Srikandi's Blog, page 3

July 29, 2016

Ulasan Buku "Menelusuri Jejak Leluhur"







Pada bulan Ramadan yang lepas, saya telah menerima sebuah buku yang dari lukisan grafik pada kulit mukanya, saya agak 'familiar'. Tepat seperti sangkaan saya pada awalnya, ia adalah buku kedua dari siri Pengembaraan Merah Silu yang ditulis oleh saudara Radzi Sapiee. Saya pernah mengulas buku pertamanya di SINI.

Radzi Sapiee atau nama penanya, Merah Silu rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau lebih dikenali kerana siri buku Berpetualang ke Aceh dan aktiviti kebudayaan dan sejarah melalui penganjuran HIKMAH. Maklumat lanjut tentang HIKMAH boleh dibaca di SINI.




Buku ini diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing, syarikat yang sama yang menerbitkan buku saya bersama kawan-kawan, Tuan Ibnu Rusydi dan Tuan Semantani Jones iaitu Membongkar Rahsia Dunia Melayu : Pribumi Asia Tenggara.

Tanpa membuang masa, jom ikuti saya mengulas apa yang terkandung di dalam buku ini. Menelusuri Jejak Leluhur sebagaimana buku yang terdahulu Mencari Erti & Diri adalah berkonsepkan travelog peribadi dalam mencari susur-galur diri dan sejarah keturunan sehingga menelusuri juga sejarah bangsa Melayu yang bertebaran di seluruh Asia Tenggara. Apa yang saya faham, keseluruhan buku ini berasaskan kepada kisah dalam Hikayat Raja-raja Pasai (HRRP), yakni menceritakan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai, berdasarkan HRRP.

Saya akan ulas bab demi bab. Kita mulakan dengan bab pertama.

Bab pertama: Laluan dari Medan, mengungkap usaha Rashid dalam objektifnya untuk Aceh, bagi menyiasat sejarah dan persoalan yang selalu bermain di fikirannya. Perjalanan dengan menaiki feri dari Pulau Pinang ke Medan diceritakan pada awal bab.Di Medan, beliau dibantu oleh Kak Dewi, seorang wanita berasal dari Medan yang bermurah hati menumpangkannya bermalam malah sedia menunjukkan tempat-tempat bersejarah di Sumatera, terutama hajatnya ke Aceh. Walaupun suami Kak Dewi tidak menggalakkannya ke sana akibat konflik Aceh yang melanda wilayah itu menyaksikan ia di bawah pemerintahan tentera, namun Rashid tetap menyimpan hasratnya untuk ke Aceh.




Sementara di Medan, Rashid berkesempatan dibawa berjalan-jalan ke kota Medan dan melawat Masjid al-Mashun dan Istana Maimun. Ini membuka kisah Kesultanan Deli dan apa yang dilihat oleh Rashid ketika melawat istana itu. Terdapat kisah bangsal yang berisi 'Meriam Puntung' dan kisah Puteri Hijau. Selanjutnya bab pertama ini berkisar tentang sejarah Kesultanan Deli yang mana terkandung dalam perbualan antara Rashid dan rakannya yang bernama Nasri. Dari kisah Puteri Hijau dan Meriam Puntung sehingga ke cerita di dalam Hikayat Deli, seolah-olah ada dua garismasa, yakni era Deli Tua dan era Kesultanan Deli. Di sana mencadangkan nama 'Deli' berasal dari Delhi di India, yakni tempat asal raja yang mengasaskan kesultanan itu, yakni Muhammad Dalik yang bergelar Gocah Pahlawan kerana berjaya membantu raja Aceh menewaskan musuh-musuhnya.

Kemudian, penceritaan bersambung melalui perbualan antara Rashid dan Nur, watak yang telah dijelaskan pada buku pertama. Trivia, saya tahu siapakah wanita yang bernama 'Nur' ini. Jika anda membaca buku pertama, gadis ini begitu istimewa di hati Rashid, berjaya menawan hati pemuda itu sehingga terjadi peristiwa spontan di Trafalgar Square. Rashid meluahkan apa yang dilihatnya di Istana Maimun kepada Nur, betapa Kesultanan Deli telah menjadi kenangan sahaja di bawah pemerintahan Jakarta padahal Keraton dikekalkan dengan mendapat hak eksklusif. Ini memacu kepada sentimen anti-Jawa dalam luahan itu. Ini tidak menghairankan kerana sentimen seolah-olah 'anti-Jawa' di kalangan sukukaum di Indonesia masih wujud malah ada yang berakhir dengan pertumpahan darah seperti di Aceh, Timor Timur dan terkini di Papua. Malah di wilayah lain di Sumatera sendiri, banyak protes dan kritikan akibat pentadbiran Jakarta yang kelihatan memeras hasilbumi Sumatera tanpa membangunkannya dengan bersungguh-sungguh, tidak seperti di Jawa. Namun, Rashid menjelaskan, ia bukanlah sepenuh anti-Jawa, sementelah dalam susur-galurnya sendiri juga ada bersambung dengan keturunan Jawa. Rashid cuma geram dengan pemerintahan Jakarta yang Java-centric telah lakukan kepada Kesultanan Deli malah institusi pemerintahan beraja yang lain di Sumatera. Rashid juga geram dengan pemerintahan Jakarta yang terlalu 'menjawakan' wilayah-wilayah lain dengan pelbagai cara termasuk membubuh nama-nama jalan dengan nama para pemimpin berdarah Jawa dan sebagainya.

Kemudian masuk kepada definisi perkataan 'Jawa' itu sendiri, yang mana perkataan ini cognate pula kepada perkataan 'Jawi' yang umumnya merujuk kepada bangsa Melayu. Sebenarnya pada masa dulu, perkataan 'Jawa' bukanlah eksklusif kepada Pulau Jawa, malah digunakan pada lain-lain tempat. Ini termasuk nama kerajaan seperti Jawaka (Zabag) dan nama 'Jawa' itu sendiri dikesan digunakan di selatan Vietnam dan di Segenting Kra (termasuk Kelantan Tua) sepertimana yang tercacat dalam peta Marinus The Tyrian pada abad ke-2 Masehi. Malah dalam peta Claudius Ptolemy, Sumatera atau Borneo sendiri dilabelkan sebagai 'Jawadvipa'. Namun pada abad ke-5 Masehi, para pedagang China mula merekod nama 'Jawa' secara ekslusif ke atas Pulau Jawa apabila Yehpoti ('Jawadvipa' dalam sebutan China) di Borneo telah merosot perdagangannya dan diambilalih oleh Pulau Jawa. Etimologi 'Jawa' itu sendiri serumpun dengan perkataan Sawa(h) dan Hawa, yang bermaksud 'padang berlumpur' dalam daftar perkataan-perkataan Proto-Austronesia.

Kemudian cerita diteruskan dengan keinginan Rashid untuk pergi ke Aceh tetap diteruskan.

Bab kedua pula adalah permulaan kepada konsep keseluruhan buku ini, iaitu berdasarkan sejarah penubuhan Kerajaan Samudera-Pasai. Penceritaan diwakili oleh perbualan antara Rashid dan Samion, kawan lamanya yang kini menjadi ahli perniagaan berjaya. Bab ini bagi saya, memang enjoy sedikit sebab penceritaan dalam HRRP diselang-seli dengan keletah Samion yang asyik menyampuk dan mempertikaikan Rashid yang sedang bercerita. Kadangkala saya ketawa dengan sikap Samion yang memperlecehkan cerita Rashid dan akhirnya Rashid kadangkala mempermainkan Samion kembali yang bertidak melampaui batas; mengganggu Rashid bercerita dengan pelbagai provokasi.

Pada akhir bab ini, kita boleh melihat moral dari perbualan antara Rashid dan Samion, iaitu 'mengembalikan Kemelayuan yang hilang' yakni dituju pada diri Samion yang 7 tahun merantau ke UK menyambung pengajian dan terdedah dengan pelbagai budaya Barat. Saya menganggap Samion adalah stock pelajar yang mengalami kejutan budaya dan ingin 'jadi mat saleh lebih dari mat saleh'. Namun pada titik-titik tertentu, terluah dari dalam diri Samion, kerinduan pada dirinya yang lalu, anak kampung yang miskin dan pekat dengan suasana kampung Melayu yang nostalgik.




Bab ketiga menceritakan perjalanan Rashid ke Tanjungpura, Langkat dan melawat beberapa tempat seperti Masjid Azizi dengan tujuan untuk melawat Kampung Babussalam, pusat kerohanian Tariqat Naqsyabandiah terbesar di Sumatera. Bab ini kemudian memperkenalkan dengan Sheikh Abdul Wahab Rokan dan kisah-kisah seputar namanya.

Di dalam bab ini juga diceritakan luahan hati Rashid kepada Razak, seorang lagi rakannya dalam isu 'permainan wang' di Babussalam, sama seperti yang dilihatnya di Istana Maimun, dimana orang meminta-minta wang untuk masuk ke sesuatu tempat atau bertemu dengan seseorang. Dalam kisah Rashid ingin bertemu 'khalifah' tariqat, dia juga diminta memberikan wang. Namun wang 10,000 rupiah yang disediakan Rashid ditolak oleh 'khalifah' tersebut.

Bab keempat berasaskan kisah Kerajaan Samudera-Pasai dan pengaruh Islam yang menjadikannya 'Serambi Mekah'. Ia mengambil pengaruh yang kuat ke atas apa yang didakwa sebagai 'sabda Rasulullah s.a.w' yang terkandung di dalam HRRP. Kisah pengislaman Merah Silu sudah pasti dimasukkan ke dalam bab ini. Di dalam bab ini juga muncul watak Afiq, budak kecil yang lucu mempersoalkan Rashid yang menumpang rumah bapanya dan berpakaian selekeh. Juga watak Nasri, yang menjadi rakan berbincang tentang hal-hal berkaitan kedatangan Islam di Samudera-Pasai.




Untuk mendapatkan pandangan yang bernas tentang 'sabda nabi s.a.w' di dalam HRRP, maka Rashid telah bertemu dengan Badrul, bekas pelajar Kolej Islam Kelang dan merupakan kawan Rashid ketika di UK. Badrul digambarkan sebagai seorang yang memiliki profesion selesa dalam bidang agama dan pakar dalam bidang hadis terutamanya.

Perbincangan dengan Badrul saya kira paling hangat dalam buku ini. Ini disebabkan sikap Rashid yang bermatian ingin meyakinkan Badrul bahawa 'hadis nabi' di dalam HRRP itu adalah benar atau 'sahih'. Perbincangan bermula dengan bab Muawiyah, Saidina Ali  dan Ahli Bait, pertembungan antara Syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Menariknya, Badrul agak sangsi dengan Rashid pada awalnya, adakah Rashid cenderung ke arah Syiah. Namun Rashid menafikannya dan ini terbukti dengannya mengangkat kisah Muhammad Nafs Az-Zakiyah, yang merupakan keturunan Saidina Hassan, di mana Syiah hanya mengagungkan atau mengangkat seputar Saidina Hussein sahaja.

Bab kelima menyambung perbincangan antara Badrul dan Rashid. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, walaupun Rashid mencuba untuk mendapatkan pandangan yang menyelebelahinya namun Badrul tetap dengan pendiriannya bahawa sesuatu hadis mesti dinilai berdasarkan disiplin ilmu hadis yang betul. Walaupun Rashid mencuba pelbagai alasan termasuk merangka metafora yang sepatutnya 'menjerat' Badrul, namun kawannya itu tetap dengan pendiriannya.

Gagal mendapatkan pandangan positif dari Badrul, cerita diteruskan kembali antara Rashid dan Nasri. Saya kira tidak perlu diulas panjang tentang perbincangan seterusnya kerana ia menyentuh lebih dalam tentang raka-raja Pasai dan perkaitan dengan Perlak. Anda boleh membaca lebih lanjut di dalam buku ini.

Bab keenam dan terakhir,  lebih menceritakan tentang luahan hati Rashid. Ia berkisar tentang usahanya untuk menerbitkan buku yang akan menceritakan pengalamannya menelusuri sejarah diri dan bangsa. Kemudian ia terus melayang-layang kepada isu orang kaya, ahli politik dan golongan oportunis yang menipu dan mengamalkan faham matlamat menghalalkan cara.

Istilah 'home sweet home' muncul lagi. Sepanjang saya mengenali Merah Silu, beliau selalu mengomel tentang home sweet home yang pernah hilang dari hidupnya dulu. Tentang Nur dan orang-orang di sekelilingnya. Tentang kehidupan ala hippiesnya sewaktu muda. Tragedi seorang graduan Matematik dari Universiti of London yang kemudian bergelandangan tanpa harta-benda mencari pengertian diri. Bunyinya macam kisah-kisah ahli sufi, kan? Mungkin kurang untuk dipercayai namun itulah hakikat pengalaman seorang pengembara kehidupan yang bergelar Merah Silu.

Namun, saya gembira kerana Merah Silu akhirnya bertemu dengan 'home sweet home' di tangan seorang wanita berwajah lembut dan penuh keibuan.



