajaan-kerajaan yang lebih berkuasa selain Kesultanan Melaka. Contoh palingmudah, kisah naungan Srivijaya, Majapahit, Dinasti China dan Siam. Kuasa-kuasayang diakui lebih besar di rantau Nusantara ini berkuasa melantik raja/sultandi mana-mana wilayah kuasa kecil di bawah naungan/jajahannya. Pengiktirafanlebih dipandang di mata dunia, bukan kepercayaan mitos semata-mata.

Maka,seawal abad ke-17, ketika bermulanya era penjajahan, kuasa-kuasa Barat mulamenjadi kuasa paling kuat di Nusantara, sehingga kuasa-kuasa besar Nusantara yanglain terpaksa tunduk dan akur. Ini bukan soal pro-barat atau tidak, cuma memangbegitulah realitinya politik dunia, termasuk Nusantara.

Jadi,selesai dengan fahaman tentang konsep kuasa raja-raja dahulu. Maka mari kitasingkap kisah panjang Kesultanan Johor yang menarik ini.

 

A.     DINASTI MELAKA

1.      SultanMelaka Yang Terakhir

-         1511,detik jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, Sultan Mahmud menyelamatkan diri keBertam, lalu ke Pagoh dan seterusnya ke Pahang selepas diserang oleh Portugis.Dari Pahang, Sultan Mahmud dan pengikutnya turun ke Bentan dan mula membinapenempatan di sana. Sultan Mahmud yang merupakan Sultan Melaka ini masihditaati oleh wilayah-wilayah naungan Melaka (Singapura, Siak, Kedah, Perak,Pahang dll) termasuk orang laut. Mendengar sahaja Sultan Mahmud membinapenempatan di Bentan, maka ramai yang datang untuk membantu Sultan Mahmud danhidup di Bentan, di bawah pemerintahan Sultan Mahmud.

-         DariBentan, Sultan Mahmud cuba untuk mendapatkan Melaka kembali. Banyak kali serangMelaka sehingga Portugis geram. ‘Selagi ada Sultan Mahmud, selagi itulah Melakatidak aman’. Maka Portugis pun serang Bentan sehingga akhirnya Sultan Mahmudterpaksa berundur ke Kampar, mangkat di sana (tetapi, ada catatan Portugis ygkata Sultan Mahmud berundur ke Kota Tinggi dan mangkat di sana – malangnyapendapat ini tidak selari dgn lanjutan kisah Sejarah seterusnya).

-         1528,Sultan Mahmud mangkat di Kampar, anaknya Raja Ali diangkat untuk menggantikanSultan Mahmud dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Denganini, berakhirnya Kesultanan Melaka (tetapi keturunannya masih ada) danbermulanya Kesultanan Johor-Riau.

 

2.      KesultananJohor-Riau

-         SultanAlauddin meninggalkan Kampar dan menubuhkan petempatan di Ujong Tanah, Johordan meneruskan usaha ayahandanya, Melaka terus diserang sehingga akhirnyaPortugis geram lalu menyerang balas semula sehingga Johor-Riau kalah danterpaksa berpindah.

-         Tidakcukup dengan Portugis, Johor-Riau ketika ini juga sudah terlibat denganperperangan melawan Jambi, Aceh dan Belanda. Semakin lama, kuasa Kesultanan Johor-Riausemakin kecil. Naungan-naungan yang dulunya di bawah Melaka, sudah mulamembebaskan diri dan berkerajaan sendiri tanpa merujuk waris kesultanan Melaka.

-         1606,Kesultanan Johor-Riau pernah bekerjasama dengan Belanda untuk menewaskanPortugis di Melaka. Belanda akhirnya menduduki Melaka. Johor-Riau akhirnyaberkembang menjadi salah satu pelabuhan besar di Nusantara di bawahperlindungan Belanda. (Johor-Riau menjadi negeri Melayu yang pertama iktirafdan akui pendudukan Belanda di Nusantara).

-         Kitapendekkan kisah Dinasti Melaka ke tahun 1699, kisah Sultan Mahmud Shah IImangkat dijulang. Ketika kemangkatannya, dikatakan Sultan Mahmud Shah II tidakmemiliki waris. Maka, Bendahara Abdul Jalil mengambil alih pemerintahan dengangelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718) sekaligus memulakanpemerintahan Dinasti Bendahara di Johor-Riau.

B.     DINASTI BENDAHARA

1.      SultanAbdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718)

-         DalamKesultanan Johor-Riau, keluarga Bendahara berperanan utk melantikpengganti-pengganti Sultan dengan merujuk kepada jurai sultan tersebut. Mudahkata, keluarga Bendahara ini penjaga kesucian darah-darah diraja. Namun,selepas Sultan Mahmud Shah II tidak meninggalkan waris, Bendahara Abdul Jaliltidak ada pilihan lain selain daripada menjadi Sultan Johor-Riau bagi mengelakkankesultanan melayu itu lenyap.

-         MemandangkanSultan Abdul Jalil bukan daripada keturunan sultan (tidak ada kaitan LagendaBukit Seguntang), maka tidak semua rakyat Johor-Riau suka dengannya. TetapiSultan Abdul Jalil tetap teruskan menjadi sultan dan mentadbir Johor-Riauterutamanya daripada segi perdagangan (pedagang mengakui kesultanan SultanAbdul Jalil).

2.     RajaKechil (1718 – 1721)

-         Puteradari Siak datang ke Johor-Riau mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Shah II danmembawa surat perakuan daripada Raja Minangkabau (Raja Minangkabau ini jugajurai daripada Lagenda Bukit Seguntang)

-         Ramaiyang meninggalkan Sultan Abdul Jalil dan mengangkat Raja Kechil jadi SultanJohor-Riau.

-         Tidakberpuas hati dengan keadaan tersebut, anak Sultan Abdul Jalil meminta bantuanbugis untuk mendapatkan kembali Johor-Riau (keluarga Bendahara yang menjagakesucian darah diraja tidak percaya Raja Kechil itu waris Sultan Mahmud ShahII)

3.     BantuanBugis Bersaudara.

-         Denganbantuan bugis, Dinasti Bendahara dikembalikan (selepas orang melayu tidakmenerima penguasaan Bugis) Sultan Sulaiman (anak Sultan Abdul Jalil) naiktakhta.

-         RajaKechil yang kembali ke Siak banyak kali cuba serang Johor-Riau, tetapi denganbantuan Bugis, Johor-Riau sentiasa menang.

-         1756,apabila Bugis semakin lebih berkuasa berbanding Sultan, Sultan Sulaiman mintabantuan Belanda untuk memerangi bugis di Linggi dan Rembau. Walaupun menang,Sultan Johor-Riau masih risau dengan pengaruh bugis yang masih kuat. Maka, dengansokongan dan naungan daripada Belanda, Johor-Riau kekal aman dengan SultanSulaiman sebagai sultan. Bugis tidak ada pilihan lain kecuali tunduk kepadapemerintahan Sultan Sulaiman yang dinaungi oleh kuasa besar Belanda itu.

-         1835,keamanan Johor-Riau di bawah pemerintahan Dinasti Bendahara akhirnya rapuhselepas kemangkatan Sultan Hussien (1819-1835) selepas Perjanjian London 1824.

-         Perluditekankan di sini, ketika ini di Nusantara, British dan Belanda sudah menjadikuasa yang paling kuat. Sedangkan Siam (kuasa Nusantara yang masih teguh) jugatunduk kepada British dan Belanda.

C.     DINASTI TEMENGGUNG

1.      PerebutanTakhta Johor-Riau

-         SelepasSultan Mahmud Shah III mangkat, anak-anak baginda berebut takhta (Tengku AbdulRahman & Tengku Long).

-         Secarahakikinya, Tengku Long sepatutnya dilantik menjadi Sultan Johor-Riau yangseterusnya, tetapi Yamtuan Muda Raja Jaafar (bugis) lantik Tengku Abdul Rahmanjadi Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga. Tengku Long di Singapura yangditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman.

2.      PerjanjianLondon 1824

-         StamfordRaffles datang ke Singapura untuk membuka pelabuhan. Selepas bertemu denganTemenggung Abdul Rahman, Raffles pergi berjumpa Sultan Abdul Rahman untukmeminta kebenaran. Tetapi Raja Jaafar tidak benarkan sebab Johor-Riau ketikaitu di bawah pengaruh Belanda.

-         Kembalike Singapura, Raffles yang tahu kisah perebutan takhta Sultan Johor-Riauberjumpa dengan Tengku Long dan mengiktiraf Tengku Long sebagai SultanJohor-Riau yang sah dengan gelaran Sultan Hussien. Temenggung Abdul Rahmankekal sebagai temenggung (Bendahara Ali di Pahang).

-         Kisahini melibatkan pertembungan dua kuasa besar di Nusantara ketika itu. Britishdan Belanda. Jadi, pengiktirafan kedua-dua Sultan ini diperakui keranakedua-dua kuasa yang mengiktiraf ialah kuasa besar.

