Aku baca edisi terjemahan bahasa Indonesia. Tetapi aku tak berapa faham sangat ttg detailnya. Mungkin kerana bahasa yang dipakai bahasa sehari-hariannya orang Indonesia dan bukan bahasa baku. Aku cuma dapat simpulkan bahawa kewujudan Piramid sehingga hari ini bukanlah semata-mata sebuah keajaiban dunia tentang seni binanya masa lalu. Kewujudannya adalah lambang penindasan, kezaliman, ketidakadilan, dan kesengsaraan yang dihadapi rakyat pada satu masa yang dulu semata-mata untuk memuaskan nafsu sang penguasa yang takut pemerintahannya diganggu gugat. Ternyata pembinaan piramid adalah helah Firaun bersama para pengikutnya seperti ahli agama, cendiakawan, tentera hingga ke para pengusaha untuk membodohkan rakyat semata. Jadi kisah piramid ini berpindah dari zaman ke zaman dari sebuah peradaban ke sebuah peradaban seperti yang dinyatakan penulis di penghujung bab ini.