Rumusan






Bertuahnya, anda boleh bertemu dengan penulis, Merah Silu @ Radzi Sapiee di Pesta Buku Selangor bertempat di SACC Shah Alam, 31 Julai ini pada Ahad pukul 1 hingga 2 petang.


 Apa yang menarik tentang buku ini adalah pengalaman penulis yang dicorakkan dengan bersahaja antara pengalaman merantau ke negara orang, perbincangan dengan beberapa rakan ketika ingin menceritakan sesuatu topik dan luahan hati.

Ini adalah satu-satunya travelog peribadi bernuansakan sejarah yang saya kira pernah ada di negara ini. Mungkin ada yang lain, namun ini lebih berjiwa dan 'deep'. Saya lebih merasa begitu kerana saya tahu kisah di sebalik cinta aneh antara Rashid dengan Nur yang tidak kesampaian sehingga ke hari ini dan kehidupannya yang tidak tentu arah selama 4 tahun bergelandangan ke sana ke mari dan menumpang di rumah Pak Syed di Janda Baik. Anda yang selalu membaca tulisan beliau sudah tentu dapat mengagak siapakah 'Pak Syed' ini. 

Amat menyentuh perasaan jika anda membaca buku-buku Merah Silu dengan pengetahuan yang mendalam tentang era 80-an ke era 90-an seperti yang selalu digambarkan. Ia bukan sekadar travelog biasa. Ada rahsia di dalam rahsia yang ditinggalkan oleh penulis. Bagi saya, kisah percintaan Rashid dengan Nur umpama lagu She's Gone.

She's gone,
Out of my life.
I was wrong,
I'm to blame,
I was so untrue.
I can't live without her love.

In my life
There's just an empty space.
All my dreams are lost,
I'm wasting away.
Forgive me, girl.
































 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 29, 2016 14:24

May 9, 2016

Buku 'Baiduri Segala Permaisuri'





Salam semua,
Sebenarnya Srikandi dah lancarkan buku terbaru pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 (PBAKL2016) yang lepas, bertempat di MAEPS Serdang.
Buku ini bertajuk Baiduri Segala Permaisuri, merupakan kumpulan tulisan-tulisan ilmiah dan separa ilmiah dari pelbagai medium yang ditulis Srikandi sendiri. Buku ini berbeza dengan buku Emas Para Dapunta & Maharaja yang merupakan catatan peribadi Srikandi berkisar sejarah Melayu khususnya.
Maaflah Srikandi tak kemaskini awal di sini sebab terlalu sibuk membantu team dan penerbit Srikandi sendiri untuk mempromosi buku terbaru ini,
Alhamdulillah, buku terbaru ini mendapat sambutan luarbiasa di pesta buku tersebut. Dalam fanpage Srikandi, selalu Srikandi koin-kan sebagai rockin' di pesta buku!
Selama sebelas hari dipamerkan, buku Baiduri Segala Permaisuri telah meroket carta penerbit ke tangga pertama selama 8 hari berturut-turut, hari ke 9, jatuh tangga kedua dan hari ke-10 kembali naik ke tangga pertama dan hari terakhir menutup tirai PBAKL2016 dengan mengekalkan tangga pertama bersama-sama buku Emas Para Dapunta & Maharaja di tangga kedua. 
Srikandi kongsikan carta terlaris di Terfaktab Media, yakni penerbit buku-buku Srikandi ketika di PBAKL2016:
















Setiap buku dalam carta tersebut memiliki kekuatan dan tribe mereka masing-masing. Mereka juga memiliki kawan-kawan dan peminat mereka yang tersendiri. Buktinya pada hari ke-9, sesi bertemu peminat dan beramahmesra di adakan. Jadi ini membantu melonjakkan jualan buku masing-masing.

Ini adalah di antara gambar-gambar yang dikirimkan oleh para peminat, fans dan pembeli buku Srikandi:

gambar ni feberet Srikandi hehe sbb senyuman tricky adik ni manis macam senyuman Srikandi ;)
comelnye adik kite ni





abang kite ni fans berat tau
Banyak lagilah foto-foto yang dikirimkan. Tak muat nanti kalau semua letak sini :)
Yang istimewanya buku Baiduri Segala Permaisuri ni adalah ia disertakan dengan rujukan sekali. Ini kerana ada pembaca yang hendakkan bibliografi diletakkan dalam buku Emas Para Dapunta & Maharaja. Sebenarnya buku itu berkonsepkan minitravelog sejarah dan jurnal peribadi Srikandi sendiri. Jadi tidak perlu bibliografi. Namun di dalam Baiduri Segala Permaisuri ada diletakkan sumber rujukan Srikandi kerana ia berkonsepkan artikel-artikel ilmiah.
Pada masa yang sama, pada 7 haribulan Mei yang lepas, artikel Srikandi hasil wawancara dengan Utusan Malaysia juga keluar berkisarkan pendapat tentang legenda Puteri Gunung Ledang.





Sebelum itu pula pada 29 April 2016, keluar ulasan ringkas buku Emas Para Dapunta & Maharaja di ruangan 'Buku Pilihan' di dalam Berita Harian.




Ada satu lagi artikel ilimiah Srikandi akan dijadualkan keluar di Berita Harian. Kalau ada rezeki nanti, bolehlah baca. Apa-apapun Srikandi akan kemaskini di fanpage.
Perlu diingatkan, buku Srikandi bukanlah buku status selfie atau novel hipster ataupun buku melawan kerajaan yang mudah popular dan lekas terhibur. Buku ini adalah membincangkan tentang SEJARAH khususnya sejarah Melayu!
Siapa kata buku yang discuss pasal sejarah tak boleh jadi 'pop culture'? Srikandi tak perlu buat press conference, seminar atau talk untuk promote buku-buku Srikandi. Ilmu di dalam buku-buku Srikandi akan bercakap sendirinya ke dalam sanubari pembaca.
Apa-apa pun bidang atau subjek yang kamu perjuangkan, kena buat sungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas dan padu umpama besi waja. Dulu (dan masih lagi) orang perlecehkan Srikandi sebagai hanya blogger, so-called historian dan sebagainya. Sori la, Srikandi bukan sekadar blogger biasa-biasa. tetapi vampire of history.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Srikandi ada objektif dan target Srikandi untuk disasarkan. Para haters yang mengutuk Srikandi belakang-belakang dan menuduh Srikandi memecahbelahkan umat itu wajib 'bertaubat'. Srikandi memang pecahbelahkan, tetapi pecahbelahkan pemikiran jumud dan goblok kawan-kawan si haters yang buat kepala tau tentang sejarah Melayu. Bila Srikandi bash kawan dia yang buta sejarah tu, dia sentap sama. Very funny.  Apapun, kedua-duanya sampai sekarang dok tang tu jugak. Sampai bila nak jadi Melayu yang tahyul dan lembik? :)
Buku-buku Srikandi dibeli dan dibaca juga oleh pakar-pakar akademik, jurnalis, profesor, ahli arkeologi dan profesional. Ini buku fizikal tau, bukan ebook atau status media sosial. Srikandi tau ni sebab daripada signature pada emel-emel mereka kepada Srikandi atas pelbagai urusan. Separuh darinya mengajak Srikandi ke seminar dan talk
Nak berjuang kena kental dan konsisten. Kalau hidup macam lalang, baik kena racun rumpai.
Ada rezeki, Srikandi celoteh lagi di posting akan datang. 
^_^

















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2016 20:12

January 30, 2016

Ulasan Buku " Tanah Baru Naga Selatan "







Salam semua,

Pada Disember yang lepas, saya telah menerima satu bungkusan yang berisi buku bertajuk "Tanah Baru Naga Selatan" (seperti dalam gambar). Buku ini adalah tulisan Mohd H. Roslan yang bertugas sebagai Pembantu Arkib di Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang.

Buku ini diterbitkan oleh Geroda Merah Resources yang beribupejabat di Kuantan, Pahang. Melihat dari rupabentuk fizikal buku ini, mengingatkan saya tentang buku-buku sejarah zaman tawarikh emak saudara saya tahun 80-an dahulu. Dengan rekaletak, gaya tulisan dan persembahannya amat oldskool. Tersenyum saya memerhatikan buku ini. Namun bukankah di sana ada pepatah, "Don't judge a blog by its followers" ...emm...jadi mari kita lihat apa di dalamnya.

Gambaran awal kepada konsep keseluruhan karya ini adalah mengupas tentang sejarah masyarakat Cina Seberang Laut (CSL) terutama yang berkaitan dengan mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu ketika kekacauan politik dan perang sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20. Namun di awal tulisan ada diceritakan juga secara ringkas tentang sejarah asal-usul orang Cina atau orang Han dan sejarah dinasti serta peranan orang Cina pada masa dahulu dalam hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan di Nusantara terutama dengan Srivijaya dan Kesultanan Melaka.

Dalam bab Pengenalan, diceritakan secara sepintas lalu tentang sejarah orang Cina dan sekaligus menggambarkan halatuju buku ini. Saya cuma tertarik untuk mengupas sedikit topik 3 jenis orang Cina di Tanah Melayu yang dikelaskan oleh penulis seperti yang berikut:

Kumpulan A:  Kumpulan orang Cina yang masih menganggap diri mereka terikat dengan Tanah Besar China. Mereka cuba untuk mengikuti perkembangan, politik serta sosio-budaya yang berlaku di China. Kadangkala sikap ini dicurahkan di tempat tinggal mereka yang baru dengan memaksakan ideologi atau idea politik di kalangan masyarakat pribumi.

Kumpulan B: Kumpulan orang Cina yang bersikap materialistik, keras kepala, memencilkan diri atau tidak mahu bergaul dengan kaum-kaum lain serta fokus kepada diri dan usaha-usaha mereka mencari rezeki di sini. Mereka ini selalunya lebih suka berdiam diri dari mencampuri urusan politik, namun atas usaha mencari rezeki, mereka berusaha memanfaatkan peluang-peluang walaupun terpaksa bekerja dengan orang Melayu dan bangsa-bangsa lain.

Kumpulan C: Kumpulan orang Cina yang mana identitinya sederhana di antara kesetiaan dan minat kepada kehidupan sosial di tanah tempat mereka hidup dan mencari rezeki (yang mana jauh dari tanah neenk moyang mereka yakni China). Mereka ini termasuklah golongan Baba & Nyonya dan kaum Peranakan yang berasal dari Negeri-negeri Selat. Orang Cina yang memiliki rasa nasionalis kepada tempat tinggalnya juga termasuk dalam kelompok ini di mana kadangkala mereka lebih memahami masalah kaum pribumi dan bahaya yang bakal menimpa mereka lebih dari kaum pribumi itu sendiri dan seringkali bertindak membela kaum pribumi itu.




Bab Asal-usul menjelaskan tentang beberapa perkara tentang sejarah awal orang Cina termasuk asal-usul gelaran 'Tionghua' atau 'Tiongkok' (lebih popular di negara seberang) yang berasal dari dialek Hokkien yang bermaksud 'Zhongua' dalam bahasa Mandarin. Ia bermaksud 'negara tengah' atau 'negara pusat' yakni kepercayaan seawal zaman Dinasti Zhou dahulu bahawa Negeri China adalah pusat peradaban manusia.

Dijelaskan juga topik orang Manchu, Han dan negeri-negeri dan penduduk wilayah selatan atau 'Yueh'.

Bab Pelayaran, Perdagangan & Penempatan Awal mengupas tentang peranan orang Cina dalam perdagangan maritim dan hubungan mereka dengan kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Saya cuma ingin mengulas tentang rujukan dari Ma Huan tentang Melaka yang dikatakan membayar 48 auns emas kepada Siam sebagai ufti. Sebenarnya ketika itu (1409) apa yang dikatakan sebagai 'Siam' bukanlah kerajaan orang Thai seperti Sukhotai atau Ayuthaya tetapi Nagara Sri Dharmaraja di mana mandala atau pengaruhnya mencapai 12 negarakota utama. Di dalam Riwayat Sri Dharmaraja ada menyatakan semua wilayahnya perlu membayar cukai 'emas dan perak' untuk 'disimpan di dalam simpanan kerajaan'.

Ayutthaya ketika ini di bawah raja bernama Inderaraja (Intha Racha I) dan suasana politik ketika itu agak berkecamuk dan tidak stabil dengan perebutan takhta sesama keluarga bangsawan dan tiada rekod dari Thailand menyatakan pada ketika itu Ayutthaya sudah memiliki pengaruhnya sejauh Melaka. Sekalipun abad ke-19, kerajaan Chakri masih berusaha bermati-matian untuk memiliki Kedah secara mutlak namun dilepaskan atas kebijakan diplomasi bangsawan Kedah dan tekanan mainan politik dari Inggeris. Patani dan Singgora masing-masing pun hanya jatuh ke tangan Chakri pada abad ke-18 setelah berperang dalam beberapa siri pertempuran.

Selainnya di dalam bab ini adalah sejarah hubungan dengan Srivijaya dan saya kira penulis mengambil jalan selamat dalam mengungkap tentang Srivijaya. Ini tidak menghairankan kerana semua rujukan tentang Srivijaya memang mudah didapati kini dan direkod oleh pelbagai bangsa di dunia.