-         Tidakberpuas hati, VOC Belanda cuba berperang dengan EIC British. Tetapi perperangantidak berlaku kerana Belanda dan British di Eropah setuju untuk tandatangan PerjanjianInggeris Belanda 1824.

-         Maka,tamatnya Empayar Johor-Riau, dan bermula Kesultanan Johor dan KesultananRiau-Lingga.

3.      BermulaDinasti Temenggung

-         1840,Sultan Hussien mangkat, dan anak baginda Raja Ali cuba dilantik menjadi SultanJohor. Tetapi, British tidak mahu kerana ketika itu Sultan Ali hanya berusia 11tahun, dan ingin melantik Temenggung Abdul Rahman menjadi Sultan.

-         SebagaiTemenggung, Abdul Rahman berbincang dengan British untuk melantik Sultan Aliagar tidak berakhir Kesultanan Johor di situ. British setuju. 1855, akhirnyaSultan Ali dilantik sebagai Sultan Johor tetapi baginda hanya berkuasa di bahagianKersang. Kawasan selebihnya, British arahkan Temenggung Abdul Rahman tadbir(Persetiaan 1855 – permulaan Dinasti Temenggung)

-         1877,Sultan Ali mangkat. Kali ini British bertegas untuk tidak melantik puteraSultan Ali (Tengku Mahmud & Tengku Alam) kerana British tidak melihatkepentingan tersebut.

-         Ketikaini sudah tidak ada keluarga Bendahara yang menguruskan urusan pelantikanSultan. Bendahara Johor-Riau yang terakhir telah dihantar ke Pahang. ApabilaJohor-Riau hancur, Bendahara di Pahang pun memerintah Pahang tanpa naungan sesiapa.Jadi, sebagai kuasa besar di Nusantara ketika itu (dan Johor berada di bawahjajahan takhluknya), British berhak menentukan pengganti sultan yangseterusnya.

-         Maka,British melantik Tun Abu Bakar (anak kepada Daeng Ibrahim yang merupakan anakkepada Temenggung Abdul Rahman) sebagai Sultan Johor secara rasmi pada 1886.

-         Bermuladaripada Sultan Abu Bakar (Maharaja), Dinasti Temenggung memegang tampukpemerintahan Kesultanan Johor di bawah naungan British. Sultan Abu Bakar telah mengubahdan memodenkan Johor secara bekerjasama dengan kuasa-kuasa Barat bagimengelakkan Kesultanan Johor dijajah oleh kuasa-kuasa barat walaupun akhirnyaselepas zaman Sultan Ibrahim, Kesultanan Johor semakin tidak mampu mengekangBritish. Sehingga ke hari ini, Dinasti Temenggung menduduki Kesultanan Johor.

KESIMPULANNYA…

KisahKesultanan Johor memang dinamik dengan perubahan dinasti-dinasti pemerintahsehingga banyak manuskrip yang ditulis untuk mencatatkan dinamiknya kesultananini – dan menjadi rujukan para sejarawan kini. Walaupun pernah wujud tuntutan daripadaRaja Kechil yang mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Shah (seperti yangdicatatkan dalam Hikayat Siak), namun sejarawan berpendapat kisah tersebutditulis untuk menghalalkan tuntutan (devineright) Raja Kechil (kerana Hikayat Siak ditulis dengan jelas Siak-Sentrik).

Jadi,sama ada Kesultanan Johor kini sah atau tidak, rasanya sudah jawab dalamlambakan fakta di atas. Silakan buat kesimpulan sendiri.

 

SUMBER:

PensejarahanMelayu Johor oleh Mardiana

SulalatusSalatin.

Pusat2pemerintahan Johor, UM

Andaya,Winstedt, Buyong Adil…. 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2020 02:43

December 1, 2020

KERAJAAN MELAYU ISLAM YANG SUDAH TENGGELAM (LANGKASUKA / PATANI)

 

Mari kita mulakan dengan sekilas kehebatan Kerajaan Pataniyang mencapai kemuncaknya pada zaman pemerintahan Ratu-Ratu Langkasuka;



.

Oh, ya! Menjawab persoalan sama ada Patani dijajah oleh Siamatau tidak, jawapannya YA! Siam menyerap teknik pecah dan Perintah dalampenjajahannya di Patani. Siam perkenalkan Sistem Thesaphiban utk memecahkanKerajaan Patani kepada tujuh bahagian. Kelak kita akan sentuh tentang itu.

.

Sekarang, kita jenguk dahulu kehebatan Kesultanan Pataniterlebih dahulu. Sejauhmana wilayah Langkasuka (Patani) itu? Daripada SegentingKra sehingga ke Negeri2 Timur Semenanjung Malaysia termasuk Kedah dan Utara Perak.Catatan kewujudan Kerajaan Langkasuka (oleh pedagang China) sudah bermula sejak200 masihi lagi sebenarnya.

775M, Srivijaya berjaya menaungi Langkasuka. Agama hindudigantikan kpd Agama Buddha. Di bawah naungan Srivijaya, Langkasuka mula jadipelabuhan perdagangan, bukan sekadar negara pertanian semata-mata.

Kisah panjang kita pendekkan, 1345, Langkasuka ditewaskanoleh Siam. Malah hampir lenyap Kerajaan Langkasuka ketika ini. Raja Bharubhasamenubuhkan Wurawari dan berlindung di Kota Mahligai (Kelantan). Bermula disini, kisah semakin menarik. Dalam Hikayat Patani, Patani ditubuhkan olehseorang raja drpd Kota Mahligai (dalam Hikayat Merong Mahawangsa pula, ditulisbhwa Langkasuka diasaskan oleh orang Kedah). Diteruskan cerita, Kota Mahligaiditinggalkan dan berpindah ke pesisir pantai Langkasuka (yg berjaya dirampasoleh Mahligai drpd Siam), diberi nama Patani.

1457, dicatatkan bermula kerajaan Islam Patani (SultanIsmail). Awal kegemilangannya, memang Patani ditadbir oleh lelaki. Tetapiselepas Sultan Bahadur (1573-1784), bermulalah pemerintahan Ratu-Ratu Pelangi Patani(Queens of Langkasuka). Kita sentuh kisah Ratu2 Pelangi ini, sebab menarik danGolden Age of Langkasuka.

Ratu Hijau (1584-1616)



-         Awal naik menjadi Raja Patani, Ratu Hijau mmgdapat tentangan hebat (sebab dia hebat) sehingga ada Bendahara yg memberontakcuba gulingkan. Mujurlah Ratu Hijau berjaya patahkan pemberontakan tersebut.Kesannya, kekuasaan Ratu Hijau diakui oleh orang2 besar Patani. Ratu Hijauteruskan kegemilangan Patani dalam perdagangan, malah menaikkan lagiperdagangan Patani sehingga Patani terkenal sebagai Pelabuhan Kerajaan Melayuyg besar di Nusantara (selari dgn Melaka). Jika Raja2 sebelumnya, Patani lebihfokus kpd pedagang Barat, di bawah Ratu Hijau, perdagangan Patani melebarsehingga ke Timur, Jepun dan China khususnya.

-         1603, Patani diserang dan tewas oleh Siam. TetapiSiam tidak berjaya jajah Patani. Patani bangkit kembali, dengan utamakanperdagangan (sbb sbg sumber utk mantapkan pertahanan juga) lebih ramai pedagangBarat datang.

-         Oh,ya! Ratu Hijau juga tidak lupa jalinkanhubungan diplomatic dgn Kerajaan Melayu Islam yg lain di Nusantara. Antaranya,mengahwinkan Ratu Ungu dgn Putera Pahang (hasilnya, Pahang pernah membantuPatani menewaskan serangan Siam).

Ratu Biru (1616-1624)



-         Selepas naik takhta, diplomasi Patani semakinhebat di bawah Ratu Biru (personally, aku sangat suka dgn Ratu Biru). Malah,Ratu Biru berjaya membaik puih hubungan dgn Siam sehingga Ratu2 Patani Siamgelar sebagai Raja Nang Cayang. (tapi hubungan baik ini berakhir pada zamanRatu Ungu)

-         Bukan setakat itu, kegemilangan diplomasi dibawah Ratu Biru juga yg membawa kpd kewujudan tiga Meriam hebat Patani (SriPatani, Sri Nagara, Mahalela) dan pembinaan Benteng Raja Biru.

Ratu Ungu (1624-1635)



-         Sumbangan paling besar Ratu Ungu adalah apabilaRatu Ungu berjaya mengekalkan kedaulatan Patani drpd serangan Siam yg bertaliarus (selepas pertukaran raja di Siam, Siam kembali cuba menjajah Patani – apa lagiselepas Ratu Ungu tidak mahu mengahwinkan Ratu Kuning dgn anak raja Siam).

