What do you think?

Parallel Thinking
Clean pages nice copy
Paperback
Published January 1, 1990
About the author
Edward de Bono
242 books1,168 followersEdward de Bono was a Maltese physician, author, inventor, and consultant. He is best known as the originator of the term lateral thinking (structured creativity) and the leading proponent of the deliberate teaching of thinking in schools.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
January 30, 2017
Parallel thinking adalah satu plihan yang dianjurkan oleh De Bono dalam mengatasi kekurangan 'Western Thinking' yang dipelopori oleh Socrates, Plato, Aristotle. Western thinking ni sebenarnya adalah kaedah pemikiran yang kita gunakan sekarang ni. Menggunakan analisis untuk buat judgement.De bono bukan sahaja mengkritik Western Thinking yang dianggap ketinggalan dan tidak releven untuk semua situasi tetapi beliau menyediakan satu pilihan baru iaitu Parallel thinking. Terdapat 38 bab dalam buku ni yang menceritakan perbezan antara parallel thinking dan juga western thinking yang menggunakan Socratic method. Kalau kau pernah baca buku tulisan Plato tentang dialog-dialog socrates, kalau dalam BM ada Mampusnya Socrates meneguk racun mungkin kau akan dapat gambaran yang lagi jelas tentang Socratic Method yang dijelaskan De Bono.
Aku tertarik dengan parallel thinking sebab dia lebih luas dan tidak membuktikan betul salah dalam mencari kesimpulan tetapi lebih berfokus kepada kebarangkalian. Kalau ikut dari sudut kehidupan seharian penggunaan parallel ni agak sukar sebab memerlukan masa dan penelitian yang lama menyebabkan ramai yang lebih gemar untuk memilih traditional thinking yang lebih berfokus, seperti membuang yang salah untuk mendapatkan yang betul. Namun, menurut De Bono terdapat dalam satu-satu keadaan yang mana wujud pertindihan antara yang salah dan yang betul dan memungkinkan keputusan yang diambil tidak tepat dan tidak sesuai.
Kaedah parallel juga berfokus kepada pembentukan sesuatu yang baru berbanding mengkategorikan sesuatu bagi melahirkan sebuah keputusan. Menurut De Bono, pengkategorian menyebabkan pemikiran kita terikat dan tindakan yang dihasilkan tidak melahirkan satu penyelesaian yang baru tetapi mengulangkan apa yang telah ada sebelum ini. Cuma persoalannya adalah apabila wujud situasi yang perkara yang sedia ada tidak mampu untuk menyelesaikan dengan tepat permasalahan atau keadaan yang wujud maka parallel thinking adalah berfungsi di sini.
De bono tidak bertujuan menghapus terus pemikiran Socratic method tetapi menyediakan pilihan yang lain dan mencadangkan agar keduanya digunakan secara bersama, dan tidak bergantung kepada pemikiran yang lama sahaja bagi melahirkan idea-idea baru dan menghadapi cabaran perkembangan dunia yang pesat.