Saya ingin mengulas tentang perkataan 'Saba' atau 'Zaba' yang disentuh dalam buku ini merujuk kepada kerajaan Zabag. Sebenarnya di dalam peta Claudius Ptolemy, terdapat dua nama berkaitan 'Saba' atau 'Zaba' di petanya. 'Zaba' diletakkan di selatan Vietnam pada hari ini,tepatnya di kawasan Khmer Krom. 'Sabana' terletak di selatan semenanjung. Pakar linguistik dalam projek PAN (Proto-Austronesia) bersepakat bahawa perkataan Jawa-Hawa-Sava-Saba-Zaba adalah serumpun dan memiliki makna yang sama, yakni kawasan berlumpur untuk pengairan tanaman atau ringkasnya sawah bendang. 

Bab Hubungan Cina-Jepun mengungkap perit getir hubungan antara orang Cina dan orang Jepun terutama ketika abad ke-19 dan semasa Perang Dunia Ke-2. Bab ini bagi saya yang sudah tahu isi kandungannya agak tidak menarik perhatian sementelah isinya bagaikan menyalin semula apa yang terkandung dalam buku-buku teks atau sejarah mengenai situasi di China ketika perang pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sampai di sini baru saya perasan akan sesuatu mengenai buku ini; ia terlalu tepu dengan notakaki dan rujukan sehingga setiap perenggan atau mukasurat dipenuhi rujukan seolah-olah semuanya disalin dari buku-buku tanpa ada ulasan atau pandangan sendiri dari penulis.

Sukar untuk membezakan yang mana satu hasil pandangan segar dari penulis sementelah semua ayat-ayat di dalamnya sepertinya disalin dari buku-buku yang dirujuknya. Namun kita teruskan membaca buku ini kerana di akhirnya mungkin ada ulasan jika tidak pun sepatah dua kata dari penulis sebagai penggulungan atau kesimpulan.




Di akhir bab, saya tertarik dengan pernyataan bahawa selepas era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, orang-orang Cina 'menaruh dendam' kepada orang Melayu kerana merasakan mereka dikhianati padahal orang Cina sendiri yang bersikap seolah-olah menjauhkan diri dari 'kewarganegaraan' dan semangat 'nasionalisme' di mana ia berhijrah kini. Bagi saya, ketika pemerintahan Jepun, orang Melayu juga mengalami tempoh kehidupan yang tidak selesa dan menyakitkan. Apa yang orang Cina ini fikirkan adalah masalah dia dengan Jepun dan menganggap orang Melayu mesti menentang Jepun secara terang-terangan dan revolusi bagi membuktikan mereka bukan menyokong Jepun, musuh ketat tradisi mereka.

Ini adalah masalah jika dibiarkan ramai imigran di tanahair kita. Mereka yang bergaduh sesama sendiri, mereka yang bawa masalah kepada kita. Disebabkan Ghee Hin dan Hai San bergaduh, Inggeris pulak dapat masuk campurtangan dalam urusan negeri Perak. Hari ini pun sama, media-media mereka gemar memprovokasi dan menyibuk hal-ehwal orang Melayu dan agama Islam. Jangan sampai keributan yang mereka kecohkan, Kuasa-kuasa Barat pulak dapat jarum untuk cucuk negara kita supaya dapat dijajah secara tidak langsung nanti.

Bab Komunis v Kaomintang pula menghuraikan detik-detik kejatuhan Dinasti Qing sehingga membawa kepada penubuhan republik dan gerakan ideologi di China. Perkataan antara yang terpenting ialah Tung Meng Hui yang diasaskan oleh Dr. Sun Yat Sen.

Seterusnya banyak diceritakan tentang sejarah Kaomintang. Namun apabila tiba bab Komunis, amat sedikit pula diceritakan tentang bagaimana atau siapa tokoh di sebalik penubuhan Komunis di China. Malah hanya disentuh tentang kewujudan Parti Komunis China (PKC) pada tahun 1921 dan tiba-tiba terus kepada tindakan Dr Sun Yat Sen bekerjasama dengan PKC bagi mencapai objektifnya.

Boleh dikatakan bab ini lebih merujuk kepada Kaomintang sebagai watak utama manakala yang lain cumalah pandangan kedua atau ketiga yang muncul dalam kisah hidup Kaomintang.

Akhirnya dihuraikan tentang sejarah Parti Komunis Malaya. Gaya persembahan yang agak biasa seperti yang boleh kita baca di dalam buku-buku teks sejarah.

Cuma saya ingin tandakan di sini; pingat OBE (Order of British Empire) sebagaimana yang disentuh dalam buku ini telah dikurniakan pihak British kepada Chin Peng dan sehingga ke hari ini tidak ditarik balik walaupun kononnya PKM dicatat sebagai pengganas oleh British. Kita kena faham bahawa PKM sebenarnya dibiayai British sebagai alat mereka menentang Jepun. Bagi saya perkara ini tidaklah perlu dibangga-banggakan sangat perjuangan PKM oleh segelintir anak muda berfahaman so-called 'sosialis' pada hari ini sebab Chin Peng juga pandai bersembunyi di celah ketiak British sehingga mendapat pingat!

Bab Cina Seberang Laut (CSL) mengupas sebahagian inti kepada halatuju buku ini yakni membicarakan perihal harapan dan impian CSL ketika berhijrah ke Tanah Melayu khasnya. Diceritakan serba sedikit tentang sejarah CSL, masalah-masalah yang dihadapi mereka serta keputusan yang mereka ambil dalam menghadapi kesulitan ketika di seberang laut, jauh dari tanahair nenek moyang mereka.

Kemudian dihuraikan satu-persatu suku-suku CSL yang terlibat iaitu 4 suku terbesar orang Cina di Tanah Melayu iaitu:

1) Hokkien
2) Hakka
3) Teochew
4) Hainan (Hailam)

Selain itu ada disentuh orang Canton atau Kantonis yang merupakan majoriti penduduk Hong Kong pada hari ini.

Antara yang menarik ialah kupasan tentang peranan orang Hokkien dalam perang dan kekacauan di Perak dan Kedah, selain peranan mereka dalam hal-ehwal ekonomi. Ini menjelaskan lagi bahawa orang Cina selalunya bersikap 'menangguk di air yang keruh'.

Bab Perilaku dan Pendidikan saya fikir adalah ulasan atau penggulungan hasil dari buah fikiran atau pandangan penulis tentang topik yang dikupas di dalam buku ini. Orang Cina dalam satu perenggan digambarkan sama seperti orang Yahudi yang menguasai perniagaan dan ekonomi dan 'menangguk di air yang keruh' di dalam urusan-urusan mereka. Vajiravudh (Rama VI) ada menyatakan bahawa orang Cina ialah Yahudi Timur dalam satu pamplet yang ditulis pada tahun 1914.

Dinyatakan juga, sebagai kutipan serta kesimpulan menarik dari saya, bahawa orang Cina sebenarnya dibantu oleh pihak British atau sebenarnya diberi bantuan dan segala subsidi untuk maju dalam perniagaan sementelah para pegawai British majoritinya masih berpegang kepada mitos bahawa orang Melayu adalah pemalas, walhal menurut R.O Winstedt, apabila ada orang Melayu ingin berniaga, maka dia akan dihalau oleh orang Cina dan India. 

Syed Hussein al-Attas memberikan jawapan yang padu bila ditanyakan isu orang Melayu pemalas. Beliau menyatakan seperti yang dipetik dari buku ini bahawa, sekiranya orang Melayu itu pemalas, siapakah yang menanam padi dan menghasilkan beras sewaktu kaum-kaum lain mula masuk ke Tanah Melayu dan siapakah yang menjadi pekerja kontrak semasa proses pembangunan Tanah Melayu selepas perang? Jika orang Melayu pemalas, siapakah yang melombong dan menghasilkan emas sebelum orang Barat dan imigran masuk ke sini?

Dalam bab Penutup penulis menyatakan bahawa sejarah kekayaan orang Cina pada hari ini adalah dibina pada masa-masa dahulu ketika kemasukan mereka ke Tanah Melayu, yang mana ketika itu orang Melayu tidak menghiraukan sangat akan kekayaan yang ada di bumi mereka. Orang Melayu sebagaimana pada hari ini lebih suka bersikap ala kadar dan serba cukup sahaja padahal ketika itu orang Inggeris senantiasa memikirkan untuk memerah hasil bumi mereka untuk keperluan industri sejak era Revolusi Perindustrian lagi di Eropah dan seluruh dunia.

Ini menyebabkan orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi dan ditambah pula dengan dasar Pecah & Perintah, pihak penjajah mencipta sistem yang menyusahkan lagi orang Melayu terlibat secara mudah dalam rangkaian perniagaan dan perdagangan yang ditaja oleh British, yang mana semua peluang itu diberi kepada orang-orang Cina yang dirasakan layak dan boleh dipercayai. 

Orang Melayu juga disaran untuk menganalisis sejarah CSL dan pro dan kontra di dalamnya bagi menghadapi kemungkinan akan datang disamping memperbaiki hubungan dan situasi sesama kaum di negara kita.

Pihak yang berkuasa juga perlu memikirkan sistem bagaimana untuk menyelesaikan pertembungan antara kaum yang mana masih tidak bersatu secara menyeluruh. Saya hanya memikirkan satu benda; iaitu sekolah vernakular wajib keras dihapuskan kerana perpaduan mesti dipupuk semenjak kecil lagi. Integrasi nasional seperti yang dimomokkan hendaklah dihentikan dengan menyatukan pendidikan sejak diawal lagi. Semua kaum tetap bersatu dengan cara dipisah-pisahkan anak-anak mereka sejak dari kecil adalah mitos yang berani difatwakan oleh kerajaan sebagai formula perpaduan aneh di negara kita.

Jika tidak ditangani sebaik mungkin terutama hubungan orang Melayu dan orang Cina, maka orang Melayu akan tetap berpegang kepada sikap 'Ketuanan Melayu' manakala orang Cina akan cenderung kepada anggapan tanah ini adalah 'Tanah Baru Naga Selatan', istilah di dalam buku ini menggambarkan cita-cita mereka untuk menguasai tanahair orang-orang Melayu ini.



Kesimpulan






Secara keseluruhan, buku ini memang bagus dalam menceritakan topik yang berada di bawah radarnya. Melalui buku ini kita sepatutnya akan faham di akhir pembacaan tentang sejarah orang Cina dan juga CSL rata-rata yang memasuki negara ini pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Namun ada beberapa kritikan, dengan harapan ada pembaikan pada masa akan datang.


Persembahan buku ini penuh dengan fakta-fakta dan rujukan, bagi saya tiada masalah dengan para pelajar dan ahli akademik untuk 'enjoy'. Namun gaya persembahan begini akan membosankan khalayak ramai dan kemungkinan besar akan terus disimpan di rak-rak buku di arkib dan perpustakaan (jika diterima).

Terlalu banyak notakaki dan rujukan membuatkan buku ini seperti buku folio tugasan sejarah para pelajar di sekolah-sekolah, bukan menyatakan isi kandungannya namun gaya rujukan yang terlampau sesak itu. Lebih baik penulis mengulas sendiri setiap rujukannya itu, baru nampak kredibiliti dalam setiap perenggan. Ingat, banyak rujukan bukanlah kayuukur kredibiliti tetapi pandangan dan buah fikiran yang asli itulah yang ingin audien membacanya. Jika buku akademik biasa, jumlah rujukan yang berlambak di dalam buku ini boleh menghasilkan buku setebal beratus-ratus mukasurat atau 2-3 jilid. Namun dengan rujukan sebanyak ini dan hampir setiap peranggan ada notakakinya, hanya menghasilkan buku setebal 200 mukasurat (termasuk mukasurat 'bibliografi'). Ini tidak seimbang dan nampak sangat ia kekurangan buah pandangan yang segar dan asli dari penulis itu sendiri.

Satu perkara yang annoying adalah KANDUNGAN buku ini yang hampir tidak berfungsi kerana rujukan mukasuratnya yang 'lari', atau dengan kata lain tunggang-langgang atau tidak tally.

Menambah tentang kualiti persembahan yang oldskool dan rekaletak yang berada di zaman 'tawarikh' suka juga ditambah dengan kualiti buku yang oldskool dengan kulit buku yang cepat menggulung dan terlipat. Buku sejarah perlu kulit buku yang keras dan berkualiti, jika tidak, buku ini akan cepat menjadi sejarah sebelum sempat orang sedar akan kewujudannya.

Walau apapun, oleh kerana jumlah mukasuratnya dan senarai rujukannya, ia menjadi bacaan yang sesuai dan optimum untuk mereka yang mahukan bacaan sejarah kaum Cina secara ringkas dan tidak berjela-jela. Anda boleh membacanya secara santai walaupun sedang berkelah di tepi pantai sambil memakan biskut!