-         Bijaknya, walaupun keadaan politik luar sgtkacau, perdagangan Patani masih berjalan lancar.

-         Kerjasama politik dgn kerajaan lain menjadipunca Patani lebih ampuh menewaskan Siam. (Kerjasama dgn Kelantan, Pahang danJohor)

Ratu Kuning (1635-1651)

-         Dipendekkan, masih gemilang pada awalpemerintahannya, tetapi akhirnya merosot dihujungnya gara-gara kemelut rumahtangganya sendiri.

-         Peristiwa paling penting sbg penanda kehebatanRatu Kuning ialah Perang Patani-Siam 1638. Patani menang. Lama Siam diam cubauntuk memulihkan kekuatannya kembali.

-         Namun, walaupun aman drpd ancaman Sian, dalamera pemerintahan Ratu Kuning ini juga bermula perang saudara sesama wilayah didalam Patani Raya itu (lebih tepat 7 wilayah, sehingga digunakan oleh Siam utkmelemahkan Patani).

-         Kemangkatan Ratu Kuning sebagai penanda pemulakemerosotan Kerajaan Patani (satu persatu raja lelaki dilantik tetapi tidakberjaya membangunkan semula Patani) sehingga akhirnya Patani digelar sebagai “OrangSakit di Semenanjung Melayu”

KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU ISLAM PATANI

1785, selepas Siam berjaya menewaskan Burma, Siam teruskanmisi menjajah Patani. Kali ini mereka berjaya apabila Sultan Mahmud berjayadibunuh dalam perang. Siam lantik Tengku Lamidin.

Dipendekkan lagi kisah yang panjang, lebih kurang 46 tahunPatani cuba bertahan daripada serangan Siam (selepas Tengku Lamidin, banyaklagi siri perperangan Patani-Siam yg kesemuanya berakhir dgn kemenangan Siam).

Kekalahan Patani tiba di titik jelasnya apabila dua Meriam mahsyurPatani (Sri Patani &Sri Negara) dibawa ke Bangkok. Dan Residen Siamditempatkan di ketujuh-tujuh wilayah Patani Raya pada tahun 1832.

1.      1. Pattani

2.     2.   Nhongchik

3.     3.   Raman (Reman)

4.       4. Legeh

5.      5.  Saiburi

6.      6.  Yala

7.      7.  Yaring


KESIMPULANNYA,

Kisah Kesultanan Patani boleh disamakan dgn KesultananMelaka yg gemilang melalui perdagangan dan kerjasama yg baik dgn Barat danTimur dunia. Bezanya, di Patani, sifat hasad dengki sesama pemimpin dan tidakmahu bersatu membawa kepada kegagalan pemimpin selepas Ratu-Ratu Pelangi untukmembangunkan kembali Patani.

1909, rasmilah terhapus Negara Patani kerana Patani telahdimasukkan dalam wilayah Siam melalui Perjanjian Bangkok. Tidak keterlaluanjika dikatakan, sejak 1909 lagi Patani dijajah oleh Siam sehingga ke hari ini.


SUMBER :

Naskhah Melayu Patani, Jabatan Sejarah UM.

Umat Islam Patani tulisan Mohd Zamberi

Patani dahulu dan sekarang tulisan A. Bangnara

Asimilasi Bangsa Melayu Patani, USM


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2020 00:53

December 22, 2019

NABI YANG MASIH HIDUP SEHINGGA KINI


BERAPA ORANG NABI YANG MASIH HIDUP SEHINGGA KINI ? 

Kisah ini sangat menarik perhatian saya. Terutamanya selepas membaca kisah Yakjuj Makjuj dalam Al-Khafi dan juga kisah Ponce De Leon. Jadi, saya ada buat sedikit pembacaan dan kemudian hasil pembacaan itu dimuntahkan dalam entry ini. Bacalah sehingga habis.
.
.
Dicatatkan.. ada 4 orang nabi masih hidup sehingga kini...

1. Nabi Isa A.S (QS 4 : 157 - 158)
Kisahnya, Nabi Isa cuba disalibkan oleh Yahudi.. tetapi Allah selamatkan Nabi Isa dan angkat Nabi ke langit sehingga detik2 hari pembalasan..

Lalu siapa yg disalibkan oleh Yahudi? Sahabat Nabi yg munafik.. diberi nama Yuhada.. Allah gantikan mukanya dgn muka Nabi Isa di mata Yahudi... So, Yuhada yg disalibkan..

Bukan Nabi Isa a.s.


2. Nabi Idris A.S. (Rujukan QS,19 : 56 -57 & Tafsir)
Kisahnya... Malaikat Maut minta kebenaran utk melawat Nabi Idris. Slps sembang dan lepak sama2, Idris ajak Malaikat Maut jalan2 di bumi.. Idris nak rasa bagaimana sakitnya kematian.. Minta dimatikan.dan dihidupkan kembali. Bila hidup semula, Idris nak tgok Neraka (alasan supaya lebih insaf.. Allah izinkan.. then depa pun jenjalanlah di Neraka.. Selesai melepak di Neraka, Idris minta ditunjukkan Syurga agar dia tahu apa ganjaran yg menantinya.. supaya dia lebih gigih beribadah..
Bila sampai di Syurga.. Nabi Idris xmau pulang ke bumi sebab dia sudah rasa bagaimana mati dan masuk neraka.. Allah kan dah janji.. kalau dah mati dan masuk neraka.. xkan dikeluarkan dari Syurga dah..

Kisah lain... Nabi S.A.W. jumpa Nabi Idris time peristiwa Israk Mikraj..


Itu dua Nabi yg dipercayai kini berada di langit... Sekarang.. Nabi yg dipercayai ada di Bumi 

3. Nabi Ilyas A.S (Berdasarkan Israiliyat : yg dicatat oleh Ahli2 lama Yahudi... jadi meragukan... follow AlQuran tau... Btw.. Nabi2 terdahulu ramai berbangsa Yahudi.. sbb tu Israliyat digunakan utk kaji sirah Nabi)

Ketika hampir dicabutnya nyawa, Nabi Ilyas sedih krna slps mati dia tidak ada peluang dah utk bertasbih kpd Allah. Then, Allah wahyukan Malaikat Maut utk tangguhkan hayat Nabi Ilyas sehingga Kiamat supaya dia dapat berzikir kpd Allah sepanjang hayatnya..

Tapi.. kalau dah berhenti berzikir kpd apa akan jadi kpd Nabi Ilyas? Dimatikanlah jawabnya...


4. Nabi Khidir A.S (Masih bersumberkan Israliyat)
Kisahnya, Nabi Khidir telah meminum air Ainul Hayat (Air keabadian : Ponce de Leon) ketika dia sedang mencarinya bersama Zulkarnain..
Hayatnya dikatakan panjang... sehingga masih hidup pada zaman Nabi2 sebelum Nabi S.A.W..

Kisahnya banyak diceritakan dlm AlQuran.. tetapi tidak dicatatkan sama ada dia masih hidup sehingga kini.

Dipercayai.. Nabi Khidir dan Nabi Ilyas akan berjumpa setahun sekali...

DISKLEMER... Kisah Nabi Khidir dan Nabi Ilyas tidak dicatatkan dalam AlQuran.. rujukan hanyalah berdasarkan Israiliyat.. Kebenaran kisah  dua nabi ini selalu jadi perdebatan para ulama kini.... Ada yg menggelarnya khurafat... Allahu' alam 

QS,21 : 34-35 "Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal?" 
.
"Sesungguhnya, andaikan Musa masih hidup, tidak halal baginya selain harus mengikuti ku" 
(HR Ahmad) 

Andai benar, Ilyas dan Khidir masih hidup, mereka pasti akan bertemu Nabi S.A.W. utk belajar.. tetapi tidak ada sebarang catatan menunjukkan mereka bertemu Nabi S.A.W.

Jadi, meragukan kesahihan mereka masih hidup.. yg penting baca dan fahami AlQuran.
JANGAN AL-QURAN DIJADIKAN PERHIASAN 

SELESAI


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2019 03:33

December 20, 2019

Review 'SEKALI LAGI, karya Auni Zainal'

#ULASANAWAN - NOVEL SEKALI LAGI, karya Auni Zainal


.
Buku yang berani lari daripada norma novel-novel melayu masa kini! Berani dan kreatif! Itu

yang saya terfikir ketika baca buku ini. Saya paling suka apabila buku ini tidak mengutamakan kisah cinta yang mengarut dan meluatkan.

