Jump to ratings and reviews
Rate this book

الشمائل المحمدية ومعه المواهب اللدنية على الشمائل المحمدية

Rate this book
أفضل ما كتب في صفة رسول الله كتاب الشمائل المحمدية للإمام الترمذي صاحب السنن رحمه الله, حيث انه يساعدنا على التعرف على نبينا صلى الله عليه و سلم من الخاق الكريم, وما كان متحلياً به من الشمائل الكريمة ، فيحملهم ذلك هلى الاهتداء بهديه ، والتخلق بأخلاقه ، والاقتباس من نوره ، في زمن كاد كثير من المسلمين أن ينسوا قول الله تبارك وتعالى فيه ( لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

95 pages, Hardcover

First published January 1, 1435

Loading...
Loading...

About the author

Muhammad al-Tirmidhi

7 books46 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,048 (78%)
4 stars
202 (15%)
3 stars
63 (4%)
2 stars
9 (<1%)
1 star
11 (<1%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Amirah Mardhiah.
38 reviews5 followers
July 10, 2021
As-Syamail Al-Muhammadiyah merupakan kitab karangan Imam At Tarmizi, yang menceritakan berkenaan peribadi Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW. Peribadi di sini merujuk kepada dua konotasi iaitu, secara gambaran berbentuk zahir dan batin. Tinggi, rambut, pakaian, kasut, cara tidur dan sebagainya yang berkaitan gambaran berbentuk zahir. Manakala gambaran berbentuk batin pula seperti sifat lemah lembut, tawadhuk, sifat malu dan akhlak Baginda SAW.

Ini adalah versi terjemahan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh PTS Publishing House. Yang paling best, buku ini telahpun ditahqiq (verified) oleh penterjemah sebanyak dua kali dengan mereka yang ahli dalam bidang Hadith. Ada kata Pengantar dan Ijazah daripada Al Muhaddith Dr. Mahmud Sa'id Mamduh sendiri. Dan. Untuk edisi kemaskini, susun atur perkataan dan juga grafik telah disediakan menjadikan ianya lebih menarik dan mudah difahami 🥰

Setiap status hadis yang dirujuk juga ada dinyatakan. Jadi maksudnya, anda boleh tahu sama ada hadis itu bertaraf shahih, hasan, dhaif dan sebagainya. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih komprehensif, saya galakkan korang untuk baca buku ni sambil merujuk kepada kelas-kelas pengajian yang ada, supaya apabila ada perkara yang kita kurang jelas, kita dapat fahaminya dengan lebih baik.

Beberapa fakta menarik berkenaan Baginda Rasulullah SAW:

⭐ Tawa Rasulullah SAW hanya senyuman. Paling kuat hanyalah sehingga kelihatan gigi geraham Baginda.
⭐ Rasulullah tidur dengan berbaring mengiring ke sebelah kanan di atas rusuk kanan dan meletakkan kepalanya di telapak tangan Baginda.

Buku ini sangat elok dibaca sebagai persediaan kita untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia, kerana ianya mampu mencambahkan sedikit sebanyak rasa sayang kita terhadap Baginda, dan membuahkan rasa ingin tahu dan kenal Baginda Rasulullah SAW dengan lebih baik. In shaa Allah.
Displaying 1 - 1 of 1 review