Untuk mendapatkan buku ini, anda bolehlah ke: https://ms-my.facebook.com/KitabSejarahMalaya 
dan boleh bertanyakan tentang buku ini kepada pengurus laman fanpage itu.

Isi yang padu, sejarah kaum Cina yang banyak rahsia yang belum dirungkai dan maklumat yang padat dengan rujukan, inilah Tanah Baru Naga Selatan. Jom kita sokong buku-buku sejarah seperti ini!

















~Srikandi
 










 












 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2016 21:13

December 12, 2015

Ulasan Buku "Mencari Diri & Erti"




Salam semua,

Kali ini Srikandi ingin mengulas sebuah buku berkonsepkan travelog sejarah yang ditulis oleh saudara Radzi Sapiee atau nama penanya Merah Silu. Ulasan ini juga atas permintaan penulis yang saya mesra memanggilnya sebagai 'Kekanda Merah'.

Ada 7 bab kesemuanya dan dalam buku ini lebih kepada pengembaraan penulis mencari kaitan sejarah Aceh dengan beberapa garismasa yang berlaku di beberapa tempat dalam sejarah Melayu di semenanjung khasnya di Perak, tempat kelahiran ayahnya.

Jadi topik utamanya ialah sejarah Aceh, sebab itu tajuk asal buku ini ialah 'Berpetualang ke Aceh'.

Bab mukaddimah lebih mengupas mengapa beliau mengembara untuk menjejak sejarah. Buat pengetahuan pembaca, diri penulis dalam karya-karya 'Berpetualang ke Aceh' diwakili watak Muhammad al-Aminul Rashid yang merupakan anak sulung beliau. Juga disebutkan dalam bab ini, 'mengapa berpetulang ke Aceh' dan mencari jejaknya. Jawapannya ialah selain Kesultanan Melaka, Kesultanan Aceh juga sebenarnya perlu diberi perhatian sebagai satu kerajaan di Alam Melayu yang juga adalah pusat pengembangan agama Islam dan salah satu kuasa besar di Selat Melaka selepas kejatuhan Kesultanan Melaka. Aceh juga memiliki sejarahnya yang tersendiri bersama sejarah negeri-negeri Melayu di semenanjung seawal kerajaan-kerajaan sebelum Kesultanan Aceh tertegak seperti Kerajaan Samudera-Pasai dan Kerajaan Perlak.




Bab pertama lebih kepada sebab yang menjadi faktor tolakan dan tarikan beliau mengambil keputusan untuk 'berpetualang'. Akibat ditegur oleh Pak Syed ketika hampir menjelang Malam Tahun Baru, Rasyid terus keluar untuk 'menenangkan dirinya'. Dalam hal ini saya melihat Rasyid merasa tersinggung dengan teguran panas dari Pak Syed dan mengambil keputusan untuk berkelana bagi menenangkan perasaannya. Saya ingin tahu juga mengapa Rasyid cepat tersinggung ketika itu.

Sementara itu, watak Pak Syed dalam buku ini, kuat di hati saya bahawa watak ini adalah Pak Habib (Syed Hussein Al-Attas) dan ini semakin kuat dalam bab 6 di mana penulis telah berehat di rumah Pak Syed di Kampung Janda Baik.

Berbalik kenapa Rasyid cepat tersinggung, rupa-rupanya kehidupan lampau Rasyid penuh dengan cabaran dan kekecewaan. Maka bermulalah bab pertama ini melayarkan cerita-cerita kisah lampau Rasyid yang pada mulanya adalah seorang 'budak genius' namun kemudian menghadapi dilema dalam mengharungi kehidupan dan ini sedikit-sebanyak menghauskan bakatnya.

Saya memikirkan masalah Rasyid adalah lebih kurang seperti kisah hidup Mohd. Shukri Hadafi namun tidaklah seserius masalah yang dihadapi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz itu.

Saya mula merasa syok membaca kisah-kisah asrama Rasyid, dan ini merupakan khazanah pengalaman yang amat berharga. Kadang-kadang diselang-seli dengan gambar item-item tahun 80-an bersekali dengan penerangannya. Ini cukup menghiburkan.

Bab ini diakhiri tentang sejarah Kesultanan Perlak yang sejarahnya masih kabur dan misteri.








Bab 3 pula menceritakan perjalanan Rasyid ke negeri kelahiran ayahnya, Perak. Selain banyak cerita berunsurkan travelog, saya tertarik tentang sentuhan kisah Sultan Alauddin Riayat Syah, sultan Melaka yang berperibadi soleh dan adil. Ada sesetengah pihak suka mengutip mana-mana petikan negatif dalam Sulalatus Salatin atau mana-mana sahaja untuk menggambarkan raja-raja Melaka dan rakyat dari sudut negatif seperti minum arak dan suka berpesta. Namun siapa sangka ada juga di antara pemerintah Melaka, yang soleh dan adil dalam memerintah sehingga tidak digemari oleh para pembesar.

Bab 4 lebih menceritakan sambungan pencarian penulis tentang kaitan sejarah Perlak dan Perak. Ia bermula sekitar kisah Keramat Bidor yang asalnya ialah raja yang merajuk membawa diri ke Perak akibat perselisihan dalam hal takhta kerajaan di Sumatera. Saya mengagak, pasti kerajaan yang dimaksudkan itu sama ada Perlak atau Pasai namun saya cenderung kepada Pasai.

Di hujung bab ini terdapat daftar raja-raja Perlak. Bila saya mengkaji sejarah Perlak, ada menyebutkan tentang Maharaja Po He La Syahir Nuwi. Ini memang misteri. Nama raja ini berbau gelaran Champa, padahal garismasanya sekitar abad ke-9 Masehi. Kisah Syah Pau Ling dan bermulanya Kesultanan Aceh baru abad ke-16. Adakah terdapat generasi Champa awal yang berhijrah ke utara Sumatera?

Bab 5 pula adalah seakan bab monolog atau bab monumental untuk didedikasikan kepada Allahyarhamah nenek penulis.

Di dalamnya seakan bersambung atau penjelasan kepada bab pertama. Tentang kisah hidup semasa zaman sekolah dan remaja, juga zaman kolej dan ia disampaikan dalam versi luahan perasaan penulis kepada neneknya melalui surat.



 Bab 6 sekitar Rasyid yang sampai ke Pulau Pinang dalam perjalanannya ke Aceh. Saya tertarik dengan kajian penulis tentang nama pemerintah yang terpahat dalam Prasasti/Batu Nisan Minye Tujuh di Aceh.

Dalam buku itu diceritakan bahawa raja yang mengaku sebagai 'empunya hak' Kedah dan Pasai itu adalah Ratu Nurul A'la. Dalam daftar raja-raja Pasai, memang ada seorang ratu perempuan yang memerintah iaitu Ratu Nahrasyiyah namun baginda mangkat pada tahun 1428 Masehi (17 bulan Zulhijjah 831 yang tercatat di batu nisannya). Raja Iman dalam Prasasti Minye Tujuh mangkat pada 781 Hijrah bersamaan 1379 Masehi. Ini satu kontradiksi. Saya sendiri memiliki pendangan siapakah sebenarnya Raja Iman ini berdasarkan nama keluarganya yakni Barubhasa yang boleh dikaitkan dengan negeri-negeri Melayu Segenting Kra.

Kemudian saya enjoy membaca kisah pengembaraan Rasyid mendaki Gunung Nuang. Saya merasa agak cemas sedikit kerana Rasyid sampai di puncak lewat petang dan hanya membawa sebotol air mineral dan 'sebuku roti'. Saya hanya bertanya dalam hati, takkanlah nak turun dalam gelap malam tanpa lampu suluh? Saya pernah mendaki gunung dalam program universiti dan saya tak dapat bayangkan mengharungi hutan rimba dalam gelap malam tanpa tujuan dan cahaya.

Bab 7 pula lebih berkisarkan tentang tokoh-tokoh Sufi terutama Syeikh Abdul Qodir al-Jailani. Tiada apa yang perlu diulas panjang, cuma kisah ketua segala wali ini ketika kecil dengan para perompak telah menggamit kenangan saya semasa kelas agama di sekolah rendah.




KESIMPULAN






Buku ini adalah berkonsepkan separa travelog yang santai. Penceritaannya juga agak bebas. Ia tidak terikat dengan format-format yang tetap. Penulis seolah-olah memasukkan apa jua memori ketika kecil dan remaja dan dicampurgaulkan dengan pencariannya sejarahnya.

Kolum-kolum kecil yang menerangkan item-item tertentu dalam cerita sedikit sebanyak menghiburkan dan menghilangkan kebosanan mata membaca.

Usaha penulis mengetengahkan sejarah Kesultanan Perlak dan Samudera-Pasai amat-amat dihargai kerana sejarah kedua-dua kerajaan ini agak kabur. Mengetahui sejarah kedua-dua kerajaan ini amat penting untuk kita memadankan dengan sejarah di semenanjung terutama sejarah negeri Perak dan Kedah. Ini kerana Kerajaan Pasai contohnya memiliki 'prospektusnya' sendiri yakni Hikayat Raja-raja Pasai yang sama kategori dengan Sulalatus Salatin (Kesultanan Melaka), Pararaton (Singhasari) atau Negarakratagama (Majapahit) sekadar menamakan beberapa contoh, yang mana Hikayat Raja-raja Pasai ini ditulis dalam Bahasa Melayu Klasik!

Walaupun ada beberapa kontradiksi dalam buku ini, namun itu tidaklah menghilangkan keseronokan membacanya, sementelah dihiburkan dengan aksi-aksi penulis ketika muda yang agak hippies dan ranggi. Contohnya babak Rasyid mandi dengan selambanya di kolam air pancut di Trafalgar Square.

Kisah pencarian penulis mencari sejarah bangsa Melayu selepas mengharungi hidup agak kebaratan dan liar benar-benar menginspirasikan. Betapa sejarah itu mampu menjadi kompas kepada kebaikan dan perubahan diri bagi siapa yang mampu memikirkan hikmah di sebaliknya.
















~Srikandi
Emas Para Dapunta & Maharaja








 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2015 10:06

October 27, 2015

"A Dream of The Winterwinds"



Catatan Srikandi XVIII:  "A Dream of The Winterwinds"



Nota: 

1)Terima kasih kepada saudara Sazuan yang membantu ketika tugasan di Kampung Kedap (27oct).

2) Subscriber MF boleh akses untuk temubual ke-3 pengajian Matriks.

=======================
Cara untuk akses MistisFiles
klik>> http://goo.gl/1QBIQK
=======================


 ~Srikandi






Saya termenung pagi itu. Saya masih terkenangkan kata-kata Uda Jiman kepada saya semasa menziarahi saudara-mara ketika cuti raya haji di Hulu Perak. Ketika itu Uda Jiman membawa saya ke satu kawasan pinggir kampung bersempadan dengan kaki bukit yang luasnya berekar-ekar siap dengan sebatang sungai dan air terjun kecil.

"Ini tanah pusaka,yang aku bagitau ni hak kamu...bahagian kamu.Kami dah mesyuarat dulu sebelum kamu pergi luarnegara dulu."

"Siapa punya tanah ni abang Uda?"

"Cik Mawar Cantik."

"Siapa dia dengan keluarga kita?"

"Hish,kamu ni...tu pangkat moyang besor tau,moyang atas moyang...mengaji sejarah tapi moyang sendiri pun tak tahu," sergah Uda Jiman.

Saya tersenyum. Sebenarnya saya tahu kisah Cik Mawar Cantik tu tapi saya nak cucuk Uda Jiman supaya 'berceloteh' pasal Cik Mawar Cantik.

Saya tahu moyang saya tu pedagang kain di Hulu Perak tapi saya mahukan sumber yang formal. Saya dah naik pejabat aktivis sejarah di Ipoh tapi tiada apa-apa maklumat. Apa yang saya ada ialah dari mulut orang-orang tua di Hulu Perak.

Saya buka laptop. Saya capai The Calcutta Gazette of 1848. Saya membaca dengan teliti. Kemudian saya capai pelbagai almanak,yearbook dan log untuk Adelaide di Australia.



Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali




Saya terus membaca. Terkadang saya berhenti,mengingat-ingat mimpi saya tempoh hari. Penat memikirkan,saya lantas bangun dan mencapai jag kecil hijau saya. Saya tekan butang water boiler. Saya masukkan teh uncang bulat Lipton ke dalam jag hijau comel itu. Saya bubuh sedikit madu dan susu ke dalam mug comel gambar kucing gemok yang saya beli di KL Festival.

Emmm...terasa segar sedikit.  
 
 
Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih



Mendengar lagu-lagu cintan ketika minum teh 'madukrim' (istilah saya) di waktu pagi memang syok. Mulalah saya nak berangan.

Srikandi,fokus...fokus.

Saya tersengih. Saya buka fanpage saya. Mata saya memandang ke sebelah kanan atas browser. Hmm...34 mesej untuk pagi ini. Saya skrol satu persatu. Saya jawab dulu mana-mana soalan pasal buku,kemudian barulah saya jawab soalan-soalan sejarah. Ada yang menanyakan salasilah keluarga mereka. Aduh,manalah saya tahu. Kecuali melibatkan keluarga diraja atau bangsawan terkenal,bolehlah saya guide sedikit sebanyak. Ada yang bertanya bagaimana saluran pendidikan untuk ke bidang berkaitan sejarah dan arkeologi. Saya jadi staff kementerian pendidikan sekejap.