.
Agak lama juga saya tidak tenggelam dalam pembacaan buku. Biasanya, selepas satu-satu bab, saya akan berhenti buat kerja lain.. tapi novel Sekali Lagi ini.. sekali lagi saya buat keputusan untuk abaikan urusan lain sebab nak habiskan baca novel ini dengan cepat.. teknik penceritaan yang digunakan oleh penulis sangat bijak menjerat pembaca dalam perangkap plot yang banyak menggunakan konsep 'set-up' dan 'pay-off' bagi saya. Awal pembacaan, penulis banyak menghidangkan persoalan yang akhirnya dijawab dalam lanjutan pembacaan. Kreatif dan jarang saya jumpa novel berbahasa melayu menggunakan konsep penceritaan seperti ini.
.
Plot twist boleh tahan mindblown... tetapi mungkin sebab saya sudah agak biasa dengan plot twist time travel.. jadi plot twist dalam novel ini tidak terlalu mengujakan saya.
.
Tetapi untuk Sekali Lagi, saya tidak dapat menolak bahawa saya banyak kali ditipu minda sendiri akibat teka-teki plot yang ada di sepanjang pembacaan. Lebih menarik perhatian apabila penulis menggunakan pemerian logik untuk menyangkal konsep tidak masuk akal dalam rentas masa seperti ini. Sekali lagi, buku ini sangat berani dan refreshing! .
.
Cuma, saya agak terganggu dengan teknik plot yang terlalu banyak menggunakan pemerian (exposition dump) dan beberapa kesalahan minor tatabahasa melayu. Dari segi keindahan berbahasa, penulisan jelas menunjukkan kekayaan bahasa dalam pengetahuan penulis. Terbaik! Jempol Good Job saya bagi. Looking forward untuk karya yang seterusnya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2019 07:26

November 7, 2016

CARA KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Sebenarnya artikel ini sudah lama dalam perancangan saya untuk ditulis. Idea-idea yang bakal dikarangkan dalam artikel ini sudah lama berlingkar dalam minda. Cuma masa dan kesempatan sahaja yang belum ada untuk mengarangkannya. Memandangkan sekarang saya sedang dalam fasa cuba memberi headstart untuk minda sendiri (yang sudah lama dibiarkan mereput tanpa pembacaan ilmiah), maka saya curi sedikit masa untuk memuntahkan semua apa yang ada di minda.
KERJA DI PUTRAJAYA TANPA MELALUI JPA/SPA.
Sebenarnya caranya sangat mudah. Saya tidak tipu. Sangat mudah. Tinggal lagi rasa malas kita yang sering menjadi penghalang untuk menolak hajat kita untuk berusaha melangkaui apa yang kita rasa mampu.
Baiklah, untuk memudahkan penjelasan tentang cara ini, lebih elok kiranya jika difahami dahulu lapis skim pekerja yang ada dalam perjawatan kerajaan. Dalam badan kerajaan, ada beberapa skim pekerja yang diwujudkan:-
1. Pekerja tetap
2. Pekerja kontrak JPA
3. Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Untuk skim pekerja tetap dan kontrak ini sudah semestinya perlu melalui lantikan JPA. Kemudian akan diagihkan ke mana-mana badan kerajaan yang memerlukan pekerja. Berbeza dengan PSH, autoriti diberikan kepada badan kerajaan tersebut untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka rasakan layak tanpa perlu melalui JPA/SPA. Cara inilah yang kami gunakan untuk mencari pekerjaan di Putrajaya ini. Hanya dalam masa sebulan sahaja kami sudah ditawarkan untuk bekerja di badan-badan kerajaan yang terdapat di Putrajaya ini. Skim Pekerja Sambilan Harian (PSH) sebenarnya bukan hanya terdapat di Putrajaya, tetapi turut ditawarkan oleh badan-badan kerajaan di seluruh negara. Saya tidak pasti jika sektor swasta menawarkan skim ini, tetapi saya betul-betul pasti bahawa semua badan kerajaan menawarkan skim ini. Perkara yang paling menarik tentang skim PSH ini, pengambilannya adalah sepanjang tahun. Tidak semua pengambilan akan diiklankan. Bergantung dengan kerajinan badan kerajaan tersebut. Proses pengiklanan jawatan kosong bukan sesuatu yang mudah kot!. Kadang-kadang keperluan PSH ini muncul secara tiba-tiba. Kesibukan yang datang secara tiba-tiba menyebabkan pengambilan PSH ini wujud kerana PSH akan menjadi pembantu kepada kakitangan kerajaan sedia ada.  Berdasarkan apa yang saya faham, skim ini ditawarkan dengan dua tujuan utama:-
1. Membantu kakitangan kerajaan sedia ada
2. Memberi peluang pekerjaan dan latihan kepada rakyat Malaysia terutama lepasan universiti dan sekolah. (Baik tak kerajaan kita?? Jilat sikiitttt)
Dalam skim PSH pula, terdapat beberapa skim perjawatan yang ditawarkan sama seperti pekerja tetap dan kontrak yakni berdasarkan tahap pendidikan masing. Mudahnya, gred jawatan yang ditawarkanlah. Harus difahami di sini, semakin tinggi gred jawatan yang ditawarkan, semakin berat jugalah beban kerja yang menanti. Oh, ya! Pengiraan gaji skim PSH adalah berdasarkan kehadiran. Banyak hari anda kerja, banyak gaji jugalah yang anda akan dapat di hujung bulan dan anda layak untuk mendapat potongan KWSP dan juga claim-claim duit untuk urusan yang berkaitan.
1. Pegawai Tadbir (PSU) PSH N41 – sekurang-kurangnya memiliki ijazah sarjana muda (Gaji: RM 100/hari)
2. Kerani PSH N29/27 – minimum harus ada diploma atau STPM/STAM (Gaji: RM72/hari)
3. Kerani PSH N17/19 – minimum SPM (Gaji: RM50/hari)
Baiklah, kita bergerak kepada cara yang kami lakukan untuk mendapatkan kerja ini.
Sedikit luahan perasaan.
Mungkin dalam zaman universiti dulu, saya agak aktif dalam pilihan raya kampus, dan saya dalam kelompok Aspirasi yang pro-universiti (ada yang kata UMNO Campus – sila meninggal). Maka wujudlah beberapa makhluk yang melabelkan kami kerja di Putrajaya menggunakan cable. Sedangkan pegawai-pegawai universiti yang rapat dengan saya hanya mampu menjadi rujukan dalam resume saya sahaja. Tidak lebih daripada itu. Cable celah mana aku pun tidak tahu.  Sila meninggal lagi untuk sesiapa yang menjatuhkan label kepada kami. Sedangkan kalau dibuat throwback bagaimana kami bermula, azabnya hanya Allah yang tahu. Oh, ya… tujuan luahan perasaan ini supaya kita sentiasa beringat agar hati jangan terlalu busuk dan jangan pernah bandingkan rezeki anda dengan orang lain. Tetapi bandingkanlah usaha anda dengan orang lain.

INI CARA SAYA.
Fasa pertama, penyediaan resume dan cover letter.
Sebelum tamat tahun akhir di universiti lagi, saya sudah menggigihkan diri sendiri untuk mereka resume dan cover letter secantik mungkin supaya lebih out-standing berbanding resume-resume yang lain. Mana taknya, pemohon-pemohon Skim PSH ini bukan hanya seorang dua, tetapi beratus-ratus orang. Jadi haruslah pandai bezakan diri anda dengan pemohon-pemohon yang lain.
Fasa kedua pula adalah sesi penghantaran resume secara walk in.
Habis sahaja latihan mengajar, saya segera bergegas ke Putrajaya untuk proses seterusnya. Minggu pertama di Putrajaya, sekali lagi saya menggigihkan diri dan dibantu oleh seorang kawan (pengangkutan) untuk menapak ke semua kementerian dan jabatan yang ada di Putrajaya ini. Ya, SEMUA. SEMUA YANG ADA DI PUTRAJAYA. Putrajaya ini pusat pentadbiran kerajaan Malaysia. Apabila pusat, sangatlah banyak salinan resume BERWARNA dihantar. Saya tekankan di sini, saya hantar resume secara terus ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (PSM) kementerian dan jabatan yang sempat saya pergi. Hanya tertumpu di Presint 1-4 di Putrajaya, saya cuma ambil masa 3 hari sahaja untuk menghantar resume saya. Bermula seawal 10 pagi sehinggalah ke pukul 4.30 petang (rehat pada waktu lunch). Panas? Sangatlah panas. Matahari kot! Tetapi kelebihannya Putrajaya ini agak berangin. Proses penghantaran resume agak mencabar. Saya terpaksa berhadapan dengan karenah pegawai-pegawai yang sibuk (mungkin saya agak mengganggu mereka). Ada yang mesra dan ada yang layan saya seolah-olah saya tidak wujud. Tetapi yang penting, resume saya segera sampai ke tangan pegawai/kerani yang ditugaskan untuk mengurus skim PSH. Ya. Anda tidak salah baca. Memang ada kakitangan yang ditugaskan khas untuk mengurus skim PSH ini. Nampak tak bertapa pentingnya PSH bagi badan-badan kerajaan? Ibaratnya PSH menjadi wadah untuk mengurangkan beban pekerja yang ada. Tentang pakaian pula, dinasihatkan untuk pakai pakaian kemas kerana jika rezeki anda, anda akan terus diminta interview pada masa anda menghantar resume secara walk in. Tetapi saya tidak ada pengalaman itu. Sebenarnya, penghantaran resume boleh melalui pos atau emel, tetapi saya memilih walk in untuk menunjukkan kesungguhan.
Fasa ketiga permohonan adalah follow up.
Fasa yang paling mencabar. Saya menunggu seminggu selepas penghantaran semua resume sebelum memulakan follow up. Pada masa yang sama, saya bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan penginapan kami. Top up kredit banyak-banyak dan call semua kementerian dan jabatan. Nombor PSM boleh cari melalui google. Setiap laman rasmi badan kerajaan ada direktori yang anda boleh godek-godek. Cara saya, saya call sesiapa sahaja kerani yang ada dalam bahagian PSM kemudian minta disambungkan kepada individu yang ditugaskan khas untuk mengurus PSH. Ayat-ayat yang saya gunakan untuk follow up:
“Saya (nama). Minggu lepas saya ada hantar surat dan resume permohonan PSH. Sekarang kementerian/jabatan puan ada perlukan PSH tak?”

