Farihah Iskandar's Blog, page 2

January 19, 2012

Satu Babak Dear Yayah V

PhotobucketHaa. Pastinya adik-adik menantikan sambungan Satu Babak Dear Yayah kan? Kak Yayah minta maaf kerana terlalu sibuk sehingga terlupa untuk membuat sambungan Satu Babak Dear Yayah.
Haa. Di bawah ini adalah sambungan Satu Babak Dear Yayah. Baca lah :D
Atas katil, berselimukan comforter yang tebal
Dear Yayah,
Bingung!
Kalut!
Otak 'weng'!
Tentu kau terperanjat, bukan? Baru saja berbicara dengan kau, terkeluar pula perkataan-perkataan yang negatif. Jangan risau, kawan. Aku bukan mengata kamu, tetapi itulah aku lewat beberapa hari ini.
Aku benar-benar pening. Semuanya kerana budak yang bernama Asrul. Siapa dia sehingga berani buat hatiku jadi huru-hara begini? He has no right... No right at all!
Yayah,
Tidak pernah langsung terlintas dalam hati memainkan perasaan orang. Pada aku, dia adalah seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Bukankah aku sudah ada Hazman? Asrul tahu itu tetapi mengapa dia tetap mahu menyimpan perasaan terhadapku?
Pelik betul orang lelaki ini. Aku tidak faham langsung. Yang payah dan 'tak available' irulah yang nak dicubanya. Isk! Bukan aku seorang saja perempuan di sini. Masih ada ramai lagi yang 'single and available'. Bukannya Asrul itu tidak tampan. Siap manis lagi apabila sekali-sekala dia biarkan dirinya tersenyum. Aku agak yakin, ada beberapa hati yang sudah 'jatuh' dengan dia. Aku perasan tetapi aku tidak pasti jika dia perasan ataupun tidak... Ataupun sengaja buat-buat tidak perasan.
Entahlah...
Kau tahu, hidung aku ini masih pedih lagi, Yayah. Mengapa? Sebab terperanjat terlampau amat! Akibat terlalu terkejut dengan pengakuannya yang datang tanpa diundang, aku terhantuk pada dash board kereta dia tatkala cuba memanaskan muka. Mujur sahaja tak patah batang hidung ini. Jika tidak, tentu sudah kurang RM2300 nilai duit hantaran. Hahaha... Mohon jangan gelakkan aku. Bukankah aku sudah bilang tadi, otak aku sudah 'weng!'
Wahai Yayah kusayang,
Hati aku masih tertinggal di Malaysia. Jadi, tentu sahaja aku yakin dengan hati aku terhadap jejaka yang menulis surat cemburu tempoh hari. Wah! Baru aku perasan. Rupa-rupanya sangkaannya tidak meleset. Aku sahaja yang 'blurr'. Tentu dia lebih memahami perasaan kaum sejenisnya.
Err.... Patutkah aku beritahu dia apa yang berlaku? Ataupun aku diamkan sahaja. Biar sahaja hal ini menjadi rahsia antara aku dan Asrul. Lagipun aku tidak mahu Asrul berasa malu. Beria-ia dia memohon aku berjanji supaya tidak beritahu kepada sesiapapun, walaupun Suria.
Aku hanya beritahu kau kerana aku terlalu percayakan kau, Yayah....
Apa pendapat adik-adik? Adakah Jihan harus memberitahu Hazman tentang pengakuan Asrul ataupun tidak?
Sehingga bertemu lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 19, 2012 18:00

January 12, 2012

Untuk peserta Peraduan untu 'Dear'

PhotobucketHai adik-adik. Sebagaimana yang adik-adik tahu, Peraduan untuk 'Dear' sudah ditutup. Buat masa sekarang, Kak Yayah masih lagi mencuba untuk membaca semua puisi. Kak Yayah harap, adik-adik bersabar ya :) Insya Allah, pengumuman pemenang akan dilakukan pada hari Ahad ini. Tunggu :)

Sehingga bertemu di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2012 02:09

January 6, 2012

Peraduan Puisi untuk 'Dear' ; FI

Photobucket
Hai adik adik! Sempena pembukaan blog baru Kak Yayah dan sempena tahun baru, Kak Yayah teringin nak buat satu peraduan khas untuk peminat setia Dear Yayah ♥


Syarat-syarat ;


1. Letak tajuk entri : Peraduan Puisi untuk 'Dear' ; FI
2. Copy banner di atas dan link kan ke entri ini.
3. Follow blog Kak Yayah dan juga like fanpage Farihah Iskandar.
4. Sediakan satu puisi, untuk Jihan ataupun Hazman. Ikut pilihan hati adik-adik okay. Tajuk puisi ; BEBAS. Adik-adik boleh cipta sendiri :D
5. Tag 2 orang dan pastikan mereka tahu.
6. Hantar link entri peraduan ke komen entri ini.
7. Siap!