"Hmmm...Pennyroyaltea,my insider in national library..." saya tersenyum sambil memandang salah satu ikon profail yang like status saya.

Saya buka profailnya dan menaipkan mesej.

"Cek Min,dah jumpa apa yang saya nak?"



 



Beberapa saat kemudian,keluar mesej darinya.

"Saya rasa ejaan dia Martinha bukan Martina," balas Cek Min. "Dia lahir 1756 di Tanjung Salang atau Bukit,ketika itu wilayah tu memang ada hubungan dengan Kedah,sebab orang Langkawi selalu juga berdagang dan berulang-alik ke sana," balasnya lagi.

"Ada kaitan tak dengan Mak Siah?" saya bertanya.

"Saya tak pasti,tapi Francis Light memang berkawan baik dengan gabenor Talang," balas 'orang dalam' saya itu.

"Okay,good job...hmm,ikon tu bukanke melambangkan 'daun ketum' mat saleh?" saya mengusik.

"Haha...saya generasi grunge...apa pun thanks for your Transcendence article...terkenang saya beli kaset tu di Speedy dulu," balasnya.

Saya terus ke katil dan menghempaskan diri ke atas tilam. Saya melelapkan mata sebentar. Terasa pening sedikit kepala saya. Saya pun mencapai bam buah pala dan membuka penutupnya. Saya ambil sedikit isinya dan menyapukan ke hidung dan kepala saya. Rasa nyaman sekejap.




Wanita muda itu sangat cantik. Dia memakai baju kebaya dan kain batik lepas. Di bahunya ada selendang yang halus buatannya. Dia memakai seakan cekak rambut yang berwarna emas. Dia berjalan ke satu pokok besar.

Kemudian dia seakan-akan menunjukkan jari telunjuknya ke akar banir pokok itu. Kemudian dia berjalan lagi dalam beberapa langkah,dan berhenti di tepi sebuah sungai kecil. Kemudian dia memandang wajah saya. Tersenyum dan seperti tadi,menunjukkan jari telunjuknya ke seberang sungai kecil itu.

...
..

..

..

"Tanah puteri...dari pokok besar itu sampai seberang sana."

Wanita itu tersenyum dan berjalan meninggalkan saya. Saya masih ingat cara dia menarik kain batik lepasnya ke atas sedikit ketika berjalan lenggang-lengguk dan kemudian menghilang.







 Saya membuka mata. Dada saya berdebar-debar. Saya bangun dan duduk di meja belajar. Saya tuangkan sedikir teh madukrim ke dalam mug. 


Here comes the rain again
Falling from the stars
Drenched in my pain again
Becoming who we are

As my memory rests
But never forgets what I lost
Wake me up when September ends 



Saya tutup lagu yang sedang berkumandang dari MusicBee. Lagu tu benar-benar mengganggu mood saya ketika itu. Tiba-tiba ada bunyi notification dari laptop.

"Saya sudah melihatnya di Suffolk House,memang ada ruangan kecil kat situ seperti yang Cik Seri gambarkan. Cik Seri ada apa-apa lagi tak yang dilihat dalam mimpi tu?"

Saya cuba mengingat-ingat. Kawasan hutan tapi pokoknya tersusun. Jalan kecil yang kelam. Kawasan lapang tapi berbatu-batu. Ada sebuah batu besar berkeping yang diselaputi lumut hijau yang nampak creepy. Ah,itu dia.

"Martina Timmers. Atas batu nisan tu," saya menaip.

"That's it. Dia telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama John Timmers pada tahun 1799 di Fort Cornwallis."

Saya merasa pelik.

"Di mana?"

Senyap sebentar.

"Dalam sebuah chapel berdekatan," balas fans saya merangkap spy saya. Dia tag sebuah foto dalam kotak chat. Saya mula menyedari sesuatu yang janggal.

"Dalam chapel tu,saya yakin...bukan Suffolk House. Ada ruangan dengan design yang sama. Boleh masuk dalam sana?"

"Tempat tu ditutup masa saya pergi hari tu. Tapi Cik Seri jangan bimbang,nanti saya cuba," balas spy saya tu.

Saya bersandar pada bangku pejabat. Saya minum lagi 'maduroyaltea' saya. Saya tarik rambut ikal beralun-alun saya ke belakang dan saya mengikatnya dengan ikat kain warna merah jambu jalur biru.

Tiba-tiba ada bunyi notification lagi!

Ikon Pennyroyaltea naik. Saya klik dan mula membaca dengan perasaan berdebar-debar.

"Saya dah check dengan log mahkamah Negeri-negeri Selat.Saya dah buka juga yearbook dan local log Phuket. Memang tepat jangkaan Cik Seri. Mereka cuba mainkan Francis Light."

Saya menggigit bibir. Apakah itu yang berada di dalam ruangan sempit itu? Tidak mungkin!



Happiness lies in your own hand
It took me much too long to understand
How it could be
Until you shared your secret with me























~Srikandi

the truth behind the shadows





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2015 20:53

"The Truth Behind The Shadows"





Catatan Srikandi XVII : "The Truth Behind The Shadows"



Nota: Srikandi ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Fairuz Hamdan sekeluarga atas bantuan kepada beberapa projek tesis sebelum ini.









"Martina!"

"Martina!"

Seorang wanita pertengahan umur kelihatan berjalan dengan agak pantas. Keadaan agak samar-samar dengan cahaya rembulan bercampur-campur dengan kabus malam. Ia menimbulkan suasana yang kurang selesa.

"Martina!"

"Martina!"

Keadaan seperti di dalam hutan namun pokok-pokoknya kelihatan teratur,seperti hutan simpan di Selayang atau ladang getah.

Wanita itu terus berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan panggilan yang entah dari mana. Pandangan terus menghala ke belakang wanita tersebut terus masuk ke dalam pepohonan yang diselubungi kabus malam,sekali-sekala disinari rembulan.

Kemudian seolah-olah saya dibawa ke satu kawasan belukar yang kelam. Kemudian tiba-tiba ia berhenti di satu tempat,betul-betul di depan sebuah kepingan batu yang kelihatan berat. Saya mendongak,dan melihatnya. Dalam pandangan yang kekaburan,saya melihat ada seakan-akan barisan perkataan terpahat di atasnya. Cahaya rembulan tiba-tiba menyinari permukaan batu tersebut. Saya tergagap-gagap membaca tulisan itu.



Martina Timmers
1759-1822








"Haaaaaaaahhhh"

Saya terbangun. Peluh halus merenik di dahi. Saya mengalihkan kertas-kertas salinan The Calcutta Gazette of 1848 ke tepi katil. Saya melihat jam,baru menunjukkan pukul 4.15 pagi. Saya bangun dan menuju ke meja belajar. Saya buka lampu meja. Oh,kertas-kertas itu. Saya bergegas ke katil dan mencapai kertas-kertas salinan The Calcutta Gazette of 1848.

8.30 a.m ...

Pagi itu saya ada temujanji dengan Badrul. Dia telah menghubungi saya melalui Whatsapp ingin bertemu dengan saya di kafe pelajar. Saya pun mengenakan blaus bercorak jeans dan seluar kasual longgar warna gelap. Saya mencapai beg denim kelabu saya dan memasukkan beberapa dokumen, buku dan fail ke dalamnya. 

Saya menyembur minyak wangi SilkyGirl ke badan dan mengenakan pelembab di bibir. Saya kenakan sedikit celak di mata biar nampak segar sedikit. Malam tadi saya tidur agak lewat dan terbangun awal kerana bermimpi aneh. Saya membetulkan tudung saya di depan cermin.

Saya sarungkan kaki saya ke sepasang kasut Vincci berjalur biru. Tiba-tiba saya rasa berdebar. "Rileks Srikandi....follow your heart," saya tersenyum.








When you go
Would you even turn to say
"I don't love you
Like I did
Yesterday"



Saya berjalan riang merentasi bangunan-bangunan akademik menuju ke kafe. Beberapa rakan dan pensyarah menegur saya ketika berselisih. "Hai,cantik nampak?Ada kuliah ke atau nak mengajar tutor?" tegur Mat Bon. Saya hanya melempar senyum menggoda sahaja ke arah Mat Bon. Terus saya berjalan pantas meninggalkan Mat Bon terpinga-pinga.

Saya menuju ke arah kafe. Saya lihat di kejauhan,ada kelibat seorang lelaki muda sedang duduk di salah satu meja. "Lama menunggu?Sori la ek...," saya menegurnya.

Badrul mengangkat wajahnya. "Oh, Cik Siti...takla lama,baru 10 minit sahaja,sila-sila. Nak minum apa?"

Saya memesan minuman. Badrul sedang menyelak helai demi sehelai buku yang saya hulurkan tadi. Khusyuk nampaknya dia membaca beberapa bahagian dalam buku tu. "Sign siapa besar-besar ni?"

Saya tersenyum. "Helmi Affendi, orang kuat The Patriots."

"Selebriti ke?Macam familiar je nama dia."

"Taklah...tapi dia ada tulis beberapa novel dengan Karangkraf."

Badrul memandang wajah saya sambil mengangguk-angguk. "Oh..i see...err...yang mana ya?"

Saya mengangkat kening. "Bab 37 atau 38...yang sebut pasal angka."

"Bab 38,okay...biar saya baca sekejap ya," minta Badrul.

Saya menjamah air barli suam. Beberapa orang pelajar mengambil tempat di dalam kafe. Kelihatan 3 orang pelajar seperti dari negara Timur Tengah sedang berbual dengan rancak di satu sudut. Tiba-tiba saya terkenangkan masa-masa silam ketika program pertukaran pelajar.

"Sekitar abad ke-4 hingga ke abad ke-13 Masehi,pengaruh Hindu-Buddha jadi trend di seluruh Asia Tenggara,terutama di peringkat feudal dan bangsawan. Ini disebab ketika itu hanya agama Hindu-Buddha sahaja ketika itu memiliki sistem dan teks ajaran yang tersusun berbanding kepercayaan animisme yang bersifat tidak formal dan tidak sistematik seperti penyembahan Gunung Jerai di zaman Kedah Tua," ujar Dr. Masri.

"Ia bukan eksklusif dalam sejarah Melayu mahupun etnik-etnik Nusantara lain,seperti Jawa,Sunda atau lain-lain malah ia mempengaruhi sejarah Khmer,Burma,Thai,Cham dan Mon."

"Setelah kedatangan agama Islam,yang memiliki konsep ketuhanan yang diterima oleh rakyat serta memiliki teks ajaran yang sistematik,maka ia telah diterima dengan baik oleh masyarakat Nusantara amnya dan meninggalkan agama Hindu-Buddha" sambung Dr. Masri.

Ketika itu adalah subjek Sejarah Asia Tenggara. Saya di masa-masa itu masih free hair dengan jari kuku yang dihitamkan dan selalu ke kuliah dengan memakai jeans dan mengenakan ruffles lengan panjang. Kadang-kadang saya tersenyum mengenangkan fesyen saya ketika itu.

"Doktor,ada pihak yang cuba nak mengaitkan asal-usul masyarakat di rantau ini dengan India disebabkan pengaruh Hindu-Buddha dalam tulisan,prasasti dan beberapa elemen lain,apa pandangan Doktor?" tanya seorang pelajar lelaki.

"Trend tidak mengubah asal-usul atau bangsa.Seperti kita hari ini dipengaruhi trend globalisasi yang diterajui oleh negara-negara Barat yang berbahasa Inggeris. Hari ini kita pakai tulisan rumi,banyak istilah pinjaman dari Bahasa Inggeris dan memakai produk yang berjenamakan Barat dengan nama-nama Barat adalah perkara biasa dan jadi trend. Adakah 500 atau 1000 tahun akan datang,ada orang yang menyangka kita ini berasal dari Amerika?" Dr. Masri tersenyum memandang para pelajar.

"Ada pihak yang cuba menafikan sejarah Melayu sebelum kedatangan Islam kononnya nak maju,majulah sebab agama bukan sebab bangsa,apa pandangan Doktor?" kata seorang pelajar lelaki yang bersuara garau.

"Saya cadangkan pihak-pihak tersebut supaya menyertai gerakan dakwah di seluruh dunia,bantu para pendakwah yang keluar di jalan Allah,barulah maju agama dan insya Allah bangsa sekali, bukannya dengan cara memadam dan menentang sejarah. Subjek sejarah adalah salah satu subjek akademik dan bukan boleh dibincangkan dengan sentimen.Nak maju dengan agama tetapi berbohong sejarah bangsa adalah perbuatan zalim dan keji yang bukan dari ajaran agama" jawab Dr. Masri sambil tersenyum.

"Suruh je diorang masuk Tabligh,dari bertekak tak abis-abis pasal sejarah bangsa!" sampuk suara dari belakang.