Kemudian pandai-pandailah maniskan bahasa. 
“Nanti kalau ada kami akan call dik.. sabarlah. Banyakkan berdoa”
Follow up sangat penting. Jika anda tidak follow up, resume anda akan tenggelam di sebalik resume-resume yang lain.

Fasa keempat. Temuduga.
Lebih kurang dua minggu selepas hantar resume, saya dipanggil untuk temuduga yang pertama.Tetapi malangnya, bukan rezeki saya kerana saya masih belum memiliki transkrip ijazah sedangkan mereka memerlukan PSH N41. Seminggu kemudian saya dapat panggilan lagi untuk interview PSH N41 di kementerian lain lagi. Pengalaman interview kali ini sangatlah best. Sesi interview berjalan selama sejam! Padahal saya mohon untuk skim PSH je kot! Tetapi usai interview..jarak lebih kurang sejam juga, saya dapat mesej yang mengatakan saya lulus dan boleh berkerja bermula 1 Julai 2016. Interview selama sejam yang berbaloi.
Jadi, jumlah masa proses untuk mendapatkan kerja di Putrajaya ini hanya sebulan. Sebulan sahaja saya menganggur (sambil kerja sebagai pengawal keselamatan). Semuanya berkat  keizinan ALLAH, usaha dan pelaburan top up serta bantuan rakan-rakan saya yang sudah sedia bekerja di Putrajaya sebagai PSH sahaja.
Masuk minggu ketiga bekerja, saya dapat panggilan lagi daripada kementerian-kementerian yang lain, tetapi saya menolak kerana ada dalam kalangan mereka yang menawarkan gred yang lebih rendah dan ada juga yang menawarkan skim gred yang sama. Inilah kesan apabila saya hantar resume ke semua badan kerajaan yang ada di Putrajaya. Tawaran kerja datang bertubi-tubi. Kewujudan kos lepas terpaksa diambil kira. Jadi, kerjalah sebaik mungkin. Jangan banyak menular, jangan banyak berfoya-foya.
RINGKASNYA,
1. Siapkan resume dan cover letter sebaik mungkin.
2. Hantar secara walk in.
3. Follow up untuk tunjukkan kesungguhan sehingga PSM bebal dengan anda
4. Interview dengan yakin
5. Kerja (jangan lupa bayar PTPTN)
Skim PSH ini sebenarnya pekerja kontrak 3 bulan. Jika khidmat masih diperlukan, kontrak akan disambung 3 bulan lagi dan begitulah seterusnya. Mengikut pekeliling, Kontrak PSH hanya boleh sehingga enam bulan.
.
Ok. Sekian perkongsian. Semoga bermanfaat. Silakan share kalau sudi. Tidak perlu meminta izin. Saya siarkan artikel semi formal ini sememangnya untuk menjadi rujukan orang lain.
Siapa kami? Geng HatikuSado of course.
Wassalam.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2016 20:23

November 1, 2016

CARA QADA' SOLAT FARDHU yang tertinggal (dengan sengaja)

Cara QADA’ Solat Yang Tertinggal

Bahana meninggalkan solat dengan sengaja sehingga tidak boleh menghidu bau syurga. Mengapa??
Solat wajib yang ditinggalkan dengan sengaja TIDAK BOLEH diqada’'.
.
Tidak ada dalil yang mengatakan jika kita tinggalkan solat wajib dengan sengaja... maka kita boleh mengqada’'nya di lain waktu.
.
Sorry beb.. tidak ada dalil yang mengatakan kita boleh gantikan solat wajib yang ditinggalkan secara sengaja.
.
Bapak ahhh!
Entah dah berapa kali dalam hidup ni meninggalkan solat dengan sengaja. Terlalu banyak dah tidak terkira sejak dari awal baligh lagi. Bahaya weiiii... macam mana nak masuk syurga kalau macam ni? Sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab.
Kalau dah banyak kali tinggalkan solat fardhu dengan sengaja...maksudnya memang tak lepaslah nak masuk syurga.. Macam mana nak masuk syurga kalau begini.??
.
Tapi betul ke Solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja tidak boleh diqada'?
Ya, betul. Tidak ada dalil yang membenarkannya. Kalau anda ada menjumpainya.. sila tunjukkan kepada saya.
.
Rasional pertama mengapa SOLAT FARDHU YANG DITINGGALKAN DENGAN SENGAJA TIDAK BOLEH DIQADA’.
-:: Dalam Surah An-Nisa, Allah ada berfirman bahawa
 "Sesungguhnya solat merupakan kewajiban bagi orang beriman yang telah ditetapkan waktunya." (Ayat 103).
DITETAPKAN WAKTUNYA - Maksudnya kita dituntut untuk mengerjakan solat dalam waktu-waktu yang maklum. Tidak sah solat seseorang itu jika dilaksanakan diluar waktu sama ada sebelum atau selepas.
Jadi, kalau kita qada’ solat (ambil contoh maghrib) kemudian... yakni selepas usai waktu maghrib.. maka tidak sahlah solat itu.
Contoh : Petang selepas selesai bermain bola sepak. Of courselah rasa penat tak larat nak mandi.. nak keringkan peluh dulu baru mandi dan solat.. Tapi gara-gara terlalu menangguhkan masa.. azan isyak berkumandang.
"Tak pelah.. nanti aku qada’ je." Then solat isyak lalu qada’ maghrib... Settled!.
Errmmm... sayang seribu kali sayang... hutang dengan ALLAH tak settle lagi kalau macam tu. Qada’ solat yang kita lakukan tadi tidak sah! Mengapa? Sebab kita sengaja melambat-lambatkan solat maghrib sehingga masuknya waktu Isyak.
.
Sadisssss... sadis gila hidup.. Penat-penat qada’ solat tapi tidak pernah sah! Dah tu! Sape suruh dari mula sengaja tinggalkan/lambatkan solat?? kan dah rugi. Susah masuk syurga beb! Susah... solat dah tunggang-langgang dan banyak lompang.. payahlah nak lepas titian As-sirat.
.
.
JALAN PENYELESAIAN.
Taubat.

Allah tidak kejam. Allah sentiasa bagi ruang untuk hamba-Nya berusaha masuk syurga. Tak kisahlah seberapa banyak solat fardha yang dia sengaja tinggalkan. Dia masih diberi peluang untuk masuk syurga.
Masih dalam Surah An-Nisa. Allah menunjukkan cara macam mana kita nak membaiki kerosakan diri yang kita lakukan ini:-
"Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar." (Ayat 146).

Dalam satu hadis sahih menyatakan, untuk mengimbangi dosa-dosa (meninggalkan solat fardhu dengan sengaja) seelok-eloknya perbanyakkanlah ibadah sunat. Oh, ya! Jangan hanya solat sunat semata-mata. Taubat jangan lupa... hayati taubat anda...
“Amal manusia pertama yang akan dihisab kelak di hari kiamat adalah solat. Allah bertanya kepada para Malaikatnya – meskipun Dia paling tahu – “Perhatikan solat hamba-Ku, apakah dia mengerjakannya dengan sempurna ataukah dia menguranginya?” Jika solatnya sempurna, dicatat sempurna, dan jika ada yang kurang, Allah berfirman, “Perhatikan, apakah hamba-Ku memiliki solat sunat?.” jika dia punya solat sunat, Allah perintahkan, “Sempurnakan catatan solat wajib hamba-Ku dengan solat sunatnya.”
(HR. Nasai 465, Abu Daud 864, Tarmizi 415, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

Berdasarkan hadis ini, kita menganjurkan untuk segera bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat agar dapat menebus dosa-dosa meninggalkan solat fardhu dengan sengaja. In shaa ALLAH akan masuk syurga.
.
.
Aamiiiin.