*Perhatian ; Bagi adik-adik yang tidak mempunyai blog, bolehlah hantar puisi ke inbox Kak Yayah di Farihah Iskandar.Contoh ;
Peraduan Puisi untuk 'Dear' ; FI
Tajuk puisi
Puisi yang adik-adik cipta
Senang kan? :DHadiah? Jom tengok!


T-shirt Limited Edition DY dan Keychain Teddy Bear ; 2 Pemenang
Topup RM10 ; 3 Pemenang
Topup RM5 ; 4 Pemenang.__________________________
Untuk pemenang bertuah iaitu yang menulis puisi paling kreatif ;
Satu T-shirt Dear Yayah Limited Edtion
Satu fridge magnet dari Frankfurt
Dan
Puisi beliau akan dimasukkan ke dalam novel Dear Yayah 6.


Macam mana? Menarik kan hadiah peraduan ini? :D
Ini adalah contoh Puisi. Adik-adik masih ingatkah sajak Jihan untuk Hazman di dalam Dear Yayah 1? Sekiranya tidak ingat, klik sini !
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini Kak Yayah memulakan Peraduan Puisi untuk 'Dear' ; FI
Tarikh tutup adalah 7 Januari 2011.
Pengundian secara keseluruhan akan dibuat oleh Kak Yayah dan beberapa juri lain.Tidak akan menggunakan Random.org
Apa-apa soalan, inbox ke facebook Kak Yayah.
Contoh entri peraduan klik.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2012 08:44

January 5, 2012

Satu Babak Dear Yayah 6 IV

Photobucket
Asrul mendekatinya. Mukanya tenang tetapi sedikit pelik, pada hemat Jihan. Mulutnya seperti terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi Jihan tidak pasti. Jihan tidak berapa dengar kerana kedua cuping telinganya juga sudah keras. Agaknya tahi telingapun turut keras lantas menutup lubang telinganya. Itu pendapat Jihan. Cuaca sejuk itu benar-benar buat dia kaku.
Tanpa melengahkan masa, Asrul segera membuka pintu kereta dan menolak Jihan masuk ke dalam. Dia lantas menghidupkan enjin keretanya dan memastikan pemanas kereta dipasang. Jihan segera membuka kedua sarung tangannya yang basah dan meletakkan kedua tapak tangannya pada saluran udara yang mula menegluarkan haba panas.
"Alhamdulillah..." Jihan benar-benar lega. Dia sudah terbayang berubah menjadi patung cendana di tengah-tengah tempat parkir kereta.
Asrul menoleh ke arah Jihan di sebelahnya. "Sudah lega?"
Jihan angguk. "Terima kasih..."
Asrul angguk. "Jihan?"
"Ya?"
"Saya..." Kata-kata Asrul terputus di situ. Dia menghela nafas dalam-dalam, seperti mencari tenaga dalaman atau kekuatan bagi meneruskan kata-kata.
Jihan masih tidak perasan. "Apa dia?"
Dengan pantas, Asrul menjawab, "Saya suka awak!" fuh! Lega! Seperti beban yang tersangkut atas bahunya berjaya itarik turun.
Jihan yang tadinya sibuk sedang menahan mukanya pada lubang angin panas, tersentak lantas hidungnya terhantuk agak kuat di situ. "Hah?"
Asrul menyukai Jihan? Apakah perasaan Jihan selepas mendengar pengakuan itu? Apakah yang bakal terjadi di antara mereka?
Haa. Semakin menarik kan adik-adik? :D
Sehingga berjumpa lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 05, 2012 23:57

January 2, 2012

Selamat bersekolah!

PhotobucketWah! Sekolah bakal bermula tidak lama lagi. Pejam celik pejam celik, sangat pantas masa berlalu. Bagaimana percutian adik-adik Kak Yayah? Semestinya adik-adik mempunyai banyak memori dan kenangan terindah semasa bercuti, kan? :D
Kak Yayah ingin mengucapkan semoga berjaya kepada adik-adik Kak Yayah yang akan bersekolah. Kak Yayah harap adik-adik akan belajar elok-elok, jangan main-main ya. Kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM & STPM pada tahun 2012 ini, Kak Yayah harap adik-adik akan belajar dengan lebih serius.
Selamat bersekolah dan semoga berjaya! ♥
Sehingga berjumpa lagi di entri baru, salam sayang dari Kak Yayah ♥
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2012 22:06

Farihah Iskandar's Blog

Farihah Iskandar
Farihah Iskandar isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Farihah Iskandar's blog with rss.