Para pelajar ketawa kecil. Saya mula mendapat inspirasi dari sini. Bagaimana jika selang masa kira-kira abad ke-4 hingga ke-13 Masehi itu ada orang cuba padamkan semata-mata kononnya zaman Hindu-Buddha dan bukan mencerminkan Keislaman sejati,maka ini sudah tentu mencampakkan sejarah Melayu di antara selang masa itu ke dalam satu blackhole.

Sejarah adalah subjek seperti sains juga,ia memiliki hujah dan kajian tertentu,sumber dan kaedah untuk menentukan sesuatu fakta atau kronologi. Jika penghakiman sejarah jatuh kepada orang yang buta sejarah,dengki,sentimen membuta-tuli atau kerjanya suka membakar sejarah maka sejarah akan jadi hodoh dan rosak.








"Adakah orang Thai,Khmer,Burma,Mon dan lain-lain berasal dari India semata-mata berpegangkan premis begitu?Trend hanya melibatkan beberapa elemen dan ini adalah proses pengayaan budaya kesan hubungan dua hala antara komuniti ke satu komuniti. Hari ini kita masih bercakap bahasa ibunda kita di samping hidup dalam arus trend globalisasi. Kita tidak bertukar jadi Mat Saleh," Dr. Masri menambah.

"Sejarah tetap sejarah,kadang-kadang jika kita perhatikan hari ini melalui pengaruh agama Islam,ada orang dalam masyarakat kita lebih Arab dari orang Arab. Pakaian,makanan,cakap pun bau-bau Arab ana..ente...adakah mereka ini sudah bersalin kulit kepada Arab?"

Para pelajar tersenyum-senyum. Saya mula memikirkan bahawa sejarah tidak boleh cuba dipadam atau dinafikan. Jika dibuat begitu akan ada masalah kelak dari segi kronologi dan garismasa. Makanya ia seolah-olah seperti membuat satu pembohongan yang besar. Yang penting adalah pengajaran dari sejarah,bukan sentimen membabi-buta.

"Bagaimana dengan Mamak atau Malbari yang cuba menjadi Melayu?" sampuk seorang pelajar di belakang tiba-tiba. Dewan kuliah menjadi kecoh seketika. Ada yang ketawa dan ada yang kelihatan sedang membincangkan soalan pelajar itu tadi.

"Cik Siti...Cik Siti."

Saya membeliakkan mata. Badrul sedang duduk santai sambil tersenyum ke arah saya. "Termenung jauh nampak?"

Saya membetulkan blaus saya. "Takde apa-apa..jenuh menunggu Bad baca," saya melemparkan senyuman.

"Hmm...menarik juga,saya pernah mendengar tentang prasasti Khmer tu tapi rupanya ia wujud dalam prasasti berbahasa Melayu juga. Siapa Srikandi ni?" Badrul bertanya.

Saya hanya tersenyum. Banyak yang kami bualkan pagi itu. Badrul nampaknya berminat dengan buku yang saya perkenalkan itu.

Kemudian barulah Badrul membuka cerita tentang sebuah badan bebas yang mendapat geran dari sebuah agensi kerajaan untuk membuat pemetaan arkeologi di Kelantan.








Saya mula memasukkan beberapa kertas,buku dan dokumen ke dalam beg denim saya. Lusa di tempat yang sama,kami akan bertemu lagi untuk projek pemetaan itu. Saya mengucapkan terima kasih kepada Bad (sekurang-kurangnya dia belanja segelas air barli suam) dan bersiap-siap untuk beredar sehinggalah Badrul tiba-tiba bersuara. "Awak Srikandi kan?"

Saya tunduk merenung kasut Vincci berjalur biru. Bibir saya tersengih sedikit. "Mengapa saya Srikandi?" saya memandang wajah Badrul dengan bersahaja.

Badrul tersenyum. "Takpelah...abaikan soalan saya tu. Lusa jangan lupa tau."

Saya meninggalkan kafe. Langkah saya semakin cepat ke kuarters universiti. Saya ingin segera menyambung bacaan saya berkenaan kes 'pembunuhan' Puteri Vibhavadi Rangsit.



















~Srikandi

forever in history

 


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2015 01:43

October 25, 2015

"The Day You See All Twilight"






Catatan Srikandi XVI: "The Day You See All Twilight"


Nota: Emel Srikandi dihujani dengan pertanyaan peminat tentang ketiadaan akaun Facebook yang biasa miliknya. Menurut kenyataan beliau di dalam salah sebuah grup rahsia kelolaan beliau, akaun profail tersebut tidak dibuka kepada audien sehingga beliau selesai dengan tugasannya di Kelantan. Namun beliau masih aktif di fanpage, blog peribadinya dan beberapa grup rahsia beliau.

Srikandi kini berada di sempadan Kelantan-Thailand sekitar Ayer Lanas (24oct) di bawah program pemetaan arkeologi antara pihak berautoriti dan sebuah badan sukarela.

~riwayatmelayu








Saya selesai membaca Al-Fatihah buat Allahyarham Ku Nai Mazlan. Sejadah saya lipat kemas. Mata saya bergenang seketika. Sejak beberapa kebelakangan sebelum pemergiannya ke hadrat Ilahi, beliau selalu juga berhubungan dengan saya melalui media sosial dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah tanahair.

Apa yang masih memberatkan fikiran saya ialah pesanan-pesanan beliau (selepas pemergiannya saya memikirkan adakah ia sejenis 'wasiat'?) yang memberitahu banyak perkara tentang sejarah kaum kerabatnya yang saya tidak pernah baca dalam blognya dahulu serta di mana-mana penulisannya. Ada komennya yang saya tidak balas kerana saya masih keliru mengapa beliau memberitahu semua itu pada saya.

Namun, kini...saya terfikir tentang kata-katanya. Tetapi mengapa saya? Mengapa saya yang dahulu selalu mengkritik penulisan dan pandangannya? Beliau pernah marah kepada saya kerana mempertikaikan tulisan-tulisannya, namun sejak 2 tahun lepas sebelum kepulangannya ke pangkuan Ilahi, beliau mula menyalurkan beberapa 'maklumat' yang sampai sekarang saya masih mengkajinya sehingga ke sumber-sumber tertentu di Prince Of Songkla University.

"Saudari,itulah yang diwasiatkan oleh almarhum Tuanku Nai Long Kassim kepada saya."

Saya berbaring di atas katil sambil menitiskan airmata. "Tetapi mengapa saya,abang Ku?" saya berbisik halus. "Why me?"

Why me
Why me
Why me







 

"Srikandi,akan ada di sana...yang akan membenci kamu...namun sebenarnya mereka masih obses dan mengikuti setiap tulisan kamu. Seperti dirasuk sesuatu atau dendam yang mengikat mereka kepada kamu menjadikan mereka adalah pengikut setia kamu yang aneh," tulis salah seorang fans di dalam emel.

"Di antara mereka...mungkin ada melihat sesuatu dalam tulisan kamu dan sedar akan kebenaran,namun selalu tidak memiliki masa yang sesuai untuk membincangkan dengan kamu,"

"Saya selalu mengikuti kamu sejak 2010 namun apabila kamu menyerang Arkib dan Perpustakaan Negara, saya agak tawar hati dengan kamu, kamu tahu...masa tu banyak orang di pejabat memperkatakan tentang tulisan-tulisan kamu yang viral di media sosial mereka. Srikandi,please..."

Bibir saya bergerak mengukir senyuman kecil mengenangkan emel pegawai kerajaan itu. Beliau antara yang kerap bertanya tentang hal-hal sejarah di dalam emel dan chat di fanpage saya.Teringatkan kata-katanya pegawai kerajaan itu, saya memikirkan mungkin di sana ada jawapan tentang apa yang diberitahu oleh arwah kepada saya. Seolah-olah arwah tahu masa kepulangannya sudah tiba dan 'seseorang' perlu di'temui' untuk memberitahu 'rahsia' itu.

But... why me?

why me
why me
why me






"Raja Charles IX dari Perancis telah memerintahkan pembunuhan pemimpin Huguenot Protestan di Paris, mencetuskan suatu pesta pembunuhan yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai  golongan Huguenot di Perancis," ujar Encik Kamarul, pensyarah semasa semester dua dahulu.

"Bukan kehendak dia kan, Cek Kamarul?" saya mencelah. Mentang-mentanglah saya selalu duduk di barisan hadapan di dewan kuliah, saya selalu mencelah syarahan pensyarah.

"Ish, si Eyka Farhana ni...diam boleh tak...nak menyampuk je kerjenye time lecture," terdengar kata-kata dari belakang. Saya menjeling, nak melihat siapa yang berkata.

Encik Kamarul tersenyum,"Takpe...takpe, soalan tu bagus. Masa tu memang Raja Charles di bawah pengaruh seseorang. Siapa tahu?"

Seluruh dewan senyap. Kemudian terdengar bisik-bisikan di sana sini. Encik Kamarul mengangkat keningnya sambil memandang ke kiri dan kanan.

Saya mengangkat tangan.

"Ya...Siti...siapa?" tanya Encik Kamarul.

"Catherine de Medici."

Kenangan-kenangan silam ketika di kuliah mula menerpa dalam fikiran. Saya merenung siling. Kemudian saya mencapai buku 'Membongkar Rahsia Dunia Melayu' lantas membuka buku bab 6. Saya menyelak sehelai demi sehelai sehingga sampai ke bahagian terakhir bab tersebut. Saya menitiskan air mata. 

"Abang Ku...saya sudah tunaikan sebahagian hasrat Abang Ku..."

Saya merenung catatan tentang Syariff Abu Bakar. Memang, apa yang berlaku di dalam Kota Mengkuang adalah rahsia yang tidak boleh diceritakan kepada umum. Kebanyakan penulis sejarah Yamtuan Abu Bakar dan Ligor mengambil keputusan untuk 'skip' bahagian itu. Saya juga merasa aneh mengapa ia cuba ditutup namun kini saya merasa some secrets should never be known.
  
Terlalu berat rasanya untuk menanggung rahsia itu dan saya masih bertanya...why me?





Catatan itu antara sebilangan kecil catatan yang ada tentang misteri kerabat Raja Ligor terakhir di dunia ini. Sempat dirakamkan oleh 'seorang' yang dahulunya tidak digemari oleh peminat dan penyokong blogsejarahnagarakedah. Namun saya menulis apa yang saya sedar adalah kebenaran dan bersih dari sumber lisan yang dicampur-aduk. Jika hanya berpandukan sumber lisan sahaja, maka ramai yang memiliki sumber lisan dari generasi ke generasi malah bercampur aduk dengan cerita-ceriti penglipurlara dan sang penokok-tambah. Siapa yang kita harus percaya? Namun saya memiliki senjata ampuh yang selalu saya gunakan apabila menghakimi sesuatu sumber lisan; cross-reference.

Jika generasi terkemudian bertanya tentang sejarah sebuah kerajaan besar Melayu di Segenting Kra, sekurang-kurangnya mereka sempat menemuinya di situ. Dari era Tambralinga, Sri Dharmaraja hingga Ligor dan sekarang menjadi Nakhon Si Tammarat di dalam Thailand, sejarah kerajaan Melayu ini amat kurang kecuali sempat dirakamkan oleh para sami dalam Riwayat Sri Dharmaraja (D.K Wyatt). Di saat-saat akhir kewujudannya, raja-rajanya telah memeluk Islam dan memiliki hubungan dengan Kedah dan Patani.

Mata saya masih bergenang. Seperti dejavu,bisik hati saya. Mata saya terbuka sedikit. Tiba-tiba saya tersedar sesuatu. Seperti situasi saya pada masa lalu seperti yang diceritakan pada mukasurat 217 dalam Emas Para Dapunta & Maharaja dalam bab "The Black Diary" (Catatan Srikandi XIII) ketika saya mensedekahkan bacaan al-Fatihah kepada almarhum Tuanku Nai Long Kassim.

Saya menutup buku dan meletakkannya di sisi. Beberapa minggu lagi saya akan ke Kelantan. Pasti ada sesuatu di sana menunggu ketibaan saya. Sweet dream...Srikandi...

..
...


..


..


"...saya berterima kasih atas tulisan saudari berkenaan Syariff Abu Bakar. Saya mendoakan saudari diberi kekuatan oleh Allah swt dalam perjuangan saudari..."








~Srikandi
die another history



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 25, 2015 04:52

October 19, 2015

"The Dawn is Always Your Mystery"



Catatan Srikandi XV : "The Dawn is Always Your Mystery"

Nota: Srikandi kini berada di sempadan Kelantan-Thailand (19oct) di bawah program pemetaan arkeologi antara pihak berautoriti dan sebuah badan sukarela.

~riwayatmelayu









Buku "Melayu Pribumi Asia Tenggara" cetakan ketiga saya letakkan di atas meja belajar.Saya buka langsir bilik. Cahaya mentari menerpa ke wajah saya. Saya merenung kad kecil yang saya keluarkan dari buku itu.

Srikandi,walau siapa pun kamu,thanks for all.
I love you.