<footnote: binusrah, konsultasisyariah.com & Quran>

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2016 02:20

October 30, 2016

PEWAI DI GUNUNG PULAI

Cerita tentang Gunung Pulai, Baling, Kedah. Baiklah. Bagi aku, ini kisah yang sesuai dipanggil sebagai satu Kifarah yang Allah bagi kepada kami secara tampak. Mengapa saya panggil kifarah? Teruskan membaca. Jawapannya ada di bawah.
Perancangan ke Gunung Pulai dimulakan oleh Ndokfdh. Kami yang menggelarkan diri kami sebagai #GengHatikuSado berancang untuk berpre-convo di puncak Gunung Pulai. Perancangan dimulai seawal dua bulan lagi sebelum kami memulakan pendakian. Sepanjang perancangan, kami banyak bertanya dengan otai-otai hikers yang lain. Rata-rata mereka mencadangkan kami melantik malim gunung (guide). Tapi masalahnya, aku boleh katakan kami agak takbur.
“Alaaa.. Pulai je kot!. Baling pun kami naik tanpa guide.” 
Infact, setiap kali hiking, kami memang lebih prefer untuk tidak menggunakan khidmat guide. Bagi kami, kurang seronoklah jika ada orang lain yang turut serta selain daripada kami #genghatikusado.
“Tapi Pulai berbeza. Kamu wajib ambil guide. Treknya banyak dan mudah sesat. Pulai tu sesuatu sangat. Kalau gunung lain bolehlah kamu naik tanpa guide. Tapi Pulai, jangan! Kena ambil guide.” 
Antara inti nasihat para otai hikers apabila kami suarakan keinginan kami naik Gunung Pulai tanpa guide. 
Proses mendaki Gunung Pulai, Baling, Kedah lebih mudah berbanding gunung-gunung lain yang kebanyakkkannya memerlukan perdaftaran dan pembelian permit. Gunung Pulai boleh je naik ikut suka. Tetapi. Trek Gunung Pulai “sesuatu” sangat. Otai-otai hikers yang aku kenal juga meluahkannya.
“Pulai ni sekali seumur hidup je la. Nak repeat tunggu bila mental betul-betul stabil dan yakin nak repeat.”
Sedangkan otai-otai hiker sendiri yang cakap macam tu, apatah lagi kami yang baru bertatih dalam arena pendakian di Malaysia ini.  Maksudnya trek Pulai ni memang jahat sangat! Tetapi sekali lagi.. 
“Alaaa.. Pulai je kot! Tak jauh beza dengan Baling.” 
Tak! Beza dan sangat berbeza. Pulai lebih jahat berbanding Baling.Demi hormat kepada pendapat otai-otai hikers, kami ikhtihar untuk mendapatkan seorang guide. Ndokfdh yang menjadi thinker kepada ekpedisi kali ini. Jadi dia yang bertungkus-lumus mencari guide. Pada awalnya, dia berjaya dapat seorang kawan (yang pernah mendaki Pulai-tapi bukan guide) tetapi tiba-tiba not available di saat-saat akhir. Oleh sebab gian nak berpre-convo di atas gunung, kami simpan di belakang telinga nasihat otai-otai dan gigih menuju ke Gunung Pulai tanpa guide.
Aku teringat teguran salah seorang ahli kami – Gyad.
“Kamu tu mau konvo okey, kenapalah mau hiking lagi? Kalau jadi apa-apa susah kamu?”
“Gyad, kami ini hikers. Kami sudah biasa pewai lepas hiking dan kemudian sambung buat aktiviti lain. Lagipun Pulai je la. Tidak sampai satu kilometer pun.” 
Aku menjawab dengan bongkak. Silap kami yang seterusnya, apabila ramai 5/6 daripada kami tidak memaklumkan kepada ibu bapa kami tentang ekpedisi ini. Mindset: Kalau kami beritahu, for surelah tak kan diizinkan. So kita pergi je lah. Tak pe. Pulai je kot!..Daripada unjuran cerita ini, jelas ketakburan dan kebongkakan di hati masing-masing di samping memandang mudah kepada kejahatan Gunung Pulai, Baling, Kedah. Teruskan membaca.
Sedikit fakta tentang Gunung Pulai, Kedah.
Ketinggian gunung ini hanyalah 610 meter sahaja. Agak rendah sebenarnya. Tapi dipanggil gunung kerana struktur batu kapurnya dan laluan yang lebih mencabar berbanding sesetengah gunung lain yang ada di Malaysia. Bagi aku, laluannya hampir menyerupai laluan ferrata Gunung Kinabalu, tetapi lebih mudah berbanding ferrata. Pulai adalah gunung berkembar dengan Gunung Baling. Pandangan puncak adalah 360 darjah. Puncak Gunung Baling pun jelas kelihatan dari puncak Pulai. Dari kaki gunung sehinggalah ke puncak gunung adalah batu-batuan. Hatta pokok-pokok yang tumbuh pun hanya berdiri di atas batu kapur atau dicelah-celah batuan tersebut. Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan batu kapur ini semua rendah dan tidak dapat meneduhkan laluan ke puncak. Panas dan tersangatlah panas. Kulit burn jangan cerita. Sepanjang laluan, Pulai akan menghidangkan anda dengan batu-batu kapur yang tajam dan sesetengahnya tidak kukuh (mudah terjatuh jika dipijak). Jadi, pakailah sarung tangan dan sunblock kalau nak jaga kulit. Oh, ya! Sila bawa air 3 liter seorang. Jangan kongsi. Sebab tak kan cukup. Tapi kalau nak dehidrasi, silakanlah.

Baiklah.Berbalik kepada cerita pengalaman Pewai di Gunung Pulai kami.Kami tiba di pekan Baling seawal pukul 4.00 pagi. Niatnya memulakan pendakian seawal 4.30pagi kerana ingin mengejar sunrise. Mendaki di Pulai, kami tidak bersendirian. Sejak awal pendakian lagi kami sebenarnya sudah dihalang untuk naik oleh ‘sesuatu’. Pulai memang sesuatu sangat!.Dengan berpandukan waze, kami menuju ke kaki Gunung Pulai. Tetapi kami tak jumpa. Akhirnya, Nirk bertanya kepada orang kampung yang masih jaga (sedang membaiki kereta).
“Tumpang tanya bang. Pintu masuk Gunung Pulai yang mana satu ye?”
“Korang dah jauh terlepas ni dik. (What?? Kami follow waze kot)Tak pe, abang tunjuk.” Dan kami dengan gigih mengikuti abang (yang bernama Farhan –so kami panggil Abang Paan)

Setibanya di kaki Gunung Pulai, Abang Paan bertanya mana guide kami.
“Kami tak pakai guide bang.”
“Tak pakai guide? Kamu ni biar betul?”
Kami hanya tersenyum dalam gelap. Akhirnya Abang Paan akur dan berusaha untuk menghantar kami ke pangkal laluan Gunung Pulai. (For record, Abang Paan adalah orang kampung situ yang memang dah biasa mendaki.) Hampir setengah jam kami mencari pintu masuk, tetapi tidak jumpa pintu masuk. Abang Paan berulang-kali bertanya sama ada kami serius nak mendaki tanpa guide. Kami dengan berkobar-kobar jawab ya.
“Orang nak datang melawatlah. Kau nak tutup jalan kenapa?” ujar Abang Paan sambil memandang ke kaki gunung. 
Seraya Abang Paan menanggalkan bajunya lalu memasang kekuda (seakan bersilat) sambil membaca ‘sesuatu’. Kami hanya memerhati.
“Dia tak izinkan masuk sini. Tak pe, kamu masuk ikut Gua Lelayang.” Kami masih akur.

“Laluan yang kamu akan masuk ni, orang jarang guna. Sebab laluan ni susah. Kamu serius nak masuk ni?” Tanya Abang Paan lagi. Ketika itu jam dah menunjukkan pukul 5.00 pagi.

“Masuk  je.. laluan begini (yang tidak berbatu kapur) hanya dalam 50 meter sahaja. Nanti bila dah masuk dalam, ambil corner kiri, kanan, kanan. Nanti kalau tak jumpa jalan call abang.” 
Kami saling bertukar nombor telefon. Di Gunung Pulai, rangkaian celcom sangat lancar.
Lega. Kami memulakan pendakian dengan hanya berbekalkan headlamp. Tidak sampai sepuluh minit kami di dalam Gunung Pulai, adegan sesat bermula.
“Tak boleh lalu kirilah. Tak de laluan.” Mirza yang menjadi guide terjun bersuara.
“Tadi abang tu cakap kiri, kanan, kanan kan?”
“Kita terlepas simpang kot.”