M.M


Entah siapa pengirimnya. Alamat pos dari satu daerah di Selangor. Dia menghantar 2 buah buku dan salah satunya buku yang ditulis saya bersama dua orang lagi penulis lain. Saya tidak pernah memberikan alamat universiti saya di Kuala Lumpur,kecuali beberapa orang freelancer yang berurusan dengan saya.

Saya menjadi resah. Tempohari ada orang menghantar private message di profail saya akan mencari saya di universiti. Saya berjalan ke arah cermin. Saya membetulkan tudung warna krim dan baju kurung biru bercorak bunga-bunga di depan cermin. Saya capai beg denim warna kelabu. Saya sarungkan sepasang sandal Zalora warna gelap ke kaki.

Saya berjalan merentasi jambatan di tengah-tengah universiti membelakangi bank,menuju ke arah masjid.Sungai Gombak mengalir keruh. Saya tidak tahu bilakah air sungai itu akan jernih dan melihat ikan-ikan berenang-renang di dalamnya seperti sungai di tengah-tengah kotaraya di Korea. Saya tersenyum sendirian.



saya tahu siapa awak.pandai awak menipu orang di dalam fesbuk yang awak ni gemuk,hitam,hidung penyeklah...haha...I know you.sejak saya baca chat awak dgn si merbok tu,saya terus agak siapa awak.Saya tahu awak kat kiosk ______ tu.memang saya tunggu kat situ sbb awak suka beli ____ kat situ,kan?

Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Nonsense,bisik hati saya sambil menghayun langkah. Takkanlah tak tahu saya hanya bergurau? Foto saya duduk di tepi sungai tu memakai baju kurung hijau bertudung kuning takkan tak nampak,detik hati kecil saya.

"Dia takkan dapat cari kamu,Srikandi...rileks...," saya berbisik sendiri dengan kuntuman senyum yang tidak habis-habis dari tadi.

Saya ke kedai fotostat untuk menyalin beberapa nota dan dokumen. Ketika menyusun-nyusun kertas nota untuk diberikan kepada staff kedai,tiba-tiba saya teringatkan tulisan saya tentang masjid yang tertimbus di Kedah yang ditulis bulan tujuh yang lalu.

Ramai yang bertanya tentang struktur seakan masjid yang terbenam di dalam tanah di Lembah Bujang.Memang di sana ada misteri yang masih tersembunyi di dalam tanah.Ia seakan-akan cerita di dalam The Exorcist: The Beginning; sebuah gereja Byzantin berusia kira-kira 500 Masehi ditemui tertimbus di dalam pasir di satu daerah di Afrika,lama sebelum Kristian tiba ke wilayah itu.

(historianlodge)


Saya merenung burung-burung di taman di tengah-tengah dataran masjid. "Cik Seri,jangan dedahkan terlalu banyak tentang binaan itu," komen seorang fans saya.

"Mengapa?" saya bertanya hairan di kotak chat.

"Ada pihak yang tidak suka dan mereka sudah deal dengan pihak atasan dan kerabat. Mereka ni punya wang dan pengaruh," balas dia.

Saya mengerutkan dahi. Saya pasangkan usb kipas di port sebelah kanan laptop saya. Ini agak mengejutkan.



Tiba-tiba berduyun notification dari pelbagai kumpulan chat yang semuanya ditambah nama saya oleh orang lain. Ish,kacau je,bisik hati saya. Semua saya senyapkan notification-nya,supaya tidak menyibuk tiba-tiba,kecuali beberapa yang saya kira bermanfaat.

"Masjid Pangkalan Kakap tu memang layout dia sama dengan 'candi' yang tertimbus itu. Saya pernah kerja dengan kontraktor di sekitar site tu. Mereka memang ada blueprint dari JKR dan saya lihat sendiri layout dia memang ganjil dengan hall ditengah-tengah dan dikelilingi tiang-tiang,yang saya bayangkan seperti tiang-tiang batu bulat seperti design Hellenistic temples.,namun anehnya,altar dia mengadap ke kiblat."

Sang Hyang...bisik hati saya.

Zaman Hindu-Buddha bukan menyeluruh,ia hanyalah seperti trend sahaja. Di sana ada orang mengamalkan agama hanif di kala raja cenderung ke arah trend Hindu-Buddha dan sebilangan masih mengamalkan animisme.

Hiyang adalah nama asli Austronesia yang membentuk perkataan 'sembahyang' atau 'kayangan' (kahyangan). Ini adalah konsep Tuhan Yang Esa dalam rumpun-rumpun Malayo-Polinesia dan istilah ini muncul sehingga ke Kepulauan Filipina.

"Saya bimbangkan keselamatan Cik Seri...itu saja," sambung dia lagi. Saya tersengih kecil. Berapa ramai orang mengugut saya di dalam blog,website dan media sosial. Ada yang sampai mahu membunuh saya kerana menyatakan sesuatu yang dia tidak setuju. Saya hairan,saya hanya menceritakan sejarah Melayu sahaja,saya tidak mengacau sejarah orang lain. Mengapa terasa begitu marah? Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil tersengih.



Ada juga orang yang merendah-rendahkan sejarah Melayu dengan mengatakan sejarah Melayu dibikin khas untuk menyesuaikan dirinya dengan sebuah kitab Hindu. Apabila saya membidas dengan mengatakan tiada siapa dalam dunia yang berusaha keras dari generasi ke generasi untuk membuatkan sejarah bangsanya ikut sebijik-sebijik event dalam kitab Hindu itu,dia mula membuat alasan bahawa peristiwa-peristiwa akhir zaman juga mengikut hadis-hadis Rasulullah s.a.w,jadi samalah macam sejarah Melayu follow kitab Hindu itu. Sampai di sini,saya tersenyum...dia sudah kehilangan idea dan sanggup melacurkan agama untuk egonya yang ingin menaikkan suku Minang sesuka hati.

Sori...hadis Rasulullah s.a.w tidak boleh disamakan dengan kitab Hindu bikinan manusia-manusia pagan. Saya mengucapkan selawat kepada baginda. Betapa sejarah Melayu direbut orang sehingga menggadaikan kesucian hadis-hadis baginda. Saya tersenyum sendirian.


Nama-nama tempat yang diambil terus dari peta asal berbahasa Greek dari Ptolemy abad ke-2 Masehi, dengan penyelarasan koordinat berdasarkan peta sekarang.Perhatikan perkataan ‘Akpov’ yang bermaksud ‘hujung’.Dalam peta Ptolemy berbahasa Latin,ia ditulis ‘Prom (promunturium) yang bermaksud ‘tanjung’ (Maleou-Kolon Prom).Nama 'Melayu' telah ada dalam peta-peta Greaco-Roman sejak awal abad pertama Masehi lagi.

Untuk menaikkan suku sendiri,ceritalah kelebihan suku itu sendiri. Tidak ada salahnya dan itu lebih baik. Namun saya selalu perhatikan,oleh kerana suku itu kurang cross-reference dalam pelbagai sumber,yang bersepah hanyalah catatan-catatan tentang kerajaan-kerajaan Melayu,maka idea busuk yang ada hanyalah merendah-rendahkan sejarah Melayu,dengan harapan,sejarah suku sendiri akan tiba-tiba naik. Ini idea kurang bijak dan kebudak-budakan.

Saya mula terfikir,betapa berharganya sejarah bangsaku,aku tidak perlu melacurkan agama,membuat cerita bohong atau mengacau sejarah orang lain. Aku hanya ceritakan sahaja dan aku ceritakan apa yang rekod-rekod imperial China,para pengembara Arab dan Parsi serta apa yang dicatat oleh batu-batu bersurat dan manuskrip seluruh dunia ceritakan tentang sejarah nenek moyangku.

Saya berjalan menuju ke arah papan kenyataan. Saya memeluk tubuh dengan kedua lengan saya disembunyikan di dalam tudung saya. Saya membaca satu-persatu acara dan iklan di atas papan kenyataan.

Klik!

Saya menoleh ke kiri. Syahmi sedang tersenyum ke arah saya. "Khusyuk nampak?Sampai tak sedar orang ambil gambar dia," tersengih-sengih Syahmi yang agak berisi itu. Saya memandang geram. Boleh pulak dia senyap-senyap ambil gambar saya.

"Bak sini henpon tu!" sergah saya sambil mengertap bibir.

"Ish,garangnya!Mana boleh bagi," balas Syahmi.

"Gambar aku tu...sukati jer amik," saya bertegas.

Syahmi tersengih-sengih macam kerang tak gosok gigi. "Bak la sini!" saya berbisik tapi agak kasar. Mata saya melilau ke sana sini bimbang disedari orang.

"Ye la...ye la...aku padam," Syahmi mengalah. "Jangan padam dulu,wasap kat aku dulu,pastu padam," saya buat-buat senyum jahat pada Syahmi.

Ding..ding...

"Ok,padam!Mari sini,aku nak nengok ko padam ke tak lagi," saya menyuruh Syahmi menghulurkan telefon pintarnya. "Mana boleh...privacy aku camne?

Saya tergelak. "Ko simpan gambar tak elok ek?"

Syahmi buat muka bosan. "Ambiklah!"

Ketika saya tersenyum-senyum memeriksa foto-foto di dalam telefon pintar Syahmi untuk memastikan tiada gambar saya,tiba-tiba saya melihat gambar Badrul dengan beberapa orang yang lain di antara foto-foto itu.


bersambung...

















~Srikandi
The Family of Cik Melati Amarawangsa of Grahi & Bernam












 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 19, 2015 22:05

October 18, 2015

Catatan Srikandi XIV Part II





Ketika anda membaca tulisan ini,Srikandi telah berada di Kelantan untuk satu tugasan di sana.

-riwayatmelayu




"Srikandi,follow the hymns"



Rintik-rintik sudah mula reda. Bunyi guruh sudah tidak kedengaran lagi. Saya masih duduk di depan cermin lama di rumah nenek saudara. Sikat bulat tergeletak di atas meja solek. Saya menyentuh pipi mulus saya yang kemerah-merahan.

Cuti raya haji yang panjang. Di luar,bunyi air titisan hujan yang masih bersisa di hujung bumbung rumah masih menemani dinihari yang sunyi. Jari-jemari saya menari-nari di permukaan pipi saya. Saya melayan perasaan,mengenang masa-masa yang berlalu dalam hidup yang penuh misteri ini.

"Cik Seri,boleh cik berikan salasilah Tok Perang?Saya salah seorang keturunannya,saya mahu tahu asal-usul saya.."

"Srikandi,tolong kaji salasilah Megat Seri Rama,saya perlukan untuk tesis saya.."

"Cuba Srikandi lihat ini,berikan ulasan tentangnya.."

"Cik Seri,buku cik ada lagi tak?Saya nak beli...kat tempat saya takde la..."

"Umur Srikandi berapa?"

Tangan saya pantas scroll mesej-mesej peribadi di dalam Facebook. Ada lebih 30 mesej yang berbeza-beza topik. Setiap hari inbox saya dihujani pelbagai pertanyaan. Para pelajar,guru,pengkaji sejarah dan para kasanova.

Ketika itu saya masih di kuarters universiti. Bukan semua mesej sempat saya jawab dan banyak yang saya abaikan. Bila melihat ke senarai group,tiba-tiba sahaja ia mencecah lebih 100 jumlahnya!

Saya bergerak ke katil dan menghempaskan tubuh saya ke tilam lembut.  Saya menarik nafas dalam-dalam. Saya teringatkan penemuan rangka manusia di dalam sebuah tapak purba di Surathani,Thailand. Bersamanya,mereka menemui beberapa bilah keris. Namun ini disenyapkan. Sama seperti penemuan kitab-kitab tua berbahasa Melayu era klasik dalam tulisan Jawi berisi rumus-rumus perubatan dan teknologi yang ditemui di sebuah madrasah lama di Patani yang mana Bangkok mengarahkan ia dipantau sebelum kerajaan Turki mencelah.

"Cik Mawar Amarawangsa...pedagang kain di Reman dan Hulu Perak..." suara itu seakan-akan bergema di dalam kepala saya.




Saya membuka buku Cempakasari. Saya mencari-cari sejarah negeri Reman. Aneh,di sana ada sebuah negeri kecil lagi yang bernama Bernam.

"Cik Seri,bagaimana dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan kota Melaka dengan megah,dengan tembok batu dan sebagainya,bukankah itu sesuatu yang berlebihan,dengan tujuan pihak Portugis kononnya seolah-olah mengalahkan suatu kota yang hebat," komen seorang pembaca fanpage saya.

Saya menaipkan,"Cuba lihat catatan Tom Pires,Barbossa atau rekod-rekod Ming tentang Melaka. Cuba kaji mengapa peta-peta sekitar abad ke-16 dan 17 masih melabel semenanjung sebagai Malacca?"

 Saya memejamkan mata. Suasana dinihari di Kampung Luat amat mempesonakan. Saya buka mata. Pandang ke dalam cermin. Saya renung wajah saya lama-lama.

"Srikandi...apa yang kau cari?Siapa puteri?Siapa empunya makam di Grahi?Kau takkan mampu menggalas semua beban ini..."