Kami berlegar-legar dalam ruang yang sama sambil mencari laluan seterusnya. Di hadapan ada batu tunggul yang sangat besar. Ke kanan juga bertemu batu tunggul yang sama (kecuali ada tangga buluh yang disediakan untuk memanjat batu tersebut. Ke kiri pula, gaung. Akhirnya kami duduk berfikir sehingga azan subuh berkumandang.
“Agaknya kena naik tangga tu kot.!”
“Tapi ada laluan ke di atas tu?”
“Cuba call Abang Paan.”
____________


“Bang, kami tak jumpa jalan dah ni bang.”
“Alamak, abang dah kat luar dah ni. Okey tak pe. Abang balik tukar baju dulu. Kamu tunggu situ.”

Sambil menunggu Abang Paan, kami mengerjakan Solat Subuh di bawah batuan tunggul gergasi itu. Lebih kurang pukul 6.45 pagi, Abang Paan menghubungi kami.
“Kamu dah jauh kat dalam ke?”
“Tak jauh pun.”
“Okey, kalau macam tu turun semula.”

Setibanya di kaki Gunung Pulai, sekali lagi Abang Paan bertanya soalan yang sama.“Kamu masih nak teruskan mendaki?” dan kami masih mengangguk dengan semangat. Orang nak pre-convo kot!
“Okey, kalau macam tu kita naik sama-sama”
Sepanjang pendakian ke atas, tidak ada sebarang apa-apa masalah yang berlaku. Hanya laluan trek yang mencabar sahaja melambatkan pergerakan kami. Ditambah lagi dengan karenah kami yang suka merakamkan aksi masing-masing untuk dijadikan Polaroid Pulai. Betullah apa yang Abang Paan kata, laluan yang kami lalui memang sangat jarang dilalui oleh pendaki-pendaki lain. Bahagian pendakian yang paling mencabar apabila kami terpaksa melintasi batu gergasi dengan hanya berpijak di atas dahan pokok yang kecil. Sebagai sweeper, aku memang terpaksa menjadi orang yang terakhir untuk melalui dahan tersebut -  dan dahan itu patah! Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku.Perjalanan kami sangat lambat kerana kami banyak berhenti sehingga akhirnya kami sendiri tidak sedar bahawa sudah hampir tengah hari tetapi kami masih belum sampai ke puncak. Sepanjang pendakian, sejujurnya aku sudah merasakan sesuatu yang agak janggal kerana kami tidak menemui sebarang penanda bahawa laluan yang kami naiki adalah laluan yang betul.
Abang Paan ni biar betul? Seingat aku, adik Nirk kata sepanjang laluan Pulai sudah ditandai dengan botol sebagai petunjuk laluan. Jadi, sepanjang laluan kami hanya perlu mencari botol-botol tersebut. Pada awal pendakian tadi, memang aku ada ternampak botol-botol yang dimaksudkan, tetapi lama-kelamaan botol-botol itu sudah tidak kelihatan. Bahkan trek yang kami lalui kelihatan dara sangat.
“Tak pe, kita buat laluan sendiri. Nanti kita namakan laluan tu dengan nama kita.” Abang Paan berseloroh.
“Yang penting kita sampai puncak bang.” Ujar kami.
Ya, memang tujuan kami hendak sampai puncak. Hendak menyarungkan jubah konvo di puncak Pulai menghadap ke Gunung Baling. Tetapi kalau dah laluan dara seperti ini menyebabkan perjalanan kami menjadi sangat perlahan. Mengharungi batu-batuan kapur yang besar dan tajam. Kemudian kena menyeberangi gaung-gaung dan lubang yang ada diselangi dengan pokok-pokok menjalar yang berduri turut menyebabkan perjalanan kami semakin perlahan. Bekalan air yang kami bawa pun sangat tidak cukup. Untuk enam orang, kami hanya berbekalkan 6 liter air sahaja. Sepatutnya (menurut nasihat para otai), seorang 3 liter air untuk mendaki Pulai.
Pukul 11.30 tengah hari. Kami masih belum bertemu dengan puncak. Hanya kelibat Jalur Gemilang sahaja yang menjadi panduan. Ketika ini, mental masing-masing dah mula koyak. Tetapi kami masih menggagahkan diri untuk sampai ke arah Jalur Gemilang yang berkibar. Sepanjang perjalanan, panasnya matahari tidak perlu untuk digambarkan. Panas memang panas. Kami dah tidak peduli muka burn ketika hari konvokesyen kami. Alang-alang mendaki Pulai, biar hitam yang penting mission accomplish. Lebih kurang pukul 12.00 tengahhari, kami tiba di Jalur Gemilang. Memang puncak Gunung Pulai. Tetapi bukan puncak yang kami harapkan (puncak yang mengunjur ke Gunung Baling). Puncak yang kami tiba dengan puncak yang kami harapkan dipisahkan oleh satu gaung dan laluan berbatu. Jarak perjalanan ke puncak yang satu lagi mengambil masa lebih kurang setengah jam.. dannn. Kami dah tak larat! Cukuplah dengan puncak ini. Pemandangannya pun dah cukup indah.
Di puncak, kami berehat makan dan minum lebih kurang setengah jam. Sambil cuba untuk berteduh di mana-mana bayang pokok (yang semua rendah). Puncak Gunung Pulai sangatlah panas kerana tidak ada pokok-pokok tinggi yang sesuai menjadi tempat teduhan.Di kejauhan,kami melihat awan hujan di pekan Baling -  dan awan itu sedang bergerak ke arah kami. Dengan pantas kami cuba menyelamatkan jubah dan alatan elektronik masing-masing agar tidak kehujanan. Tetapi, apabila awan hujan itu semakin menghampiri Gunung Pulai, hujan-hujan yang kelihatan lebat dari jauh tiba-tiba hilang. Hanya awan yang kelihatan. Agaknya air hujan dalam awan itu dah habis.
“Tangkap gambar wei, sia-sia kita naik lima jam kalau tiada apa-apa gambar.” Omelan kami. 
Dalam keadaan penat, kami pun gigih menyarungkan jubah masing-masing. Sesi fotografi pun bermula. Lebih kurang pukul 1.45 tengah hari, perjalanan turun dimulakan. Abang Paan yang menjadi guide kami tanpa sengaja memulakan penjalanan.Bagi aku, perjalanan turun jauh lebih mencabar berbanding perjalanan naik. Nyawa ketika menuruni puncak Pulai ibarat telur di hujung tanduk. Kami terpaksa menuruni batu-batu kapur yang rapuh, tajam dan mudah tergelongsor ke bawah. Silap langkah sikit sahaja boleh menyebabkan kaki tergelincir jatuh dan mungkin nyawa akan melayang jika terhempap ke batu. Seram jika difikirkan. Dari puncak gunung juga, kami dapat melihat kaki gunung dan kawasan perkampungan di sekitarnya.
Sejam berlalu. Kami masih menuruni kawasan berbatu. Ujian sebenar baru bermula apabila bekalan air sudah habis ditambah lagi dengan teriknya matahari dan kedudukan kami yang berada di atas batu. Sejam lagi berlalu. Aras pandangan kami ke kawasan kaki gunung masih sama dengan pandangan di puncak. Seolah-olah kami belum bergerak menuruni puncak tersebut. Abang Paan pesan, jangan tengok kaki gunung. Dia mengarahkan kami fokus kepada sebatang pokok yang tinggi berbanding yang lain kerana pokok itu menandakan kami sudah menghampiri kaki gunung.Akur dengan saranan Abang Paan, kami melawan segala kepenatan dan kehausan yang dirasai kerana kami optimis kami akan sampai di kaki gunung. Ketika ini, mental masing-masing masih kuat. Pewai tak pewai, kami masih gagahkan diri menuruni cerun gunung yang curam. Selesai penderitaan melalui kawasan panas batu-batu kapur dari puncak, kami terpaksa memasuki kawasan belukar yang berduri untuk sampai ke pokok penanda yang dimaksudkan. Duri-duri yang menyambar tubuh dah tidak dipedulikan. Paling penting ketika itu, kami nak sampai kaki gunung dengan cepat dan pulang ke Pulau Pinang untuk graduasi. Tetapi....
Sekitar pukul 4.00 petang. Kami semakin mendekati kawasan pokok penanda tersebut. Kelibat pokok tersebut kelihatan semakin jauh. Dan apabila kami tiba di kawasan pokok tersebut, pokok itu tidak kelihatan. Yang ada hanyalah tiga pokok mengkuang yang besar tumbuh sebaris. Di belakang barisan pokok-pokok mengkuang tersebut hanyalah semak-samun yang berduri-duri tajam. Abang Paan mengarahkan kami berpatah balik dan membuat lencongan ke kanan. Masing-masing sudah faham apa yang berlaku, tetapi masing-masing memilih untuk diam dan mengikut sahaja arahan Abang Paan. Usai dari kawasan pokok-pokok mengkuang gergasi tersebut, kami terpaksa melalui kawasan rotan yang berlingkar. Awat susah sangat wahai Pulai oooiii? 