Saya bangun perlahan-lahan. Meninggalkan meja solek. Saya bergerak ke pintu bilik. Pintu bilik terbuka sendiri. Saya berjalan merentasi ruang tamu. Saya dengar dengkuran Dek Na di dalam bilik berhampiran dapur.

Hampir tanpa bunyi,pintu rumah nenek saudara saya itu terbuka. Tubuh saya bergerak ke luar,diterpa dingin dinihari. Saya memandang ke langit; cahaya rembulan bagaikan wajah ibu yang sejahtera.

Saya mendongak. Terus mendongak. Anak mata saya bersatu dengan cahaya rembulan.

"Kamu tahu kenapa Uda bawa kamu ke sini?" kata Uda Jiman,dua pupu saya,namun usianya telah pertengahan 30-an.

Saya menggeleng-gelengkan kepala. Ketika itu saya memakai blaus warna ungu bercorak bunga dengan baju lengan panjang yang diperbuat dari kemeja kain keras. Saya dibawa ke hujung kampung di Changkat Bendang. Sempadan dengan hutan rimba di kaki gunung.

Terdapat sungai kecil dan air terjun di sebelah kanan. Saya memandang wajah Uda Jiman,minta kepastian.

"Ini tanah Iti. Dari pokok-pokok gaharu tu,sampai ke pokok merbau di hujung sana," Uda Jiman menunjuk ke arah pokok besar itu,yang sayup-sayup di bayang senja.

"Tanah Iti?Tak paham," saya mengerut-ngerutkan dahi. Saya menoleh ke arah air terjun.

"Tanah moyang kamu. Cik Mawar Cantik. Ini bahagian kamu...rezeki," ujar Uda Jiman tersenyum.


Sungai Perak yang indah disinari cahaya rembulan. Saya berdiri keseorangan di atas jambatan sebelum pekan Kampung Luat. Saya memandang jauh ke depan. Sebelah kiri ada bukit-bukau. Sebelah kanan kampung orang.

Kegelapan yang samar-samar di bawah rembulan,air sungai yang misteri. Saya rapat ke tembok jambatan. Jalanraya sunyi sepi tanpa kenderaan. Mata saya masih terbeliak. Rambut saya beralun-alun lembut dibelai angin dingin pagi.

Orang dilepas jangan dikenang...
Sudah menjadi,lain si orang lain...

Irama lagu itu terngiang-ngiang di dalam kepala saya. Saya merasa dingin namun anehnya,saya membiarkan tubuh saya di tepi Sungai Perak itu. Saya mendongak ke arah rembulan. Saya melihat rembulan itu seolah-olah semakin besar.




"Ada lebih 88 tapak arkeologi di Kelantan. Kawasan sekitar pedalaman Kelantan di sempadan Perak ada 5 buah. Semua dikawal pihak tentera," Profesor Din bersandar di kerusi spring sambil tersengih memandang siling.

 "Sejarah itu,jika kamu tau apa di sebaliknya...kamu akan merebutnya walau terbunuh terburai perut kamu dirodok keris sekalipun. Kamu bertikam sampai menemui ajal. Sampai darah tumpah ke bumi. Jika tidak,kamu akan jadi pengecut. Kamu akan mengomel seperti bacul. Mengomel-ngomel tentang kedunguan kamu tentang asal-usul. Merendah-rendahkan sejarah. Menyalahkan sejarah. Menghalang orang lain dari dekat kepada sejarah. Pesimis. Buta dan bisu. Kamu tidak memiliki idea,kamu hanya memiliki sikap hasad dengki. Kamu tidak ada semangat tapi kamu keras merungut-rungut tentang sejarah dan orang-orang yang memperjuangkannya," sambung Profesor Din.

Saya membetulkan baju kurung merah saya. Beg kain denim kelabu saya letakkan elok-elok di riba saya. Kasut Vincci hitam berjalur biru saya rapatkan ke tengah kerusi,menanti kata-kata seterusnya dari Profesor Din.

"Menambah nilai diri dan orang lain...itu gunanya pelajaran dari sejarah. Bukan membuatkan orang lain hilang salasilah,hilang keturunan,hilang hak dan maruah bangsa," Profesor Din memandang ke arah saya.

"Jika kamu keluar nanti di tengah masyarakat,ingat...beri mereka semangat dan kekuatan melalui sejarah mereka sendiri. Menambah nilai hidup kepada mereka. You will be blessed."

You will be blessed...
You will be blessed...

Rembulan di langit semakin membesar. Anak mata saya bersatu dengan cahaya rembulan dan dingin pagi. Sungai Perak mengalir lesu...meninggalkan bunyi air yang pelik. Tiba-tiba saya seolah-olah melihat rembulan jatuh perlahan-lahan ke dalam Sungai Perak. Cahayanya seakan-akan menerangi dasar sungai. Alam menjadi terang benderang.




bersambung...


~Srikandi














 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 18, 2015 13:17

October 17, 2015

Catatan Srikandi XIV









"Srikandi,follow the hymns..."



Pukul 12.34 pagi. Saya terbangun. Peluh merenik-renik di dahi saya. Badan saya panas. Saya pun menyelak selimut ke tepi. Saya menyarungkan ke kaki sandal teddy bear warna kuning.

Saya menuju ke meja solek. Saya memandang wajah sendiri. Sambil berdiri. Merenung wajah lama-lama.

"Srikandi...adakah kamu ingin mencarinya?"

Saya duduk di kerusi kecil meja solek. Saya pun mencapai sikat bulat. Saya menarik nafas dengan wajah sedikit mengiring ke kanan. Saya pun menyisir rambut ikal saya seperti rambut Amyra Rosli dalam drama Astana Cinta Aleesa.

Bunyi mergastua di luar bersahut-sahutan. Bunyi rintik di bumbung sekali-sekala. Saya masih menyisir rambut perlahan-lahan sambil merenung wajah sendiri.

Kulitmu putih mulus,alismu tebal,matamu bundar,bibirmu nipis kemerah-merahan...kau persis ibumu...


Saya berhenti menyisir rambut. Saya teringat perbincangan saya dengan ketua kumpulan penyelidik ke Kelantan beberapa hari lepas.

"Cik,bagaimana Cik tahu bahawa di sana terdapat petunjuk penting bagi 'ancient highway' itu?"tanya Badrul sambil memandang tanda 'X' di atas peta daerah pedalaman Kelantan itu.

Saya tersenyum memandang pemuda berkaca mata itu. Suasana di Wondermilk agak santai ketika itu. "Bad,saya tidak mahu terlalu cepat memberikan alasan saya,saya mahu awak fikir mengapa orang pada masa dahulu harus membina 'ancient highway' itu," jawab saya.

Pemuda berkaca mata itu seakan-akan mengeluh. "Mengapa...mengapa....saya tak fikir mereka harus membina jalan di pedalaman. Lebih baik mereka membina jalan di tepi pantai atau menghubungkan kampung ke kampung."

"Contohnya?" saya bertanya.

"Seperti jalan purba dari Angkor hingga ke Phimai di Thailand sekarang. Ia menghubungkan dari kota-kota atau penempatan penduduk. Jadi ia berfungsi sebagai jalan utama untuk penduduk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,membawa barang dagangan dan mencari peluang ekonomi," terang Badrul panjang lebar.






Saya tunduk memandang kertas bersaiz A4 di atas meja yang dipenuhi catatan dan gambarajah,sambil mengukir senyuman. "Itu jalan yang dibina dari penempatan ke penempatan,tapi yang ini..bukan untuk tujuan itu," saya merenung mata Badrul. Badrul mengalihkan pandangannya ke luar. Dia menarik nafas.

"Untuk apa lagi?Jalan dibina untuk menghubungkan manusia," tegas Badrul.

"Pernah dengar tentang 'Denai Penarikan'?" saya bertanya.

Mata Badrul bersinar. "Maksud Cik,Jalan Penarikan?"

Saya mengangguk sambil mengecilkan mata sedikit. "Laluan itu,mengapa ia wujud?"

Guruh sayup-sayup berdentum di kejauhan. Saya masih memegang sikat bulat. Rintik-rintik di bumbung sekali-sekala. Mata saya masih merenung wajah sendiri. Rambut ikal hitam saya nampak berkilat-kilat diterpa lampu pendaflour.

"Sejarah Kelantan bukan setakat apa yang kita baca di buku-buku teks sejarah. Ia tak mencerminkan 1% pun dari sejarah Kelantan. Di sana mereka menceritakan ada kerajaan seperti Kha-la-tan atau Chih-tu,namun mereka tidak memetik catatan luar mengenainya. Mereka tidak dapat menghuraikan siapa,dimana atau bila," Profesor Din menyandarkan tubuhnya di kerusi spring. Saya memandang lelaki pertengahan umur itu dengan pandangan sinis. Ketika itu saya di dalam biliknya berbincang tentang kajian Tweedy,Dr. Adi dan Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi.

"Jarang pihak-pihak akademik mengolah kajian-kajian mereka ini dalam bentuk medium buku teks yang dibaca umum. Kajian mereka terperuk di dalam jurnal dan makalah akademik. Padahal intipati dari kajian mereka ini sangat penting. Akhirnya kesimpulan sejarah diambil dari pandangan pengarang buku teks kementerian yang dilantik," sambung profesor itu lagi.

"Kalau begitu,mengapa tidak profesor saja yang membikin buku teks itu?" saya memberanikan diri untuk bertanya.

Profesor Din ketawa kecil. "Saya penat. Saya penat melawan birokrasi akademik yang bodoh sombong."






Saya keluar dari bilik Profesor Din. Saya membetulkan baju kurung merah saya. Saya masukkan fail-fail dan buku ke dalam beg sandang sisi hippies yang berwarna kelabu yang diperbuat dari kain denim yang kasar. Saya mula berjalan menghayun langkah. Rantai kunci pada beg sandang saya berayun-ayun sambil mengeluarkan bunyi gemerincing yang perlahan. Saya terus mengatur langkah sepasang kasut Vincci berwarna hitam berjalur biru ke arah papan kenyataan.

"Carry mark 30/30."

 Saya tersenyum kecil. "Huhu...last minute study pun boleh survive lagi."

Saya memandang jam tangan saya. "Alamak,dah nak kuliah!"

Saya bergegas pantas ke dewan kuliah yang terletak di bangunan sebelah. Sambil berjalan,saya masih memikirkan jurnal yang ditunjukkan oleh Profesor Din. Jurnal yang menunjukkan laporan Winsheart dan Spencer yang mengkaji artifak-artifak di selatan Thailand sehingga ke tengah Kelantan. Saya terkejut apabila melihat laporan yang mengatakan mereka menemui beberapa gua dengan item-item 'diraja' yang disembunyikan di dalam gua.

"Mereka sudah lama buat kerja ni. Di mana semua tu?" Profesor Din tersengih. "Mereka membaca. Kita tidak. Mereka tahu sesuatu,kita pesimis dan memandang serong kepada sejarah. Bila sejarah seolah-olah akan memberi advantage kepada kita,kita mula ingin join sekali dengan harapan menjadi hero segera dan mendapat kredit. This is stupid."

"Orang yang benar-benar berjuang untuk sejarah,ialah mereka yang bertindak dengan objektif supaya dari sejarah itu akan menjadikan manusia semakin bertambah nilai-nilai hidupnya,bukan dari sejarah itu kita olah sesedap rasa supaya seseorang atau satu bangsa itu semakin keliru dan benci kepada sejarahnya sendiri. Ini pengkhianat dan orang yang zalim kepada anak bangsanya," tambah profesor itu lagi.



Saya menolak pintu dewan. Beberapa pelajar menoleh ke arah saya. "Siti...jarang awak lambat ke kuliah saya...," Puan Aminah tersenyum ke arah saya. "Saya dari bilik Profesor Din,ada berselisih dengan puan tadi," ujar saya sambil tersenyum ke arahnya. Saya berharap pensyarah subjek tamadun itu melepaskan saya untuk duduk mendengar kuliah.

"Nak saya denda tak orang yang lambat?" Puan Aminah bertanya kepada pelajar-pelajar di depannya.

Ah,sudah..., bisik hati kecil saya. Saya berdiri di tepi pintu sambil buat muka selamba di depan para pelajar yang berterusan memandang ke arah saya terutama budak-budak lelaki.

"Tanya dia soalan sejarah!" laung suara lelaki di belakang. "Tak dapat jawab suruh berdiri kat depan sampai habis kelas!" sambut suara garau di sebelah kiri. Saya tunduk melihat kasut Vincci saya dengan tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil.

"Okay,saya tak nak buang masa...Siti, saya pasti kamu boleh jawab soalan ini,lepas saya kata betul,terus duduk di depan tu,ada kosong sebelah Sharina tu,k?"

Saya mengangguk sambil menanti soalan.

"Sultan Saaduddin dari Kerajaan Gowa atau Kerajaan Bone?"
.
.
.
.
.
.
.
.
bersambung....













~Srikandi

 



























 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 17, 2015 10:09

Srikandi's Blog

Srikandi
Srikandi isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Srikandi's blog with rss.