Masuk pukul 5.00 petang, masing-masing sudah tidak mampu bertahan. Dehidrasi, lapar, haus dan penat. Mental kami dah mula koyak. Tak mampu menggagahkan diri sendiri. Bahkan untuk mengesot sahaja sudah mula tidak mampu. Sebagai sweeper, aku acap kali mendengar bunyi tapak kaki di belakang aku. Kadang-kadang kedengaran seperti orang sedang berlari meluru ke arah kami. Apabila aku pusing belakang, tiada apa-apa. Bahkan angin yang bertiup pun tidak kelihatan. Cuma aku sendiri dapat merasakan ada ‘sesuatu’ yang sedang mengekori aku dari belakang. Ketika berehat di bawah lingkarang rotan, aku dapat merasakan ‘sesuatu’ sedang bersandar atau duduk di bahu aku. Seram siakkk.
“Kita dah dekat dengan sungai dah.” Jerit Abang Paan. 
Ya, memang ketika itu, kami mendengar bunyi sungai berbalam-balam. Maksudnya kami sudah hampir dengan kaki gunung. Langkah diatur menuju ke arah bunyi sungai tersebut (kerana sungai akan mengalir ke kawasan kaki gunung). Namun, semakin dicari, semakin kelam bunyi air sungai itu dan akhirnya hilang. Ahhh... sudah! Beralih ke petunjuk seterusnya, dari kedudukan kami, kami dapat melihat sawah padi dan rumah-rumah kampung. Kami menuju ke sana dengan harapan akan segera sampai ke kaki gunung kerana sawah padi itu kelihatan tidak jauh. Pukul 6.30 petang, kami tiba di tebing cerun. Dari tebing cerun tersebut, kami dapat melihat sawah-sawah padi yang menjadi petunjuk kami tadi. Perasaan ketika itu adalah kempunan.Ya, kempunan. Kempunan bertemu sawah padi. Ibarat kau dah melihat cinta hati mu tetapi kau tidak mampu untuk mencapainya. Antara kawasan sawah padi dengan kami, kami dipisahkan oleh cerun bersudut 85 darjah yang setinggi lebih kurang 50 meter (menurut orang kampung). Hampa rasa hati ketika itu Tuhan sahaja yang tahu. Putus asa dan sangat putus asa. Tidak sanggup dan tidak larat lagi untuk meneruskan perjalanan.
“Abang, panggillah JPAM abang.”
“Kalau kamu panggil JPAM, bukan setakat kamu yang akan kena, abang pun akan kena sebab bawa kamu naik tanpa persediaan yang cukup. Kamu juga akan masuk berita. Viral.”
Apa yang Abang Paan katakan itu ada betulnya.Tak pasal-pasal kami akan menjadi headline “6 Orang Pelajar USM sesat di Gunung Pulai kerana berpre-convo,” atau paling teruk pun “6 Bakal Graduan USM sesat di Gunung Pulai.”
Awatlah hangpa bengap sangat dok beria nak pre-convo kat Gunung Pulai? Orang lain rilek jak pre-convo area USM dan Penang untuk pre-convo. Yang hangpa pi ketegaq sangat nak pi Pulai pasaipa? Kami naik Pulai bukan sebab nak nampak rare berbanding yang lain.Tetapi, ini adalah minat kami. Cuma kami sahaja tidak menyangka benda seperti ini akan berlaku. Pendakian yang dijangkakan akan berakhir sebelum asar akhirnya melarat sehingga ke usai Isyak.
“Kalau boleh dapat air minum rasanya kami boleh teruskan jalan kot. Yang penting dapat minum.” Mirza kata. 
Ya betul. Kami pewai namatey sebab dehidrasi sangat. Tidak pernah aku alami sedehidrasi ini yang apabila kau tutup mata, kau akan terbayang air sungai mengalir. Tekak pun terasa perit sangat. 
“Milo ais..milo ais..” Nirk menjerit. 
Aku yakin dia sedang cuba menghiburkan hati. Aku ketika itu, tidak mampu untuk bersuara.
“Rehatlah dulu, nanti akan ada orang yang ambil kita ke atas.” 
Alhamdulillah. Kami memang sudah tidak mampu untuk bergerak. Masing-masing merebahkan diri di atas rumput (nasib kami dah melepasi laluan berbatu). Tidak kisahlah baring di atas mana. Yang penting baring dan tutup mata. Dari arah perkampungan, kedengaran sayup-sayup azan maghrib berkumandang. Hujan menitik sedikit sahaja. Aku tidak tahu bagaimana kawan-kawan yang lain. Tetapi aku sendiri mengangakan mulut dengan harapan air hujan dapat membasahkan tekak. Tetapi hujan yang turun pun seperti hidup segan mati tak mahu. Tiba-tiba Gyad bersuara.
“Mirza, masih ada ruang kah sebelah mu?”
“Ada.”
Giyad beralih ke tepi Mirza. Menurutnya, di kawasan perbaringan sebelum ini, dia melihat kelibat sesuatu yang berwarna putih.Aku. Sukar untuk bertenang. Ada sahaja yang serba tidak kena. Seperti ada benda yang mencucuk-cucuk dari bawah. Aku salahkan ranting atau akar-akar kayu.  Apa yang pasti, aku haus dan nak minum, tak mampu nak bergerak.
Senja telah melabuhkan tirainya. Sayang, kerana pewai namatey kami tidak mampu untuk menghayati keindahan senja. Sedangkan dari pinggir cerun tersebut, senja kelihatan sangat lawa. Tetapi kami memilih untuk baring menutup mata sementara menunggu bantuan tiba. Azan Isyak berkumandang. Kami masih baring dalam gelap malam. Abang Paan mengarahkan kami mematikan lampu. Lebih kurang pukul 8.30 malam, kami mendengar suara orang kampung menjerit nama Abang Paan. Mirza yang tersedar awal segera mengejutkan Abang Paan. Isyarat lampu kecemasan dimainkan sebelum mendapat balasan daripada penyelamat kami. Beberapa minit kemudian, bantuan sampai dengan beberapa botol air mineral. Alhamdulillah. Suasana yang senyap menjadi riuh. Masing-masing menunjukkan rasa simpati dan menghulurkan bantuan. Satu pengalaman yang sangat mahal yang tidak mungkin kami lupakan. Rescue Mission by Penduduk Baling.
Tatkala air memasuki ruang tekak, serta merta peluh dingin membasahi tubuh. Ketika itu baru perasan bahawa badan kami kurang berpeluh kerana kekurangan air dalam badan. Kami menuruni Gunung Pulai melalui cerun yang ada hadapan kami. Dengan berbekalkan tali, kami dibantu menuruni cerun. Dalam rescue mission ini, sempat lagi kami diusik oleh ‘sesuatu’ yang menemankan kami sejak awal pendakian lagi. Batu-batu dengan sendiri tergelincir ke bawah dan hampir menghempap aku dan Mirza (yang lebih awal turun). Alhamdulillah. Setiap kali selesai menuruni satu tali, kami diberi air minum untuk menghidratkan diri sehinggalah kami tiba di kaki gunung. Secara tepatnya pukul 9.45 malam.
Setibanya di kaki gunung, alangkah terkejutnya kami apabila melihat ramai orang kampung yang menyambut kami. Masing-masing mengukir senyuman dan menghulurkan tangan. Entah berapa banyak motor dan kereta yang sanggup meredah belukar untuk menyambut kami. Terharu dan teruja. Tetapi yang penting kami sudah selamat tiba di kaki gunung. Kami di bawah ke rumah Tok Wan Abang Paan untuk membersihkan diri dan mengalas perut. Sekian pengembaraan. Kami dapat kenalan baru lagi. Best.
Banyak yang dijadikan pengajaran dan sempadan sepanjang kejadian ini. Semuanya sudah dinyatakan di atas. Alhamdulillah kami semua sudah selamat tiba di kaki gunung dan berjaya menghadiri majlis graduasi masing-masing. Akhirnya, secara rasmi semua ahli #GengHatikuSado sudah berjaya memegang sijil sarjana muda masing-masing. Alhamdulillah. 
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang pernah memberi nasihat. Maafkan kami kerana membelakangkan nasihat anda. Kisah ini hanyalah sedikit perkongsian yang diharap akan menjadi pedoman kepada mana-mana yang ingin menaiki Gunung Pulai, Baling, Kedah. Ingatlah, Gunung Pulai itu ‘sesuatu’ sangat.
Selepas kisah Gunung Pulai ini, terdetik hati untuk berehat daripada arena pendakian ini. Tetapi why bother? Allah dah beri pengalaman dan ilmu untuk berdepan dengan situasi seperti ini (yang mungkin akan berlaku di tempat lain) mengapa hendak dijadikan alasan untuk berhenti memburu keindahan ciptaan ALLAH di kawasan tanah tinggi? Trauma? Tidak sama sekali. Cuma bersyukur dikurniakan pengalaman dan pengajaran seperti ini.
Assalam.
Polaroid Pulai kami boleh saksikan di sini..!Dijemput menonton:-https://youtu.be/J-nTkOJ980U
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2016 02:23